hc dalam hubungan kerjasama... · mindanao dan palawan ... sebahagian kawasan di pulau borneo...

24
HC 441 J54 1997

Upload: lekhue

Post on 25-Mar-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HC dalam hubungan kerjasama... · Mindanao dan Palawan ... sebahagian kawasan di Pulau Borneo dengan keluasan ... Sumber-sumber alam seperti hutan hujan. tropika yang membekalkan

HC 441 J54 1997

Page 2: HC dalam hubungan kerjasama... · Mindanao dan Palawan ... sebahagian kawasan di Pulau Borneo dengan keluasan ... Sumber-sumber alam seperti hutan hujan. tropika yang membekalkan

Pusat Khiäeat MaklamtAkadea& UMVERSIT[ MALAYSIA SARAWAK

MALAYSIA DALAM HUBUNGAN KERJASAMA EKONOMI INTRA-WILAYAH ASEAN

(BIMP-EAGA) P. KNIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK

IlIh III 11IIIIIIIIIN 1000246038

JENNIKSON LOJEM

Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat pengijazahan Sarjanamuda Sains Sosial Dengan Kepujian

Kajian Antarabangsa (SSA)

Page 3: HC dalam hubungan kerjasama... · Mindanao dan Palawan ... sebahagian kawasan di Pulau Borneo dengan keluasan ... Sumber-sumber alam seperti hutan hujan. tropika yang membekalkan

PENGHARGAAN

Latihan ilmiah ini telah disiapkan hasil daripada gabungan tenaga dan nasihat

daripada ramai pihak. Syukur ke hadrat ilahi kerana atas rahmat dan berkatnya, siaplah latihan ilmiah

yang tidak sepertinya ini.

Setinggi-setinggi penghargaan saya tujukan kepada Encik Tan Was tunjuk ajar,

bimbingan serta kesabaran yang ditunjukkan sepanjang penyelarasan latihan ilmiah

ini .

Tanpa beliau, latihan ilmiah ini pastinya tidak akan sempurna.

Seterusnya, tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada keluarga tercinta

yang sentiasa mendoakan kejayaan dalam apa jua kerjaya yang saya ceburi.

Begitu juga ucapan penghargaan tidak terhingga saya tujukan kepada

kakitangan-kakitangan Pusat Sumber Unimas yang banyak membantu dengan sedaya

upaya dalam mendapatkan bahan bagi latihan ilmiah im.

Penghargaan khas turut saya tujukan buat Alicer A., di atas motivasi yang tidak

pernah pudar, kepada Michael, Raynoom, Juan, Ding S. Y dan M. Ali atas jasa yang

tidak terhingga nilainya yang berbentuk bantuan serta tunjuk-ajar teknikal yang

diberikan dengan penuh ikhlas dan sabar. Akhir sekali, salam hormat saya ajukan

kepada individu-individu dan kumpulan-kumpulan yang secara langsung dan tidak

langsung membantu dalam menjayakan penulisan ini.

1

Page 4: HC dalam hubungan kerjasama... · Mindanao dan Palawan ... sebahagian kawasan di Pulau Borneo dengan keluasan ... Sumber-sumber alam seperti hutan hujan. tropika yang membekalkan

ABSTRAK

BIMP-EAGA merupakan kerjasama ekonomi intra wilayah ASEAN yang ketiga

selepas SIJORI dan IMT-GT. Kajian ini meninjau kerjasama Malaysia, khususnya

Malaysia Timur, dengan wilayah-wilayah yang terlibat dalam BIMP-EAGA.

Penglibatan Malaysia dalam segitiga pertumbuhan BIMP-EAGA akan dapat

memaksimakan potensi pembangunannya. la dapat direalisasikan dengan

mengembleng sumber-sumber ekonomi tempatan seperti sumber hutan, galian dan

kepakaran yang melengkapi sumber-sumber ekonomi di wilayah-wilayah lain dan

sebaliknya. Dalam konteks tersebut, Malaysia sedang dan terus merancang untuk

mewujudkan hubungan ekonomi dua hala dan pelbagai hala dengan semua wi. layah

dalam BIMP-EAGA. Setakat ini, Malaysia nampaknya melibatkan din secara aktif

dalarn bidang-bidang kerjasama BIMP-EAGA terutarnanya dalarn sektor

pelancongan, pembentukan kewangan, industri agro dan pembanýýunan suinbýr

manusia. Bagaimanapun, bidang-bidang lain turut diberi penekanan. Pada masa ini,

beberapa cabaran dalaman dan luaran sedikit sebanyak menghalang penglibatan

Malaysia secara menyeluruh dalam semua bidang kerjasama BIMP-EAGA

terutamanya dari aspek infrastruktur seperti kemudahan jalan pengangkutan dan

penghubungan dengan wiläyah-wilayah BIMP-EAGA yang lain. Dalam jangka masa

panjang, bagaimanapun, Malaysia dijangka mampu sebagai salah sebuah negara yang

memainkan peranan lebih aktif dan efektif dalam BIMP-EAGA yang seterusnya akan

merealisasikan projek ekonomi ASEAN di peringkat yang lebih besar seperti AFTA.

11

Page 5: HC dalam hubungan kerjasama... · Mindanao dan Palawan ... sebahagian kawasan di Pulau Borneo dengan keluasan ... Sumber-sumber alam seperti hutan hujan. tropika yang membekalkan

ABSTRACT

BIMP-EAGA is ASEAN's third intra-regional economic cooperation after SIJORI

and IMT-GT. This study examines the involvement of Malaysia (specifically East

Malaysia) with other states participating in BIMP-EAGA. East Malaysia will be able

to maximise its development potentials by participating in the growth triangle. This

can be achieved by a common pooling of domestic economic resources such as forest

resources, minerals and skills that complement the economics topography of other

areas involved in BIMP-EAGA. In this context, Malaysia is and plans to establish

bilateral and multilateral economic relations with other areas of BIMP-EAGA.

Hitherto, Malaysia appears to be actively involved in different areas of cooperations

in BIMP-EAGA, e. g; tourism, financial formation, agro-industry, human resource

development and others. At present, some internal and external constraints appear to

have restricted Malaysia's full involvement in all areas of cooperation in BIMP-

EAGA. In the long run, however, Malaysia is expected to play a more effective role

in BIMP-EAGA, hopefully to help contribute to the realisation of bigger ASEAN

economic project such as AFTA.

111

Page 6: HC dalam hubungan kerjasama... · Mindanao dan Palawan ... sebahagian kawasan di Pulau Borneo dengan keluasan ... Sumber-sumber alam seperti hutan hujan. tropika yang membekalkan

Pusat ICh3cýmat Ma U kiumatAýde ý[i7 MALAYSIA SARAýy, ý

KANDUNGAN

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

SENARAI JADUAL

SENARAI PETA DAN GAMBARAJAH

GLOSARI

SENARAI LAMPIRAN

BAB 1: PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Kenyataan Masalah

1.3 Objektif Kajian

1.4 Skop Kajian

1.5 Kaedah Kajian

1.6 Kajian Lepas

1.7 Rangka Teori

1.8 Limitasi Kajian

1

11

111

X

xi

XII

xv

1

6

6

7

7

9

12

14

iv

Page 7: HC dalam hubungan kerjasama... · Mindanao dan Palawan ... sebahagian kawasan di Pulau Borneo dengan keluasan ... Sumber-sumber alam seperti hutan hujan. tropika yang membekalkan

1.9 Sumbangan Kajian 15

BAB 2: BIMP-EAGA

2.1 Pengenalan 16

2.2 Struktur Organisasi 19

2.3 Bidang-Bidang Kerjasama 21

2.3.1 Pelancongan 22

2.3.2 Perhubungan Udara 23

2.3.3 Perkhidmatan Perkapalan Serta Pengangkutan Dan Perhubungan Laut 24

2.3.4 Kerjasama Perikanan 25

2.3.5 Industri Agro 25

2.3.6 Perhutanan 26

2.3.7 Bahan Binaan Dan Pembinaan 26

2.3.8 Perkhidmatan Kewangan Dan Formasi Modal 27

2.3.9 Tenaga 27

2.3.10 Telekomunikasi 27

2.3.11 Pembangunan Sumber Manusia 28

2.3.12 Mobiliti Penduduk 28

Page 8: HC dalam hubungan kerjasama... · Mindanao dan Palawan ... sebahagian kawasan di Pulau Borneo dengan keluasan ... Sumber-sumber alam seperti hutan hujan. tropika yang membekalkan

2.3.13 Pengurusan Dan Perlindungan Alam Sekitar 29

2.4 Bank Pembangunan Asia 30

2.5 Kesimpulan 31

BAB 3: KAWASAN-KAWASAN PERTUMBUHAN ASEAN AWAL (SATU PERBANDINGAN)

3.1 Pengenalan 33

3.2 Segi Tiga Pertumbuhan Singapura, Johor Dan Riau (SIJORI) 33

3.3 Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia, Thailand (IMT-GT) 39

3.4 Kesimpulan 45

BAB 4: MALAYSIA DALAM BIMP-EAGA

4.1 Faktor-Faktor Yang Mendorong Penglibatan Malaysia 46

4.1.2 Kedudukan Geografi 46

4.1.3 Meningkatkan Hubungan Kerjasama Ekonomi 47

4.1.4 Persamaan Budaya Dan Sosial 48

4.1.5 Keperluan Untuk Meningkatkan Ekonomi 48

vi

Page 9: HC dalam hubungan kerjasama... · Mindanao dan Palawan ... sebahagian kawasan di Pulau Borneo dengan keluasan ... Sumber-sumber alam seperti hutan hujan. tropika yang membekalkan

4.1.6 Pertumbuhan Yang Memberangsangkan Dalam 49 SIJORI Dan IMT-GT

0

4.2 Pembangunan M-EAGA

4.2.1 Sarawak

4.2.2 Sabah

4.2.3 Labuan

4.3 Kesimpulan

BAB 5: PENGLIBATAN MALAYSIA DALAM BIMP-EAGA

5.1 Pengenalan

5.2 Bidang-Bidang Kerjasama

50

52

61

67

73

74

74

5.2.1 Perkhidmatan Kewangan Dan Formasi Modal 74

5.2.2 Pelancongan

5.2.3 Pembangunan Sumber Manusia

5.2.4 Perkhidmatan Perkapalan, Pengangkutan Dan Perhubungan Laut

5.2.5 Kerjasama Perikanan

5.2.6 Industri Agro

5.2.7 Perhutanan

75

78

82

83

84

86

Vll

Page 10: HC dalam hubungan kerjasama... · Mindanao dan Palawan ... sebahagian kawasan di Pulau Borneo dengan keluasan ... Sumber-sumber alam seperti hutan hujan. tropika yang membekalkan

5.2.8 Tenaga

5.2.9 Telekomunikasi

5.2.10 Perhubungan Udara

5.2.11 Mobiliti Penduduk

88

89

90

91

5.2.12 Pengurusan Alam Sekitar 92

5.3 Agensi-Agensi Yang Terlibat Dalam Aktiviti BIMP-EAGA 93

5.4 Kesimpulan 98

BAB 6: BIMP-EAGA - SERAMPANG DUA MATA

6.1 Pengenalan

6.2 Kesimpulan

BAB 7: CABARAN DAN PROSPEK

7.1 Pengenalan

7.1.1 Fungsi Dan Struktur Ekonomi

7.1.2 Sumber Manusia

7.1.3 Infrastruktur Fizikal

7.1.4 Sumber Semulajadi

100

104

107

107

108

109

109

V111

Page 11: HC dalam hubungan kerjasama... · Mindanao dan Palawan ... sebahagian kawasan di Pulau Borneo dengan keluasan ... Sumber-sumber alam seperti hutan hujan. tropika yang membekalkan

7.2 Prospek 110

7.2.1 Peluang-Peluang Pelaburan Dan Usahasama 110

7.2.2 Hubungan Perdagangan Yang Lebih Luas 112

7.3 Kesimpulan 113

BAB 8: KESIMPULAN

LAMPIRAN

BIBLIOGRAFI

114

120

128

ix

Page 12: HC dalam hubungan kerjasama... · Mindanao dan Palawan ... sebahagian kawasan di Pulau Borneo dengan keluasan ... Sumber-sumber alam seperti hutan hujan. tropika yang membekalkan

SENARAI JADUAL

Jadual 1.1 Keluaran Dalam Negara Kasar Mengikut Negeri, 1990-200 4

Jadual 2.1 Bidang-Bidang Kerjasama BIMP-EAGA 20

Jadual 3.1 Luas Dan Jumlah Penduduk Dalam IMT-GT 41

Jadual 4.1 Petunjuk Tingkat Upah - EAGA Dan Perbandingan 50

Jadual 4.2 Petunjuk-Petunjuk Ekonomi Dan Sosial BIMP-EAGA 52

Jadua14.3 Peruntukan Dan Perbelanjaan Pembangunan Kerajaan Perkekutuan Mengikut Negeri, 1991-2000 53

Jadual 4.4 Infrastruktur Perindustrian Sarawak 56

Jadual 4.5 Peruntukan Aktiviti Dalam KKIP 64

Jadua15.1 Kementerian Yang Bertanggungjawab Bagi Pengurusan

Bidang-Bidang Kerjasama BIMP-EAGA Di Malaysia 95

Jadual 5.2 Agensi-Agensi Negeri Sarawak Yang Terlibat Dalam

BIMP-EAGA 98

Jadual 6.1 Anggaran Pelaburan Berdasarkan MoU-MoU Yang Telah Ditandatangani Dengan Firma Malaysia Dalam Kawasan BIMP-EAGA 112

X

Page 13: HC dalam hubungan kerjasama... · Mindanao dan Palawan ... sebahagian kawasan di Pulau Borneo dengan keluasan ... Sumber-sumber alam seperti hutan hujan. tropika yang membekalkan

SENARAI PETA

Peta 1: Peta menunjukkan Kedudukan Geografi Malaysia Barat Dan Malaysia Timur 2

Peta 2: Kawasan BIMP-EAGA 17

SENARAI GAMBARAJAH

Gambarajah 2.1: Proses Aktiviti Dalam BIMP-EAGA 22

X1

Page 14: HC dalam hubungan kerjasama... · Mindanao dan Palawan ... sebahagian kawasan di Pulau Borneo dengan keluasan ... Sumber-sumber alam seperti hutan hujan. tropika yang membekalkan

GLOSSARI

1. ADB - Asian Development Bank

2. AFTA - ASEAN Free Trade Area

3. ARMM - Autonomous Region of Muslim Mindanao

4. ASEAN - Association of South East Asian

5. BIMP-EAGA - Brunei-Indonesia-Malaysia-Philiipine-East ASEAN Growth Area

6. CEPT - Common Effective Preference Tariff

7. EU - Eropean Union

8. FAMA - Federal Agricultural Marketing Authority

9. F-EAGA - Mindanao dan Palawan (Filipina - EAGA)

10. GATT - General Aggreement on Trade and Tarrif

11. I-EAGA - Kalimantan Barat Dan Timur, Sulawesi Utara (Indonesia - EAGA)

12. IMT-GT - Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle

13. IOFC - International Offshore Financial Corporation

14. ISIS - Institut of Strategic and International Studies

15. ITM - Institut Teknologi Mara

16. KDNK- Keluaran Dalam Negara Kasar

X11

Page 15: HC dalam hubungan kerjasama... · Mindanao dan Palawan ... sebahagian kawasan di Pulau Borneo dengan keluasan ... Sumber-sumber alam seperti hutan hujan. tropika yang membekalkan

17. KKIP- Kota Kinabalu Industrial Park

18. LDA - Labuan Development Authority

19. LNG - Liquid Natural Gas

20. MARDI - Malaysian Agriculture Researh Development

21. M-EAGA - Sabah, Sarawak dan Labuan (Malaysia EAGA)

22. MID - Ministry of Industrial Department

23. MoU - Memorandom of Understanding

24. NSTP - New Straits Times Press

2'S. PORIM - Palm Oil Reseach Institute of Malaysia

26. RRJPs- Rangka Rancangan Jangka Panjang

27. SAEAGA - Syarikat Penerbangan SAEAGA

28. SAFMA - Sabah Fisheries Marketing Authority

29. SAFODA - Sabah Forest Development Authority

30. SALCRA - Sarawak Land Consilidation and Rehabitation Authority

31. SEDCO - Sabah Economic Development Corporat

32. SEDC - Sarawak Economic Development Corporation

33. SESCO - Sarawak Electrical Suply Corporation

34. SIJORI - Singapore-Johor-Riau Growth Triangle

X111

Page 16: HC dalam hubungan kerjasama... · Mindanao dan Palawan ... sebahagian kawasan di Pulau Borneo dengan keluasan ... Sumber-sumber alam seperti hutan hujan. tropika yang membekalkan

35. SIMP - Sabah Industrial Master Plan

36. SITTDEC- South Investment Trade and Data Exchange Center

37. Unimas - Universiti Malaysia Sarawak

38. UPE - Unit Perancang Ekonomi

39. WTO - World Trade Organisation

xiv

Page 17: HC dalam hubungan kerjasama... · Mindanao dan Palawan ... sebahagian kawasan di Pulau Borneo dengan keluasan ... Sumber-sumber alam seperti hutan hujan. tropika yang membekalkan

SENARAI LAMPIRAN

1. Peta: Sumber Tenaga BIMP-EAGA

2. Jadual: Sokongan Malaysia Dalam BIMP-EAGA

3. Jadual: Pelancongan Dalam EAGA-Peranan Pelengkap Dan Sokongan Wilayah-Wilayah

4. Jadual: Ringkasan Bagi Masalah "Ekonomi" Utama M-EAGA

5. Jadual: Peluang-Peluang Pelaburan Dalam Sektor Pertanian, Perikanan Dan Perhutanan Dalam M-EAGA

6. Jadual: Indicative Peluang-Peluang Pelaburan Jangka Pendek Dan Sederhana Bagi Sektor Swasta M-EAGA Dengan Wilayah-Wilayah Lain EAGA

7. Jadual: Ringkasan Peluang Pelaburan Dan Kerjasama Industri Dalam M-EAGA

8. Jadual: Ringkasan Ciri-Ciri Infrastruktur Utama M-EAGA

120

121

122

123

124

125

126

127

xv

Page 18: HC dalam hubungan kerjasama... · Mindanao dan Palawan ... sebahagian kawasan di Pulau Borneo dengan keluasan ... Sumber-sumber alam seperti hutan hujan. tropika yang membekalkan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia, sebuah negara yang terletak di kawasan Asia Tenggara

mempunyai keluasan 127,316 kilometer persegi dengan jumlah penduduk seramai 21

juta orang. Entiti politik im unik dalam erti kata, is mempunyai kawasan pentadbiran

yang dipisahkan oleh lautan. Kawasan Malaysia pada keseluruhannya meliputi

selatan tanah Semenanjung Malaysia dengan keluasan 50,800 kilometer persegi dan

sebahagian kawasan di Pulau Borneo dengan keluasan 76,510 kilometer persegi.

Kedua-dua dataran ini dipisahkan oleh Laut China Selatan sejauh kira-kira 650

kilometer (Britannica, 1993: 728) (rujuk Peta 1). Negara Malaysia dihahagikan

kepada 14 unit pentadbiran atau negeri termasuk wilayah persekutuan Labuan dan

Kuala Lumpur. Kebanyakan negeri-negeri, iaitu 11 buah, terletak di Semananjung

Malaysia (Malaysia Barat) yang terdiri daripada Perak, Perlis, Kedah, Pulau Pinang,

Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Selangor termasuk

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur manakala Sabah, Sarawak dan Wilayah

Persekutuan Labuan terletak di kawasan kepulauan Borneo. Dengan jumlah

penduduk dan keluasan yang ada, Malaysia bukan sahaja dihuni oleh seramai lebih

kurang 67 kumpulan etnik yang berlainan tetapi juga di kurniakan dengan kekayaan

sumber semulajadi yang mempunyai taburan yang berbeza-beza di setiap kawasan

darat dan perairan negeri-negeri (Buku Maklumat Tahunan Malaysia, 1996: 55).

Sumber-sumber alam seperti hutan hujan. tropika yang membekalkan kayu balak,

sumber galian seperti gas dan petroleum serta sumber perlombongan seperti arang

batu, arang kayu, emas, timah dan perak merupakan penyumbang utama kepada

pertumbuhan awal ekonomi Malaysia. Seterusnya, kemunculan kegiatan

perindustrian yang juga merupakan usaha kerajaan untuk mempelbagaikan kegiatan

ekonomi telah turut memainkan peranan penting dalam membantu pertumbuhan

1

Page 19: HC dalam hubungan kerjasama... · Mindanao dan Palawan ... sebahagian kawasan di Pulau Borneo dengan keluasan ... Sumber-sumber alam seperti hutan hujan. tropika yang membekalkan

Peta 1

PETA MENUNJUKAN KEDUDUKAN GEOGRAFI MALAYSIA BARAT DAN MALAYSIA TIMUR

Sumber: Malaysia's Homepage

Page 20: HC dalam hubungan kerjasama... · Mindanao dan Palawan ... sebahagian kawasan di Pulau Borneo dengan keluasan ... Sumber-sumber alam seperti hutan hujan. tropika yang membekalkan

3

ekonomi negara dengan wujudnya industri-industri berat dan ringan seperti

pemasangan kereta, perkapalan, elektronik, pemprosesan makanan dan pakaian.

Malaysia mampu mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi pada kadar purata

pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.7 peratus pada

tahun 1970-1991. Ekonomi negara terus berkembang pada tahun-tahun berikutnya

dengan kadar pertumbuhan 8.7 peratus dalam tempoh 1991-1995. Pertumbuhan

KDNK negara pada kadar 8.2 peratus pada 1996 merupakan perkembangan mapan

untuk tahun kesembilan berturut-turut ekonomi Malaysia (Manimaran, 1997: 1).

Pencapaian tersebut juga yang tertinggi jika dibandingkan dengan negara anggota

BIMP-EAGA yang lain iaitu Brunei (3.0%), Indonesia (7.6%), dan Fillipina (5.9%)

(World Economic Outlook, September 1996). Seterusnya, Malaysia telah berusaha

untuk mengekalkan pertumbuhan ekonominya pada kadar 8.0 peratus sepanjang

tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh (Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996: 5).

Pencapaian pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan menjadikan Malaysia

sebagai salah sebuah negara yang mencapai pertumbuhan ekonomi terbaik di

kalangan negara-negara membangun khasnya di rantau ASEAN.

Bagaimanapun, di peringkat domestik, terdapat ketidakseimbangan

pertumbuhan ekonomi di kalangan negeri-negeri di Malaysia. Rata-ratanya, negeri-

negeri di pantai barat mengalami pertumbuhan ekonomi yang lebih baik jika

dibandingkan dengan negeri-negeri di pantai timur dan juga di Malaysia Timur iaitu

di Sabah, Sarawak dan Labuan (rujuk Jadual 1.1). Bagi mengatasi masalah tersebut,

pelbagai usaha telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan bagi mewujudkan keadaan

pembangunan yang seimbang di setiap negeri di Malaysia sama ada di peringkat

domestik seperti mempelbagaikan kegiatan ekonomi dengan mempergiatkan kegiatan

perindustrian dan perkilangan serta di peringkat antarabangsa melalui kerjasama-

kerjasama pengeluaran transnational di peringkat ASEAN.

Page 21: HC dalam hubungan kerjasama... · Mindanao dan Palawan ... sebahagian kawasan di Pulau Borneo dengan keluasan ... Sumber-sumber alam seperti hutan hujan. tropika yang membekalkan

4

Jadual 1.1

Keluaran Dalam Negeri Kasar Mengikut Negeri, 1990-2000 (mengikut harga 1978)

Nisbah KDNK PerKapita KDNK Per Kapita kepada Purata Negara

1990 1995 2000 Kadar Pertumbuhan Tahunan Purata (%) 1991-'95 '96-2000 1990 1995 2000

Johor 4,082 5,654 7,831 6.7 6.7 0.92 0.97 1.03 Kedah 2,612 3,791 5,423 7.7 7.4 0.59 0.65 0.71 Kelantan 1,727 1,998 2,411 2.9 3.9 0.39 0.34 0.32 Melaka 3,723 5,439 7,933 7.9 7.8 0.84 0.94 1.04 Negeri Sembilan 3,744 5,131 7,315 6.5 7.3 0.85 0.88 0.96 Pahang 3,648 4,610 6,067 4.8 5.6 0.82 0.79 0.80 Perak 3,532 4,808 6,937 6.4 7.6 0.80 0.83 0.91 Perlis 2,936 3,764 5,029 5.1 6.0 0.66 0.65 0.66 Pulau rinang 5,246 7,89 10,867 8.2 6.9 1.19 1.34 1.43 Sabah 3,695 3,556 3,720 -0.8 0.9 0.83 0.61 0.49 Sarawak 3,892 4,656 5,950 3.7 5.0 0.88 0.80 0.78 Selangor 6.341 8,687 11,093 6.5 5.0 1.43 1.49 1.46 Terengganu 6,993 8,736 11,209 4.6 5.1 1.58 1.50 1.48 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 8,501 11,610 15,329 6.4 5.7 1.92 2.00 2.02 Malaysia 4,426 5,815 7,593 5.6 5.5 1.00 1.00 1.00

Sumber: Rancangan Malaysia Ketujuh Nota: I termasuk Wilayah Persekutuan Labuan

Usaha membangunkan ekonomi negeri-negeri di Malaysia di peringkat

ASEAN dilakukan dengan menyertai kerjasama-kerjasama pertumbuhan sub-regional

atau lebih dikenali sebagai segi tiga pertumbuhan. Segi tiga pertumbuhan ini

merupakan zon-zon ekonomi transnasional yang dikembangkan ke kawasan-kawasan

yang mempunyai kedudukan geografi yang berdekatan dan ia melibatkan biasanya

tiga atau lebih negara. Perbezaan dalam kuantiti serta jenis kurniaan sumber-sumber

ekonomi di kalangan kawasan-kawasan terlibat mewujudkan konsep saling

melengkapi (complimentary) dan faedah bandingan (comparative advantage).

Sumber-sumber tersebut dieksploitasi bagi mempertingkatkan perdagangan luar

disamping menggalakkan kegiatan pelaburan di kalangan kawasan-kawasan yang

terlibat. Persamaan konsep segi tiga pertumbuhan dapat juga dilihat dengan huraian

Ariff (1996, cf. Acharya, 1995: 74) yang menerangkan bahawa:

Page 22: HC dalam hubungan kerjasama... · Mindanao dan Palawan ... sebahagian kawasan di Pulau Borneo dengan keluasan ... Sumber-sumber alam seperti hutan hujan. tropika yang membekalkan

Pusat K6idmat Maklumat Akademik I nvNERSITi MALAYSIA SA RAWAK

Growth triangle act as a "production bloc" within which labour, capital and technology move freely. The main purpose is to minimise costs and maximise returns, to render the triangle an attractive centre for investments and its products competitive internationally

5

Sebenarnya, pembentukan segitiga pertumbuhan seumpamanya turut

dipraktikkan di rantau Asia yang lain. Segi tiga-segi tiga pertumbuhan tersebut adalah

seperti Segitiga Pertumbuhan China Selatan yang meliputi Hong Kong, Taipei dan

China; Segitiga Pertumbuhan Kawasan Sungai Turnen yang melibatkan Korea

Selatan, Russia dan China (Dillon, 1996: 49).

Bermula dengan Segitiga Pertumbuhan Singapura-Johor-Riau (SIJORI) dan

seterusnya Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT), Malaysia

terus menunjukkan penglibatan aktif dalam segitiga perturnbuhan ASEAN dengan

menyertai BIMP-EAGA yang melibatkan kesemua negeri-negeri di Malaysia Timur.

Penglibatan dalam BIMP-EAGA juga merupakan antara usaha yang dilakukan oleh

Kerajaan Malaysia untuk memperbaiki pertumbuhan ekonomi Sabah, Sarawak dan

Labuan yang rata-ratanya mengalarni kadar pertumbuhan KDNK yang rendah.

Kekayaan sumber alam yang banyak terutamanya di Sabah dan Sarawak ditambah

dengan kepesatan kegiatan pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan Persekutuan

dan Kerajaan Negeri di ketiga-tiga kawasan tersebut telah membantu mewujudkan

konsep keadaan saling melengkapi dan lebihan bandingan bagi kerjasama

perdagangan dan pelaburan dengan kawasan-kawasan BIMP-EAGA yang lain.

Kerajaan peringkat persekutuan dan negeri telah memainkan peranan penting

dalam menggalakkan kegiatan perdagangan dan pelaburan di kawasan segitiga

pertumbuhan tersebut dengan menyediakan kemudahan-kemudahan infrastruktur asas

seperti sistem pengangkutan darat, air dan udara dan telekomunikasi selain

mewujudkan insentif-insentif dan polisi-polisi pelaburan yang menarik bagi pelabur-

pelabur asing dan tempatan seperti pemberian taraf perintis dan polisi-polisi

percukaian.

Page 23: HC dalam hubungan kerjasama... · Mindanao dan Palawan ... sebahagian kawasan di Pulau Borneo dengan keluasan ... Sumber-sumber alam seperti hutan hujan. tropika yang membekalkan

6

1.2 Kenyataan Masalah

Malaysia merupakan salah satu daripada negara ASEAN yang melibatkan diri

secara aktif dalam kawasan segitiga pertumbuhan. Ini dibuktikan dengan

penglibatan nya dalam kawasan pertumbuhan ASEAN yang terbaru iaitu BIMP-

EAGA selain daripada SIJORI dan IMT-GT. Bagaimanapun, adalah didapati bahawa

maklumat serta huraian mengenai penglibatan Malaysia dalam BIMP-EAGA yang

merangkumi Sabah, Sarawak dan Labuan masih terhad. Jika ada pun, perbincangan

mengenai Malaysia biasanya merupakan perbincangan secara umum dan tiada

pengkhususan penerangan yang terperinci mengenai penglibatan Malaysia dalam

kawasan pertumbuhan tersebut. Ini mungkin menimbulkan masalah atau kesukaran

kepada individu atau kumpulan-kumpulan individu yang ingin mengetahui dengan

lebih lanjut sejauh manakah kerja sama yang sedang dan yang boleh dilakukan oleh

Malaysia dalam BIMP-EAGA.

1.3 Objektif Kajian

Tujuan utama kajian ini adalah untuk menerangkan lebih lanjut berkenaan

penglibatan Malaysia dalam BIMP-EAGA. Kajian ini cuba menerangkan dengan

lebih mendalam mengenai penglibatan Malaysia dalam bidang-bidang kerjasama

yang terdapat dalam BIMP-EAGA yang difokuskan kepada Sabah, Sarawak dan

Labuan. Dalam erti kata lain, penerangan yang akan dilakukan adalah berhubung

dengan aktiviti yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh Malaysia melalui

ketiga-ketiga negeri tersel, ut dalam 13 bidang kerjasama yang telah dipersetujui oleh

kerajaan-kerajaan dalam BIMP-EAGA. Tujuan-tujuan lain kajian ini adalah untuk

melihat:

1. Faktor-faktor yang mendorong penglibatan Malaysia dalam BIMP-EAGA;

2. Perbandingan M-EAGA dengan M-SIJORI dan juga M-IMT; 3. Kesan secara tidak langsung pembentukan BIMP-EAGA ke atas hubungan

politik luaran Malaysia; clan

Page 24: HC dalam hubungan kerjasama... · Mindanao dan Palawan ... sebahagian kawasan di Pulau Borneo dengan keluasan ... Sumber-sumber alam seperti hutan hujan. tropika yang membekalkan

7

4. Cabaran serta prospek Malaysia dalam BIMP-EAGA.

Kajian teknikal yang dilakukan oleh Bank Pembangunan Asia (ADB)

berhubung potensi kerjasama Malaysia dalam BIMP-EAGA pada masa depan turnt

disentuh. Penglibatan sektor-sektor awam dan swasta dalam projek-projek

pembangunan BIMP-EAGA turnt dibincangkan.

1.4 Skop Kajian

Pemerhatian kajian ini akan ditumpukan kepada satu jangka masa yang agak

singkat, iaitu dari akhir 1980an hingga awal 1997. Jangka waktu tersebut diambil

kerana dalam tempoh tersebutlah Malaysia telah melibatkan diri dalam tiga kawasan

Segitiga Pertumbuhan ASEAN yang dimulai dengan SIJORI (1990), 1MT-GT (199 1)

dan seterusnya BIMP-EAGA (1994). Tempoh akhir 1980an juga memperlihatkan

pertumbuhan ekonomi negara yang menggalakkan beserta dengan peningkatan dalam

jumlah dagangan yang memberangsangkan antara Malaysia dengan negara-negara

ASEAN. Selain daripada itu, jangka waktu tersebut juga memperlihatkan hubungan

politik Malaysia dengan negara-negara ASEAN terutama sekali dengan Brunei,

Indonesia dan Filipina yang sedikit tergugat terutama sekali akibat daripada isu

tuntutan sempadan dan kawasan-kawasan tertentu yang masih dalam dilema hingga ke

hari ini.

1.5 Kaedah Kajian

1.5.1 Kajian Perpustakaan

Memandangkan BIMP-EAGA adalah satu bentuk pakatan ekonomi ASEAN

yang terkini dan melibatkan Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina, maka masih

belum lagi terdapat penulisan-penulisan khusus berkenaan penglibatan Malaysia

dalam pakatan ekonomi tersebut. Oleh itu, kajian tajuk ini secara keseluruhan adalah

berasaskan kepada penyelidikan perpustakaan melibatkan penggunaan media cetak