bangunan a famosa

9
BANGUNAN A’ FAMOSA SEJARAH Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia. SELEPAS PENAWANAN PORTUGIS A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter.Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka. PENAKLUKAN OLEH BELANDA Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis untuk

Upload: lisa95

Post on 12-Jun-2015

881 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bangunan A Famosa

BANGUNAN A’ FAMOSASEJARAHKota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina olehPortugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di BandarHilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakanseni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.SELEPAS PENAWANAN PORTUGISA Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menaklukMelaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter.Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.PENAKLUKAN OLEH BELANDAKota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis untukmenangkis semua bentuk serangan. Untuk menakluk Melaka, pasukan Belanda mengepong kota tersebut selama lima bulan, sementara penduduk yang terperangkap di dalamnya terpaksamemakan kucing, tikus, dan dalam satu kes seorang wanita memakan bayinya yang mati.Akhirnya, pada 14 Januari 1641, pihak Belanda menyerbu melalui Pintu Santo Domingo Gate,yang menjelang masa itu mengalami korban lebih 7,000, akibat kebuluran, penyakit dantembakan senjata api. Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah diperbaiki sementara Porta de Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan dengan logo Syarikat Hindia Timur Belanda. Selepas menawan kota tersebut, pihak Belanda membaiki dan mengubah suai, dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670".PENTADBIRAN OLEH BRITISHApabila tentera Napoleon menjajah Belanda (Holland) pada tahun 1795, Putera William

Page 2: Bangunan A Famosa

of Orange melarikan diri ke London, di mana dia memerintah semua penempatan Belanda untukmenerima tentera British, bagi menghalang mereka dari jatuh ke tangan Perancis. Akibatnya,pihak British berjaya menguasai Melaka pada 1795 tanpa sebarang pertempuran.Selepasmenguasai Melaka, pihak British tidak berminat menyimpannya, ataupun membiayaipenempatan tentera bagi mempertahankan Melaka yang dianggap milik sementara dan perludipulangkan kepada pihak Belanda selepas perang.Sebaliknya meninggalkan kota sekukuh itu tanpa pertahanan yang mencukupi adalahmengundang mara bahaya, sekiranya ia ditawan oleh pihak musuh. Tambahan lagi, mereka tidak berminat bagi memulangkan Melaka ke tangan Belanda dengan kotaA Famosa dalam keadaan utuh sebagai saingan kepada penempatan Inggeris di Pulau Pinang dan Singapura. Dengan sebab itu, Mr. Robert Farquhar iaitu Leftenan Gabenor Pulau Pinang dan juga Gabenor Melaka antara 1803 hingga 1818, telah membuat cadangan bagi memusnahkan kota A Famosa kepada Kerajaan Inggeris di India. Beliau menyatakan bahawa penyelenggaraan dan pertahanan kubu tersebut hendaklah dikecilkan dan memberikan dua sebab utama, iaitu hasil yang diperolehi oleh Melaka tidak mampu membantu membiayai kos penempatan tentera 'sepoy' dan pengecilan itu akan dapat membantu memajukan Pulau Pinang dengan memindahkan penduduk Melaka ke Pulau Pinang. Maka pada awal 1804, beliau dengan tegas mencadangkan agar Melaka dihapuskan dari muka bumi dengan semua penduduk Melaka diarah supaya dipindahkan ke Pulau Pinang dan Kota Famosa dimusnahkan bagi mengelak ia dikuasai oleh pihak lawan.Dengan cadangan tersebut, Kerajaan Inggeris di India mengarahkan Kota A Famosa yang terletak di Bandar Hilir, Melaka dihancurkan. Kerja merobohkan Kota A Famosa bermula pada 10 Ogos 1807. Pada awalnya dia memerintahkan pesalah untuk merobohkan Kota A Famosa batu demi batu dengan menggunakan pemungkis dan besi penyungkil. Apabila tembok yang sesetengahnya mencecah 4.5 meter kelihatan terlalu kukuh untuk ditanggalkan, dia memutuskan bagi memusnahkan Kota A Famosa dengan menggunakan ubat bedil. Dia memerintah lubang digali di sekeliling kaki kota dan meletupkan Kota A Famosa, menyebabkan batu sebesar rumah berterbangan dan jatuh ke laut. Hampir kesemua kubu, tembok-tembok, Hospital Besar, dua tempat menyimpan beras, tempat kediaman dan enam bilik simpanan telah diletup dan diratakan.Semasa kerja-kerja pemusnahan telah pun berlaku dengan rancaknya, Sir StamfordRaffles seorang kaki-tangan kerajaan yang bercuti sakit telah datang ke Melaka atas jemputanWilliam Farquhar.Apabila mengetahui mengenai perobohan Kota A Famosa, beliau telah menulis surat kepada Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang dan India dengan menyatakan bahawapemusnahan Kota Famosa tidak patut dilakukan. Beliau telah memberi sebab-sebab tertentu,pertamanya jika Inggeris membiarkan Melaka, pihak lain akan mendudukinya, sudah pasti iaakan merugikan Pulau Pinang, kedua Melaka itu sendiri mempunyai nilai sejarah danmentadbirkannya tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak, manakala yang ketiga pendudukpenduduk Melaka tidak perlu dipindahkan kerana sebelum Belanda meninggalkan Melaka, Inggeris telah pun memerintahkan penduduk Melaka supaya terus tinggal di situ. Beliau turut menyatakan bahawa Inggeris tidak perlu meninggalkan Melaka hanya kecuali dipaksa.Cadangan Raffles itu telah diterima dengan baik oleh Kerajaan Inggeris tetapi ia sudahterlambat kerana hampir seluruh kota tersebut telah musnah. Pemusnahan Kota 'A Famosa' pada hari ini dalam tahun 1807, telah memusnahkan hampir seluruh kota itu, dan hanya meninggalkan satu pintu kotanya yang dapat dilihat hingga hari ini, iaitu Porta de Santiago.Pihak British kekal di Melaka sehingga tahun 1818. Apabila berakhirnya peperangan Napoleon, Melaka dikembalikan ke tangan Belanda (tanpa Kota A Famosa). Melaka kekal di tangan Belanda selama tujuh tahun berikutnya, sehinggalah perjanjian London 1824, apabila mereka menukarkan Melaka dengan Bangkahulu (Bencoolen) di Sumatra.PENEMUAN ARKEOLOGIPada akhir November 2006, sebahagian struktur kota, dipercayai Middelsburgh Bastiondijumpai secara tidak sengaja semasa pembinaan menara berputar 110 meter di bandar Melaka. Pembinaan menara ditangguhkan selepas penemuan tersebut. Kooperasi Muzium Melaka mensyaki struktur tersebut dibina oleh Belanda semasa pendudukan Belanda ke atas Melaka dari 1641 hingga 1824. Lebih awal lagi pada Jun 2003, menara kawalan digelar Santiago Bastion dijumpai semasa pembinaan Dataran Pahlawan. Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Saya telah mempelajari dan mengetahui banyak perkara yang berfaedah semasa melaksanakan kerja kursus ini. Saya telah banyak memperoleh maklumat tentang sejarah Kota A Famosa ini yang kian dilupakan masyarakat kini. Oleh itu, saya mesti menghargai dan memelihara warisan dahulu kala kita dan menghargai serta berusaha untuk mengekalkannya. Saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan bangunan ini yang dapat menarik minat ramai pelancong asing. Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan – rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan – rakan

Page 3: Bangunan A Famosa

berganding bahu untuk mencari maklumat tentang tokoh itu. Kerja kursus ini juga memberi peluang kepada saya untuk menguasai kemahiranmembuat penyeledikan dengan tatacara yang betul serta dapat menigkatkan kemahiranberkomunikasi. Selain itu, nilai yang telah saya perolehi ialah keberanian untukberkomunikasi, memupk sifat menghargai tradisi budaya dan bangsa negara kita. Kini,saya telah mengenali erti tidak putus asa dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

Seni Muzik Keroncong.  ISBN 967-942-547-9.   RM40.00.   Ariff Ahmad

Seni muzik keroncong mula diperkenalkan ke Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 apabila ramai pekerja buruh dari Indonesia terutama dari Pulau Jawa berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Penduduk dari Jawa berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Penduduk dari Jawa, tidak ketinggalan juga membawa bersama kesenian mereka termasuk seni muzik gamelan, keroncong, muzik untuk wayang kulit, kuda kepang, barongan, hamdulok, katoperak, silat dan sebagainya. Kawasan-kawasan yang banyak terdapat kegiatan muzik keroncong adalah di tempat-tempat di mana terdapat ramai orang Jawa dan keturunannya seperti di negeri Johor, di pantai barat negeri Selangor dan Perak. Pada mulanya lagu-lagu keroncong yang dimainkan oleh orang tempatan adalah lagu-lagu yang berasal dari Indonesia. Akan tetapi lama-kelamaan, selepas Perang Dunia Kedua, ada pencipta lagu tempatan yang mencipta lagu-lagu keroncong bercorak Melayu seperti Zubir Said, Ahmad Jaafar, P. Ramlee, Mohd. Wan Yet, Johar Bahar, Sudar Mohammad, Zainal Ibrahim dan pada akhir-akhir ini Mahzan Manan dan Ariff Ahmad. Di Indonesia terdapat ramai pencipta lagu keroncong yang ternama antaranya Ismail Marzuki, Gesang R. Maladi, Oey Yok Siang, R. Sutedjo, Arimah, Budiman B. J., S. Padimin, L. Hidayat, S. Poniman, Teruma Hadi, Iskandar dan Mochtar Embut dan pada masa sekarang Soeharto A. H., Riyanto dan ramai lagi.

Opera

Opera ialah teater muzikal yang mana keseluruhan pementasannya disampaikan di dalam bentuk nyanyian dan lagu. Opera bermula di Itali pada sekitar tahun 1600 dan kebiasaannya dihubungkaitkan dengan muzik klasikal tradisi Eropah ataupun dikenali sebagai muzik barat. Opera menggunakan unsur-unsur teater percakapan seperti permandangan (untuk pentas dan latar belakangnya), kostum yang bersesuaian dengan tajuk opera, dan juga seni lakonan. Walau bagaimanapun, dibandingkan dengan pementasan drama biasa, opera pada secara umumnya dikenali ramai dengan kepentingan lagu-lagunya dan teknik nyanyian vokal. Penyanyi opera menyanyi bersama kumpulan muzik yang boleh merangkumi kumpulan muzik yang sederhana besar sehingga ke kumpulan muzik yang besar seperti simfoni penuh ataupun lebih dikenali sebagai orkestra. Opera juga disampaikan dalam bentuk tarian, terutamanya opera Perancis berdasarkan sejarahnya.

Terdapat banyak perbandingan bentuk seni dari lain-lain jenis teater opera di dunia dan kebanyakannya berasal dari seni lama atau purbakala yang kadang-kala juga dipanggil “opera” sebagai analogi kepada pembuka kata adjektif merujuk kepada bahagian-bahagian dunia yang lain seperti opera cina. Tradisi bebas begini (contohnya opera cina) tidak diambil dari opera Eropah dan ia juga berbentuk agak berbeza dengan teater muzikal. Opera bukanlah hanya satu-satu jenis teater muzikal barat; di dalam dunia kuno pementasan lakonan Greek ada juga nyanyian yang ditemani dengan alat-alat muzik; dan juga di masa kini, terdapat juga bentuk teater muzikal contohnya “Broadway".

Terdapat banyak istilah-istilah opera di dalam rencana ini. Untuk pemahaman lanjut, istilah-istilah opera bahasa Inggeris dipautkan di dalam seksyen 7 (pautan wikipedia bahasa Inggeris) bagi para pembaca memahami istilah-istilah opera yang masih belum dibuat di dalam wikipedia bahasa melayu.

Dondang sayang

Page 4: Bangunan A Famosa

Dondang sayang ialah sejenis balada cinta Melayu tradisional yang mana penyanyi-penyanyi saling bertukar pantun tanpa persediaan dalam gaya yang riang dan kekadang lucu. Nyanyian-nyanyian biasa diiringi oleh empat orang ahli muzik yang terdiri daripada:

seorang pemain biola; dua orang pemain rebana (gendang yang di sebelah sahaja dipasang kulit) Melayu; dan seorang pemain tawak (gong kecil).

Pemain biola biasa merupakan ketua kumpulan ahli muzik yang memainkan peranan utama dalam dondang sayang, dan membekalkan melodi kaunter untuk melodi vokal. Pemain-pemain muzik boleh saling bertukar alat-alat muzik mereka antara persembahan tetapi pemain biola jarang berbuat demikian, walaupun dibenarkan. Sehingga lima buah rebana boleh digunakan, jika terdapat pemain muzik yang berlebihan. Kekadang, rebana boleh digantikan dengan gendang atau kompang. Alat-alat muzik boleh juga ditambahkan dengan akordion.

Muzik dondang sayang adalah perlahan, dan sebuah lagu biasanya terdiri daripada 32 bar, bermula dengan pengenalan biola, diikuti oleh rebana dan kemudiannya gong, dan akhirnya oleh nyanyian pada bar 5. Gayanya tidak formal dan liriknya biasa terdiri daripada puisi cinta.

Dondang Sayang dipercayai berasal dari Melaka, Malaysia pada zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15.

Kompang

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.

Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menengangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.

Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

Gambar belakang bahagian kompang.

Page 5: Bangunan A Famosa

Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.

Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'cak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

Rumah Api Tumpat Loka

siTumpat

Dibina

padaSebelum Perang Dunia II

Fungsi

Mengawasi kawasan perairan dari ancaman musuh dan memudahkan kapal-kapal tentera Jepun membuat rondaan di laut semasa Perang Dunia II

Rumah Api Tumpat juga Rumah Api Isyarat merupakan sebuah bangunan bersejarah yang terdapat di Jajahan Tumpat. Rumah api ini terletak berdekatan dengan kawasan stor Keretapi Tanah Melayu di Tumpat. bangunan ini berketinggian 70 kaki dan ukur lilit di bahagian bawah adalah 37’ 9". Ia dibina menggunakan batu-bata, berbentuk bulat, tirus ke atas dan mempunyai tangga di dalamnya.

Rumah api ini tidak digunakan lagi dan dijadikan bahan sejarah untuk tontonan umum kini dan akan datang.

[sunting] Sejarah

Rumah api ini telah dibina oleh pihak berkuasa pelabuhan (Syahbandar) sekitar tahun 1900. Ia dibina kerana Tumpat merupakan sebuah bandar pelabuhan yang masyhur ketika itu kerana mempunyai kawasan perairan yang strategik bagi kemudahan para pedagang atau pelayar keluar masuk ke pelabuhan khususnya di waktu malam.

Menurut kenyataan penduduk di kawasan tersebut, rumah api ini dibina sebelum Perang Dunia II oleh pasukan marin bagi mengawasi perairan Tumpat. Semasa Perang Dunia II (1941-1945) tentera Jepun telah mengambil alih pentadbiran rumah api ini dan menggunakannya untuk mengawasi kawasan perairan dari ancaman musuh dan sebagai isyarat kepada kapal-kapal tenteranya membuat rondaan di laut.

Menara Jam Besar

Page 6: Bangunan A Famosa

Menara Jam Besar terletak di Jalan Putera. Ia dibina pada tahun 1912 dahulu dan kini berusia lebih kurang 90 tahun. Tiba pada waktu-waktu tertentu, jam ini akan berbunyi. Daripada segi reka bentuknya, terdapat dua unsur yang ditonjolkan di sini iaitu unsur Islam dan Hindu.

Unsur Islam dapat dilihat pada bahagian kubahnya berserta lambang bulan sabit yang biasanya dapat dilihat pada masjid -masjid. Begitu juga ukiran yang terdapat di sekeliling menara ini. Tetapi, kalau diperhatikan pada bahagian bawah menara tersebut, ukirannya melambangkan unsur Hindu, terutamanya pada bahagian pintu masuknya. Tegasnya, rekabentuk menara ini tidak mempunyai pengaruh dari luar. Ia hanya dikembangkan di sekitar pengaruh agama Islam dan Hindu dahulu.

Pembinaan bangunan Jam Besar ini mempunyai kaitan rapat dengan masjid zahir iaitu dari segi peranan dan fungsinya. Ia memberi kemudahan kepada orang ramai terutamanya bilal yang bertugas di Masjid Zahir bagi menentukan waktu masuknya waktu solat sebelum azan dilaungkan. Dahulunya jam di Menara ini akan berbunyi setiap kali menjelang masuknya waktu solat dan diikuti dengan paluan nobat yang akan dimainkan di Balai Nobat dan sejurus kemudian azan akan dilaungkan dari Masjid Zahir.

Bangunan Stadthuys

Bangunan Stadhuys serba merah dan dilengkapi sebuah menara jam.

Page 7: Bangunan A Famosa

'Bangunan Stadthuys' ("dewan perbandaran" dalam bahasa Belanda) ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.

Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarahnya di bidang pendidikan, yang mana pada abad ke-19 ketika pemerintahan Inggeris, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai Malacca Free School dibina di perkarangan Bangunan Stadthuys. Ketika itu pendidikan sekolah diberikan percuma oleh Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan pelajar di sekolah itu terdiri daripada anak-anak golongan Cina yang kaya.

Catatan sejarah menunjukkan sepucuk surat yang bertarikh 19 April 1825, menyatakan betapa perlunya diwujudkan sebuah sekolah Inggeris di Melaka. Surat itu dikirimkan kepada majlis perbandaran yang ditandatangani oleh wakil gereja, Encik J. Humprey, J.W. Overee dan A.W. Baumgarten. Akhirnya sekolah itu dibuka pada 7 Disember 1826 dengan hanya 18 orang pelajar. Pengetua Malacca Free School yang pertama ialah Encik T.H. Moore.

Tidak lama kemudian bilangan pelajar di sekolah itu meningkat sehingga 200 orang. Waktu belajar bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan disambung dari jam 2 petang hingga jam 4 petang. Bilangan pelajar Melayu pada masa itu tidak ramai kerana kebanyakan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah Melayu atau sekolah agama. Walaupun bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris, bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Portugis dan Bahasa Cina juga diajar.

Pada bulan Ogos 1878, kerajaan British mengambil alih pentadbiran sekolah tersebut daripada golongan paderi dan menamakannya Malacca High School atau Sekolah Tinggi Melaka. Pengetuanya yang baru ialah Encik A. Armstrong. Pada tahun 1931, Sekolah Tinggi Melaka berpindah ke tapak barunya di Jalan Chan Koon Cheng hingga sekarang.

Bangunan itu kini menempatkan Muzium Sejarah dan Etnografi. Paparan harian muzium ini ialah pakaian pengantin tradisional dan artifak dari zaman kegemilangan Melaka.