bab 2 master. new

Upload: siew-chang-yee

Post on 09-Apr-2018

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 BAB 2 Master. New

    1/34

    BAB II

    KEMUNCULAN PAKATAN PEMBANGKANG DI SEMENANJUNG MALAYSIA

    1957-1969

    2.1 Pengenalan

    Perkembangan politik di Tanah Melayu di sekitar 1950 merupakan sesuatu yang cukup

    menarik dan ia menampakkan kematangan politik yang menuju ke arah kemerdekaan.

    Tempoh itu dilihat sebagai titik peralihan dalam usaha mewujudkan integrasi politik di

    kalangan pemimpin yang mewakili masyarakat pelbagai kaum. Selain pembentukan parti

    Perikatan, parti-parti pembangkang turut bekerjasama untuk menyaingi kekuasaannya.

    Percubaan pertama muncul dengan kelahiran parti Socialist Front yang menggabungkan

    Parti Buruh dan Parti Rakyat. Ia kemudiannya diikuti dengan kerjasama Democratic Action

    Party ( DAP ) dan Parti Gerakan Malaysia ( PGRM ) yang didominasi oleh kaum bukan

    Melayu.

    2.2 Ambang Permuafakatan Politik di Malaysia

    Usaha untuk mencapai perpaduan kaum di Tanah Melayu telah pun bermula seawal tahun1949 menerusi penubuhan Community Liaison Committee ( CLC ) atau Jawatankuasa

    Hubungan antara kaum. Ia terbentuk selepas satu pertemuan di kalangan pemimpin Melayu

    dan Cina yang telah berlangsung pada Januari 1949 di Pulau Pinang.1 Pada peringkat awal

    Jawatankuasa Hubungan antara kaum hanya diwakili oleh orang Melayu dan Cina, ia terdiri

    daripada 5 wakil orang Melayu dan 4 wakil Cina. Namun begitu, menjelang Ogos 1949,

    CLC turut dianggotai oleh kaum yang lain termasuklah India, Ceylon, Serani dan Eropah.

    1 Gordon P. Means, Malaysian Politics, hlm. 123.

    1

  • 8/8/2019 BAB 2 Master. New

    2/34

    2.2.1 Kerjasama Ke Arah Perpaduan Kaum

    United Malays National Organization ( UMNO ) dan Malayan Chinese Association (MCA )

    telah mengorak langkah pertama dengan membentuk pakatan UMNO-MCA menjelang

    pilihan raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur pada 16 Februari 1952. Di mana Pengerusi

    MCA Selangor, Kolonel H.S. Lee dan Pengerusi Pilihan Raya Bahagian UMNO Kuala

    Lumpur, Dato Yahya Razak telah sepakat untuk bekerjasama dalam pilihan raya tersebut.

    Kerjasama itu mencapai kejayaan besar di Kuala Lumpur dan mendorong kepada kerjasama

    yang seterusnya dalam pilihan raya perbandaran yang lain. Di mana sepanjang tahun 1952-

    1953, kerjasama UMNO-MCA telah memenangi 94 daripada 124 kerusi yang

    dipertandingkan.2Kejayaan yang memberangsangkan itu telah membawa kepada kerjasama

    UMNO-MCA di peringkat pusat sehingga melahirkan Perikatan UMNO-MCA pada tahun

    1954. Menjelang Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955, parti Perikatan telah

    diperkukuhkan lagi dengan peryertaan parti Malayan Indian Congress ( MIC ).

    Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 telah diadakan pada 27 Julai

    1955 dan ia telah menampakkan penguasaan sepenuhnya kuasa politik Melayu. Di mana

    seramai 1,280,000 yang mendaftar, 84.2% atau 1,078,000 terdiri daripada pengundi

    Melayu. Manakala pengundi Cina pula hanyalah seramai 143,000 orang yang merangkumi

    11.2% daripada jumlah pengundi. Bakinya 3.9% atau 50,000 pengundi terdiri daripada

    pengundi India dan selebihnya 0.7% atau 9,000 terdiri daripada pengundi bangsa lain-lain.3

    Menurut Ting Chew Peh ( 1976 ), senario itu jelas menunjukkan ketidak

    seimbangan dalam perwakilan pengundi bukan Melayu. Ini jelas daripada nisbah pengundi

    yang berdaftar yang menyaksikan orang Melayu menguasai 50 buah kawasan manakalapengundi Cina hanya mampu mencapai majotriti di 2 kawasan. Nasib masyarakat India

    lebih malang lagi apabila pengundinya yang hanya kira-kira 50,000 orang sahaja gagal

    menguasai sebarang kawasan. Lantaran itu, pilihan raya 1955 dianggap tidak

    mencerminkan scenario politik sebenar Tanah Melayu.

    2 Mohd. Ainuddin Iskandar Lee Abdullah,Di Ambang permuafakatan Politik Malaya 1951-1955,

    hlm. 24.3 K.J Ratnam,Political Parties and Pressure Groups, di dalam Malaysia: A Survey, Wang Gungwu

    ( ed. ), hlm. 401.

    2

  • 8/8/2019 BAB 2 Master. New

    3/34

    Parti Perikatan menghadapi tentangan daripada beberapa buah parti pembangkang

    yang terdiri daripada Parti Negara, Parti Buruh, Parti Islam Se-Malaya ( PMIP ), Peoples

    Progressive Party ( PPP ), Liga Melayu Perak ( PML ) dan Parti Kebangsaan Perak ( NAP ).

    Parti Negara pimpinan Dato, Onn dilihat sebagai pencabar utama Parti Perikatan dan telah

    meletakan seramai 30 calon dan ia diikuti oleh Peoples Progressive Party dan Parti Islam

    Se-Malaya yang masing-masing meletakkan 18 dan 11 calon. Manakala parti-parti yang

    lain hanya meletakan bilangan calon yang kecil sahaja.4Parti Perikatan yang bertanding di

    ke semua 52 kerusi telah memperuntukkan 35 kerusi untuk calon UMNO dan

    memperuntukkan 15 kerusi kepada calon MCA dan 2 lagi kepada calon MIC.

    Parti Perikatan mencapai kejayaan yang di luar dugaan apabila memenangi 51

    daripada 52 kerusi dengan meraih 81.7 % undi. Satu lagi kerusi dimenangi oleh Parti Islam

    Se-Malaya di Krian, Perak apabila Haji Ahmad b. Haji Hussain memperolehi 8,685 undi

    untuk menewaskan calon UMNO, Haji Sulaiman b. Haji Ahmad yang mendapat 8,235

    undi.5 Kemenangan Parti Perikatan dikaitkan dengan sikap tolak ansur parti-parti yang

    bertanding dalam pembahagian kerusi pilihan raya di samping kesanggupan setiap kaum

    untuk berkongsi kuasa dalam politik negara. Di samping itu, is turut didorong oleh

    kebijaksanaan para pemimpin dalam kompoenen Perikatan berunding untuk mencari

    penyelesaian masalah dan kesepakatan dalam menolak pengaruh paeti Komunis Malaya

    (PKM )

    Kejayaan cemerlang Parti Perikatan jelas menunjukkan sokongan padu rakyat

    terhadapnya dan seterusnya memberi mandat kepada Parti Perikatan untuk membawa misi

    kemerdekaan Tanah Melayu ke London pada 1956. Rombongan kemerdekaan ke London

    telah diwakili empat wakil parti Perikatan yang diterajui oleh Tunku Abdul Rahman dandiiringi oleh Dato Abdul Razak, Dr Ismail dan Kolonel H S Lee. Selain itu, ia turut disertai

    empat wakil raja-raja Melayu yang terdiri daripada Dato Panglima Bukit Gantang, Abdul

    Aziz bin Haji Abdul Majib, Dato Wan Idris dan Dato Nik Kamil.6

    4 Parti Kebangsaan Perak meletakan 9 , Parti Buruh hanya menamakan 4 calon dan Liga Melayu

    Perak meletakan 2 calon.

    56Constitutional commission: letter from Sir D Macgillivary to A M Mackintosh on the views of

    Tunku Abdul Rahman, 5 Januarry 1956 in CO 1030/132, no. 3.

    3

  • 8/8/2019 BAB 2 Master. New

    4/34

    Anggota rombongan kemerdekaan ini telah diiringi oleh T H Tan Setiausaha Perikatan dan

    Abdul Kadir Samsuddin selaku Setiausaha Majlis Raja Melayu.7Rombongan kemerdekaan

    telah kembali ke Tanah Melayu pada 20 Februari 1956 dan telah disambut meriah di

    Padang Merdeka, Bandar Hilir, Melaka.

    2.2.2 Kemunculan Barisan Nasional : Konsep dan Perkembangan

    Istilah Barisan Nasional atau National Front muncul buat kali pertama dalam tahun 1972.

    Dalam ucapan sempena hari Kebangsaan pada Ogos 1972, Tun Abdul Razak menegaskan

    bahawa : Expect for a small group, there is the possibility of a national front among

    political parties to work together in facing national problems. 8 Barisan Nasional telah

    didaftarkan pada 1 Jun 1974 dan ia merupakan penstrukturan semula parti Perikatan selepas

    Pilihan Raya Umum 1969. Rusuhan kaum sejurus pilihan raya 1969 telah membawa kepada

    proses pengabungan parti-parti politik atas kesedaran perlunya wujud kerjasama yang lebih

    mantap di kalangan parti-parti politik yang bersifat komunal. Justeru itu, Barisan Nasional

    yang terbentuk kira-kira 80 hari sebelum pilihan raya umum 1974 telah menggabungkan

    sembilan buah parti politik yang bergerak cergas di Semenanjung Malaysia, Sabah dan

    Sarawak.9

    Proses pembentukan Barisan Nasional bermula dengan kejayaan membentuk

    kerajaan campuran pertama di Sarawak. Perikatan Sarawak yang terdiri daripada Parti

    Bumiputra, Parti Pesaka dan Sarawak Chinese Association ( SCA ) telah bekerjasama

    dengan Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP ) untuk membentuk kerajaan campuran di

    Sarawak pada 7 Julai 1970.10 Ini membolehkan Barisan Nasional menguasai 36 daripada 48

    kerusi undangan negeri Sarawak. Parti Bumiputra dan SCA menguasai 15 kerusi, PartiPesaka pula menguasai 9 kerusi manakala bakinya dimiliki oleh SUPP. Kejayaan ini

    membolehkan Perikatan Sarawak membentuk sebuah kerajaan negeri yang kukuh di

    Sarawak dan gagal disaingi oleh Parti Kebangsaan Sarawak ( SNAP ) yang hanya

    mempunyai 12 kerusi sahaja.

    7Ibid.8Ibid, hlm. 75.

    9 Barisan Nasional merupakan gabungan sembilan buah parti iaitu UMNO, MCA, MIC, PPP,Gerakan, SUPP, PAS, Perikatan Sabah dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu.

    10 Diane K. Mauzy,Barisan Nasional: Coalition Government In Malaysia, hlm. 48.

    4

  • 8/8/2019 BAB 2 Master. New

    5/34

    Pergolakan dalaman Parti Gerakan yang memegang tampuk pemerintahan di Pulau

    Pinang telah membawa kepada perubahan iklim politik di Semenanjung Malaysia.

    Perpecahan dalam Gerakan telah membawa kepada kelahiran sebuah parti baru, Parti

    Keadilan Masyarakat Malaysia ( Pekemas ) yang telah ditubuhkan pada 24 Disember

    1971.11 Menurut Dr. Lim Chong Eu, Ketua Menteri Pulau Pinang dua aspek utama yang

    diberi penekanan utama semasa pembentukan kerajaan campuran di Pulau Pinang.12

    Pertama ialah demi mengekalkan kestabilan perpaduan serta keselamatan negara. Di

    samping itu, ia juga bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik demi

    kemajuan sosio ekonomi penduduk Pulau Pinang.

    Kerjasama Gerakan dengan Perikatan telah diikuti dengan persefahaman di antara

    Perikatan dengan PPP di Perak. Langkah PPP turut menyertai Perikatan dikaitkan dengan

    krisis kepimpinan parti itu terutamanya selepas kematian Dr. Sennivasagam. Kegagalan

    membentuk kerajaan di Perak jelas mengecewakan ramai pemimpin serta penyokong parti

    itu. Justeru itu, langkah bekerjasama dengan Perikatan dilihat sebagai strategi PPP untuk

    meneruskan kesinambungannya dalam politik negara. Ia telah membawa kepada

    terbentuknya kerajaan campuran di Perak pada 28 April 1972.

    Pembentukan kerajaan campuran terakhir sebelum lahirnya Barisan Nasional telah

    berlaku di Kelantan. PAS telah bersetuju dengan cadangan UMNO untuk membentuk

    sebuah kerajaan campuran di Kelantan pada penghujung tahun 1972. Usaha ke arah itu

    dianggap sebagai langkah memperkukuhkan kedudukan barganing politikbumiputera di

    samping memperatkan hubungan silaturahim di kalangan umat Islam. Ia seterusnya

    membolehkan UMNO-PAS bekerjasama menumpukan usaha ke arah memperbaiki taraf

    hidup orang Melayu di samping memperkukuhkan perpaduan nasional.13

    Usaha penyatuan parti-parti politik di dalam Barisan Nasional dilihat sebagai satu

    langkah proaktif dalam usaha menstabilkan politik tanah air. Di mana menerusi

    pembentukan Barisan Nasional, ia berjaya mengurangkan politiking yang berlandaskan

    perkauman.

    11 Pekemas telah menyertai pilihan raya 1974 dan berjaya memenangi sebuah kerusi parlimen

    menerusi, presidennya Dr. Tan Chee Koon.

    12Mingguan Malaysia, 20 Februari 1972.13 Alias Mohamed, PAS Platform: Development and Change 1951-1986, Gateway Publishing House

    Sdn Bhd, Selangor, 1994, hlm. 121.

    5

  • 8/8/2019 BAB 2 Master. New

    6/34

    Walaupun pada dasarnya politik perkauman masih berlaku namun begitu, ia bergerak dalam

    lingkungan Barisan Nasional dan dapat diselesaikan secara perundingan di kalangan

    anggotanya.

    2.3 Pembentukan Pakatan Pembangkang Dalam Politik Malaysia

    Kerancakan politik negara selepas kemerdekaan telah menampakkan kemunculan

    kerjasama di kalangan parti pembangkang di Semenanjung Malaysia. Pakatan itu telah

    bermula seawal tahun 1957 lagi. Kesedaran tentang perlunya kerjasama politik yang

    bersifat non-komunal dalam usaha untuk meneruskan agenda politik di buah negara yang

    bersifat majmuk telah membawa kepada kelahiran Parti Socialist Front ( SF ). Ia telah

    menggabungkan Parti Buruh dan Parti Rakyat. Namun begitu, kerjasama itu hanya mampu

    bertahan bagi dua penggal pilihan raya sahaja iaitu pilihan raya 1959 dan pilihan raya 1964.

    Walaupun begitu, ia tidak mematahkan semangat barisan pembangkang yang terus

    mewujudkan kerjasama di kalangan mereka. Kemunculan DAP dan Parti Gerakan

    menjelang Pilihan Raya Umum 1969 telah membolehkan barisan pembangkang bukan

    Melayu berganding bahu dalam pakatan PPP-DAP dan Gerakan bagi memberi cabaran

    yang lebih bermakna terhadap dominasi politik Parti Perikatan

    2.3.1 Kelahiran Parti Socialist Front ( 1957-1965 )

    Percubaan secara serius dalam mewujudkan kerjasama di kalangan pembangkang bermula

    seawal tahun 1957. Ia berlaku selepas kegagalan Kongres Melayu yang melibatkan parti-

    parti berasaskan orang Melayu seperti Parti Negara, Parti Rakyat, PAS dan KesatuanMelayu Semenanjung dalam mencabar Perikatan. Pada Jun 1957, Parti Buruh, Parti Rakyat,

    PPP dan Liga Belia Sosialis telah berkumpul dan berrunding dalam usaha untuk

    membentuk satu barisan pembangkang.

    Namun begitu, hanya Parti Buruh dan Parti Rakyat yang berminat untuk

    bekerjasama dan seterusnya membawa kepada pembentukan Parti Barisan Sosialis Rakyat

    Tanah Melayu yang lebih dikenali sebagai Socialist Front ( SF ). Ia ditubuhkan pada 31

    Ogos 1957 dan pengabungan kedua-dua parti itu disahkan dalam kongres pertama Socialist

    6

  • 8/8/2019 BAB 2 Master. New

    7/34

    Front pada Oktober 1958.14 Ahmad Boestamam telah dilantik sebagai Presidennya

    manakala D.S. Ramanathan pula sebagai timbalannya. Sebagai sebuah parti fahaman

    sosialis dan bersifat non-komunal, SF telah menyifatkan dirinya anti-kolonial dan

    mengamalkan pendekatan nasionalis. Ia mengkritik dasar luar Persekutuan Tanah Melayu

    yang menandatangani Perjanjian Pertahanan dengan Britian. Pada masa yang sama, SF turut

    mengesa agar kerajaan Komunis di China diperakui dan menjalin hubungan yang akrab

    dengan negara-negara Afro-Asian.15

    Socialist Front menolak sebarang isu yang bersifat perkauman dalam usahanya

    untuk mendapat sokongan daripada segenap lapisan masyarakat. Ia berpendapat isu-isu

    yang bersifat perkauman bakal mencetuskan ketegangan dan membahayakan negara. Oleh

    yang demikian, Parti Buruh telah menperakui hak serta ketuanan Melayu dan pada masa

    yang sama menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Manakala Parti Rakyat pula

    berikrar untuk memberi layanan yang sama kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

    Dalam memorandum bersama pula, kedua-dua parti bersetuju untuk menyokong dasar

    pendidikan sekolah kebangsaan di samping sekolah-sekolah jenis kebangsaan.

    Socialist Front telah bertanding buat kali pertamanya dalam Pilihan Raya Umum

    1959. Sebelum pilihan raya 1959, Socialist Front telah pun berjaya bertapak dengan kukuh

    di negeri-negeri yang mempunyai penduduk bukan Melayu yang ramai seperti Pulau

    Pinang, Johor, Selangor dan Negeri Sembilan . Ia memiliki rekod yang cemerlang dalam

    pilihan raya majlis bandaran terutamanya di Pulau Pinang. Kejayaan moral pertama parti itu

    dicapai pada tahun 1957 di mana Sosialis Front berjaya menguasai Majlis Bandaran George

    Town.16 Rekod cemerlang Socialist Front diteruskan dalam pilihan raya Bandaran George

    Town pada tahun 1961 apabila ia hampir-hampir memenangi 14 daripada 15 kerusi yangdipertandingkan.

    14 Gordon P. Means, Malaysian Politics, hlm. 189.

    15Ibid, hlm. 243.16 Ia memenangi 8 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan seterusnya berjaya menewaskan

    Perikatan yang hanya mendapat 5 kerusi manakala 2 lagi dimenangi calon bebas.

    7

  • 8/8/2019 BAB 2 Master. New

    8/34

    Menurut Ting Chew Peh, Pilihan Raya Umum 1959 memperlihatkan tiga aspek

    yang penting17. Pertama, ia berlaku selepas peninggalan British dan kemerdekaan Tanah

    Melayu. Kedua, perubahan saiz dan populasi pengundi serta peningkatan secara mendadak

    pengundi bukan Melayu. Pilihan Raya Umum 1959 melibatkan 2,144,000 pengundi

    berbanding 1,280,000 pengundi dalam pilihan raya 1955. Selain itu, ia turut menyaksikan

    peningkatan pengundi Cina daripada 143,000 ( 11.2% ) ke 764,000 (35.6% ). Manakala

    pengundi India pula bertambah dari 50,000 ( 3.7% ) ke 159,000 ( 7.4% ). Ketiga pula,

    perubahan kepimpinan yang menyaksikan kelahiran kumpulan Young Blood mahupun

    Young Turks dalam MCA. Barisan pemimpin ini yang diketuai oleh Dr. Lim Chong Eu

    lebih lantang dalam memperjuangkan hak serta kepentingan masyarakat Cina. Ia seterusnya

    telah membawa kepada keretakan hubungan antara MCA dan UMNO.

    Ia menyaksikan kehadiran lima buah parti pembangkang yang menentang Parti

    Perikatan dan ia terdiri daripada PAS, Socalist Front, Parti Progresif Rakyat ( PPP ), Parti

    Negara dan Parti Malaya. PAS muncul sebagai parti pembangkang utama dengan

    meletakkan 58 calon untuk peringkat parlimen dan 200 calon bagi kerusi undangan negeri

    dengan tumpuan di Pantai Timur dan Utara Semenanjung Malaysia.18 Ia diikuti Parti

    Socialist Front yang telah bertanding bagi 38 kerusi parlimen dalam pilihan raya 1959

    dengan meletakkan 11 calon Melayu, 20 Cina dan 7 calon India. Di peringkat dewan

    undangan negeri pula, ia telah meletakkan 124 calon dengan tumpuan di Pulau Pinang dan

    Selangor.19Langkah Socialist Front turut dijejaki oleh UDP dan PPP yang berusaha untuk

    memenangi kerusi di negeri yang mempunyai populasi penduduk Cina yang ramai seperti

    Perak, Melaka, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

    Parti-parti pembangkang yang lain terutamanya PAS, dan Parti Negara pulameletakkan sebahagian besar calon mereka di Pantai Timur dan berusaha untuk memenangi

    hati pengundi Melayu. Mereka berikrar untuk membela nasib masyarakat Melayu yang

    didakwa terpinggir dan ketinggalan dalam arus pembangunan akibat daripada dasar

    pembangunan kerajaan yang tidak seimbang.

    17 Ting Chew Peh, The Chinese in Penisular Malaysia: A Study Of Race Relations In A Plural

    Society,hlm. 189.

    18 Pencabar BN Tidak Berubah, MASSA, 18 September, Utusan Melayu Berhad, Kuala Lumpur,1999, hlm. 20.

    19 R. K. Vasil,Ethnic Politics in Malaysia, hlm. 172-174.

    8

  • 8/8/2019 BAB 2 Master. New

    9/34

    Keputusan pilihan raya 1959 jelas menampakkan perubahan yang ketara dalam

    senario politik negara. Parti Perikatan yang menang besar dalam pilihan raya 1955 tidak

    mampu mempertahankan pencapaian cemerlangnya apabila hanya mampu meraih 51.8%

    undi majoriti dengan memenangi 74 daripada 104 kerusi parlimen yang dipertandingkan.

    Parti pembangkang berjaya memenangi 30 kerusi parlimen termasuk tiga kerusi yang

    dimenangi oleh calon bebas di Perak dan Negeri Sembilan. PAS yang hanya memenangi

    sebuah kerusi dalam pilihan raya 1955 berjaya memenangi 13 kerusi parlimen iaitu 9 kerusi

    dari Kelantan dan 4 lagi dari Terengganu. Di Kelantan, PAS memenangi 9 daripada 10

    kerusi parlimen yang dipertandingkan manakala Parti Perikatan yang mampu menawan

    kerusi Ulu Kelantan menerusi Tengku Indra Perta yang hanya mendapat majoriti undi

    sebanyak 4040 undi sahaja. Manakala di Terengganu, PAS turut menyerlah dengan apabila

    ia menguasai 4 daripada 6 kerusi parlimen yang dipertandingkan dan Parti Perikatan dan

    Parti Negara masing-masing memenagi satu kerusi.20

    Pengaruh PAS di kedua-dua negeri itu terserlah apabila ia menawan kedua-dua

    negeri tersebut dalam pilihan raya 1959. PAS menguasai 28 kerusi daripada 30 kerusi

    undangan negeri Kelantan dan meraih 63.8% undi. Manakala di Terengganu pula, PAS

    berjaya memenangi 13 daripada 24 kerusi yang dipertandingkan dengan mencatat 36.9%

    undi. Parti Perikatan hanya memenangi 7 kerusi manakala baki 4 dimenangi oleh Parti

    Negara. Kejayaan PAS dikaitkan dengan manifesto parti tersebut yang berjanji akan

    mengaplikasikan prinsip-prinsip Islam dalam pemerintahannya dan mengamalkan prinsip

    demokrasi yang sebenar. Ia turut berikrar terus mempertahankan hak orang Melayu dan

    memperbaiki taraf hidup masyarakat serta mempromosikan keadilan sosial.21

    Parti Socialist Front muncul sebagai pembangkang kedua terkuat denganmemenangi 8 kerusi parlimen dari dua buah negeri iaitu kubu kuatnya Pulau Pinang dan

    Selangor. Prestasi Sosialis Front di Selangor agak menonjol dan ia berjaya memenangi 5

    buah kerusi parlimen. Presidennya Ahmad Boestamam berjaya memenangi kerusi parlimen

    Setapak manakala V. David pula memenengi kerusi Bangsar. Kawasan-kawasan lain yang

    berjaya dimenangi oleh calon Socialist Front termasuklah Damansara, Rawang dan Batu.

    20 Perikatan memenangi kerusi parlimen Kemaman tanpa bertanding manakala Parti Negara

    memenangi kerusi Kuala Terengganu Selatan menerusi Dato Onn b. Jaafar.21 Alias Mohamed, PAS Platform: Development and Change 1951-1986, hlm. 75.

    9

  • 8/8/2019 BAB 2 Master. New

    10/34

    Di Pulau Pinang pula, ia memperolehi 3 kerusi parlimen dengan didahului oleh V.

    Veerapan yang memenangi kerusi Seberang Selatan dan diikuti oleh Liew Kean Siew di

    Dato Keramat dan Tan Pock Kin di Tanjong. Di peringkat dewan undangan negeri,

    Socialist Front berjaya memperolehi 16 kerusi dari 4 buah negeri. Di Pulau Pinang, ia

    mendapat 7 kerusi dan menguasai kawasan Tanjong dengan menyapu bersih keempat-

    empat kerusi yang dipertandingkan termasuklah Tanjung Utara, Tanjung Selatan, Tanjung

    Barat dan Tanjung Tengah. Kejayaan Sosialis Front lebih bermakna dengan kejayaan

    Presiden Parti Buruh, D.S Ramanathan memenangi kerusi undangan negeri kawasan Sungai

    Penang dengan undian sebanyak 1289.22 Selain itu, Sosialis Front turut memenangi kerusi

    Jeluntong dan Kota yang didominasi oleh pengundi Cina.

    Di Selangor pula, Socialist Front mendapat memperolehi 3 kerusi undangan negeri.

    Ia mencapai kejayaan berganda menerusi dua calonnya iaitu V. David dan K. Karam Singh.

    V. David telah memenangi kerusi DUN Pantai setelah menguasai kerusi parlimen Bangsar.

    K. Karam Singh pula merupakan pemenang bagi kerusi parlimen Damansara di samping

    memenangi kerusi DUN Serdang. Satu lagi kerusi undangan negeri diperolehi daripada

    Nazar Yong yang menguasai kerusi Sentul walaupun hanya dengan majoriti undi sebanyak

    552 sahaja. Socialist Front turut berjaya menembusi kubu Parti Perikatan di Negeri

    Sembilan dan Johor. Di Negeri Sembilan, ia memenangi kerusi DUN bagi Rantau, Rompin,

    dan Labu. Di Johor pula, kerusi DUN Gunong Lambak, Senai-Kulai dan Tanjong Perti

    berjaya dikuasai menerusi calon-calon dari Parti Buruh. Secara keseluruhannya dalam

    pilihan raya 1959, Socialist Front meraih 12.9% undi bagi kawasan parlimen dan 9.7% bagi

    kerusi undangan negeri.23

    Peoples Progressive Party ( PPP ), Parti Negara dan Parti Malaya turut berjayamemenangi kerusi dalam pilihan raya 1959. PPP yang mempunyai pengaruh yang kuat di

    Perak terutamanya di daerah Kinta memenangi 4 daripada 5 kerusi parlimen yang

    dipertandingkan di daerah berikut. Ia memenangi kerusi Ipoh dan Mengelembu menerusi

    dua pemimpin utama iaitu Dharma Raja Seenivasagam dan Sri Radhmaraja Seenivasagam .

    Manakala Chan Swee Ho dan Khong Kok Yat memenangi kerusi Kinta dan Batu Gajah.

    22 Report on the Parliamentary and State Legislative Assembly General Elections, 1964 of the state ofMalaya, Jabatan Chetakan Kerajaan, Kuala Lumpur, 1965, hlm. 91.

    23 Gordon P. Means, Malaysian Politics, hlm. 253.

    10

  • 8/8/2019 BAB 2 Master. New

    11/34

    PPP juga mencatatkan kemenangan gemilang di kerusi undangan negeri di kinta apabila

    menawan 8 daripada 10 kerusi yang dipertandingkan.24 Ia menandakan bermulanya era

    kegemilangan PPP di daerah Kinta. Parti Negara pimpinan Dato Onn pula memenangi

    sebuah kerusi parlimen dan 4 buah kerusi undangan negeri di Terengganu. Kerusi parlimen

    tunggal Parti Negara diperolehi oleh Dato Onn di Kuala Terengganu Selatan. Kejayaan

    Parti Negara dikaitkan dengan bantuan PAS yang memberi laluan kepada calon-calon parti

    tersebut untuk bertanding di Terengganu malah Dato Onn sendiri dikatakan diletakkan di

    kawasan yang selamat bagi memastikan kemenangannya.

    Secara keseluruhannya, Pilihan Raya Umum 1959 meninggalkan beberapa impak

    yang penting. Ia menunjukkan kemerosotan pengaruh Parti Perikatan terutamanya sokongan

    terhadap MCA. Pada masa yang sama, ia turut menandakan bermulanya pengaruh

    pembangkang di Malaya. Socailist Front mula menyemai pengaruhnya di Pantai Barat

    manakala PAS pula bertapak kukuh di Utara dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

    Namun begitu, kegagalan kedua-dua parti dominan ini wujud sebarang kerjasama atau

    persefahaman ternyata melemahkan barisan pembangkang .

    Pilihan Raya Umum 1964 yang telah diadakan pada 25 April menyaksikan

    penambahan parti pembangkang dalam politik di Semenanjung Malaysia. Peoples Action

    Party ( PAP ) dan United Democratic Party ( UDP ) telah bertanding dalam pilihan raya ini.

    Ia telah berlangsung semasa negara diancam oleh konfrontasi Indonesia. Ia telah digunakan

    sepenuhnya oleh Parti Perikatan dalam meraih undi para pengundi khususnya pengundi

    Cina dan India. Isu kepentingan nasional dijadikan manifesto Perikatan dan parti-parti

    pembangkang telah dituduh anti-nasional dan pro- Indonesia. Peratusan undi Perikatan telah

    kembali ke margin yang selesa. Ia berjaya memenangi 89 daripada 104 kerusi yangdipertandingkan dan menunjukkan peningkatan 6.6% ( 58.4% ) berbanding 1959 ( 51.8% ).

    Parti Perikatan memenangi ke semua kerusi undangan negeri di Johor ( 32 ), Kedah ( 24 ),

    Negeri Sembilan ( 24 ), dan Pahang ( 24 ). Selain itu, ia turut merampas kembali

    Terengganu apabila memenangi 21 daripada 24 kerusi yang dipertandingkan.

    Di Kelantan, Parti Perikatan turut memperbaiki pencapaiannya apabila menawan 9 daripada

    30 kerusi yang dipertandingkan dengan mencatatkan pertambahan 7 kerusi berbanding

    pilihan raya 1959.

    24 PPP memenangi kerusi undangan negeri Pekan Bharu, Pekan Lama, Pasir Puteh, Kuala Pari,

    Chemor, Sungei Raja, Pusing dan Gopeng.

    11

  • 8/8/2019 BAB 2 Master. New

    12/34

    Dalam Pilihan Raya Umum 1964, Parti Socialist Front telah disertai oleh Parti

    Perhimpunan Kebangsaan yang turut dikenali sebagai National Convention Party ( NCP )

    yang ditubuhkan oleh Abdul Aziz Ishak pada tahun 1963.25 Gabungan Parti Buruh, Parti

    Rakyat dan Parti Perhimpunan Kebangsaan telah berganding bahu dan meletakkan bilangan

    calon yang agak ramai. Socialist Front telah meletakkan seramai 63 calon bagi kerusi

    parlimen dan 167 calon bagi peringkat negeri. Dalam kempennya, Socialist Front terus

    mengkritik dasar pembentukan Malaysia yang dianggap sebagai punca ketegangan

    hubungan Malaysia dengan negara jiran. Ia mencadangkan agar gencatan senjata

    dikuatkuasakan di Borneo dan askar British dan Indonesia perlu berundur dari sana. Selepas

    itu perlu diadakan satu referendum bagi memastikan kehendak sebenar rakyat Sabah dan

    Sarawak. 26

    Socialist Front gagal mencapai sebarang kejayaan yang bermakna dalam pilihan

    raya ini. Walaupun berjaya mencatat memperolehi undi sebanyak 12% tetapi ia hanya

    mampu memenangi 2 kerusi parlimen dan kehilangan 6 kerusi parlimen yang dimenangi

    dalam pilihan raya yang lepas. Kekalahan Socialist Front dalam pilihan raya 1964

    bertambah perit apabila tokoh-tokohnya seperti Ahmad Boestamam, Ishak bin Haji

    Mohammed , V. Veerapan dan Abdul Aziz bin Ishak tewas mengejut dalam pilihan raya

    ini..27 Ahmad Boestaman gagal pertahankan kerusi parlimen di Setapak manakala V.

    Veerapan pula kehilangan kerusi DUN di Seberang Selatan. Aziz Ishak juga mengalami

    nasib yang sama apabila gagal pertahankan kerusi di Kuala Langat yang dimenangi semasa

    bersama dengan Perikatan. Beliau ditewaskan oleh Tahir Majid yang memperolehi 9,840

    undi berbanding Aziz yang hanya mendapat 6,043 undi.

    Prestasi yang kurang memberangsangkan dalam pilihan raya 1964 telah membawa

    kepada perpecahan dalam Socialist Front. Parti Rakyat telah bertindak berundur daripada

    Socialist Front dan bertanding bersendirian dalam pilihan raya 1969. Terdapat tiga faktor

    utama yang membawa kepada kemerosotan serta kejatuhan Sosialis Front. Menurut Ratnam

    25 Abdul Aziz Ishak merupakan bekas anggota UMNO dan juga menteri di bawah cabinet Tunku.

    Beliau dipecat dari UMNO kerana kelantangannya mengkritik UMNO dan polisi BN.26 Gordon P. Means, Malaysian Politics, hlm. 336.27 Ibid, hlm. 338.

    12

  • 8/8/2019 BAB 2 Master. New

    13/34

    dan Milne ( 1967 ), Socialist Front gagal menonjolkan dirinya sebagai sebuah parti yang

    terhormat.28 Ia sering dianggap sebagai sebuah parti haluan kiri yang radikal dan

    dipengaruhi oleh anasir komunis. Perjalanan parti serta aktivitinya sering dipantau kerajaan

    dan beberapa orang ahlinya pernah ditahan di bawah Ordinan Keselamatan Dalam Negeri

    ( ISA ). Kedua, pengaruh golongan radikal Cina dalam parti Buruh yang semakin kuat dan

    menguasai pakatan di dalam Socialist Front. Ini membawa kepada pertelingkahan antara

    Parti Buruh dan Parti Rakyat terutamanya dalam aspek bahasa, agama Islam, pemilihan

    calon dan dasar mengenai isu perkauman. Ketiga, kegagalan Parti Rakyat dalam mendapat

    sokongan orang Melayu dan terlalu bergantung kepada Parti Buruh telah menjadikan

    Socialist Front sebuah parti yang pro-Cina.

    Kegagalan Socialist Front turut dirasai oleh parti pembangkang yang lain

    terutamanya PAS yang hanya mampu memenangi 9 kerusi parlimen dan kehilangan

    kerajaan negeri Terengganu apabila hanya mendapat 3 daripada 24 kerusi di negeri

    berkenaan. PPP turut mengalami nasib yang sama apabila hanya mampu mengekalkan 2

    kerusi parlimennya sahaja. Parti Negara yang kehilangan Dato Onn pula, gagal

    mempertahankan satu-satu kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya 1959 . Kehadiran

    Peoples Action Party ( PAP ) dan United Democratic Party ( UDP ) turut gagal

    memperkasakan barisan pembangkang sebaliknya menyaksikan perpecahan undi

    pembangkang. PAP hanya berjaya memenangi sebuah kerusi parlimen menerusi Devan

    Nair di Bangsar, Selangor.29 Manakala UDP yang bertapak di Pulau Pinang memenangi

    kerusi parlimen Tanjong menerusi Presidennya, Lim Chong Eu dan 4 kerusi lagi kerusi

    undangan negeri iaitu kerusi Kota, Tanjong Utara, Tanjong Tengah dan Tanjong Barat.

    2.3.2 Pakatan PPP, DAP dan Gerakan ( 1969 )

    Pilihan Raya Umum 1969 menampakkan satu perkembangan baru dalam politik di

    Semenanjung Malaysia. Ia telah menyaksikan pembentukan pakatan di kalangan parti-parti

    28 K. J . Ratnam and R. S. Milne, The Malayan Parliamentary Election of 1964, University of MalayaPress, Singapore, 1967, hlm. 48.

    29 Devan Nair menewaskan V. David dari SF dengan majoriti undi sebanyak 808.

    13

  • 8/8/2019 BAB 2 Master. New

    14/34

    pembangkang. Walaupun begitu, kerjasama itu dilihat sekadar satu persetujuan bersama

    bagi menentang Perikatan dan tidak wujud sebarang percubaan untuk menyatukan idelogi

    yang berbeza.30 Kerjasama yang terbentuk di kalangan parti-parti pembangkang utama itu

    melibatkan persetujuan dalam membahagikan kerusi yang bakal ditandingi oleh calon-calon

    pembangkang. Senario ini berlainan dengan pilihan raya sebelum ini di mana pembangkang

    bukan sahaja sentiasa mengecam satu sama lain tetapi turut bertanding di kawasan yang

    lain. Ini bukan sahaja melemahkan parti-parti pembangkang malah mengakibatkan

    perpecahan undi dan menguntungkan Perikatan.

    Kerjasama pembangkang dalam Pilihan Raya Umum 1969 menyaksikan dominasi

    parti-parti politik masyarakat bukan Melayu dalam menentang Parti Perikatan yang diterajui

    UMNO. Kelahiran DAP dan Gerakan, dua parti yang didominasi orang Cina dan begitu

    lantang memperjuangkan konsep demokrasi berasaskan prinsip kesaksamaan kaum serta

    memanipulasi isu-isu bahasa dan pendidikan telah menimbulkan kebimbingan orang

    Melayu. Parti-parti yang dianggap cauvanis Cina itu dilihat bukan sekadar mempersoalkan

    hak orang Melayu malah berusaha untuk menghapuskan ketuanan Melayu.

    DAP secara rasmi menjadi sebuah parti politik yang sah di Malaysia pada 18 Mac

    1966. Ia diketuai oleh Dr. Chen Man Hin sebagai Pengerusi Protem, Devan Nair sebagai

    Setiausaha Agung , Zain Azahari, Goh Hock Guan, D.P. Xavier, Dr. S. Seevaratnam, Chin

    Chang Sung, Chan Kot Kit, Michael Khong dan Tan Chong Bee 31. DAP yang dibentuk atas

    dasar non-communaldan ia dilihat memperjuangkan konsep negara Malaysia yang bebas,

    demokratik dan sosialis berasaskan prinsip kesaksamaan kaum, keadilan sosial dan

    ekonomi32. Dasar perjuangannya yang melaung-laungkan persamaan hak antara kaum di

    Malaysia membolehkan DAP mendapat sokongan padu yang masyarakat bukan Melayukhususnya kaum Cina. Ini membolehkan DAP bertapak dengan kukuh di dalam arena

    politik Malaysia sejak awal penubuhannya.

    30 R.S Milne dan Diane K Mauzy,Politik dan Kerajaan di Malaysia, Terj. Abd. Rauf Mohd Napisdan Ramlah Muhamad, hlm. 207.

    31Ulangtahun DAP ke 15, Democratic Action Party, Petaling Jaya, 1981, hlm. 18.

    32 Lee Kam Hing and Tan Chee-Beng (ed.), The Chinese in Malaysia, hlm. 206.

    14

  • 8/8/2019 BAB 2 Master. New

    15/34

    Menurut DAP, terdapat beberapa prinsip asas yang harus dicapai bagi pembentukan

    sebuah negara bangsa Malaysia yang berjaya dalam negara yang berbilang kaum. Prinsip-

    prinsip tersebut ialah : 33

    i. . Sebagai sebuah negara yang majmuk, DAP menentang sebarang layanan

    istimewa kepada mana-mana kaum yang memonopoli kepentingan ekonomi

    dan politik. Ia dianggap sebagai satu penindasan kepada kaum lain.

    ii. DAP turut perjuangkan kebebasan mutlak dalam erti kata lain, ia mengecam corak

    pemerintahan diktator dan ia percaya bahawa setiap individu perlu diberi

    kebebasan beragama, menyuarakanpendapat, serta berhimpun.

    iii. Demokrasi yang benar-benar demokrasi, iaitu peluang rakyat melibatkan diri dalam

    semua peringkat institusi politik. Pada masa yang sama, demokrasi tidak

    seharusnya dihadkan kepada pilihan raya dan pemerintahan golongan majoriti

    sahaja. Ia juga harus melibatkan toleransi dan jaminan kebebasan dan hak-hak

    kumpulan minoriti.

    iv. Dalam sosialisme berdemokratik pula, DAP pertahankan hak bekerja dan menjaga

    kebajikan manusia dalam semua kelas, hak menikmati alam sekitar yang bersih,

    hak mendapat pendidikan dan latihan mengikut pilihan sendiri.

    Asas perjuangan dan prinsip DAP boleh dilihat dengan jelas dalam Deklarasi Setapak

    yang diumumkan pada 29 Julai 1967.34 Ia menekankan kebebasan penggunaan bahasa lain

    dalam masyarakat. dan mendesak agar bahasa Cina, Tamil dan Inggeris turut diberi peranandalam pentadbiran, pendidikan dan media massa.

    Dari segi sosio ekonomi dan budaya, DAP memperjuangkan persamaan hak dan mengkritik

    pengeksplotasian ke atas tenaga manusia berdasarkan kaum, ekonomi, sosial, dan kawasan

    di bandar dengan luar bandar. 35

    33Ulangtahun DAP ke 15, hlm. 10.34 Ibid, hlm.79.35Ibid, hlm. 82-84.

    15

  • 8/8/2019 BAB 2 Master. New

    16/34

    Parti Gerakan diasaskan oleh Lim Chong Eu , di samping beberapa pemimpin bekas

    pemimpin parti Buruh seperti Tan Chee Khoon dan V. Veerappen pada 24 Mac 1968.

    Pada masa yang sama, Gerakan turut mendapat perhatian daripada tokoh-tokoh akademik

    seperti Syed Hussein Al-Altas, Wang Gungwu dan J.B.A Peter.36 Dalam usaha untuk

    muncul sebagai sebuah parti yang benar-benar kuat, Gerakan turut berusaha untuk

    mendapatkan sokongan daripada kesatuan pekerja dan ia berhasil apabila dua pemimpin

    utama dalam kesatuan sekerja, Yeoh Teck Chye dan V. David menyertai parti itu. 37 Di

    mana kedua-duanya telah menjadi calon Gerakan dalam Pilihan Raya Umum 1969. V.

    David telah memenangi kerusi parlimen Dato Keramat manakala Yeoh Teck Chye pula

    memenangi kerusi parlimen Bukit Bintang.

    Perjuangan asal parti itu berlandaskan kepada dasar bukan perkauman dan

    mengamalkan fahaman sosialis dan demokrasi.38 Selain itu, Parti Gerakan turut mengiktiraf

    hak istimewa orang Melayu, di samping sedia berkompromi mengenai isu bahasa dan

    pelajaran walaupun ia menegaskan pelajaran menengah Cina dan Tamil perlu dikekalkan.

    Dalam usaha mengekalkan imej bukan komunalnya serta mendapatkan sokongan

    masyarakat Melayu, Parti Gerakan telah melantik Syed Hussein Al-Atas sebagai pengerusi

    parti itu yang pertama. Dalam satu kenyataan parti itu yang bertarikh 15 April 1968, ia

    menegaskan bahawa:

    We recognize the need to accord special attention and emphasis on the

    economically weak Malays and other indigenous peoples. Their problems require aspecial approach and special remedies. They should be protected from exploitation

    and assisted to compete with other communities on a just basis in business, trade

    and the professions.39

    Kenyataan itu jelas menunjukkan pendekatan Gerakan yang agak sederhana dalam usahamendapat sokongan daripada orang Melayu walaupun pada dasarnya ia bergantung

    sepenuhnya kepada sokongan masyarakat Cina.

    36 Hussein Alatas seorang pensyarah di University Singapura, manakala Wang Gungwu seorang

    pensyarah di Universiti Malaya dan J.B.A Peter pula merupakan presiden Majlis Perubatan Malaysia. Lihat

    R.K. Vasil, The Malaysian General Election of 1969, Oxford University Press, Singapore, 1972, hlm. 17.37 Ting Chew Peh, The Chinese in Penisular Malaysia: A study of race in a plural society, hlm. 184.

    38 R.S Milne dan Diane K Mauzy,Politik dan Kerajaan di Malaysia, Terj. Abd. Rauf Mohd Napisdan Ramlah Muhamad , hlm.192.

    39 R.K. Vasil,Ethnic Politics in Malaysia, hlm. 162.

    16

  • 8/8/2019 BAB 2 Master. New

    17/34

    Pada Mac 1968, DAP telah membuat perjanjian dengan PPP dalam membahagikan

    kawasan pilihan raya di Perak.40 Menjelang Februari 1969 parti PPP, DAP dan Gerakan

    telah mencapai kata sepakat untuk bekerjasama dalam pilihan raya 1969.41 Ketiga-tiga parti

    telah bersetuju untuk membahagikan kerusi bagi kawasan parlimen dan undangan negeri

    bagi mengelakkan pertembungan sesama pembangkang dan seterusnya mengakibatkan

    perpecahan undi. Dalam pakatan ketiga-tiga parti itu, mereka menumpukan perhatian ke

    atas negeri-negeri Melayu di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Pulau Pinang akan

    diserahkan kepada Parti Gerakan dan Selangor pula akan dibahagi di antara DAP dan

    Gerakan.42 Manakala di negeri Perak, PPP akan meletakkan sebahagian besar calonnya

    manakala DAP akan bertanding di negeri-negeri lain seperti Negeri Sembilan, Johor dan

    Melaka.43

    Pada masa yang sama, PPP, DAP dan Gerakan dikatakan berjaya membuat satu

    pakatan dengan PAS yang bertujuan untuk memecahkan undi pengundi Melayu di kawasan

    majoriti Cina dan sebaliknya ketiga-tiga parti pembangkang itu akan berkempen bagi

    mendapatkan undi orang Cina di kawasan orang Melayu. Pada bulan April 1969, PAS

    mengumumkan bahawa ia akan menyokong 2 calon Gerakan di Pulau Pinang dan bersedia

    bagi menyediakan pengempen untuk parti itu.44

    Tindakan PAS itu dilihat sebagai

    sebahagian usaha Gerakan dalam meletakkan calon Melayu di Pulau Pinang. Parti Rakyat

    yang bertanding bersendirian setelah keluar dari Parti Sosialis Front turut tidak menentang

    usaha Gerakan untuk menawan Pulau Pinang dengan tidak meletakkan calonnya di kawasan

    yang ditandingi oleh Gerakan. Ini telah menjadikan pilihan raya 1969 begitu menarik di

    mana PPP, DAP dan Gerakan menentang MCA dam MIC manakala PAS pula akan

    berhadapan dengan UMNO.

    Kempen pilihan raya 1969 bertumpu kepada isu perkauman yang berlanjutanberikutan kekurangan isu nasional yang menarik. Parti Perikatan terus berpegang kepada

    rekod perkhidmatannya yang cemerlang sejak kemerdekaan gagal membendung asakan

    pembangkang yang terus memperbesarkan isu-isu perkauman dan mengapi-apikan lagi

    40Ulangtahun DAP ke 15, Democratic Action Party, hlm. 26. Lihat juga, R.S Milne dan Diane KMauzy,Politik dan Kerajaan di Malaysia, hlm.207.

    41 R. K. Vasil, The Malaysian General Election of 1969, hlm. 21.42 R.S. Milne and Diane K. Mauzy,Politics and Government in Malaysia, Times Books International,

    Singapore, 1978, hlm.162..

    43Ibid.44 R.S Milne dan Diane K Mauzy,Politik dan Kerajaan di Malaysia, Terj. Abd. Rauf Mohd Napis

    dan Ramlah Muhamad , hlm.207.

    17

  • 8/8/2019 BAB 2 Master. New

    18/34

    perasaan perkauman. DAP dalam manifestonya yang bertajuk Towards a Malaysian

    Malaysia, telah memberi penekanan kepada pengamalan demokrasi politik, sosial dan

    ekonomi45. Dari segi politik pula, ia menggesa semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum,

    bahasa atau agama diberi kebebasan dalam berpolitik, hak serta peluang yang saksama.

    Dalam aspek ekonomi, DAP memperjuangkan agar eksploitasi yang berlaku antara individu

    mahupun kelas dihapuskan. Di samping, ia menggesa agar jurang perbezaan pendidikan dan

    sosio ekonomi antara bandar dengan luar bandar dikurangkan. DAP dalam mengulas

    manifestonya beranggapan :

    The Alliance governmentignores the principle of the indivisibility of Malaysian

    prosperity and social justice. They often that the have-nots in Malaysia are of allraces. The are found inrural areas as well as in urban slums. The campaign against

    poverty and backwardness must accordingly be a national campaign, based on the

    criteria of need and not on the race.46

    Dalam kenyataan itu, jelas DAP menuntut persamaan hak dalam semua aspek di kalangan

    rakyat Malaysia tanpa mengira kaum kerana beranggapan ia perlu bagi menjamin hak

    semua bangsa di Malaysia.

    PPP yang mempunyai kerjasama yang erat dengan DAP telah mengemukakan

    manifestonya Malaysia for Malaysians yang mirip kepada manifesto PAP Malaysian

    Malaysia telah mengesa pindaan terhadap perlembagaan bagi menghapuskan hak

    keistimewaan orang Melayu. Ia menegaskan bahawa the nation and the state is not

    identified with the supremacy, well-being and the interest of any one particular community

    or race.47

    Dalam pilihan raya 1969, DAP telah bertanding di 24 kerusi parlimen dan 57 kerusi

    undangan negeri. Ia diikuti Gerakan yang telah meletakkan calonnya di 14 kawasan

    parlimen dan 37 calon di kawasan undangan negeri. PPP pula hanya meletakkan 6 calonnya

    bagi kawasan parlimen dan 16 calon bagi undangan negeri. Kerjasama DAP , PPP dan

    Gerakan ternyata berkesan dan berjaya memenangi 25 daripada 104 kerusi parlimen yang

    dipertandingkan. Di peringkat dewan undangan negeri pula, kerjasama ketiga-tiga parti ini

    45 Ting Chew Peh, The Chinese in Penisular Malaysia: A Study Of Race Relations In A Plural

    Society,hlm. 181.

    46 R. K. Vasil, The Malaysian General Election of 1969, hlm. 31.47 Ibid, hlm. 33.

    18

  • 8/8/2019 BAB 2 Master. New

    19/34

    berjaya menguasai 69 daripada 282 kerusi yang dipertandingkan dengan memperolehi

    25.2% undi. DAP muncul sebagai parti pembangkang yang terkuat dan ia berjaya

    memperolehi 13 kerusi parlimen dan 31 kerusi undangan negeri.

    Perak muncul sebagai kubu terkuat DAP apabila ia berjaya memenangi 5 kerusi

    parlimen di kawasan Sitiawan, Batu Gajah, Kampar, Telok Anson dan Batang Padang.48 Di

    Selangor pula, DAP mendapat tiga kerusi parlimen berikutan kejayaan Setiausaha Agung,

    Goh Hock Guan memenangi kerusi Bangsar dengan majoriti sebanyak 27,402 undi. Selain

    itu, DAP juga menawan kerusi parlimen Damansara dan Setapak. Di Negeri Sembilan, ia

    menambah 3 kerusi parlimen apabila memenangi kerusi kawasan Seremban Timur yang

    menerusi Pengerusi DAP, Chan Man Hin. Dua calon Indianya, Soorian Arjunan dan

    Sinnathamby Seevartnam turut tidak mengecewakan apabila berjaya memenangi kerusi

    masing-masing di Port Dickson dan Seremban Barat. Baki dua kerusi parlimen diperolehi

    dari Melaka dan Pulau Pinang. Di Melaka, Lim Kit Siang menawan kerusi parlimen Bandar

    Melaka dengan majoriti undi yang begitu besar, 11,216 undi. Manakala di Pulau Pinang,

    parlimen Penang Utara menjadi kerusi tunggal yang dimenangi oleh DAP.

    Prestasi DAP di peringkat undangan negeri turut membanggakan khususnya

    Selangor, Negeri Sembilan dan Perak. Di ketiga-tiga negeri itu, DAP berjaya memenangi

    23 buah kerusi masing-amsing 9 kerusi di Selangor dan 8 di Negeri Sembilan.

    Kemenangan DAP di Selangor diketuai oleh 3 tokoh utamanya iaitu Lee Lam Thye yang

    menawan kerusi Bukit Nanas, Goh Hock Guan menawan kerusi Salak dan Yap Pian Hon di

    Serdang.. Selain itu, kerusi undangan negeri Pencahala, Sementa, Ampang, Sentul, Bukit

    Raja dan Kampung Jawa turut ditawan oleh DAP. Pencapaian DAP di Perak turut

    memberangsangkan, ia memenangi 6 daripada 8 yang ditandinginya. Di mana duadaripadanya terletak di daerah Kinta iaitu kerusi Tanjong Tualang dan Kuala Dipang dan 4

    lain terletak di kawasan lain iaitu kerusi Lumut, Batak Rabit, Tapah Road dan Lekir.

    Kejayaan DAP lebih bermakna apabila ia turut meluaskan pengaruhnya ke Melaka, Pulau

    Pinang dan Johor apabila menawan 4 kerusi di Melaka dan 3 lagi di Pulau Pinang dan 1 di

    Johor.

    48 Penyata Pilehanraya Umum Dewan Raayat dan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri-Negeri

    Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak tahun 1969, Jabatan Chetak Kerajaan, Kuala Lumpur, 1972, hlm. 57-59.

    19

  • 8/8/2019 BAB 2 Master. New

    20/34

    Prestasi Gerakan juga agak memberangsangkan, ia berjaya memenangi 8 kerusi

    parlimen dan 5 daripadanya diperolehi dari Pulau Pinang. Kejayaan di Pulau Pinang

    diketuai oleh presiden Gerakan, Lim Chong Eu yang memenangi kerusi Tanjung, V. David

    di kerusi Datuk Keramat, V.Veerappan di Seberang Selatan. Mustapa b. Hussain muncul

    sebagai ahli parlimen tunggal Melayu Parti Gerakan di Pulau Pinang apabila berjaya

    menguasai kerusi Seberang Tengah. Sebuah lagi kerusi parlimen di Pulau Mutiara

    diperolehi di Penang Selatan menerusi Gabriel Thomas Selvaraj yang menewaskan Ismail

    bin Idris dari Perikatan dengan majoriti undi sebanyak 7,551.49 Di Selangor pula, Gerakan

    berjaya menguasai dua kerusi parlimen menerusi dua tokohnya iaitu Tan Chee Koon di

    Batu dan Yeoh Teck Chye di Bukit Bintang. Satu lagi baki kerusi parlimen datang dari

    kawasan Larut Selatan, Perak. Calon parti Gerakan, Ng Hoe Hun memenangi kerusi itu

    dalam pertarungan tiga penjuru yang melibatkan calon Perikatan Lim Swee Aun dan Calon

    PAS Haji Mohamed Tahir dengan undi majoriti sebanyak 4,867.

    PPP yang menfokuskan kekuatannya di Perak berjaya memenangi 4 kerusi parlimen

    dan kesemuanya di perolehi dari negeri Perak. Ia berjaya memenangi 3 daripada 5 kerusi

    parlimen di daerah Kinta.50 PPP memenangi kerusi Ipoh apabila R.C. Mahadeva Rayan

    menewaskan Toh Seang Eng dari MCA dengan majoriti undi sebanyak 18,748 undi. Di

    Menglembu pula, S.P. Seenivasagam berjaya mengekalkan kerusinya dengan menewaskan

    Hew Chai Kee. Di Ulu Kinta pula, Chan Yoon Onn berjaya menewaskan Chin Foo,

    penyadang kerusi itu pada pilihan raya 1964 dengan majoriti sebanyak 3,115 undi.

    Selain itu, PPP turut berjaya memenangi kerusi Bruas menerusi calonnya Su Liang Yu yang

    hanya mendapat majoriti undi sebanyak 468 dalam pertandingan tiga penjuru yang

    melibatkan calon Perikatan dan PAS.51

    Di peringkat negeri, Gerakan, DAP dan PPP berjaya mengurangkan jumlah kerusi

    yang dimenangi Perikatan dengan begitu berjaya. Perikatan hanya mampu memenangi 66

    kerusi berbanding 74 dan 89 pada pilihan raya 1959 dan 1964.Kejayaan ketiga-tiga parti itu

    diukur dengan kemampuan mereka menguasai Pulau Pinang, dan menafikan majoriti selesa

    49 Penyata Pilehanraya Umum Dewan Raayat dan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri-Negeri

    Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak tahun 1969, hlm. 56.50 Dua lagi kerusi, Batu Gajah dan Kampar dimenangi oleh parti DAP. Lihat Penyata Pilehanraya

    Umum Dewan Raayat dan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu, Sabah dan Sarawaktahun 1969, hlm. 58.

    51 Ibid, hlm. 57.

    20

  • 8/8/2019 BAB 2 Master. New

    21/34

    Perikatan di Perak dan Selangor. Selain itu, Gerakan dan DAP turut berjaya memenangi

    kerusi di kesemua negeri di pantai Barat Semenanjung Malaysia kecuali di Perlis. Ia

    diperolehi daripada kawasan bandar yang didominasi oleh masyarakat bukan Melayu.

    Gerakan berjaya menawan Pulau Pinang apabila ia berjaya memenangi 16 kerusi

    undangan negeri dan pada masa yang sama DAP pula menyumbang 3 lagi kerusi di

    kawasan Kelawei, Tanjong Bungah dan Jeluntong. Kemenangan besar Gerakan di Pulau

    Pinang turut menyaksikan kekalahan mutlak MCA di negeri itu. Ia termasuklah kekalahan

    Wong Pow Nee di Bukit Mertajam kepada calon Gerakan, Ooh Chooi Cheng dengan

    majotiti undi sebanyak 4,420. Manakala Lim Chong Eu pula menang selesa di kerusi Kota

    dan membolehkannya beliau menjadi ketua Menteri Pulau Pinang. Kerusi-kerusi lain yang

    dimenangi Gerakan termasuklah Tanjong Utara, Tanjong Barat, Tanjong Selatan, Tanjong

    Timur, Sg. Bakam, Alma, Nibong Tebal, Butterworth, Bagan Alam, Glugor, Dhoby Ghaut,

    Tasik Gelugor, Sungai Pinang dan Air Hitam. Perikatan yang mampu memenangi 4 kerusi

    undangan negeri di Pulau Pinang menerusi 4 calon UMNO di kawasan Muda yang

    dimenangi oleh Haji Ismial b. Che Chik, Kepala Batas oleh Haji Ahmad b. Haji A. Fahin,

    Permatang Pauh oleh Haji Mohamad Nur b. Haji Bakar dan Bayan Lepas oleh Ismail b.

    Hashim. Ia jelas menunujukkan penolakan para pengundi Cina di Pulau Pinang terhadap

    MCA yang dianggap gagal membela nasib komuniti tersebut.

    Selain itu, Gerakan turut berjaya menawan 4 kerusi undangan negeri di Selangor

    apabila Tan Chee Khoon memenangi kerusi Kepong dan V. David memenangi kerusi

    Pantai di samping kerusi Serendah dan Kuang. Ia turut menawan 4 lagi kerusi undangan

    negeri di Kedah dan Perak. Di Kedah, parti tersebut memenangi dua kerusi yang terletak di

    kawasan bandar iaitu Pekan Alor Setar dan Pekan Sungei Petani. Manakala di Perak pula, iamenguasai kerusi Taiping dan Matang. Pengaruh Parti Gerakan turut dirasai di Melaka dan

    Pahang di mana ia berjaya memenangi satu kerusi di kedua-dua buah negeri tersebut.

    PPP pula telah berjaya memperolehi 12 kerusi undangan negeri di Perak dan telah

    berusaha untuk membentuk kerajaan campuran di Perak dengan bantuan DAP yang

    mendapat 6 kerusi. Pakatan PPP dan DAP berjaya menguasai 18 daripada 40 kerusi yang

    dipertandingkan. Ia hanya memerlukan dua buah lagi kerusi untuk merampas Perak dari

    Perikatan yang hanya mempunyai 19 kerusi undanagn negeri sahaja. Peluang PPP dan DAP

    21

  • 8/8/2019 BAB 2 Master. New

    22/34

    untuk membentuk kerajaan campuran begitu cerah berikutan kejayaan 2 calon Gerakan

    memenangi kerusi undangan negeri bagi Taiping and Matang menerusi Lim Eng Chuan dan

    Ang Chin Wah. Pada masa yang sama, PAS turut berjaya memenangi sebuah kerusi di

    Kampong Gajah menerusi Mahmud bin Zainal Abidin.

    Prestasi PAS dalam Pilihan Raya 1969 tidak kurang hebatnya, ia memenangi 12

    kerusi parlimen dan 40 kerusi undangan negeri. Ia berjaya memperolehi kejayaan yang

    membanggakan di negeri-negeri Utara serta Pantai Timur Semenanjung Malaysia. PAS

    yang meletakkan sebahagian besar golongan ulama, guru agama serta pendakwah berjaya

    menarik undi para pengundi Melayu luar bandar yang dibelenggu masalah sosio ekonomi.

    Di Kelantan, PAS berjaya memenangi 6 kerusi parlimen termasuklah di Bachok, Kota

    Bharu Hulu, Kelantan Hilir, Pasir Mas Hilir, Pasir Mas Hulu dan Pasir Putih. Manakala di

    peringkat undangan negeri pula, ia berjaya mengekalkan pemerintahnnya di Kelantan

    apabila menguasai 19 daripada 30 kerusi yang dipertandingkan. PAS turut berjaya di

    Terengganu apabila ia menawan 2 kerusi parlimen dan 11 kerusi dewan undangan negeri. Ia

    berjaya menawan kerusi Kuala Besut, Jeram, Ladang, Bukit Besar, Batu Burok, Marang,

    Suria, Ulu Dungun, Kuala Terengganu Tengah, Kemaman Selatan dan Binjai.52

    Di Kedah pula, PAS memenangi 3 kerusi parlimen termasuklah kerusi Kota Star

    Selatan yang menyaksikan Haji Yusof Rawa menewaskan Dr. Mahathir Mohamad dengan

    majoriti undi sebanyak 989. Selain itu kerusi Kubang Pasu Barat, Star Utara dan Kota Star

    Selatan turut dikuasai PAS.

    Manakala bagi peringkat negeri PAS memperolehi 8 kerusi dan ia termasuklah kemenangan

    di Alor Star Luar, Alor Star Barat, Kankong, Bukit Raya, Sik-Gurun, Tunjang, Pokok Sena

    dan Langgar-Limbang. Pengaruh PAS di Utara Semenanjung Malaysia turut terserlahdengan kejayaan memenangi kerusi undangan negeri Arau di Perlis dan Kampong Gajah di

    Perak.

    Parti Rakyat yang menuju ke era kesuraman gagal memenangi sebarang kerusi

    parlimen dan hanya memenangi 3 kerusi undangan negeri. Ia memenangi kerusi di Balik

    Pulau, Pulau Pinang menerusi Abdul Rahman Haji Yunus. Di Pahang, Parti Rakyat

    52 Penyata Pilehanraya Umum Dewan Raayat dan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri-NegeriTanah Melayu, Sabah dan Sarawak tahun 1969, hlm. 78-81.

    22

  • 8/8/2019 BAB 2 Master. New

    23/34

  • 8/8/2019 BAB 2 Master. New

    24/34

    indicated, when approached by the PPP leaders, that he had no objection to a non-

    Alliance government in his state. 53

    Manakala di Selangor pula, Perikatan hanya mampu memenangi 14 daripada 28

    kerusi undangan negeri. DAP berjaya mendapat 9 kerusi undangan negeri termasuk di

    kawasan Salak yang dimenangi oleh Goh Hock Guan, Bukit Nanas oleh Lee Lam Thye dan

    Serdang oleh Yap Pian Hon.54 Gerakan turut berjaya menguasai 4 kerusi di kawasan

    Kepong, Pantai, Serendah dan Kuang dan sebuah lagi kerusi diperolehi oleh calon bebas. Ia

    meletakkan Parti Perikatan dalam situasi yang genting. Menurut R.K. Vasil ( 1980 ):

    The Malay sense of insecurity in Selangor was further immensely accentuated by

    the determined and very often vocal attempts by the leaders of DAP, who forge aDAP-Gerakan coalition in the state. Although the two parties did not hane majorityin the state lsgislature but the sheer noise about it unnerved the Malays. 55

    Namun begitu, harapan pembangkang untuk membentuk kerajaan campuran di Perak dan

    Selangor berkecai apabila Gerakan mengambil keputusan untuk bersikap berkecuali dengan

    tidak menyertai kerajaan campuran PPP dan DAP. 56 Pendirian Gerakan jelas dalam sidang

    media parti tersebut pada 14 Mei 1969 di mana Setiausaha Agung Parti Gerakan, Tan Chee

    Khoon yang menegaskan bahawa Parti Gerakan tidak akan bekerjasama dengan DAP

    ataupun PPP kerana beranggapan tindakan tersebut bakal menimbulkan kegelisahan orang

    Melayu dan mencetuskan ketegangan kaum.57Namun begitu, Gerakan juga tidak akan

    bekerjasama dengan UMNO yang dilihat sebagai satu pengkhianatan terhadap masyarakat

    bukan Melayu dan parti tersebut akan kehilangan sokongan daripada para penyokongnya.

    Dalam melihat punca kegagalan Parti Perikatan dan kejayaan pembangkang di

    Semenanjung Malaysia, beberapa perkara perlu diberi penekanan. Pertama para pengundiCina dan India telah hilang keyakinan terhadap MCA dan MIC yang dilihat gagal

    memainkan peranan masing-masing dengan efektif. Kedua-dua komponen Perikatan itu,

    dilihat gagal memperjuangkan hak serta kepentingan komuniti yang diwakili. Sebaliknya

    mereka tunduk terhadap desakan UMNO yang semakin menebal sifat kemelayuan akibat

    53 Lee Kam Hing , Politics In Perak 1969-1974: Some Preliminary Observations with Particular

    Reference to the non-Malay Political Parties, Jabatan Sejarah Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1977, hlm. 4.54 Kerusi-kerusi lain yang dimenangi DAP ialah Penchala, Sementa, Ampang, Sentul, Bukit Raja, dan

    Kampung Jawa.

    55 R.K. Vasil,Ethnic Politics in Malaysia, hlm. 18056 Ibid, hlm. 180-181.57 Ibid.

    24

  • 8/8/2019 BAB 2 Master. New

    25/34

    daripada tekanan PAS. UMNO cuba memulihkan imejnya yang tercalar akibat daripada

    tindakan PAS yang menyelarnya menjual orang Melayu. Lantaran itu, UMNO bertindak

    dengan meningkatkan usaha-usahanya bagi memenangi hati pengundi Melayu sehingga

    menimbulkan perasaan kurang senang masyarakat bukan Melayu yang merasakan mereka

    terpinggir dan hak mereka dicabuli. Pada masa yang sama, MCA dan MIC gagal bertindak

    dan ini mengakibatkan para pengundi Cina dan India terutamanya di kawasan bandar

    cenderung memihak kepada parti-parti pembangkang yang menjanjikan persamaan hak

    kepada semua.

    Manifesto parti pembangkang Malaysian Malaysia yang dimanipulasikan oleh

    DAP dan PPP turut berjaya mendapat sambutan para pengundi Cina dan India yang

    inginkan persamaan hak dalam pelbagai aspek termasuk politik, ekonomi dan sosial.

    Tempoh berkempen yang terlalu panjang dan tidak terkawal diambil kesempatan oleh parti-

    parti pembangkang yang mengeksplotasikan isu-isu perkauman dalam usaha memenangi

    hati para pengundi. Parti-parti pembangkang membidas kerajaan Perikatan gagal

    mempertahankan hak golongan bukan Melayu dan tindakan itu ternyata berjaya

    menonjolkan parti-parti pembangkang sebagai jaguh kaum bukan Melayu. Lantaran itu,

    para pengundi yang terlalu ghairah telah bertindak mengundi barisan pembangkang yang

    bertindak agresif dalam kempennya.

    Di samping itu, kewujudan kerjasama serta persefahaman antara parti-parti

    pembangkang turut menyumbang ke arah kemenangan barisan pembangkang.

    Persefahaman yang dicapai dapat mengelakkan pertelingkahan sesama sendiri dan

    pembahagian kerusi yang ditandingi antara parti-parti pembangkang pula mengelakkan perpecahan undi pembangkang. Di Perak misalnya, PPP dan DAP telah membuat

    persefahaman dengan meletakkan calon PPP di daerah Kinta manakala DAP pula

    menumpukan usahanya menguasai kerusi di daerah lain. Manakala di Pulau Pinang, Parti

    Gerakan diberi mandat penuh dalam usaha menawan negeri berkenaan tanpa ganguan parti

    pembangkang yang lain. Kerjasama ini dapat menyerlahkan kekuatan sebenar parti

    pembangkang dan mampu memberi saingan yang berkesan terhadap Parti Perikatan. Ini

    penting kerana kejayaan Perikatan dalam Pilihan Raya 1959 dan 1961 tidak melambangkan

    25

  • 8/8/2019 BAB 2 Master. New

    26/34

    kekuatan sebenar parti itu sebaliknya ia dibantu oleh kegagalan pembangkang dalam

    menjalin satu kerjasama yang utuh .

    Perubahan pucuk kepimpinan dalam kerajaan Perikatan turut memberi impak

    terhadap prestasi parti berkenaan dalam Pilihan Raya Umum 1969. Terdapat ura-ura

    bahawa Tunku Abdul Rahman akan menyerahkan kuasanya kepada Tun Abdul Razak

    selepas pilihan raya. Ia telah membawa kepada reaksi yang berbelah bagi di kalangan

    pengundi bukan Melayu. Ramai yang masih belum yakin dengan corak kepimpinan Tun

    Abdul Razak yang dianggap pro Melayu berbanding Tunku Abdul Rahman yang dilihat

    mempunyai toleransi yang lebih tinggi. Senario ini sedikit sebanyak menjejaskan peratusan

    undi yang diperolehi oleh Parti Perikatan terutamanya dari pengundi Cina dan India.

    2.4 Tragedi 13 Mei: Impak Terhadap Politik Pembangkang

    Pilihan Raya Umum 1969 telah berlangsung dalam klimaks politik yang tegang dan sarat

    dengan isu-isu perkauman. Ia menyaksikan pertembungan kuasa politik orang Melayu yang

    menerajui Parti Perikatan dan mendapat tentangan daripada politik pembangkang yang

    dikuasai oleh orang bukan Melayu. Malah pilihan raya 1969 dilihat sebagai kesinambungan

    daripada pilihan raya 1964 yang dibelenggu dengan politik perkauman.58

    Keputusan pilihan raya yang tidak memihak kepada Parti Perikatan telah menimbulkan

    suasana yang cemas di kalangan orang Melayu. Parti Perikatan hanya mencatat 48.4% undi

    bagi kawasan parlimen dan 47.9% undi bagi undangan negeri serta gagal memenangi 50%

    undi popular di 5 buah negeri iaitu Selangor( 41.6% ), Perak ( 43.6% ), Negeri Sembilan

    ( 46.2% ), Melaka ( 48.1% )dan Terengganu ( 49.3 % ).59 Pada masa yang sama

    kehilangan dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Kelantan kepada Parti Gerakan dan PAS.Kekalahan Perikatan di Pulau Pinang sememangnya telah diduga memandangkan populasi

    masyarakat Cina yang begitu besar manakala kekalahan di Kelantan pula tidak begitu

    dirasai kerana ia masih di bawah kekuasaan oarng Melayu. Sebaliknya orang Melayu

    58Sentimen perkauman telah digunakan oleh parti PETIR atau People Action Party ( PAP ) pimpinanLee Kuan Yew yang telah menyertai Pilihan Raya 1964 di Semenanjung Malaysia. PAP telah

    memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia yang menggesa agar setiap kaum diberi hak yang sama.

    Melalui kempen pilihan rayanya, PAP telah mengecam kerajaan pusat, mengkritik kedudukan raja-raja

    Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu. Lihat Nik Anuar Nik Mahmud, Perkongsian yang tidak serasi

    Singapura dalam Malaysia, Seminar Kebangsaan Sempena Empat Puluh Tahun Penubuhan Malaysia, Pusat

    Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 16 September 2003, hlm. 1dan juga R.K. Vasil, The Malaysian General Election of 1969, hlm. 9

    59Ulangtahun DAP ke 15, Democratic Action Party, hlm. 27.

    26

  • 8/8/2019 BAB 2 Master. New

    27/34

    gelisah dengan perkembangan di Perak dan Selangor apabila Parti Perikatan gagal menang

    dengan majoriti yang selesa dan mennghadapi ancaman dari parti-parti pembangkang yang

    pro Cina.

    Peristiwa 13 Mei tercetus selepas keputusan rasmi Pilihan Raya Umum 1969 yang

    telah diadakan pada 10 Mei 1969 diumumkan.60 Ia dilihat sebagai turning pointdalam

    sejarah politik negara. Namun begitu, bibit-bibit ketegangan kaum telah tercetus lebih awal

    lagi dan keputusan pilihan raya 1969 hanya merupakan klimaks kepada ketegangan

    hubungan Melayu Cina itu. Kronologi peristiwa 13 Mei 1969 bermula dengan pembunuhan

    seorang ahli UMNO di Pulau Pinang, kira-kira dua minggu sebelum pilihan raya. Kira-kira

    sepuluh hari kemudiannya, seorang ahli Parti Buruh pula ditembak polis di Kuala Lumpur

    apabila enggan bekerjasama apabila ditahan. Dua insiden yang berasingan ini dilihat

    sebagai pencetus kepada ketegangan kaum di negara pada ketika itu.

    Rusuhan kaum 13 Mei 1969 telah membawa kepada satu perubahan drastik dalam

    politik Malaysia. Syed Hussein Alatas ( 1972 ) dalam mengulas perisitiwa itu, berpendapat

    kerajaan telah mengambil kesempatan daripada peristiwa itu untuk menekan pembangkang

    dan menguatkan cengkaman politiknya. Di mana beliau mendakwa perisitiwa 13 Mei telah

    berjaya dikawal dalam tempoh beberapa minggu sahaja tetapi parlimen dan proses

    demokrasi gagal dipulihkan dengan segera. Ini mengakibatkan parlimen tergantung bagi

    tempoh yang terlalu lama iaitu 25 bulan.61 Pada masa yang sama, pilihan raya di Sabah dan

    Sarawak turut ditunda walaupun tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini di sana.

    Tindakan itu jelas menunjukkan penyelewengan oleh Parti Perikatan yang bimbangkan

    keputusan pilihan raya di Sabah dan Sarawak tidak meyebelahi mereka dan seterusnya

    membawa kepada kejatuhan kerajaan tersebut.

    Para penganalisis politik serta sejarawan berpendapat tragedi 13 Mei 1969 telah

    memberi satu impak yang besar terhadap perkembangan poltik negara khususnya

    pembangkang.62 Sejurus tercetusnya rusuhan kaum 13 Mei, darurat telah diisytiharkan oleh

    60 Stanley S. Bedlington, Malaysia and Singapore: The Building of New States, Cornell UniversityPress, Singapore, hlm. 144.

    61 Syed Hussein Alatas, The Politics of Coalition in Malaysia, Current History, Disember 1972, hlm.

    271.62 Lihat John Funston ( 1980 ), Malay Politics in Malaysia, R.K. Vasil ( 1980 ), The Ethnic Politics in

    Malaysia dan R.S. Milne dan Diane K. Mauzy ( 1982 ), Politik dan Kerajaan di Malaysia.

    27

  • 8/8/2019 BAB 2 Master. New

    28/34

    Yang di-Pertuan Agung atas nasihat kabinet berdasarkan Perkara 150 dalam Perlembagaan

    Malaysia.63 Selain itu, ia turut menyaksikan penggantungan persidangan parlimen dan

    dewan negeri serta penangguhan pilihan raya di Sabah dan Sarawak yang belum selesai.64

    Akibatnya kuasa kabinet telah diserahkan kepada Majlis Gerakan Negara ( MAGERAN )

    dibawah kepimpinan Tunku Abdul Razak. Oleh itu, walaupun kabinet masih wujud tetapi ia

    kehilangan kuasa dan kehadirannya sekadar memenuhi ciri-ciri pemerintahan berparlimen

    yang diwarisi sejak kemerdekaan.

    Pembentukan Majlis Gerakan Negara dilihat sebagai satu penyalahan kuasa parti

    Perikatan. Di mana MAGERAN hanya diwakili oleh tokoh-tokoh Perikatan termasuklah

    Tun Abdul Razak, Tun Dr. Ismail, Datuk Hamzah, Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan

    tanpa memberi ruang kepada pembangkang dalam bersama-sama menangani masalah yang

    dihadapi negara pada ketika itu. Pada masa yang sama, badan itu hanya dianggotai oleh dua

    pegawai awam sahaja dan penglibatan tentera serta polis dalam badan ini turut

    menimbulkan tanda tanya. Dalam usaha untuk mengawal situasi di dalam negara, segala

    aktiviti politik diharamkan, ia termasuklah ceramah parti-parti politik, demonstrasi,

    pengedaran poster dan segala aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan politik.

    Pihak kerajaan turut dikatakan telah menggunakan kuasa ketenteraan dalam usaha

    mengekalkan kekuasaannya. Pasukan keselamatan telah digunakan sepenuhnya dalam

    usaha membendung kekacauan secara berterusan. Pasukan polis dan tentera telah dikerah

    untuk mengawal situasi di sekitar Kuala Lumpur dan Ordinan Keselamatan Dalam Negeri

    ( ISA ) turut digunakan bagi menahan mereka yang disyaki mengancam keselamatan

    negara. Sepanjang tempoh masa pemulihan dari 13 Mei sehingga 31 Julai seramai 9,143

    orang telah ditahan dan seramai 5561 yang telah didakwa di mahkamah.65 Walaupun

    sebahagian yang ditahan disyaki penyokong PKM dan ahli-ahli kongsi gelap, ahli-ahlipolitik terutamanya anggota parti pembangkang turut menjadi mangsa. Ramai yang telah

    ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negara ( ISA ) dan hak asasi

    mereka dicabuli.

    63 Yang di-Pertuan Agung berdasarkan Ordinan Darurat 1969 mempunyai kuasa yang luas ke atas

    keselamatan awam, pertahanan dan menjaga ketenteraman awam, perbekalan dan perkhidmatan.

    64 Pilihan raya di Sarawak telah diadakan semula pada 6-14 Julai manakala di sabah pula iaberlangsung dari 21-27 Jun.

    65 Leon Comber, 13 May 1969: A Historical Survey of Sino-Malay Relations, 1983, hlm. 71.

    28

  • 8/8/2019 BAB 2 Master. New

    29/34

    Antara yang telah ditahan sejurus tragedy 134 Mei 1968 ialah Lim Kit Siang. Beliau

    telah ditahan sebaik sahaja mendarat di Lapangan Terbang Subang setelah kembali dari

    berkempen di Sabah. Beliau telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri

    selama 62 hari di lokap Balai Polis Kuala Selangor sebelum dihantar ke Kem Tahanan

    Muar.66 Dalam sidang akhbar pada 3 Oktober, 1970 selepas pembebasannya, Lim Kit Siang

    menyifatkan penahanannya:

    sebagai sebahagian daripada reaksi anti-demokratik yang bertentangan dengan

    keputusan rakyat jelata. Belaiu menegaskan bahawa tugas utama semua pemimpin

    politik ialah memberi makna kepada proses demokrasi dan memulihkan keyakinan

    serta kepercayaan rakyat terhadap demokrasi. 67

    Lim Kit Siang turut memberi amaran tentang bahayanya usaha ke arah mewujudkan sebuah

    kerajaan authoritarian di Malaysia. Ini kerana ia bakal membunuh amalan demokrasi dan

    membinasakan negara. Rakyat akan terus disogok dengan pelbagai propanganda yang

    bertujuan untuk mengelakkan mereka terlibat secara langsung dalam proses

    pendemokrasian dalam negara.

    Kebebasan bersuara turut dikongkong untuk mengurangkan aktiviti politiking

    yang dianggap memecah belahkan perpaduan negara. Kawalan yang ketat dikenakan ke atas

    media media bercetak dan media elektronik. Sebarang artikel, bahan mahupun gambar yang

    dianggap mampu mencetuskan ketegangan kaum diharamkan. Pada masa yang sama,

    tapisan dan kawalan ke atas media asing turut dilakukan. Ini telah membawa kepada

    pengharaman beberapa siri keluaran majalah antarabangsa termasuklah Far Eastren

    Economic Review, Newsweek dan Time.

    68

    Dalam media elektronik pula, tumpuan banyakdiberi ke atas perkembangan negara dan media masa digunakan sebagai mediaum

    propanganda kerajaan. Penyiaran program luar dikurangkan dan kemasukan berita luar

    negara banyak ditapis.

    66 Lim Kit Siang merupakan ahli parlimen Bandar Melaka dan telah dilepaskan tanpa syarat pada 1

    Oktober, 1970.67Ulangtahun DAP ke 15, Democratic Action Party, hlm. 33.68 John Funston, Malay Politics in Malaysia: A Study of UMNO & PAS, hlm. 213.

    29

  • 8/8/2019 BAB 2 Master. New

    30/34

    Walaupun sekatan ke atas kebebasan berpolitik dihapuskan pada 30 Ogos 1970

    namun situasi politik negara selepas itu jelas menampakkan perbezaan yang ketara. Ia telah

    menandakan bermulanya era hegemoni Melayu dan kemerosotan pengaruh pembangkang di

    Semenanjung Malaysia. Pada masa yang sama, ketelusan dalam demokrasi negara turut

    terjejas lantaran daripada pindaan terhadap beberapa perkara dalam Perlembagaan

    Malaysia.

    Persidangan semula parlimen Malaysia pada Februari 1971 dilihat sebagai satu

    gimik politik Perikatan yang dilakukan secara ugutan. Tun Abdul Razak secara terus terang

    memberi amaran bahawa sekiranya pindaan Perlembagaan 1971 gagal mendapat sokongan

    yang sewajarnya maka proses demokrasi tidak akan dipulihkan.69 Beberapa perkara dalam

    perlembagaan telah dipinda dan ia termasuklah Perkara 152, 153 dan 181. Di mana melalui

    pindaan perlembagaan itu, ia menjadi satu kesalahan dalam menyoal apa-apa perkara, hak,

    taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak yang diperuntukan dalam Peruntukan

    Bahagian III Perlembagaan Persekutuan. Pindaan turut dilaksanakan ke atas Akta Hasutan

    dengan meminda Perkara 63 dan 72 dalam Perlembagan Rang Undang-Undang yang

    menghapuskan perlindungan ke atas ahli-ahli parlimen dan dewan negeri dalam

    membincangkan sesuatu isu yang dianggap sebagai sensitif.70

    Akhirnya pindaan terhadap perlembagaan dilakukan setelah dibahaskan selama

    seminggu dan ia bukan sahaja mendapat sokongan padu dariapada anggota Perikatan malah

    turut mendapat sokongan daripada ahli-ahli pembangkang dari Parti Gerakan, PAS, SNAP

    dan SUPP. Ini membolehkan pindaan Perlembagaan 1971 dilakukan dengan undian 216:17.

    Di mana hanya DAP dan PPP yang menentang pindaan tersebut dan ia berdasarkan tiga

    perkara penting.

    71

    Pertama kenyataan bahawa parlimen akan bersurai sekiranya lebihansuara dua pertiga tidak diperolehi dianggap sebagai satu ancaman terhadap anggota

    parlimen. Kedua, pengharaman ke atas isu-isu yang dianggap sensitif akan membataskan

    perjuangan parti-parti pembangkang dan melindungi MCA serta MIC daripada kecaman

    luar lantaran daripada kelemahan mereka dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan.

    69 R. K. Vasil,Ethnic Politics in Malaysia, hlm. 191 dan John Funston, Malay Politics in Malaysia:A Study of UMNO & PAS, hlm. 215.

    70 Nik Abdul Rahsid b. Nik Abdul Majid,Kebebasan Akhbar di Malaysia: Satu Tinjauan Undang-

    Undang, Seminar Akhbar dan Majalah: Pembinaan Imej dan Pembangunan Masyarakat, hlm. 17.71 R.S Milne dan Diane K Mauzy,Politik dan Kerajaan di Malaysia, Terj. Abd. Rauf Mohd Napis

    dan Ramlah Muhamad , hlm.126-127.

    30

  • 8/8/2019 BAB 2 Master. New

    31/34

    Ketiga pihak pembangkang beranggapan larangan terhadap ahli parlimen daripada bebas

    bercakap semasa membincangkan sesuatu isu di dalam dewan sebagai satu pencabulan ke

    atas prinsip kedaulatan parlimen.

    Ahli-ahli parlimen DAP dalam mengulas tindakan mereka menentang Pindaan 1971

    berpendapat mereka dipilih oleh rakyat bagi memperjuangkan hak pemilih bukan

    menyokong segala-galanya secara membabi buta dan membelakangkan kepentingan para

    pengundi serta mengkhianati kepercayaan mereka.72 Tindakan anggota pembangkang dari

    parti PAS, Gerakan, SNAP dan SUPP yang menyokong pindaan perlembangan tersebut

    dilihat sebagai satu tindakan yang mengorbankan prinsip perjuangan masing-masing demi

    mengejar kemewahan dan pangkat.

    2.5 Kesimpulan

    Kemunculan pakatan pembangkang di Semenanjung Malaysia telah pun bermula sejak

    negara mencapai kemerdekaan. Barisan Sosialis atau Socialist Front ( SF ) dilihat sebagai

    barisan pembangkang yang terbaik dalam memberi saingan kepada parti Perikatan. Socialist

    Front yang mengabungkan parti Buruh dan parti Rakyat memperjuangkan isu mewujudkankeadilan sosial dalam Malaysia yang demokratik, bebas dan bersatu. Sebagai sebuah parti

    kiri yang berfahaman sosialis, ia mencabar parti Perikatan yang dianggap pro-Barat dan

    kapitalis dalam Pilihan Raya Umum 1959. Socialist Front berjaya menawan 8 kerusi

    parlimen dan 16 kerusi undangan negeri. Namun begitu, menjelang tahun 60an, golongan

    pelampau mulai menyusupi Socialist Front dan menyaksikan penahanan ramai

    pemimpinnya. Ia seterusnya membawa kepada perpecahan dan Socialist Front berkubur

    selepas Pilihan Raya Umum 1964. Parti Rakyat telah bertanding dalam Pilihan Raya 1969 secara

    bersendirian manakala Parti Buruh pula memboikotnya.

    Kekosongan pakatan pembangkang di Semenanjung Malaysia segera diisi oleh 3

    parti pembangkang yang bergerak atas landasan bukan perkauman. Peoples Progressive

    Party ( PPP ) telah bekerjasama dengan Democratic Action Party (DAP ) dan Parti Gerakan

    Malaysia dalam Pilihan Raya Umum 1969. Pilihan raya yang diadakan dalam suasana yang

    tegang dan berbau perkauman telah menyaksikan Parti Perikatan gagal mencapai keputusan

    72Ulangtahun DAP ke 15, Democratic Action Party, hlm. 38.

    31

  • 8/8/2019 BAB 2 Master. New

    32/34

    yang memberangsangkan. Ia kehilangan Pulau Pinang, Kelantan serta gagal membentuk

    kerajaan negeri di Perak dan Selangor. Barisan pembangkang ternyata berjaya menawan

    hati para pengundi bukan Melayu dan menyifatkannya sebagai kejayaan masyarakat bukan

    Melayu. Pulau Pinang berjaya ditawan manakala di Perak, Negeri Sembilan dan Selangor

    barisan pembangkang berjaya membentuk satu kabinet bayangan yang kuat dan mencabar

    kedudukan Parti Perikatan.

    Ia berjaya memenangi 38 daripada 104 kerusi parlimen yang dipertandingkan

    dengan mendapat 51.6% undi berbanding Perikatan yang hanya mendapat 48.4% undi.73 Di

    peringkat dewan undangan negeri pula, pembangkang berjaya memenangi 120 daripada

    282 kerusi dengan mendapat undi popular sebanyak 52.1% berbanding 47.9% yang

    diperolehi oleh Perikatan. Pencapaian pakatan DAP, PPP dan Gerakan terutamanya di

    Pantai Barat Semenanjung Malaysia dilihat begitu menyerlah. Di mana, Pulau Pinang

    berjaya ditawan serta menafikan majoriti selesa Perikatan di Perak dan Selangor. Mereka

    mendapat 69 daripada 120 kerusi negeri yang dimenangi dengan mendapat undi sebanyak

    25.2%. Di peringkat parlimen kerjasama ketiga-tiga parti itu menguasai 25 daripada 38

    kerusi yang dimenangi parti pembangkang dengan mendapat 25.6% undi yang diperolehi

    pembangkang.

    Namun begitu, kejayaan itu tidak bertahan lama lantaran daripada tercetusnya

    rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Akibatnya parlimen telah digantung, pilihan raya Sabah

    dan Sarawak telah ditunda dan segala aktiviti politik diharamkan. Tindakan drastik ini

    ternyata memberi impak yang mendalam terhadap politk pembangkang di SemenanjungMalaysia. Walaupun parlimen dan demokrasi dipulihkan pada tahun 1971, pembangkang

    gagal pulih semula dan mereka mengalami satu era kesuraman yang berpanjangan.

    73 R. K. Vasil, The Malaysian General Election of 1969, hlm. 36.

    32

  • 8/8/2019 BAB 2 Master. New

    33/34

    33

  • 8/8/2019 BAB 2 Master. New

    34/34