bab 2 new

30
C++ PROGRAMMING 1 C++ PROGRAMMING 1 DATA TYPE , CHARACTER AND OPERATOR HMN IKMJB

Upload: hafidah-mohd-noor

Post on 24-Dec-2015

233 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

student note

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 2 new

C++ PROGRAMMING 1C++ PROGRAMMING 1 DATA TYPE , CHARACTER

AND OPERATOR

HMN IKMJB

Page 2: BAB 2 new

THE C++ CHARACTER SETTHE C++ CHARACTER SET

  Set aksara C++ termasuk semua aksara pada papan kekunci iaitu huruf besar A hingga Z , huruf kecil a hingga z , digit 0 hingga 9 , dan set aksara khas lain seperti #, % ,& , > dan *. Ruang kosong juga merupakan satu aksara dalam set tersebut.

HMN IKMJB

Page 3: BAB 2 new

IDENTIFIERS , VARIABLES AND IDENTIFIERS , VARIABLES AND

KEYWORDSKEYWORDS

PENGENAL PASTI ( IDENTIFIERS )

Digunakan untuk menamakan pemalar , pembolehubah, nama fungsi dan label.

Dibentuk dengan mengabungkan huruf (huruf besar dan/ huruf kecil, digit dan garis bawah ( _ ) secara bebas.

  Aksara pertama dalam pengenal pasti mesti satu huruf dan ruang kosong tidak dibenarkan. Panjangnya tidak terhad tetapi secara praktiknya , jarang melebihi 25 aksara. Biasanya nama yang dipilih harus mencerminkan data yang akan disimpan.

HMN IKMJB

Page 4: BAB 2 new

PEMBOLEH UBAH (VARIABLES)PEMBOLEH UBAH (VARIABLES)

Pengenal pasti yang nilainya boleh berubah semasa jalanan aturcara . Pemboleh ubah mewakili lokasi ingatan komputer di mana anda boleh menyimpan nilai-nilai seperti aksara, nombor dan penunding.

HMN IKMJB

Page 5: BAB 2 new

KATA KUNCI ( KEYWORDS )Merupakan pengenal pasti am yang

dipratakrifkan dan hanya boleh digunakan untuk tujuan khas.

HMN IKMJB

Jadual 2.1: Senarai Kata Kunci C++

Page 6: BAB 2 new

JENIS DATA (BASIC DATA JENIS DATA (BASIC DATA

TYPES )TYPES ) Pemboleh ubah boleh menyimpan jenis data

yang berlainan. C++ menyokong beberapa jenis data yang

dikenal pasti dengan menggunakan kata kunci tertentu. Jenis data, jenis bit yang diperlukan untuk menyimpannya serta julatnya di tunjukkan dalam jadual 2.2.

HMN IKMJB

Jadual 2.2: Jenis data C ++

Page 7: BAB 2 new

PEMALAR ( CONSTANT)PEMALAR ( CONSTANT) Pemalar merupakan nilai yang tidak berubah

semasa pelaksanaan atur cara. Terdapat empat jenis pemalar asas dalam C++, iaitu pemalar integer, pemalar aksara, pemalar titik apung dan pemalar rentetan. Untuk mengisyitiharkan sesuatu pemalar, kata kunci const digunakan .

Contoh: const float PI = 3.14159 ; // const ialah satu kata kunci

HMN IKMJB

Page 8: BAB 2 new

    

Pemalar IntegerPemalar Integer Pemalar integer boleh dikategorikan kepada

empat jenis data

HMN IKMJB

    Pemalar integer menggunakan sistem nombor asas 10 dan dipanggil pemalar integer perpuluhan , pemalar octal / perlapan atau perenambelas.

Page 9: BAB 2 new

Contoh: Pemalar integer octal bermula dengan 0 dan diikuti

oleh apa-apa kombinasi digit yang diambil dari set 0 hingga 7.

 0 04 0567 0617 Contoh: Pemalar integer perenambelas bermula

dengan 0x atau 0X dan boleh diikuti oleh apa-apa kombinasi digit (0-9) dan huruf besar atau kecil (A-F, a –z).

 0x 0x7 0XABC

0X36cf  

HMN IKMJB

Page 10: BAB 2 new

PEMALAR AKSARA DAN PEMALAR RENTETAN

Pemalar aksara ialah apa saja aksara yang terkandung di antara dua tanda ' '. Siri aksara yang terkandung di antara dua symbol " " pula dipanggil pemalar rentetan.

Contoh : a) Pemalar aksara:

'A' '*' ' ' ' ?' b) Pemalar rentetan:

"Hello" "Nama: " "12345"

HMN IKMJB

Page 11: BAB 2 new

PEMALAR TITIK APUNGPEMALAR TITIK APUNG Merupakan satu nombor yang mengandungi

titik perpuluhan atau eksponen (e atau E) atau kedua-duanya.

Contoh:

1.0 1.001 4300. 001234. 56 2e-5 0.05e+2 0..12345E5

4.77E-6 

HMN IKMJB

Page 12: BAB 2 new

JUJUKAN LEPASAN ( ESCAPE JUJUKAN LEPASAN ( ESCAPE

SEQUENCE)SEQUENCE) Suatu aksara jujukan lepasan selalu bermula

dengan tanda \ dan diikuti oleh satu atau lebih aksara khas . Setiap jujukan lepasan dianggap sebagai satu aksara walaupun mengandungi lebih daripada satu aksara .

HMN IKMJB

Jadual 2.3: Aksara jujukan lepasan

Page 13: BAB 2 new

Contoh: Kenyataan: cout<<" \nSulaiman \nSuzie "Output : Sulaiman

SuzieContoh:Kenyataan : cout<<" \nSulaiman \t\tSuzie ";Output : Sulaiman Suzie

 Contoh:Kenyataan : cout<<"Dengarkah anda bunyi loceng?\7\7\7";Output : Paparan mesej pada skrin diikuti dengan bunyi loceng

HMN IKMJB

Page 14: BAB 2 new

MENGISYTIHARKAN PEMBOLEH UBAH MENGISYTIHARKAN PEMBOLEH UBAH

( DECLARING VARIABLES)( DECLARING VARIABLES)Semua pemboleh ubah dalam suatu atur cara mesti diisyitiharkan sebelum boleh digunakan. Pengisyitiharan tersebut mengambil bentuk am ini;

  Jenis senarai_pemboleh_ubah;

HMN IKMJB

Contoh :Int a , b , c ;Short no_kecil;long no_kecil;char aks;float amaun , kadar;

Perhatikan bahawa lebih daripada satu pemboleh ubah yang berjenis sama boleh diisyitiharkan dalam kenyataan yang sama. Pembolehubah tersebut mesti dipisahkan dengan koma seperti dalam dalam contoh diatas.

Page 15: BAB 2 new

MENGASAL PEMBOLEHUBAHMENGASAL PEMBOLEHUBAH

( INTIALIZING VARIABLES )( INTIALIZING VARIABLES ) Nilai awal bagi satu pemboleh ubah boleh

ditetapkan dengan mengumpukkan suatu nilai pemalar pada masa pemboleh ubah diisytiharkan atau kemudiannya.

Contoh: int m , n = 10; float kadar , jumlah = 0.0 ; n = 10; warna = "hijau" float kadar , jumlah ;

HMN IKMJB

Page 16: BAB 2 new

KELAS SIMPANAN ( STORAGE CLASSES)KELAS SIMPANAN ( STORAGE CLASSES)

Dalam C++ , pemboleh ubah boleh dikategorikan dalam dua cara iaitu jenis data atau kelas simpanan . Kelas simpanan merujuk kepada pemboleh ubah tetap dan berada dalam lingkungan (skop) aturcara.

Terdapat 4 kelas simpanan yang berbeza iaitu automatic, luaran (external), static dan daftar (register).

HMN IKMJB

   Bentuk am untuk mengisyitiharkan kelas simpanan

(storage class) iaitu;

Kelas_simpanan jenis_data nama_pengenalan;

Page 17: BAB 2 new

SIZE OF OPERATORSSIZE OF OPERATORS C ++ menggunakkan satu set operator terbina dalam.

Operator ini akan mencetuskan sesuatu komputasi apabila digunakan bersama dengan operasi dalam satu ungkapan // program to illustrate the size of data types in bytes#include <iostream.h>main ( ){cout<<"type int has a size of "<<sizeof(int)<<"bytes\n";cout<<"type char has a size of "<<sizeof(char)<<"bytes\n";cout<<"type has long a size of "<<sizeof(long)<<"bytes\n";cout<<"type double has a size of "<<sizeof(double)<<"bytes\n";return 0;}

HMN IKMJB

Page 18: BAB 2 new

HMN IKMJB

Page 19: BAB 2 new

OPERATOROPERATOR Terdapat beberapa jenis operator am: operator

aritmetik, perhubungan , logic dan umpukan.(a) Operator aritmetik ( operator arithmetic)

  Operator aritmetik untuk C++ disenaraikan di bawah

HMN IKMJB

Jadual 2.6: Operator aritmetik

Page 20: BAB 2 new

Contoh: a = 8 , b = 3 Ungkapan Nilai a - b 5

a + b 11 a * b 24 a / b 2 baki dibuang

a % b 2 baki daripada pembahagian a ++ 9 menambah 1 kepada

pemboleh ubah b - - 2 menolak 1 daripada

pemboleh ubah  Bagi pembahagian apabila symbol / digunakan

dengan operand integer, bakinya tidak diambil kira. Tetapi jika symbol % digunakan, baki operasi bahagi tersebut dihasilkan.

HMN IKMJB

Page 21: BAB 2 new

Untuk mengumpukkan nilai negative atau positive kepada sesuatu pembolehubah menggunakan operator sesatu + atau – seperti di bawah:-

x = -10 // mengumpuk -10 kepada x y = +30 // mengumpuk 30 kepada y ,

simbol + tidak diperlukan

Operator tokokan seperti a++ boleh diletak sebelum pemboleh ubah (++a) dan operasi susutan b- - ( - - b) . Tetapi jika kedua-duanya tersebut digunakan dalam sesuatu ungkapan terdapat perbezaan. Jika operator tersebut diletakkan sebelum opersi , C++ akan menambah atau mengurang nilai tersebut sebelum menggunakan tetapi jika diletak selepas operasi maka nilai operasi akan digunakan dahulu sebelum nilainya ditambah atau dikurangkan.

HMN IKMJB

Page 22: BAB 2 new

Operator aritmetik mempunyai keutamaan seperti berikut:

HMN IKMJB

Paling Tinggi

Paling rendah

+ +

- -

- -

- (sesatu)

* atau %

+ atau –

Page 23: BAB 2 new

OPERATOR HUBUNGAN & LOGIK (RELATIONAL OPERATOR HUBUNGAN & LOGIK (RELATIONAL

AND LOGICAL OPERATORS)AND LOGICAL OPERATORS)

HMN IKMJB

Jadual 2.7: Operator hubungan dan operator logic

   Keputusan satu operasi perhubungan adalah BENAR ( diwakili 1) dan TIDAK BENAR ( diwakili 0);

 Contoh:jika a = 8 dan b =3 ,maka a < b memberikan nilai 0 dan a!= b memberikan nilai 1.

Page 24: BAB 2 new

OPERATOR UMPUKAN (ASSIGMENT OPERATOR UMPUKAN (ASSIGMENT

OPERATOR)OPERATOR) Operator umpukan yang sering digunakan ialah = . Kenyataan umpukan dalam C ++ biasanya

mempunyai bentuk am seperti berikut: Pengenal_pasti = ungkapan;      Pengenal_pasti - mewakili suatu pemboleh ubah   Ungkapan - mewakili suatu pemalar,

pemboleh ubah ataupun ungkapan

Contoh: umur =20; gaji = 1122.50;

jumlah = harga_unit * kuantiti;

HMN IKMJB

Page 25: BAB 2 new

HIERARKI OPERATOR HIERARKI OPERATOR

(HIERARCHY OF OPERATOR)(HIERARCHY OF OPERATOR) Keutamaan operator dari yang paling

tinggi kepada yang paling rendah disenaraikan di bawah:

HMN IKMJB

Jadual 2.8: Keutamaan operator

Page 26: BAB 2 new

UNGKAPAN (EXPRESSIONS)UNGKAPAN (EXPRESSIONS) Ungkapan dalam C++ dibentuk dengan mengabungkan

operator ,pemboleh ubah dan pemalar. Contoh: dalam algebra , ungkapan C++ boleh jadi

mudah atau kompleks. Kurungan digunakan untuk mengawal tertib penilaian .

Contoh:

Gaji_kasar – tolakan (gaji)bersih + jam *kadar) – (perkeso +

premium +pinjaman)(b * b - 4 * a * c ) > 0( jantina == ‘lelaki’ ) && (usia > 20)( jantina == ‘lelaki’ ) || jantina == ‘perempuan’ && usia >= 21

HMN IKMJB

Page 27: BAB 2 new

UNGKAPAN BERBILANG MOD DAN RASIAN UNGKAPAN BERBILANG MOD DAN RASIAN

WATAKWATAK Apabila pelbagai jenis pemalar dan pemboleh

ubah yang berbeza dicampur dalam satu ungkapan ,jenis datanya akan diubah kepada data yang “terbesar” atau “terpanjang”.Contoh:

a = 5; // pemboleh ubah a berjenis int

b = 2; // pemboleh ubah b berjenis int

c = 3.0 ; // penboleh ubah c berjenis float

d = c + a / b; // pemboleh ubah d berjenis float

HMN IKMJB

Page 28: BAB 2 new

Keputusan: Pada baris 4, ungkapan a / b bernilai 2 kerana

kedua-dua ( a dan b) adalah berjenis int dan bahagian 0.5 dipangkas. Oleh kerana c adalah berjenis float , 2 ditambah kepada nilai c (3.0).

Kenyataan terakhir kemudian menyimpan jawapan akhir 5.0 dalam pemboleh ubah d. Tetapi jika a dan b diisytiharkan sebagi float ,maka a / b akan dinilaikan 2.5 dan d akan mempunyai nilai yang betul iaitu 5.5.

HMN IKMJB

Page 29: BAB 2 new

Rasian watak boleh digunakan untuk memaksa suatu ungkapan supaya pengguna jenis data yang spesifik.Bentuk adalah seperti berikut:

 (jenis) ungkapan

jenis (ungkapan )Contoh: d = c +a / b

c + ( float) a / b c + float (a) / bc + a / (float) b c + a / float (b)c + (float) a / (float) b c +

float (a) / float (b)  

HMN IKMJB

Page 30: BAB 2 new

RUANG KOSONG DAN KURUNGAN  Ruang kosong boleh disisip dalam suatu ungkapan

atau kenyataan untuk menjadikannya lebih mudah dibaca.

 Contoh:

x = 645 / ( no_masukan) – y *(3127 / baki); x = 645 / (no_masukan) - y * ( 3127 / baki );

 * Perhatikan bahawa tanda kurung digunakan untuk

mengawal tertib penilaian ungkapan . 

HMN IKMJB