bab 1,2 dan 3

Upload: mypinklady

Post on 08-Jan-2016

263 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Analisis dan dasar fiskal

TRANSCRIPT

BAHAGIAN 1: EKONOMI SEKTOR AWAM

BQB3013 ANALISIS DAN DASAR FISKAL

SEKTOR AWAM DAN KEPENTINGANNYA (BAB 1)

Polisi-polisi awam menentukan kuantiti dan kualiti perkhidmatan awam seperti pendidikan, kesihatan, jalan raya, perpustakaan dsbgnya. Dengan kepentingan perkhidmatan tersebut, maka campurtangan kerajaan diperlukan dgn menganalisis penggunaan polisi percukaian dan perbelanjaan kerajaan.

Ekonomi Sektor Awam atau Kewangan Awam.

PASARAN AWAM DAN SWASTA

Asasnya, sumber terhad - Pilihan (masalah apa, bagaimana, dan siapa) Kos Melepas Penyelesaian melalui mekanisma pasaran (harga) kesannya penyediaan barang dan perkhidmatan (kuantiti dan kualiti) terbatas penawarannya wujud kegagalan pasaran.

Bagaimana sektor awam memperuntukkan sumber-sumber sebagai tindak balas kepada kegagalan pasaran dan memnuhi fungsi-fungsi sektor awam tersebut.

SEKTOR AWAM DI MALAYSIA

Terdiri daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan Kerajaan-kerajaan Tempatan.

Kementerian mengubal , merancang, mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan dasar Jemaah menteri, KSU,KSN

Jabatan melaksanakan dasar Ketua Pengarah Jabatan

Badan-badan berkanun memajukan sesuatu dasar selaras dengan aspirasi dasar kerajaan.

Pengaruh sektor awam

Faedah daripada polisi-polisi awam.

KEPENTINGAN SEKTOR AWAM DALAM EKONOMI

1.Menjamin Penguatkuasaan KontrakMenyediakan sistem dan struktur perundangan yang adil dan saksama kepada semua pihak yang melibatkan sektor ekonomi dan dasar awam agar perlindungan dan penguatkuasaan operasi pasaran terjamin dan lancar.2Mengurangkan Masalah Ketidakstabilan EkonomiFenomena sistem ekonomi seperti pengangguran, ketidakstabilan harga dan pertumbuhan ekonomi yang rendah memberi kesan kepada pengurangan kebajikan masyarakat maka dengan polisi-polisi awam ini , ianya dapat membantu dan mengawal permasalahn fenomena tersebut melalui polisi fiskal dan kewangan.

KEPENTINGAN SEKTOR AWAM DALAM EKONOMI

3.Mengurangkan Masalah Disebabkan Jurang Agihan Pendapatan Dan Kekayaan.Peranan kerajaan dalam menyelaraskan agihan pendapatan dan kekayan untuk mewujudkan keseimbangan dan kesaksamaan nilai sosial di dalam sistem pasaran bertujuan mengekalkan keharmonian, persefahaman dan toleransi di antara ahli masyarakat.4.Mengurangkan Halangan Bagi Pertandingan Sempurna Peranan kerajaan dalam membantu memasuki pasaran melalui kemudahan kredit bagi usahawan yang baru dengan menghasilkan penggunaan sumber yang cekap berdasarkan persaingan sempurna dalam pasaran barangan. (Brg seragam, harga ditentukan, tiada halangan keluar masuk, dan maklumat sempurna)

KEPENTINGAN SEKTOR AWAM DALAM EKONOMI

5.Mengurangkan Masalah Disebabkan Kuasa MonopoliMengurangkan kehilangan kebajikan melalui lebhan pengguna. (lihat rajah di m/s 11). Tindakan undang-undang untuk mengawal kuasa monopoli.6.Memastikan Penawaran Barangan Awam Beberapa barangan sosial (awam) tidak sesuai dikeluarkan melalui mekanisma pasaran kerana wujud ketidakcekapannya dan oleh sedemikian peranan kerajaan memastikan penawaran barangn awam diteruskan berpandukan ciri-ciri barangan iaitu:i.Ciri Pengasingan.ii.Ciri Persaingan.iii.Ciri Tiada Pengasingan.iv.Ciiri Tiada Persaingan.

KEPENTINGAN SEKTOR AWAM DALAM EKONOMI

7.Mengurangkan Masalah Eksternaliti.Kesan sampingan positif dan negatif - mengambil kira faedah sosial pihak ketiga. Positif - peranan kerajaan untuk tindakan seperti menawar secara percuma atau kos rendah pada masyarakat, dan memberi subsidi . Negatif kenakan cukai, denda atau penalti dan mengenakan peraturan atau sekatan.8.Penyediaan Brgan yang Tidak Ditawarkan Swasta Ada permintaan tetapi tiada penawaran - Insuran Kemiskinan.9.Penyediaan Barangan untuk Keadilan SosialBarangan swasta mempunyai eksternaliti postif spt kesihatan, pendidikan kanak-kanak, buku teks, pembentungan dsbnya.

FUNGSI-FUNGSI SEKTOR AWAM (BAB 2)

Fungsi-fungsi tradisional agar ahli-ahli masyarakat yang hidup bersama akan wujud keadilan, kesejahteraan dan kemakmuran.

Fungsi Perlindungan

Fungsi Peruntukan

Fungsi Pengagihan

Fungsi Penstabilan

FUNGSI PERLINDUNGAN

Sektor Awam menyediakan fungsi perlindungan apabila ia melindungi harta benda dan hak-hak individu untuk menguatkuasakan kontrak, memberi kebebasan beragama, bercakap, bebas dari penagniayaan dan menyelesaikan pertikaian yang wujud melalui sistem pertahanan, pasukan polis dan kehakiman.

Memerlukan perbelanjaan kerajaan yang besar Dalam menyediakan perkhidmatan tersebut, ianya memerlukan perbelanjaan yang besar maka kerajaan juga memerlukan peruntukan sumber-sumber yang besar .

FUNGSI PERUNTUKAN

Pasaran Awam memperuntukkan sumber melalui keputusan pengundi dan pembuatan keputusan dalam proses pembuatan polisi. Pasaran Swasta memperuntukan sumber berdasarkan sistem harga.

Sumber yang dipindahkan dari nilai barang dan perkhidmatan sektor swasta untuk kegunaan sektor awam merupakan kos benar bagi barangan yang dikeluarkan oleh sektor awam.

Pembahagian peruntukan optimum melibatkan citarasa dan DD pengguna, kedudukan ekonomi , sumber negara dan tekanan politik akan memberi kesan terhadap peruntukan sumber dalam menangani permasalahan asas ekonomi. Peruntukan sumber optimum = peruntukan sebenar. Lihat rajah m/s 24) dan penyediaan (biayai) vs pengeluaran.

FUNGSI PERUNTUKAN

Kaedah pihak swasta boleh mengeluarkan barang awam:Kontrak daripada kerajaan aktiviti barangan

Hak atau Francais Monopoli ekonomi skala yang besar

Kontrak Pengurusan aktiviti tanggungjawab

Baucar satu bentuk subsidi

Koperasi atau Kelab atau Persatuan bayar yuran ahli untuk kepentingan ahli.

FUNGSI PENGAGIHAN

Agihan untuk mencapai kepuasan maksimum masyarakat, kebajikan disamaratakan setiap orang berhak mendapat apa yang diusahakan.

Perbandingan kedudukan ekonomi antara individu atau kumpulan berdasarkan kemiskinan relatif.

Keluk Lorenz diguna untuk mengkaji kedudukan ketidaksamaan dan membuat perbandingan untuk suatu jangka masa dan di antara negara. (m/s 29)

Ukuran bernombor untuk mengukur darjah ketidaksamaan agihan pendapatan melalui ko-efisien Gini. (m/s30)

FUNGSI PENSTABILAN

Berkait dengan makro ekonomi seperti guna tenaga penuh, ketidakstabilan harga dan pertumbuhan ekonomi. Perubahan yang tidak menentu ini akan memberi kesan pengangguran dan inflasi. Dan akhirnya kebajikan masyarakat berkurang.Walaupun mempunyai mekanisma pasaran dalam pengawalannya tetapi memerlukan sokongan polisi-polisi kerajaan yang berkesan seperti perbelanjaan kerajaan (AD= C=I+G) dan percukaian.Polisi Fiskal Mengembang = Pengangguran - Tingkat G dan turun Tx supaya Yd ditingkatkan.Polisi Fiskal Mengecut = Inflasi S dan I bentuk modal.Penstabil Automatil = cukai syarikat, cukai progresif & pampasan pengangguran.

PENILAIAN POLISI AWAM DAN ALAT-ALAT FISKAL (BAB 3)

Menilai polisi-polisi yang memberi kesan faedah atau kos kepada ahli masyarakat.

Alat-alat penerimaan dan perbelanjaan kerajaan dalam melaksanakan fungsi-fungsi sektor awam.

Penilaian polisi awam berdasarkan pertimbangan nilai (value judgment) mengenai kesan-kesan sesuatu polisi.

KRITERIA PENILAIAN POLISI AWAM

Terdapat beberapa kriteria utama:

Ekuiti

Kepentingan Awam

Kecekapan ekonomi

Paternalisma

Kebebasan Individu

EKUITI

Kriteria asas bagi setiap masyarakat dan tujuan saksama dan keadilan kepada masyarakat..

Kelebihan: Penerimaan orang awam terhadap polisi awam sebagai penting iaitu beranggapan bahawa polisi yang dibuat oleh kerajaan adalah bertujuan kebaikan masyarakat.

Kelemahan: Masyarakat sering membuat petimbangan tanpa benar-benar memahami kesan-kesan yang akan timbul daripada pelaksanaan sesuatu polisi.

Kepentingan Awam

Kriteria ini merujuk kepada kerajaan untuk mengadakan polisi-polisi yang dapat memberikan faedah terbanya kepada paling ramai orang. (Utilitarian)

Kelebihan : Polisi terbaik datang daripada polisi yang membawa faedah kepada semua orang.

Kelemahan : Kewajaran tindakan sesuatu polisi yang merugikan seseorang dengan alasan satu pihak lagi mendapat keuntungan atau kebajikan yang lebih tnggai.

KECEKAPAN EKONOMI

Sistem ekonomi yang cekap iaitu sistem ekonomi yang membuat semua orang mendapat sebanyak mungkin faedah. Kecekapan berasaskan penggunaan sumber. (Vilfredo Pareto)

Kelebihan : Sumber yang cekap tidak memungkinkan lagi perubahan untuk memperbaiki kedudukan mana-mana individu tanpa menyebabkan orang lain mengalami kerugian.

Kelemahan : Masyarakat yang kompleks dan dan sukar mengadakan perubahan yang tdak merugikan pihak lain.

PATERNALISME

Polisi kerajaan yang tidak mahu memenuhi kehendak masyarakat malah mebelakangkan kehendak mereka.

Kelebihan : Kebajikan masyarakat akan lebih baik kerana keputusan kerajaan adalah menyeluruh berbanding keputusan individu.

Kelemahan : Eleman yang anti demokrasi dan merendahkan kebolehan keputusan masyarakat mengenai kehidupan mereka.

KEBEBASAN INDIVIDU

Tindakan individu berdasarkan pilihan atau kehendak individu berkenaan dan bukan paksaan, tekanan atau ancaman dari pihak lain.

Kelebihan : Mengurangkan sekatan kepada masyarakat.

Kelemahan : Sukar untuk polisi-polisi yang bersangkutan dengan kewangan sektor awam.

ALAT-ALAT FISKAL

Terdapat 2 klasifikasi:

Alat Penerimaan

Alat Perbelanjaan

ALAT PENERIMAAN

Terdapat 6 jenis:

Cukai.

Bayaran yuran, lesen, royalti, sewa, faedah dan pendapatan daripada perusahaan-perusahaan awam.

Bayaran penggunaan (user charges)

Geran daripada kerajaan-kerajaan lain atau institusi-institusi antarabangsa.

Pinjaman

Penciptaan Wang

ALAT PERBELANJAAN

Terdapat 5 jenis:

Perbelanjaan bagi mendapatkan barang dan perkhidmatan.

Bayaran pindahan.

Pemberian hutang.

Bayaran balik pinjaman.

Pembelian aset.

THANK YOU.

Penilaian Kendiri

Ukuran terbaik untuk menentukan agihan pendapatan dalam negara ialah ______ .

Pemasangan pengangkutan dan penyelenggaraan lampu isyarat ialah satu contoh penyediaan awam. (B/S).

Perkhidmatan pengangkutan sampah boleh dilaksanakan oleh kerajaan. Ia juga boleh dilakukan oleh seltor awam melalui ________ .

Penilaian Kendiri

Bila dan kenapa kerajaan menggunakan dasar fiskal mengembang?

Semasa berlaku keadaan turun naik yang kerap dalam ekonomi, dasar manakah di antara berikut paling efisien digunakan untuk menstabilkan keadaan ekonomi.

a) Pemberian subsidib)cukai ke atas barang mewahc)Pinjaman daripada dana terkumpul dalam negarad)cukai ke atas pendapatan syarikat.

Soalan kuiz:

Syarikat Nitrogas diberi lesen menjadi pengeluar tunggal sejenis bahan kimia dipanggil nitrogen sulfida. Industri memproses makanan di negara ini amat bergantung kepada bahan ini kerana ia dapat menghasilkan bekas aluminium tidak berkarat. Pada masa yang sama, syarikat Nitrogas telah menyalurkan bahan buangan kimia ke dalam sungai berhampiran hingga menjejaskan kualiti air sungai berkenaan.a) Bincangkan DUA (2) bentuk kegagalan pasaran yang berlaku. (7 markah)b) Berikan SATU (1) tindakan yang dapat diambil oleh kerajaan untuk menghadapi setiap SATU (1) kegagalan pasaran tersebut. (3 markah)

JAWAPAN kuiz:

a) DUA bentuk kegagalan pasaran:1) Penawaran oleh monopoli (1)Monopoli dapat mengenakan harga yang tinggi dengan menghadkan kuantiti penawaran (1)Ia menyebabkan ketidakcekapan peruntukan sumber disebabkan kehilangan kebajikan kepada pengguna (1.5) 2) Tindakan syarikat menyebabkan eksternaliti negatif (1)Eksternatiliti negati iaitu kesan buruk terhadap pihak ketiga (masyarakat) yang tidak terlibat secara langsung dalam pengeluaran syarikat. (1)Masyarakat setempat tidak dapat menggunakan air sungai akibat pencemaran oleh syarikat (tidak dapat minum, mandi, memancing dll) (1.5)

JAWAPAN kuiz:

b) DUA tindakan yang boleh diambil:1) Tindakan untuk hadapi masalah monopoli = kerajaan menawarkan sendiri bahan kimia berkenaan dalam pasaran (melalui syarikat kerjaan) @ memberi subsidi kepada syarikat syarikat lain (1.5)

2) Tindakan untuk hadapi masalah eksternaliti negatif = kerajaan kenakan denda / penalti ke atas syarikat keranan mencemarkan sungai ( 1.5)

Click to edit the title text formatClick to edit Master title style

8/19/13

Click to edit the title text formatClick to edit Master title style

Click to edit the outline text formatSecond Outline LevelThird Outline LevelFourth Outline LevelFifth Outline LevelSixth Outline LevelSeventh Outline LevelEighth Outline Level

Ninth Outline LevelClick to edit Master text styles

Second level

Third level

Fourth level

Fifth level

8/19/13