bab 1: pengenalan kepada biologi

Upload: maiey

Post on 06-Jan-2016

230 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Silibus Bab 1 Biologi Tingkatan 4

TRANSCRIPT

  • SPESIFIKASI KURIKULUM BIOLOGI TINGKATAN 4

    18

    TEMA : PENGENALAN KEPADA BIOLOGIBIDANG PEMBELAJARAN : 1.0 PENGENALAN KEPADA BIOLOGI

    Objektif Pembelajaran

    Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

    1.1 Memahami Biologi

    Menjalankan aktiviti perbincangan dan pembentangan mengenai perkara-perkara berikut:(a) apakah kajian Biologi?

    (b) kepentingan Biologi daripada aspek bidang ilmu untuk mengkaji hidupan, persekitaran, hubungan di antara hidupan dengan persekitaran.

    Membina peta konsep berdasarkan maklumat yang dikumpul tentang pelbagai bidang kajian dan kerjaya yang berkaitan dengan Biologi.

    Menjalankan perbincangan dalam kumpulan kecil tentang kepentingan perkara-perkara berikut:(a) penguasaan kemahiran saintifik.(b) kaedah saintifik.(c) mengamalkan sikap saintifik dan

    nilai murni.

    Murid boleh:

    menyatakan apakah kajian Biologi.

    menerangkan kepentingan Biologi.

    menyenaraikan bidang yang berbeza dalam kajian Biologi.

    menyenaraikan kerjaya berkaitan Biologi.

    menyatakan pelbagai kaedah mempelajari Biologi.

    bidang fields

    kerjaya career

  • SPESIFIKASI KURIKULUM BIOLOGI TINGKATAN 4

    19

    BIDANG PEMBELAJARAN : 1.0 PENGENALAN KEPADA BIOLOGIObjektif

    PembelajaranCadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan

    Kata1.2 Mengaplikasi penyiasatan saintifik

    Memerhatikan satu situasi dan mengenalpasti semua pembolehubah. Mencadangkan satu soalan yang sesuai bagi penyiasatan saintifik dan menjalankan perbincangan untuk:(a) membuat hipotesis.(b) merancang kaedah penyiasatan

    termasuk pemilihan radas dan kaedah kerja.

    Menjalankan satu eksperimen:(a) untuk mengumpul dan

    menjadualkan data.(b) mempersembahkan data dalam

    bentuk yang sesuai.(c) mentafsir data dan membuat

    kesimpulan.(d) menulis satu laporan lengkap.

    Menjalankan eksperimen membuat roti menggunakan yis dengan kehadiran gula dan tanpa gula. Merekodkan masa yang diambil untuk doh menggandakan saiz. Garam digunakan untuk penyiasatan lanjut.

    Semasa penyiasatan, penekanan perlu diberi terhadap keperluan mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni seperti kejujuran dan ketepatan dalam merekod dan mengesahkan data.

    Murid boleh: mengenalpasti pembolehubah

    dalam situasi yang diberi. mengenalpasti hubungkait

    antara dua pembolehubah bagi membentuk hipotesis.

    merekabentuk dan menjalankan eksperimen ringkas untuk menguji hipotesis.

    merekod dan membentangkan data dalam bentuk yang sesuai.

    mentafsir data untuk membuat kesimpulan.

    menulis laporan tentang sesuatu eksperimen.

    mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.

    Aktiviti ini membantu guru menilai kebolehan murid menjalankan penyiasatan saintifik.

    Sikap saintifik dan nilai murni perlu diperhatikan dalam semua penyiasatan bagi bidang pembelajaran lain.

    penyiasatan saintifik scientific investigation

    sikap saintifik scientific attitudes

    nilai murni noble values