bab 11 hubungan kependudukan dengan sumber

5
Bab 11: Hubungan Kependudukan dengan Sumber Konsep Penduduk Berlebihan, Kurang Penduduk dan Penduduk Optimum 1. Penduduk dunia telah meningkat dengan pesat kerana kadar kelahiran yang tinggi dan kadar kematian yang rendah. 2. Sumber semula jadi yang sedia ada di sesebuah Negara hanya dapat menampung suatu jumlah penduduk yang maksimum. 3. Keupayaan menampung ini dikenal sebagai daya tampung. 4. Berdasarkan jumlah penduduk sesebuah Negara dan daya menampung Negara tersebut, terdapat 3 ciri penduduk iaitu; a. Penduduk berlebihan b. Kurang penduduk c. Penduduk optimum Penduduk berlebihan Kurang penduduk Penduduk optimum Maksud Jumlah penduduk di sesuatu kawasan yang melebihi bekalan sumber semula jadi sedia ada Jumlah penduduk tidak mencukupi untuk memajukan sumber di sesuatu kawasan atau negara sepenuhnya dengan teknologi sedia ada Negara yang mempunyai saiz penduduk yang seimbang dengan pengeluaran sumber negaranya dan menikmati taraf hidup yang tinggi Contoh India, Bangladesh, Nigeria, Pakistan, Ethiopia Brazil, Kanada, Australia, New Zealand, Jepun, Jerman, Sweden, Belanda, Switzerland Ciri Penduduk Berlebihan 1. Di Negara penduduk berlebihan, penduduknya adalah terlalu banyak. 2. Sumber semula jadi yang ada tidak dapat menampung keperluan penduduknya. 3. Sedikit sumber dapat dieksport dan hal ini menyebabkan hasil pendapatan tidak cukup untuk membiayai perbelanjaan Negara. 4. Kadar pengangguran juga adalah tinggi kerana peluang pekerjaan adalah terhad. 5. Kebanyakan penduduk tinggal di luar Bandar dan terlibat dalam sektor pertanian. 6. Daya pengeluaran pertanian adalah rendah kerana kekurangan penggunaan baja kimia, racun serangga dan jentera moden. 7. Di luar bandar berlaku masalah perumahan kerana kekurangan simen dan kos membina rumah tinggi. 8. Kadar kelahiran dan kadar kematian adalah tinggi. 9. Kadar pertambahan semula jadi adalah tinggi. 10. Kemudahan perubatan dan kesihatan, perumahan dan pendidikan adalah kurang. 11. Kemudahan perubatan dan hospital kurang kerana kerajaan kekurangan duit untuk menampung kos perbelanjaan. 12. Kadar celik (kenal) huruf adalah rendah kerana kekurangan sekolah dan mereka mengalami kemiskinan. 13. Amalan pemakanan adalah tidak sihat dan seimbang kerana makanan tidak mencukupi dan terpaksa bergantung kepada bantuan negara lain. 14. Jangka hayat sederhana. 15. Tahap teknologi adalah rendah dan kaedah teknologi moden kurang digunakan.

Upload: rosmariaibrahim

Post on 22-Dec-2015

48 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Nota Geografi Tingkatan 2

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 11 Hubungan Kependudukan Dengan Sumber

Bab 11: Hubungan Kependudukan dengan Sumber

Konsep Penduduk Berlebihan, Kurang Penduduk dan Penduduk Optimum

1. Penduduk dunia telah meningkat dengan pesat kerana kadar kelahiran yang tinggi dan kadar kematian yang rendah.

2. Sumber semula jadi yang sedia ada di sesebuah Negara hanya dapat menampung suatu jumlah penduduk yang maksimum.

3. Keupayaan menampung ini dikenal sebagai daya tampung.4. Berdasarkan jumlah penduduk sesebuah Negara dan daya menampung Negara tersebut,

terdapat 3 ciri penduduk iaitu;a. Penduduk berlebihanb. Kurang pendudukc. Penduduk optimum

Penduduk berlebihan Kurang penduduk Penduduk optimumMaksud

Jumlah penduduk di sesuatu kawasan yang melebihi bekalan sumber semula jadi sedia ada

Jumlah penduduk tidak mencukupi untuk memajukan sumber di sesuatu kawasan atau negara sepenuhnya dengan teknologi sedia ada

Negara yang mempunyai saiz penduduk yang seimbang dengan pengeluaran sumber negaranya dan menikmati taraf hidup yang tinggi

ContohIndia, Bangladesh, Nigeria, Pakistan, Ethiopia

Brazil, Kanada, Australia, New Zealand,

Jepun, Jerman, Sweden, Belanda, Switzerland

Ciri Penduduk Berlebihan

1. Di Negara penduduk berlebihan, penduduknya adalah terlalu banyak.2. Sumber semula jadi yang ada tidak dapat menampung keperluan penduduknya.3. Sedikit sumber dapat dieksport dan hal ini menyebabkan hasil pendapatan tidak cukup untuk

membiayai perbelanjaan Negara.4. Kadar pengangguran juga adalah tinggi kerana peluang pekerjaan adalah terhad.5. Kebanyakan penduduk tinggal di luar Bandar dan terlibat dalam sektor pertanian.6. Daya pengeluaran pertanian adalah rendah kerana kekurangan penggunaan baja kimia, racun

serangga dan jentera moden.7. Di luar bandar berlaku masalah perumahan kerana kekurangan simen dan kos membina rumah

tinggi.8. Kadar kelahiran dan kadar kematian adalah tinggi.9. Kadar pertambahan semula jadi adalah tinggi.10. Kemudahan perubatan dan kesihatan, perumahan dan pendidikan adalah kurang.11. Kemudahan perubatan dan hospital kurang kerana kerajaan kekurangan duit untuk menampung

kos perbelanjaan.12. Kadar celik (kenal) huruf adalah rendah kerana kekurangan sekolah dan mereka mengalami

kemiskinan.

Page 2: Bab 11 Hubungan Kependudukan Dengan Sumber

13. Amalan pemakanan adalah tidak sihat dan seimbang kerana makanan tidak mencukupi dan terpaksa bergantung kepada bantuan negara lain.

14. Jangka hayat sederhana.15. Tahap teknologi adalah rendah dan kaedah teknologi moden kurang digunakan.16. Kekurangan ini menyebabkan daya pengeluaran pertanian rendah dan sumber mineral tidak

dapat diteroka sepenuhnya.

Kesan Penduduk Berlebihan

1. Keadaan penduduk berlebihan di sesebuah Negara akan memberikan kesan terhadap keperluan kependudukan Negara tersebut.

2. Negara-negara ini mempunyai kadar pertambahan semula jadi yang tinggi.3. Negara-negara ini mengalami masalah kurang makanan seperti di Ethiopia kerana mengalami

kemarau yang berpanjangan.4. Penduduk Negara ini juga mengalami masalah kekurangan tempat tinggal.5. Kemiskinan hidup menyebabkan penduduk luar Bandar berhijrah ke Bandar-bandar besar.6. Antara golongan yang berpindah ini kebanyakannya berpendidikan rendah dan buta huruf.7. Oleh itu, golongan ini sukar mendapatkan pekerjaan yang baik.8. Mereka tidak mampu membayar sewa rumah yang tinggi dan terpaksa tinggal di kawasan

setinggan.9. Contohnya, keadaan setinggan di Mumbai, India dan Dhaka di Bangladesh.10. Di Negara penduduk berlebihan, peluang pekerjaan sangat kurang dan hal ini menyebabkan

kadar pengangguran yang tinggi.11. Di Bangladesh, India dan Ethiopia, pertanian adalah pekerjaan utama di kawasan luar Bandar.12. Kurang peluang pekerjaan dalam bidang pertanian menyebabkan banyak berpindah ke Bandar

dan ke luar Negara untuk meningkatkan taraf hidup.13. Bidang perindustrian kurang maju di Bandar dan hanya sedikit peluang pekerjaan yang

disediakan.14. Di Bangladesh, perindustrian kurang maju kerana;

a. Mempunyai sedikit sumber gas asli dan masih kurang diterokai.b. Kurang pekerja mahir dan separuh mahir.c. Modal pelaburan sedikitd. Tahap teknologi rendahe. Daya beli penduduk rendah

15. Negara-negara ini mempunyai banyak kanak-kanak (di bawah umur 15 tahun) menyebabkan banyak perbelanjaan untuk pendidikan perlu disediakan.

16. Kekurangan kemudahan pendidikan dan bilangan sekolah yang sedikit menyebabkan kadar kenal huruf yang rendah di kalangan kanak-kanak.

17. Kemiskinan juga menyebabkan kanak-kanaknya terpaksa bekerja sebagai buruh kasar untuk membantu keluarga.

18. Negara-negara ini mengalami masalah kekurangan kemudahan kesihatan seperti klinik, pusat rawatan, kakitangan penduduk dan hospital.

19. Kekurangan kemudahan perubatan dan kesihatan menyebabkan taraf kesihatan yang rendah.20. Kemiskinan menyebabkan pemakanan yang kurang berkhasiat, penyakit dan kebuluran kerap

berlaku.21. Purata jangka hayat penduduk di Negara-negara ini adalah pendek. Contohnya, di Bangladesh

jangka hayat penduduk hanya 58 tahun bagi lelaki dan perempuan.

Page 3: Bab 11 Hubungan Kependudukan Dengan Sumber

22. Kebanyakan kerajaan Negara-negara ini tidak mampu menyediakan kemudahan asas yang lain seperti bekalan air, elektrik, pengangkutan dan perhubungan.

23. Di India, hanya 42.4% saja daripada penduduknya yang dapat menikmati bekalan elektrik dan 32.3% memperoleh bekalan air paip.

24. Bilangan penduduk muda yang banyak menyebabkan kerajaan perlu menyediakan kemudahan kesihatan, pendidikan dan peluang pekerjaan yang lebih banyak.

Ciri Kurang Penduduk

1. Negara-negara yang kurang penduduk mempunyai sumber yang melebihi keperluan penduduknya.

2. Jumlah penduduk yang ada tidak cukup untuk membangunkan sumber semula jadi Negara dengan sepenuhnya.

3. Contoh Negara-negara yang kurang penduduk ialah Kanada, Australia dan Brazil.4. Kanada mempunyai saiz penduduk yang kecil iaitu 31 juta orang pada tahun 2001 dan keluasan

tanahnya 9 975 000 kilometer persegi. Oleh itu kepadatan penduduknya rendah, iaitu 3 orang sekm persegi.

5. Sumber semula jadi Negara tersebut tidak dapat digunakan sepenuhnya oleh sebab jumlah penduduknya yang sedikit.

6. Sumber semula jadi yang ada masih dapat menampung keperluan penduduk jika jumlah penduduk bertambah.

7. Hasil sumber Negara-negara ini adalah banyak dan sebahagiannya dieksport.8. Ciri-ciri Negara kurang penduduk termasuklah;

a. Kadar kelahiran rendah kerana penduduk mementingkan kebendaan dan saiz keluarga yang kecil serta mengamalkan perancangan keluarga.

b. Kadar kematian rendah kerana teknologi perubatan yang sangat baik dan amalan pemakanan pil yang baik untuk kesihatan.

c. Kadar pertambahan semula jadi rendah kerana kadar kelahiran rendah.d. Kemudahan perubatan dan kesihatan yang baik.e. Jangka hayat panjang kerana amalan kesihatan yang baik dan pemakanan berkhasiat.f. Kadar celik huruf tinggi kerana kemudahan pendidikan yang baik.g. Amalan pemakanan seimbang seperti makan sayur-sayuran, protein dan karbohidrat.h. Kemudahan asas lengkap seperti klinik, lebuh raya, tandas awam, pusat hiburan dan

kompleks membeli-belah.i. Sebilangan besar penduduk tinggal di Bandar kerana terdapat tanah yang luas.j. Perumahan yang selesa dan lengkap dengan sistem pembentungan dan jalan raya yang

bertar.k. Taraf teknologi tinggi dan moden.l. Pekerjaan utama penduduk adalah sektor perindustrian ringan dan berat serta sektor

perkhidmatan.m. Hasil sumber seperti kayu balak, mineral, tanaman dan barangan kilang adalah banyak

dan sebahagiannya dieksport.n. Kaum wanita berpendidikan tinggi dan menjawat pekerjaan dengan gaji yang lumayan.o. Pengeluaran hasil pertanian adalah tinggi kerana penggunaan teknik moden.

Page 4: Bab 11 Hubungan Kependudukan Dengan Sumber

Kesan Kurang Penduduk

1. Penduduk menikmati taraf hidup yang baik.2. Nilai eksport Negara-negara ini adalah tinggi dan mencukupi bagi membiayai perbelanjaan

Negara.3. Kadar pertambahan semula jadi yang rendah meninggalkan kesan kepada Negara kurang

penduduk iaitu;a. Sumber semula jadi yang ada tidak dapat dibangunkan sepenuhnya.b. Sumber semula jadi yang diterokai tidak dapat digunakan dengan sepenuhnya dan hasil

pengeluaran berlebihan dapat dieksport.c. Tidak mengalami kekurangan bekalan makanan kerana bekalan makanan melebihi

keperluan penduduk.d. Permintaan terhadap makanan tidak banyak bertambah.e. Mengalami masalah kekurangan tenaga kerja dan mengalami kurang penduduk( Kanada

dan Australia).f. Kemasukan pekerja asing dari negara India, China, Filipina, Hong Kong dan lain-lain.

4. Kanada, Australia dan Brazil mempunyai sumber alam seperti sumber hutan dan mineral yang banyak.

5. Negara-negara ini mempunyai sektor pertanian, perikanan dan perindustrian yang maju.6. Pengeluaran hasil pertanian adalah tinggi kerana menggunakan teknik penanaman yang moden.7. Amalan pemakanan yang berkhasiat menyebabkan jangka hayat adalah panjang.8. Kemudahan asas yang disediakan oleh kerajaan di Negara-negara ini adalah baik dan lengkap

seperti bekalan air, elektrik, hospital, pengangkutan dan perhubungan.9. Di Kanada, 100% penduduknya dapat menikmati bekalan elektrik, manakala di Australia 99.5%

dan di Brazil 92% penduduknya dapat menikmati bekalan elektrik.10. Penduduk Negara-negara ini dapat hidup dengan selesa.11. Penduduk Negara-negara ini mempunyai kemudahan pendidikan yang baik sehingga ke

peringkat universiti.12. Di Australia, hampir 100% penduduknya celik huruf, di Kanada kira-kira 99% dan di Brazil kira-

kira 83%.13. Penduduk ini mempunyai taraf hidup yang tinggi dan dapat menikmati perubatan yang baik.14. Walaupun begitu, jumlah penduduk muda (umur kurang daripada 15 tahun) Negara-negara ini

tidak begitu banyak.15. Hal ini menyebabkan pertambahan penduduk pada masa depan adalah perlahan.16. Negara-negara ini juga tidak mengalami masalah pengangguran kerana banyak peluang

pekerjaan bagi penduduknya.17. Walau bagaimanapun, Negara-negara ini akan mengalami masalah kekurangan tenaga pekerja.18. Dengan itu kerajaan Kanada dan Australia menggalakkan kemasukan pekerja asing dari Negara

lain seperti Hong Kong, Filipina, India dan Negara China untuk mengatasi masalah kekurangan pekerja.

19. Kemasukan pekerja asing perlulah digalakkan secara berterusan bagi memajukan ekonomi.20. Pekerja asing ini membolehkan lebih banyak sumber semula jadi diterokai untuk meningkatkan

pendapatan Negara.

Page 5: Bab 11 Hubungan Kependudukan Dengan Sumber

Ciri Penduduk Optimum

1. Sumber yang ada seimbang dengan keperluan penduduk.2. Jumlah penduduk yang ada dapat menggunakan sumber sepenuhnya.3. Kadar kelahiran rendah.4. Kadar kematian rendah.5. Ramai penduduk tinggal di bandar.6. Tahap teknologi dan modal yang tinggi.7. Jangka hayat panjang.

Kesan Penduduk Optimum

1. Penduduk remaja sedikit.2. Kekurangan pekerja.3. Taraf hidup tinggi.4. Sistem pendidikan tinggi.5. Kemudahan asas yang lengkap dan baik.6. Penggunaan teknologi dan jentera moden.7. Daya pengeluaran makanan tinggi.

Rumusan

1. Keadaan penduduk berlebihan dan kurang penduduk adalah tidak kekal dan berubah mengikut masa.

2. Sebuah Negara yang mengalami kurang penduduk akan menjadi penduduk berlebihan jika jumlah penduduknya bertambah dan sumber semula jadinya tidak dapat memenuhi keperluan penduduknya.

3. Bagi Negara-negara penduduk berlebihan pula, dengan kaedah meningkatkan penggunaan teknologi dan pengeluaran sumber semula jadi, Negara-negara ini tidak akan mengalami penduduk berlebihan.