modul sebatian karbon

23
NOTA RINGKAS SEBATIAN KARBON 1. Carbon compound is substance that consist Sebatian karbon adalah bahan yang terdiri daripada unsur karbon yang bergabung dengan satu atau lebih unsur lain. 2. Sebatian karbon organik merupakan sebatian karbon yang berasal daripada organisma hidup. 3. Sebatian karbon tak organik merupakan sebatian karbon yang berasal daripada bukan benda hidup seperti mineral. 4. Hidrokarbon merupakan sebatian yang hanya mengandungi unsur karbon dan hidrogen sahaja. 5. Alkohol ialah satu kumpulan sebatian karbon organik yang mengandungi kumpulan hidroksil. 6. Sabun merupakan garam natrium atau kalium bagi asid lemak. 7. Saponifikasi ialah tindak balas antara minyak dengan alkali untuk menghasilkan sabun. 8. Asid menyebabkan penggumpalan lateks. 9. Larutan ammonia mencegah penggumpalan lateks. 10. Dalam proses pemvulkanan getah, atom sulfur membentuk rangkai silang antara rantai molekul getah. 1

Upload: norliyana-ali

Post on 27-Jun-2015

3.703 views

Category:

Documents


23 download

DESCRIPTION

MODUL SAINS TINGKATAN 5

TRANSCRIPT

Page 1: modul SEBATIAN KARBON

NOTA RINGKAS SEBATIAN KARBON

1. Carbon compound is substance that consist Sebatian karbon adalah bahan yang terdiri daripada unsur karbon yang bergabung dengan satu atau lebih unsur lain.

2. Sebatian karbon organik merupakan sebatian karbon yang berasal daripada organisma hidup.

3. Sebatian karbon tak organik merupakan sebatian karbon yang berasal daripada bukan benda hidup seperti mineral.

4. Hidrokarbon merupakan sebatian yang hanya mengandungi unsur karbon dan hidrogen sahaja.

5. Alkohol ialah satu kumpulan sebatian karbon organik yang mengandungi kumpulan hidroksil.

6. Sabun merupakan garam natrium atau kalium bagi asid lemak.

7. Saponifikasi ialah tindak balas antara minyak dengan alkali untuk menghasilkan sabun.

8. Asid menyebabkan penggumpalan lateks.

9. Larutan ammonia mencegah penggumpalan lateks.

10. Dalam proses pemvulkanan getah, atom sulfur membentuk rangkai silang antara rantai molekul getah.

11. Getah tervulkan bersifat lebih keras, kuat, kenyal dan tahan haba berbanding dengan getah asli.

1

Page 2: modul SEBATIAN KARBON

2

Page 3: modul SEBATIAN KARBON

KESAN ALKOHOL KEPADA MANUSIA

3

Page 4: modul SEBATIAN KARBON

PROSES PENYEDIAAN ALKOHOL DALAM MAKMAL

4

Page 5: modul SEBATIAN KARBON

AKTIVITI SEBATIAN KARBONLengkapkan ruang kosong di bawah

1. Alkohol

Sifat umum Sebatian ----------------------i. ALKOHOLii. Mengandungi unsur-unsur -------------- iii. ,------------------ dan ---------------------

iv.

Penyediaan melalui proses -----------------------------v. Persamaan perkataan tindak balas yis ------------------- (enzim zimase) ---------------- +-----------

vi.

Pengesteran Asid sulfurik Alkohol + ---------------------- ester + air

(mangkin)

Kesan alkohol ke atas manusia

Kesihatan Sosial - keluarga Fungsi serebrum ….. …......................................

…………………………….. - masyarakat Fungsi serebelum …………………………………..

…………………………….

Gerak balas terhadap rangsangan ………………………………

5

Page 6: modul SEBATIAN KARBON

Organ dalaman ……………………….

2. SABUN

i.Proses -------------------- atau hidrolisis beralkali ialah proses pembuatan sabun.

ii.Dalam proses penyediaan sabun, --------------------- dididih bersama larutan

----------------------- yang bertindak sebagai mangkin.

iii.-------------------- diguna untuk memendakkan sabun kerana ia bertindak untuk mengurangkan keterlarutan sabun.

Tindakan pencucian sabun

Molekul sabun terdiri daripada dua bahagian

Kepala Ekor(Kumpulan __________) (Rantai ________________ )

Larut dalam _________ Larut dalam _________

Kepala Ekor

Sabun bertindak sebagai bahan pencuci kerana sabun :-

a) Dapat mengurangkan ___________________________________air.

b) Membasahi permukaan iaitu agen ______________________.

c) ______________________ minyak dalam air.

6

Page 7: modul SEBATIAN KARBON

Mekanisme tindakan pencucian sabun

3. Getah

GETAH

Jenis

Getah ___________ terbentuk apabila kepingan getah asli direndam dalam

larutan sulfur monoklorida dalam metilbenzena.Getah tervulkan lebih ________

dan ______________ berbanding getah asli.

7

Page 8: modul SEBATIAN KARBON

Perbezaan getah asli dengan getah tervulkan

Lengkapkan jadual di bawah :

Jenis getah Kekenyalan Kekerasan Kesan habaGetah asli

Getah tervulkan

Struktur getah asli dan getah tervulkanKenalpasti struktur getah di bawah :

S

S

S

S

S

Getah ___________Getah_____________

8

Page 9: modul SEBATIAN KARBON

b.

i. Apabila kain yang kotor dengan gris direndam ke dalam air sabun. Air sabun akan mengurangkan ketegangan permukaan air dan membasahi permukaan kain.ii. Bahagian ekor molekul sabun yang larut dalam gris akan melekat pada kotoran gris.iii. Bahagian kepala molekul sabun yang larut dalam air akan mengelilingi seluruh permukaan kotoran.iv. Apabila air dikocak molekulair akan menarik bahagian kepala molekul sabun manakala bahagian ekor menarik kotoran gris.v. Gris ditanggalkan daripada permukaan kain sebagai titisan yang halus.vi. Titisan minyak akan terapung dalam air. (4 m)

9

Page 10: modul SEBATIAN KARBON

SEBATIAN KARBONSoalan Objektif

1. Sabun merupakan sejenis

A ester B asid lemak C gliserol D garam asid lemak

2. Antara berikut, yang manakah merupakan persamaan bagi pembuatan sabun?

A Asid lemak + alkali sabun + air B Ester + alkali sabun + gliserol C Asid lemak + alkali sabun + gliserol D Gliserol + alkali asid lemak + sabun

3. Sabun dihasilkan melalui proses

A penyulingan berperingkat B peretakan C hidrolisis berasid D saponifikasi

4. Antara berikut, yang manakah adalah tidak betul tentang ciri sabun yang membolehkannya bertindak sebagai bahan pencuci ?

A Sabun dapat membasahi permukaan B Sabun dapat mengurangkan tegangan permukaan air C Sabun dapat membaurkan minyak dalam air D Sabun dapat melembutkan air.

5. Antara tindak balas berikut, yang manakah mungkin menghasilkan sabun ?

I Minyak kacang tanah + Kalium hidroksida pekat II Minyak kelapa sawit + Natrium Klorida III Ester + asid sulfurik pekat

A I sahaja B II sahaja C III sahaja D II dan III sahaja

10

Page 11: modul SEBATIAN KARBON

6. Proses pemvulkanan akan menyebabkan getah asli menjadi lebih kuat dan kenyal kerana A daya tarikan antara molekul polimer menjadi lebih kuat B saiz molekul polimer bertambah C wujud rangkai silang antara molekul polimer D rantai molekul polimer menjadi berbelit-belit dan tidak teratur.

7. Antara bahan berikut, yang manakah dapat menggumpalkan lateks ? I asid metanoik II ammonia III bakteria

A II sahaja B I dan III sahaja C II dan III sahaja D I, II dan III

8. Antara unsur berikut, yang manakah terkandung dalam getah tervulkan ? I sulfur II plumbum III karbon

A I sahaja B II sahaja C I dan III sahaja D II dan III sahaja

9. Antara pernyataan yang berikut, manakah yang benar mengenai sabun ?

I Sabun ialah garam asid lemak II Bahagian ion dalam molekul sabun larut dalam gris III Bahagian hidrokarbon dalam sabun larut dalam air

A I sahaja B I dan II sahaja C II dan III sahaja D I, II dan III

10. Antara bahan kimia berikut, yang manakah boleh mengekalkan lateks dalam keadaan cecair ?

A asid sulfurik B asid etanoik

11

Page 12: modul SEBATIAN KARBON

C larutan ammonia D larutan glukosaSOALAN STRUKTUR

Rajah 1

1. Rajah 1(a) dan (b) di atas menunjukkan perbandingan dua jenis getah semasa digantung dengan pemberat 100g secara berasingan. Panjang asal getah X dan getah Y ialah 10 cm. Rajah 1(c ) dan 1(d) menunjukkan panjang getah X dan getah Y semasa diregangkan.(a) Nyatakan pemboleh ubah bagi eksperimen ini.

(i) dimanipulasikan:(ii) bergerakbalas: (iii) dimalarkan:

(b) Berdasarkan maklumat di atas, nyatakan inferens yang boleh dibuat tentang getah X dan getah Y.

(c ) Nyatakan proses penukaran getah Y kepada getah X

(d) Jelaskan maksud proses tersebut secara operasi.

(e) Lukiskan struktur getah X

(f) Berikan satu kegunaan getah X.

12

Page 13: modul SEBATIAN KARBON

(g) Jelaskan bagaimana pemvulkanan dapat memperbaiki kelemahan getah asli.

2. Rajah 3 di atas menunjukkan eksperimen untuk mengkaji sifat-sifat etanol.

(a) Apakah sifat etanol bila dicampurkan dengan air?

(b)(i) Apakah yang dapat dilihat pada kertas turas di atas pembakaran etanol?

(ii) Tuliskan persamaan perkataan hasil pembakaran etanol dalam udara.

(c ) (i) Kenapakah asid sulfurik pekat dicampurkan ke dalam campuran yang dididihkan ?

(ii) Nyatakan hasil yang diperoleh daripada tindak balas antara etanol dan asid etanoik.

(iii) Tandakan (√) bagi bahan yang diperbuat daripada bahan di c(ii)

Minyak Wangi Perisa Makanan

Ubat Batuk

13

Page 14: modul SEBATIAN KARBON

Soalan Esei

1. Seorang pekebun menambahkan asid formik ke dalam lateks untuk tujuan penggumpalan. Seorang pekebun lain pula menambahkan larutan ammonia ke dalam lateks supaya lateks tidak menggumpal. Adakah nilai pH mempengaruhi penggumpalan lateks?

(a) Berdasarkan pernyataan di atas, tulis satu hipotesis yang sesuai.

(b) Huraikan satu eksperimen yang boleh anda jalankan di makmal untuk membuktikan hipotesis itu. Huraian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

(i) Tujuan eksperimen.(ii) Mengenal pasti pemboleh ubah(iii) Senarai radas dan bahan(iv) Kaedah(v) Penjadualan data(vi) Kesimpulan

2. (a) Dengan menggunakan radas makmal yang sesuai, huraikan satu eksperimen untuk menghasilkan sabun anda sendiri. (6m)

(b) Dengan bantuan sebuah gambar rajah, huraikan tindakan pencucian sabun. (4m)

14

Page 15: modul SEBATIAN KARBON

Jawapan Sebatian Karbon

Soalan objektif

1D 2B 3D 4D 5A 6C 7B 8A 9A 10C

Soalan Struktur

1a) i) Jenis getah ii) Kekuatan atau kekenyalan getah iii) panjang asal getah dan pemberat

b) Getah X lebih kuat dari getah Y c) Pemvulkanan getah d) Pemvulkanan getah adalah proses penukaran getah asli kepada getah yang lebih kuat. e)

f) Tayar kereta, bolag) Dalam proses pemvulkanan getah terbentuk rangkaisilang antara molekul getah yang menghalang molekul getah daripada menggelongsor dengan mudah.

2. a) Etanol larut dalam air b) i) Pembakaran tanpa jelaga ii) Etanol + oksigen karbon dioksida + air

c) i) Sebagai mangkin untuk mempercepatkan tindak balas ii) Ester iii) Minyak wangi dan perisa makanan

15

S

S

S

S

S

Page 16: modul SEBATIAN KARBON

Jawapan soalan esei:

1. (a) Hipotesis: Lateks menggumpal jika nilai pH kurang daripada 7. (1m)

(b)(i). Tujuan eksperimen: Mengkaji bagaimana nilai pH mempengaruhi proses penggumpalan lateks.

(1 m) (ii) P/manipulasi: Nilai pH P/ bergerakbalas: penggumpalan lateks P/malar: kuantiti lateks dan kuantiti/kepekatan asid dan alkali yang digunakan (2 m)

(iii ) Senarai radas dan bahan: Bikar, rod kaca, asid hidroklorik 0.2 mol dm-3 , larutan ammonia 0.2 mol dm -3 dan lateks. (1 m)

(iv) Kaedah:

1. 50 cm 3 lateks diisi ke dalam tiga bikar yang berasingan .2. Lateks did lam bikar X ditambah 10 cm 3 asid. Lateks dalam bikar Y

ditambah 10 cm 3 larutan ammonia . Lateks dalam bikar Z tidak ditambah apa-apa.

3. Perubahan diperhatikan selepas 2 jam dan 1 hari. (3 m)

16

Page 17: modul SEBATIAN KARBON

(v) Penjadualan data:

Bikar Keadaan lateksX Menggumpal selepas 2 jamY Tidak menggumpalZ Menggumpal selepas 1 hari

( 1m)

(vi) Kesimpulan: Lateks menggumpal jika pH kurang daripada 7 , iaitu apabila ditambah asid (1 m)

2.

a i ` 10 cm 3 minyak sawit dituang ke dalam sebuah bikar. ii. Dengan berhati-hati 50 cm 3 larutan natrium hidroksida pekat / 5 mol dm 3 dicampurkan kepada minyak sawit. iii. Dengan perlahan-lahan campuran dalam bikar dipanaskan sambil dikacau sehingga mendidih. Iv Campuran dibiar mendidih selama 5 minit. v. Nyalaan bunsen di padamkan dan ditambahkan 50 cm 3 air dan 1 spatula garam/ natrium klorida. vi. Campuran dipanaskan sekali lagi sehingga mendidih. vii. Campuran dibiarkan menddidih selam 5 minit.

17

Page 18: modul SEBATIAN KARBON

viii. Hasil dituras dan baki turasan dibiarkan sejuk. Ix Baki turasan dibilas dengan air suling dan dikeringkan.

18