buku skrap geografi hubungan kependudukan dengan sumber

22
HUBUNGAN KEPENDUDUKAN DENGAN SUMBER Pengenalan 1. Jumlah penduduk di negara-negara di dunia adalah berbeza-beza. 2. Jumlah penduduk disesebuah negara di dunia boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu: (a) Penduduk berlebihan (b) Penduduk optimum (c) Kurang penduduk 3. Negara penduduk berlebihan bermaksud sesebuah negara mempunyai saiz penduduk yang terlalu besar sehingga sumber alamnya tidak dapat menampung keperluan penduduk dengan secukupnya. 4. Negara penduduk optimum bermaksud sesebuah negara mempunyai saiz penduduk yang dapat menggunakan sumber alamnya dengan sepenuhnya dan menikmati taraf hidup yang paling tinggi. 5. Negara kurang penduduk bermaksud sesebuah negara mempunyai saiz penduduk yang kecil berbanding dengan sumber alamnya yang banyak tetapi tidak dapat digunakan dengan sepenuhnya oleh penduduknya. 6. Sesebuah negara dianggap mempunyai penduduk berlebihan apabila sumber alamnya tidak cukup untuk menampung keperluan penduduk yang ramai. 7. Ciri-ciri penduduk berlebihan: (a) Saiz penduduknya amat besar, iaitu melebihi 100 juta orang. (b) Kepadatan penduduk melebihi 200 orang sekilometer persegi. (c) Sumber alam yang sedia ada tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan bilangan penduduk yang ramai. (d) Taraf hidup yangrendah (e) Taraf teknologi yang rendah (f) Kadar pengangguran yang tinggi (g) Kekurangan kemudahan awam dan perkhidmatan sosial. 8. Negara-negara yang mempunyai penduduk berlebihan ialah seperti India, Bangladesh, Ethiopia, Pakistan dan China. 9. Faktor-faktor yang mempengaruhi penduduk berlebihan: (a) Taraf kesihatan yang rendah (b) Hasil produktiviti rendah (c) Taraf pendidikan yang rendah (d) Anak yang ramai (e) Migrasi penduduk tinggi (f) Taraf teknologi rendah 10. Taraf kesihatan yang rendah menyebabkan kadar kelahiran meningkat dan kadar kematian juga meningkat. Ini disebabkan oleh kadar pertambahan penduduk yang

Upload: azlindanan72679

Post on 15-Apr-2016

56 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

folio

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Skrap Geografi Hubungan Kependudukan Dengan Sumber

HUBUNGAN KEPENDUDUKAN DENGAN SUMBERPengenalan

1. Jumlah penduduk di negara-negara di dunia adalah berbeza-beza.

2. Jumlah penduduk disesebuah negara di dunia boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu:(a) Penduduk berlebihan(b) Penduduk optimum(c) Kurang penduduk

3. Negara penduduk berlebihan bermaksud sesebuah negara mempunyai saiz penduduk yang terlalu besar sehingga sumber alamnya tidak dapat menampung keperluan penduduk dengan secukupnya.

4. Negara penduduk optimum bermaksud sesebuah negara mempunyai saiz penduduk yang dapat menggunakan sumber alamnya dengan sepenuhnya dan menikmati taraf hidup yang paling tinggi.

5. Negara kurang penduduk bermaksud sesebuah negara mempunyai saiz penduduk yang kecil berbanding dengan sumber alamnya yang banyak tetapi tidak dapat digunakan dengan sepenuhnya oleh penduduknya.

6. Sesebuah negara dianggap mempunyai penduduk berlebihan apabila sumber alamnya tidak cukup untuk menampung keperluan penduduk yang ramai.

7. Ciri-ciri penduduk berlebihan:(a) Saiz penduduknya amat besar, iaitu melebihi 100 juta orang.(b) Kepadatan penduduk melebihi 200 orang sekilometer persegi.(c) Sumber alam yang sedia ada tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan bilangan penduduk yang ramai.(d) Taraf hidup yangrendah(e) Taraf teknologi yang rendah(f) Kadar pengangguran yang tinggi(g) Kekurangan kemudahan awam dan perkhidmatan sosial.

8. Negara-negara yang mempunyai penduduk berlebihan ialah seperti India, Bangladesh, Ethiopia, Pakistan dan China.

9. Faktor-faktor yang mempengaruhi penduduk berlebihan:(a) Taraf kesihatan yang rendah(b) Hasil produktiviti rendah(c) Taraf pendidikan yang rendah(d) Anak yang ramai(e) Migrasi penduduk tinggi(f) Taraf teknologi rendah

10. Taraf kesihatan yang rendah menyebabkan kadar kelahiran meningkat dan kadar kematian juga meningkat. Ini disebabkan oleh kadar pertambahan penduduk yang ramai menyebabkan kemudahan kesihatan tidak mencukupi.

11. Kegiatan ekonomi utama penduduk ialah pertanian dan menyebabkan hasil produktiviti negara rendah kerana bergantung kepada tenaga buruh manusia.

12. Penduduk mempunyai taraf pendidikan yang rendah dan kadar buta huruf yang tinggi.

13. Penduduk tidak mengamalkan perancangan keluarga kerana mereka suka mempunyai anak yang ramai supaya dapat membantu mereka dalam kerja pertanian.

Page 2: Buku Skrap Geografi Hubungan Kependudukan Dengan Sumber

14. Migrasi penduduk luar bandar ke kawasan bandar selalu berlaku kerana untuk mendapatkan lebih banyak peluang pekerjaan yang menawarkan kadar upah yang tinggi.

15. Taraf teknologi rendah menyebabkan negara sukar membangun dan hanya kekal dalam bidang pertanian sahaja.

16. Sesebuah negara dianggap kurang penduduk apabila jumlah penduduknya kurang dan tidak dapat membangunkan sumber alamnya dengan maksimum.

17. Ciri-ciri kurang penduduk:(a) Mempunyai keluasan tanah yang besar tetapi bilangan penduduk sedikit.(b) Kepadatan penduduk rendah iaitu kurang daripada 50 orang sekilometer persegi.(c) Terdapat sumber alam yang banyak tetapi tidak diusahakan sepenuhnya.(d) Berupaya menampung lebih ramai penduduk tanpa menjejaskan taraf hidup.

18. Negara-negara yang mempunyai kurang penduduk ialah seperti Kanada, Australia dan Brazil.

19. Faktor-faktor yang mempengaruhi kurang penduduk:(a) Taraf pendidikan yang tinggi(b) Golongan muda berkahwin lambat(c) Mengamalkan perancangan keluarga(d) Meningkatkan taraf hidup(e) Cara hidup pergaulan bebas

20. Penduduk mempunyai taraf pendidikan yang tinggi dan kebanyakannya berkelulusan kolej atau universiti.

21. Golongan muda berkahwin lambat menyebabkan kadar kelahiran rendah dan kadar pertumbuhan penduduk juga rendah.

22. Penduduk mementingkan kerjaya dan mengamalkan perancangan keluarga untuk mengehadkan bilangan anak.

23. Penduduk lebih mementingkan kehidupan dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

24. Cara hidup pergaulan bebas mempengaruhi golongan muda berkahwin lambat.

Kesan-kesan Yang Penduduk Berlebihan dan Kurang Penduduk

1. Negara-negara yang mempunyai penduduk berlebihan akan memberi kesan terhadap keperluan kependudukan di negaranya. Ini disebabkan sumber semula jadi negara-negara ini sangat terhad dan tidak dapat menampung keperluan penduduknya.

2. Negara-negara yang mempunyai penduduk berlebihan seperti Ethiopia, India dan Bangladesh

mempunyai kadar pertumbuhan semula jadi yang tinggi.

3. Negara-negara penduduk berlebihan akan mengalami masalah kekurangan makanan. Contohnya keadaan kemarau berpanjangan yang melanda negara Ethiopia telah menyebabkan kegiatan pertanian tidak dapat diusahakan. Bekalan makanan yang sedia ada pula tidak mampu menampung keperluan penduduk. Bagi mengatasi masalah ini empangan telah dibina untuk meningkatkan bekalan air.

4. Negara Bangladesh pula masih menggunakan kaedah tradisional yang tidak produktif kerana

Page 3: Buku Skrap Geografi Hubungan Kependudukan Dengan Sumber

kekurangan teknologi moden. Keadaan ini telah meningkatkan lagi masalah kekurangan makanan.

5. Kadar kemiskinan di luar bandar telah menyebabkan penduduknya berhijrah ke bandar-bandar besar demi mendapat taraf hidup yang lebih baik.

6. Kebanyakan daripada mereka yang berhijrah ke bandar terdiri daripada mereka yang kurang berpendidikan dan buta huruf. Kekurangan ini menyebabkan mereka sukar untuk mendapat pekerjaan yang baik dengan upah gaji tinggi.

7. Keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa tinggal di kawasan setinggan kerana tidak mampu untuk membayar sewa rumah yang tinggi. Hasilnya berlakulah kesesakan penduduk dan masalah tempat tinggal seperti di Dhaka, Bangladesh dan Mumbai, di India.

8. Di negara-negara yang berlebihan penduduk seperti Bangladesh, India dan Ethiopia, pertanian merupakan pekerjaan utama penduduknya. Walau bagaimanapun, kegiatan pertanian tidak banyak menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduknya. Keadaan ini mendorong mereka untuk berhijrah ke luar bandar dan ke luar negara untuk meningkatkan taraf hidup.

9. Walaupun bilangan kanak-kanak di bawah umur banyak di negara yang berlebihan penduduk, kerajaannya kurang mampu menyediakan sekolah dan kemudahan pendidikan yang lebih baik. Keadaan ini menyebabkan kadar kenal huruf di negara-negara tersebut sangat rendah. Sebagai contohnya, hanya 35.5% penduduk Ethiopia, 38.1% penduduk Bangladesh dan 52% penduduk India yang kenal huruf. Kemiskinan menyebabkan ramai kanak-kanak terpaksa bekerja sebagai buruh kasar bagi membantu keluarga mereka.

10. Taraf kesihatan penduduk di negara-negara ini juga berada pada tahap yang rendah. Keadaan ini berlaku kerana kurangnya kemudahan kesihatan seperti klinik, pusat rawatan dan hospital, kadar pertambahan penduduk yang ramai telah menambah beban yang terpaksa ditanggung pada kemudahan kesihatan dan perubatan yang sedia ada.

11. Bilangan kakitangan yang tidak mencukupi juga menyebabkan peluang untuk penduduk menerima rawatan amat rendah. Contohnya, hanya seorang doktor diperuntukkan bagi merawat 30 195 orang penduduk negara Ethiopia dan 4 759 orang penduduk bagi seorang doktor di negara Bangladesh.

12. Kebanyakan penduduk di negara-negara penduduk berlebihan mempunyai jangka hayat yang rendah kerana mengamalkan pemakanan yang kurang berkhasiat, penyakit dan masalah kebuluran.

13. Penduduk di negara Ethiopia misalnya secara purata mempunyai jangka hayat 48 tahun untuk lelaki dan 52 tahun bagi perempuan, Manakala, Bangladesh pula pada jangka hayat 58 tahun bagi lelaki dan perempuan pada tahun 1997.

14. Kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, perhubungan dan pengangkutan di negara-negara ini amat kurang kerana ketidakmampuan kerajaan untuk menyediakannya.

15. Hanya 32.3% penduduk India menikmati bekalan air dan 42.4% daripada 75% penduduk di bandar dan 30.5% di luar bandar mampu menikmati kemudahan bekalan elektrik. Manakala penduduk di negara Bangladesh terpaksa menggunakan air dari sungai, kolam dan tasik untuk tujuan domestik.

16. Purata pendapatan bagi setiap keluarga semakin menurun apabila meningkatnya bilangan ahli keluarga dalam sesebuah rumah.

17. Untuk mengurangkan beban kerja dan kos dalam menjalankan kegiatan pertanian kebanyakan

Page 4: Buku Skrap Geografi Hubungan Kependudukan Dengan Sumber

petani menggunakan tenaga buruh dari kalangan ahli keluarga khususnya anak-anak.

18. Taraf hiduppenduduk di negara-negara kurang penduduk adalah lebih baik dan tinggi dibandingkan dengan negara penduduk berlebihan. Nilai eksport negara-negara kurang penduduk adalah tinggi dan mencukupi untuk membiayai perbelanjaan negara.

19. Kadar pertumbuhan semula jadi yang rendah disebabkan kadar kelahiran dan kadar kematian rendah seperti yang berlaku pada negara Australia dan Kanada.

20. Kadar kelahiran di Kanada hanya 12.5 bagi setiap 1 000 penduduk dan di Australia ialah 12.71 bagi setiap 1 000 penduduk. Kadar kematian penduduk Kanada ialah 7.2 bagi setiap 1 000 penduduk dan di Australia ialah 7.25 bagi setiap 1 000 penduduk.

21. Keadaan ini menunjukkan bahawa pertumbuhan semula jadi di kedua-dua negara adalah rendah di mana kira-kira 5.46 bagi setiap 1 000 penduduk negara Australia dan 5.3 bagi setiap 1 000 penduduk negara Kanada.

22. Purata pendapatan tahunan yang tinggi membolehkan penduduk di negara seperti Australia dan Kanada tinggal di rumah-rumah yang lengkap dengan kemudahan moden. Contohnya, setiap keluarga di Kanada mempunyai purata pendapatan sebanyak AS$39 655 manakala di Australia ialah sebanyak AS$27 585 bagi setiap keluarga.

23. Kebanyakan penduduk di negara Kanada bekerja dalam sektor perkhidmatan seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Guna tenaga di Kanada tahun 2000

1. Kadar pengangguran di negara-negara ini rendah kerana adanya peluang pekerjaan yang luas kepada penduduknya. Namun begitu, berlaku masalah kekurangan tenaga kerja bagi memenuhi peluang kerja yang disediakan kerana kekurangan penduduk.

2. Bagi mengatasi masalah ini kerajaan Australia dan Kanada terpaksa membuka ruang untuk kemasukan pekerja asing dari negara-negara seperti Hong Kong, Filipina, India dan China.

3. Negara-negara kurang penduduk akan mengalami masalah pertambahanpenduduk yang perlahan pada masa depan. Jumlah penduduk muda yang kurang daripada 15 tahun adalah rendah di negara terbabit iaitu 19.5% bagi Kanada dan 21.6% bagi Australia.

4. Kerajaan negara-negara ini perlu meningkatkan lagi perbelanjaan bagi menyediakan kemudahan kebajikan seperti rumah orang tua, skim pencen dan kemudahan kesihatan kepada penduduk tua di negara-negara tersebut yang semakin bertambah.

5. Kemudahan pendidikan yang baik sehingga ke peringkat universiti mampu dinikmati kira-kira 92% penduduk negara-negara yang kurang penduduk. Contohnya, hampir 100% penduduk Australia, 99% penduduk Kanada dan 83% penduduk Brazil kenal huruf.

6. Kemampuan untuk mendapatkan khidmat perubatan yang lebih sempurna membolehkan penduduk di negara kurang penduduk memiliki taraf kesihatan yang tinggi. Kadar kematianbayi ketika lahir juga rendah iaitu hanya pada tahap 5 bayi untuk 1 000 orang. Nisbah doktor bagi negara Australia contohnya adalah seorang untuk 400 orang penduduknya.

7. Amalan pemakanan yang seimbang dan kesedaran tentang kepentingan kesihatan menyebabkan penduduk mempunyai jangka hayat yang panjang. Contohnya penduduk Kanada mempunyai jangka hayat sehingga 80 tahun dan penduduk. Australia mempunyai jangka hayat 77.15 bagi lelaki dan 83 tahun bagi perempuan.

Page 5: Buku Skrap Geografi Hubungan Kependudukan Dengan Sumber

8. Kerajaan negara-negara kurang penduduk mampu menyediakan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, perhubungan dan pengangkutan yang lebih baik dan lengkap. Contohnya, 100% penduduk Kanada, 92% penduduk Brazil dan 99.5% penduduk Australia dapat menikmati kemudahan bekalan elektrik yang disediakan kerajaan.

9. Kawasan hutan luas yang dimiliki Brazil mewujudkan kawasan tadahan untuk sungai dan tasik. Keadaan ini akan membolehkan penjanaan kuasa hidroelektrik yang lebih banyak untuk menampung keperluan penduduknya.

1. Selain daripada keadaan penduduk berlebihan dan kurang penduduk dalam menghubungkaitkan kependudukan dengan sumber, terdapat juga negara-negara yang mempunyai jumlah penduduk optimum. Negara-negara tersebut ialah seperti Jepun, Sweden dan Belanda.

2. Negara penduduk optimum ini mempunyai jumlah penduduk yang seimbang dengan sumber yang dimiliki negara. Oleh itu, penduduk di negara ini dapat menikmati taraf hidup yang tinggi.

3. Keadaan penduduk berlebihan dan kurang penduduk tidak akan kekal selamanya malah boleh berubah mengikut masa.

4. Sesebuah negara yang mengalami kurang penduduk boleh berubah menjadi penduduk berlebihan apabila berlakunya pertambahan penduduk dan sumber semula jadinya tidak mampu lagi menampung keperluan penduduk.

5. Bagi negara penduduk berlebihan pula akan mengalami perubahan apabila meningkatnya penggunaan teknologi dan pengetahuan baru akan meningkatkan sumber semula jadi yang sedia ada. Keperluan penduduk dapat dipenuhi sepenuhnya dan negara-negara ini tidak akan mengalami masalah penduduk berlebihan.

KESAN PERUBAHAN PENDUDUK TERHADAP ALAM SEKITARPengenalan

1. Secara umumnya, kebanyakan negara di dunia ini sedang mengalami pertambahan penduduk secara semula jadi. Apabila bilangan penduduk semakin meningkat, maka keperluan terhadap makanan juga bertambah.

2. Aktiviti penduduk dalam pelbagai bidang ekonomi dan sosial memberi kesan terhadap alam sekitar.

3. Perubahan penduduk telah mengakibatkan kesan positif dan eksan negatif terhadap penerokaan sumber terutamanya sumber tanih, sumber hutan dan sumber air.

Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Penerokaan Sumber

Page 6: Buku Skrap Geografi Hubungan Kependudukan Dengan Sumber

1.Umumnya, keperluan terhadap makanan akan bertambah apabila berlakunya pertambahanpenduduk disesebuah negara. Oleh itu, penerokaan sumber tanih untuk dijadikan kawasanpertanian perlu dipertingkatkan.

2. Kawasan dataran dan delta sungai yang mempunyai tanih aluvium yang subur sesuaidijadikan kawasan penanaman padi. Contohnya, Dataran Kedah-Perlis, Delta Kelantan, danDataran Terengganu.

3. Untuk menampung keperluan makanan bagi pertambahan penduduk, kemudahanpengairan yang disediakan membolehkan penanaman padi diusahakan dua kali setahun.

4. Penggunaan baja kimia, racun serangga, jentera moden dan benih yang bermutu tinggidapat meningkatkan hasil pengeluaran padi.

5. Di Malaysia, tanaman komersial (jualan) seperti kelapa sawit, getah dan koko diusahakan dikawasan tanih laterit yang subur. Permintaan tinggi terhadap tanaman komersial sepertikelapa sawit, getah dan koko menyebabkan kawasan tanih laterit di pedalaman giatdibangunkan untuk dijadikan kawasan penanaman tanaman tersebut.

6. Sumber tanih juga dieksploitasi untuk kegiatan penanaman sayur-sayuran, buha-buahandan bunga-bungaan seperti di Tanah Tinggi Cameron.

7. Penerokaan tanih untuk mendapatkan pasir dan lempung yang digunakan dalam pembuatankaca dan barang-barang tembikar serta pasu turut dijalankan.

8. Aktiviti perlombongan dijalankan untuk memperoleh mineral seperti bijih timah dan bijihbesi yang turut mempelbagaikan industri pembuatan negara.

9. Penerokaan sumber tanih besar-besaran untuk memenuhi permintaan penduduk yang bertambah akan membawa kesan negatif terhadap sumber tanih.

10. Penggunaan tanih yang berterusan untuk menanam tanaman sejenis akan menyebabkan tanih tersebut menjadi tidak subur.

11. Penggunaan teknologi moden seperti baja kimia, racun serangga dan benih bermutu tinggi untuk menghasilkan tanaman yang banyak juga akan mencemarkan sumber alam.

12. Para petani yang membakar jerami padi untuk dijadikan baja organik akan mencemarkan udara dan meningkatkan suhu dunia.

13. Tanah yang beracun mengandungi bahan beracun dihanyutkan ke sungai atau tali air yang seterusnya mengancam kehidupan akuatik dan tumbuhan di situ

1. Penerokaan hutan bertambah kerana penambahan penduduk di sesuatu kawasan. inikerana hutan menghasilkan kayu yang sesuai untuk penggunaan penduduk sepertimendirikan rumah, menjadikan perabot dan sebagainya.

2. Hutan amat berguna kepada penduduk kerana ia boleh mendatangkan pendapatan yanglumayan melalui kegiatan pembalakan.

3. Hutan-hutan di Malaysia dapat menghasilkan kayu-kayan yang keras dan bermutu tinggi

Page 7: Buku Skrap Geografi Hubungan Kependudukan Dengan Sumber

seperti meranti, cengal, merbau dan lain-lain lagi.

4. Selain itu, kawasan hutan juga amat penting kerana ia boleh dijadikan kawasan petempatan, bandar dan juga untuk membina jaringan pengangkutan.

5. Penerokaan hutan secara besar-besaran akan mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan penduduk.

6. Penebangan hutan yang luas akan mendedahkan tanah kepada air hujan seterusnya mengalami hakisan air larian permukaan yang giat.

7. Tanih yang terhakis akan mengalir ke sungai dan mendap di dasar sungai. Sungai menjadi semakin cetek dan mudah berlaku banjir.

8. Penebangan hutan juga akan memusnahkan flora dan fauna yang hidup di dalam hutan itu.

9. Kegiatan pertanian pindah yang menerokai hutan untuk pertanian akan membakar pokok-pokok hutan. Kegiatan ini boleh mencemarkan udara dan menyebabkan kepupusan flora dan fauna hutan yang istimewa.

10. Pembukaan hutan untuk membina empangan hidroelektrik bagi menampung permintaan penduduk yang bertambah telah menyebabkan hutan yang luas musnah dan ditenggelami air.

11. Selain itu, sumber bekalan air negara juga akan terganggu kerana kawasan tadahansemakin terjejas dan berkurangan.

1. Semua benda hidup termasuk manusia memerlukan air untuk terus hidup. Pertambahan penduduk mengakibatkan lebih banyak sumber air diperlukan untuk kegunaan domestik, perindustrian dan pertanian.

2. Di Malaysia, pembinaan empangan merentasi sungai bertujuan untuk mendapatkan air bagi mengairi kawasan tanaman, menjana kuasa hidroelektrik, kegunaan domestik, dan mengawal banjir.

3. Empangan Durian Tunggal dan Empangan Klang Gate dibina bagi membekalkan air untuk kegunaan domestik. Bekalan air juga disalurkan ke kilang-kilang.

4. Manakala Empangan Muda pula dibina khas untuk mengairi kawasan penanaman padi di kawasan sekitar Sungai Muda di Kedah bagi membantu meningkatkan pengeluaran padi.

5. Untuk Empangan Kenyir, Empangan Chenderoh, Empangan Batang Ai dan Empangan Tenom Perigi pula dibina khas bagi menjana kuasa hidroelektrik kepada penduduk di sekitarnya.

6. Seterusnya Empangan Temenggor dibina bagi menjana kuasa hidroelektrik di samping mengawal banjir di kawasan sekitarnya.

7. Selain itu, Tasik Kenyir yang terletak di Empangan Kenyir telah dijadikan pusat pelancongan terkenal di negara kita, Malaysia.

8. Pembinaan empangan untuk memenuhi permintaan penduduk juga akan menyebabkan

Page 8: Buku Skrap Geografi Hubungan Kependudukan Dengan Sumber

kesan negatif terhadap sumber air.

9. Pembinaan empangan telah memusnahkan hutan dan tempat tinggal orang asli di sekitarnya.

10. Pemusnahan hutan juga telah mengakibatkan negara kita kehilangan sumber kayu balak yang bernilai dan memusnahkan kawasan tadahan air.

11. Pembuangan sisa-sisa domestik dari kilang-kilang ke dalam sungai pula telah mencemarkan sungai. Misalnya, pencemaran air yang terlalu terhadap Sungai Klang Selangor dan Sungai Juru di Pulau Pinang.

Langkah-langkah Penerokaan Sumber Secara Terancang

1. Penerokaan sumber alam semula jadi terpaksa dilakukan untuk memenuhi pertambahan penduduk yang semakin ramai di dunia, tetapi kegiatan penerokaan sumber perludilakukan dengan terancang.

2. Walau bagaimana pun, terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan-kesan negatif penerokaan sumber terhadap alam sekitar.

1. Penggunaan tanih untuk pertanian akan menyebabkan tanih hilang kesuburan. Langkah yang paling berkesan ialah menambahkan baja kepada tanih.

2. Kawasan pertanian dapat diperluaskan lagi dengan menebus guna kawasan terbiar dan kawasan paya.

3. Kawasan terbiar seperti bekas lombong boleh digunakan untuk menanam sayur-sayuran dan buah-buahan, menjadi kawasan petempatan dan tempat pelancongan.

4. Kawasan paya pula dapat ditebus guna untuk menanam padi.

5. Untuk mengatasi masalah kekurangan tanah pinggir laut di Malaysia telah ditambak. Contohnya, Bandar Hilir Melaka dan Seberang Perai ditambak untuk mendirikan hotel, kedai dan Pangkalan Kontena Butterworth Utara.

6. Selain itu, kawasan-kawasan cerun bukit juga dapat ditereskan untuk menanam sayur-sayuran dan teh. Ini dapat menjimat tempat untuk bercucuk tanam.

7. Untuk mengatasi permintaan penduduk yang semakin ramai, tanaman secara hidroponik dapat dijalankan di rumah atau di kebun.

8. Hasil pertanian dapat ditingkatkan dan dipercepatkan melalui penggunaan teknik pertanian moden seperti menggunakan benih bermutu tinggi, baja kimia, dan racun serangga.

1. Mengusahakan ladang hutan secara besar-besaran untuk membekalkan bekalan kayu

Page 9: Buku Skrap Geografi Hubungan Kependudukan Dengan Sumber

kepada sektor perindustrian. Misalnya di Bukit Tinggi, Pahang.

2. Di Malaysia, penubuhan ladang hutan secara komersial turut dilaksanakan. Contohnya penanaman pokok jati di Mata Air, Perlis.

3. Menanam spesies pokok yang cepat tumbuh dan bernilai tinggi seperti akasia, batai, yamane, dan sesenduk di kawasan ladang hutan.

4. Melaksanakan rawatan silvikultur supaya pokok-pokok cepat matang dan mengawal mutu pengeluaran kayu balak.

5. Pokok-pokok yang berkualiti tinggi diberi peluang untuk tumbuh dan yang lain akan dihapuskan.

6. Menjalankan penebangan terpiliih , iaitu hanya pokok yang cukup matang dan saiz mencukupi sahaja ditebang. Pokok-pokok yang ditebang akan digantikan dengan pokok baru melalui penanaman semula untuk menjamin keberterusan bekalan pada masa depan.

7. Mewartakan hutan simpan kekal dan tanam negara untuk mengekalkan kawasan tadahan dan kawasan hutan.

8. Pusat Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) diwujudkan untuk melindungi flora dan fauna. Misalnya, Pusat Perlindungan Orang Utan di Semenggoh(Sarawak) dan Sepilok (Sabah).

9. Penguatkuasaan Undang-undang Perhutanan Negara (Pindaan 1993) dan Enakmen Industri Berasaskan Kayu (1985) diwujudkan untuk mengawal aktiviti pembalakan haram.

10. Menghadkan pengeluaran lesen pembalakan, masa pembalakan dan pemberian konsesi hutan.

11. Rancangan pertanian kekal diperkenalkan kepada orang Asli untuk mengurangkan aktiviti pertanian pindah.

1. Melindungi kawasan tadahan hujan untuk menjamin bekalan air yang mencukupi. Melalui ini kerajaan Malaysia telah mengenal pasti beberapa kawasan tadahan tertentu untuk menjamin keberterusan bekalan air.

2. Kerajaan juga mengambil langkah mengawal kualiti air sungai dengan memeriksa, mengkaji membersihkan dan mengawasi sungai supaya tidak dicemar.

3. Mengadakan kempen 'Cintai Sungai KIta' setiap tahun untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai dan menggalakkan mereka menjaga sungai dengan tidak membuang sampah sarap ke dalamnya.

4. Menguatkuasakan undang-undang seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 1996) bagi mengawal pencemaran sungai.

5. Sistem rawatan air kumbahan yang sempurna wajib disalurkan ke sungai ditapis terlebih dahulu.

6. Tindakan pemeriksaan saluran paip air bawah tanah perlu sentiasa dijalankan untuk

Page 10: Buku Skrap Geografi Hubungan Kependudukan Dengan Sumber

mencegah berlakunya kebocoran paip. Kebocoran paip akan mengotor dan membazirkan air.

PEMBANDARAN

Pengenalan

1. Proses pembandaran merupakan satu proses penumpuan penduduk di kawasan bandar.

2. proses pembandaran juga dikenali sebagai proses urbanisasi.

3. Proses pembandaran boleh menyebabkan perubahan dalam:(a) Jumlah penduduk(b) Fungsi bandar(c) Penggunaan tanah(d) Cara hidup penduduk

4. Bandar-bandar di Malaysia mengalami pembandaran yang pesat selepas negara mencapai kemerdekaan.

5. Jumlah penduduk di bandar bertambah dengan cepat kerana migrasi luar bandar ke bandar berlaku dengan giat disebabkan penduduk luar bandar ingin mencari lebih banyak peluang pekerjaan di bandar.

6. Bandar-bandar besar yang berlaku pembandaran ialah seperti:(a) Kuala Lumpur(b) Georgetown(c) Ipoh(d) Johor Bahru(e) Kuantan

7. Pembandaran menyebabkan jumlah penduduk disesuatu kawasan bertambah dengan banyak.

Page 11: Buku Skrap Geografi Hubungan Kependudukan Dengan Sumber

8. Ini adalah kadar kerana pertambahan semula jadi penduduk meningkat dan migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar.

9. Kegiatan ekonomi sesuatu kawasan yang mengalamiproses pembandaran akan berubah dari sektor primer kepada sektor sekunder dan tertier.

10. Keadaan ini bermakna sesuatu kawasan itu tidak lagi hanya berfungsi sebagai pusat pertanian, perikanan tetapi berfungsi sebagai pusat perniagaan, perdagangan, perindustrian dan perkhidmatan.

11. Pihak berkuasa tempatan telah menyediakan banyak kemudahan asas di kawasan pembandaran untuk memenuhi keperluan penduduk yang semakin ramai.

12. Kemudahan yang ditambahkan di kawasan pembandaran adalah seperti jaringan jalan raya, hospital, perumahan, sekolah dan taman rekreasi.

13. Tujuannya adalah supaya penduduk di kawasan pembandaran dapat kemudahan yang sempurna dan dapat meningkatkan taraf hidup penduduk.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pembandaran Negara Malaysia

1. Faktor-faktor yang mempengaruhi pembandaran Malaysia ialah:(a) Dasar kerajaan (gavernan)(b) Peluang pekerjaan(c) Migrasi penduduk

1. Dasar Ekonomi Baru 1970 dan Rancangan Lima Tahun yang memperkenalkan pembukaan kawasan baru dan bandar kecil telah menyebabkan proses pembandaran berlaku dengan pesat di bandar dan kawasan sekitarnya.

2. Tindakan ini telah menyebabkan ramai penduduk dari luar bandar berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan yang lebih baik.

3. Terdapat beberapa kawasan di setiap negeri di Malaysia diisytiharkan oleh kerajaan sebagai kawasan perindustrian iaitu Petaling Jaya, Bayan Lepas, Air Keroh, Pasir Gudang dan sebagainya.

4. Di samping itu, kerajaan juga menubuhkan Zon Perdagangan Bebas di beberapa tempat seperti Petaling Jaya, Sungei Way, Bayan Lepas dan Pasir Gudang.

5. Zon Perdagangan Bebas dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur, taraf perintis dan pengecualian cukai pendapatan. Kemudahan-kemudahan ini telah menarik pelabur-pelabur asing untuk melabur di Malaysia.

6. Selain itu, pihak kerajaan telah menubuhkan bandar-bandar baru seperti Shah Alam, Nilai, Senawang dan sebagainya.

7. Tujuan kerajaan menubuhkan bandar baru adalah untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan menggalakkan penghijrahan penduduk dari luar bandar.

1. Peluang pekerjaan dalam sektor perdagangan, perniagaan dan perindustrian telah menggalakkan penumpuan penduduk dari luar bandar ke kawasan pembandaran.

Page 12: Buku Skrap Geografi Hubungan Kependudukan Dengan Sumber

2. Perkembangan industri kilang dari industri perkhidmatan di bandar telah memperluaskan peluang pekerjaan.

3. Penduduk dari luar bandar berhijrah ke bandar untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik dalam pelbagai sektor dan mereka menetap di kawasan sekitar bandar dan lama-kelamaan kawasan mereka juga berkembang menjadi kawasan bandar seperti Petaling Jaya dan Shah Alam.

4. Selain itu, program tanah rancangan juga mempengaruh pembandaran Malaysia iaitu mewujudkan peluang pekerjaan di luar bandar dan menggalakkan penduduk berhijrah ke kawasan baru tersebut untuk mengusahakan.

5. Semakin ramai penduduk berhijrah ke kawasan tersebut. proses pembandaran akan berlaku dan kawasan tersebut akan menjadi bandar.

1. Pembandaran dan perkembangan bandar dipengaruhi oleh migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar.

2. Faktor-faktor yang menarik penduduk luar bandar berhijrah ke bandar ialah:(a) Peluang pekerjaan yang pelbagai dan banyak(b) Kadar upah lebih lumayan(c) Kemudahan asas yang lengkap(d) Kestabilan politik(e) Peluang melanjutkan pelajaran

3. Faktor-faktor tolakan di luar bandar ialah:(a) Kekurangan peluang pekerjaan(b) Kemiskinan di dalam keluarga(c) Kekurangan kemudahan infrastruktur(d) Bencana alam

Fungsi Petempatan Bandar

1. Sesebuah petempatan bandar yang terdapat di negara ini mempunyai kepelbagaian fungsi. Fungsi sesebuah bandar adalah berdasarkan kepada bentuk kegiatan ekonomi, sosial dan politik yang terdapat di sesebuah petempatan.

2. Terdapat bandar-bandar di negara Malaysia yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran. Bandar ini biasanya merupakan bandar utama atau ibu negeri.Peta di bawah menunjukkan ibu negeri bagi negeri-negeri yang terdapat di Malaysia.

Ibu negeri-ibu negeri di Malaysia

3. Pejabat-pejabat pentadbiran persekutuan dan negeri serta ibu-ibu pejabat syarikat swasta terletak di dalam bandar-bandar ini. Antara bandar seumpama ini seperti Kuala lumpur, Ipoh, Shah Alam, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Melaka.

4. Pusat perniagaan dan perdagangan merupakan salah satu fungsi petempatan bandar di negara ini. Di bandar terdapatnya gedung-gedung perniagaan, pusat perkhidmatan kewangan dan pusat membeli-belah serta aktiviti import dan eksport.

5. Antara bandar di negara ini yang berfungsi sebagai bandar perniagaan dan perdagangan adalah seperti Georgetown, Ipoh, Johor Bahru, Sandakan dan Kuching.

Page 13: Buku Skrap Geografi Hubungan Kependudukan Dengan Sumber

6. Terdapat juga petempatan bandar yang berfungsi sebagai pusat perindustrian. Kawasan perindustrian Petaling Jaya, Shah Alam, Bayan Lepas, Ayer Hitam, Bukit Mertajam dan Kulim merupakan antara beberapa bandar perindustrian yang terdapat di negara ini.

7. Penduduk yang tinggal di sekitar kawasan bandar perindustrian biasanya bekerja di kilang-kilang yang terdapat dalam kawasan tersebut.

8. Petempatan bandar juga turut berfungsi sebagai pusat pengumpulan hasil pertanian yang dibekalkan dari kawasan bandar . Antara bandar tersebut ialah seperti Kota Bahru, Sandakan, Temerloh, Tawau, Raub dan Tumpat.

9. Selain itu, petempatan bandar juga turut berfugsi sebagai pusat pendidikan. Institusi pengajian tinggi awam dan kolej-kolej swasta biasanya terletak di kawasan bandar ini.Bandar Baru Bangi di Selangor contohnya menempatkan pelbagai institusi pengajian tinggi seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Maktab Perguruan Islam, Pusat Matrikulasi Bangi, dan kolej Persediaan MARA.

10. Aktiviti perlombongan bijih timah yang terdapat di bandar Ipoh dan Taiping serta perlombongan petroleum di Kerteh, Terengganu dan Miri, Sarawak telah menyebabkan bandar-bandar tersebut berfungsi sebagai pusat perlombongan.

11. Pusat perhubungan dan pengangkutan yang menempatkan terminal utama pengangkutan jalan raya dan kereta api merupakan salah satu fungsi petempatan bandar di Malaysia. Tumpat merupakan terminal kereta api di pantai timur Semenanjung Malaysia.

12. Bandar raya Kuala Lumpur misalnya menempatkan Hentian Putra dan Puduraya sebagai terminal utama pengangkutan bas ekspres dan Sentral Kuala Lumpur berfungsi sebagai terminal utama Kereta api Tanah Melayu (KTM) bagi seluruh Semenanjung Malaysia.

13. Petempatan bandar juga berfungsi sebagai pusat pertahanan negara. Bandar-bandar seperti Port Dickson, Lumut dan Butterworth menempatkan markas-markas tentera, pengkalan tentera udara, darat dan laut, berek tentera, pusat latihan, serta tempat simpanan senjata dan peluru.

14. Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting dan Bukit Fraser pula berfungsi sebagai pusat pelancongan dan peranginan di negara ini. Pulau Langkawi juga merupakan pusat pelancongan yang terkenal di negara ini kerana adanya pusat membeli-belah bebas cukai dan keindahan pantainya yang bersih dan menarik.

15. Pusat kebudayaan adalah salah satu fungsi petempatan bandar. Di bandar terdapatnya pusat-pusat pelbagai kebudayaan, balai seni, panggung kebudayaan dan pusat kraf tangan serta cenderamata.Contohnya seperti di bandar raya Kuala Lumpur terdapat Istana Budaya yang digunakan untuk kegiatan pementasan.

16. Kemudahan pelabuhan untuk pengendalian aktiviti eksport dan import di negara ini telah menyebabkan wujudnya bandar-bandar seperti Georgetown, Pelabuhan Klang, Pelabuhan Pasir Gudang di Johor, Kuching di Sarawak dan Sandakan di Sabah berfungsi sebagai pusat pelabuhan di negara ini.

Kesan Pembandaran

1. Proses pembandaran yang berlaku di sesebuah negara telah menimbulkan pelbagai kesan positif dan negatif di negara-negara seperti Malaysia, Thailand dan Jepun.

2. Bandar-bandar utama di negara-negara ini seperti bandar raya Kuala Lumpur, Malaysia, metropolis Bangkok di Thailand dan metropolis Tokyo di Jepun menerima kesan-kesan daripada proses pembandaran yang berlaku.

Kesan Positif Pembandaran

Page 14: Buku Skrap Geografi Hubungan Kependudukan Dengan Sumber

1. Proses perbandaran telah menyebabkan peningkatan penduduk bandar di negara Malaysia, Thailand dan Jepun. Pertambahan ini telah meningkatkan bekalan tenaga kerja untuk pelbagai sektor seperti perindustrian, perniagaan dan perkhidmatan.

2. Kepelbagaian ekonomi di bandar telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan seperti di bandar raya Kuala Lumpur, metropolis Bangkok dan metropolis Tokyo.

1. Pertambahan penduduk kesan daripada proses pembandaran telah menggalakkan kerajaan menambah dan meningkatkan kemudahan infrastruktur di kawasan bandar seperti kemudahan pengangkutan, pendidikan, kesihatan, bekalan elektrik dan air.

2. Jaringan pengangkutan seperti jalan raya diperlebarkan dan lebuh raya bertingkat turut dibina untuk keselesaan penduduk di bandar seperti bandar raya Kuala Lumpur dan metropolis Bangkok.

3. Selain itu, turut dibina Sistem Pengangkutan Transit Ringan (LRT), Komuter dan Monorel di bandar raya Kuala Lumpur serta kereta api peluru (Bullet Train) dan kereta api bawah tanah di metropolis Tokyo, Jepun untuk kegunaan penduduknya.

4. Kerajaan Thailand menyediakan kemudahan pengangkutan air seperti yang terdapat di metropolis Bangkok.Sepanjang Sungai Chao Phraya dibina terusan yang dikenali sebagai Klong sehinggakan Bangkok digelar Venice Timur.Pasar Terapung Damnoen Saduak menjadi destinasi perniagaan terapung yang terkenal di metropolis Bangkok.

5. Kerajaan turut meningkatkan kemudahan sosial di kawasan bandar seperti pusat-pusat kesihatan, pusat rekreasi dan pusat perubatan. Kemudahan ini bertujuan membolehkan penduduk menikmati taraf hidup yang lebih sihat.

6. Misalnya, kerajaan Malaysia menyediakan Taman Tasik Perdana dan Tasik Titiwangsa di bandar raya Kuala Lumpur sebagai lokasi riadah kepada penduduknya. Begitu juga keadaannya dengan metropolis Tokyo yang terdapat kawasan riadah seperti Ueno, Shiba dan Hibiya.

1. Kepelbagaian kegiatan ekonomi yang terdapat di bandar telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduknya. Kadar upah yang diberi jauh lebih tinggi berbanding luar bandar.

2. Keadaan ini membolehkan penduduk yang bekerja di bandar meningkatkan taraf hidup mereka melalui pendapatan yang diperoleh.

3. Kemudahan pendidikan yang lengkap di bandar membolehkan penduduknya memperoleh pendidikan yang lebih sempurna dan tinggi. Universiti dan kolej-kolej swasta didirikan untuk memenuhi keperluan tersebut.

4. Bandar raya Kuala Lumpur misalnya terdapat Universiti Malaya, Universiti Tun Abdul Razak, Kolej Cosmopoint dan sebagainya untuk kemudahan pendidikan kepada penduduknya. Begitu juga dengan Universiti Tokyo di metropolis Tokyo dfan Universiti Chulalongkorn di metropolis Bangkok.

Page 15: Buku Skrap Geografi Hubungan Kependudukan Dengan Sumber

1. Peningkatan jumlah penduduk di bandar turut meningkatkan kemudahan kesihatan seperti hospital dan klinik.

2. Kemudahan yang disediakan di hospital membolehkan penduduk menikmati kesihatan yang lebih baik. Misalnya di metropolis Bangkok terdapatnya kemudahan hospital seperti Hospital Besar Bangkok dan Hospital Bumrungrad.

3. Hospital Selayang yang terdapat di bandar Selayang, hospital Universiti Tokyo, Hospital Komegome dan Pusat Kanser Kebangsaan di metropolis Tokyo juga merupakan kemudahan kesihatan yang disediakan kepada penduduknya.

1. Pelancong yang datang ke negara Malaysia, Thailand dan Jepun turut menjadikan kawasan bandar sebagai destinasi pelancongan selain daripada pusat peranginan pantai yang terdapat di negara-negara tersebut.

2. Destinasi pelancongan seperti Taman Tema Air Desa dan Mines Wonderland di Bandar raya Kuala Lumpur serta Safari World di metropolis Bangkok dan Disneyland di metropolis Tokyo menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.

3. Destinasi-destinasi pelancongan ini bukan sahaja dinikmati oleh pelancong malahan kepada mereka yang tinggal di bandar.

1. Kawasan pinggir bandar akan menerima kesan pembangunan di bandar apabila berlakunya perluasan pusat bandar. Contohnya, Batu Caves yang terletak di kawasan Kuala Lumpur utara telah menerima kesan pembangunan yang berlaku di bandar raya Kuala Lumpur.

2. Proses pembandaran yang berlaku di metropolis Tokyo juga telah menyebabkan kawasan seperti sempadan Wilayah Chiba di Timur, Wilayah Saitama di bahagian utara, dan Wilayah Kanagawa di bahagian selatan menerima kesan pembangunan yang berlaku.

Kesan Negatif Pembandaran

1. Proses pembandaran yang berlaku telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di badar terutama ketika waktu puncak, iaitu semasa penduduk pergi dan pulang dari kerja. Keadaan ini akan diburukkan lagi apabila berlakunya banjir kilat.

2. Jumlah kenderaan yang banyak menuju ke pusat bandar raya Kuala Lumpur telah menyebabkan kesesakan lalu lintas sering berlaku. Begitu juga keadaannya apabila berlakunya banjir kilat di bandar raya Kuala Lumpur.

3. Selain Bandar raya Kuala Lumpur, metropolis Bangkok juga turut mengalami masalah kesesakan lalu lintas kerana banyaknya jumlah kenderaan di jalan raya dan ketika berlakunya banjir kilat.

1. Jumlah kenderaan yang semakin bertambah telah menyebabkan pencemaran udara dan pencemaran bunyi berlaku di Bandar raya Kuala Lumpur, metropolis Bangkok dan metropolis Tokyo.

Page 16: Buku Skrap Geografi Hubungan Kependudukan Dengan Sumber

2. Gas-gas seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur oksida, hidrokarbon dan nitrogen oksida yang dibebaskan daripada kenderaan telah menyebabkan berlakunya pencemaran udara di bandar-bandar tersebut.

3. Gas-gas yang dibebaskan ke udara ini bukan sahaja mencemarkan udara malahan akan memburukkan lagi fenomena pulau haba yang berlaku di bandar kesan daripada peningkatan suhu yang berlaku di udara.

4. Jumlah kenderaan yang terlalu banyak di jalan raya telah menghasilkan bunyi bising sehingga mengakibatkan pencemaran bunyi berlaku. Keadaan ini menggangu ketenteraman penduduk terutama kepada mereka yang tinggal berhampiran dengan jalan raya atau lebuh raya.

5. Bandar juga turut dicemari dengan pembuangan sampah sarap secara tidak terurus di kalangan penghuninya. Sungai Klang di bandar raya Kuala Lumpur dan Sungai Chao Phraya, Bangkok menjadi tempat pembuangan sampah sarap sehingga mengakibatkan airnya tercemar.

6. Pencemaran air juga berlaku disebabkan oleh pembuagan sisa domestik dan pembuagan sisa kilang. Pertambahan jumlah penduduk dan peningkatan jumlah kilang akan memburukkan lagi keadaan ini. Contohnya di metropolis Tokyo, sisa-sisa kilamng di buang ke pantai sehingga menyebabkan hidupan akuatik di kawasan tersebut tercemar. penduduk disekitar kawasan Kumamoto misalnya, pernah mendapat penyakit Minamata kerana memakan ikan yang sudah tercemar.

1. Bangunan konkrit dan jalan raya yang berturap menajdi punca utama masalah banjir kilat yang sering berlaku di bandar.

2. Jalan yang berturap akan menyebabkan resapan larian air permukaan ke dalam bumi terhalang dan sistem saliran yang sedia ada tidak mampu menampung jumlah air yang meningkat secara mendadak.

3. Keadaan banjir kilat akan bertambah buruk sekiranya sistem perparitan yang terdapat di bandar tidak sempurna dan dipenuhi sampah sarap kerana tiada pengurusan yang cekap.

1. Kawasan setinggan adalah kesan negatif yang paling ketara akibat proses pembandaran yang berlaku.

2. Masalah petempatan setinggan yang wujud di kawasan bandar disebabkan oleh:(a) jumlah rumah yang tidak mencukupi(b) kadar sewa rumah yang terlalu tinggi(c) harga tanah yang tinggi

3. Penduduk yang tidak mampu memiliki rumah mengambil jalan mudah dengan mendirikan petempatan di atas tanah-tanah kerajaan dan persendirian serta di kawasan tebing sungai dan di sepanjang landasan kereta api.

4. Petempatan ini bukan sahaja mencemarkan pemandangan bandar, malah menimbulkan masalah sosial seperti keselamatan kesihatan, dan ketidakselesaan penduduk sekitarnya.

5. Bandar raya Kuala Lumpur dan metropolis Bangkok merupakan contoh bandar yang mempunyai masalah petempatan setinggan yang amat ketara.

Page 17: Buku Skrap Geografi Hubungan Kependudukan Dengan Sumber

1. Pendapatan yang lumayan dan taraf hidup yang lebih tinggi menyebabkan migrasi penduduk luar bandar ke bandar berlaku.

2. Migrasi penduduk luar bandar ke bandar ini telah mengurangkan jumlah tenaga kerja di kawasan luar bandar.

3. Keadaan ini mengakibatkan banyaknya kawasan pertanian di luar bandar yang tidak dimajukan dan terbiar begitu sahaja.

Langkah-langkah Mengurangkan Masalah Pembandaran

1. Masalah kesesakan lalu lintas dapat diatasi dengan melaksanakan beberapa perkara. Antaranya termasuklah(a) melaksanakan kempen untuk menggalakkan penduduk berkongsi kereta (car pool) dan menggunakan kenderaan awam.(b) kerja-kerja melebarkan jalan raya dan membina lebih banyak jejantas perlu dilakukan.(c) meningkatkan pembinaan Pengangkutan Aliran Ringan (LRT) dan monorel untuk mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas.(d) memperkenalkan sistem pengangkutan lebih bersepadu di kawasan bandar seperti mengadakan sistem kawalan lalu lintas berkomputer seperti yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).(e) mengadakan zon larangan untuk menghadkan kemasukan kenderaan tertentu ke bandar tertentu pada waktu tertentu.

1. Masalah pencemaran juga dapat diatasi dengan beberapa perkara seperti;(a) menguatkuasakan undang-undang seperti Akta Alam Sekitar supaya kilang-kilang memasang penapis dan meninggikan cerobong asap.(b) mengenakan denda yang tinggi terhadap kilang-kilang yang membuang sisa buangan ke udara dan sungai.(c) memperkenalkan konsep penghijauan bandar dengan menanam pelbagai jenis pokok di bandar. Contohnya Bandar raya Kuching dan badar raya Kuala Lumpur ditanam dengan pelbagai tumbuhan bagi mewujudkan bandar dalam taman.(d) membina loji kumbahan untuk merawat air kumbahan.(e) memasang perangkap sampah sarap di sungai untuk memerangkap sampah yang dibuang ke sungai.(f ) memperkenalkan Green Belt di dalam kawasan bandar.

1. Masalah kekurangan tempat tinggal dapat diatasi dengan:(a) memperbanyakkan pembinaan rumah kos rendah dan pangsapuri. contohnya, Bandar raya Kuala Lumpur dan Bandar raya Kuching dan Pulau Pinang dibina rumah-rumah kos rendah dan pangsapuri untuk penduduk berpendapatan sederhana.(b) menempatkan semula penduduk di petempatan setinggan ke petempatan yang lebih terancang.(c) mengurangkan penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar dengan membuka kawasan perindustrian di luar bandar.(d) melaksanakan konsep memperbandarkan kampung untuk mengurangkan tumpuan penduduk ke bandar.

Page 18: Buku Skrap Geografi Hubungan Kependudukan Dengan Sumber

1. Masalah pembuangan sisa pepejal dan banjir kilat mungkin dapat diatasi dengan:(a) mewujudkan tapak pelupusan sampah sarap dan sisa-sisa buangan kilang yang lebih terurus.(b) menggunakan sistem insinerator untuk menggantikan sistem pembuangan sampah secara terbuka.(c) menaiktarafkan sistem perparitan dan saliran yang terdapat di bandar.(d) membina sistem saliran dan perparitan yang lebih sistematik.(e) memperluas dan mendalamkan dasar sungai untuk menampung jumlah air yang lebih banyak. Contohnya, di bandar raya Kuala Lumpur, Sungai Gombak dan Sungai Klang telah dilebar dan didalamkan agar mampu menampung jumlah air yang banyak. Sungai Segget di bandar raya Johor Bahru juga turut dinaiktarafkan untuk tujuan tersebut.