chapter 1,2 and 3

Upload: rv-mala-ramachandran

Post on 30-Oct-2015

81 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

SAMPLE

TRANSCRIPT

PENGARUH BEBAN TUGAS TERHADAP STRESS DAN BURNOUT DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH

BAB 1 MUKA SURAT

Pengenalan 1

Latar Belakang Kajian 2

Pernyataan Masalah 3

Objektif Kajian 4

Kepentingan Kajian 5

Definisi 6

Kesimpulan 10

BAB 1

1.0 PENGENALANBab ini akan mengemukakan latar belakang kajian, pernyataan masalah , objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, definisi operasi dan kesimpulan.

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN Pada abad ke 21 usaha untuk menjamin kualiti perkhidmatan dalam sektor pendidikan merupakan cabaran yang perlu dihadapi untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau. Tenaga pendidik yang berkualiti diperlukan untuk merealisasikan hasrat ini.Tugas dan tanggungjawab guru menjadi berat. Perubahan dalam sistem pendidikan yang menuntut paradigma dalam kalangan guru akan secara langsung atau tidak membawa tekanan pada guru. Tekanan dalam kalangan guru bukanlah perkara yangg baru. Tekanan sentiasa bersama kita. ( Peterson&Nisenholz,1991). Peterson&Nisenholz (1991) juga mendefinisikan tekanan sebagai rangsangan atau penekan dari faktor persekitaran, sama ada secara dalaman atau luaran. a Tanggungjawab dan tugas seorang guru menjadi semakin berat. Tugas guru tidak hanya terhad kepada mengajar sahaja tetapi merangkumi membuat persediaan mengajar,menyemak kerja tulis pelajar, menilai pelajar, membuat pekerjaan klarikal,menaip soalan ujian dan peperiksaan, menyelia aktiviti kurikulum dank o-kurikulum, menghadiri mesyuarat , kursus, seminar atau bengkel, menyelesaikan masalah disiplin pelajar, mengurus hal-ehwal pelajar dan pelbagai tugas yang lain.Jelaslah bahawa guru mempunyai tugas harian, mingguan dan tahunan yang penuh mencabar dan profesion perguruan ini sebenarnya adalah sukar dan meletihkan(Faridah Karim,Zubaidah Aman,1998)

1.2 PENYATA MASALAH

Lemaire (2009) mendapati bahawa, guru-guru terlalu dibebankan dengan tugas-tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti, aktiviti ko-kurikulum, menghadiri mesyuarat, mengendalikan program-program pelajar, mengurus karenah dan kebajikan pelajar serta, tugas-tugas pengurusan. Bagi memenuhi tuntutan yang tinggi dalam dunia pendidikan, guru-guru pula semakin berasa tertekan dalam menghadapi pelaksanaan pelbagai reformasi dalam sistem pendidikan negara. Tekanan yang dihadapi itu seterusnya akan memberi kesan kepada emosi, psikosomatik dan fizikal guru (Nobile & McCormick, 2005). Memandangkan peningkatan kualiti dan kecemerlangan pendidikan amat bergantung kepada guru-guru, maka, sewajarnya pihak-pihak seperti sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia perlu peka dengan permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru. Dalam satu kajian peringkat kedoktoran (Ph.D) yang dilakukan oleh penyelidik Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Zubaidah Aman , di enam buah sekolah di Selangor pada tahun 2004 mendapati 41.5 peratus guru mengakui mereka tidak mendapat kepuasan bekerja dalam profesion ini. 23.9 peratus lagi menyatakan bahawa mereka bercadang meletak jawatan, 52.8 peratus mahu bersara awal. Dapatan beliau menunjukkan 62 atau 38.9 peratus guru mengalami tahap keletihan yang tinggi., permasalahan stres yang dihadapi oleh guru-guru. Maklumat yang didapati daripada Unit Perkhidmatan Guru pada 5 hb Februari didapati guru-guru yang memohon untuk meninggalkan jawatan perguruan adalah ramai. Sepanjang tahun 2003, 529 orang guru meletak jawatan secara opsyenal,412 orang guru meletak 10 jawatan atas alas an peribadi. Laporan dari Perangkaan Pendidikan Malaysia pada tahun 2003, terdapat 165, 358 orang guru sekolah rendah. Andainya, punca masalah tekanan guru ini masih tidak dapat perhatian yang serius, maka jumlah guru yang memilih meninggalkan perkhidmatan keguruan pasti akan meningkat. Masalah tekanan boleh mempengaruhi kualiti pengajaran guru, secara langsungnya akan menjejaskanproduktiviti, prestasi dan kecekapan guru dalam profesion perguruan.Dapatan-dapatan kajian menekankan kepentingan memberikan perhatian khas sewajarnya terhadap masalah tekanan di kalangan guru-guru agar punca-punca dominan yang menimbulkan tekanan dapat dikenalpasti. Malahan tahap tekanan yang dialami oleh guru-guru juga perlu diketahui agar strategi yang bersesuaian dapat dirangka untuk mencegah masalah ini. Kebajikan golongan guru seharusnyaperlu dipertimbangkan agar tanggungjawab dan peranan mereka dalam dalam proses pembangunan masyarakat terserlah. .

1.3 OBJEKTIF KAJIAN Mengenalpasti tahap tekanan kerja dalam kalangan guru-guru sekolah rendah.1.4.2 Mengenalpasti tekanan kerja dalam kalangan guru-guru sekolah rendah berpunca daripada karenah pelajar.1.4.3 Mengenalpasti tekanan kerja dalam kalangan guru-guru sekolah punca daripada beban tugas.1.4.4 Mengenalpasti tekanan kerja dalam kalangan guru-guru sekolah rendah berpunca daripada kekangan masa.1.4.5 Mengenalpasti tekanan kerja dalam kalangan guru-guru sekolah rendah berpunca daripada faktor penghargaankalangan guru sekolah rendah.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

Apakah tahap tekanan kerja dalam kalangan guru-guru sekolah rendah ?1.5.2 Apakah tahap tekanan kerja kepada guru-guru sekolah rendah bagi punca karenah pelajar?1.5.3 Apakah tahap tekanan kerja kepada guru-guru sekolah rendah bagi faktor beban tugas?1.5.4 Apakah tahap tekanan kerja kepada guru-guru sekolah rendah bagi faktor kekangan masa?1.5.5 Apakah tahap tekanan kerja kepada guru-guru sekolah rendah bagi faktor penghargaan?1.6 Batasan

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN Diharapkan kajian ini dapat memberi sumbangan kepada dua aspek iaitu dari perspektif organisasi yang dikaji dan juga dalam bidang akademik. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan sebagai sumber rujukan dan satu saluran formal kepada pihak pengurusan sekolah untuk melihat tahap tekanan guru-guru. Pentadbir sekolah merupakan pihak yang paling hampir dengan guru. Maka amat mudah bagi pentadbir sekolah menggunakan peluang ini untuk meringankan tekanan dengan mengelakkan aktiviti-aktiviti atau perkara-perkara yang menyebabkan guru tertekan. Pentadbir dapat meminimakan aktiviti di luar waktu kerja untuk meningkatkan prestasi kerja utama guru iaitu mengajar Sehubungan dengan ini, pihak pengurusan sekolah boleh membuat sebarang tindakan penambahbaikan yang sesuai untuk menyediakan suasana kerja yang kondusif kepada guru-guru. . Dengan kata lain pihak pengurusan dapat ambil pelbagai alternatif dan langkah untuk menghadapi , menangani atau mengurangkan tahap stress dan burnout dalam kalangan guru akibat daripada tekanan kerja guru.

Daripada segi akademik pula, kajian ini boleh menjadi panduan dalam bidang kajian mengenai tekanan. Oleh itu, kajian ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan di perpustakaan untuk menambahkan pengetahuan berkenaan dengan punca-punca yang menyebabkan tekanan, kaedah penganalisisan data yang digunakan serta model dan teori berkaitan dengan tekanan dalam kalangan guru di sekolah.

Harapan penyelidik agar kajian ini dapat memberi pengetahuan bagi membuat dan mengambil tindakan dalam membendung dan mengurangkan tekanan. Diharapkan kajian ini dapat memberi sumbangan yang membina dari aspek teoritikal dan praktikal. Dari aspek teori dan maklumat, penyelidikan yang menyeluruh mengenai punca tekanan dalam kalangan guru dapat memberi kefahaman yang mendalam kepada pihak atasan seperti pihak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah untuk melihat isu tekanan sebagai isu yang serius dan boleh menganggu sistem pendidikan yang dirancang. Bagi pihak guru, diharap dapatan kajian dapat menjadi panduan guru dalam menilai di tahap manakah tekanan yang mereka alami dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.

1.5 DEFINISI OPERASIGuru Dalam kajian ini, guru ditakrifkan sebagai seorang yang terlatih dalam bidangperguruan yang mempunyai kelayakan akademik yang berbeza sama ada guru bukanberijazah atau guru berijazah di bawah pentadbiran KPM. Tetapi kajian ini tidakmelibatkan guru-guru sandaran tidak terlatih, penolong-penolong kanan dan guru besar.

Beban TugasDalam konteks kajian ini beban tugas merujuk kepada tugas-tugas yang perlu dibuat oleh guru seperti membuat persediakannmengajar, menyemak latihan pelajar, tanggungjawab terhadap pelajar, pelajaran dan pentadbiran seperti mengisi borang dan lain-lain tanggungjawab yang mesti dipikul oleh seseorang guru sepanjang dia berkerja. Boleh ditafsirkan juga sebagai jumlah tugas yang perlu dikerjakan oleh proses atau sistem dalam tempoh tertentu.

Tekanan KerjaMengikut Kamus Dewan 1997, tekanan kerja adalah jumlah tugas yang perlu dikerjakan oleh proses atau system dalam tempoh masa tertentu Tekanan kerja guru di sini ialah pengalaman yang dialami oleh guru yang berhubung dengan emosi yang tidak menyenangkan seperti keteganggan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kedukacitaan yang disebabkan daripada aspek-aspek berkerja sebagai seorang guru.Tekanan kerja guru yang sering diketengahkan oleh Kyriacou dan Sutcliffe(1978a) mendefinisikan sebagai tindak balas negatif seperti kemarahan atau tekanan jiwa yang selalunya diikuti dengan kenaikan dengupan jantung atau pelepasan horman andrenocorticontrophic ke dalam saluran darah. Tekanan kerja yang dihadapi oleh guru boleh mengugat keyakinnan atau kesihatan diri mereka dan melalui penyesuaian mekanisme yang diwujudkan ianya dapat mengurangkan tekanan kerja yangdihadapi.Definisi yang dibawa oleh Kyriacou & Sutcliffe (1978a) menilai tekanankerja guru negatif dan boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan guru tersebut.Elemen yang penting adalah persepsi guru terhadap tekanan kerja berdasarkan kepada tiga aspek iaitu: tidak berupaya menerima tekanan kerja yang dihadapi.Mengalami kesusahan untuk menerima tekanan yang dihadapi atau kegagalan untuk menerima tekanan kerja sehingga menjejaskan kesihatan mental atau fizikal mereka.

Stres1. Hatta Sidi dan Mohamed Hatta (2005), mentafsirkan tekanan sebagai tindak balas minda dan fizikal yang terhasil daripada permintaan mengikut sesuatu keadaan atau tempat. Stres melibatkan perasaan subjektif, yang pada mulanya diterima oleh diri seseorang secara aman, tetapi lama-kelama dan menjadi semakin kacau apabila permintaan atau cabaran semakin bertambah.

2. Menurut Nor Hanani (2007) pula tenkana merangkumi tekanan,beban,konflik,keletihan,ketegangan, panic, perasaan gemuruh, enxeiti, kemurungan dan hilang daya.

3. Menurut Mohd Azhar (2004), tekanan terbahagi kepada tiga iaitu tahap amaran, tahap penahanan dan tahap tenat. Berikut adalah huraian bagi setiap tahap tersebut:

i. Tahap amaran atau berjaga-jaga: Pada peringkat ini mangsa dapatmenyelami aktiviti hidup yang dilakukan tetapi sukar hendak menumpukanperhatian kepada tingkah lakunya.

ii. Tahap penentangan: Pada tahap ini individu itu perlukan bantuan luar.mereka tidak mempunyai keupayaan dalam menentukan objektif tingkahlaku dan kehidupannya. Kekuatan intrisik atau dalaman bagi menghadapikekangan tekanan semakin terhakis.

i. Tahap tenat atau kelesuan: Pada peringkat ini individu yang menghadapistres tidak lagi berpegang kepada reality hidup. Setiap saat ia dipengaruhikemurungan, kurang mempercayai orang lain dan mementingkan diridalam apa perkara yang dilakukan.

Jenis -jenis StresMengikut Cockburn (1996), terdapat lima jenis stres yang dialami oleh guru. Beliau mengkategorinya kepada stres here or now, stres anticipation,stes imaginative, stres reaktif dan stres negative. Stres here and now adalah situasi yang wujud pada satu masa atau ketika. Guru berada dalam situasi peperiksaan,pertengkaran atau tergelincir semasa jatuh tangga. Stres anticipation merupakan jenis dimana guru bertindakbalas terhadap sesuatu perkara yang dijangkakan.

Contohnya setiap hujung semester, sekolah akan menganjurkan hari terbuka untuk ibu bapa berjumpa dengan guru maka guru yang tidak berpengalaman akan mengalami stres. Stres Imaginatif merupakan stres di mana dalam sesuatu situasi, individu akan berimaginasi tentang sesuatu yang menakutkan. Contohnya bila bersendirian individu itu berimaginasi pencuri akan memasuki rumahnya. Stres reaktif akan berlaku akibat daripada peristiwa atau pengalaman lampau. Stes ini berlaku secara semula jadi atau kadangkala sebagai satu proses memulihkan. Contohnya, seorang individu berasa sedih akibat daripada kematian orang terdekat. Proses mengatur dan mengimbas balik sesuatu peristiwa dan pengalaman lampau merupakan situasi di mana stres reaktif berlaku. Stres negating dianggap sebagai sesuatu yang memuncak dalam tempoh masa sama ada hari,minggu atau tahun. Setiap individu atau guru akan mengalami kelima-lima jenis stres. Apa yang berbeza adalah kekerapan dan tahap keseriusan stres tersebut kepada setiap individu.

KESIMPULANDalam bab ini telah dihuraikan dan dijelaskan perkara-perkara yang menjadi asas danhala tuju kajian ini. Di dalam bahagian Objektif Kajian, penyelidik telah menetapkanmatlamat-matlamat yang hendak dicapai di akhir kajian ini. Persoalan-persoalan kajian turut ditentukan berdasarkan objektif-objektif yang telah ditetapkan terlebih dahulu.Kajian ini dapat memberi manfaat kepada pihak guru, Jabatan Pelajaran Negeri danKementerian Pelajaran Malaysia, pihak pentadbir sekolah dan juga pihak penyelidik sendiri. Definisi Operasional telah diterangkan maksud beberapa istilah dankonsep yang penting dalam kajian ini.

Punca tekanan kerja (stres) dalam kalangan guru sekolah rendah

BAB IITINJAUAN LITERATUR2.1 Pendahuluan

Tekanan guru menjadi cabaran guru masa kini. Paras tekanan tinggi dialami oleh guru yang terlibat dalam pendidikan (Esah,1977). Tugas guru masa kini bukan setakat mengajar sahaja tetapi meliputi tugas-tugas sampingan yang menyebabkan guru terpaksa menyelesaikannya.Pada tahun 2011 didapati peratusan stres dalam kalangan pekerja menunjukkan bahaawa guru berada di tempat keempat dengan peratusan 45.5% berbanding dengan pekerjaan lain (Sapura Siron,2011). Beban tugas adalah salah satu punca yang menyebabkan tekanan pada guru. Esah Sulaiman (2003) mengesahkan dalam kajian beliau bahawa guru mengendalikan rekod pelajar,pengutipan yuran,skim pinjaman bantuan teks,mendapatkan data rekod prestasi murid,menjalankan tugas panitia, menyebar dan memantau sukatan pelajaran,menghadiri kursus,melaksanakan ko-kurikulum dan lain-lain lagi. (Dunham,1976;Kyriacou dan Sutchiffe,1978) menyatakan bahawa tekanan kerja akan mengakibatkan masalah yang serius berkaitan dengan gangguan emosi dan tingkah laku. Menurut Levine dan Kursia (2009) tekanan bukanlah perkara yang boleh diambil ringan kerana ia melibatkan perubahan fisiologi oleh perlakuan tingkah laku.

2.2 Konsep Tekanan NorHanani(2007) menyatakan bahawa tekanan adalah tekanan,beban,konflik,keletihan,ketegangan,panic,perasaan gemuruh,enxieti,kemurungan dan hilang daya. Hatta Sidi dan Mohamad Hatta (2005),mentakrifkan tekanan adalah akibat daripada tindak balas minda dan fizikal yang terhasil daripada permintaan mengikut keadaan dan tempat.Pada mulanya tekanan diterima oleh diri seseorang tetapi akan menjadi gangguan apabila permintaan atau cabaran semakin bertambah. Mereka juga menyatakan bahawa tekanan berpunca secara langsung atau tidak iaitu melibatkan seorang individu atau sekumpulan manusia.

Di samping itu, menurut kajian Ali Murat Sunbul(2003) terlalu banyak tekanan yang dihadapi oleh guru juga boleh mendatangkan pelbagai kesan yang negatif yang boleh mengganggu prestasi dan kepuasan kerja guru. Tekanan berpunca dari kekecewaan dan putus asa dengan kerja di luar jangkaan dan kurang pengawalan personal dari pihak atasan.

Abdul Aziz Yusof (2003 ) menyatakan tekanan berlaku apabila berhadapan dengan kerja banyak dalam masa yang terlalu singkat.

Kyriacou (2000), merujuk tekanan guru sebagai pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti kekecewaan, kebimbangan, kemarahan akibat daripada tugasnya. Tekanan merupakan tindak balas fizikal yang biasa terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang menyebabkan ketidakseimbangan berlaku. Badan kita bertindak menangani bahaya dengan spontan apabila menghadapi bahaya. Tindak balas tekanan merupakan cara badan melindungi kita.Tekanan boleh ditanggani jika bertindak dengan betul dimana seseorang memberikan focus dan peka terhadap situasi. Tindak balas tekanan boleh membantu seseorang individu untuk menangani situasi yang mencabar. Tekanan minimum adalah positif dan dapat membantu individu. Namun stres hanya pada tahap yang tertentu. Apabila melebihi sesuatu tahap, stres akan menyebabkan kemerosotan dalam kesihatan,perhubungan,perasaan, produktiviti dan seterusnya menjejaskan kehidupan berkualiti.

Lefton (1994) mendefinisikan tekanan sebagai tindak balas yang spesifik oleh organisma terhadap desakan sama ada desakan sebenar atau yang dikhayalkan, iaitu tindak balas emosi di mana tekanan yang dialami oleh seseorang tidak akan menjadi tekanan kepada orang lain.Smither (1994) menakrifkan tekanan ebagai respon fisiologi dan psikologi keatas permintaan terhadap seseorang individu.

Daripada definisi-definisi diatas, kesimpulan boleh dibuat bahawa tekanan adalah gangguan fisiologi dan psikologi akibat daripada permintaan untuk dipenuhi dengan keupayaan yang ada pada seseorang.Tekanan akan membawa kesan negatif apabila keupayaan seseorang itu terbatas. Kesan negative dari segi psikologi melibatkan gangguan emosi fikiran dan tingkah laku.

2.3 Kerangka

Kerangka konsep dan kerangka kajian disediakan sebagai pemandu kepada kajian ini agar ia menjurus kepada tujuan dan matlamat yang dihendaki.

2.3.1 Kerangka Konsep

Rajah 1 menggambarkan punca-punca tekanan yang dialami dalam kalangan guru sekolah rendah. Berdasarkan Model Atinkson (1988) tekanan dikategorikan kepada dua iaitu tekanan luaran dan tekanan dalaman. Tekanan luar merangkumi persekitaran fizikal, ciri-ciri pekerjaan dan lingkungan social. Tekanan dalaman pula disebabkan oleh emosi, kebolehan kognitif,keadaan fizikal individu dan perlakuan.

Rajah 1Model masalah tekanan yang khusus

Model Tekanan Atkinson 1988

2.3.2 Kerangka Kajian Rajah 2 menunjukkan kerangka tentang kajian ini. Punca-punca tekanan yang akan dikaji adalah beban tugas,disiplin pelajar, kekangan masa, kekangan dan factor persekitaran.Dalam kajian ini pembolehubah bersandar pula adalah paras tekanan dalam kalangan guru sekolah rendah.

Rajah 2Pembolehubah Tidak Bersandar Pembolehubah bersandar

Beban Tugas

Disiplin pelajar TEKANANKekangan Masa

Penghargaan

Faktor Persekitaran

2.4 Punca-punca tekanan Dunham & Varma menyatakan bahawa punca-punca tekanan yang dihadapi oleh guru adalah seperti beban kerja,pihak pentadbiran dan pengurusan,persekitaran kerja yang kurang kondusif, mengajar pelajar yang kurang motivasi dan menangani perubahan. Hatta Sidi (2002) menyatakan bahawa cara pemikiran, ciri perwatakan serta bagaimana seseorang individu itu menangani masalah akan menjadi factor kepada tekanan. Alam sekeliling dan persekitaran seperti perubahan cuaca, kebisingan, kesesakan, juga merupakan factor-faktor yang mendorong kepada stres. Harun Arrasyid (2006), menyatakan bahawa tekanan berpunca dari keadaan fizikal dan psikologi. Keadaan fizikal yang sesak, tidak kondusif dan bising merupakan punca pecetus stres. Stres yang berpunca dari psikologi adalah seperti persekitaran tempat kerja yang baru, terasa tercabar dan dating lewat ke tempat kerja. Syed Ismail pula menyatakan bahawa punca tekanan adalah disebabkan oleh beban kerja, pemikiran tidak rasional, banyak perkara perlu perhatian, kerja tertangguh, komunikasi dan keperluan hidup tinggi. Punca tekanan adalah reaksi daripada fizikal serta emosi seseorang akibat daripada ketidaksesuaian atau keselesaan yang dihadapi berhadapan dengan situasi yang dianggap membebankan. Seseorang individu yang boleh berhadapan dengan pelbagai situasi dan menangani kecerdasan emosi serta mempunyai efikasi diri yang tinggi berupaya untuk hidup secara sihat tanpa tekanan. Mengikut Waxler (2009), guru seharusnya berpemikiran positif kerana ia akan memberi impak yang positif kepadanya sepanjang hari bertugas.

2.5 Teori Tekanan2.5.1 Teori Tekanan Hobb (1972)Teori Hobb menghuraikan tentang hubungan antara prestasi guru dengan tuntutan yang dialami (Dunham,1992) Hobb (1972;Dalam Dunham 1992). Hobb (1992; Dlm Dunham 1992 ) menyatakan bahawa kebosanan akan berlaku jika kerja dilakukan tanpa tuntutan. Tuntutan kerja yang lebih dikatakan merangsangkan . Namun, jika tuntutan melebihi had keupayaan seseorang untuk bertindakbalas akanwujud kebimbangan yang tinggi, penumpuan yang kurang berkesan dalam kerja.Tuntutan yang berlebihihan tanpa penambahan sumber akan membawa kepada stres atau tekanan.

2.5.2 Psikodinamik,Kognitif,Tingkah Laku dan Biologikal Mahmood Nazar(2000) menyatakan bahawa terdapat beberapa teori yang berkaitan dengan tekanan iaitu dari sudut psikodinamik,kognitif,tingkah laku dan biological.a. Teori Psikodinamik Franz Alexender , pakar psikoanalisis menyatakan bahawa tekanan disebabkan oleh ketegangan emosi yang terlibat dengan konflik (Lauzan,1963)b. Teori Behaviurisme Skinner Dari pandangan Skinner , seseorang yang tertekan terhadap sesuatu rangsangan telah diteguhkan masa lampau untuk memberi tindakbalas. Jika seseorang menghadapi stres di tempat kerja kerana berhadapan dengan terlalu banyak permintaan atau tingkahlaku yang mudah maka senanglah ia hadapi stres.

c. Teori Kognitif Lazarus & Folkman (1984) mendefinisikan penilaian kognitif sebagai proses mengkategorikan suatu penemuan dan mengaitkannya dengan mana yang ada pada kesihatan kendiri. Penilaian berlaku dalam keadaan sedar. Contohnya seorang pelajar akan terasa tertekan jika tidak bersedia menduduki peperiksaan.2.5.3 Teori Tingkah Laku Biologikal Hans Selye (1974) seorang pakar psikologi yang mengkaji masalah tekanan dari aspek biologi dan hasil penyelidikannya mengemukakan satu teori iaitu Simptom Adaptasi Am (GAS). Am bermakna tindakbalas dihasilkan tubuh adalah sama kepada bentuk rangsangan yang menyebabkan tekanan. Sindrom ini mempunyai proses adaptasi kerana tubuh akan merangsang untuk membantu mengatasi masalah sindrom manifestasi berkait antara satu sama lain.Tiga tahap asas perkembangan model ini adalah tahap bersedia dan berjaga-jaga (Alarm Reaction), tahap penentangan (stage and resistance) dan tahap kelesuan (stage of exhaustion).

Kelesuan

PenentanganBersedia dan jaga-jaga

Pada tahap bersedia, iaitu tahap stres pada kali pertama dan mempunyai tahap rintangan yang rendah dari tahap normal.Peningkatan dalam tekanan darah berlaku apabila gangguan dalam perut terjadi pada jangka masa yang singkat. Badan akan memberi arahan untuk pertahanan diri. Jika tindakbalas pertahanan Berjaya, maka badan akan kembali kepada normal. Kebanyakkan stres jangka pendek selesai pada fasa sini.Pada tahap kedua adalah tahap penentangan di mana stres akan berterusan disebabkan oleh factor-faktor di luar kawalan organisasi. Badan akan alami satu perubahan. Untuk mengatasi stres, badan akan mengembangkan banyak sumber yang mengakibatkan pengurangan tekanan.Pada tahap kelesuan, jika stres tidak dikawal, badan akan menjadi lesu kerana kekurangan tenaga. Ketahanan mungkin hilang kesemuannya dan kematian berlaku selepas itu.

2.5.4 Teori Erg (Gabungan Teori Hieraki Maslow dan Teori Dua Faktor Herzberg) Clayton Alferder (1969) membuat susulan dan pengubahsuaian terhadap Teori Keperluan Hieraki Maslow dan Teori Dua Faktor Hertzberg 1972. Alferder menyatakan bahawa keperluan manusia boleh disusun di dalam sesuatu hierarki. Tiga kategori keperluan yang dipenuhi adalah keperluan Existence, keperluan Relatedness dan keperluan Growth. Keperluan Existence merangkumi keperluan psikologi seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal dan keperluan pekerjaan seperti keselamatan kerja, gaji dan kemudahan. Keperluan Relatedness meliputi hubungan peribadi dengan orang lain seperti rakan sejawat, keluarga dan orang bawahan. Perhubungan yang mesra perlu untuk memberi kepuasan kerja. Keperluan Growth mefokuskan terhadap potensi manusia dan kehendak keatas pertumbuhan peribadi dan peningkatan kecekapan.

2.6 Sorotan Kajian Kajian Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (KPPK) (2006) menunjukkan bahawa punca-punca stres adalah terdiri daripada tekanan ibu bapa, beban tugas,kenaikan pangkat, motivasi untuk mengajar, infrastruktur dan lokasi sekolah.69% daripada guru didapati mengalami stres. 83% factor penyebab stres adalah ibu bapa dan pelajar, 79% beban tugas, 74% prospek kenaikkan pangkat,72% penilaian tidak adil. Kajian Deraman (2003) mendapati tekanan kerja guru di daerah Klang menunjukkan factor pelajar,beban tugas dan kekurangan masa menjadi punca utama yang menyebabkan stres kepada guru. Dapatan kajian Huisman (2009) mendapati bahawa tugas perkeranian telah menyukarkan guru untuk mengimbang tugas mengajar. Kajian Klassen dan Chiu (2010) terhadap guru sekolah rendah mendapati bahawa beban guru dan karenah pelajar merupakan factor yang dominan memmpengaruhi tekanan guru.

Kajian Kyriacou dan Chien(2004) terhadap 2003 guru daripada 22 buah sekolah rendah di Taiwan mendapati 26 peratus guru yang mengalami tekanan berpunca daripada kerja-kerja tambahan berkaitan pengurusan, tingkah laku negative pelajar, tekanan daripada ibu bapa pelajar dan kekangan masa. Kajian tekanan oleh Huisman (2009), melaporkan bahawa,kesemua responden percaya bahawa stres yang dialami telah memberi impak negatif terhadap pelajar dan menyebabkan pengajaran menjadi kurang efektif. Dapatan beliau turut mendapati tugas perkeranian seperti mengambil kedatangan dan merekodkan gred pelajar telah menyukarkan guru mengimbangkan dengan tugas mengajar.

Kajian yang dijalankan oleh Azrul Hisham (2009) menujukkan segelintir pelajar menimbulkan kemarahan guru. Antara perlakuan yang menyakiti hati guru adalah membuat bising ketika pengajaran dan pembelajaran bermula, bersikap biadap dengan guru, datang lewat ke sekolah dan tidak hadir ke sekolah tanpa sebab.

Shahbuddin Hashim &Rohizani Ismail(2003) menyatakan bahawa factor penyumbang stres yang besar adalah rangsangan dari luar. Faktor-faktor yang lain adalah kebangkitan tanpa kawal emosi individu dan tahap kebimbangan yang tinggi. Kajian tekanan yang dibuat ke atas guru sekolah rendah mendapati bahawa tekanan mempengaruhi pengajaran di dalam kelas . Kebimbangan akibat daripada gagal mengawal emosi juga antara punca tekanan dalam kalangan guru. Rumusan daripada sorotan literature mendapati beban tugas, kekangan masa, disiplin pelajar merupakan antara punca utama tekanan dalam kalangan guru sekolah rendah. Didapati guru-guru sekolah rendah berasa tertekan dengan longgokan kerja yang perlu dibereskan disamping tugas mengajar. Disiplin pelajar juga menganggu emosi guru dimana guru tertekan dengan persekitaran bilik darjah yang bising. Disamping itu kelakuan negatif pelajar seperti biadap serta masalah tidak hadir dan ponteng sekolah juga menyebabkan guru berasa tertekan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa guru gagal untuk mengawal emosi dalam menangani masalah pelajar. Beberapa kajian memperlihatkan faktor demografi mempunyai hubungkait dengan punca tekanan dalam kalangan guru. Ling (2008) mendapati pengalaman mengajar seorang guru mempunyai hubungan signifikan dengan tahap tekanan guru. Didapati guru yang mempunyai pengalaman mengajar yang lebih mengalami tahap tekanan yang tinggi berbanding dengan guru yang kurang berpengalaman mengajar . Sebaliknya dalam kajian Gelman (2008)terhadap guru sekolah rendah mendapati semakin meningkat umur dan pengalaman seseorang guru, semakin kurang tekanan yang dialami.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENDAHULUANBab ini menerangkan tentang kaedah dan proses penyelidikan dijalankan. Metodologi Kajian adalah kaedah penyelidikan bagaimana maklumat didapati. Maklumat penyelidikan dikumpulkan,dianalisis dan dinilai dengan perancangan yang teliti. Proses ini meliputi penerangan tentang aktiviti awal sebelum menjalankan kerja lapangan dan seterusnya cara data kajian diperolehi. Dalam bab ini, perkara-perkara yang dibincangkan adalah pembolehubah kajian, rekabentuk kajian, sampel kajian kuantitatif, instrumen kajian, lokasi kajian, prosedur kajian, kajian rintis, teknik pengumpulan data, analisa data dan pengukuran kajian.

3.2 PEMBOLEH UBAHKajian ini mengandungi dua jenis pemboleh ubah iaitu pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah bersandar. 3.2.1 Pemboleh ubah bebasPemboleh ubah bebas yang terlibat dalam kajian ini adalah punca tekanan.3.2.2 Pemboleh ubah bersandar Pemboleh ubah bersandar adalah guru sekolah rendah.

3.3 Rekabentuk Kajian Reka bentuk kajian merupakan kaedah atau teknik yang digunakan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah. Kajian yang dijalankan adalah kajian deskriptif dan berbentuk kuantitatif. Kajian kuantitatif merupakan suatu pertanyaan terhadap masalah yang telah dikenalpasti yang mana berdasarkan kepada pengujian suatu teori yang digubah oleh pembolehubah, diukur melalui perwakilan nombor, dan dianalisa menggunakan teknik statistikal (Neuman, 2000). Kaedah yang digunakan adalah kaedah soal selidik.

3.4 POPULASI KAJIANMenurut Kamus Pelajar terbitan Pusat Bahasa Dan Pendidikan Nasional tahun 2003,populasi adalah jumlah orang atau penduduk dalam suatu daerah; jumlah penghuni baik manusiaatau pun makhluk hidup lainnya pada suatu tempat atau ruang tertentu. Populasi menurut Gay(1987:102) merupakan kelompok tertentu dari sesuatu (orang, benda, peristiwa, dan sebagainya)yang dipilih oleh peneliti yang hasil kajiannya atau penelitiannya dapat digeneralisasikan terhadap kelompok tersebut. Dalam kajian ini, populasi kajian terdiri daripada 130 orang guru terlatih yang mengajar di tiga buah sekolah Sekolah Kebangsaan di Taiping,Perak. Rajah 1 menunjukkan populasi yang terdiri daripada tiga buah sekolah yang dipilih.

Rajah 1SEKOLAHPOPULASI

Sek.Keb King Edward (1), Taiping60

Sek.Keb Convent Kota,Taiping50

Sek Keb Tebing Tinggi, Selama20

3.4.1 Sampel KajianDalam kajian ini, penyelidikmenentukan saiz sampel berdasarkan Jadual Penentuan Sampel oleh Krejcie danMorgan (1970) (Lampiran B). Oleh itu, bilangan sampel adalah seramai 97 guru yang dipilih secara rawak kelompok. Sampel kajian adalah guru sekolah rendah Daerah Larut Matang Dan Selama. Sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan King Edward (1), Taiping, Sekolah Kebangsaan Kampung Jambu dan Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi.Penentuan saiz sampel brdasarkan Populasi Krejcie dan MorganPOPULASISAMPEL

11086

12092

13097

3.5 Lokasi KajianKajian ini dijalankan di Daerah Larut Matang Dan Selama . Dua buah sekolah dari Zon Taiping iaitu Sekolah Kebangsaan King Edwad (1),Taiping, Sekolah Kebangsaan Kampung Jambu,Taiping dan sebuah sekolah Zon Selama iaitu Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi,Selama terpilih dalam kajian ini.

3.6 INSTRUMENTASIKajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah soal selidik berdasarkan instrumen Teacher Stress Inventory yang digunakan oleh Boyle et al. (1995) dan ia telah diubahsuai oleh Mokhtar (1998) dan Mazlan (2002) untuk digunakan di dalam konteks guru-guru di Malaysia. Kebolehpercayaan Alfa Cronbach ialah 0.93 dengan paras keertian kajian ditetapkan pada = 0.05. Satu set borang soal selidik diberikan kepada responden untuk mendapatkan maklumat atau data yang diperlukan untuk menjawab persoalan kajian. Borang soal selidik mengandungi tiga bahagian yang akan dijawab oleh respondenn iaitu Bahagian A, B dan C.

3.6.1 Bahagian A : Latar Belakang RespondenBahagian A mengandungi soalan latar belakang responden iaitu factor demografi guru iaitu jantina, umur, status perkahwinan,kelulusan akademik dan pengalaman mengajar. Responden dikehendaki menanda ( / ) pada ruangan yang disediakan.

3.6.2 Bahagian B : Tahap Tekanan KerjaBahagian B adalah soalan-soalan yang menentukan paras tekanan kerja yang dialami oleh responden. Terdapat 20 item soal selidik pada bahagian ini. Responden perlu menandakan dan membulatkan nombor yang mewakili maklumbalas bagi setiap pernyataan yang dikemukakan berdasarkan skala Likert.

Rajah 2KenyataanRingkasanSkor

Tidak PernahTP1

JarangJ2

KadangkalaKK3

Agak KerapAK4

KerapK5

3.6.3 Bah C: Faktor-faktor Tekanan Kerja GuruBah C ialah soal selidik Teacher Stress Inventory yang digunakan oleh Boyle, Falzon & Bslgous(1995) yang diubahsuai oleh Mokhtar (1998). Ia digunakan untuk menentukan factor-faktor yang menyebabkan tekanan kerja dalam kalangan guru.

Jadual 1Taburan Item Soal SelidikSUMBER TEKANAN KERJANOMBOR ITEM

Kerenah Pelajar1,2,3,4,5

Beban Tugas6,7,8,9,10

Kekangan Masa11,12,13,14,15

Penghargaan16,17,18,19,20

Jumlah20

Jadual 2Taburan Item Soal SelidikKenyataanRingkasanSkor

Tidak Ada TekananT1

Tekanan RendahTR2

Tekanan SederhanaTS3

Tekanan TinggiTT4

Tekanan Sangat TinggiTST5

3.7 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMENKesahan merupakan kriteria yang penting dalam sesuatu ujian. Tujuan kesahan sesuatu ujian adalah untuk memastikan ujian yang dibina mengukur apa yang sepatutnya diukur. Kebolehpercayaan pula adalah ciri penting yang perlu ada pada sesuatu ujian. Kebolehpercayaan sesuatu ujian merupakan keupayaan ujian tersebut mengukur apa yang hendak diukur dngan tekal (Bhasah Abu Bakar,2003)

Dalam kajian ini , pengelasan skor min dan peratusan akan digunakan untuk membuat anggaran ketekalan alat ukuran.

3.8 KAJIAN RINTIS Sebelum kajian sebenar dijalankan, kajian rintis dilakukan terlebih dahulu untuk mengenal pasti perkara-perkara berikut:

i. Untuk mengetahui sejauh mana responden memahami setiap pernyataan dan item yang digunakan. Ini dilakukan dengan membenarkan responden bertanya kepada penyelidik.ii. Untuk mengetahui sejauh mana kesesuaian keseluruhan penggunaan instrumen kepada responden kajian, terutamanya dalam penggunaan istilah dan struktur ayat.iii. Untuk mengetahui kesesuaian item-item yang digunakan.iv. Untuk mengetahui sejauh mana responden memahami kehendakKajian Rintis dijalankan keatas 20 orang guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Bayor, Selama yang bukan sampel kajian untuk menentukan ketekalan alat ukur yang digunakan. Soal selidik Kajian Rintis diproses dengan menggunakan perisian komputer (Statical Package For Social Sciences) untuk menilai kebolehpercayaannya. Indeks Alpha 0.05 digunakan sebagai alat kajian kerana indeks kepercayaan dan kesahan melebihi 0.05 boleh digunakan sebagai alat ukur.

3.9 PROSEDUR PENGUMPULAN DATAPelaksanaan kajian ini dimulakan dengan mengenal pastimasalah kajian, membina objektif kajiandan soalan-soalan kajian serta mengenal pasti dan membentuk instrumen kajian bagi tujuan mengutip data.Untuk menjayakan kajian ini, pengkajiakan mengikut prosedur-prosedur seprti berikut:

i.Mendapatkan kebenaran untuk menjalankan kajian daripada pihak Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), Kementerian Pelajaran Malaysia.ii.Mendapatkan kebenaran daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri Perak untuk menjalankan kajian di sekolah-sekolah rendah yang terlibat.iii.Berjumpa sendiri dengan guru-guru besar sekolah yang terlibat untuk mendapatkan kebenaran menjalankan kajian disekolah bekenaan.iv.Memberikan taklimat ringkas kepada pelajar yang terlibat sebagai responden supaya mereka jelas tentang tujuan kajian dijalankan dancara menjawab soalselidik kajian.Sebelum soal selidik ditadbir,penyelidik akan berjumpa dengan pihakpentadbir ketiga-tiga sekolah bagi mendapatkan kebenaran untuk menjalankan kajian ke atas golongan sasaran kajian. Setelah diberikan keizinan, barulah instrumen ditadbirkan.Di sekolah yang pertama, penyelidik akan mentadbir sendiri instrument inikepada responden, manakala bagi sekolah yang kedua dan ketiga instrumen (soal selidik) akan ditadbir oleh seorang wakil, iaitu pentadbir sekolah bekenaan. Penyelidik akan menjelaskan prosedur pentadbiran soal selidik ini kepada wakil berkenaan serta lain-lain perkara yang bersangkutan yang perlu diberikan perhatian semasa mentadbir instrument. Selepas 4 hari, kesemua instrumen yang telah dilengkapi oleh responden akan diserahkan oleh wakil berkenaan kepadapenyelidik.Semasa pentadbiran instrumen di sekolah yang pertama, penyelidik akan mengumpulkan semua responden di dalam sebuah bilik dan mereka diminta bersedia untuk menjawab soal selidik berkenaan.Sebelum mereka mula menjawab soal selidik, penerangan telah diberikan kepada mereka tentang tujuan soal selidik ini dijalankan ke atas mereka dan member jaminan akan berkaitan kerahsiaan kesemua maklumat yang mereka berikan dan kesemua maklumat ini hanya akan digunakan bagi tujuan kajian inisahaja. Responden diberikan masa antara 30 . 40 minit untuk menjawab soal selidik berkenaan.Responden tidak dibenarkan berbincang semasa menjawab soal selidik berkenaan.

3.10 PENGANALISISAN DATA Data yang diperolehi dikumpulkan dengan menggunakan program SPSS (Statical Package for Social Science). Dua kaedah penganalisaan adalah seperti berikut:3.10.1 Analisis Deskriptif

Analisis deskriptif dilakukan untuk melihat kekerapan dan peratusan data. Ia melibatkan penghuraian secara menyeluruh. Statistik taburan frekuensi kekerapan min dan peratusan digunakan dalam penganalisaan data yang diperoleh untuk Bahagian A. Ciri-ciri demografi guru dari segi jantina,umur,kebolehan akademik. Subjek kajian diperihal dengan menggunakan taburan frekuensi kekerapan, min dan peratusan.

Untuk bahagian B dan C statistic yang digunakan ialah frekuensi , peratusan dan min. Punca tekanan dalam kalangan guru dianalisis dengan menggunakan skor min dan peratusan. Tahap tekanan dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap rendah,sederhana dan tinggi. Penggunaan formula keadah peratusan dan pembahagian julat min bagi mengukur persepsi responden. Adalah seperti ditunjukkan dalam rajah penentuan tahap tekanan kerja guru.Rajah 3

PERATUS SKOR MINTAHAP PENILAIAN

1.00-2.33Rendah

2.34-3.07Sederhana

3.68-5.00Tinggi

3.10.2 Analisis InferensiAnalisis infrensi digunakan untuk melihat perkaitan yang wujud diantara pemboleh ubah yang dikaji iaitu pemboleh ubah bebas iaitu punca tekanan dan pemboleh ubah bersandar ialah guru sekolah rendah.

i. Ujian t digunakan bagi melihat perbezaan kelompok dua kategori seperti perkaitan punca tekanan dengan perbezaan gender .ii. Ujian Korelasi digunakan untuk mengetahui sama ada terdapat hubungan antara tahap stres kerja dengan ciri-ciri demografi seperti umur, pengalaman mengajar dan pendapatan gaji sebulan.

3.10 KESIMPULANBab ini telah membincangkan metodologi kajian yang digunakan olehpenyelidik bagi menjalankan kajian ini. Metodologi yang digunakan adalahbertujuan untuk menjawab segala persoalan-persoalan kajian seperti yang dinyatakandalam Bab I. Dengan menggunakan instrumen soal selidik, penyelidik dapat membuatpenganalisisan data yang diperolehi dengan lebih mudah kerana segala maklumatyang diperolehi boleh disemak semula dan jawapan yang telah diperolehi merupakanjawapan yang tepat kerana responden hanya perlu memilih satu jawapan sahajadaripada persoalan yang diberikan. Daripada nilai analisis data yang diperolehi,penyelidik dapat menghurai.

RUJUKAN1.Hashim Salleh (2005) Burnout: Implikasinya terhadap Organisasi Pendidikan. Dalam Sutean Hussin et al.,Pentadbiran dalam Pendidikan Pahang: PTS Proffesional Publishing.2. Hatta Sidi dan Mohammed Hatta Shaharom (2002). Mengurus Stres, Pendekatan113 yang praktikal. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.3. Hatta Sidi dan Ruzanna Zam Zam (2003) Menjaga kesihatran jiwa. Teknik mengurus stress. Kuala Lumpur : PTS Publications & Distributors.4. Leung, T., Siu, O. & Speetor P.E. (2000). Faculty Stressors, job satistation and psychological distress among university teachers in Hong Kong. The role of control. International Journal of Stress Management, 7(2), 121-138.5. Liew, Siew Fong (2004). Tekanan Kerja Guru-guru SJKC di Zon Pudu, Kuala Lumpur. Projek Penyelidikan bagi Sarjana yang tidak diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.6. Noriati A.Rashid (2010) Guru Dan Cabaran Semasa : Oxford Fajar Sdn Bhd Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010) Guru dan Cabaran Semasa: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

1