bab 1.pptx

Upload: muhd-asrul

Post on 01-Nov-2015

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Penyelidikan Pendidikan BAB 1

Penyelidikan Pendidikan BAB 1

1.0 Pengenalan kepada Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan1.1 Tujuan Penyelidikan dalam Pendidikan1.2 Ciri-ciri penyelidikan dalam Pendidikan1.3 Pendekatan penyelidikan dalam Pendidikan 1.3.1 Pendekatan positvis (kuantitatif) 1.3.2 Pendekatan interpretatif (kualitatif)1.4 Etika dalam penyelidikan dalam pendidikan 1.4.1 Aspek-aspek penting dalam etika penyelidikan 1.4.2 Kod etika

suatu penyiasatan sistematik untuk memperolehi fakta atau maklumat tentang sesuatu perkara. -- The Collins International Dictionarypenyiasatan saintifik untuk membongkar fakta. Kamus Webster DEFINISI PENYELIDIKAN

Kaedah dan cara berfikir sistematik, terkawal, dan empirikal yang bertujuan mengkaji hubung kaitan antara fenomena semulajadi yang boleh diperhatikan.

Kerlinger, 1973 Penyiasatan Saintifik

Tiga perkataan penting dalam definisi

Penyelidikan saintifik yang sistematik dan terkawal dapat menghasilkan penemuan atau dapatan yang lebih menyakinkan.

SistematikTerkawalEmpirikal

Mengenal pasti masalah dan menggubal soalan kajian atau hipotesisMereka bentuk kajian untuk menjawab soalan kajian atau menguji hipotesisMengumpul dan menganalisis dataMenjawab soalan kajian atau menerima/ menolak hipotesisHow we think (john dewey, 1933) Langkah-langkahPenyiasatan Saintifik

PenerokaanDeskriptif (Description)Penjelasan (Explanation)Tujuan Pra-Kajian Tujuan penyelidikan

Penerokaan Dilakukan untuk memberikan maklumat asas untuk membina sesuatu kajian lanjut.Bertujuan untuk mengumpul dan membina maklumat diperlukan mengenai sesuatu permasalahan kajian Penerokaan

Meninjau sesuatu fenomena yang baru atau belum ada teori yang kukuh untuk menjelaskannya.

Mendalami pengetahuan dan dapat memberikan satu gambaran awal mengenai topik yang dikaji kerana tidak banyak maklumat mengenai masalah yang dikaji. Kegunaan Lain Penerokaan

Bertujuan meneliti sama ada kajian seumpama itu mempunyai kebolehlaksanaan atau boleh dilakukan pada masa akan datang.

Bertujuan mengkaji untuk membangunkan bentuk-bentuk kajian atau metod kajian yang boleh digunakan dalam kajian yang akan datang. Kegunaan lain Penerokaan

Bertujuan memberi gambaran yang tepat terhadap ciri-ciri yang terdapat dalam sesuatu populasi.Penyelidik akan menjelaskan bagaimana rupa bentuk keadaan sosial yang hendak dikaji. Deskriptif

Penjelasan Bertujuan menjelaskan tahap perkaitan yang wujud antara dua pembolehubah yang diukur.Menjelaskan perkaitan antara pembolehubah adalam sesuatu kejadian atau peristiwa.Hipotesis digunakan untuk meneliti perkaitan yang wujud antara pembolehubah yang diperolehi.Secara umum: menjelaskan punca kepada sesuatu fenomena atau mengenai sesuatu situasi ataupun sesuatu perkara yang berlaku. Penjelasan

Tujuan pra-kajianDilakukan agar penyelidik dapat mengenalpasti masalah-masalah yang akan dihadapi dalam menjalankan kajian sebenarnya.Boleh dilakukan untuk mengetahui: Responden kajian Soal selidik Pengumpulan data Analisis data

Tujuan Pra- kajian

penyelidikan dilakukan untuk memberi jawapan kepada ketidakpastian. Chua Yan Piaw (Kaedah Penyelidikan)

Penyelidikan dapat memberikan jawapan kepada ketidakpastian yang timbul. Tujuan Pra- kajian

Ia digunakan sebagai alat: Untuk memperolehi sumber pengetahuan yang sah dan boleh dipercayai, iaitu sumber pengetahuan yang saintifik dan logik.

Untuk memungut bukti kepada keraguan, iaitu memberi jawapan kepada keraguan dan masalah yang timbul. Tujuan Pra- kajian

Ramalan; untuk meramalkan satu fenomena. Penerangan: untuk menerangkan keadaan sebenar dalam suatu fenomena seperti perbezaan, perhubungan dsb.

Secara ringkasnya, penyelidikan ialah satu bentuk disiplin yang sistematik terhadap masalah dan persoalan. Tujuan Pra- kajian

BertujuanMendalam (rigorous)Boleh ujiBoleh diulang (replicabilityKejituan (precision)

Keyakinan (confidence)

Generalisasi (generalizability)Parsimoni (parsimonious) Ciri-ciri Penyelidikan

BertujuanSetiap kajian yang hendak dilaksanakan haruslah ada objektif atau bertujuan.

Contoh: mengkaji masalah penggunaan singkatan dalam penulisan.

Bertujuan

Mendalam Kajian yang dijalankan haruslah bersifat mendalam dan bersandarkan pada teori yang ada serta metod yang baik.Contoh: penggunaan soal selidik, pemerhatian dan temu bual digabungkan untuk mendapat data.Jika mendapatkan data dari satu pihak sahaja, maka ia mungkin menghasilkan data yang bias.Juga merujuk kepada ketepatan data yang mana data juga harus diperoleh dari sumber yang tepat dan sahih. Mendalam

Boleh diujiAndaian yang diutarakan dalam kajian dalam bentuk hipotesis mestilah boleh diuji.Ia mampu diuji sama ada dalam bentuk perkaitan, perbezaan, hubungan atau meramal sesuatu perkaitan. Boleh diuji

Boleh diulangDapatan atau hasil kajian yang diperolehi dari menguji hipotesis boleh diulang dengan mengujinya di tempat lain atau suasana lain.Contoh: kajian mengenai prestasi murid-murid di sekolah A dapat diulang di sekolah B. Boleh diulang

Kejituan Sedekat manakah dapatan kajian kita dengan keadaan sebenar atau realiti.

Boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti cara mengumpul data, pengukuran, alat ukuran kajian yang digunakan, sampel kajian dan lain-lain aktiviti dalam proses penyelidikan. Kejituan

Paras keyakinan : 95% dan 99%

Contoh: 95% - yakin dengan dapatan kajian mencerminkan populasi yang kita kaji

Hanya 5% sahaja berkemungkinan ia berlaku secara kebetulan. Keyakinan

Generalisasi Sejauh manakah dapatan kajian ini dapat digunakan, dipanjangkan atau diumumkan pada populasi yang berbeza dan dalam situasi yang berbeza-beza.

Generalisasi

Parsimoni Kajian yang baik haruslah berusaha mencari punca masalah paling berkaitan dengan masalah yang dikaji. Parsimoni

Perlu dinyatakan dengan jelas tujuan kajian.Permasalahan kajian diperincikan.Prosedur yang terlibat dalam kajian dijelaskan dengan terperinci membenarkan penyelidik berminat meneruskannya.Analisis data perlu dilakukan dengan mendalam signifikan atau tidakPenyelidik perlu memberitahu kesahan dan kebolehpercayaan alat ukuran kajian panduan kajian akan datang.Penyelidik akur pada keperluan etika melaksanakan sesuatu kajian. Ciri-ciri lain

Dua paradigma dalam mendekati masalah

Paradigma pertama adalah positivismeKedua adalah fenomenologis

Pendekatan penyelidikan dalam pendidikan

Pemahaman tentang permasalahan sosial didasari pada pengujian teori yang disusun dari berbagai variabel, pengukuran yang melibatkan angka-angka, dan dianalisa menggunakan prosedur statistik.Konsisten dengan apa yang disebut pendekatan kuantitatif, dengan tujuan untuk meramalkan generalisasi sesuatu teori.Paradigma pertama

Konsisten sebagai pendekatan kualitatif (qualitative approach)

an inquiry process of understanding a social or human problem, based on building a complex, holistic picture, formed with words, reporting detailed views of information, and conducted in a natural setting & rdquo (Creswell, 1994:2)Paradigma kedua

Salah satu pendekatan yang ada dalam ilmu sosiologi.Didasari 4 asumsi:i. Ontologi (hakikat dasar gejala sosial)ii. Epistemologi (hakikat dasar ilmu pengetahuan)iii. Hakikat dasar manusiaiv. Aksiologi (tujuan dilakukannya suatu penelitian)Pendekatan positvis (kuantitatif)

Metode yang digunakan dalam pendekatann ini tidak kaku dan tidak terstandarisasi (distandardkan).Sifatnya fleksibel, kesesuaiannya tergantung dari tujuan setiap penelitian.Pendekatan interpretif (kualitatif)

Penting sebagai panduan untuk melengkapkan setiap kajian yang dijalankan.Merosakkan reputasi penyelidikan sosial jika mematuhi.Tingkah laku beretika diberi perhatian yang serius dalam sains sosial kerana ia melibatkan manusia sebagai subjek.Aspek-aspek penting dalam etika penyelidikan

BahasaPerasaan respondenEtika dalam semua peringkat kajianMengetahui tahap pendidikan respondenBerterus-terang dengan respondenUtarakan data yang tepatMenjaga kerahsiaan respondenMematuhi etika penyelidikanElemen penting dalam etika

Bahasa Penyelidik menyediakan maklumat lengkap dan bahasa yang mudah difahami.Penerangan juga peru supaya responden memahami apa yang diinginkan oleh penyelidik.

Bahasa

Perasaan respondenBeri masa yang cukup untuk responden menjawabTidak menanyakan soalan yang memalukan, menyebabkan kekacauan emosi atau pengalaman yang tidak menyenangkan.Tidak boleh mendedahkan responden kepada tekanan mental atau fizikal.

Perasaan responden

Etika dalam semua peringkat kajianPenyelidik harus pentingkan etika, pemilihan permasalahan kajian, tentukan kaedah penyelidikan, pengumpulan data, penganalisisan data, interprestasi dan melaporkan kajian.Etika dalam semua peringkat kajian

Mengetahui tahap pendidikan respondenMengambil kira tahap pendidikan sampel yang ingin dikaji.Tidak boleh memberi tugas yang tidak wajar atau rumit kepada responden.Jika berlaku, akan menyukarkan proses penyelidikan dan akan mendatanglan tindak balas yang negatif daripada sampel yang dikaji.Mengetahui tahap pendidikan responden

Berterus-terang dengan respondenBerikan penjelasan kepada responden tentang matlamat dan tujuan kajian.Semua maklumat perlu dijelaskan termasuk prosedur yang terlibat dalam kajian.Dengan itu, responden akan secara sukarela melibatkan diri dalam kajian berkenaan.Berterus-terang dengan responden

Utarakan data yang tepatBertindak memberikan data yang tidak lengkap, terkeluar dari konteks, memalsukan penemuan atau kemukakan fakta yang mengelirukan dianggap melanggar tatasusila penyelidikan.

Utarakan data yang tepat

Menjaga kerahsiaan respondenPenyelidik sama sekali tidak boleh mendedahkan maklumat mengenai sampel kajian sehingga ia boleh menggugatkan keselamatan atau maruah responden.Hak-hak peribadinya harus dipelihara dan tidak boleh jatuh ke tangan pihak ketiga.Menjaga kerahsiaan responden

Mematuhi etika penyelidikanMerupakan tanggungjawab setiap penyelidik.Kegagalan akan menggugat kesahan dan kebolehpercayaan kajian yang dilakukan.Mematuhi etika penyelidikan

Bersifat etika ialah untuk menurut amalan-amalan profesional yang diterima umum.Penyelidik harus sentiasa mengambil kira kesan tindakan mereka ke atas subjek dalam penyelidikannya.Sebilangan badan profesional organisasi akademik telah menghasilkan kod etika untuk dijadikan panduan bagi penyelidik.Kod etika

American Psychological Association (APA), Leedy, 1993Penyelidik haruslah mengekalkan keobjektifan dalam penyelidikannya.Penyelidik harus sedar akan batasan mengenai keupayaan dan kemahirannya dan tidak menjalankan penyelidikan yang melebihi had kemampuannya.Setiap individu atau responden yang dikaji berhak ke atas diri dan maruahnya agar terpelihara.

SambunganSemua penyelidik haruslah mengelakkan dari membawa bahaya pada subjek yang digunakan dalam kajian.Maklumat sulit yang diberikan oleh responden kajian haruslah dijaga kerahsiaannya.Penyelidik tidak boleh menyalahgunakan peluangnya sebagai penyelidik untuk mendapatkan maklumat selain daripada tujuan profesional/penyelidikan.

SambunganDapatan kajian dipersembahkan dengan jujur tanpa manipulasi.Penyelidik haruslah memberi penghargaan kepada semua bantuan, kerjasama, atau sumber maklumat yang diperolehi dari orang lain.Penyelidik tidak boleh menerima apa-apa pertolongan, tajaan, atau lain-lain bentuk bantuan yang mempunyai kepentingan peribadi yang boleh melanggar prinsip-prinsip etika dalam melaksanakan penyelidikannya.

Setiap penyelidikan mestilah memastikan kaedah, kandungan dan tujuan tidak melanggar kod etika pengkaji, norma dan nilai-nilai sejagat seperti agama.Isu yang berkaitan dengan isu etika ialah kejujuran pengkaji.Sediakan Proposal Dengan Teliti, Rapi dan Menyeluruh.Faktor etika

Masalah seboleh-bolehnya mempunyai ciri-ciri SMART iaitu:SSpesifik; masalah dinyatakan dalam bentuk yang spesifikMMeasurable; angkubah mesti boleh diukur, dikesan dan menyerupai konstrukAApplication; masalah boleh menjelaskan fenomena, tambahkan pengetahuan atau membantu menyelesaikan masalahRResearchable atau reliable; berasaskan spesifikasi masalah, semua langkah dapat dilaksanakan dari awal hingga ke peringkat laporan. Di sini termasuk ciri kebolehtadbiran dan kebolehtafsiran.TTime frame; ini bererti kajian dapat diselesaikan dalam suatu jangka masa yang ditetapkan. Supaya kajian dijalankan dengan baik, jadual kerja sebaik-baiknya disediakan agar pengkaji tahu peruntukan masa untuk setiap langkah.

Analisis dataProposal hendaklah menjelaskan kaedah statistik yang akan digunakan untuk menganalisa data.Justifikasi perlu diberikan tentang kaedah yang dipilih.

Interpertasi dataPerlu ditetapkan dalam proposal.Memastikan bahawa keobjektifan kajian dijamin.

Pelaporan hasil dapatanDalam proposal, pihak yang menerima laporan mesti dijelaskan.Memudahkan orang lain membaca dan menggunakan hasil dapatan.

Proposal disemak oleh Pakar Metodologi dan Pakar PengkhususanDicadangkan sebelum sesuatu kajian dijalankan agar sumber kewangan, tenaga dan masa tidak disia-siakan.Pakar berkenaan peranan devils advocate, beri cadangan/alternatif tentang kajian yang akan dijalankan.Untuk mengesan kelemahan yang tidak disedari pengkaji.

Dapatkan kerjasama dan sokongan respondenHasil kajian bergantung kepada kejujuran dan kerjasama responden.Pengkaji perlu menjelaskan tujuan kajian sejelas-jelasnya kepada responden agar mereka dapat memberi maklumat secara terbuka.

Lakukan Penilaian BerterusanSetiap langkah dalam perlaksanaan penyelidikan mesti dinilai.Sekiranya didapati kelemahan pada sesuatu langkah harus cari penyelesaian sebelum melanjut ke langkah berikut.Setiap langkah adalah saling berkait.

Penyelidikan tindakan

satu proses membuat penyelidikan yang berbentuk renungan kendiri

Penyelidik sendiri mengkaji amalan yang lazimnya dilakukan di dalam bidang yang mereka ceburi.

Nota Tambahan Penyelidikan Tindakan

Memperbaiki kelemahan perkara seperti:Amalan sosial dan pendidikan kendiriKefahaman terhadap amalan kendiriSituasi di mana amalan tersebut dijalankanTujuan

Dua tujuanUntuk kefahaman dan memperbaiki amalan serta situasi amalan tersebut dilakukan.Melibatkan penyelidik dalam semua peringkat dalam proses penyelidikan. Tujuan penyelidikan tindakan

Memperbaiki mutu kerja atau amalanMembentuk komuniti yang bersifat kritis terhadap persekitaran dan diri sendiriMenggalakkan cara berfikiran yang lebih terbuka terhadap tindakan yang akan diambilMembantu membina dan memperkembangkan teori serta amalan secara serentak.Ciri-ciri penyelidikan tindakan penyelidikan

Sistematik dan melibatkan pengumpulan bukti collective evidence yang boleh digunakan sebagai asas untuk renungan yang menyeluruh.Memperlihatkan masalahMemperbaiki amalan diri, orang lainMenguji hipotesis penggunaan data untuk membuat kesimpulanMenerima pandangan sains sosial yang berbeza daripada pandangan sains semula jadi.Penyelidikan tindakan menitik beratkan perkara berikut:

Kurt Lewin, 1946Menitik-beratkan perubahan terhadap sikap dan perlakuan manusia dalam beberapa bidang sosial.Penyelidikan dijalankan selepas perang dunia kedua prasangka dan perhubungan antara kumpulan sosial.Idea dipinjam dalam penggubalan kurikulum dan peningkatan profesionalisme perguruan. Sejarah penyelidikan tindakan

Merosot pada akhir tahun 50anAwal tahun 1976 wujud kembali dengan Ford Teaching Project di UK, penyelia John Elliott & Clein AdelmanBerkembang di Australia dan EropahAmerika Syarikat berkembang kerana timbulnya kesedaran untuk mempertingkatkan taraf pendidikan dan profesionalisme perguruan.Kini diserap ke dalam sistem pendidikan di Malaysia

Mengapa perlu penyelidikan tindakan?Harapan masyarakat guru sesuaikan peranan selaras dengan perubahan yang berlakuPerkembangan profesionalisme perguruan merenung, menyoal, menyelidik peranan dan tugasMemahami tujuan dan hasrat tentang P&PMenghasilkan usahasama dalam kalangan pendidik

Ciri-ciri usahasama dalam penyelidikan tindakan (pembinaan komuniti pembelajaran)Melibatkan manusia dalam penerokaan dan peningkatan mutu amalan kerja dan kefahaman terhadap amalan kerja, serta suasana kerja.Melahirkan suasana usahasama di antara rakan sekerja untuk belajar bersama

Sediakan kertas A4 (warna putih)Bertaip komputerJenis Font Times New Roman bersaiz 11Bertaip HURUF BESAR TEBAL, CENTER (semua tajuk kecuali sub-tajuk)Selang baris - 1.5 bagi teks am manuskripProses cetakan pada satu halaman sahaja Penjilidan diletakkan di sebelah kananPanduan menulis laporan penyelidikan bagi tujuan penerbitan

Dijilid dengan kulit jenis tebalNaskah akhir untuk IPG: 5 naskah selepas diperiksa dan diluluskan oleh Jabatan Penyelidkan dan Pembangunan maktab masing-masing.Penyelidikan berkenaan hendaklah dijilidkan dengan menggunakan kulit jenis balakom dan keterangan pada kulit hendaklah dicetak dengan huruf besar berwarna emasPenjilidan

SEKIAN,

ATAS PERHATIAN ANDA SEMUA.