bab 10_kemasan bangunan

11
BAB 10 : KEMASAN DALAM BANGUNAN 10.1 PENGENALAN Kemasan merupakan kerja penghabisan dalam proses pembinaan bangunan di mana ia membentuk kecantikan sesebuah bangunan tersebut. Beberapa jenis kemasan boleh digunakan berdasarkan bahan-bahan yang digunakan, keadaan persekitaran serta kos. Kemasan bagi sesebuah bangunan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu: a. kemasan lantai b. kemasan dinding c. kemasan siling 10.2 KEMASAN LANTAI Lantai ialah permukaan dasar rumah yang menerima segala aktiviti penghuni dan beban yang lain. Ia juga merupakan satu elemen yang menyerikan sesuatu ruang dimana pembinaannya hendaklah menjamin keselamatan dan keselesaan penghuni. Rekaan bahan kemasan lantai yang lebih cantik dan selesa menyebabkan simen yang digunakan hanya berfungsi sebagai medium untuk pemasangan bahan kemasan lain yang lebih menarik

Upload: hafiz-nurahim

Post on 12-Dec-2014

187 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 10_Kemasan Bangunan

BAB 10 : KEMASAN DALAM BANGUNAN

10.1 PENGENALAN

Kemasan merupakan kerja penghabisan dalam proses pembinaan bangunan di

mana ia membentuk kecantikan sesebuah bangunan tersebut. Beberapa jenis kemasan

boleh digunakan berdasarkan bahan-bahan yang digunakan, keadaan persekitaran serta

kos. Kemasan bagi sesebuah bangunan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian

iaitu:

a. kemasan lantai

b. kemasan dinding

c. kemasan siling

10.2 KEMASAN LANTAI

Lantai ialah permukaan dasar rumah yang menerima segala aktiviti penghuni dan beban

yang lain. Ia juga merupakan satu elemen yang menyerikan sesuatu ruang dimana

pembinaannya hendaklah menjamin keselamatan dan keselesaan penghuni. Rekaan bahan

kemasan lantai yang lebih cantik dan selesa menyebabkan simen yang digunakan hanya

berfungsi sebagai medium untuk pemasangan bahan kemasan lain yang lebih menarik

Page 2: Bab 10_Kemasan Bangunan

di permukaannya. Berdasarkan pada ciri-ciri yang dikehendaki, pelbagai jenis

kemasan lantai boleh digunakan dalam pembinaan. Kemasan lantai bertujuan untuk

mengelakkan struktur lantai daripada mengalami kehausan dan berlapuk. Hal ini

akan mewujudkan keselamatan dan memberi keselesaan kepada penghuni

disamping ia juga dapat memberikan satu permukaan yang menarik terhadap

bangunan. Pemilihan kemasan lantai adalah bergantung kepada beberapa faktor.

Antaranya adalah :

i. Kecantikan rupa bentuk bahan

ii. Kelasakan (tahan lama)

iii. Selesa dan selamat

iv. Rintangan api

v. Kebersihan

vi. Rintangan asid dan alkali

vii. Rintangan kepada haus

viii. Harga

10.2.1 JENIS KEMASAN LANTAI

Pelbagai jenis kemasan lantai yang boleh digunakan dalam pembinaan

tempatan antaranya adalah jejalur kayu, parket, mozek, terazo dan sebagainya..

Didalam projek pembinaan ini, hanya dua jenis kemasan lantai sahaja yang

digunakan iaitu;

a) Kemasan lantai daripada lepaan simen

b) Kemasan lantai daripada jubin

a. Kemasan lantai daripada lepaan simen

Kemasan jenis ini digunakan pada pembinaan perumahan kos rendah.

Lepaan simen terdiri daripada campuran simen, pasir dan air bagi menghasilkan

mortar. Nisbah bancuhan yang digunakan ialah 1:3. Terdapat dua lapisan turapan

iaitu lapisan pertama menggunakan mortar dan lapisan kedua menggunakan simen

minyak (slurry cement). Bagi lapisan pertama, air yang digunakan untuk

membancuh mortar adalah dalam kuantiti yang sedikit. Ini bagi memudahkan kerja-

kerja turapan. Lepaan simen dibuat secara tuang disitu, diratakan dengan

Page 3: Bab 10_Kemasan Bangunan

menggunakan kayu perata durby pada kecuraman permukaan yang sesuai pada

ketebalan 50mm.

Setelah lapisan pertama siap, permukaannya akan dilicinkan dengan

menggunakan ‘slurry cement’ setebal 0.7mm. Alat yang digunakan untuk melicinkan

permukaan adalah pemaras keluli.

b. Kemasan lantai daripada jubin seramik

Kemasan lantai jenis ini digunakan untuk ruang tamu dan ruang makan. Bilik

mandi dan tandas serta dapur. Sebelum pemasangan jubin seramik, ia hendaklah

diturap terlebih dahulu dengan mortar. Setelah ianya selesai, pemasangan jubin

seramik dimulakan.

Terdapat dua jenis jubin yang digunakan iaitu jubin gilap (permukaan licin)

dan jubin separuh gilap (permukaan sedikit kesat dan kusam). Jubin gilap akan

dipasang pada ruang tamu dan ruang makan serta dapur. Manakala jubin separuh

gilap dipasang pada bilik mandi dan tandas.

Rajah 10.2.1 : Pemasangan jubin.

Jubin-jubin dipasang dengan mengatur di atas lapisan asas mortar setebal

20mm dan diturapkan dengan bancuhan simen dan air. Setelah selesai

pemasangan jubin, celahan sambungan diantara jubin akan diisi simen putih.

Kemasan ini mempunyai kualiti halus yang bagus dan tidak boleh dirosakkan oleh

minyak.

Page 4: Bab 10_Kemasan Bangunan

Rajah 10.2.2 : Jubin yang telah siap dipasang.

10.3 KEMASAN DINDING

Kemasan dinding mempunyai fungsi khas dalam sesebuah bangunan.

Fungsinya adalah untuk mendapatkan kesan kecantikan dan meninggikan daya

ketahanan sesuatu dinding. Selain itu, ia juga menutupi permukaan dinding yang

tidak rata dan memberikan permukaan rata. Kemasan dinding terbahagi kepada dua

jenis iaitu;

a. Kemasaan lepa

b. Kemasan Jubin

10.3.1 KEMASAN MELEPA

Melepa merupakan salah satu kerja kemasan untuk dinding atau tembok.

Kerja melepa dinding dilakukan selepas kerja-kerja pemasangan paip air dan

elektrik siap dilakukan. Didalam kerja melepa bahan pelekat yang digunakan ialah

mortar. Mortar adalah hasil campuran simen penampal (walcrate), pasir halus dan

air. Simen penampal berbeza dari simen Portland biasa. Ini kerana simen penampal

mengandungi kapur dan simen. Manakala pasir yang digunakan untuk melepa lebih

halus dari pasir yang digunakan dalam bancuhan mortar mengikat bata. Dengan itu,

campuran simen penampal, pasir halus, dan air adalah khusus untuk tujuan melepa.

Nisbah campuran yang digunakan untuk menghasilkan mortar ialah 1:3

(simen:pasir). Mortar yang digunakan dibancuh di tapak dengan menggunakan

mesin penggaul konkrit (concrete mixer). Kualiti mortar perlu dikawal dengan baik

Page 5: Bab 10_Kemasan Bangunan

supaya menghasilkan mortar yang berkualiti. Bagi projek pembinaan dibawah HC

Hidayah Construction, kerja melepa meliputi di dalam bangunan dan di luar

bangunan.

Dalam kerja melepa ini, lapisan ‘base coat’ dilepa pada dinding bata yang

telah siap diikat. Lapisan ini adalah penting kerana ia akan menyerap air daripada

lapisan ‘finish coat’ yang akan dilepa kemudiannya agar dinding tidak kelihatan

lembap. Selain itu, lapisan ini juga bertujuan untuk meratakan ikatan dinding bata

yang kurang rata.

Lapisan ‘finish coat’ akan dilepa kemudiannya pada ketebalan ½’ hingga 1’

bergantung kepada kerataan dinding menggunakan sudip. Seterusnya, lapisan

‘plaster’ ini akan dilepa dengan satu lapisan minyak yang dikenali sebagai ‘slurry

cement’. Bancuhan ini terdiri daripada simen penampal dan air. Lapisan inilah yang

akan menonjolkan ciri estetika bangunan yang dibina. Selepas lapisan simen ‘slurry’

dilepa, ia akan disapu dengan air menggunakan berus cat supaya garisan halus

terhasil pada dinding untuk mengekalkan kelembapan pada lepaan. Ini perlu supaya

cat yang dicat dapat melekat pada dinding.

Rajah 10.3.1.1 : Kerja melepa sedang dijalankan

Bagi dinding luar, lepaan yang dibuat hanya melibatkan dua lapisan iaitu ‘base

coat’ dan ‘finish coat’. Lepaan yang dibuat bagi dinding di luar rumah adalah lebih

kasar yang menampakkan tekstur pasir. Selepas lapisan ‘finish coat’, dinding akan

disapu dengan air menggunakan span. Ia bertujuan untuk menampakkan

permukaan dinding lebih kasar.

Page 6: Bab 10_Kemasan Bangunan

Rajah 10.3.1.2 : Mengemaskini lepaan

Kerja-kerja melepa dinding memerlukan pengawasan dan penelitian yang

begitu rapi bagi memastikan tiada kecacatan. Oleh itu, lepaan dinding mestilah rata

dan tiada rekahan.

Rajah 10.3.1.3 : Kerja melepa dinding dijalankan

Page 7: Bab 10_Kemasan Bangunan

10.3.2 CAT

Dalam proses pembinaan bangunan, kemasan merupakan kerja

penghabisan yang menentukan kecantikannya. Beberapa jenis kemasan boleh

dilakukan pada sesebuah bangunan berdasarkan kepada bahan-bahan yang

digunakan dan juga pertimbangan kosnya. Secara amya, kebanyakkan bangunan

bata dan konkrit dikemaskan dengan cat yang terdiri daripada;

Cat minyak

Cat air

Cat kapur (Emulsi)

Cat distemper

Cat kegunaan khas

Cat ialah sejenis bahan cecair yang digunakan dalam usaha untuk memberi

lapisan perlindungan dan mencantikkan permukaan bahan-bahan binaan.

Tujuannya ialah untuk menghias, kebersihan, perlindungan bahan supaya tahan

lama, dan menambahkan keberkesanan cahaya lampu.

Pada dasarnya, cat diperbuat daripada pewarna dan cecair. Cecair cat pula

mengandungi bahan-bahan pengikat dan pelarut. Bahan pengikat berfungsi untuk

melekatkan pewarna pada permukaan yang dicat seta memberi sifat kalisan dan

kelincinan. Pelarut pula berfungsi mengurangkan kelikatan cat dan memberi

kesenangan semasa mengecat. Kebanyakkan cat kini dikilangkan untuk digunakan

terus, tidak perlu dicampur dengan bahan-bahan yang lain. Didalam pembinaan ini

cat yang sering digunakan ialah cat minyak dan cat kapur (emulsi).

Cat Minyak

Cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed. Cat minyak menjadi

kering melalui proses penyejatan pelarutnya dan pengoksidaan. Dalam proses

mengecat biasanya tiga lapisan diperlukan iaitu lapisan asas, lapisan alas dan

lapisan kemasan.

Page 8: Bab 10_Kemasan Bangunan

Cat Kapur (Emulsi)]

Cat ini mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan dan hendaklah dibancuh

dengan air untuk mencairkannyasemasa digunakan. Cat emulsi menghasilkan

kemasan yang pudar. Ia sesuai digunakan untuk mengecat permukaan dinding bata

dan konkrit bagi tembok dalam atau tembok luar. Cat ini mudah digunakan sama

ada disapu dengan berus, digelek dengan penggelek atau disembur. Terdapat

empat cara mengecat :

a. Berus

b. Semburan

c. Penggelek atau rola

d. Pencelupan

Tetapi dalam projek pembinaan rumah kediaman dibawah HC Hidayah

Construction, hanya dua kaedah sahaja yang digunakan iaitu menggunakan berus

dan menggunakan penggelek atau rola. Hal ini demikian kaedah ini menjimatkan

serta senang digunakan. Kerja mengecat dibuat dengan turapan lapisan-lapisan

berikut:

i. Lapisan asas (Prime coat)

ii. Lapisan alas (Under coat)

iii. Lapisan kemasan (Finishing coat)

i. Lapisan Asas

o Merupakan lapisan pertama.

o Mengandungi minyak pigmen senang kering.

o Dapat melekat pada bahan dan menerima lapisan seterusnya serta

menembusi permukaan kayu dan plaster untuk dicat seterusnya.

o Mencegah karat.

o Bahan paling sesuai ialah plumbum putih dicampur dengan minyak

linseed.

ii. Lapisan Alas

o Menutup lapisan primer dan menambah ketebalan lapisan

Page 9: Bab 10_Kemasan Bangunan

o Menahan kemasan akhir daripada meresapi bahan yang dicat dan

menyebabkan kehilangan cat

o Lapisan alas mesti kering dahulu sebelum disapukan cat kemasan

akhir.

iii. Lapisan Kemasan

o Lapisan akhir yang melindungi permukaan bahan daripada cuaca

buruk, kimia dan kerosakan.

o Menentukan jalinan dan warna kesan terakhir permukaan bahan.

Rajah 10.3.2.1 : Kerja mengecat dinding sedang dilakukan

menggunakan rola pengecat.

Page 10: Bab 10_Kemasan Bangunan

10.4 KEMASAN SILING

Pemasangan siling bertujuan untuk kemasan terutamanya untuk menutup

pandangan bahagian bawah rangka bumbung supaya tidak kelihatan. Selain itu, ia

juga menghalang haba panas atau sejuk daripada menembusi bumbung dan

seterusnya masuk kedalam rumah. Di rumah kediaman Asrama Hidayah, kerja

siling dijalankan dalam masa seminggu dimana siling yang digunakan ialah siling

kapur. Jenis siling yang digunakan ialah siling gantung iaitu jenis siling yang tidak

menerima sokongan daripada dinding. Ia juga dikenali sebagai siling palsu. Siling ini

perlu dicat supaya kelihatan lebih cantik dan menarik.

Dalam pemasangan siling, satu pengikat akan dipasang terus kepada alang

atau kasau bumbung. Kemudian siling bumbung dipasang secara terus menerus

pada kasau atau jeriau bumbung. Siling bumbung ini akan dipasang dengan

memakunya pada kasau atau jeriau. Jalur atau ruang yang terbentuk di antara

papan-papan simen dikemaskan dengan jalur penutup siling.

Rajah 10.3.2.2 : Pemasangan siling mula dijalankan

Page 11: Bab 10_Kemasan Bangunan

10.5 KOMEN DAN CADANGAN

Secara keseluruhannya, pekerja binaan dapat melaksanakan kerja tanpa

berlakunya sebarang kemalangan. Walaubagaimanapun, pemakaian topi

keselamatan perlu diaplikasikan dalam kerja pembinaan bagi mengelakkan

sebarang kemungkin yang akan berlaku terutamanya dalam melaksanakan kerja-

kerja siling kerana sekiranya pekerja tidak berhati-hati, kemungkinan besar pekerja

akan mengalami kecederaan kepala yang teruk. Selain itu, pekerja yang terlibat

dalam kerja siling juga perlu mengaplikasikan penggunaan cermin mata

keselamatan sebagai pelindung kepada mata. Terutamanya dalam kerja-kerja

menampal siling.