2.0 SEBATIAN KARBON 2.1) MEMAHAMI SEBATIAN KARBON 2.1.1) Menyatakan maksud sebatian karbon
2.1.2) Menyatakan sebatian karbon boleh dikelaskan kepada dua kumpulan,
iaitu sebatian organik dan sebatian tak organik
2.1.3) Menyatakan maksud sebatian organik
2.1.4) Memberikan contoh sebatian karbon organik dan sebatian karbon tak
organik
2.2) MENGHURAIKAN TENTANG ALKOHOL
2.2.1) Menyatakan formula am alkohol
2.2.2) Mengenal pasti kumpulan berfungsi alkohol
2.2.3) Menyenaraikan formula molekul dan nama empat ahli pertama alkohol
2.2.4) Menerangkan pembuatan etanol secara industri
2.2.5) Menghuraikan penyediaan etanol melalui proses penapaian
2.2.6) Menyatakan sifat fizik dan sifat kimia etanol
2.2.7) Menyenaraikan kegunaan alkohol dalam kehidupan harian
2.1 MEMAHAMI SEBATIAN KARBON
Sebatian karbon
Maksud: Sebatian yang mengandungi unsur karbon
PENGKELASAN
1.Sebatian karbon
organik Ciri 2. Sebatian karbon tak organik
Ya Berasal daripada benda hidup Tidak
Ya Terbakar dalam udara
menghasilkan karbon dioksida
Tidak
Besar Saiz molekul/saiz sebatian Kecil
Larut Kelarutan dalam pelarut organik Tidak larut
Karbohidrat, protein, vitamin, sutera, urea,
petroleum, gas asli.
Contoh Karbon dioksida, karbon monoksida, kalsium karbonat,
kalium sianida.
- Sebatian organik ditakrifkan sebagai sebatian yang mengandungi karbon dimana ia
mengandungi unsur karbon yang terikat dengan unsur lain melalui ikatan kovalen .
2.2 ALKOHOL
- Formula am alkohol : CnH2n+1OH, n = 1, 2, 3….
- Kumpulan Berfungsi bagi alkohol ialah – OH
- Terdapat dua cara dalam penghasilan etanol secara industri:
(a) Proses penapaian molekul gula atau kanji.
(b) Penghidratan etena dengan kehadiran mangkin. PENGHASILAN ETANOL – PROSES PENAPAIAN
- Proses penapaian adalah proses kimia yang mana mikrooganisma seperti yis
digunakan untuk menghuraikan molekul gula atau molekul kanji kepada etanol dan
karbon dioksida.
- Sifat fizik bagi etanol:
(a) Etanol adalah cecair tanpa warna pada suhu bilik
(b) Sangat mudah meruap
(c) Takat lebur bagi etanol ialah 78˚C
(d) Sangat larut dalam air
- Sifat kimia bagi etanol:
i) Sifat kimia bagi etanol ditentukan oleh kehadiran kumpulan berfungsi –OH
Pembakaran etanol
Pengoksidaan etanol
Pendehiratan etanol
PEMBAKARAN ETANOL
- Etanol terbakar dengan lengkap dalam udara (oksigen). Pembakaran etanol
menghasilkan nyalaan api muda kebiruan dan tidak berjelaga.
- Pembakaran yang tidak berjelaga ini menunjukkan pembakaran etanol tidak
menghasilkan karbon.
- Pembakaran etanol dalam udara menghasilkan karbon dioksida dan air sahaja.
- Persamaan kimia:
C2H5OH(l) + 3O2 (g) → 2 CO2 (g) + 3 H2O (l)
- Pembakaran etanol:
Etanol
PENGOKSIDAAN ETANOL
- Etanol boleh dioksidakan kepada asid etanoik melalui penggunaan mangkin :
(a) larutan kalium dikromat (VI) asid
(b) larutan kalium mangganat (VII) asid
- Apabila larutan kalium dikromat (VI) asid di tambah kepada larutan etanol, campuran
tersebut dipanaskan. Ia akan menghasilkan asid etanoik. Larutan kalium dikromat
(VI) asid yang berwarna jingga bertukar kepada larutan hijau dan satu larutan yang
berbau cuka terhasil.
Mangkuk penyejat
Kayu uji bernyala
- Apabila larutan kalium mangganat (VII) asid digunakan, warna larutan ungu bertukar
kepada tidak berwarna.
- Larutan asid etanoik menukarkan kertas litmus biru kepada merah dan larutan cuka
terhasil.
Pengoksidaan etanol menghasilkan asid etanoik:
C2H5OH (l) + 2 [O] → CH3COOH (l) + H2O
PENDEHIDRATAN ETANOL
- Pendehidratan alkohol adalah proses di mana molekul air disingkirkan dari larutan
alkohol tersebut.
- Pendehidratan etanol menghasilkan etena, C2H4 dan air
(a) Wap etanol dilalukan kepada mangkin serpihan porselin yang
dipanaskan atau aluminium oksida untuk menghasilkan etena.
(b) Pendehidratan etanol juga boleh terhasil apabila etanol dipanaskan
dengan mangkin asid sulfurik pekat, H2SO4 pada suhu 180˚C
- Persamaan kimia :
C2H5OH (l) → C2H4 (g) + H2O(l)
KEGUNAAN ALKOHOL DALAM KEHIDUPAN
- Sebagai bahan api
- Sebagai pelarut
- Membuat ubat
- Membuat minuman beralkohol/keras
- Membuat minyak wangi