bab 1: pendahuluan 1,2... · 1 bab 1: pendahuluan 1.1 pengenalan bagi pelajar mekanikal di...

33
BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagi pelajar Mekanikal di Politeknik, bengkel adalah subjek yang paling disukai. Bagi pelajar sem satu, dua, dan tiga, kebiasaanyya apabila berada di bengkel mesin, mereka akan diberikan tugasan yang melibatkan penggunaan mesin mesin di bengkel. Hal ini adalah untuk memberi pengalaman dan menambah ilmu tentang cara penggunaan mesin mesin tersebut. Tetapi produk yang dihasilkan, akhirnya dibuang dan tidak diguna pakai. Oleh itu, projek Multitools for Lathe Machine ini dapat pengurangkan pembaziran besi di politeknik dan dalam masa yang sama, produk yang dihasilkan dapat dimanfaatkan diguna pakai. Multitools for Lathe Machine adalah projek penambahbaikkan yang diilihamkan berdasarkan daripada kajian, maklumat daripada internet dan maklum balas pelajar Mekanikal dan juga pensyarah Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. Mesin larik yang digunakan sekarang mempunyai dua jenis alat utama, iaitu alat pembuka rahang dan alat pembuka skru di bahagian tool post iaitu tempat meletakkan mata alat. Peralatan yang banyak boleh menyelerakkan tempat kerja dan alatan ini sering hilang. Jadi, kami berusaha untuk menginovasikan alat pembuka rahang ini agar mempercepatkan kerja- kerja melarik. Di samping itu, alatan ini direka bentuk untuk memudahkan kita melakukan kerja melarik. Reka bentuknya ringkas dan sistematik memudahkan kita untuk mengunakannya

Upload: others

Post on 11-Aug-2021

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 1: PENDAHULUAN 1,2... · 1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagi pelajar Mekanikal di Politeknik, bengkel adalah subjek yang paling disukai. Bagi pelajar sem satu, dua, dan tiga,

1

BAB 1:

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bagi pelajar Mekanikal di Politeknik, bengkel adalah subjek yang paling disukai.

Bagi pelajar sem satu, dua, dan tiga, kebiasaanyya apabila berada di bengkel mesin,

mereka akan diberikan tugasan yang melibatkan penggunaan mesin – mesin di bengkel.

Hal ini adalah untuk memberi pengalaman dan menambah ilmu tentang cara penggunaan

mesin – mesin tersebut. Tetapi produk yang dihasilkan, akhirnya dibuang dan tidak

diguna pakai. Oleh itu, projek Multitools for Lathe Machine ini dapat pengurangkan

pembaziran besi di politeknik dan dalam masa yang sama, produk yang dihasilkan dapat

dimanfaatkan diguna pakai.

Multitools for Lathe Machine adalah projek penambahbaikkan yang diilihamkan

berdasarkan daripada kajian, maklumat daripada internet dan maklum balas pelajar

Mekanikal dan juga pensyarah Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. Mesin larik yang

digunakan sekarang mempunyai dua jenis alat utama, iaitu alat pembuka rahang dan alat

pembuka skru di bahagian tool post iaitu tempat meletakkan mata alat. Peralatan yang

banyak boleh menyelerakkan tempat kerja dan alatan ini sering hilang. Jadi, kami

berusaha untuk menginovasikan alat pembuka rahang ini agar mempercepatkan kerja-

kerja melarik. Di samping itu, alatan ini direka bentuk untuk memudahkan kita

melakukan kerja melarik. Reka bentuknya ringkas dan sistematik memudahkan kita untuk

mengunakannya

Page 2: BAB 1: PENDAHULUAN 1,2... · 1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagi pelajar Mekanikal di Politeknik, bengkel adalah subjek yang paling disukai. Bagi pelajar sem satu, dua, dan tiga,

2

1.2 Penyataan Masalah

Beberapa contoh masalah yang kami dapati ialah:

I. Semasa menggunakan alat membuka rahang, dan alat untuk membuka tempat

meletakkan mata alat pada mesin larik, didapati alat tersebut tidak cukup. Masalah

ini timbul kerana ianya selalu hilang dipinjam rakan, dan mereka tidak

memulangkannya.

II. Masalah kedua, apabila hilang ia mengambil masa untuk melakukan kerja

pemasangan mata alat dan bahan kerja.

III. Selain itu, amalan pelajar yang suka meletakkan alatan kerja di atas mesin larik

boleh menyebabkan risiko alatan kerja terjatuh .

1.3 Objektif Kajian

Objektif projek ini merupakan maktlamat yang ingin dicapai di akhir penghasilan

projek. Antara objektif utama yang dapat dikemukakan dalam penghasilan

I. Alatan ini direka untuk mengelakkan ianya daripada selalu hilang.

II. Selain itu, ia juga diinovasikan agar dapat menjimatkan masa dalam melakukan

kerja pemasangan bahan kerja dan mata alat.

III. Perekaan alatan ini juga adalah bagi memastikan alat ciptaan ini dapat

mengurangkan jumlah alatan kerja dan sekaligus boleh mengurangkan risiko

barang daripada terjatuh di bahagian mesin larik.

Page 3: BAB 1: PENDAHULUAN 1,2... · 1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagi pelajar Mekanikal di Politeknik, bengkel adalah subjek yang paling disukai. Bagi pelajar sem satu, dua, dan tiga,

3

1.4 Skop Kajian

Setiap produk yang direka bentuk haruslah mempunyai had-had perlaksanaannya

yang tertentu. Ia bertujuan untuk mengelakkan perlaksanaannya terkeluar dari skop

sebenar yang telah ditetapkan. Antara skop-skop

I. Digunakan untuk mesin larik sahaja .

II. Digunakan untuk membuka rahang mesin larik dan skru di tool post

III. Berat di antara 0.5-0.8 kg. Panjang alat 20 cm. Lebar alat 20 cm

1.5 Kepetingan Kajian

Projek ini dikenalpasti mempunyai beberapa kepentingan dan kebaikan kepada

pelajar politeknik. Hasil inovasi Multitools for lathe machine ini dapat membantu dalam

menghasilkan projek baru bagi pelajar mekanikal. Selain itu, projek ini dapat memberi

manfaat kerana produk yang dihasilkan dapat mengelakkan pembuangan besi projek. Hal

ini kerana produk yang dihasilkan dapat digunakan dimanfaatkan oleh para pelajar

Mekanikal di politeknik.

Page 4: BAB 1: PENDAHULUAN 1,2... · 1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagi pelajar Mekanikal di Politeknik, bengkel adalah subjek yang paling disukai. Bagi pelajar sem satu, dua, dan tiga,

4

BAB 2:

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan komponen utama yang digunakan dalam menghasilkan

projek ini. Selain itu juga, bab ini menerangkan kelebihan komponen utama yang

digunakan. Alat pengunci rahang dan alat pembuka skru pemegang mata alat yang

digunakan pada mesin larik sekarang masih terdapat beberapa kelemahan.Walau

bagaimanapun, masih belum ada penambahbaikkan dan inovasi baru terhadap alatan

tersebut. Alatan sedia ada mengambil masa yang lama bagi proses pemasangan bahan

kerja dan mata alat. Alatan baru ini diinovasikan untuk menyelesaikan masalah yang

dihadapi. Alatan ini juga direka supaya mudah disimpan agar dapat menjimatkan ruang.

Alatan ini direka daripada bahan-bahan yang mudah didapati di pasaran Malaysia.

Page 5: BAB 1: PENDAHULUAN 1,2... · 1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagi pelajar Mekanikal di Politeknik, bengkel adalah subjek yang paling disukai. Bagi pelajar sem satu, dua, dan tiga,

5

2.2 Kajian Awal:

Sebelum projek dijalankan, satu kajian teperinci telah dijalankan untuk setiap

aspek yang diperlukan. Ini adalah kerana untuk mengenal pasti masalah tersebut. Oleh itu

masalah-masalah yang mungkin dihadapi semasa projek boleh dilihat melalui kajian yang

telah dilakukan dan membuat persiapan untuk masalah ini. Kami telah membuat beberapa

kajian termasuk dengan melakukan permerhatian dan soal selidik terhadap pelajar

mekanikal. Oleh itu, kami telah membuat borang kaji selidik yang akan diedarkan kepada

pelajar mekanikal yang telah mengunakan mesin ini. Ia adalah untuk membantu kami

mendapat masalah dan maklumat bagi menjayakan projek ini.

Mesin larik adalah sebuah mesin yang digunakan untuk melakukan kerja-kerja

seperti memotong selari permukaan sebelah luar atau dalam, menggerudi, memotong

benang skru, melulas, menggerek, memotong tirus dan melorek. Mesin digunakan di

kilang-kilang industri dan dipraktikalkan oleh pelajar mekanikal politeknik.

Rajah 2.1: Mesin larik

Page 6: BAB 1: PENDAHULUAN 1,2... · 1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagi pelajar Mekanikal di Politeknik, bengkel adalah subjek yang paling disukai. Bagi pelajar sem satu, dua, dan tiga,

6

Terdapat beberapa ebahagian utama pada mesin larik contonya landasan, alatan

hadapan, alatan belakang, kekotak gear cepat tukar dan kereta. Landasan adalah tulang

belakang sebuah mesin larik. Kejituan mesin larik bergantung pada ketegaran, penjajaran

dan ketepatan pada landasanya. Bahagian atas landasan boleh berbentuk ‘V’ atau rata dan

di atas terletak alatan lain seperti alatan hadapan, kereta dan alatan belakang. Landasan

diperbuat daripada besi tuangan yang bermutu tinggi. Rawatan haba kekerasan dilakukan

ke atas nya supaya boleh tahan haus. Alatan hadapan terletak di sebelah kiri landasan

mesin. Spindal utama yang berbentuk satu syaf geronggang yang disokong oleh beberapa

galas terletak di dalam bahagian ini. Hujung spindal atau muncungnya yang terkeluar

daripada alatan hadapan yang berbentuk jenis tirus, jenis ulir atau jenis kekunci sesondol.

Pada hujung spindal ini beberapa peralatan seperti cuk, piring pelarik dan tetengah

hidup boleh dipasang dan digunakan untuk memegang bahan kerja atau komponen yang

hendak dilarik. Untuk memutarkan spindal utama, alatan hadapan mempunyai peralatan

takal atau beberapa siri rangkaian gear. Alatan hadapan bergear mempunyai lebih

rangkaian kelajuan dan lebih tepat putarannya jika dibandingkan dengan alatan hadapan

yang bertakal. Lagipun takal boleh tergelincir bila terkena minyak dan ini menyebabkan

hasil larikan yang tidak rata atau licin.

Alatan belakang terletak di sebelah kanan landasan. Ia boleh digerakkan di

sepanjang landasan dan juga boleh dikunci pada mana-mana kedudukan yang

dikehendaki. Alatan belakang terdiri daripada dua bahagian utama, badan dan tapak. Pada

badan terdapat satu spindal yang mempunyai penirusan piawaian Morse, seperti gerudi

dan pelulas boleh dipasang pada spindal tersebut. Tapak alatan belakang dimesin dengan

jitu supaya boleh didudukkan di atas landasan dengan tepat. Pada tapak terdapat dua skru

penyelaras yang digunakan untuk menjajarkan keselarian di antara tetengah mati dan

tetengah hidup atau mengoffsetkan alatan belakang supaya dapat melarik tirus dengan

kaedah ini. Seterusnya, kotak gear cepat tukar terletak di sebelah kiri landasan dan di

bawah alatan hadapan. Kotak ini mempunyai beberapa gear berbilang saiz untuk

memutarkan skru pemandu atau aci penghantar. Skru pemandu digunakan untuk

memajukan kereta semasa memotong ulir.

Page 7: BAB 1: PENDAHULUAN 1,2... · 1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagi pelajar Mekanikal di Politeknik, bengkel adalah subjek yang paling disukai. Bagi pelajar sem satu, dua, dan tiga,

7

Aci penghantar pula digunakan semasa membuat kadar penghantaran yang

tertentu secara automatik. Pada kereta pula terdapat tiga bahagian iaitu sela, apron dan

kekesot lintang. Sela ialah tuangan berbentuk huruf H dan boleh bergerak di atas

landasan. Apron dan kekesot lintang dipasang pada sela. Bahagian apron dipasang

dihadapan sela dengan bolt. Apron mempunyai beberapa gear dan peralatan yang

digunakan untuk mengawal pergerakan sela dan kekesot lintang. Satu tuas tangan yang

dipasang dengan pin dan jejaring dengan rak terletak di bawah landasan.

Tuas tangan ini diputarkan apabila hendak menggerakkan kereta secara manual.

Keseluruhan bahagian kereta dan kekesot lintang boleh digerakkan secara automatik atau

manual. Tiang mata alat dipasang pada kekesot bergabung. Kekesot bergabung pula

dipasang di atas kekesot lintang dengan dua bolt. Apabila kedua-dua bolt ini dilonggarkan

kekesot bergabung boleh dikilaskan pada sudut yang dikehendaki. Dengan cara ini

penirusan tajam tetapi pendek boleh dilarik. Pada hujung kekesot lintang dan kekesot

bergabung dilengkapi dengan relang yang ditanda jitu supaya kedalaman pemotongan

dapat dilaraskan dengan tepat.

2.3 Kajian & Penyelidikan Tentang Multitools for Lathe Machine

Multitools for Lathe Machine dicipta untuk mengunci rahang dan membuka skru

di bahagian mata alat. Alat ini dikendalikan secara manual. Multitools for Lathe Machine

memberi banyak kebaikan antaranya menjimatkan masa ketika melakukan proses

pemasangan dan pelarikan. Proses mengunci rahang dan membuka skru mata alat adalah

melambatkan kerja dan masa kerana memerlukan alatan yang berbeza. Oleh itu,

kumpulan kami sebulat suara membuat keputusan untuk mencipta Multitools for Lathe

Machine dengan cara termudah untuk mengunci rahang dan membuka skru pada mata

alat.

Page 8: BAB 1: PENDAHULUAN 1,2... · 1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagi pelajar Mekanikal di Politeknik, bengkel adalah subjek yang paling disukai. Bagi pelajar sem satu, dua, dan tiga,

8

2.4 Kelebihan & Kebaikan Multitools for Lathe Machine

1. Menjimatkan kos produk. Produk yang sedia ada adalah dua alatan yang

berasingan. Oleh kerana itu, kosnya agak mahal. Produk baru kosnya lebih redah

kerana alatan ini digabung menjadi satu.

2. Menjimatkan masa. Oleh kerana produk kami ini disatukan, ianya dapat

menjimatkan proses pemasangan. Ianya kerana dapat menghalang daripada alatan

ini hilang dipinjam rakan seta berada di tempat berasingan.

3. Dapat mengatasi masalah risiko barang dari terjatuh.

2.5 Kajian Jenis-Jenis Produk Yang Lama

Rajah2.2 :Alat pengunci rahang

Page 9: BAB 1: PENDAHULUAN 1,2... · 1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagi pelajar Mekanikal di Politeknik, bengkel adalah subjek yang paling disukai. Bagi pelajar sem satu, dua, dan tiga,

9

Rajah 2.3 :Alat pengunci skru di tool post

2.5.1 Alat pembuka rahang:

Kunci cuk merupakan alat yang digunakan untuk mengetatkan dan melonggarkan

rahang pada mesin larik sewaktu proses pemasangan bahan kerja. Setiap mesin larik

mempunyai saiz kunci rahang yang berbeza.

2.5.2 Alat pembuka skru di tool post

Kunci tool post merupakan salah satu alat bantu yang digunakan untuk

mengetatkan atau melonggarkan skru yang berada di kepala tool post.

Page 10: BAB 1: PENDAHULUAN 1,2... · 1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagi pelajar Mekanikal di Politeknik, bengkel adalah subjek yang paling disukai. Bagi pelajar sem satu, dua, dan tiga,

10

Rajah 2.4: Pencengkam atau cuk

Pencengkam atau cuk berfungsi untuk mencengkam bahan kerja yang dilakukan

mpada mesin larik. Pencengkam ada beberapa jenis antaranya ialah, cuk rahang dua, cuk

rahang tiga dan cuk rahang empat.

Cuk rahang dua

Cuk rahang dua ini, gigi cuknya boleh mencengkam bahan kerja bulat dan segi

empat kecil.

Cuk rahang tiga

Cuk rahang tiga ini, gigi cuknya boleh mencengkam bahan kerja bulat dan bersegi.

Page 11: BAB 1: PENDAHULUAN 1,2... · 1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagi pelajar Mekanikal di Politeknik, bengkel adalah subjek yang paling disukai. Bagi pelajar sem satu, dua, dan tiga,

11

Cuk rahang empat

Cuk rahang empat ini, mempunyai empat rahang pengapit yang pada

permukaannya ada yang rata dan ada yang bergaris. Hal ini bertujuan untuk

mempercepatkan proses pemusatan bahan kerja.

Rajah 2.5: Tool post

Tool post adalah alat yang berada pada mesin larik, digunakan sebagai rumah

pahat atau alat yang digunakan bagi mencengkam mata alat.

2.6 Cara Pelaksanaan Projek

1) Pelarikan

2) Pengimpalan

3) Proses rawatan haba

Page 12: BAB 1: PENDAHULUAN 1,2... · 1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagi pelajar Mekanikal di Politeknik, bengkel adalah subjek yang paling disukai. Bagi pelajar sem satu, dua, dan tiga,

12

2.6.1 Pelarikan

Pelarikan bermaksud proses memesin lilitan bahan-bahan yang berbentuk silinder

dan melakukan kerja-kerja memotong selari permukaan.

Rajah 2.6 : Proses pelarikan

2.6.2 Pengimpalan

Kimpalan adalah proses pencantuman sesuatu bahan dengan bahan yang lain

dengan menggunakan satu bahan yang khas. Contohnya logam atau termoplastik. Proses

pengimpalan ini melibatkan pencairan sesuatu jenis logam tersebut untuk menjadikannya

sebagai pengikat di antara sesuatu struktur dengan struktur yang lain. Kadangkala tekanan

juga digunakan di samping haba untuk menghasilkan kimpalan tersebut. Ini berbeza

dengan pematerian yang cuma meleburkan bahan sambungan (pateri) untuk membentuk

sambungan, dan bukan struktur itu sendiri.

Page 13: BAB 1: PENDAHULUAN 1,2... · 1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagi pelajar Mekanikal di Politeknik, bengkel adalah subjek yang paling disukai. Bagi pelajar sem satu, dua, dan tiga,

13

Jenis kimpalan yang digunakan:

MIG (METAL INERT GAS)

Rajah 2.7: Mesin kimpalan MIG

MIG (Metal Innert Gas Welding) ataupun dikenali sebagai Kimpalan Logam Gas

Lengai, dalam proses ini elektrod akan melebur dan bercampur dengan leburan logam

induk untuk membentuk kopak kimpal. Oleh yang demikian, elektrod mestilah

dibekalkan arus yang berterusan sepanjang proses kimpalan itu dijalankan. Untuk bekalan

elektrod yang berterusan, elektrod diperbuat dalam bentuk dawai yang boleh dihulurkan

keluar dari muncung pengimpal secara automatik pada kelajuan yang ditentukan. Gas

pelindung dibekalkan melalui muncung kimpal seperti yang dilakukan dalam kimpalan

TIG, proses ini boleh dilakukan secara automatik atau separuh automatic. Walau

bagaimanapun, alat kelengkapan MIG adalah lebih rumit kerana prosesnya memerlukan

huluran elektrod yang berterusan dan seragam.

Page 14: BAB 1: PENDAHULUAN 1,2... · 1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagi pelajar Mekanikal di Politeknik, bengkel adalah subjek yang paling disukai. Bagi pelajar sem satu, dua, dan tiga,

14

MIG digunakan dengan meluas untuk kimpalan yang memerlukan kadar

pengeluaran tinggi, contohnya dalam kilang pembuatan.

2.6.2.1 Kelebihan Kimpalan MIG :

I. Proses boleh diautomasikan (digabungkan dengan robot)

II. Proses lebih cepat

III. Hasil kimpalan bermutu tinggi

IV. Arka dan lubang kimpal mudah dilihat semasa melakukan pengimpalan

V. Kimpalan boleh dibuat pada semua kedudukan

VI. Boleh mengimpal semua jenis logam utama

2.6.3 Proses rawatan haba

Rawatan haba ialah satu proses pemanasan logam ke suatu tahap suhu yang

tertentu dan diikuti dengan proses penyejukan dengan kadar tertentu.

Tujuan Rawatan Haba Bagi Keluli

I. Menghasilkan campuran struktur mikro yang akan memberikan kombinasi sifat

mekanikal keluli yang baik.

II. Boleh menghilangkan kesan kerja sejuk seperti tegasan baki dan herotan

III. Menghasilkan serakan struktur mikro yang seragam

IV. Meningkatkan kebolehmesinan

Page 15: BAB 1: PENDAHULUAN 1,2... · 1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagi pelajar Mekanikal di Politeknik, bengkel adalah subjek yang paling disukai. Bagi pelajar sem satu, dua, dan tiga,

15

2.7 Bahan Yang Digunakan

2.7. Keluli Lembut

Keluli lembut adalah bahan yang banyak digunakan dalam pembinaan umumnya

kerana keluli karbon rendah mempunyai kemuluran yang tinggi dan mudah dilarik, tetapi

kekerasannya rendah dan tidak tahan haus. Hal ini dapat diatasi dengan mengubah sifat-

sifat bahan yang sedia ada iaitu dengan proses rawatan haba.

Rajah 2.8: Keluli lembut

2.7.2 Cara merawat haba keluli lembut:

Proses rawatan haba adalah cara yang paling umum digunakan untuk mengubah

sifat-sifat tersebut. Rawatan haba bukan bertujuan umum untuk pembinaan tetapi hanya

merupakan satu cara untuk mencapai ekonomi yang lebih baik.

Page 16: BAB 1: PENDAHULUAN 1,2... · 1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagi pelajar Mekanikal di Politeknik, bengkel adalah subjek yang paling disukai. Bagi pelajar sem satu, dua, dan tiga,

16

Dengan mengalami proses rawatan haba, maka akan diperoleh sifat-sifat

mekanikal yang kita inginkan seperti kekerasan bertambah, tahan haus dan lain-lain.

Rawatan haba yang salah boleh menimbulkan kerugian.

Salah satu cara yang menggunakan pengerasan permukaan adalah dengan proses

karburasi. Karburasi adalah salah satu proses rawatan haba untuk mendapatkan

permukaan yang lebih keras daripada sebelumnya.

Daripada huraian diatas, maka dapat diketahui bahawa keluli karbon rendah tidak

lebih daripada 0.25% selsius yang banyak digunakan dalam pembinaan umum, dengan

mengalami proses rawatan haba dijangkakan memperoleh sifat-sifat yang diinginkan

seperti kekerasan bertambah, tahan haus, dan lain-lain.

Page 17: BAB 1: PENDAHULUAN 1,2... · 1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagi pelajar Mekanikal di Politeknik, bengkel adalah subjek yang paling disukai. Bagi pelajar sem satu, dua, dan tiga,

17

BAB 3 :

METODOLOGI

3.1 Pengenalan:

Bab ini menerangkan secara ringkas mengenai kaedah yang digunakan untuk

membangunkan atau mencipta. Multitools for Lathe Machine termasuk spesifikasi,

reka bentuk, lukisan dan fabrikasi. Semua kaedah ini penting untuk mengawal

kelancaran projek ini. Metodologi adalah sistem cara pembuatan, pengajaran,

pembelajaran dimana kaedah pembelajaran sistematik boleh atau telah diaplikasikan

dengan berdisiplin. Semasa mereka bentuk dan mengananalisis, adalah penting untuk

mendapatkan kaedah paling baik untuk membangunkan produk dimana metodologi

yang sesuai akan mencapai prestasi yang baik dan menghasilkan reka bentuk yang

dikehendaki. Pendekatan metodologi produk adalah berdasarkan kajian

idea yang terdahulu, teori, ciptaan dan pembangunan dalam kerja - kerja yang berkaitan

dalam bidang ini yang telah dilakukan dalam bab sebelum ini.

Page 18: BAB 1: PENDAHULUAN 1,2... · 1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagi pelajar Mekanikal di Politeknik, bengkel adalah subjek yang paling disukai. Bagi pelajar sem satu, dua, dan tiga,

18

3.2 Carta Alir Proses Reka Bentuk:

Carta alir metodologi yang diaplikasikan dalam kajian ini bagi mencapai objektif

telah dinyatakan dalam bab awal.

Rajah 3.1 :Carta alir metodologi

PROSES PERBINCANGAN

PENYATAAN MASALAH, OBJEKTIF &

SKOP PROJEK

PENGHASILAN IDEA & KONSEP

ANALISIS

PEMILIHAN BAHAN

REKAAN

PENGUBAHSUAIAN

PENILAIAN

Page 19: BAB 1: PENDAHULUAN 1,2... · 1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagi pelajar Mekanikal di Politeknik, bengkel adalah subjek yang paling disukai. Bagi pelajar sem satu, dua, dan tiga,

19

3.3 Rekabentuk Kajian:

3.3.1 Konsep1

Easy tools for Lathe Machine

Rajah 3.2 : Konsep 1

Alat ini memerlukan banyak proses pembinaan. Mata alatnya juga mudah

hilang kerana ianya boleh dipasang dan dibuka. Alatan ini juga menggunakan benang

skru atau thread bagi memasangkan mata alat, justeru mata alat mudah longgar.

Alatan mudah rosak dan tidak tahan. Selain itu, benang alatan juga mudah haus dan

yang terakhir, alatan ini melambatkan proses pemasangan bahan kerja.

Page 20: BAB 1: PENDAHULUAN 1,2... · 1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagi pelajar Mekanikal di Politeknik, bengkel adalah subjek yang paling disukai. Bagi pelajar sem satu, dua, dan tiga,

20

3.3.2 Konsep 2

Mini tools for Lathe Machine

Rajah 3.3 : Konsep 2

Alatan ini dapat menjimatkan ruang kerana bentuknya yang kecil. Tetapi ianya

memerlukan penggunaaan tenaga yang banyak semasa proses pemasangan bahan kerja.

Kos pembinaannya juga agak tinggi. Bagi membina alat ini, banyak bahan yang perlu

digunakan. Kelebihan alatan ini, ianya lebih tahan lama. Kelemahan alatan ini

melambatkan proses pemasangan bahan kerja.

Page 21: BAB 1: PENDAHULUAN 1,2... · 1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagi pelajar Mekanikal di Politeknik, bengkel adalah subjek yang paling disukai. Bagi pelajar sem satu, dua, dan tiga,

21

3.3.3 Konsep 3

Multitools for Lathe Machine

Rajah 3.4 : Konsep 3

Alatan ini tidak memerlukan ruang penyimpanan yang besar. Selain itu, alatan

ini tidak memakan kos yang besar bagi proses pembinaan kerana ianya tidak

menggunakan banyak bahan. Proses pembinaanya yang mudah. Alatan ini juga dapat

mengurangkan penggunaan tenaga semasa melakukan proses pemasangan bahan kerja.

Kos penyelenggaraan alatan ini juga mudah dan kosnya murah.

Page 22: BAB 1: PENDAHULUAN 1,2... · 1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagi pelajar Mekanikal di Politeknik, bengkel adalah subjek yang paling disukai. Bagi pelajar sem satu, dua, dan tiga,

22

3.4 Konsep Projek Yang Pipilih

Rajah 3.5 :Konsep yang dipilih

Bahagian ini akan membincangkan reka bentuk terperinci dan pembangunan reka

bentuk akhir. Reka bentuk akhir adalah hasil daripada pembangunan reka bentuk konsep

yang terbaik. Berdasarkan konsep (3) yang telah dipilih, kriteria daripada reka bentuk

konsep lain yang mempunyai skor yang lebih baik digunakan untuk reka bentuk akhir.

Dimensi tertentu bagi Multitools for Lathe Machine telah diubahsuai untuk kegunaan

yang lebih selesa dan selamat. Konsep ini dipilih kerana kriterianya menepati spesifikasi

projek kami.

Page 23: BAB 1: PENDAHULUAN 1,2... · 1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagi pelajar Mekanikal di Politeknik, bengkel adalah subjek yang paling disukai. Bagi pelajar sem satu, dua, dan tiga,

23

3.5 Penilaian Dan Pemilihan Konsep

Penilaian dan konsep ini dilakukan dengan membuat perbandingan antara tiga

konsep yang kami tunjukkan di dalam jadual di bawah. Keputusan yang diperolehi

berdasarkan kelebihan dan kekurangan. Oleh itu, sebarang kelemahan yamg terdapat

dalam reka bentuk yang dipilih boleh ditambah baik. Penilaian dan pemilihan konsep ini

dilakukan dengan menilai setiap konsep untuk mendapatkan konsep yang terbaik.

Jadual 3.1 :Jadual Penilaian Bermetrik

Bil

Kriteria Konsep1 Konsep 2 Konsep 3

1 Masa pembuatan 1 3 2

2 Kos projek 1 2 2

3 Bahan projek 1 1 2

4 Keselesaan pengguna 2 1 3

5 Mudah untuk dikendali 2 1 3

6 Mudah untuk disimpan 2 3 2

7 Keselamatan 2 1 3

Penilaian:

1. Kurang baik

2. Baik

3. Sangat baik

Page 24: BAB 1: PENDAHULUAN 1,2... · 1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagi pelajar Mekanikal di Politeknik, bengkel adalah subjek yang paling disukai. Bagi pelajar sem satu, dua, dan tiga,

24

3.6 Cara Pelaksanaan Projek

3.6.1 Bahagian badan alat:

Bagi bahagian badan, saiz panjangnya adalah 220 milimeter. Bahagian badan

tersebut dibahagi kepada 2 iaitu bahagian pembuka rahang dan bahagian pengunci skru

di tool post.

Besi bulat padu yang berdiameter 25 milimeter dilarik sehingga berdiameter

25milimeter dan dilarik sehingga panjangnya 220 milimeter . Rajah 3.6 menunjukkan

proses melarik bagi bahagian pembuka rahang.

Rajah 3.6 :Proses melarik bahagian badan projek

220

milimeter

Page 25: BAB 1: PENDAHULUAN 1,2... · 1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagi pelajar Mekanikal di Politeknik, bengkel adalah subjek yang paling disukai. Bagi pelajar sem satu, dua, dan tiga,

25

Bagi bahagian pembuka rahang, 95 milimeter telah dilarik daripada keseluruhan

badan sehingga berdiameter 20 milimeter. Rajah 3.7 menunjukkan proses melarik

bahagian badan projek.

Rajah 3.7 :Proses melarik bahagian badan projek

Pada silinder berdiameter 20 milimeter, proses milling dilakukan bagi membina

bentuk segi empat tepat berukuran 10 milimeter. Rajah 3.8 menunjukkan proses milling

dilakukan.

Rajah 3.8 :Proses milling bahagian badan badan projek

Page 26: BAB 1: PENDAHULUAN 1,2... · 1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagi pelajar Mekanikal di Politeknik, bengkel adalah subjek yang paling disukai. Bagi pelajar sem satu, dua, dan tiga,

26

Pada silinder berdiameter 25 milimeter, proses milling dilakukan bagi membina

bentuk segi empat tepat berukuran 14 milimeter. Rajah 3.9 menunjukkan proses miling

bahagian badan projek

Rajah 3.9 :Proses milling bahagian badan projek

Pada silinder berdiameter 25 milimeter, lubang berukuran 11 milimeter dibina

dengan menggunakan mesin drill meja.Rajah 3.10 menunjukkan bahagian badan yang

telah siap dilubangkan.

Rajah 3.10 :Bahagian badan yang telah siap dilubangkan

Page 27: BAB 1: PENDAHULUAN 1,2... · 1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagi pelajar Mekanikal di Politeknik, bengkel adalah subjek yang paling disukai. Bagi pelajar sem satu, dua, dan tiga,

27

3.6.2 Bahagian pemegang:

Bagi bahagian pemegang, besi besi bulat di larik sehingga berdiameter 15

milimeter dan panjangnya 200 milimeter.

Rajah 3.11 Proses melarik bahagian pemegang

3.6.3 Bahagian pengunci skru di Tool Post:

Satu besi hollow segi empat bersaiz 14 milimeter x 14 milimeter dipotong

sehingga panjangnya 30 sentimeter. Besi ini digunakan pada bahagian pembuka skru di

tool post. Selepas dipotong, ianya dimuatkan ke bahagian badan produk yang telah di

milling pada saiz 14 milimeter x 14 milimeter.

Page 28: BAB 1: PENDAHULUAN 1,2... · 1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagi pelajar Mekanikal di Politeknik, bengkel adalah subjek yang paling disukai. Bagi pelajar sem satu, dua, dan tiga,

28

Rajah 3.12: Besi Hollow yang digunakan

3.6.4 Proses rawatan haba

Proses rawatan haba dilakukan ke atas produk. Caranya adalah dengan

memasukkan produk ke dalam relau pembakar pada suhu bilik. Kemudian hidupkan

mesin dan tunggu suhunya naik sehingga 850 darjah Celsius.Setelah suhunya mencapai

850 darjah Celsius, produk ditinggalkan di dalam relau pembakar selama 30 minit. Rajah

3.13 menunjukkan proses rawatan haba yang dilakukan ke atas projek.

Page 29: BAB 1: PENDAHULUAN 1,2... · 1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagi pelajar Mekanikal di Politeknik, bengkel adalah subjek yang paling disukai. Bagi pelajar sem satu, dua, dan tiga,

29

Rajah 3.13 : Proses rawatan haba

Rajah 3.1.4 menunjukkan cecair penyejuk yang digunakan bagi proses

penyejukan. Cecair penyejuk tersebut adalah campuran air dan juga metilena atau

propilena glikol. Nisbah yang digunakan untuk menghasilkan cecair penyejuk ini adalah

30:70. Dimana 70 peratus air dan 30 peratus minyak coolant.

Page 30: BAB 1: PENDAHULUAN 1,2... · 1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagi pelajar Mekanikal di Politeknik, bengkel adalah subjek yang paling disukai. Bagi pelajar sem satu, dua, dan tiga,

30

Rajah 3.14 : Campuran cecair coolant

Kemudian produk yang telah dipanaskan selama 30 minit di dalam relau

pembakar pada suhu 850 darjah selsius, terus dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam

cecair penyejuk selama satu minit bagi proses penyejukan. Setelah 5 minit, produk

dikeluarkan daripada coolant dan disejukkan pada suhu bilik. Rajah 3.14 menunjukkan

produk dicelup ke dalam cecair penyejuk seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.15.

Rajah 3.15: Proses penyejukkan di dalam coolant

70 % air

30%

minyak

coolant

Cecair

penyejuk produk

Page 31: BAB 1: PENDAHULUAN 1,2... · 1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagi pelajar Mekanikal di Politeknik, bengkel adalah subjek yang paling disukai. Bagi pelajar sem satu, dua, dan tiga,

31

3.6.5 Bahagian pemasangan projek:

Bagi proses pemasangan pemegang, besi yang berdiameter 11mm dimasukkan ke

dalam lubang yang telah digerudi di besi yang berdiameter 24mm iaitu besi bahagian

badan.

Rajah 3.16: Projek yang siap dipasang

Kemudian besi hollow dipasang di bahagian petak yang telah di miling sehingga

bersaiz 14 milimeter x 14 milimeter. Seterusnya dikimpal dengan menggunakan MIG.

Seperti Rajah 3.17 produk yang telah siap dipasang

Page 32: BAB 1: PENDAHULUAN 1,2... · 1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagi pelajar Mekanikal di Politeknik, bengkel adalah subjek yang paling disukai. Bagi pelajar sem satu, dua, dan tiga,

32

Rajah 3.17: Proses pemasangan bahagian pengunci skru di bahagian tool post di badan

Setelah bahagian besi pemegang dan besi hollowdipasanag, proses mengimpal

dilakukan ke atas projek bagi melekatkan bahgian tersebut. Seperti rajah 3.17

menunjukkan projek yang telah siap dikimpal.

Rajah 3.18: Projek yang telah siap dikimpal

Page 33: BAB 1: PENDAHULUAN 1,2... · 1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bagi pelajar Mekanikal di Politeknik, bengkel adalah subjek yang paling disukai. Bagi pelajar sem satu, dua, dan tiga,

33

3.8 Anggaran Kos:

Jadual 3.2 :Kos bahan yang diperlukan untuk 5 unit Multitools for Lathe Machine

Bil Bahan Unit Anggaran Seunit

(RM)

Kos

1. Besi karbon rendah 1kg 11.00 110.00

4. Besi Hollow ½ “ 1ft 4.00 20.00