bab 1-pengenalan latihan industri

25
BAB 1 : PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI 1.1 Pengenalan 1.1.1 Pendahuluan Syukur saya ke hadrat Ilahi kerana saya diberi peluang untuk menjalani Latihan Industri diPUSAT LATIHAN KEJENTERAAN PERTANIAN, TANJUNG KARANG bermula pada 27 Julai 2009 sehingga 24 Disember 2009. Dengan adanya latihan industri ini dapat saya mengetahui alam pekerjaan yang sebenar disamping dapat memupuk sifat amanah, berdedikasi dan bertanggungjawab dalam diri saya supaya dapat menjalankan tugas tanpa menghadapi banyak halangan dan rintangan . Latihan industri ini merupakan pra-syarat bagi penganugerahan sijil dan diploma politeknik disamping mendapat kecemerlangan dalam akademik. Oleh itu, setiap pelajar

Upload: helmyzainal571

Post on 18-Jun-2015

27.893 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 1-Pengenalan Latihan Industri

BAB 1 : PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1 Pengenalan

1.1.1 Pendahuluan

Syukur saya ke hadrat Ilahi kerana saya diberi peluang untuk menjalani Latihan Industri

diPUSAT LATIHAN KEJENTERAAN PERTANIAN, TANJUNG KARANG bermula pada 27

Julai 2009 sehingga 24 Disember 2009. Dengan adanya latihan industri ini dapat saya

mengetahui alam pekerjaan yang sebenar disamping dapat memupuk sifat amanah, berdedikasi

dan bertanggungjawab dalam diri saya supaya dapat menjalankan tugas tanpa menghadapi

banyak halangan dan rintangan . Latihan industri ini merupakan pra-syarat bagi penganugerahan

sijil dan diploma politeknik disamping mendapat kecemerlangan dalam akademik. Oleh itu,

setiap pelajar diwajibkan menjalankan latihan industri ini untuk semester 4 bagi diploma dan

semester 3 bagi sijil.

Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Polisas yang telah

berusaha sebaik mungkin supaya kami mendapat tempat untuk menjalani latihan industri.

Page 2: BAB 1-Pengenalan Latihan Industri

Ini dapat dilihat melalui beberapa sesi taklimat yang dibuat untuk memberi maklumat

kepada pelajar yang menjalani latihan industri ini bermula permohonan mendapatkan firma

sehinggalah tamat latihan industri.

Tanpa penerangan dan maklumat yang lengkap dari pihak Unit latihan industri ini tidak

mungkin saya menjalani latihan industri ini dengan baik dan lancar. Selain itu, saya juga dapat

menyiapkan buku laporan industri mengikut format yang telah digariskan dalam buku garis

panduan latihan industri. Laporan ini merupakan penilaian saya sepanjang latihan industri ini

dijalankan.

Melalui latihan industri ini, saya dapat mempraktikkan teori dan amali yang dipelajari di

Kampus Polisas dan dapat merasai suasana bekerja selaras dengan objektif utama latihan industri

ini dijalankan. Selain itu, latihan industri ini dapat memberi pengalaman baru yang tidak

mungkin akan dilupakan serta menjadi asset yang berharga bagi saya untuk menempuh alam

pekerjaan kelak.

Akhir kata, dengan adanya latihan industri ini ia memberi banyak pengalaman dan ilmu

baru selain mengamalkan ilmu-ilmu yang telah diperolehi. Disamping itu, latihan industri ini

juga dapat membentuk keyakinan diri untuk menghadapi alaf baru dimana pada masa hadapan

kita akan menghadapi banyak cabaran dan halangan.

Page 3: BAB 1-Pengenalan Latihan Industri

1.1.2 Objektif Latihan Industri

Para pelajar yang mengambil apa-apa jua kursus dimana-mana Politeknik perlulah

menjalani latihan industri dalam satu tempoh yang ditetapkan iaitu selama 6 bulan . Latihan

industri ini juga merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum

dianugerahkan sijil atau diploma daripada Politeknik Kementeriaan Pengajian Tinggi . Setiap

pelajar perlu lulus latihan industri sebelum diiktiraf memasuki semester seterusnya . Diantara

objektif utama latihan industri ini wujud adalah :

i. Mendedahkan kepada para pelajar dengan alam pekerjaan sebenar.

ii. Membolehkan pelajar mengaitkan teori yang telah dipelajari di politeknik dengan

aspek-aspek praktikal di firma atau sebaliknya.

iii. Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik sesama pekerja di firma

tersebut.

iv. Dapat menanamkan sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan tinggi

semasa latihan industri dijalankan dan dimasa akan datang.

v. Untuk mengamalkan peraturan-peraturan di sektor industri selepas tamat pengajian

di Polisas kelak.

vi. Supaya dapat menyediakan laporan rasmi dan tugasan lain yang diarahkan oleh

politeknik seperti menyediakan buku laporan industri.

Oleh demikian, tidak dinafikan objektif laporan latihan industri ini sebenarnya adalah

untuk menilai sejauh mana kebolehan yang ada pada diri pelajar yang sekaligus merupakan satu

bentuk persediaan untuk menghadapi realiti sebenar ketika di alam pekerjaan kelak.

Page 4: BAB 1-Pengenalan Latihan Industri

1.1.3 Objektif Laporan

Apabila tamat latihan industri yang dijalankan disebuah firma tersebut itu, maka setiap

pelajar diharuskan membuat atau menyediakan laporan lengkap dan mengikut piawaian yang

telah ditetapkan oleh pihak politeknik. Ia adalah bertujuan untuk menilai sejauh manakah

keberkesanan latihan industri yang dijalankan oleh pelajar sepanjang tempoh tersebut. Laporan

ini dibuat kerana ia merupakan satu dokumen penting dimana untuk dijadikan sebagai bahan

bukti terhadap latihan yang diikuti. Ia juga sebagai garis panduan dan rujukan ketika temuduga

kelak

Laporan yang telah lengkap akan diserahkan dan disemak oleh pensyarah-pensyarah yang

berkenaan apabila pelajar kembali semula mendaftar semesta yang berikutnya. Suatu kerja yang

dilakukan secara baik tidak memberi makna jika ia tidak dicatit atau dimuatkan dalam bentuk

buku laporan untuk dijadikan bahan rujukan kelak. Oleh itu, penulisan laporan memerlukan

kepada pemerhatian khusus dari pelajar. Piawaian ini juga melatih pelajar supaya mematuhi

kepada arahan-arahan dan segala peraturan yang ditetapkan. Laporan ini juga mestilah mudah

difahami oleh pensyarah yang memeriksa dan juga firma serta pihak-pihak lain untuk penilaian

serta rujukan terhadap laporan tersebut.

Dengan itu, dapatlah saya menyiapkan sebuah buku laporan dimana ia memuatkan segala

teknik-teknik latihan dan maklumat bidang kejuruteran mekanikal khususnya. Saya berharap

buku laporan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak secara langsung atau tidak

langsung.

Page 5: BAB 1-Pengenalan Latihan Industri

1.1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

Latihan Industri merupakan satu cabang bidang ilmu yang memberi peluang kepada

seseorang pelajar untuk mengaplikasikan setiap proses pembelajaran yang dilalui semasa sesi

didalam bilik kuliah. Ia dapat dilihat dari pelbagai perspektif, contohnya secara tidak langsung ia

dapat melipat gandakan kemahiran yang sedia ada yang terdapat didalam diri seseorang pelajar

itu sendiri di samping mendapat kemahiran dan pengetahuan yang baru dalam sesuatu bidang

kerja yang dilalui. Pengalaman dan pengetahuan tersebut sangat penting untuk menjadikan

seseorang pelajar itu yang terbaik dalam bidang yang akan diceburi kelak.

Selain itu, latihan industri ini juga mengurangkan rasa gementar dan rasa janggal apabila

pelajar mengharungi alam pekerjaan sebenar yang bakal merealisasikan segala cita-cita dan

impian ketika belajar. Segala penyelesaian masalah yang dihadapi sewaktu menjalani latihan

industri akan dijadikan suatu pengalaman untuk mematangkan diri sendiri. Secara tidak

langsung, ia dapat memberi kesedaran kepada pelajar bahawa situasi di alam pekerjaan

sebenarnya adalah tidak semudah yang dipelajari dalm bentuk teori dan amali ketika

pembelajaran.

Dari sudut lain pula, latihan industri ini penting kerana ia memudahkan pelajar untuk

memohon jawatan yang sesuai setelah tamat pengajian kelak. Ini tidak dinafikan kerana secara

umum sesebuah firma amat mengutamakan individu yang memiliki ilmu pengetahuan yang

tinggi disamping pengalaman bekerja yang ada. Justeru itu, tidak mustahil syarikat tersebut

menawarkan tempat untuk bekas pelatih setelah tamat pengajian kelak.

Walau bagaimanapun, input yang diperolehi daripada latihan ini adalah sangat besar.

Pelajar dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran yang diperolehi semasa tempoh latihan

sebagai panduan dan bekalan untuk dimasa akan datang. Selain daripada itu, segala susah payah

yang ditempuhi semasa dalam tempoh tersebut akan menjadi pendorong dan pemangkin kepada

Page 6: BAB 1-Pengenalan Latihan Industri

pelajar untuk meningkatkan prestasi ketahap yang tinggi serta menjadikan diri sebagai seorang

pelajar dan pekerja yang berdedikasi dan cemerlang kelak.

1.2 Latar Belakang Organisasi

JABATAN PERTANIAN DAN PUSAT LATIHAN KEJURUTERAAN PERTANIAN

1.2.1 Pengenalan Organisasi

Pusat Latihan Kejenteraan pertanian, Tanjung Karang atau (PLKP) talah dibuka pada

November 1975, dengan objektif utamanya untuk menyediakan latihan kemahiran secara formal

kepada belia-belia Negeri Selangor dalam bidang kejuruteraan pertanian. Selain itu latihan

memandu jentera pertanian dan ujian memandu jentera berat (lessen H juga dijalankan dengan

kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor.

Kursus-kursus yang dilaksanakan adalah teras. Pengambilan pelajar dilakukan 2 kali

setahun. Individu yang berminat akan menjalani satu temuduga sebelum diambil menjadi

pelajar. Temuduga akan dijalankan di semua pejabat pertanian di seluruh negeri Selangor.

Jangka masa kursus ini adalah minimum 14 minggu dan maksimum 16 minggu tertakluk pada

keadaan semasa. Selain itu, PLKP juga mengendalikan kursus-kursus jangka pendek seperti

kursus pengairan, pengendalian dan keselamatan jentera dan sebagainya.

Sehingga kini, pusat ini telah berjaya mengendalikan sebanyak 71 sesi kursus dengan

melibatkan seramai 1899 peserta yang telah mendapat latihan. Kebanyakan pelajar-pelajar yang

telah menamatkan kursus ini telah pun mendapat pekerjaan tetap di jabatan kerajaan dan swasta

sebagai operator dan mekanik.

Page 7: BAB 1-Pengenalan Latihan Industri

Selain menjadi institusi pengajian, di PLKP juga di tempatkan bahagian kejuruteraan

pertanian dan bengkel yang menyelenggara kenderaan Jabatan yang berskala kecil bertujuan

membantu petani khususnya di daerah Kuala Selangor dan amnya di seluruh Negeri Selangor.

Terdapat 3 unit utama didalam PLKP :-

1. Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian

( Jabatan Pertanian Negeri Selangor )

2. Pusat Kejuruteraan Pertanian Selangor

( Bahagian Kejuruteraan Pertanian Serdang )

3. Unit Kejuruteraan Pertanian PBLS

( Projek Barat Laut Selangor, Kuala Selangor )

1.2.2 Logo Jabatan Pertanian

Page 8: BAB 1-Pengenalan Latihan Industri

Jabatan Pertanian telah berubah wajah dengan penampilan logo baru jabatan yang telah

dilancarkan pada 27 Disember 2004 di Taman Botani, Putrajaya.

Kemunculan logo baru ini bertepatan dengan sambutan 100 tahun Jabatan Pertanian dan

perpindahan Jabatan Pertanian ke Putrajaya.

RASIONAL LOGO :-

Bentukan daun-daun yang bersifat organik adalah merupakan imej yang membawa

pengertian sumber asas bidang pertanian Negara. Bentuk ini disusun selari bertujuan untuk

membawa maksud keseimbangan dan perkembangan.

Kemajuan bidang pertanian yang sedang giat dirancang oleh kerajaan untuk menjadi

penyumbang terbesar ekonomi Negara.

Imej di bahagian tengah membawa maksud pegertian benih yang baik bertujuan untuk

melambangkan impian dan hasrat Jabatan Pertanian dan kerajaan untuk memajukan hasil

pertanian Negara serta meninggikan taraf kehidupan golongan petani ke satu tahap yang lebih

baik dan berjaya.

Warna hijau bermaksud warna asas pertanian. Ianya melambangkan pertambahan hasil

pertanian melalui penggunaan kaedah pertanian berteknologi tinggi dan moden serta

kesungguhan kakitangan Jabatan Pertanian untuk mencapai matlamat misi dan visi

memartabatkan industri pertanian Negara.

Page 9: BAB 1-Pengenalan Latihan Industri

1.2.3 Dasar Pertanian Negara

a. Meningkatkan produktiviti dan daya saing dalam sektor pertanian.

b. Mengeratkan pertalian dengan sektor-sektor lain.

c. Menerokai bidang baru.

d. Mengguna dan memelihara sumber asli secara mapan.

1.2.4 Program Utama Jabatan Pertanian

a. Meningkatkan pengeluaran hasil padi.

b. Membangunkan tanaman buah-buahan.

c. Membangunkan tanaman sayuran.

d. Pemulihan tanaman kelapa

e. Industri asas tani.

f. Integrasi tanaman jagung dan lembu feedlot.

1.2.5 Projek Khas

a. Ladang Satelit.

b. Projek Kelompok Berpotensi.

c. Tanaman Kekal

1.2.6 Misi Jabatan Pertanian

a. Meningkatkan produktiviti dan pendapatan golongan tani.

b. Membangunkan komuditi dan aktiviti giliran yang berdaya maju.

c. Menggalakkan penggunaan teknologi moden.

d. Menguatkuasakan akta-akta pertanian.

Page 10: BAB 1-Pengenalan Latihan Industri

1.2.7 Objektif Jabatan Pertanian

a. Memberi perkhidmatan perundingan, sokongan teknikal dan perkhidmatan nasihat yang

profesional dalam pelbagai bidang pertanian khususnya tanaman makanan yang

mencukupi untuk keperluan Negara.

b. Membimbing dan mewujudkan pengusaha pertanian yang progesif bagi meningkatkan

produktiviti ladang dan pengeluaran pertanian Negara.

c. Mewujudkan kumpulan tenaga kerja yang terlatih dan mahir untuk keperluan industri

pertanian.

d. Melindungi tanaman-tanaman Negara ( tanaman industri dan makanan ) daripada

ancaman perosak dan penyakit melalui program pelindungan tanaman dan perkhidmatan

kuarantin.

e. Menentukan keluaran hasil-hasil tanaman makanan yang selamat dan mengawal

pencemaran alam sekitar.

f. Mengawal bahan-bahan tanaman dan bahan jana plasma Negara daripada dibawa keluar

Negara dan terancam pupus.

1.2.8 Objektif Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian

a. Memberi khidmat dalam pengalaman dan pemindahan teknologi kejuruteraan pertanian

bagi memperluas aplikasinya seterusnya meningkatkan hasil pengeluaran pertanian

Negara .

Page 11: BAB 1-Pengenalan Latihan Industri

b. Memberi perkhidmatan kepakaran dan memperkenalkan teknologi pertaniaan serta

memperluaskan aplikasi dalam amalan pertanian semasa dengan berkesan.

1.2.9 Unit Dan Fungsi Utama

1. Unit Pembangunan Pusat.

2. Unit Pembangunan Sumber Manusia Dan Logistik.

3. Unit Teknologi Kejuruteraan Pertanian.

4. Unit Bengkel Dan Fabrikasi.

5. Unit Pentadbiran.

1.2.10 Unit Pembangunan Pusat

Fungsi utama : Pengurusan Pusat

Aktiviti :-

i. Penggunaan kemudahan pusat.

ii. Penyelenggaraan kemudahan pusat.

iii. Penyelenggaraan persekitaran pusat.

iv. Urusan keselamatan.

v. Pembangunan pusat.

Page 12: BAB 1-Pengenalan Latihan Industri

1.2.10 Unit Pembangunan Sumber Manusia Dan Logistik

Fungsi utama : Latihan dan pengurusan logistik.

Aktiviti latihan :-

i. Penentuan pengurusan latihan.

ii. Pengambilan peserta kursus kejenteraan

pertanian.

iii. Kursus sehari petani.

iv. Ujian JPJ kelas H.

v. Lawatan sambil belajar.

vi. Sukan.

Aktiviti logistik :-

i. Kenderaan.

ii. Perjalanan kenderaan.

iii. Pembeliaan bahan api.

1.2.11 Unit Teknologi Kejuruteraan Pertanian

Fungsi utama : Khidmat kepakaran kejuruteraan pertanian

Aktiviti Pengairan dan struktur :-

i. penyediaan spesifikasi infrastruktur.

Page 13: BAB 1-Pengenalan Latihan Industri

ii. Pemasangan sistem pengairan.

iii. Tube well ( telaga tiub ).

iv. Fertigasi struktur kalis hujan.

Aktiviti khidmat jentera :-

i. Khidmat pembajakan.

ii. Pinjaman alatan jentera.

iii. Demostrasi alat jentera.

iv. Kutip jentera dan peralatan yang disewa.

1.2.12 Unit bengkel dan fabrikasi

Fungsi utama : Pembaikan dan inovasi

Aktiviti bengkel :-

i. Pembaikan kenderaan, jentera, alat pertanian persekutuan.

ii. Pembaikan kenderaan, jentera, alat pertanian JPNS.

iii. Penyelenggaraan.

iv. Bengkel fabrikasi.

Aktiviti Inovasi :-

i. Pengubahsuaian alat pertanian sedia ada.

Page 14: BAB 1-Pengenalan Latihan Industri

ii. Merekacipta alatan baru.

1.2.13 Unit Pentadbiran

Fungsi utama : Pentadbiran dan kewangan.

Aktiviti pentadbiran :-

i. Surat menyurat.

ii. Urusan pemfailan.

iii. Permohonan barangan keperluan.

Aktiviti kewangan :-

i. Perolehan bekalan.

ii. Perolehan perkhidmatan.

iii. Perolehan hasil.

Page 15: BAB 1-Pengenalan Latihan Industri

1.3 Carta Organisasi.

Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan digerakan oleh personal seperti di bawah :-

Jawatan Bil Perkhidmatan Nama

Pegawai PertanianG 44

1 BKP

Pegawai Pertanian G 41

1 BKP Noremeliawati Abdullah

Penolong PegawaiPertanian G 32

1 JPNS Fauzi Mat Yatim

Penolong Pegawai Pertanian G 27

1 BKP Siti Amidah Abu Nasir

Penolong PegawaiPertanian G 27

1 BKP Abuzar B. Mohd Ariff

Pembantu Pertanian G 22

2 BKP Talib Haji Mohd Nor

Pembantu Pertanian G 17

4 JPNS

JPNS

BKP

JPNS

Sharul Sukilin @ Sukirin

Nazry Abu Seman

Mohd Ariffin Hamdi

Samuri SidalTukang K2 R 11 3 JPNS

JPNS

JPNS

Arsat Husin

Razali Mohd Said

Junaidi AsiranTukang K2 R 22 1 BKP Azahari WagimanTukang K2 R 9 3 JPNS

JPNS

BKP

Sulaiman Jaus

Mohd Afiq Ali

Ahmad JufriPekerja Rendah Awam R 1

5 JPNS

JPNS

Mariapan Karpaya

Mohd Hanapi Badri

Page 16: BAB 1-Pengenalan Latihan Industri

JPNS

JPNS

JPNS

Razmi Ahmad

Normila Mehat

Khairul Nizam AhmadPembantu Tadbir

N 17

4 JPNS Aminah Abdul Rahman

Rosjayati

NoritaPembantu Tadbir N17 ( Stor )

1 JPNS Bokhari Jaimudin

Pemandu Kenderaan R 3

6 JPNS

JPNS

BKP

JPNS

JPNS

Borhanuddin Md Nuah

Murugan Markandan

Mohd Raziz Omar

Mohd Hasyim Ahmad Bohari

Noralaili Yusmawan Jamil

Amir

1.4 Aktiviti Yang Dijalankan Oleh Jabatan

1.4.5 Program Latihan

Berikut disenaraikan program kursus yang telah dianjurkan oleh

Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian Tanjong Karang ( PLKP) :

a. Kursus kejenteraan pertanian

b. Kursus sehari petani

c. Kursus penyelenggaraan enjin petrol dan diesel

d. Kursus penyelenggaraan traktor

Page 17: BAB 1-Pengenalan Latihan Industri

1.4.6 Teknologi Kejuruteraan Pertanian

Berikut adalah disenaraikan aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak

Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian Tanjong Karang :-

a. Merata tanah sawah atau bancian

b. Pengurusan air sawah

c. Pengutipan jerami bagi projek kompos

d. Khidmat menabur kapur bagi mengurangkan keasidan tanah.

e. Mereka bentuk dan memasang sistem pengairan.

f. Membina telaga tiub.

g. Memberi khidmat nasihat, demostrasi dan sewaan jentera pertanian.

1.4.7 Bengkel Fabrikasi Dan Pembaikan.

Diantara pembaikan kenderaan, jentera dan alat pertanian

melibatkan :-

a. Pembaikan besar

b. Pembaikan kecil

c. Penyelenggaran

d. Pengubahsuaian

1.5 Hala Tuju Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian

Pelaksanaan program dan aktiviti Pusat Latihan dan Bahagian

Kejuruteraan Pertanian dipergiatkan ke arah mencapai matlamat dengan

memaksimakan pengeluaran hasil pertanian melalui pemindahan dan

pengamalan teknologi kejuruteraan pertanian yang berkesan.

Page 18: BAB 1-Pengenalan Latihan Industri

Disamping itu juga, memberi perkhidmatan berkualiti dan berkesan

kepada pengusaha-pengusaha pertanian di dalam pengunaan teknologi

tanaman dan industri hiliran serta khidmat Regulatori Pertanian untuk

meningkatkan daya pengeluaran pertanian Negara.

1.6 Kemudahan

Pusat ini dibina di atas kawasan seluas 18 ekar terdiri dari Kompleks

Pusat Latihan dan 15 buah rumah kakitangan. Antara kemudahan yang

tersedia ialah :-

I. 1 blok pejabat dari pejabat pentadbiran dan pejabat teknikal

II. 2 bilik seminar berkapasiti 100 orang

III. 1 bilik mesyuarat berkapasiti 30 orang.

IV. 1 unit bagi setiap bengkel berikut : latihan, pembaikan, pertukangan

V. besi dan pertukangan kayu

VI. 1 blok asrama berkapasiti 30 orang

VII. Surau dan bilik rehat

VIII. Bilik komunikasi dan peralatan elektronik.

IX. 1 dewan makan dan 1 dewan serbaguna.

X. 1 bangunan stor peralatan

XI. Struktur kalis serangga

XII. 1 garaj jentuai

XIII. Padang bola, gelanggang tennis, takraw dan bola tampar

XIV. Tempat letak kereta dan jentera

XV. Stor-stor bagi peralatan pusat, bahan kayu pameran, teknologi, alat ganti, minyak

pelincir dan peralatan AV.