bab 2: dasar dan perkembangan

11
11 Dasar dan Perkembangan Dasar dan Langkah bagi Mengukuhkan Industri Insurans Pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan Pelan Induk Sektor Kewangan (PISK) memasuki tahun kelima pelaksanaannya pada tahun 2005, dengan penyempurnaan 16 daripada 31 saranan PISK. Dengan matlamat untuk menjadikan industri insurans lebih berdaya tahan, kompetitif dan dinamik, saranan yang dilaksanakan sehingga kini lebih banyak tertumpu ke arah memperteguh ketahanan, membina kapasiti dan keupayaan penanggung insurans domestik, meningkatkan profesionalisme dan standard tadbir urus korporat dalam industri, dan juga memperkukuh rangka kerja perlindungan pengguna dan pengawalseliaan. Inisiatif utama PISK yang telah dijalankan pada tahun 2005 adalah seperti berikut: (i) Pengenalan Penasihat Kewangan Perubahan landskap kewangan dan keperluan pengguna yang semakin sofistikated memerlukan standard perkhidmatan kewangan yang lebih tinggi di dalam negara ini. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap produk kewangan yang kompleks dan juga untuk mempertingkatkan profesionalisme pengantara insurans hayat, Akta Insurans 1996 (Akta) dan Peraturan- Peraturan Insurans 1996 (Peraturan) telah dipinda masing-masing pada bulan Ogos dan Oktober 2005 untuk membenarkan pengenalan penasihat kewangan. Berikutan enakmen Akta Insurans (Pindaan) 2005 dan Peraturan- Peraturan Insurans (Pindaan) 2005, Bank telah mengeluarkan rangka kerja pengawalseliaan berhubung dengan keperluan pelesenan penasihat kewangan pada 8 November 2005. Penasihat kewangan merupakan kategori baru Dasar dan Perkembangan pengantara insurans yang mempunyai kelayakan profesional perancangan kewangan dan kepakaran untuk memberikan nasihat kepada individu tentang pelbagai produk kewangan termasuk insurans bagi memenuhi keperluan perancangan kewangan mereka. Penasihat kewangan diharap memainkan peranan penting dalam menyediakan khidmat nasihat kewangan yang holistik kepada pengguna yang meliputi perlindungan insurans, tabungan untuk pendidikan, perancangan persaraan dan pelaburan untuk masa depan. Ciri utama keperluan pelesenan dipaparkan dalam rencana 'Pengenalan Penasihat Kewangan' (muka surat 22-24 ). (ii) Memperteguh Ketahanan Kewangan Untuk membuat pembaharuan dalam pengawalseliaan berhemat terhadap penanggung insurans dan menjajarkan rejim kesolvenan dengan profil risiko setiap penanggung insurans dengan lebih baik, rangka kerja modal berasaskan risiko akan dilaksanakan pada tahun 2008. Di bawah rangka kerja itu, penanggung insurans dikehendaki membuat pengiraan terhadap tahap kecukupan modalnya sendiri menurut formula yang ditetapkan. Tahap kecukupan modal menjadi penunjuk utama ketahanan kewangan penanggung insurans dan akan digunakan oleh Bank untuk menentukan campur tangan penyeliaan yang sesuai. Kemajuan ketara dicapai dalam pembangunan rangka kerja modal berasaskan risiko itu apabila kertas konsep kedua dikeluarkan pada bulan Disember 2005. Dengan memperluas kertas konsep awal yang dikeluarkan pada tahun 2004, kertas konsep yang disemak ini menetapkan metodologi semakan untuk menentukan keperluan kecukupan modal, asas penilaian aset dan

Upload: vudan

Post on 16-Dec-2016

246 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 2: Dasar dan Perkembangan

11

Dasar dan Perkembangan

Dasar dan Langkah bagi Mengukuhkan Industri Insurans

Pelaksanaan Pelan Induk Sektor KewanganPelan Induk Sektor Kewangan (PISK) memasuki tahun kelima pelaksanaannya pada tahun 2005, dengan penyempurnaan 16 daripada 31 saranan PISK. Dengan matlamat untuk menjadikan industri insurans lebih berdaya tahan, kompetitif dan dinamik, saranan yang dilaksanakan sehingga kini lebih banyak tertumpu ke arah memperteguh ketahanan, membina kapasiti dan keupayaan penanggung insurans domestik, meningkatkan profesionalisme dan standard tadbir urus korporat dalam industri, dan juga memperkukuh rangka kerja perlindungan pengguna dan pengawalseliaan. Inisiatif utama PISK yang telah dijalankan pada tahun 2005 adalah seperti berikut:

(i) Pengenalan Penasihat Kewangan Perubahan landskap kewangan dan

keperluan pengguna yang semakin sofi stikated memerlukan standard perkhidmatan kewangan yang lebih tinggi di dalam negara ini. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap produk kewangan yang kompleks dan juga untuk mempertingkatkan profesionalisme pengantara insurans hayat, Akta Insurans 1996 (Akta) dan Peraturan-Peraturan Insurans 1996 (Peraturan) telah dipinda masing-masing pada bulan Ogos dan Oktober 2005 untuk membenarkan pengenalan penasihat kewangan. Berikutan enakmen Akta Insurans (Pindaan) 2005 dan Peraturan-Peraturan Insurans (Pindaan) 2005, Bank telah mengeluarkan rangka kerja pengawalseliaan berhubung dengan keperluan pelesenan penasihat kewangan pada 8 November 2005. Penasihat kewangan merupakan kategori baru

Dasar dan Perkembangan

pengantara insurans yang mempunyai kelayakan profesional perancangan kewangan dan kepakaran untuk memberikan nasihat kepada individu tentang pelbagai produk kewangan termasuk insurans bagi memenuhi keperluan perancangan kewangan mereka. Penasihat kewangan diharap memainkan peranan penting dalam menyediakan khidmat nasihat kewangan yang holistik kepada pengguna yang meliputi perlindungan insurans, tabungan untuk pendidikan, perancangan persaraan dan pelaburan untuk masa depan. Ciri utama keperluan pelesenan dipaparkan dalam rencana 'Pengenalan Penasihat Kewangan' (muka surat 22-24 ).

(ii) Memperteguh Ketahanan Kewangan Untuk membuat pembaharuan dalam

pengawalseliaan berhemat terhadap penanggung insurans dan menjajarkan rejim kesolvenan dengan profi l risiko setiap penanggung insurans dengan lebih baik, rangka kerja modal berasaskan risiko akan dilaksanakan pada tahun 2008. Di bawah rangka kerja itu, penanggung insurans dikehendaki membuat pengiraan terhadap tahap kecukupan modalnya sendiri menurut formula yang ditetapkan. Tahap kecukupan modal menjadi penunjuk utama ketahanan kewangan penanggung insurans dan akan digunakan oleh Bank untuk menentukan campur tangan penyeliaan yang sesuai. Kemajuan ketara dicapai dalam pembangunan rangka kerja modal berasaskan risiko itu apabila kertas konsep kedua dikeluarkan pada bulan Disember 2005. Dengan memperluas kertas konsep awal yang dikeluarkan pada tahun 2004, kertas konsep yang disemak ini menetapkan metodologi semakan untuk menentukan keperluan kecukupan modal, asas penilaian aset dan

Page 2: Bab 2: Dasar dan Perkembangan

12

liabiliti insurans yang lebih telus dan juga keperluan pelaburan yang lebih fl eksibel. Kertas konsep yang disemak itu juga menggariskan butir terperinci selanjutnya tentang rangka kerja dan pelaksanaannya, termasuk jangkaan penyeliaan terhadap rangka kerja sokongan pengurusan risiko keinstitusian dan tadbir urus yang penanggung insurans perlu sediakan. Ini termasuk pewujudan dasar pelaburan strategik dan langkah kawalan secara keseluruhan yang diluluskan oleh lembaga pengarah, yang konsisten dengan parameter yang ditetapkan dalam kertas konsep itu, dan juga penubuhan jawatankuasa lembaga untuk mengawasi dasar dan strategi pelaburan. Rangka kerja semakan itu mengambil kira perkembangan antarabangsa, amalan yang serupa dalam sektor perbankan dan pengalaman di negara-negara lain untuk menggalakkan pendekatan penilaian kecukupan modal yang lebih telus dan setanding merentas sektor kewangan dan bidang kuasa. Pelaksanaan percubaan rangka kerja itu selari dengan rangka kerja solvensi sedia ada akan dijalankan pada tahun 2007 sebelum pelaksanaan sepenuhnya.

(iii) Program Pendidikan Pengguna Program pendidikan pengguna 10 tahun

bagi sektor insurans dan takaful yang dilancarkan pada tahun 2003, dikenali sebagai InfoInsurans, kini dalam tahun ketiga pelaksanaannya. Sehingga kini, InfoInsurans menyaksikan penerbitan 17 buah buku kecil mengenai maklumat asas berkaitan insurans dan takaful dan juga produk khusus insurans dan takaful dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Enam daripada buku kecil ini juga boleh didapati dalam Bahasa Tamil dan Mandarin. Dua buah buku kecil tambahan tentang polisi pendidikan anak dan pelan pendidikan takaful dijangka dikeluarkan pada separuh pertama tahun 2006. Pada akhir bulan Disember 2005, sejumlah 1.4 juta naskhah buku kecil telah diedarkan kepada orang ramai. Sambutan positif juga diterima daripada orang ramai terhadap laman web InfoInsurans, www.insuranceinfo.com.my, yang telah menerima sejumlah 5.9 juta pelawat dan 480 pertanyaan

sejak pelancarannya pada tahun 2003. Pertanyaan yang diterima melalui laman web itu kebanyakannya mengenai isu berhubung dengan polisi insurans motor dan perubatan dan kesihatan serta produk takaful. Sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan capaian InfoInsurans, Bank secara berterusan menganjurkan jerayawara dan menyertai pelbagai seminar dan pameran di seluruh negara. Selain itu, Bank menghendaki penanggung insurans hayat mengedarkan buku kecil tentang insurans hayat dan produk berkaitan pelaburan kepada bakal empunya polisi bagi tempoh selama dua tahun mulai 1 Mac 2005, sementara penanggung insurans am telah dikehendaki mengedarkan kad bersaiz saku yang mengandungi maklumat tentang pencegahan kecurian kenderaan dan menangani kemalangan jalan raya bersama lembaran fakta yang mengandungi maklumat penting mengenai polisi insurans motor, kepada empunya polisi motor mereka mulai 2 Februari 2006.

Dasar dan Langkah Lain yang Dilaksanakan untuk Mengukuhkan Industri Insurans

Selain inisiatif yang dilaksanakan di bawah PISK, beberapa langkah lain telah dilaksanakan oleh Bank pada tahun 2005 untuk menggalakkan pembangunan industri yang kukuh. Langkah-langkah ini termasuk:

(i) Pelaburan yang Lebih Fleksibel Sementara menanti pelaksanaan rangka

kerja modal berasaskan risiko yang akan memberi penanggung insurans kefl eksibelan yang lebih luas untuk melabur, keperluan aset diizinkan yang digunakan untuk menyokong margin kesolvenan penanggung insurans telah disemak menurut seksyen 46(2) Akta seperti yang ditetapkan di bawah:(a) had pelaburan bagi kemudahan

kredit dana hayat dinaikkan daripada 50% kepada 70% daripada margin kesolvenan untuk memberi penanggung insurans kefl eksibelan yang lebih luas bagi melabur dalam bon jangka panjang

Page 3: Bab 2: Dasar dan Perkembangan

13

Dasar dan Perkembangan

berkualiti tinggi sebagai langkah untuk meningkatkan padanan aset liabiliti bagi obligasi jangka panjang penanggung insurans hayat;

(b) skop rangka kerja aset diizinkan bagi harta, yang dahulunya terhad kepada pelaburan langsung dalam harta siap atau separa siap, diperluas dengan memasukkan pelaburan harta tidak langsung, termasuk pelaburan dalam dana harta tanah persendirian dan syarikat induk harta bermatlamat tunggal yang tidak tersenarai. Peluasan skop ini dijangka dapat

berkaitan pelaburan. Had itu dinaikkan daripada 10% daripada jumlah nilai aset bersih setiap dana berkaitan pelaburan kepada 30% daripada jumlah nilai aset bersih semua dana berkaitan pelaburan penanggung insurans, sebagai sebahagian daripada liberalisasi dasar pentadbiran pertukaran asing Bank. Kelonggaran ini membolehkan pewujudan dana khas berkaitan pelaburan yang dilabur hanya dalam aset asing. Dengan penyemakan had ini, penanggung insurans juga diberi kefl eksibelan untuk melindung nilai risiko mata wang asing bagi dana insurans Malaysia mereka, yang dahulunya hanya

memberi saluran yang berpotensi bagi penanggung insurans untuk meningkatkan prestasi pelaburan mereka melalui akses kepada kepakaran pelaburan harta tanah khusus dan portfolio pelaburan harta yang lebih pelbagai; dan

(c) pelaburan oleh penanggung insurans dalam instrumen berikut diklasifi kasikan sebagai aset berisiko rendah:• Dana Indeks Bon Malaysia

ABF [Asian Bond Fund (ABF) Malaysian Bond Index Fund], yang kini terdiri terutamanya daripada sekuriti yang dikeluarkan atau dijamin oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia; dan

• bon dalam nilai ringgit yang diterbitkan oleh Kreditanstalt fur Wiederaufbau (KfW) Bankengruppe, sebuah agensi yang dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan Jerman.

Kelonggaran seterusnya juga diberikan kepada penanggung insurans hayat pada tahun 2005 melalui penyemakan had pelaburan aset asing bagi dana

dihadkan kepada perlindungan nilai pendedahan pada ekuiti dan kadar faedah.

(ii) Penambahbaikan Pengurusan Pelaburan

Dengan matlamat untuk meningkatkan standard profesionalisme dan kepakaran dalam pengurusan pelaburan secara keseluruhannya, dan untuk menggalakkan pengendalian pasaran yang konsisten dan profesional dalam pasaran borong, peniaga (dealer) bagi semua penanggung insurans hayat dan komposit, serta penanggung insurans am dan penanggung insurans semula profesional yang menggunakan khidmat broker kewangan, dikehendaki lulus sebagai ahli biasa Persatuan Pasaran Kewangan Malaysia. Keperluan ini, yang mesti dipatuhi sebelum 1 Januari 2009, adalah selaras dengan keperluan yang sama dikenakan kepada peserta lain dalam pasaran bon antara bank (broker kewangan, broker universal dan peniaga dalam industri perbankan).

(iii) Garis Panduan Insurans Perubatan dan Kesihatan

Garis panduan mengenai insurans perubatan dan kesihatan (IPK) telah disemak pada tahun 2005 untuk

Penanggung insurans diberi kefl eksibelan yang lebih luas untuk melabur bagi meningkatkan prestasi pelaburan dan memperbaik padanan aset liabiliti.

Page 4: Bab 2: Dasar dan Perkembangan

14

menggalakkan layanan yang saksama dan konsisten terhadap empunya polisi perubatan dan kesihatan oleh kedua-dua penanggung insurans am dan hayat. Garis panduan semakan itu yang berkuat kuasa 1 Januari 2006, menetapkan standard minimum yang perlu dipatuhi oleh penanggung insurans berkaitan terma pengeluaran dan penetapan premium polisi IPK, had yang boleh dikenakan atas faedah utama yang disediakan di bawah polisi dan pendedahan yang perlu dibuat kepada empunya polisi. Garis panduan semakan itu juga memberikan perlindungan tambahan kepada individu berisiko lebih tinggi apabila penanggung insurans dikehendaki membuat pelarasan yang bersesuaian terhadap sebarang peningkatan premium atau bayaran tambahan yang dikenakan atas individu sedemikian berdasarkan pengalaman portfolio keseluruhan. Maklumat lanjut mengenai garis panduan semakan itu terkandung dalam rencana

untuk membanteras pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan bagi memelihara integriti sektor insurans, inisiatif selanjutnya telah diambil pada tahun 2005 untuk memperkukuh pelaksanaan garis panduan pencegahan pengubahan wang haram [anti-money laundering (AML)] dalam industri insurans seperti berikut:(a) mesyuarat tahunan telah diadakan

dengan pegawai pematuhan penanggung insurans dan broker insurans untuk mewujudkan kesedaran dan memastikan pematuhan terhadap langkah-langkah AML, dan juga untuk menonjolkan peranan serta tanggungjawab penting pegawai pematuhan dalam melaksanakan langkah-langkah AML;

(b) kumpulan rangkaian pegawai pematuhan telah diwujudkan untuk sektor hayat, am dan pembrokeran insurans sebagai

Garis panduan insurans perubatan dan kesihatan yang disemak memperuntukkan terma dan syarat yang lebih baik bagi empunya polisi serta perlindungan tambahan atas individu yang berisiko lebih tinggi.

'Perkembangan dalam Sektor Insurans Perubatan dan Kesihatan' (muka surat 64-69). Garis panduan semakan itu telah dilengkapi dengan semakan terhadap panduan pengunderaitan bagi insurans hospital dan pembedahan (IHB) oleh industri insurans pada tahun 2005. Panduan pengunderaitan IHB, yang juga berkuat kuasa 1 Januari 2006, menjadi panduan amalan terbaik bagi pengunderaitan polisi IHB dan memberi takrif yang standard, serta syarat dan fasal pengecualian yang sama bagi polisi itu. Panduan pengunderaitan IHB telah diterjemah ke dalam Bahasa Melayu untuk memudahkan penterjemahan dokumen polisi oleh setiap penanggung insurans ke dalam bahasa itu.

(iv) Langkah Pencegahan Pengubahan Wang Haram

Sebagai sebahagian daripada usaha

platform bagi berkongsi amalan terbaik, isu praktikal dan penyelesaian yang mungkin dalam melaksanakan langkah-langkah AML; dan

(c) pemeriksaan berulang-ulang telah dijalankan atas penanggung insurans untuk menentukan tahap pematuhan terhadap langkah-langkah AML sedia ada.

Kajian semula terhadap garis panduan AML sedia ada kini sedang dijalankan untuk mempertingkatkan rangka kerja pengurusan risiko AML yang diterima pakai oleh pemegang lesen, untuk memberikan panduan pengawalseliaan yang lebih jelas bagi membantu pemegang lesen melaksanakan langkah AML dengan berkesan dan untuk menjajarkan garis panduan itu dengan perkembangan dalam amalan terbaik antarabangsa.

Page 5: Bab 2: Dasar dan Perkembangan

15

Dasar dan Perkembangan

Insurans Hayat

Inisiatif yang diambil dalam sektor hayat pada tahun 2005 lebih tertumpu ke arah menggalakkan pembangunan sektor itu secara teratur dan memberi penanggung insurans lebih kefl eksibelan dalam mengembangkan kepelbagaian produk mereka. Inisiatif khusus yang diambil pada tahun itu adalah seperti berikut:

(i) Garis Panduan Perniagaan Berkaitan Pelaburan

Untuk memastikan pembangunan perniagaan berkaitan pelaburan yang teratur, Bank telah mengeluarkan garis panduan yang meliputi operasi dan pentadbiran perniagaan berkaitan pelaburan secara meluas pada bulan September 2005. Garis panduan itu menetapkan standard minimum yang perlu dipatuhi oleh penanggung insurans yang berkuat kuasa 1 Disember 2005. Garis panduan itu, antara lain, menetapkan keperluan terhadap reka bentuk produk dan penetapan harga, fi dan caj, pengurusan dana, had pelaburan dan asas penilaian aset dan liabiliti. Garis panduan itu juga menghendaki pendedahan yang komprehensif dibuat kepada bakal empunya polisi dan empunya polisi sedia ada dan memberi penanggung insurans kefl eksibelan untuk melabur supaya dapat menjalankan urus niaga derivatif bagi tujuan meningkatkan keuntungan.

antara lain, keperluan atas reka bentuk produk, jualan dan pelaburan, dan keperluan mewujudkan dana kecil insurans yang berasingan. Keperluan pendedahan tambahan juga diperkenalkan untuk memastikan risiko dimaklumkan kepada bakal pembeli dengan secukupnya. Pengenalan polisi FX ini dijangka meningkatkan kepelbagaian produk yang ditawarkan oleh penanggung insurans Malaysia bagi memenuhi permintaan kewangan yang semakin pelbagai dan sofi stikated daripada pengguna.

Insurans Am

Selain inisiatif yang diambil untuk mempertingkatkan ketelusan, langkah-langkah yang dilaksanakan dalam sektor insurans am sepanjang tahun 2005 terus memberi tumpuan pada peningkatan amalan pasaran, terutama dalam perniagaan insurans motor. Inisiatif khusus yang diambil adalah seperti berikut:

(i) Garis Panduan Keperluan Pendedahan Minimum dalam Penjualan Produk Insurans Am

Dengan objektif untuk menggalakkan ketelusan yang meluas dalam penjualan produk insurans am, Bank telah mengeluarkan garis panduan mengenai keperluan pendedahan minimum yang perlu dipatuhi oleh penanggung insurans am dan pengantara mereka semasa berurusan dengan bakal empunya polisi,

Garis panduan perniagaan berkaitan pelaburan menetapkan standard pengurusan operasi yang minimum bagi membantu perkembangan perniagaan yang teratur.

(ii) Pemasaran Polisi dalam Denominasi Mata Wang Asing

Berikutan liberalisasi peraturan pentadbiran pertukaran asing oleh Bank pada bulan April 2005, kelulusan diberikan kepada penanggung insurans hayat untuk memasarkan polisi pendidikan dan polisi berkaitan pelaburan premium tunggal dalam mata wang asing (polisi FX). Penjualan polisi FX tertakluk kepada keperluan berhemat, yang menetapkan

berkuat kuasa 2 Januari 2006. Garis panduan itu menetapkan maklumat minimum yang perlu dimaklumkan kepada bakal empunya polisi pada masa penjualan dibuat bagi membolehkan mereka membuat keputusan yang bijak, seperti butir-butir tentang jenis perlindungan yang ditawarkan, faedah, sekatan dan pengecualian polisi dan juga sebarang syarat penting, waranti dan tanggungjawab yang perlu dipenuhi

Page 6: Bab 2: Dasar dan Perkembangan

16

oleh empunya polisi. Garis panduan itu juga menerangkan keperluan minimum yang perlu dipatuhi oleh penanggung insurans dan pengantara mereka dalam menyediakan jualan dan perkhidmatan melalui Internet.

penggunaan sistem JPJ eINSURANS, penanggung insurans dikehendaki mengeluarkan slip pengesahan bagi menggantikan nota perlindungan fi zikal sebagai bukti pembelian insurans di samping resit biasa

Garis panduan keperluan pendedahan yang minimum dikeluarkan bagi menggalakkan lebih ketelusan dalam jualan produk insurans am.

(ii) Inisiatif Insurans Motor(a) Pengemukaan Nota Perlindungan

Motor kepada Jabatan Pengangkutan Jalan Secara Dalam Talian

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama-sama dengan industri insurans telah melancarkan sistem JPJ eINSURANS pada 2 Januari 2005. Sistem itu memudahkan transmisi elektronik secara terus bagi butir-butir insurans motor kepada JPJ bagi tujuan pembaharuan cukai jalan dan dengan ini penggunaan nota perlindungan fi zikal yang mudah disalah guna dan dipalsukan telah dihentikan. Bagi melengkapkan sistem itu, penanggung insurans dikehendaki mewujudkan rangkaian elektronik masa nyata dengan ejen mereka dan amat digalakkan untuk membantu ejen mereka mewujudkan rangkaian itu. Dengan penggunaan sistem itu, tiada insiden pemalsuan nota perlindungan dilaporkan oleh penanggung insurans kepada Bank pada tahun 2005. Selain tujuan utama untuk menangani isu nota perlindungan insurans motor palsu, sistem JPJ eINSURANS itu juga memberi faedah lain kepada penanggung insurans dalam bentuk pertambahan kawalan atas agensi, peningkatan kecekapan dan kepatuhan terhadap keperluan Tunai-Sebelum-Lindungan [Cash-Before-Cover (CBC)] yang lebih baik. Melalui

untuk mengesahkan pembayaran premium oleh empunya polisi.

(b) Rangka Kerja Tindakan Industri bagi Ketidakpatuhan Keperluan Tunai-Sebelum-Lindungan

Peraturan berhubung dengan keperluan CBC melarang penanggung insurans am berlesen menanggung sebarang risiko berkaitan polisi motor sehingga premium yang kena dibayar di bawah polisi itu diterima oleh penanggung insurans. Bank telah memperkenalkan rangka kerja tindakan baru bagi ketidakpatuhan CBC pada tahun 2004, termasuk mengkompaun penanggung insurans yang tidak mematuhi keperluan CBC dalam hal berkaitan dengan pelanggan langsung dan keperluan yang lebih ketat terhadap pengendalian premium insurans motor yang tertunggak. Bagi melengkapi inisiatif Bank, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) telah merangka modus untuk menggantung/membatalkan pendaftaran ejen kerana ketidakpatuhan terhadap keperluan CBC. Berkuat kuasa 1 Julai 2005, ejen yang gagal menyerahkan premium insurans motor yang dikutip sepenuhnya kepada penanggung insurans dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh risiko tersebut diterima boleh digantung/dibatalkan pendaftarannya oleh prinsipal mereka.

Page 7: Bab 2: Dasar dan Perkembangan

17

Dasar dan Perkembangan

(c) Langkah untuk Mengurangkan Kecurian Kenderaan Bermotor

Untuk menangani trend kecurian kenderaan bermotor yang meningkat, industri insurans bersama-sama dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah menganjurkan Seminar Kebangsaan mengenai Kecurian Kenderaan yang pertama pada bulan Disember 2005. Seminar itu, yang dibiayai oleh industri insurans melalui Dana Pencegahan Kecurian Kenderaan dan Mendapatkan Kembali Kenderaan Curi, telah diadakan untuk menubuhkan pasukan petugas pelbagai agensi, yang terdiri daripada pihak-pihak yang berkepentingan dalam industri kenderaan bermotor, sebagai usaha bersepadu dan holistik untuk membanteras kecurian kenderaan. Lebih 400 peserta daripada pelbagai pihak berkepentingan dalam industri motor telah menghadiri seminar itu yang telah merumuskan empat resolusi untuk membanteras kecurian kenderaan. Resolusi itu, yang akan dikemukakan kepada Kerajaan, mengakui pentingnya kerjasama antara sektor awam dengan sektor swasta untuk mengambil pendekatan yang menyeluruh dan holistik dalam membanteras kecurian kenderaan di peringkat kebangsaan dan perkongsian maklumat terkini mengenai kecurian kenderaan, serta sistem penetapan harga tarif yang memberi ganjaran kepada kenderaan yang mempunyai ciri keselamatan yang lebih baik. Sebelum tertubuhnya jawatankuasa peringkat kebangsaan, PIAM telah menubuhkan pasukan petugas kecurian interim untuk mengendalikan perkara berkaitan dengan kecurian kenderaan.

Untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kecurian kenderaan bermotor, PIAM telah

menganjurkan kempen bertema 'Awas Pencuri Kereta' pada bulan April 2005. Kempen itu melibatkan pameran dan pengedaran poster, risalah dan pelekat kereta yang berunsur pendidikan oleh penanggung insurans dan juga kompleks membeli-belah di seluruh negara.

(d) Pangkalan Data Penilaian Kenderaan Bebas

Pangkalan Data Penilaian Kenderaan Bebas telah dilancarkan oleh industri insurans pada bulan Oktober 2005. Pangkalan data itu dijangka dapat digunakan sepenuhnya pada suku pertama tahun 2006 dan akan berperanan sebagai pusat rujukan rasmi bagi industri mendapatkan nilai kereta penumpang dalam menentukan jumlah diinsuranskan semasa pembelian perlindungan dan juga jumlah pampasan semasa berlaku kerugian. Buat permulaan, pangkalan data ini hanya boleh diakses oleh penanggung insurans, namun ia akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi membolehkan ejen membuat rujukan pada masa hadapan. Pangkalan data itu diharap dapat menangani isu terlebih/terkurang insurans dan juga pertelingkahan dan aduan berhubung dengan penilaian kenderaan, terutamanya semasa kecurian dan tuntutan kerugian menyeluruh.

(e) Penggunaan Saman Trafi k untuk Pengunderaitan Risiko Motor

Sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk menggalakkan keselamatan jalan raya, Jawatankuasa Pemandu Keselamatan Jalan Raya di bawah Kementerian Pengangkutan, pada bulan November 2005, telah mengemukakan cadangan kepada penanggung insurans untuk menggunakan maklumat saman trafi k yang dikeluarkan oleh JPJ

Page 8: Bab 2: Dasar dan Perkembangan

18

dan PDRM dalam pengunderaitan risiko motor. Cadangan itu apabila dilaksanakan akan mendenda pemandu yang cuai dan pesalah trafi k berulang dengan mengenakan premium tambahan. PIAM sedang berbincang dengan JPJ untuk mengenal pasti jenis saman yang perlu diberi pertimbangan, premium tambahan yang wajar dikenakan serta mekanisme perkongsian maklumat yang diperlukan untuk membantu melicinkan pelaksanaan cadangan itu.

(iii) ISM Insurance Services Malaysia Berhad

ISM Insurance Services Malaysia Berhad (IISM) yang dahulunya merupakan sebuah jabatan di bawah PIAM, telah berubah menjadi sebuah entiti berasingan dan bebas selaras dengan persiapan industri untuk penyahkawalseliaan harga dan liberalisasi pasaran. IISM yang ditubuhkan pada 18 Februari 2005 ialah sebuah syarikat yang dihadkan oleh jaminan. Keahlian IISM terdiri daripada semua penanggung insurans yang menjalankan perniagaan insurans am dan pengendali takaful. IISM bertanggungjawab memberikan statistik dan penanda aras kuantitatif yang perlu kepada industri insurans dan juga menawarkan khidmat dalam bidang anti penipuan dan teknologi maklumat serta penyelidikan dan pembangunan. IISM menyenggara pangkalan data bidang perniagaan utama bagi industri insurans, termasuk motor, kebakaran, kargo marin dan kapal marin. Pada bulan Januari 2006, IISM mendapat Taraf Perintis Koridor Raya Multimedia (MSC). Insentif dan jaminan yang diperoleh IISM sebagai syarikat MSC dijangka dapat mengukuhkan lagi kedudukannya untuk memperbaik perkhidmatan teknologi maklumat yang diberikan kepada ahlinya. Melangkah ke hadapan, IISM sedang berusaha untuk memperhalusi lagi pangkalan data yang sedia ada dan juga memperluas pengumpulan data kepada kelas insurans lain seperti insurans perubatan dan kesihatan.

(iv) Mengurangkan Pendedahan kepada Penyakit Berjangkit

Pada masa ini, perlindungan gangguan perniagaan boleh dibeli sebagai tambahan kepada polisi kebakaran untuk melindungi kerugian operasi yang disebabkan oleh penggunaan terhad premis perniagaan ekoran penyakit berjangkit yang menular kepada manusia. Peningkatan risiko selsema burung telah menyebabkan terhadnya perlindungan daripada penanggung insurans semula di seluruh dunia dan penanggung insurans di Malaysia akan memperkenalkan terma pengunderaitan yang lebih ketat bagi pelbagai perlindungan tambahan yang disediakan untuk penyakit berjangkit berkuat kuasa 1 April 2006. Bagi memastikan ketelusan, Bank menghendaki penanggung insurans membuat pendedahan yang secukupnya kepada empunya polisi mengenai perubahan dalam terma pengunderaitan bagi membolehkan mereka mengambil langkah alternatif bagi mengurus risiko yang berkaitan.

Broker Insurans dan Ajuster

Broker Insurans Sempena ulang tahunnya yang ke-30, Persatuan Broker-broker Insurans Malaysia (PBIM) telah menganjurkan program bertajuk Minggu Pembrokeran Insurans pada bulan Ogos 2005 sebagai menandakan sumbangannya selama tiga dekad dalam membangunkan sektor pembrokeran insurans di Malaysia. Aktiviti seminggu itu, yang telah memberi peluang kepada golongan broker untuk membincangkan isu semasa dan menjajarkan idea untuk pembangunan masa hadapan, termasuk persidangan broker insurans, ceramah panduan kerjaya bagi penuntut institusi pengajian tinggi dan beberapa projek khidmat kemasyarakatan lain. PBIM juga telah menganjurkan beberapa siri ceramah mengenai pelbagai bidang teknikal perniagaan pembrokeran sebagai sebahagian daripada usahanya untuk terus meningkatkan taraf profesionalisme dan kepakaran teknikal broker. Di peringkat antarabangsa, PBIM telah menyertai Mesyuarat Majlis Persatuan Broker Insurans Antarabangsa yang ke-13 dan ke-14 yang diadakan masing-masing di Taiwan dan Indonesia. Mesyuarat itu memberi PBIM

Page 9: Bab 2: Dasar dan Perkembangan

19

Dasar dan Perkembangan

saluran untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkembangan antarabangsa dalam sektor pembrokeran, terutama dalam bidang pendidikan dan latihan, dan juga sebagai forum untuk bertukar-tukar pandangan dan idea mengenai isu kepentingan bersama.

AjusterPersatuan Penyelaras Kerugian Malaysia (PPKM) terus menggiatkan usaha untuk meningkatkan tahap kemahiran dan kompetensi dalam bidang pengajusteran kerugian. Beberapa langkah tertentu telah diambil bersama-sama dengan Institut Insurans Malaysia [Malaysian Insurance Institute (MII)] bagi membangunkan program tambahan di Malaysia untuk membolehkan ajuster tempatan memperoleh kelayakan profesional yang diiktiraf oleh Persekutuan Persatuan Pengajusteran Kerugian Antarabangsa [International Federation of Loss Adjusting Associations (IFAA)], sebuah persatuan sedunia yang ditubuhkan untuk menggalakkan peranan persatuan pengajusteran kerugian dan anggotanya. Keanggotaan IFAA kini termasuk persatuan pengajusteran terkemuka seperti Chartered Institute of Loss Adjusters dan Australasian Institute of Chartered Loss Adjusters.

Dengan bilangan ajuster kerugian berkelayakan yang paling ramai di luar United Kingdom dan Australia, sektor pengajusteran kerugian di Malaysia terus menunjukkan komitmen yang bersungguh-sungguh dalam meningkatkan tahap profesionalisme dan kemahiran khusus, yang terus dipertingkatkan berikutan pengalaman penyelarasan kerugian akibat bencana tsunami, puting beliung dan gempa bumi di luar negara. Sektor pengajusteran kerugian tempatan perlu terus menggalakkan pertumbuhan bilangan ajuster tempatan yang berkelayakan untuk mengambil kesempatan daripada peluang perniagaan di luar negara. Di peringkat antarabangsa, Pengerusi PPKM telah dilantik sebagai Presiden IFAA untuk tahun 2005 hingga 2007. Sebelum itu, beliau merupakan Timbalan Presiden IFAA.

Perkara Lain yang Berkaitan

Institut Insurans Malaysia Sejak penubuhannya, MII telah berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai penyedia pendidikan insurans profesional terulung

di Malaysia selama hampir 40 tahun. Melalui kerjasama erat dan usaha sama dengan industri insurans dan institut insurans yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan badan profesional seperti Chartered Insurance Institute (U.K.), Life Underwriters Training Council (U.S.A.) dan Society of Actuaries (U.S.A.), MII telah menyediakan program latihan dan pendidikan bertaraf antarabangsa yang direka khusus untuk memenuhi keperluan industri yang semakin berkembang.

Pada tahun 2005, MII telah mengadakan 93 program latihan awam dan latihan dalam syarikat untuk penanggung insurans, broker dan ajuster. Program latihan yang diadakan turut merangkumi satu program latihan anjuran bersama MII dan Oriental Life Insurance Development Center of Japan yang menarik sebanyak 1,877 peserta. Selain itu, MII telah menganjurkan 21 program latihan teknikal untuk ejen insurans pada tahun 2005 yang menarik sebanyak 2,292 peserta.

Sebagai sebuah badan akreditasi bagi Diploma/Sijil MII [MII Diploma/Certifi cate (DMII/CIP)] dan Associate (AMII), MII telah melatih sebanyak 143 graduan DMII/CIP dan 136 graduan AMII pada tahun 2005. Pada 31 Disember 2005, sebanyak 864 orang kakitangan insurans mempunyai kelayakan DMII/CIP dan sebanyak 634 orang mempunyai kelayakan AMII. Selain itu, MII juga merupakan badan pemeriksa tunggal bagi program Perancang Kewangan Berdaftar, satu program perancangan kewangan bersepadu yang dimajukan bersama oleh Persatuan Insurans Hayat Malaysia, MII dan Persatuan Kebangsaan Penasihat Insurans Hayat dan Kewangan Malaysia. Pada akhir bulan Disember 2005, sebanyak 992 graduan telah dianugerahkan gelaran Perancang Kewangan Berdaftar oleh Majlis Perancangan Kewangan Malaysia.

Di peringkat serantau, tahun 2005 menyaksikan peranan MII yang semakin meluas sebagai penyedia perkhidmatan pendidikan profesional di rantau ASEAN. Satu pencapaian penting pada tahun itu ialah termeterainya Memorandum Persefahaman antara MII dengan Forte Insurance of Cambodia pada bulan Jun yang membolehkan MII memberi latihan dan pendidikan kepada kakitangan insurans di Kemboja bagi mendapat kelayakan AMII. Pada tahun 2005, MII juga telah menganjurkan program latihan teknikal enam hari mengenai insurans liabiliti untuk

Page 10: Bab 2: Dasar dan Perkembangan

20

pasaran ASEAN di bawah Dana Latihan Insurans ASEAN dan menjadi tuan rumah kepada delegasi penanggung insurans Vietnam semasa lawatan sambil belajar mereka selama tujuh hari mengenai perkembangan dan amalan insurans motor di Malaysia.

MII turut menganjurkan latihan bagi rantau ASEAN melalui usaha sama dengan Institut Latihan dan Penyelidikan Insurans ASEAN [ASEAN Insurance Training and Research Institute (AITRI)] untuk pengawal selia insurans di seluruh rantau ini. Sebanyak tiga program teknikal yang menarik sebanyak 65 peserta dari India, Pakistan, Nepal, Sri Lanka, Australia dan Macau, telah diadakan. Program tersebut berkaitan dengan penilaian kendiri terhadap pematuhan kepada Prinsip Teras Insurans Persatuan Penyelia Insurans Antarabangsa [International Association of Insurance Supervisors (IAIS)], kecukupan modal, kesolvenan dan insurans semula. Program latihan itu dapat dijalankan dengan adanya sokongan teknikal daripada IAIS dan Organisasi bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan. AITRI, bersama-sama dengan General Insurance Association of Cambodia turut menganjurkan Kongres Insurans ASEAN Kelima yang diadakan pada 26 November hingga 1 Disember 2005 di Siem Reap, Kemboja. Kongres itu telah menarik lebih daripada 60 delegasi dari negara ASEAN. Kerjasama Antarabangsa dan SerantauPada tahun 2005, Bank telah turut serta dalam forum serantau dan antarabangsa berikut:

(i) Mesyuarat Kelapan Pengawal Selia Insurans ASEAN dan Mesyuarat Bersama yang Berkaitan

Bank telah menghadiri Mesyuarat Kelapan Pengawal Selia Insurans ASEAN [ASEAN Insurance Regulators Meeting (AIRM)] yang diadakan di Siem Reap, Kemboja pada 28 hingga 29 November 2005. Mesyuarat itu menyaksikan pertukaran maklumat berhubung dengan perkembangan pasaran insurans di rantau ini dan di peringkat antarabangsa, termasuk perubahan dalam undang-undang insurans, aktiviti penetapan standard global dan kemajuan dalam bidang khusus kerjasama insurans di kalangan negara anggota. Mesyuarat itu juga menekankan tanggungjawab AIRM untuk terus memperkukuh rejim

pengawalseliaan insurans di ASEAN dengan menerima pakai Prinsip Teras Insurans IAIS, di samping mengenal pasti peringkat pembangunan pasaran insurans yang berbeza-beza di rantau ini. Oleh itu, negara anggota telah bersetuju untuk terus menjalankan penilaian kendiri secara berkala terhadap pematuhan kepada prinsip teras dan menyediakan bantuan khusus kepada negara anggota yang kurang maju untuk menangani jurang yang telah dikenal pasti melalui program ASEAN-bantu-ASEAN. Seperti pada tahun-tahun yang lepas, Bank turut menghadiri mesyuarat bersama yang diadakan antara pengawal selia insurans ASEAN dengan perkumpulan industri insurans ASEAN, yang diadakan sempena AIRM. Mesyuarat-mesyuarat tersebut menyediakan platform bagi dialog dengan pengamal industri di peringkat serantau mengenai perkembangan semasa dalam industri insurans dan isu yang mempengaruhi pasaran insurans ASEAN.

(ii) Persidangan Tahunan Keduabelas dan Mesyuarat Agung Tahunan IAIS

Bank telah menyertai Persidangan Tahunan Keduabelas dan Mesyuarat Agung Tahunan IAIS yang diadakan di Vienna, Austria pada bulan Oktober 2005. Mesyuarat Agung itu telah meluluskan empat kertas baru yang menetapkan standard dan panduan bagi penyeliaan yang berkesan bagi industri insurans, iaitu:(a) Standard mengenai Pendedahan

Berkaitan Risiko dan Prestasi Pelaburan bagi Penanggung Insurans dan Penanggung Insurans Semula;

(b) Standard Penyeliaan bagi Keperluan dan Penilaian Layak dan Sesuai bagi Penanggung Insurans;

(c) Kertas Panduan mengenai Pemindahan Risiko, Pendedahan dan Analisis Insurans Semula Terbatas; dan

(d) Kertas Panduan bagi Membanteras Salah Guna oleh Penanggung Insurans untuk Tujuan Haram.

Mesyuarat Agung Tahunan itu turut meluluskan Rangka Kerja Penyeliaan

Page 11: Bab 2: Dasar dan Perkembangan

21

Dasar dan Perkembangan

Insurans yang dikeluarkan buat pertama kalinya pada tahun 2004, dan Asas kepada Perumusan Keperluan Kewangan Pengawalseliaan. Kertas-kertas tersebut menyediakan asas kepada pembangunan satu struktur yang sama bagi penilaian kesolvenan penanggung insurans dan menandakan satu langkah penting ke arah meningkatkan penumpuan yang sama dalam rejim kesolvenan di seluruh dunia. Satu kertas hala tuju sedang disediakan oleh IAIS untuk memberi keterangan lanjut mengenai struktur asas yang sama ini.

Pada tahun 2005, Bank telah menganjurkan Kursus Pengawalan dan Penyeliaan Insurans [Insurance Regulation and Supervision Course (IRSC)] yang pertama bagi penyelia insurans yang termasuk peserta dari rantau Asia. IRSC yang diadakan pada 4 hingga 12 Julai 2005 merupakan inisiatif Bank untuk meningkatkan kemahiran dan membina keupayaan dengan tujuan memberi peserta perspektif yang komprehensif mengenai peranan dan tanggungjawab asas pengawalseliaan insurans dalam menyumbang ke arah kestabilan kewangan keseluruhannya. Kursus ini juga memberi pengetahuan mendalam mengenai

pendekatan pengawalan dan penyeliaan serta meningkatkan kesedaran tentang perkembangan penting dalam industri insurans. Sebanyak 27 peserta tempatan dan asing telah menyertai program itu yang, antara lain, membincangkan prasyarat bagi pengawalan dan penyeliaan insurans yang berkesan, peraturan berhemat bagi aktiviti insurans, tadbir urus dan isu kewangan berkaitan, pengawalseliaan amalan pasaran dan penyeliaan berasaskan risiko. Melangkah ke hadapan, IRSC dijangka akan diadakan setiap tahun untuk memberi penyelia insurans di rantau ini maklumat mendalam yang penting mengenai cabaran yang muncul dalam pengawalan dan penyeliaan insurans.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif kerjasama pengawalseliaan, Bank menjadi tuan rumah kepada delegasi daripada kementerian dan agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap penyeliaan insurans dari Kemboja, Indonesia dan Kenya. Di samping mengeratkan lagi hubungan antara pihak berkuasa penyeliaan insurans, lawatan ini juga menjadi platform bagi pertukaran idea mengenai pelbagai isu, dari rangka kerja perlindungan pengguna, pengawalseliaan berhemat, rangka kerja undang-undang hingga penyeliaan berasaskan risiko.