a2#:#penduduk#&sumber#manusia# -...

25
A2 : PENDUDUK & SUMBER MANUSIA

Upload: vuongnga

Post on 02-Mar-2019

251 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: A2#:#PENDUDUK#&SUMBER#MANUSIA# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A2.0... · A1.0 Kepentingan Dan Hubungan Wilayah ... SUMBER MANUSIA A3.0

A2#:#PENDUDUK#&#SUMBER#MANUSIA#

Page 2: A2#:#PENDUDUK#&SUMBER#MANUSIA# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A2.0... · A1.0 Kepentingan Dan Hubungan Wilayah ... SUMBER MANUSIA A3.0

BIDANG A RANGKA WILAYAH DAN EKONOMI MAKRO

A1.0 Kepentingan Dan Hubungan Wilayah

A2.0 PENDUDUK DAN PERANCANGAN SUMBER MANUSIA

A3.0 Asas Dan Prospek Ekonomi

kajian rancangan struktur negeri selangor 2035

laporan tinjauan

Page 3: A2#:#PENDUDUK#&SUMBER#MANUSIA# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A2.0... · A1.0 Kepentingan Dan Hubungan Wilayah ... SUMBER MANUSIA A3.0

LAPORAN TINJAUAN Penduduk dan Perancangan Sumber Manusia

A2-1

A2.0 PENDUDUK DAN PERANCANGAN SUMBER MANUSIA

Sektor ini menyediakan asas utama perancangan iaitu demografi negeri. Tumpuan

kajian adalah keatas saiz dan taburan penduduk mengikut daerah, kumpulan umur,

kumpulan etnik dan jantina. Di samping itu, sektor ini juga akan membuat kajian ke atas

bekalan, keperluan dan taburan sumber manusia bagi Negeri Selangor.

A2.1 PENEMUAN SEMASA

Di dalam konteks Malaysia, Selangor mencatatkan saiz penduduk paling ramai dengan

jumlah penduduk tahun 2010 (5.386 juta) adalah bersamaan 18.3% dari jumlah

penduduk negara (29.464 juta). Negeri ini juga adalah penyumbang terbesar pekerjaan

dengan saiz pekerjaan adalah 19.2% jumlah pekerjaan negara.

A2.1.1 Profil Penduduk Negeri Selangor 2000 - 2010

i. Taburan Penduduk Mengikut Daerah

Penduduk Negeri Selangor meningkat daripada 4.188 juta orang pada tahun 2000

kepada 5.462 juta orang pada tahun 2010, iaitu pertambahan sejumlah 1,273.3 juta

orang penduduk (Jadual A2.1). Penumpuan penempatan penduduk adalah di daerah-

daerah bersempadanan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL); Gombak,

Klang, Petaling dan Hulu Langat (Rajah A2.1). Daerah Sabak Bernam yang merupakan

daerah paling kurang penduduk. Antara faktor yang memberi impak kepada susutan

penduduk Daerah Sabak Bernam adalah pembangunan di daerah berdekatan,

khususnya daerah di selatan Negeri Perak, iaitu Hilir Perak.

JadualA2.1: Taburan Penduduk Mengikut Daerah, 2000 dan 2010 Daerah 2000

(Ribu Orang) 2010

(Ribu orang) Kadar Pertumbuhan Purata Tahunan (%)

Sabak Bernam 119.5 105.8 -1.2

Kuala Selangor 170.2 209.6 2.1

Hulu Selangor 157.9 198.1 2.3

Gombak 569.1 682.2 1.8

Hulu Langat 915.7 1,156.6 2.3

Petaling 1,254.8 1,812.6 3.7

Klang 681.7 861.2 2.3

Kuala Langat 204.3 224.6 1.6

Sepang 115.6 211.4 6.0

Jumlah 4,188.8 5,462.1 2.7 Sumber: Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2000, Jabatan Perangkaan Malaysia

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia

Page 4: A2#:#PENDUDUK#&SUMBER#MANUSIA# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A2.0... · A1.0 Kepentingan Dan Hubungan Wilayah ... SUMBER MANUSIA A3.0
Page 5: A2#:#PENDUDUK#&SUMBER#MANUSIA# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A2.0... · A1.0 Kepentingan Dan Hubungan Wilayah ... SUMBER MANUSIA A3.0

LAPORAN TINJAUAN Penduduk dan Perancangan Sumber Manusia

A2-3

Daerah Sepang mencatatkan kadar pertumbuhan purata tahunan (KPPT) yang paling

tinggi iaitu 6.0%. Faktor utama yang menjadikan daerah ini tumpuan baru pemaju ialah

kos tanah yang relatif rendah di samping pembangunan kawasan yang hampir tepu di

daerah berjiran, capaian prasarana yang baik dan pembangunan ekonomi yang

meningkat di kawasan yang berhampiran; Kajang, Bangi, Putrajaya dan Nilai.

Kepadatan penduduk Negeri Selangor mengikut daerah pada tahun 2010 adalah

daripada 1 orang /hektar kepada 36 orang /hektar (Rajah A2.2).

ii. Penduduk, Isi Rumah dan Saiz Isi Rumah

Saiz isi rumah Negeri Selangor adalah antara yang terendah di Malaysia. Bagi tahun

2010 saiz isi rumah negeri ini adalah di bawah paras purata nasional iaitu 4.1

berbanding purata nasional 4.3. Daerah Kuala Langat dan Kuala Selangor mempunyai

saiz isi rumah terbesar iaitu 4.5 manakala Daerah Petaling terendah, 3.9. Jumlah isi

rumah Negeri Selangor seperti yang dinyatakan dalam Jadual A2.2 adalah 1.34 juta.

Jadual A2.2: Penduduk, Bilangan dan Saiz Isi Rumah Selangor Mengikut Daerah

2010 Daerah Jumlah Penduduk Isi Rumah Saiz Isi Rumah Sabak Bernam 105,777 24,800 4.3

Kuala Selangor 209,590 46,453 4.5

Hulu Selangor 198,132 45,868 4.3

Gombak 682,226 167,530 4.1

Hulu Langat 1,156,585 288,508 4.0

Petaling 1,812,633 466,862 3.9

Klang 861,189 201,994 4.3

Kuala Langat 224,648 49,798 4.5

Sepang 211,361 49,005 4.3

Selangor 5,462,141 1,340,818 4.1 Sumber: Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia

iii. Taburan Penduduk Mengikut Jantina dan Nisbah Jantina

Jadual A2.3 menunjukkan taburan penduduk daerah mengikut jantina bagi tahun 2010.

Selangor mempunyai penduduk lelaki yang lebih ramai dari perempuan pada kadar

51.7% berbanding 48.3%. Penduduk lelaki meningkat pada kadar purata 2.8% setahun

manakala perempuan pada kadar 2.5%.

Bagi tahun 2010 nisbah jantina adalah 107 berbanding 105 tahun 2000. Maknanya pada

tahun 2010 bilangan penduduk lelaki meningkat seramai 2 orang bagi setiap 100

perempuan berbanding tahun 2000.

Page 6: A2#:#PENDUDUK#&SUMBER#MANUSIA# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A2.0... · A1.0 Kepentingan Dan Hubungan Wilayah ... SUMBER MANUSIA A3.0
Page 7: A2#:#PENDUDUK#&SUMBER#MANUSIA# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A2.0... · A1.0 Kepentingan Dan Hubungan Wilayah ... SUMBER MANUSIA A3.0

LAPORAN TINJAUAN Penduduk dan Perancangan Sumber Manusia

A2-5

Jadual A2.3: Penduduk Selangor Mengikut Jantina dan Daerah, 2010 Daerah Bilangan Penduduk % Dari ∑ Nisbah

Jantina Lelaki Perempuan Jumlah Lelaki Perempuan Jumlah Sabak

Bernam 53,508 52,269 105,777 50.6 49.4 100.0 102

Kuala

Selangor 106,652 102,938 209,590 50.9 49.1 100.0 104

Hulu Selangor 102,463 95,669 198,132 51.7 48.3 100.0 107

Gombak 350,760 331,466 682,226 51.4 48.6 100.0 106

Hulu Langat 596,337 560,248 1,156,585 51.6 48.4 100.0 106

Petaling 927,089 885,544 1,812,633 51.1 48.9 100.0 105

Klang 457,026 404,163 861,189 53.1 46.9 100.0 113

Kuala Langat 117,293 107,355 224,648 52.2 47.8 100.0 109

Sepang 113,308 98,053 211,361 53.6 46.4 100.0 116

Jumlah 2010 2,824,436 2,637,705 5,462,141 51.7 48.3 100.0 107 Jumlah 2000 2,142,902 2,045,974 4,188,876 51.0 49.0 100.0 105 KPPT (%) 2.8 2.5 2.7

Sumber: Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia,

Nota: Nisbah jantina merujuk kepada bilangan lelaki bagi setiap 100 perempuan.

iv. Taburan Penduduk Mengikut Kumpulan Umur

Jadual A2.4 menunjukkan ringkasan taburan penduduk mengikut kategori utama

kumpulan umur. Selangor mencatatkan penduduk umur bekerja yang tinggi iaitu 60.4%.

Penduduk umur warga emas juga relatif tinggi iaitu 6.1%. Pecahan penduduk mengikut

kumpulan umur pada tahun 2000 dan 2010 adalah seperti di Rajah A2.3.

Jadual A2.4: Komposisi Penduduk Negeri Selangor Mengikut Kategori Utama Umur, 2000 dan 2010

Kategori Kumpulan Umur

Bilangan Penduduk ('000) % Dari ∑ KPPT

(%) 2000 2010 2000 2010

PraSekolah < 5 449.9 455.7 10.7 8.3 0.5

Persekolahan 5 - 19 1,224.7 1,371.0 29.2 25.1 1.1

Umur Bekerja 20 - 59 2,325.3 3,301.2 55.5 60.4 3.5

Pesara 60 > 189.0 334.3 4.5 6.1 5.7

Jumlah

4,188.9 5,462.1 100.0 100.0 2.7

Sumber: Taburan Penduduk Dan Ciri-ciri Asas Ekonomi, Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010

Page 8: A2#:#PENDUDUK#&SUMBER#MANUSIA# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A2.0... · A1.0 Kepentingan Dan Hubungan Wilayah ... SUMBER MANUSIA A3.0

LAPORAN TINJAUAN Penduduk dan Perancangan Sumber Manusia

A2-6

Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035

Jadual A2.5 pula mencatatkan bilangan penduduk mengikut kumpulan umur mengikut

daerah manakala Jadual A2.6 sumbangannya mengikut peratusan. Secara perbandingan

ke atas faktor penting, jadual berkenaan boleh dirumuskan seperti berikut:

i. Kecuali Sabak Bernam (7.3%), daerah-daerah luar Wilayah Lembah Klang1

(Hulu Selangor, Kuala Selangor, Sepang dan Kuala Langat) mempunyai

komposisi penduduk umur kurang 5 tahun yang lebih tinggi, melebihi 9%

(9.1% - 10.5%) berbanding daerah-daerah di Wilayah Lembah Klang (8.0% -

8.2%).

ii. Kecuali daerah Sepang (26%), daerah-daerah di luar Wilayah Lembah Klang

(Hulu Selangor, Kuala Selangor, Kuala Langat dan Sabak Bernam) mempunyai

komposisi penduduk umur bersekolah lebih tinggi (30.2% - 33.2%) berbanding

daerah di Wilayah Lembah Klang (22.4% - 25.8%).

iii. Daerah di Wilayah Lembah Klang (Petaling, Gombak, Klang dan Hulu Langat)

mencatatkan peratusan penduduk umur bekerja yang lebih tinggi (60.0% -

63.4%) berbanding penduduk daerah di luar Wilayah Lembah Klang (47.7% -

59.3%).

iv. Daerah Hulu Langat, Petaling dan Sepang mempunyai penduduk belia melebihi

50% berbanding antara 43.3% hingga 47.9% bagi Kuala Selangor, Hulu

Selangor, Gombak, Klang and Kuala Langat.

v. Sabak Bernam mempunyai komposisi penduduk warga emas paling tinggi iaitu

11.9% manakala Sepang paling kecil iaitu 4.1%. Hulu Langat mempunyai 5.5%.

Lain-laian daerah mencatatkan warga emas pada kadar 6.1% hingga 7.1%.

1 Wilayah Lembah Klang merujuk kepada Daerah Petaling, Gombak, Klang dan Hulu Langat

Rajah A2.3: Piramid Penduduk Negeri Selangor Mengikut Kumpulan Umur Tahun 2000 dan 2010

Page 9: A2#:#PENDUDUK#&SUMBER#MANUSIA# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A2.0... · A1.0 Kepentingan Dan Hubungan Wilayah ... SUMBER MANUSIA A3.0

LAPORAN TINJAUAN Penduduk dan Perancangan Sumber Manusia

A2-7

Jadual A2.5: Komposisi Penduduk Mengikut Struktur Umur Mengikut Daerah, Selangor 2010 (Bilangan dalam '000) Daerah Sabak

Bernam Kuala

Selangor Hulu

Selangor Gombak Hulu

Langat Petaling Klang Kuala

Langat Sepang Jumlah

0-4 7,719 19,055 19,040 55,953 94,045 145,309 70,756 21,347 22,270 455,494

5-9 10,623 22,277 21,434 59,781 96,145 139,603 78,886 22,799 20,535 472,084

10-14 12,141 21,788 21,512 58,600 91,539 123,603 74,478 22,916 17,564 444,143

15-19 12,346 22,760 18,090 55,313 95,108 143,031 68,967 22,137 16,937 454,689

20-24 7,886 21,244 19,933 77,589 140,567 234,904 89,154 19,635 28,905 639,816

25-29 6,439 16,616 18,410 76,154 144,664 240,922 102,998 22,078 25,578 653,857

30-34 5,634 15,587 14,236 59,070 107,561 180,951 80,710 18,000 20,771 502,520

35-39 5,992 14,846 13,280 52,681 92,570 146,541 70,279 15,521 16,933 428,643

40-44 7,112 13,869 13,574 46,679 76,051 115,849 58,702 14,430 12,764 359,029

45-49 6,689 10,970 11,503 40,042 66,936 96,095 48,145 12,238 8,894 301,511

50-54 5,848 8,997 8,555 32,630 51,156 76,714 37,902 10,341 6,769 238,913

55-59 4,812 6,657 5,974 24,593 36,236 57,757 28,426 7,377 4,727 176,557

60-64 4,438 5,693 4,607 18,747 27,324 46,032 21,345 5,851 3,330 137,367

65-69 3,009 3,366 3,062 9,657 14,065 25,334 12,119 3,761 1,903 76,275

70-74 2,531 2,740 2,370 6,990 10,480 17,457 8,634 2,938 1,472 55,611

>75 2,557 3,128 2,553 7,749 12,138 22,532 9,689 3,279 2,009 65,634

Jumlah 105,777 209,590 198,132 682,226 1,156,585 1,812,633 861,189 224,648 211,361 5,462,141

Sumber: Kemaskini dari Taburan Penduduk Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan Mukim, Banci Pendududk dan Perumahan Malaysia 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia

Page 10: A2#:#PENDUDUK#&SUMBER#MANUSIA# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A2.0... · A1.0 Kepentingan Dan Hubungan Wilayah ... SUMBER MANUSIA A3.0

LAPORAN TINJAUAN Penduduk dan Perancangan Sumber Manusia

A2-8

Jadual A2.6: Taburan Komposisi Penduduk Mengikut Struktur Umur Mengikut Daerah, Selangor 2010 (Dalam Peratus ) Daerah Sabak

Bernam Kuala

Selangor Hulu

Selangor Gombak Hulu Langat Petaling Klang Kuala

Langat Sepang Jumlah

0-4 7.3 9.1 9.6 8.2 8.1 8.0 8.2 9.5 10.5 8.3

5-9 10.0 10.6 10.8 8.8 8.3 7.7 9.2 10.1 9.7 8.6

10-14 11.5 10.4 10.9 8.6 7.9 6.8 8.6 10.2 8.3 8.1

15-19 11.7 10.9 9.1 8.1 8.2 7.9 8.0 9.9 8.0 8.3

20-24 7.5 10.1 10.1 11.4 12.2 13.0 10.4 8.7 13.7 11.7

25-29 6.1 7.9 9.3 11.2 12.5 13.3 12.0 9.8 12.1 12.0

30-34 5.3 7.4 7.2 8.7 9.3 10.0 9.4 8.0 9.8 9.2

35-39 5.7 7.1 6.7 7.7 8.0 8.1 8.2 6.9 8.0 7.8

40-44 6.7 6.6 6.9 6.8 6.6 6.4 6.8 6.4 6.0 6.6

45-49 6.3 5.2 5.8 5.9 5.8 5.3 5.6 5.4 4.2 5.5

50-54 5.5 4.3 4.3 4.8 4.4 4.2 4.4 4.6 3.2 4.4

55-59 4.5 3.2 3.0 3.6 3.1 3.2 3.3 3.3 2.2 3.2

60-64 4.2 2.7 2.3 2.7 2.4 2.5 2.5 2.6 1.6 2.5

65-69 2.8 1.6 1.5 1.4 1.2 1.4 1.4 1.7 0.9 1.4

70-74 2.4 1.3 1.2 1.0 0.9 1.0 1.0 1.3 0.7 1.0

>75 2.4 1.5 1.3 1.1 1.0 1.2 1.1 1.5 1.0 1.2

Jumlah 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100

Sumber: Kemaskini dari Taburan Penduduk Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan Mukim, Banci Pendududk dan Perumahan Malaysia 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia

Page 11: A2#:#PENDUDUK#&SUMBER#MANUSIA# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A2.0... · A1.0 Kepentingan Dan Hubungan Wilayah ... SUMBER MANUSIA A3.0

LAPORAN TINJAUAN Penduduk dan Perancangan Sumber Manusia

A2-9

v. Penduduk Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan

Jadual A2.7 menunjukkan taburan penduduk mengikut kawasan pentadbiran Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT); 2 Majlis Bandaraya, 6 Majlis Perbandaran dan 4 Majlis

Daerah. Majlis Perbandaran Kajang adalah PBT yang mempunyai penduduk paling

ramai iaitu 808,786 atau 14.5% penduduk negeri. Ini adalah lebih tinggi dari penduduk

kedua-dua Majlis Bandaraya Shah Alam (558,308) dan Petaling Jaya (632,429). Dua

Majlis Perbandaran lain, Klang (757,965) dan Subang Jaya (725,070) juga mempunyai

penduduk yang lebih ramai dari kedua-dua Majlis Bandaraya. Majlis Perbandaran

Selayang (553,674) pula mempunyai saiz penduduk yang hampir sama dengan Majlis

Bandaraya Shah Alam.

Majlis Perbandaran Sepang adalah Majlis Perbandaran yang mempunyai saiz penduduk

paling kecil di kalangan Majlis Perbandaran. Saiz penduduknya seramai 211,361 adalah

lebih rendah dari saiz penduduk Majlis Daerah Kuala Langat (224,648). Majlis Daerah

Sabak Bernam mempunyai saiz penduduk yang paling kecil iaitu 105,777 atau hanya

1.9% jumlah penduduk negeri. Secara perbandingan dengan tahap pembangunan,

kawasan pentadbiran Majlis Daerah Sabak Bernam juga adalah kawasan yang paling

kurang membangun.

Jadual A2.7: Taburan Penduduk Mengikut Pihak Berkuasa Tempatan, 2010 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Bilangan Penduduk Peratus Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) 105,777 1.94

Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) 209,590 3.84

Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) 198,132 3.63

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 553,674 10.14

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 476,350 8.72

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 808,786 14.81

Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 725,070 13.27

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 558,308 10.22

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 632,479 11.58

Majlis Perbandaran Klang (MPK) 757,965 13.88

Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) 224,648 4.11

Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) 211,361 3.87

Jumlah 5,462,141 100.00

Sumber: Taburan Penduduk Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan Mukim, Bancian Penduduk

dan Perumahan Malaysia 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011

vi. Jumlah Nisbah Tanggungan

Nisbah Tanggungan menunjukkan perbandingan antara jumlah kelompok umur tidak

produktif dengan jumlah kelompok umur produktif. Jumlah nisbah tanggungan bagi

Negeri Selangor bagi tahun 2010 ditunjukkan dalam Jadual A2.8. Jumlah nisbah

Page 12: A2#:#PENDUDUK#&SUMBER#MANUSIA# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A2.0... · A1.0 Kepentingan Dan Hubungan Wilayah ... SUMBER MANUSIA A3.0

LAPORAN TINJAUAN Penduduk dan Perancangan Sumber Manusia

A2-10

tanggungan bagi Negeri Selangor menyusut dari 49.6% tahun 2000 ke 40.3% tahun

2010. Jadual ini menunjukkan pertambahan bilangan warga tua manakala warga muda

berkurangan. Ini memberikan gambaran penting untuk perancangan, khususnya

menyediakan kemudahan untuk warga tua di mana bilangan mereka akan meningkat

selaras dengan peningkatan jangka hayat penduduk. Antara yang perlu diberikan

perhatian adalah (i) kemudahan dalam pelbagai aspek bangunan untuk warga tua, (ii)

kemudahan rekreasi, (iii) kemudahan rawatan kesihatan, dan (iv) perkhidmatan

penjagaan

Jadual A2.8: Nisbah Tanggung Negeri Selangor 2000 dan 2010

Tahun 2000 2010

Jumlah NT 49.6 40.3

NT Warga Tua 3.9 5.1

NT Warga Muda 45.7 35.2

Sumber: Buletin Perangkaan Sosial Malaysia 2011, Jabatan Perangkaan Malaysia

A2.1.2 Sumber Manusia

Profil utama sumber manusia di Selangor ialah seperti di Jadual A2.9. Ia menunjukkan

kadar pengangguran di Selangor ialah pada kadar 3.2% pada tahun 2010.

Jadual A2.9 : Asas Utama Sumber Manusia, Selangor 2010

Sumber: Statistik Utama Selangor 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia.

i. Pekerjaan Mengikut Sektor Utama

Pada tahun 2010, sektor pembuatan mencatatkan sumbangan sebanyak 18.4%

berbanding 28.8% tahun 2000 (Jadual A2.10). Begitu juga dengan sektor pertanian,

hanya 2% tahun 2010 berbanding 4.8% tahun 2000. Sebaliknya sektor perkhidmatan

pula mencatatkan sumbangan yang meningkat dari 56.9% tahun 2000 kepada 65.5%

tahun 2010.

Penduduk 5,462.1 Tenaga Buruh (TB)('000) 3,899.0

Nisbah TB/P (%) 71.4

Pekerjaan ('000) 2,130.7

Pengangguran ('000) 72.2

Kadar Pengangguran (%) 3.2

Kadar Penyertaan T/B (%) 63.7

Nisbah E/P (%) 39.0

Nisbah Penduduk

Bekerja/Penduduk

45.5

Page 13: A2#:#PENDUDUK#&SUMBER#MANUSIA# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A2.0... · A1.0 Kepentingan Dan Hubungan Wilayah ... SUMBER MANUSIA A3.0

LAPORAN TINJAUAN Penduduk dan Perancangan Sumber Manusia

A2-11

Jadual A2.10 : Pekerjaan Negeri Selangor, 2010 Sektor Utama Bilangan ('000) % Dari ∑

Pertanian, Perhutanan dan Perikanan 43.3 2.0

Perlombongan dan Kuari 15.0 0.7

Pembuatan 391.3 18.4

Bekalan Elektrik, gas, wap dan pendingin udara 17.9 0.8

Bekalan Air, Pengurusan sisa & seumpamanya 10.5 0.5

Pembinaan 204.9 9.6

Perdagangan borong dan runcit 319.7 15.0

Pengangkutan dan Penyimpanan 147.0 6.9

Penginapan dan Perkhidmatan Sajian 131.7 6.2

Maklumat dan Komunikasi 81.7 3.8

Kewangan, Insuran dan Takaful 118.3 5.6

Hartanah 19.7 0.9

Profesional, saintifik dan teknikal 102.0 4.8

Pentadbiran dan khidmat sokongan 61.1 2.9

Pentadbiran Awam 153.6 7.2

Pendidikan 150.0 7.0

Kesihatan dan Kemanusiaan 51.9 2.4

Kesenian dan Hiburan 24.6 1.2

Perkhidmatan Lain 33.4 1.6

Isi Rumah 53.1 2.5

Jumlah 2,130.7 100.0

Sumber: Statistik Utama Selangor 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia,

Perubahan sumbangan sektor ini adalah selari dengan perubahan struktur ekonomi

negeri. Bagi negeri Selangor, antara 2000 hingga 2010, aktiviti ekonomi sektor

perkhidmatan telah meningkat (rujuk sektor asas ekonomi). Dalam pada itu, sektor

pertanian juga terus mencatatkan kurangan selari dengan sumbangan sektor ini di

peringkat nasional. Bagi sektor pembuatan, bilangan pekerjaan telah meningkat

walaupun sumbangan kepada jumlah pekerjaan susut sedikit berbanding tahun 2000.

Dari aspek subsektor secara bersendiri, sektor pembuatan masih mencatatkan

sumbangan terbesar kepada pekerjaan negeri dengan 18.4%, diikuti oleh sektor

perdagangan, borong dan runcit dengan 15%. Sektor pembinaan juga mencatatkan

bilangan pekerjaan yang tinggi iaitu 9.6%. Ini berlaku di Selangor disebabkan oleh

banyak aktiviti pembinaan yang sedang dilaksanakan semenjak berlaku perubahan

aktiviti pembinaan tahun 2006. Sektor lain yang menjadi antara penyumbang besar

adalah pentadbiran awam (7.2%), pendidikan (7.0%), pengangkutan dan penyimpanan

(6.9%) dan penginapan dan penyajian makanan (6.2%). Kedua-dua sektor terakhir ini

adalah antara sektor sokongan yang mengerakkan aktiviti pelancongan negeri dan

negara.

Page 14: A2#:#PENDUDUK#&SUMBER#MANUSIA# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A2.0... · A1.0 Kepentingan Dan Hubungan Wilayah ... SUMBER MANUSIA A3.0

LAPORAN TINJAUAN Penduduk dan Perancangan Sumber Manusia

A2-12

Pekerjaan negeri mencatatkan kadar pertumbuhan purata yang setara dengan kadar

pertumbuhan penduduk, iaitu 2.7%; meningkat dari 1,632 ribu kepada 2,130 ribu

(Jadual A2.11).

Jadual A2.11: Pekerjaan Negeri Selangor Mengikut Sektor Utama, 2000 - 2010

(Bilangan dalam '000) Sektor Utama 2000 2006 2010 ∆ KPPT

(%) Pertanian, Perhutanan,

Penternakan dan Perikanan

81.6 59.3 58.3 23.30 -3.4

Sekunder 621.8 673.5 596.2 25.60 -0.4

Tertiari/Perkhidmatan 928.7 1,284.9 1,476.2 547.50 4.6

Jumlah 1,632.1 2,017.7 2,130.7 498.60 2.7 Sumber: Statistik Utama Selangor 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia

Laporan Pemeriksaan, Rancangan Struktur Negeri Selangor 2002

ii. Taburan Tenaga Buruh Mengikut Daerah

Jadual A2.12 menunjukkan saiz tenaga buruh di Selangor. Tenaga buruh meningkat pada

kadar 1.9% berbanding kadar pertumbuhan penduduk dan kadar pertumbuhan

pekerjaan, masing-masing 2.7%. Implikasi perbezaan ini ditunjukkan oleh nisbah

Tenaga Buruh atas Penduduk yang susut dari 77% tahun 2000 kepada 71.4% tahun

2010.

Jadual A2.12: Saiz Tenaga Buruh Negeri Selangor Mengikut Daerah, 2000 -

2010(Bilangan dalam '000)

Petaling 1,026.2 31.8 1,333.5 34.2 2.6

Sumber: Statistik Utama Selangor 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia

Daerah

Saiz Tenaga Buruh KPPT (%) 2000 2010

Bilangan % Pada ∑ Bilangan % Pada ∑ Sabak Bernam 83.5 2.6 67.7 1.7 -2.1

Kuala Selangor 116.3 3.6 138.2 3.5 1.7

Hulu Selangor 108.6 3.4 129.3 3.3 1.7

Gombak 431.5 13.4 484.6 12.4 1.2

Hulu Langat 714.1 22.1 843.5 21.6 1.7

Klang 516.2 16.0 606.6 15.6 1.6

Kuala Langat 144.3 4.5 148.7 3.8 0.3

Sepang 84.5 2.6 146.8 3.8 5.5

Jumlah Tenaga Buruh (TB) 3,225.2 100.0 3,899.0 100.0 1.9

Penduduk (P) 4,188.9 5,462.1 2.7

Nisbah TB/P 77.0 71.4

Page 15: A2#:#PENDUDUK#&SUMBER#MANUSIA# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A2.0... · A1.0 Kepentingan Dan Hubungan Wilayah ... SUMBER MANUSIA A3.0

LAPORAN TINJAUAN Penduduk dan Perancangan Sumber Manusia

A2-13

iii. Pekerjaan Mengikut Daerah

Jadual A2.13 mencatatkan taburan pekerjaan di Selangor mengikut daerah bagi tahun

2000 dan 2010. Bilangan pekerjaan pada tahun 2010 adalah 2,130.7 ribu berbanding

1,632.0 ribu tahun 2000, meningkat pada kadar purata 2.7% setahun. Daerah Petaling

terus menjadi tumpuan pengusaha. Bilangan pekerjaan meningkat pada kadar purata

3.4% setahun antara tahun 2000 dan 2010. Sumbangan daerah ini kepeda pekerjaan

negeri terus meningkat dari 31.8% tahun 2000 kepada 34.2% tahun 2010.

Jadual A2.13: Pekerjaan Negeri Selangor Mengikut Daerah, 2000 - 2010 (Bilangan dalam '000)

Daerah\Tahun Bilangan Pekerjaan Peratusan Pada Jumlah KPPT

2000 2010 2000 2010 (%) Sabak Bernam 42.1 36.8 2.6 1.7 -1.3

Kuala Selangor 58.7 75.2 3.6 3.5 2.5

Hulu Selangor 54.8 70.3 3.4 3.3 2.5

Gombak 218.5 265.1 13.4 12.4 1.9

Hulu Langat 361.5 461.3 22.2 21.7 2.4

Petaling 519.5 729.3 31.8 34.2 3.4

Klang 261.4 331.8 16.0 15.6 2.4

Kuala Langat 72.8 80.9 4.5 3.8 1.1

Sepang 42.6 79.9 2.6 3.7 6.3

Jumlah 1,632.0 2,130.7 100.0 100.0 2.7

Sumber: Statistik Utama Selangor 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia

iv. Kadar Pengangguran Yang Rendah

Kadar pengangguran masih rendah di Negeri Selangor iaitu hanya 2.9% daripada jumlah

penduduk bekerja di Negeri Selangor. Manakala penduduk yang bekerja di luar daerah

hanya 11% sahaja. Walau bagaimanapun, program tertentu perlu diadakan agar

peratusan pengangguran tersebut dapat dikurangkan selaras dengan peningkatan

penduduk terutamanya di Daerah Hulu Langat, Petaling dan Klang. Rujuk jadual A2.14

bagi jumlah pengangguran dan penduduk pekerja di luar daerah Negeri Selangor.

Page 16: A2#:#PENDUDUK#&SUMBER#MANUSIA# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A2.0... · A1.0 Kepentingan Dan Hubungan Wilayah ... SUMBER MANUSIA A3.0

LAPORAN TINJAUAN Penduduk dan Perancangan Sumber Manusia

A2-14

Jadual A2.14: Pengangguran dan Penduduk Bekerja di Luar Daerah, Negeri Selangor Mengikut Daerah, 2010 (Bilangan dalam '000)

Daerah Penduduk Bekerja

Pekerjaan Pengangguran Bekerja Di Luar

Sabak Bernam 43.1 36.8 1.4 4.9

Kuala Selangor 88.0 75.2 2.9 9.9

Hulu Selangor 82.3 70.3 2.7 9.3

Gombak 308.7 265.1 8.8 34.9

Hulu Langat 537.3 461.3 15.3 60.7

Petaling 849.4 729.3 24.1 96.0

Klang 386.4 331.8 11.0 43.7

Kuala Langat 94.7 80.9 3.1 10.7

Sepang 93.5 79.9 3.1 10.6

Jumlah 2,483.7 2,130.7 72.3 280.7

Sumber: Statistik Utama Selangor 2010, Jabatan Perangkaan Ogos 2011

A2.2 UNJURAN A2.2.1 Unjuran Penduduk

Jumlah penduduk Negeri Selangor dianggar mencecah 9.0 juta pada tahun 2035 dengan

KPPT 2.0%. Daerah Petaling, Hulu Langat dan Klang yang menghampiri tahap

pembangunan tepu mencatatkan susutan kepada saiz sumbangan penduduk negeri.

Taburan penduduk mengikut daerah bagi tahun 2035 dinyatakan dalam Jadual A2.15

(bilangan), Rajah A2.4 dan Jadual A2.16 (peratusan). Kepadatan penduduk Negeri

Selangor mengikut daerah pada tahun 2035 adalah di antara 2 orang /hektar –

51 orang/hektar (Rajah A2.5).

Jadual A2.15: Unjuran Penduduk Negeri Selangor 2010 - 2035 - Taburan Mengikut

Daerah (Dalam '000 Orang) (Kaedah Perbandingan Nisbah Pekerjaan/Penduduk)

Daerah 2010 2015 2020 2025 2030 2035 KPPT (%)

Sabak Bernam 105.8 119.2 137.6 167.6 207.8 225.0 3.0

Kuala Selangor 209.6 236.2 268.3 304.7 340.8 369.0 2.3

Hulu Selangor 198.1 223.3 275.2 327.5 382.4 414.0 2.9

Gombak 682.2 768.8 942.6 1,127.3 1,271.8 1,377.1 2.8

Hulu Langat 1,156.6 1,303.4 1,431.2 1,553.9 1,662.5 1,800.2 1.8

Petaling 1,812.6 2,042.8 2,091.7 2,201.3 2,335.8 2,529.2 1.3

Klang 861.2 970.5 1,073.4 1,142.6 1,188.7 1,287.1 1.6

Kuala Langat 224.6 253.2 323.4 373.2 423.9 459.0 2.9

Sepang 211.4 238.2 337.2 418.9 498.7 540.0 3.8

Jumlah 5,462.1 6,155.6 6,880.6 7,617.0 8,312.5 9,000.8 2.0

Sumber: Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia

Page 17: A2#:#PENDUDUK#&SUMBER#MANUSIA# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A2.0... · A1.0 Kepentingan Dan Hubungan Wilayah ... SUMBER MANUSIA A3.0
Page 18: A2#:#PENDUDUK#&SUMBER#MANUSIA# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A2.0... · A1.0 Kepentingan Dan Hubungan Wilayah ... SUMBER MANUSIA A3.0

LAPORAN TINJAUAN Penduduk dan Perancangan Sumber Manusia

A2-16

Jadual A2.16: Unjuran Penduduk Negeri Selangor 2010 - 2035 - Taburan Mengikut Daerah (Dalam Peratusan) (Kaedah Perbandingan Nisbah Pekerjaan/Penduduk)

Daerah 2010 2015 2020 2025 2030 2035 Sabak Bernam 1.9 1.9 2 2.2 2.5 2.5

Kuala Selangor 3.8 3.8 3.9 4 4.1 4.1

Hulu Selangor 3.6 3.6 4 4.3 4.6 4.6

Gombak 12.5 12.7 13.7 14.8 15.3 15.3

Hulu Langat 21.2 21.4 20.8 20.4 20 20

Petaling 33.2 32.3 30.4 28.9 28.1 28.1

Klang 15.8 15.7 15.6 15.0 14.3 14.3

Kuala Langat 4.1 4.4 4.7 4.9 5.1 5.1

Sepang 3.9 4.2 4.9 5.5 6 6

Jumlah 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0

Sumber: Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia

A2.2.2 Unjuran Isi Rumah dan Saiz Isi Rumah

Saiz isi rumah bagi Negeri Selangor diunjur semakin mengecil sehingga tahun 2035.

Secara purata, saiz purata isi rumah negeri ini pada tahun 2035 dijangka mengecut

kepada 3.9 orang. Hanya daerah Hulu Langat dijangka mengalami kenaikan saiz isi

rumah tahun 2015. Daerah Kuala Selangor dan Kuala Langat dijangka berada pada aras

tertinggi iaitu 4.2 orang manakala Daerah Petaling terendah; 3.7 orang (Jadual A2.17).

Jadual A2.17: Saiz Purata Isi Rumah Negeri Selangor mengikut Daerah, 2010 - 2035

Daerah 2010 2015 2020 2025 2030 2035 Sabak Bernam 4.3 4.2 4.2 4.1 4.1 4.0

Kuala Selangor 4.5 4.4 4.4 4.3 4.2 4.2

Hulu Selangor 4.3 4.2 4.2 4.1 4.1 4.0

Gombak 4.1 4.1 4.1 4.0 4.0 3.9

Hulu Langat 4.0 4.1 4.1 4.0 4.0 3.9

Petaling 3.9 3.9 3.9 3.8 3.8 3.7

Klang 4.3 4.3 4.2 4.2 4.1 4.1

Kuala Langat 4.5 4.4 4.4 4.3 4.2 4.2

Sepang 4.3 4.2 4.2 4.1 4.1 4.0

Selangor 4.1 4.1 4.1 4.0 4.0 3.9

Sumber: Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia

Page 19: A2#:#PENDUDUK#&SUMBER#MANUSIA# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A2.0... · A1.0 Kepentingan Dan Hubungan Wilayah ... SUMBER MANUSIA A3.0
Page 20: A2#:#PENDUDUK#&SUMBER#MANUSIA# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A2.0... · A1.0 Kepentingan Dan Hubungan Wilayah ... SUMBER MANUSIA A3.0

LAPORAN TINJAUAN Penduduk dan Perancangan Sumber Manusia

A2-18

Unjuran bilangan isi rumah Negeri Selangor dinyatakan dalam Jadual A2.18. Dengan saiz

purata isi rumah mengecil kepada 3.9 orang, jumlah bilangan isi rumah dianggarkan

sebanyak 2.3 juta tahun 2035. Secara purata bilangan isi rumah negeri meningkat pada

kadar purata 2.1% setahun.

Jadual A2.18: Bilangan Isi Rumah Negeri Selangor Mengikut Daerah, 2010 - 2035 (Bilangan dalam '000)

Daerah 2010 2015 2020 2025 2030 2035 Sabak Bernam 24.8 28.4 32.8 40.9 50.7 56.3

Kuala Selangor 46.6 53.7 61.0 70.9 81.1 87.9

Hulu Selangor 45.7 53.2 65.5 79.9 93.3 103.5

Gombak 167.7 187.5 229.9 281.8 318.0 353.1

Hulu Langat 288.5 317.9 349.1 388.5 415.6 461.6

Petaling 466.9 523.8 536.3 579.3 614.7 683.6

Klang 202.0 225.7 255.6 272.0 289.9 313.9

Kuala Langat 49.8 57.5 73.5 86.8 100.9 109.3

Sepang 49.0 56.7 80.3 102.2 121.6 135.0

Jumlah 1,341.0 1,504.4 1,683.9 1,902.2 2,085.8 2,304.1 Sumber: Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia

Kedua-dua jadual di atas memberikan gambaran kepada keperluan menyediakan lebih

banyak unit kediaman di masa hadapan. Dengan andaian penyediaan satu unit

kediaman/rumah bagi setiap keluarga (isi rumah), bermakna pada tahun 2035, Selangor

perlu mempunyai sebanyak 2.304 juta unit kediaman/rumah. Dengan isi rumah

melepasi 4 menunjukkan bahawa Selangor memerlukan unit-unit kediaman dengan

sekurang-kurangnya 3 bilik tidur. Antara tahun 2010 hingga 2035, Selangor

memerlukan tidak kurang 964 ribu unit kediaman untuk memastikan setiap keluarga

mendiami sebuah rumah/unit kediaman. Daerah Petaling masih memerlukan unit

kediaman yang paling banyak dengan tambahan sebanyak 216 ribu atau 22.4% dari

jumlah keperluan masa hadapan. Gombak dan Hulu Langat juga mencatatkan keperluan

unit kediaman yang tinggi iaitu 185 ribu dan 173 ribu masing-masing.

Dua daerah yang dijangka menerima penduduk yang meningkat relatif tinggi ialah Kuala

Langat, Sepang dan Hulu Selangor. Walaupun bilangan unit kediaman yang diperlukan

adalah 59 ribu, 86 ribu dan 58 ribu masing-masing, tambahan ini adalah melebihi sekali

ganda bilangan semasa. RSN perlu mengambil kira keperluan ini supaya mampu

menampung permintaan masa hadapan. Tidak ketinggalan juga perhatian bagi Daerah

Klang dengan keperluan tambahan 112 ribu unit kediaman tambahan.

Page 21: A2#:#PENDUDUK#&SUMBER#MANUSIA# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A2.0... · A1.0 Kepentingan Dan Hubungan Wilayah ... SUMBER MANUSIA A3.0

LAPORAN TINJAUAN Penduduk dan Perancangan Sumber Manusia

A2-19

A2.2.3 Unjuran Guna Tenaga dan Pekerjaan

Unjuran pekerjaan dan nisbah pekerjaan/penduduk dinyatakan dalam Jadual A2.19

berikut. Antara tahun 2010 dan 2035 bilangan pekerjaan Negeri Selangor diunjurkan

meningkat pada kadar purata 2.8%. Kadar pertumbuhan ini adalah tinggi secara

perbandingan. Bilangan penduduk bekerja juga meningkat dengan nisbah pekerjaan dan

penduduk meningkat kepada 0.48 tahun 2035

Jadual A2.19: Unjuran Guna Tenaga dan Pekerjaan, Selangor, 2010 - 2035

Perkara 2010 2015 2020 2025 2030 2035 Jumlah Penduduk

('000) 5,462.1 6,155.6 6,880.6 7,617.0 8,312.5 9,000.8

Kadar Penyertaan

Tenaga Buruh 64.6 67.27 71.1 74.4 76.8 78.5

Jumlah Pekerjaan

('000) 2,130.7 2,501.6 2,965.7 3,433.2 3,861.2 4,276.8

Nisbah

Pekerjaan/Penduduk 0.39 0.41 0.43 0.45 0.46 0.48

Sumber: Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia

Nota: Untuk tujuan unjuran, kadar penyertaan tenaga buruh dikira berdasarkan nisbah jumlah pekerjaan

dengan penduduk umur bekerja. KPTB tahun 2010 telah diselaraskan untuk disesuaikan dengan kaedah ini.

Jadual A2.20 berikut mencatatkan unjuran pekerjaan mengikut sektor pekerjaan utama

dari tahun 2010 hingga 2035.

Jadual A2.20: Unjuran Pekerjaan Mengikut Sektor Pekerjaan Utama, 2035 Tahun 2010 2035

Sektor Utama Bilangan % Dari ∑ Bilangan % Dari ∑ ('000) ('000)

Pertanian, Perhutanan dan

Perikanan 43.3 2.0 30.9 0.7

Perlombongan dan Kuari 15.0 0.7 15.1 0.4

Pembuatan 391.3 18.4 454.6 10.6

Bekalan Elektrik, gas, wap dan

pendingin udara 17.9 0.8 36.1 0.8

Bekalan Air, Pengurusan sisa &

seumpamanya 10.5 0.5 20.2 0.5

Pembinaan 204.9 9.6 210.4 4.9

Perdagangan borong dan runcit 319.7 15.0 766.4 17.9

Pengangkutan dan Penyimpanan 147.0 6.9 303.3 7.1

Penginapan dan Perkhidmatan

Sajian 131.7 6.2 388.8 9.1

Maklumat dan Komunikasi 81.7 3.8 190.2 4.4

Profesional, saintifik dan teknikal 102.0 4.8 265.9 6.2

Pentadbiran dan khidmat

sokongan 61.1 2.9 165.1 3.9

Page 22: A2#:#PENDUDUK#&SUMBER#MANUSIA# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A2.0... · A1.0 Kepentingan Dan Hubungan Wilayah ... SUMBER MANUSIA A3.0

LAPORAN TINJAUAN Penduduk dan Perancangan Sumber Manusia

A2-20

Jadual A2.20: Unjuran Pekerjaan Mengikut Sektor Pekerjaan Utama, 2035 (Samb..)

Tahun 2010 2035 Pentadbiran Awam 153.6 7.2 266.2 6.2

Pendidikan 150.0 7.0 321.7 7.5

Kesihatan dan Kamanusiaan 51.9 2.4 123.1 2.9

Kesenian dan Hiburan 24.6 1.2 54.6 1.3

Perkhidmatan Lain 33.4 1.6 67.2 1.6

Isi Rumah 53.1 2.5 295.0 6.9

Jumlah 2,130.7 100.0 4,276.8 100.0

Kadar Pertumbuhan Purata Tahunan (%)

2.8

Sumber: Statistik Utama Selangor 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia

Pekerjaan sektor perkhidmatan dijangka meningkat dengan ketara dengan sumbangan

utama sektor perdagangan, borong dan runcit (17.9%). Selangor yang bergerak ke arah

pertumbuhan sektor perkhidmatan akan menyaksikan sumbangan sektor pembuatan

susut kepada 10.6% tahun 2035.

A2.3 INDIKATOR DAN SASARAN

Tiga indikator sebagai asas sasaran penduduk adalah (i) jangka hayat, (ii) saiz isi rumah

dan (iii) kadar penyertaan tenaga buruh (Jadual A2.21). Pencapaian semasa beberapa

negara dijadikan penanda aras bagi indikator berkenaan. RSN mencadangkan bagi tahun

2035, Selangor mengambil pakai penanda aras semasa bagi Negara Korea iaitu 80 tahun

sebagai sasaran jangka hayat penduduk Selangor. Sasaran ini boleh dicapai

memandangkan jangkahayat semasa Malaysia adalah 72 bagi Lelaki dan 76 bagi

Perempuan (rujuk maklumat terkini Jabatan Perangkaan, Jun 2013). Korea juga

mencatatkan pergerakan yang sama bagi tempuh masa yang hampir sama bagi

mencatatkan jangka hayat kini 80 tahun.

Bagi saiz isi rumah, RSN mencadangkan Selangor pada tahun 2035 mengekalkan

struktur keluarga median mengandungi ibu, bapa dan 2 anak dengan purata lain

melibatkan sebahagian keluarga bersendiri, keluarga anak lebih dari dua dan isi rumah

bersama (kongsi rumah). Dengan mengambilpakai saiz isi rumah yang disasarkan, ia

akan memastikan perancangan unit kediaman masa hadapan akan selari dengan

keperluan.

Selangor dicadangkan mengambil pakai sasaran yang lebih tinggi daripada kebanyakan

negara maju bagi kadar penyertaan tenaga buruh. Sasaran ini adalah untuk memastikan

Malaysia akan (i) mengurangkan pergantungan kepada tenaga kerja asing di masa

Page 23: A2#:#PENDUDUK#&SUMBER#MANUSIA# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A2.0... · A1.0 Kepentingan Dan Hubungan Wilayah ... SUMBER MANUSIA A3.0

LAPORAN TINJAUAN Penduduk dan Perancangan Sumber Manusia

A2-21

hadapan (ii) memungkinkan isi rumah bekerja yang lebih tinggi iaitu 2.1 orang, dan (iii)

mengekalkan guna tenaga penuh (iaitu pengangguran kurang 2.0%2)

Jadual A2.21: Indikator, Pencapaian dan Sasaran Sektor Penduduk dan Perancangan Sumber Manusia

Indikator Penanda Aras (Amalan Terbaik)

Pencapaian Semasa (2012)

Sasaran Tahun 2035

Jangka Hayat

Penduduk (Tahun)

US = 79.9

Japan = 82.7

Korea = 80.0

Sweden = 80.9

UK = 79.9

Australia = 81.4

Wanita = 77

Lelaki = 71.5

Purata = 73

Purata = 80.0

Saiz Isi Rumah 4.03 4.1 3.9

Kadar penyertaan

tenaga buruh

63.9 (US 2012)

64.1% (US 2011)

58.7% (Japan 2011)

61.1% (Korea)

65.1% (Sweden)

63.2% (UK)

66.5% (Australia)

64.2% (Malaysia)

63.7% 65.4%

79%

(jika sasar

0%

pengangguran)

Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035

Nota: Penanda Aras (Amalan Terbaik) adalah merupakan satu ukuran yang menunjukkan prestasi indikator

yang terbaik bagi sesebuah negeri /negara

A2.5 CADANGAN AM

Bagi menangani isu-isu yang disebut, cadangan-cadangan yang disediakan melibatkan

pelbagai sektor perancangan termasuk kemudahan masyarakat, pengangkutan dan

ekonomi. Antara cadangan RSN adalah;

i. Memastikan Penduduk Mendapat Kemudahan Yang Mencukupi Bagi memastikan penduduk masa hadapan mendapat segala kemudahan yang baik dan

mencukupi, RSN perlu merancang untuk

a) menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk umur bekerja

b) menyediakan unit kediaman/ rumah yang mencukupi untuk memastikan setiap

keluarga mendiami satu rumah

c) menyediakan pelbagai kemudahan sosial yang mencukupi

d) menyediakan kemudahan riadah dan rekreasi

e) menyediakan prasarana pengangkutan dan perjalanan yang cekap

2 Guna tenaga penuh merujuk kepada Kadar Pengangguran kurang dari 2%. Bagaimanapun ada juga

ekonomis/jabatan/kerajaan/negara yang merujuk kepada kadara pengangguran kurang 2.5%. 3 Ini berdasarkan satu keluarga bapa, ibu dan 2 anak. Tiada tanda aras piawai.

Page 24: A2#:#PENDUDUK#&SUMBER#MANUSIA# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A2.0... · A1.0 Kepentingan Dan Hubungan Wilayah ... SUMBER MANUSIA A3.0

LAPORAN TINJAUAN Penduduk dan Perancangan Sumber Manusia

A2-22

ii. Tebaran pembangunan aktiviti ekonomi ke luar kawasan tumpuan semasa

Matlamat cadangan ini adalah bagi menjana peluang pekerjaan di kawasan luar daerah

tumpuan. Sasaran adalah untuk mengekang penghijrahan berskala besar keluar

penduduk dari daerah kurang maju ke daerah yang kepadatan penduduk adalah tinggi.

Dengan menjana aktiviti ekonomi dan meluaskan peluang pekerjaan di daerah-daerah

kurang maju, ia akan melaksanakan serampang dua mata; (i) mengurangkan kesesakan

di daerah-daerah Wilayah Lembah Klang dan (ii) meningkatkan ekonomi daerah-daerah

berkenaan.

iii. Latihan kemahiran dalam bidang terkini dan masa hadapan Objektif cadangan ini adalah menjana kemampuan penduduk di daerah luar kawasan

tumpuan menjana peluang ekonomi dan pendapatan. Antaranya menyediakan

perkhidmatan persendirian dan teknikal, menjalankan aktiviti pembuatan dan

meneroka khidmat teknologi maklumat tanpa perlu berhijrah di kawasan yang padat

penduduk. Disamping itu, ia akan menggalakkan penjanaan pekerjaan tampung diri,

khususnya oleh belia dan tenaga kerja muda. Yang penting adalah untuk menyediakan

tenaga kerja menyokong dan memacu aktiviti ekonomi dan pekerjaan masa hadapan.

Implikasi kepada pelaksanaan cadangan ini adalah mengurangkan penghijrahan untuk

mendapat pekerjaan dan menjana pekerjaan untuk tenaga kerja di daerah luar Wilayah

Lembah Klang kekal menetap di daerah masing-masing.

iv. Tingkat kemudahan dan khidmat penjagaan warga emas Memandangkan saiz kumpulan warga emas mencatatkan tren peningkatan, negeri ini

perlu meningkatkan lagi kemudahan bagi menangani keperluan kumpulan penduduk

ini. Antaranya

a) menyediakan keperluan pelbagai kemudahan dalam bangunan yang mesra warga

emas,

b) menyediakan keperluan untuk beriadah dan rekreasi sesuai untuk kegunaan warga

emas,

c) menyediakan kemudahan untuk rawatan kesihatan, dan

d) menyediakan keperluan perkhidmatan penjagaan, terutamanya bagi kumpulan

warga emas yang bersendirian dan kurang kemampuan

Selain dari perkhidmatan kesihatan, kemudahan-kemudahan rekreasi, penjagaan dan

sosial perlu juga ditingkatkan, terutama bagi penduduk yang kurang berkemampuan.

Page 25: A2#:#PENDUDUK#&SUMBER#MANUSIA# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A2.0... · A1.0 Kepentingan Dan Hubungan Wilayah ... SUMBER MANUSIA A3.0

LAPORAN TINJAUAN Penduduk dan Perancangan Sumber Manusia

A2-23

iv. Program Pembangunan Belia Selain menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk-penduduk umur

bekerja muda, dicadangkan juga dilaksanakan program pembangunan dan jati diri

untuk belia. Matlamat program haruslah menjurus kepada membina masyarakat belia

yang bersatu, dinamik, progresif dan berdaya maju. Selain program rekreasi dan sosial,

program latihan kemahiran juga perlu dikembangkan untuk memastikan belia masa kini

akan mampu berdaya saing pada masa hadapan.

v. Kajian Keperluan Tenaga Kerja Masa Hadapan Kerajaan Negeri Selangor dicadang menjalankan satu kajian terperinci keperluan tenaga

kerja masa hadapan. Kini terdapat perubahan dari segi pendekatan kepada pelaksanaan

aktiviti ekonomi; pergerakan dan aksesibiliti pekerjaan, teknologi, K-Ekonomi dan

penggunaan ruang siber selain perubahan struktur ekonomi kepada sektor

perkhidmatan. Aktiviti ekonomi masa hadapan memerlukan tenaga kerja yang

berkemahiran tinggi khususnya penjanaan ruang siber dan teknologi maklumat. Oleh

kerana kajian RSN tidak mengkhususkan kepada struktur-struktur berkenaan, tiada

maklumat lengkap berkaitan bilangan aktiviti, tenaga kerja, struktur pendidikan dan

latihan dan struktur masa hadapan ekonomi. Oleh yang demikian, dicadangkan satu

kajian terperinci berkaitan perkara ini bagi menyedia dan menyiapkan negeri ini

sebagai pemacu ekonomi masa hadapan Malaysia.