bab 2-et

30
BAB II KAJIAN LITERATUR 2.1 PENDAHULUAN Bab ini akan memfokus kepada teori, model serta kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk kajian ini secara mendalam. Hasil dapatan daripada kajian-kajian yang lepas dapat menjelaskan situasi yang benar-benar wujud sama ada secara langsung dan tidak langsung. 2.2 KONSEP USAHAWAN Perkataan usahawan mula diperkenalkan dalam tahun 1970 iaitu semasa pelancaran Dasar Ekonomi Baru. Ianya bukanlah perkara baru kepada kita. Pada zaman Melayu Melaka, mereka yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan dipanggil sebagai pedagang manakala pada tahun 1900an mereka dikenali sebagai peniaga. Istilah usahawan adalah perkataan Perancis yang berasal daripada kata kerja entreprendre yang bermaksud untuk melakukan atau menjalankan sesuatu dan dalam bahasa Inggerisnya entrepreneur . Cantillon.R (1755) menerangkan maksud usahawan sebagai individu yang membeli alat-alat pengeluaran untuk menghasilkan barangan yang boleh dipasarkan. Selepas Cantillon, Jean-Baptise Say adalah pengarang yang meninggalkan kesan mendalam dalam bidang keusahawanan hari ini. Say (1815;1996) menyatakan usahawan sebagai individu yang boleh melakukan perkara-perkara baru. Seseorang yang sentiasa mencari maklumat BAB II | 15

Upload: sitihashidah

Post on 24-Sep-2015

255 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

L

TRANSCRIPT

BAB IIKAJIAN LITERATUR

2.1 PENDAHULUAN Bab ini akan memfokus kepada teori, model serta kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk kajian ini secara mendalam. Hasil dapatan daripada kajian-kajian yang lepas dapat menjelaskan situasi yang benar-benar wujud sama ada secara langsung dan tidak langsung. 2.2 KONSEP USAHAWAN Perkataan usahawan mula diperkenalkan dalam tahun 1970 iaitu semasa pelancaran Dasar Ekonomi Baru. Ianya bukanlah perkara baru kepada kita. Pada zaman Melayu Melaka, mereka yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan dipanggil sebagai pedagang manakala pada tahun 1900an mereka dikenali sebagai peniaga.Istilah usahawan adalah perkataan Perancis yang berasal daripada kata kerja entreprendre yang bermaksud untuk melakukan atau menjalankan sesuatu dan dalam bahasa Inggerisnya entrepreneur. Cantillon.R (1755) menerangkan maksud usahawan sebagai individu yang membeli alat-alat pengeluaran untuk menghasilkan barangan yang boleh dipasarkan. Selepas Cantillon, Jean-Baptise Say adalah pengarang yang meninggalkan kesan mendalam dalam bidang keusahawanan hari ini. Say (1815;1996) menyatakan usahawan sebagai individu yang boleh melakukan perkara-perkara baru. Seseorang yang sentiasa mencari maklumat dan merebut peluang perniagaan serta seorang yang berani juga digelar usahawan menurut Nor Aishah (2002). Pengkaji lain turut memberikan definisi berbeza tentang usahawan. Menurut Drucker (1995) usahawan adalah seorang yang berupaya dan berjaya memindahkan sumber ekonomi daripada sektor yang kurang produktif kepada sektor yang sangat produktif. Selain daripada peka terhadap peluang-peluang yang tidak disedari oleh orang lain (Kirzner 1997). Usahawan juga merupakan individu yang boleh memikul, menguruskan, mengorganisasi dan mengambil risiko (Kuratko dan Hogget 1998). Individu yang bergelar usahawan ini juga memiliki ciri-ciri yang istimewa berbanding individu yang bukan usahawan. Nawawi (1992) berpendapat seorang usahawan adalah individu yang mempunyai keyakinan diri yang amat tinggi, berorientasikan matlamat dalam tindakannya dan sentiasa bersedia mengambil risiko yang sederhana di samping mempunyai sifat kreatif dan inovatif. Menurut Zaidatol dan Habibah (1997), terdapat 42 ciri-ciri usahawan yang berjaya telah dapat dikenal pasti. Banyak kajian telah dilakukan oleh pelbagai pihak dan beberapa pengertian kepada perkataan usahawan telah diberikan seperti berikut;1. Kamus Dewan Edisi (1998) mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai pekerjaan secara besar-besaran untuk membuat barang-barang industri atau pekerjaan berniaga secara besar-besaran.

2. The Encylopedia America (2008) memberi maksud usahawan sebagai ahli perniagaan yang mengambil risiko menggabungkan faktor pengeluaran termasuk modal, buruh, bahan dan menerima ganjaran melalui keuntungan daripada nilai pasaran barangannya.

3. Websters Third New (2006) pula mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengurus suatu kegiatan ekonomi terutamanya mengelola, memiliki, mengurus dan menanggung risiko sesuatu perniagaan.

4. David Mc Clelland (1961) memberi pemahaman bahawa tingkah laku usahawan yang berjaya adalah berani mengambil risiko dan tegas, bertenaga, bertanggungjawab, boleh membuat keputusan, meramal untuk masa depan dan mempunyai kemahiran organisasi.

5. Peter F. Drucker (1974) berpendapat usahawan harus menukarkan idea yang lapuk atau sumber yang sedia ada kepada sesuatu yang diperlukan pada masa depan. Peranan utama keusahawanan dalam sesebuah syarikat menjana keupayaan perniagaan hari ini untuk memenuhi perniagaan masa depan.

6. Albert Shapera (1975) menyatakan usahawan ialah orang yang berinisiatif, mengorganisasi atau mengorganisasikan semula mekanisme ekonomi untuk menukarkan sumber dan situasi yang lebih praktikal, penerimaan risiko atau kegagalan.

7. Bygrave (1997) menyatakan usahawan bermaksud seseorang yang dapat melihat peluang yang ada dan mewujudkan sesuatu organisasi untuk merebut peluang tersebut.

8. Wickham (2004) mentafsirkan usahawan sebagai pengurus yang mengawal aktiviti yang dijalankan, agen dalam pertukaran input ekonomi (iaitu ia akan memberi kesan ke atas sistem ekonomi dan perubahan yang mereka lakukan) dan sebagai individu (dari segi psikologi, personaliti dan ciri peribadi).

Menurut Hisrich et al. (2008), secara umumnya, usahawan itu ialah individu yang mengambil risiko dan memulakan sesuatu perniagaan yang baru. Secara khususnya, mereka memfokuskan kepada definisi usahawan dari sudut ekonomi, psikologi dan ahli perniagaan. Dari sudut ekonomi, usahawan dilihat sebagai seseorang yang menggabungkan sumber, buruh, bahan dan aset-aset lain kepada satu kombinasi yang lebih baik nilainya dan juga seseorang yang memperkenalkan perubahan, inovasi dan cara yang baru dalam pasaran. Dari sudut psikologi pula, usahawan dikatakan muncul disebabkan oleh sesuatu paksaan atau kuasa, kehendak untuk mencapai sesuatu, untuk mengkaji dan menyempurnakan dengan jayanya, atau mungkin juga untuk keluar dari kawalan seseorang.Rostadt (1984) menjelaskan bahawa walaupun setiap individu memberi definisi keusahawanan yang berbeza tetapi dengan melihat secara keseluruhan, ia menggambarkan sifat asas keusahawanan.Satu pengertian lain oleh Baron (2005) keusahawanan adalah satu bidang untuk memahami bagaimana seseorang mengeksploitasikan peluang-peluang untuk mencipta barangan atau perkhidmatan, mewujudkan pasaran baru, memperkenalkan proses pengeluaran, cara menguruskan teknologi dan sumber pengeluaran. Menurut beliau lagi, untuk memahami keusahawanan sebagai suatu proses, maka terdapat empat perkara yang perlu diberi perhatian iaitu;a) Satu bentuk ekonomi, teknologi dan sosialb) Mereka yang peka terhadap peluang iaitu usahawanc) Teknik dan undang-undang perniagaan; dand) Kesan kepada ekonomi dan sosial disebabkan bidang keusahawanan iniDari sudut perniagaan pula, usahawan dilihat secara negatifnya iaitu sebagai ancaman, pesaing yang agresif, manakala secara positifnya ia dianggap sebagai rakan sekutu, sumber keperluan, pelanggan atau seseorang yang mencipta kekayaan untuk orang lain. Di samping itu, usahawan juga dikatakan sebagai sentiasa mencari cara yang terbaik untuk mempergunakan sumber, mengurangkan pembaziran dan menyediakan peluang pekerjaaan untuk orang lain.Sehingga kini persetujuan masih belum tercapai mengenai istilah usahawan dan keusahawanan. Definisi yang berbeza-beza telah mewujudkan ketidakseragaman pandangan mengenai pengertian keusahawanan, apa yang usahawan lakukan, ciri-ciri seorang usahawan dan apa yang telah dipelajari untuk menjadi seorang usahawan. Wilken (1979) mengatakan tidak terdapatnya satu persetujuan mutlak tentang keusahawanan merupakan masalah utama dalam menerokai bidang keusahawanan.Secara kesimpulannya, boleh kita nyatakan bahawa usahawan adalah seorang yang mengambil risiko memulakan atau menubuhkan sesuatu perniagaan atau perusahaan dan mengusahakannya. Seseorang yang telah memulakan perniagaan atau telah membeli perniagaan yang telah dimulakan oleh orang lain juga dikenali sebagai usahawan. Usahawan juga adalah seorang pengurus yang menerajui perniagaannya dan dapat menuntut hak keempunyaan ke atas perniagaan tersebut. Oleh itu ia menanggung risiko perniagaan. Usahawan mempunyai wawasan dan mengembangkan perniagaan untuk kemakmuran masyarakat. Ia adalah seseorang yang inginkan kebebasan dalam perniagaan, membuat keputusan sendiri dan seterusnya ingin kebebasan dalam perniagaan, membuat keputusan sendiri dan seterusnya ingin berjaya atas usaha sendiri. Keusahawanan adalah merupakan satu aktiviti yang menggabungkan kesemua komponen faktor pengeluaran iaitu modal, pekerja, sumber asli, pengurus dan maklumat dalam menghasilkan barangan atau perkhidmatan kepada masyarakat.

2.3KEUSAHAWANANPerkataan keusahawanan muncul daripada perkataan usahawan yang bermaksud pengusaha. Usahawan ini juga boleh didefinisikan sebagai mereka yang bekerja sendiri. Mereka mempunyai perniagaan sendiri sama ada secara kecil-kecilan atau sederhana atau perniagaan berskala besar. Secara umumnya, keusahawanan yang didirikan secara kecil-kecilan kerana pemilik juga merupakan pengurus perniagaan, pemilik yang menggunakan wang sendiri untuk pembentukan perniagaan dan pasaran dihadkan kepada tempatan sahaja (Hutt 1994). Keusahawanan juga merupakan satu seni atau proses memasuki, mengurus perniagaan sendiri (Hutt 1994). Mereka muncul sebagai peniaga atas usaha sendiri dengan mempunyai sifat, sikap dan minat untuk bekerja sendiri, maka mereka di katakan mempunyai semangat keusahawanan iaitu mahu meneruskan kerjaya sebagai seorang usahawan.Keusahawanan merupakan proses mencipta sesuatu yang baru (kreatif) atau sesuatu yang berbeza (inovatif) yang memberi kebaikan dan menambah nilai kepada individu dan masyarakat (Low dan Tan 1996). Ini melibatkan ciptaan nilai melalui pembentukan sesebuah organisasi (Bird 1989).Yep Putih (1985), keusahawanan adalah tenaga atau kualiti manusia yang bertanggungjawab membentuk dan mewujudkan usaha atau kerja dengan menggunakan faktorfaktor pengeluaran. Keusahawanan dapat ditafsirkan sebagai kualiti manusia bukan sahaja mendatangkan faedah kepada sirinya sendiri, tetapi juga dapat membangunkan ekonomi dengan pesat serta memberikan sumbangan kepada orang lain. Beliau mengaitkan keusahawanan sebagai satu bidang kegiatan ekonomi yang mempunyai keindahan, kemegahan, kemuliaan dan keunikan yang tersendiri. Keusahawanan seharusnya dianggap sebagai satu bidang yang mempunyai nilai estetik yang tersendiri. Nilai-nilai inilah yang disedari dan dihargai oleh insan yang bergelar usahawan. Nilai tersebut telah membawa kepada kemakmuran masyarakat dan negara bukan sahaja dari segi ekonomi bahkan juga kemajuan negara.

Kao dan Stevenson (1984) pula mendefinisikan keusahawanan sebagai usaha untuk mencipta nilai melalui pengiktirafan dalam bidang perniagaan, pengurusan dalam pengambilan risiko yang sesuai terhadap peluang dan melalui kemahiran komunikasi dan pengurusan untuk menggerakkan individu, kewangan dan keperluan sumber bahan untuk menghasilkan projek.

Menurut Ronstadt (1984), keusahawanan adalah sebagai satu proses yang dinamik dalam mengumpul harta kekayaan dan harta kekayaan tersebut di kumpul oleh seseorang yang berisiko besar dalam terma seperti ekuiti, masa, kerjasama dalam kerjaya ataupun memenuhi nilai sesetengah produk atau perkhidmatan.

Morrison (2000) menyatakan bahawa keusahawanan berpunca daripada gerak hati dan dalam diri seseorang itu sendiri, masyarakat serta budaya. Ia merupakan sesuatu yang lebih penting berbanding fungsi mudah ekonomi serta mewakili satu gabungan material dan bukan material, pragmatisme dan idealisme. Asas keusahawanan merujuk kepada pengaplikasian proses inovasi serta penerimaan terhadap suatu fungsi menanggung risiko, berorientasikan perubahan terhadap kedua-dua aspek sosial dan ekonomi. Ringkasnya, hasil daripada inovasi tersebut akan memberikan kesan yang positif.

Barjoyai Bardai (2000) pula menyatakan bahawa keusahawanan merujuk kepada sikap, nilai, pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan seseorang itu mampu dan cekap untuk mencari, mengenal, merebut peluang dan menterjemahkannya kepada strategi dan usaha perniagaan bagi mendapatkan keuntungan.

Menurut Ab. Aziz (2000) pula, keusahawanan merupakan aktiviti yang unik yang dijalankan secara bersendirian atau berkumpulan sebagai satu kerjaya atau mempunyai matlamat lain yang tersendiri. Bagi menjayakan matlamat ini, usahawan perlu menggabungkan aset ketara (tangible) seperti modal, kemudahan fizikal, teknologi maklumat dengan aset tidak ketara (intangible) iaitu jaringan dengan pelanggan, pembekal, peminjam, pengedar, pekerja, pemasar, pesaing dan pihak-pihak lain yang ada kaitan dengan perniagaan yang dijalankan.

2.4CIRI-CIRI USAHAWANMenurut Kaplan dan Warren (2007), usahawan teruja untuk mencari peluang baru dan sentiasa mencari jalan untuk mendapat keuntungan daripada perubahan dan gangguan dalam proses menjalankan perniagaan. Usahawan merevolusikan model perniagaan dan mengkaji bagaimana hasil boleh dicapai. Mereka juga melihat usahawan sebagai golongan yang mencari peluang dalam pelbagai bidang. Secara lazimnya, usahawan tidak hanya mengenal pasti peluang malah mereka juga akan bertindak ke atas peluang tersebut. Usahawan hanya akan memilih peluang yang terbaik, dan mereka akan cuba untuk mengelak diri dan organisasi dari mengejar kesemua peluang yang ada. Usahawan juga dilihat akan menfokus kepada pelaksanaan. Dengan cara ini mereka akan sentiasa menganalisis sesuatu idea secara berterusan dalam gerak kerja mereka.Keusahawanan memainkan peranan dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara. Wawasan 2020 dalam menjadikan malaysia negara perindustrian sepenuhnya yang maju menjelang tahun 2020, menyarankan bahawa antara ciri ekonomi yang berdaya saing adalah ekonomi keusahawanan yang bersifat berdikari, berpandangan jauh dan berdaya maju (Mohd Fauzi 1989). Dun dan Bradstreet (1996) dalam Roth (2001) menyatakan bahawa keusahawanan merupakan jentera penggerak kepada pembangunan ekonomi di Amerika Syarikat. Mereka mengesahkan bahawa di antara tahun 1990 dan 1995, terdapat 1,001,387 perniagaan baru yang memberi 4,637,004 peluang pekerjaan dan menyumbang kepada kadar pengangguran yang rendah.Kenyataan Dun dan Bradstreet dalam Roth (2001) ini selaras dengan pandangan pakar ekonomi terkenal Schumpeter (1934) yang menggambarkan keusahawanan sebagai satu proses yang berterusan untuk mengeksploitasi peluang perniagaan yang berperanan mengubah corak ekonomi sesebuah negara. Beliau seterusnya menyatakan bahawa aktiviti keusahawanan merupakan jentera penggerak perkembangan ekonomi yang memberi faedah kepada masyarakat dan negara.Menurut Stumpf dan Tymon (2001), ciri-ciri yang sinonim dengan usahawan adalah mereka dikatakan golongan yang kreatif dan inovatif. Mereka berani melanggar peraturan dan tidak terikat dengan struktur, sokongan atau organisasi untuk mempengaruhi pemikiran mereka. Mereka mampu mengesan kelainan dan menambah nilai kepada sesuatu produk, sistem atau idea secara luar biasa. Mereka berani mengambil risiko di peringkat peribadi dan perniagaan dan melakukannya dengan cara yang nyata dan menonjol.Terdapat banyak kajian lepas yang memaparkan tentang ciri-ciri keusahawanan. Tidak kurang juga dengan kajian yang mengetengahkan tentang ciri-ciri usahawan yang berjaya. Sebagaimana Mc Clelland dalam penyelidikannya terhadap kebudayaan di Malawi, India ciri-ciri usahawan yang berjaya ditunjukkan dalam Rajah 2.1 di bawah:_____________________________________________________________________ Inisiatif Melihat dan merebut peluang Kecekalan Mencari maklumat Menitikberatkan mutu kerja yang tinggi Komitmen terhadap perjanjian kerja Membuat perancangan yang sistematik Berorientasikan kecekalan Menyelesaikan masalah secara kreatif Meyakinkan orang lain Menggunakan strategi-strategi pengaruh_____________________________________________________________________Rajah 2.1: Ciri-Ciri Usahawan BerjayaSumber: Nor Aishah (2002)

Abdul Aziz (1991) dalam kajiannya membuktikan kreativiti adalah satu ciri yang perlu ada dan memberi impak yang besar dalam bidang keusahawanan. Ianya merupakan kelebihan kompetetif yang perlu ada pada seorang usahawan. Kreativiti membolehkan usahawan menghasilkan keluaran yang mempunyai kelainan daripada keluaran yang dihasilkan oleh pesaing. Terdapat banyak lagi kajian yang memaparkan tentang ciri-ciri keusahawanan dan secara kesimpulannya seorang usahawan seharusnya mempunyai ciri-ciri yang bersifat cekal, tabah dan sentiasa berfikir untuk maju ke hadapan.

2.4.1 MOTIVASI KEUSAHAWANAN Kajian oleh S.Shane et al (2003) menyatakan bahawa motivasi manusia mempengaruhi keputusan ini, dan perbezaan bahawa seluruh rakyat dalam motivasi ini akan mempengaruhi yang mengejar keusahawanan peluang, yang memasang sumber, dan bagaimana orang melaksanakan proses keusahawanan. Di samping mengenal pasti beberapa motivasi lain yang mempengaruhi proses keusahawanan. Ia secara jelas akan mempengaruhi semua tindakan manusia yang terhasil daripada kedua-dua motivasi dan faktor-faktor kognitif serta keupayaan, kepintaran kemahiran yang ada pada seseorang usahawan. Ivan et al (2011) juga menjalankan kajian yang menunjukkan tiada perbezaan yang jauh antara faktor-faktor motivasi usahawan di antara usahawanan di sesebuah negara dengan negara yang lain. Tetapi yang membezakannya hanyalah keadaan semasa dan persekitaran tempatan usahawan tersebut. Selain daripada kesungguhan menceburi bidang keusahawanan adalah motivasi untuk mendapat pendapatan yang lumayan.Ini disebabkan negara Serbia sedang bergelut dengan kadar pengangguran yang tinggi dan untuk mengatasinya adalah lebih baik jika mereka menggunakan kepakaran mereka dengan menceburi bidang perniagaan.

Usahawan juga didorong oleh motivasi dalaman (keinginan untuk berjaya) dan motivasi luaran (kuasa, wang dan sebagainya). Kajian oleh Alan Carsud dan Malin Brannback (2011) menunjukkan bahawa motivasi usahawan mampu memberi kesan kepada niat usahawan dan juga tingkahlakunya.

2.4.2 MENGAMBIL RISIKO

Tiada perniagaan yang tiada risiko. Risiko boleh didefinisikan sebagai kecenderungan sesuatu perusahaan baru akan gagal untuk mencapai kepuasan jualan, euntungan dan sasaran pulangan dalam pelaburan (Gilmore et al. 2004). Pengambilan risiko adalah ciri-ciri keusahawanan yang paling awal dikenalpasti. J.S.Mill (1848) menggambarkan usahawan adalah individu yang mengambil risiko bagi firmanya. Usahawan juga perlu mempunyai sikap mengambil risiko kerana ketahanan dalam berhadapan dengan risiko mampu mematangkan usahawan ketika berhadapan dengan apa juga keadaan. Kita boleh melatih orang untuk menjadi lebih baik dalam pengiraan risiko, tetapi ia adalah sesuatu yang sukar untuk melatih mereka menjadi lebih pengambil risiko (Kimo dan Mika 1999). Antaranya risiko kewangan, risiko kerja, risiko keluarga dan risiko mental (Hamid Nakhaie et al 2011). Ketahanan berhadapan dengan risiko juga membantu usahawan kejayaan usahawan.

2.4.3 PEMIKIRAN USAHAWAN

Pemikiran keusahawanan adalah satu keupayaan untuk meilat dunia dan persekitaran sebagai sebuah pasaran. Seterusnya, membangunkan tindakan yang sewajarnya untuk mengeksploitasi peluang-peluang sedia ada. Contohnya usahawan mencipta telefon bimbit sebagai alat perhubungan dan berfungsi sebagai kamera dalam masa yang sama kerana permintaan pelanggan yang ingin mengambil gambar tetapi dalam masa yang sama mampu menjawab panggilan telefon atau menghantar sistem pesanan ringkas.

Banyak kajian telah membuktikan bahawa pendidikan keusahawanan mampu untuk meningkatkan kecenderungan dan minat pelajar institusi pengajian tinggi untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan disamping dapat menjadikan mereka lebih berdaya saing dan berdaya usaha samada dari segi pemikiran mahupun tingkah laku (Khaled 2012). Dapatan kajian Zaidatol dan Abdullah Salleh (2009) menunjukkan pendekatan keusahawanan telah meluaskan pemahaman keusahawanan pelajar, dan pelajar dapat membangunkan kemahiran keusahawanan dan tingkah laku yang diperlukan untuk pengajian mereka. Kajian ini berjaya meneroka minda keusahawanan pelajar selepas mengikuti kursus pendidikan keusahawanan melalui model pembelajaran yang berpusatkan pelajar.

2.5MODEL ASAS PROSES KEUSAHAWANAN

Rajah 2.2 menunjukkan model asas dalam proses keusahawanan, dengan empat langkah utama. Berdasarkan model di atas, anak panah dua hala antara keputusan untuk menjadi usahawan dan membangunkan idea perniagaan yang berjaya menunjukkan bahawa kadangkala peluang untuk membangunkan idea menyebabkan seseorang mengambil keputusan untuk menjadi usahawan. Menurut Barringer dan Ireland (2006), tiga faktor utama yang mendorong seseorang individu membuat keputusan untuk menjadi usahawan ialah untuk menjadi bos, untuk meneruskan idea mereka dan untuk mencapai imbuhan kewangan.

Selain itu, isu cara hidup juga mempengaruhi kerjaya dalam bidang keusahawanan. Sebagai contoh, seorang wanita menunggu sehingga anak bongsunya mula memasuki sekolah sebelum membuat keputusan untuk memulakan perniagaan sendiri. Kegagalan merupakan risiko yang perlu dihadapi oleh setiap usahawan. Kebanyakan perniagaan yang gagal bukan kerana usahawan tersebut tidak bekerja kuat, tetapi kerana kegagalan seseorang usahawan itu dalam membuat analisis terhadap peluang, pesaing, keperluan dan persekitaran dalam menterjemah idea perniagaan. Setelah idea perniagaan berjaya dihasilkan dengan baik, maka seseorang usahawan akan merealisasikan idea tersebut kepada firma keusahawanan yang sebenar.

Dalam langkah ini, sebuah rancangan perniagaan akan dihasilkan bagi menggambarkan jangkaan prestasi perniagaan yang akan dijalankan. Rancangan perniagaan ini dihasilkan untuk mendapatkan pinjaman perniagaan dari pihak-pihak tertentu. Kebanyakan usahawan wanita gagal menghasilkan rancangan perniagaan dengan baik dan ini menyebabkan mereka gagal mendapatkan pinjaman untuk dijadikan modal perniagaan. Langkah terakhir dalam proses keusahawanan ialah mengurus dan mengembangkan firma. Pada langkah ini, ia lebih menumpukan terhadap strategi pemasaran bermula dari mengenal pasti pasaran, membangunkan jenama dan lain-lain lagi. Sekiranya seseorang usahawan wanita mengikuti dan melaksanakan setiap langkah dalam proses keusahawanan ini, pasti risiko kegagalan akan dapat dikurangkan.

Keputusan untuk menjadi usahawan

Membangunkan idea perniagaan yang berjaya

Beralih daripada idea kepada firma keusahawanan

Mengurus dan mengembangkan firma keusahawanan

Rajah 2.2: Model Asas Proses Keusahawanan

Sumber: Barringer dan Ireland (2006), Entrepreneurship: Successfully Launching New Ventures, Prentice Hall, New Jersey, pp 18-19

2.6MODEL EKONOMI TEKAD USAHAWAN

Adalah penting untuk memahami tekad keusahawanan seseorang kerana tekad selari dengan kedudukan minda yang memandu perhatian seseorang, pengalaman dan tindakan ke arah matlamat membentuk sesebuah perniagaan. Menurut Krueger (1993) di dalam Zaidatol Akmaliah (2007) tekad keusahawanan juga berkait dengan komitmen individu untuk memulakan perniagaab. Malah literatur teah membuktikan tekad terhadap sesuatu tingkah laku merupakan peramal yang terbaik untuk tingkah laku tersebut. Jadi, tekad keusahawanan adalah penting dalam memahami proses keusahawanan secara keseluruhan kerana ia merupakan pencetus untuk bertingkah laku seterusnya dalam aktiviti berkaitan memulakan perniagaan.

Perniagaan adalah ciri-ciri individu sendiri iaitu ciri-ciri situasi. Situasi dalam model ini berkenaan dengan status pekerjaan sekarang yang mana mempunyai hubungan secara langsung dengan tekad keusahawanan. Faktor kedua ialah sikap umum yang mengukur persepsi umum dan tidak dikaitkan dengan keusahawanan, namun ianya memberi kesan kepada pemilihan di dalam tekad keusahawanan. Faktor ketiga, sikap dominan yang membentuk ganjaran yang menggambarkan gabungan kepercayaan tentang beban kerja, risiko dan ganjaran kewangan yang diharapkan. Ia banyak berkait rapat dengan teori jangkaan yang dipelopori Vroom (1964). Manakala pembolehubah kedua iaitu sumbangan sosial menitikberatkan sejauhmana usahawan melihat tingkah laku keusahawanan berguna kepada masyarakat. Pembolehubah ketiga dalam faktor ini ialah know-how. Ia lebih berorientasi kendiri dengan individu tahu atau tidak samada ia boleh berjaya memaparkan konsep perniagaan yang baik dan ingin mencapai realitinya.

Faktor latar belakang diri adalah faktor pelengkap kepada model ini dan kajian ini mengadaptasikan faktor dan beberapa pembolehubah di dalamnya untuk membentuk kerangka konseptual kajian di bab 1. Pembolehubah yang terlibat ialah jantina. Terdapat sorotan yang menyatakan lelaki lebih berminat untuk memulakan perniagaan berbanding perempuan. Pembolehubah kedua ialah pengalaman di mana ianya boleh didapati seperti bekerja dalam firma kecil yang diuruskan sendiri oleh pemiliknya. Pembolehubah ketiga ialah pendidikan. Reymolds (1995) mendapati kumpulan usahawan yang berpendidikan rendah mempunyai minat yang lebih rendah. Dengan pandangan sebegitu, pendidikan perlu dikaji untuk melihat sumbangannya terhadap tekad keusahawanan.

Manakala pembolehubah pengalaman perubahan radikal pula juga didapati mempengaruhi usahawan untuk memulakan perniagaan. Sebagai contoh, kaum pendatang yang tinggal di merata tempat berkemampuan memulakan perniagaan berbanding mereka yang tinggal di satu tempat yang sama sepanjang hidup mereka. Dapatan kajian mendapati para imigran mencapai skor yang tinggi tentang persaingan, nilai kewangan dan motivasi pencapaian (Lynn 1991). Reynold (1995) juga telah mendapati umur merupakan faktor penting mempengaruhi individu memulakan perniagaan.

Rajah 2.3: Model Ekonomi psikologi tentang faktor penentu tekad keusahawanan

Sumber: Davidson (1995) dalam Zaidatol Akmaliah (2007)

2.7FAKTOR KEGAGALAN PERNIAGAAN

Menurut Rohaizat (2000), berdasarkan satu kajian oleh Lussier terhadap seratus orang usahawan Amerika Syarikat yang telah gagal dalam perniagaan mereka. Hasil kajian mendapati faktor-faktor kegagalan adalah seperti Jadual 2.1 di bawah.

Alasan Kenapa Gagal

Alasan yang diberiPeratus (%)

Kurang modal dan kos tetap yang tinggi32

Aktiviti ekonomi yang perlahan/kemelesetan30

Masalah dengan peminjam23

Kadar aliran tunai yang perlahan8

Masalah cukai8

Kehilangan pelanggan utama6

Pengurusan yang tidak cekap5

Masalah dengan rakan kongsi3

Terlebih belanja3

Kecurian3

Berdasarkan Jadual 2.1, jelas menunjukkan bahawa faktor kekurangan modal, kos tetap yang tinggi dan kemelesetan ekonomi merupakan antara faktor utama yang menyebabkan kegagalan usahawan dalam perniagaan mereka.

2.8MASALAH YANG DIHADAPI

Menurut Lee-Gosselin dan Grise (1990), masalah yang kerap dihadapi oleh graduan semasa memulakan perniagaan ialah kekurangan keyakinan daripada pihak bank, pembekal dan pelanggan, kekurangan modal permulaan dan masalah keluarga. Kewujudan masalah yang baru selepas mengoperasi perniagaan termasuk masalah pemasaran, masalah dengan pertubuhan dan masalah buruh (Klein 1993; Fay dan Williams 1993; Jones 1990; Buttner dan Rosen 1992) dan masalah pentadbiran dalam perniagaan serta masalah peribadi (Hisrich dan Zhang 1991; Teo 1996). Walau bagaimanapun, Hisrich dan Brush (1984) telah memperolehi kesimpulan yang berbeza di mana dalam kajiannya, mereka mendapati kebanyakan graduan menghadapi masalah kekurangan latihan perniagaan, kekurangan pengalaman pengurusan, kekurangan pengalaman dari segi kemahiran kewangan, kekurangan nasihat dan panduan, kekurangan pengalaman mengupah perkhidmatan luaran, kekurangan penghormatan, kekurangan penyertaan rakan sejawat dan lain-lain seperti kewangan, pekerja, perniagaan yang menarik, strategi perancangan dan pemasaran.

McGrath (1987) berpendapat bahawa masalah lain termasuk kesukaran memperolehi pinjaman dan perasaan prasangka terhadap usahawan terutamanya wanita (Teo 1996; Buttner dan Rosen 1992) atau jurang kepercayaan credibility gap akibat daripada andaian umum bahawa wanita merupakan pembantu atau setiausaha dan tidak mampu menguruskan perniagaan sendiri (Jones 1990). Usahawan wanita menghadapi masalah akibat daripada stereotaip jantina terutamanya dalam aspek kewangan dan perbankan yang didominasi oleh kaum lelaki. Mereka memerlukan penjamin atau penasihat perniagaan untuk memperolehi pinjaman dari bank atau institusi kewangan. Walaupun begitu, kajian penyelidik yang dijalankan ke atas usahawan wanita mendapati bahawa ramai di antara usahawan wanita menggunakan simpanan peribadi untuk memulakan perniagaan mereka (Lang dan Sieh 1994). Oleh itu, pemilik perniagaan menghadapi cabaran yang unik tatkala memulakan perniagaan mereka sendiri. Mereka mungkin mendapati sukar untuk mendapatkan modal atau mengurus pembiayaan.

Untuk meningkatkan persaingan keusahawanan di pasaran, Grazeley (1990) memberi nasihat bahawa kejayaan dalam perniagaan memerlukan latihan yang rapi. Untuk mengelakkan keadaan lembab berlaku dalam perniagaan, individu harus mengekalkan aktiviti persaingan. Menurut Rodrigues (1989), usahawan harus menjauhi persaingan dengan firma-firma besar kecuali adanya peluang tertentu, membuat perbandingan dengan jenis produk dan tawaran dan strategi pesaing kepada pelanggan. David dan Marion (1987) dalam kajiannya di Singapura mendapati terdapat 5 masalah utama yang dihadapi oleh usahawan iaitu masalah tenaga buruh seperti kesukaran mengupah pekerja, masalah kewangan berkaitan kesukaran memperolehi pinjaman, masalah aliran wang tunai dan lain-lain, masalah ekonomi seperti persaingan dan kemerosotan ekonomi, masalah kredit yakni pihak bank dan pembekal kurang yakin terhadap mereka serta masalah kos yang melibatkan kos sewa dan upah yang tinggi.

Antara masalah lain yang sering dihadapi oleh kebanyakan pelajar ialah masalah pemasaran iaitu tidak tahu bagaimana memasarkan produk atau perkhidmatan, masalah harga seperti tidak tahu untuk menentukan harga produk atau perkhidmatan, masalah pengurusan dan pentadbiran (kekurangan kemahiran teknik pengurusan), masalah sosial seperti berprasangka, tidak mempercayai serta penerimaan masyarakat terhadap penceburan pelajar sebagai usahawan (Buttner dan Rosen 1992).

Selain itu, mereka juga mengalami masalah peribadi dalaman. Ia mungkin melibatkan konflik dengan rakan kongsi dan pekerja, masalah pengeluaran kualiti produk atau perkhidmatan tidak memuaskan, masalah kekurangan pengetahuan mengenai produk atau perkhidmatan yang dihasilkan dan masalah peribadi seperti tekanan kerja dan tiada sokongan dari keluarga (Teo 1996). Di Malaysia, majoriti pelajar menghadapi masalah kekurangan modal dan kemahiran dalam bidang pemasaran (Mohd 1996).

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah usahawan menghadapi masalah sebelum, semasa memulakan perniagaan dan selepas perniagaan beroperasi (Kamaruddin 2007). Kajian mendapati bahawa kekurangan kelengkapan kedai adalah masalah paling tinggi dihadapi oleh usahawan ketika memulakan perniagaan iaitu 73.1%. Ini diikuti oleh masalah sukar mendapatkan pinjaman, persaingan sengit dan kesukaran mencari pasaran. Masalah paling rendah yang dihadapi oleh usahawan ketika memulakan perniagaan ialah kekurangan bahan mentah. Selepas perniagaan beroperasi masalah yang paling tinggi dihadapi oleh usahawan ialah persaingan sengit dari usahawan lain dan masalah yang paling rendah dihadapi ialah kekurangan bahan mentah.

2.9KAJIAN MENGENAI KEKANGAN KEUSAHAWANAN

Misi Nasional yang telah diumumkan oleh Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia dalam ucapan Bajet 2006 (Ucapan Bajet 2006) dalam usaha untuk membantu graduan di mana kerajaan akan melaksanakan; a.Skim Usahawan Muda di bawah Kementerian Usahawan dan Koperasi dalam bidang ICT, pelancongan, produk halal serta pemperosesan dan pembungkusan makanan. b.Pusat Latihan Kemahiran Negeri menambah pengambilan pelatih dan memperkenalkan kursus baru di bawah Program Peningkatan Kemahiran Perindustrian. Sebanyak 100 juta ringgit diperuntukkan untuk melatih 4,800 pelatih, dan c.Program PROSPER siswazah dilaksanakan untuk menggalakkan siswazah menceburi bidang keusahawanan. Untuk permulaan seramai 200 graduan dibantu memulakan perniagaan pada tahun 2006, dengan pembiayaan sehingga 50 ribu ringgit bagi setiap usahawan.Menerusi Misi Nasional, negara berupaya untuk membangunkan ekonomi negara secara lebih berdaya saing dan berdaya tahan iaitu melalui pembudayaan keusahawanan. Usaha ini diteruskan dengan Pelaksanaan Transformasi Nasional oleh Datuk Seri Najib Tun Razak (Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan 2010).Melalui kajian aspirasi kerjaya keusahawanan oleh Norfadhilah (2003) di kalangan pelajar IPTA yang melibatkan 420 orang pelajar menunjukkan bahawa 57.1% responden memilih keusahawanan sebagai kerjaya masa depan. Sementara 58.8% responden mempunyai minat yang mendalam terhadap kerjaya keusahawanan dan 80.7% responden pula menunjukkan sikap yang positif terhadap kerjaya keusahawanan. Malah beliau juga mendapati lebih daripada separuh mahasiswa daripada jurusan bukan teknikal turut mempunyai aspirasi kerjaya keusahawanan serta berminat untuk menjadi usahawan.Namun, menjalankan sesebuah perniagaan tidak semudah yang dijangka. Menurut Alstete (2002), usahawan banyak berhadapan dengan halangan apabila memula dan menjalankan perniagaan mereka. Kenyataan ini disokong oleh Abu Bakar (2005) yang menegaskan bahawa kekangan yang dihadapi boleh merencatkan keinginan seseorang untuk melibatkan diri dalam perniagaan. Terdapat beberapa kajian yang dijalankan samada di dalam atau luar negara yang menunjukkan terdapat beberapa faktor kekangan pelajar untuk menceburi bidang usahawan. Antara kekangan tersebut ialah kekangan dari segi pengurusan risiko, keyakinan diri, pengurusan masa, pengetahuan, kemahiran mengurus kewangan serta masalah pembekal.Comment by user4: Ni cara hajah.. ini part paling penting dlm bab 2Kajian Klapper (2004) terhadap pelajar Universiti Grande Ecole di Perancis mendapati alasan pelajar untuk tidak menyertai bidang keusahawanan adalah kerana terlalu berisiko seperti terlalu banyak cukai, kurang pengalaman, kurang idea, tiada masa untuk diri sendiri dan juga orang lain serta tidak mempunyai idea. Namun jika ingin berjaya keberanian mengambil risiko merupakan antara ciri yang perlu dimiliki pelajar. Kajian oleh Gurol dan Atsan (2006) tentang pengambilan risiko ialah apa yang membezakan usahawan dan pengurus profesional dalam aktiviti perniagaan ialah usahawan mengambil sesuatu risiko ke atas keuntungan dan kerugian. Sepertimana yang ditegaskan oleh Cunningham dan Lischeron (1991), mengambil risiko merupakan antara ciri utama yang perlu ada bagi seorang usahawan. Fakta ini turut disokong oleh Kan (1996) yang menyatakan mengambil risiko merupakan perkara semulajadi yang berlaku pada mana-mana individu. Norasmah et al. (2006) yang menyatakan Schumpeter seorang pengkaji terkemuka berpendapat, sesiapa yang terlibat dalam penghasilan produk atau perkhidmatan perlu menanggung apa jua bentuk risiko dan usahawan perlu bersedia untuk menerima tanggungjawab peribadi ke atas akibat-akibat keputusan yang dibuat sama ada yang baik atau yang sebaliknya (Habibah dan Norasiah 1993). Ini selari dengan pendapat Jaafar et al. (2000) yang menyatakan dalam menjalankan perniagaan, wujudnya pengurus yang terlebih yakin yang membawa mereka kepada kegagalan kerana mengabaikan risiko yang wujud dan mempercayai bahawa mereka kebal daripada risiko dan kegagalan.McMillan (2006) menyatakan ancaman terbesar dalam sesebuah perniagaan bukanlah pesaing atau pasaran, tetapi hilangnya keyakinan dan kepercayaan dalam diri. Hasil kajian Norasmah et al. (2009), salah satu penyumbang kepada kekangan dalam menjalankan perniagaan ialah kekurangan dalam memiliki keyakinan diri. Kajian yang dibuat oleh McLarty (2005) mengenai keusahawanan antara graduan di East Anglia mendapati keyakinan diri merupakan sesuatu yang semulajadi dalam diri usahawan. Punca para graduan kurang keyakinan diri adalah disebabkan mereka masih muda untuk melalui pengalaman dalam berniaga dan diharapkan kekurangan ini boleh mematangkan para graduan untuk menjalankan perniagaan. Contohnya, Program Keusahawanan Siswa (PKS) yang ditawarkan di UKM telah menawarkan pelbagai kursus dan latihan bagi memupuk dan membudayakan keusahawanan dalam diri pelajar namun mereka masih tidak memiliki keyakinan untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya (Norasmah et al. 2009). Walaubagaimanapun, menurut McCarthy (2003), apabila usahawan terlalu yakin, maka kerja yang dilaksanakan tidak dibuat dengan berhati-hati. Sekiranya terlalu yakin, ditakuti akan membawa kepada kegagalan dalam perniagaan yang dijalankan (Norashidah et al. 2008).Menurut Baumback (1995); Kinicki dan Williams (2003), masalah utama perniagaan kecil ialah jumlah masa pengurus yang terhad dan bagaimana untuk menguruskan masa dengan baik. Ini turut disokong oleh Kurato dan Welsch (2004), pengurus berhadapan dengan kekurangan masa dan kesukaran untuk memperuntukan perancangan dalam menghadapi masalah operasi yang berlaku pada setiap hari. Sekiranya tidak mengikut perancangan, maka banyak kerja yang akan tertangguh dan bebanan kerja kian bertambah. Wujudnya kekangan masa dalam menjalankan perniagaan ialah apabila usahawan tidak dapat mengenalpasti atau membuat pertimbangan yang manakah perkara yang perlu diutamakan. Masa juga merupakan sesuatu yang tidak boleh disimpan kerana menurut McMillan (2006), minit mungkin lebih bernilai daripada wang dan dengan itu, usahawan perlu menggunakannya secara bijak. Semua usahawan perlu menguruskan masa secara efektif (McMillan 2006) dan kunci utama untuk menggunakan masa secara efektif ialah melalui pengurusan masa yang baik. Menurut Zafir dan Fazilah (2007), terlalu asyik dengan mengejar kejayaan, kekayaan dan kepuasan kerja, usahawan berhadapan pelbagai bentuk ketegangan yang akan menyebabkan usahawan mengalami masalah kesihatan. Adalah penting seorang usahawan menguruskan masa yang baik dan seterusnya boleh memberi kesan yang positif kepada perniagaan. Baumback (1995) juga menegaskan, pemilik atau pengurus perlu memeringkatkan pelbagai kerja mengikut kepentingan. Ini turut dipersetujui oleh Mohamad Salleh (2003); Hisrich, Peter dan Shephard (2005) yang menyatakan pengurusan masa membantu usahawan menentukan tugas yang sangat penting dan bukannya menghabiskan masa ke atas perkara yang remeh temeh (Kline et al. 1982)-----------Pengetahuan adalah perkara yang sangat penting dan sesuatu keputusan dibuat boleh dibatasi dengan pengetahuan yang ada pada seorang usahawan (Lussier 2006). Kajian yang dijalankan oleh Bennett (1999) dalam Henderson dan Robertson (1999); McKeown et al. (2006) mendapati bahawa guru lebih cenderung untuk mengajar berbanding berorientasikan kajian dan menghabiskan masa mereka dengan cara yang sama bagi subjek-subjek lain. Mereka menggunakan kaedah konvensional seperti bersyarah dan membaca berasaskan peperiksaan (Henderson dan Roberton 1999). Majoriti pensyarah mengabaikan keusahawanan sebagai satu disiplin di universiti dan masih sukar untuk diterima sebagai subjek pendidikan atau sebagai bidang kajian.Selain itu, kemahiran mengurus kewangan juga merupakan perkara penting dalam menjalankan perniagaan. Kajian yang dibuat oleh Robertson et al. (2003) menunjukkan lebih 50 peratus pelajar Universiti Leeds Metropolitan menyatakan risiko kewangan sebagai satu halangan dalam membuka perniagaan. Pelajar takut akan muflis, berhutang dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Pembiayaan kewangan adalah sesuatu yang sangat penting dalam sesebuah perniagaan. Menurut Nor Aishah (2002), kekurangan pembiayaan telah menimbulkan masalah pembangunan keluaran terutamanya dari segi teknologi, modal dan harga. Ab. Aziz (2003) menyatakan penyimpanan sistem perakaunan secara teratur adalah amat penting bagi syarikat yang berorientasikan keuntungan atau bukan keuntungan. Menurut Kline et al. (1982), rekod kewangan yang lemah membentuk masalah bagi setiap aspek dalam perniagaan kecil dan sememangnya memerlukan sistem perakaunan yang baik serta perlu kerap melihat rekod tersebut. Kesan daripada kekurangan ilmu pengetahuan dalam merekod kewangan dengan betul akan merencatkan operasi perniagaan (Norasmah et al. 2009). Malah menurut Wan Liz dan Sulzari (2001), lebih buruk lagi ialah sekiranya seseorang usahawan itu menyerahkan bulat-bulat urus kewangan syarikat kepada pengurus atau rakan kongsinya lantaran dia sendiri tidak ada pengetahuan dalam aspek tersebut. Menurut Abu Bakar (2006), jika usahawan lemah dalam pengurusan kewangan, carilah ilmu pengurusan kewangan berkenaan dan ini turut dipersetujui oleh Ab. Aziz (2003) yang berpendapat adalah mustahak bagi usahawan mempunyai pengetahuan di dalam bidang perakaunan serta pengurusan perniagaan. -------------------Pembekal didapati turut memberi ancaman kepada perniagaan baru dan kecil (Abu Bakar 2006). Menurut Norita et al. (2007) pembekal mempunyai kuasa tawar-menawar ke atas industri. Pendapat ini disokong oleh Kuratko dan Welsch (2004) yang menyatakan pembekal terlibat dengan factor harga, masa penghantaran dan kualiti sesuatu produk. Pembekal berupaya menaikkan harga barangan dengan tujuan mendapatkan margin keuntungan yang lebih tinggi. Kenyataan ini turut disokong oleh Norashidah et al. (2005) yang menyatakan pembekal boleh meningkatkan harga produk dan perkhidmatan yang dijual. Perundingan sangat penting antara pembekal dan usahawan supaya pembelian input yang berkualiti dapat diperoleh dengan harga yang berpatutan (Abu Bakar 2006).--------------------------------Berdasarkan kajian-kajian terdahulu, jelas menunjukkan bahawa penglibatan siswazah dalam kerjaya keusahawanan adalah pada tahap yang kurang menggalakkan disebabkan oleh beberapa kekangan sedangkan mereka merupakan golongan yang berpotensi untuk cemerlang dalam bidang kerjaya ini. Tambahan pula, masalah pengangguran di kalangan siswazah yang kian meruncing, bilangan peluang-peluang pekerjaan yang terhad serta kurangnya minat dan keinginan dikalangan siswazah untuk menceburi bidang perniagaan telah memberi inspirasi kepada penulis untuk menjalankan kajian ini. Menurut Norita et al. (2007) sebenarnya IPT di Malaysia telah memainkan peranan dalam membudayakan keusahawanan di kalangan pelajar dan telah mencuba untuk mengarah pelajar memilih kerjaya keusahawanan. Namun usaha ini masih belum berjaya dengan sempurna. Atas alasan tersebut, IPT telah menjalankan beberapa kajian untuk memantapkan lagi aktiviti/program keusahawanan di universiti. Zafir dan Fazilah (2007) juga menyatakan latar belakang pendidikan menjadi salah satu pembolehubah penting bagi mempengaruhi penglibatan masyarakat dalam bidang keusahawanan. Semua institusi pendidikan termasuk sekolah dan IPT berperanan mendidik dan menerapkan nilai keusahawanan pada diri pelajar supaya mereka mempunyai kecenderungan untuk menceburi bidang keusahawanan.Comment by user4: Ending kat sini dan mula tulis solution dari kajian lepas Penglibatan siswazah dalam kerjaya keusahawanan adalah sangat diharapkan bagi merealisasikan hasrat kerajaan yang ingin melihat pembentukan masyarakat perdagangan dan perindustrian yang lebih berdaya saing khususnya dikalangan bumiputera.Menurut Norfadhilah dan Halimah (2010) melalui kurikulum pendidikan keusahawanan yang diwajibkan di semua IPT, pelajar boleh memahami dan menjiwai serta mengamalkan ilmu keusahawanan yang dipelajari dan seterusnya memilih kerjaya keusahawanan. Kenyataan ini disokong oleh Krueger dan Brazeal (1994) yang membuktikan bahawa individu akan lebih merasa yakin untuk memilih kerjaya keusahawanan seandainya mereka telah didedahkan dan memiliki kemahiran keusahawanan. Pendidikan adalah sangat penting bagi mengetahui bagaimana menguruskan sesebuah perniagaan. Ini juga selaras dengan kajian yang dibuat oleh Robertson et al. (2003) yang mendapati pendidikan keusahawanan memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran persekitaran dan kepentingan keusahawanan, perubahan sikap dan kemahiran. Gallaway dan Brown (2000) yang menjalankan kajian tentang potensi pendidikan di universiti dalam membantu pekembangan perniagaan kecil dan sederhana. Mereka mengkaji pelajar yang mengambil kursus elektif keusahawanan dan kesannya terhadap motivasi dan cita-cita untuk membuka perniagaan. Hasil kajian menunjukkan bahawa keinginan pelajar boleh berubah mengikut peredaran masa, tetapi sebahagian pelajar menunjukkan keinginan untuk membuka perniagaan sebaik tamat pengajian di universiti. Walau bagaimanapun kebanyakan pelajar ingin bekerja dahulu sebelum menimbangkan untuk menjadi usahawan (Gallaway dan Brown 2000; Matlay 2002). Kajian oleh Moore (2004) juga mendapati bahawa pendidikan mempengaruhi keputusan untuk menjadi usahawan. Faktor penting yang lain ialah keadaan industri yang diceburi, kekayaan dan sikap terhadap risiko (Moore 2004).

Selain itu, Zaidatol Akmaliah dan Habibah (1998) dalam Norani dan Norisham (2008), menyatakan bahawa usahawan perlu mempunyai bakat dan kemahiran. Memiliki kemahiran dalam bidang tertentu merupakan suatu kelebihan yang sangat bermanfaat kerana ia membantu usahawan dalam mengendalikan perniagaan (Yeop Putih 1989). Hal ini kerana usahawan bertanggungjawab secara langsung ke atas kegagalan dan kejayaan perniagaan mereka kerana antara faktor kegagalan sesebuah perniagaan berkait rapat dengan kelemahan dan kekurangan kemahiran usahawan dalam mengurus perniagaan. Norfadhilah dan Halimah (2010) juga menegaskan kualiti program latihan yang berorientasikan pengalaman keusahawanan perlulah dibuat melalui latihan perubahan kognitif, nilai dan tingkah laku oleh semua pihak yang terlibat dengan program latihan yang dirancang. Seiring dengan arus globalisasi, pelajar memerlukan pendidikan keusahawanan yang lebih efisien berbanding dengan pengajaran tradisional (kuliah, peperiksaan dan menulis esei) seperti menyampaikan pendidikan keusahawanan di IPT dengan konsep pembelajaran melalui pengalaman (Norasmah et al. 2012). Kemahiran keusahawanan perlu dimiliki bagi memastikan kelangsungan operasi perniagaan berjalan lancar serta terkawal (Ab. Aziz, 2003). Manakala pengetahuan pula adalah perkara yang penting dan sesuatu keputusan yang dibuat boleh dibatasi dengan pengetahuan yang ada pada seseorang usahawan (Lussier 2006).Di peringkat universiti, pensyarah adalah pelaksana dasar dan matlamat kurikulum. Salah satu sifat pensyarah yang penting ialah menimbulkan minat pelajar terhadap pengajarannya (Rosni dan Norfazila 2008). Oleh itu, pensyarah perlu didedahkan dengan orientasi teknik pengajaran keusahawanan dan kursus-kursus pembentukan sikap keusahawanan yang sesuai agar dapat meransang motivasi pelajar IPT (Norfadhilah dan Halimah 2010).Norani dan Norisham (2008) berpendapat seseorang usahawan perlu kreatif dan inovatif kerana aspek ini dapat membantu perniagaan atau perusahaan mereka berkembang dengan lebih pesat lagi. Pelanggan sentiasa mahukan setiap produk dan perkhidmatan yang diberikan oleh usahawan berada pada tahap yang memuaskan di samping mengikut peredaran masa. Pendapat ini seiring dengan dapatan Norasmah (2006) iaitu usahawan perlu dilihat dari pelbagai perspektif seperti inovasi, kreativiti, perolehan dan pelbagai rupa dan peranan. AH Cole (1946) mengatakan to study the entrepreneur is to study the central figure in economics. Usahawan yang kreatif dan inovatif akan menawarkan barangan dan perkhidmatan yang menjadi pemangkin kepada aktiviti ekonomi lain. Oleh itu, elemen inovasi perlu diterapkan dalam pendidikan keusahawanan di universiti melalui pendekatan pembelajaran berdasarkan masalah dan juga berasaskan projek. Keadaan ini membuka ruang kepada pelajar IPT untuk mencari penyelesaian secara kreatif dan inovatif (Norasmah et al. 2012).Zaidatol Akmaliah dan Habibah (1998) dalam Norani dan Norisham (2008), berpendapat seseorang usahawan yang berjaya perlu dibentuk untuk berani ke hadapan supaya mampu menghadapi cabaran yang besar dan pandai merebut peluang. Kajian ini disokong oleh Norasmah et al. (2012) yang menyatakan elemen kawalan risiko adalah penting diterapkan kepada pelajar universiti bagi memastikan usahawan graduan yang dihasilkan dapat berdaya saing dan berdaya tahan di persekitaran global yang lebih mencabar pada masa kini.Secara amnya, graduan itu sendiri perlu memahami tentang kerjaya dalam bidang keusahawanan yang bermaksud sebagai suatu kerjaya bekerja sendiri dan menerusi hasil daya usaha sendiri serta dapat mendatangkan keuntungan yang secara tidak langsung dan mampu menjana pendapatan sendiri (Norasmah dan Salmah 2011). Kenyataan ini selari dengan pendapat Bird (1989) apabila beliau menegaskan bahawa keputusan untuk memulakan kerjaya sebagai seorang usahawan banyak dipengaruhi oleh persepsi seseorang individu. Pendapat ini juga selari dengan teori tingkah laku terancang yang dicadangkan oleh Ajzen (1991) iaitu tingkah laku seseorang berupaya meramal pilihan mereka terhadap sesuatu perkara.

RUMUSAN

Bab ini telah membincangkan tajuk berkaitan kajian-kajian lepas. Mengetahui kajian-kajian lepas dapat memudahkan penyelidik membuat kajian tentang halangan-halangan graduan untuk menjadi usahawan.

BAB II | 37