bab 1 & bab 2 done.doc

17
BAB 1 PENGENALAN 1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Pada masa kini,masyarakat sering mengabaikan hand hygiene terutamanya dalam kalangan kakitangan kesihatan seperti doktor,jururawat dan lain-lain.Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan pengajaran dan pembelajaran mengenai hand washing dalam panduan pembelajaran bermula dari jururawat pelatih Tahun I Semester I .Kepentingan dalam pengamalan hand hygiene dalam kalangan jururawat pelatih adalah sebagai standard precautions untuk mengelakkan nasocomial infections ketika penempatan dikawasan klinikal. Hand washing untuk hand hygiene adalah perbuatan membersihkan tangan dengan atau tanpa menggunakan air atau cecair lain, atau dengan penggunaan sabun, bagi maksud 1

Upload: syafinaz-razak

Post on 12-Aug-2015

915 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

nursing research sem 5

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 1 & BAB 2 DONE.doc

BAB 1

PENGENALAN

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pada masa kini,masyarakat sering mengabaikan hand hygiene

terutamanya dalam kalangan kakitangan kesihatan seperti doktor,jururawat dan

lain-lain.Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan

pengajaran dan pembelajaran mengenai hand washing dalam panduan

pembelajaran bermula dari jururawat pelatih Tahun I Semester I .Kepentingan

dalam pengamalan hand hygiene dalam kalangan jururawat pelatih adalah

sebagai standard precautions untuk mengelakkan nasocomial infections ketika

penempatan dikawasan klinikal.

Hand washing untuk hand hygiene adalah perbuatan membersihkan

tangan dengan atau tanpa menggunakan air atau cecair lain, atau dengan

penggunaan sabun, bagi maksud menghapuskan tanah, kotoran, atau

mikroorganisma.Hand hygiene merupakan salah satu teknik untuk

mengurangkan nasocomial infections .

1

Page 2: BAB 1 & BAB 2 DONE.doc

Tujuan utama mencuci tangan dalam perubatan adalah untuk

membersihkan tangan daripada patogen (termasuk bakteria atau virus) dan

bahan kimia yang boleh menyebabkan kecederaan peribadi atau penyakit. Ini

adalah penting terutamanya bagi orang-orang yang mengendalikan makanan

atau kerja dalam bidang perubatan, tetapi ia juga merupakan amalan yang

penting untuk orang awam.

Orang ramai boleh dijangkiti dengan penyakit pernafasan seperti

selesema , sebagai contoh, jika mereka tidak membasuh tangan mereka

sebelum menyentuh mata , hidung, atau mulut. Malah, Pusat Kawalan dan

Pencegahan Penyakit (CDC) telah menyatakan: "Ia adalah didokumenkan

bahawa salah satu langkah yang paling penting untuk mencegah penyebaran

patogen adalah pengamalan hand washing yang berkesan."

Tuntasnya,pengamalan hand hygiene adalah sangat penting untuk

mengelakkan transmisi organisma daripada menjangkiti individu samada

daripada pesakit kepada pesakit, pesakit kepada jururawat atau jururawat

kepada pesakit .Dengan ini,ianya dapat menghadkan peningkatan peratusan

infeksi yang disebabkan oleh kurangnya pengamalan hand hygiene.

2

Page 3: BAB 1 & BAB 2 DONE.doc

1.1 PENYATAAN MASALAH

Hand hygiene merupakan salah satu standard precautions yang efektif

untuk meminimakan transmisi organisma kepada individu yang lain terutamanya

dalam kalangan jururawat pelatih. Namun, peningkatan nasocomial infections

telah terbukti dengan kajian-kajian yang lepas. Walaupun pengamalan 5

moments hand hygiene dilakukan ketika penempatan di kawasan klinikal,

keberkesanannya diragui kerana kualiti yang diberikan bergantung pada

kesibukan menguruskan tugasan semasa berada diwad selain daripada faktor-

faktor yang lain dalam pengamalan hand hygiene.

Seterusnya, kerjasama daripada ahli-ahli kajian yang melakukan

penyelidikan dan juga responden amat diperlukan bagi memastikan kajian yang

dilakukan adalah mengikut etika penyelidikan.

Oleh itu, kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui perhubungan

diantara 5 moments hand hygiene dan nosocomial infections dalam kalangan

jururawat pelatih semasa penempatan dikawasan klinikal.

3

Page 4: BAB 1 & BAB 2 DONE.doc

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

1.2.1 OBJEKTIF AM

Objektif am dalam kajian ini adalah untuk mengetahui jururawat pelatih

mengamalkan cara hand hygiene yang betul semasa penempatan di kawasan

klinikal.

1.2.2 OBJEKTIF SPESIFIK

1. Untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi jururawat

pelatih tidak mengamalkan hand hygiene yang berkesan .

2. Untuk mengetahui kepentingan mengamalkan hand hygiene dalam kalangan

jururawat pelatih.

3. Untuk mengetahui kesan sekiranya jururawat pelatih tidak mengamalkan hand

hygiene yang betul.

4. Untuk menilai tahap kefahaman jururawat pelatih mengenai langkah-langkah

pengamalan hand washing yang betul.

4

Page 5: BAB 1 & BAB 2 DONE.doc

1.3 HIPOTESIS KAJIAN

Jururawat pelatih Kolej Kejururawatan Melaka mengamalkan cara hand washing

yang betul semasa penempatan di kawasan klinikal supaya tidak mengalami

nosocomial infections.

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Cara perpindahan mikroorganisma di kawasan hospital dan kakitangan

hospital adalah melalui direct contact dengan pesakit yang ada penyakit

berjangkit, peralatan atau bahan-bahan yang tercemar. Organisma ini akan

merebak melalui tangan staf hospital jika tidak mengamalkan teknik mencuci

tangan yang betul. Jangkitan melalui staf hospital dikenali sebagai Nosocomial

infection. Nosocomial infection disebabkan oleh microorganisma pathogen boleh

dicegah dengan teknik medical asepsis.

Mencuci tangan adalah prosedur yang paling penting untuk mencegah

infeksi. Mikroorganisma hadir pada tangan staf kesihatan yang boleh

menyebabkan rebakan dan mempunyai potensi untuk menyebabkan

kemudaratan kepada pesakit.

Selain itu, hand washing adalah salah satu daripada standard precautions

untuk mengekalkan status kesihatan seseorang individu.

5

Page 6: BAB 1 & BAB 2 DONE.doc

Kajian yang dijalankan melibatkan jururawat pelatih Kolej Kejururawatan

Melaka daripada Tahun l Semester ll,Tahun 2 Semester l,Tahun 2 Semester

ll,Tahun 3 Semester l dan Tahun 3 Semester ll serta merupakan salah satu

daripada anggota kesihatan di hospital.

Sehubungan dengan itu,kajian yang dijalankan dapat menggalakkan

jururawat pelatih tahu akan kepentingan pengamalan 5 moments hand hygiene

yang efektif semasa penempatan di kawasan klinikal.

Seterusnya, jururawat pelatih dapat meningkatkan tahap kesedaran

berkaitan dengan pelaksanaan amalan hand hygiene yang betul dapat

mengelakkan dari berlakunya jangkitan silang dalam kalangan jururawat pelatih

kepada pesakit ,pesakit kepada jururawat pelatih dan pesakit kepada pesakit di

wad serta kesan sekiranya jururawat pelatih tidak mengamalkannya secara

efektif. Pengamalan 5 moments hand hygiene juga dapat meningkatkan

jururawat pelatih mempraktikkan pengamalan hand washing yang efektif dan

lebih berkualiti ketika di wad .

6

Page 7: BAB 1 & BAB 2 DONE.doc

1.5 SKOP KAJIAN

Skop kajian mengenai perhubungan diantara 5 moments hand hygiene

dan nasocomial infections dalam kalangan jururawat pelatih ketika penempatan

di kawasan klinikal adalah responden yang terdiri daripada jururawat pelatih

Tahun I Semester ll, Tahun 2 Semester l, Tahun 2 Semester ll, Tahun 3

Semester l dan Tahun 3 Semester ll yang dipilih secara persampelan rawak

mudah di Kolej Kejururawatan Melaka.

1.6 DEFINISI OPERASIONAL

1.6.1 5 moment

konsep menggabungkan semua saranan World Health Organization (WHO)

untuk kebersihan tangan. Keputusan untuk menangani kebersihan tangan

dengan memberi tumpuan kepada lima petunjuk hanya bertujun untuk lebih

mudah faham mengenai risiko jangkitan patogen melalui tangan dan mengetahui

cara yang betul untuk mencuci tangan dan mengaplikasikannya.

7

Page 8: BAB 1 & BAB 2 DONE.doc

1.6.2 Hand hygiene

Kebersihan tangan adalah istilah yang digunakan untuk proses mencuci tangan

atau tangan dekontaminasi.

Mencuci tangan melibatkan mekanikal mengeluarkan mikroorganisma daripada

tangan dengan sabun dan air.

1.6.3 Medical Asepsis

Satu cara yang digunakan untuk menghapuskan organisma pathogen.  Ini

dipraktikkan untuk merawat pesakit dengan penyakit berjangkit dengan tujuan

mengelakkan dari menjangkit kepada orang lain.

1.6.4 Nosocomial Infection

Mana-mana jangkitan yang diperolehi semasa di hospital atau persekitaran

penjagaan kesihatan.

8

Page 9: BAB 1 & BAB 2 DONE.doc

1.6 PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pelatih Kolej Kejururawatan Melaka

tidak mengamalkan hand hygiene secara efektif?

2. Apakah kepentingan pengamalan 5 moment hand hygiene yang efektif semasa

di penempatan klinikal?

3. Sejauh manakah kefahaman jururawat pelatih mengenai kesan-kesan tidak

mengamalkan hand hygiene secara efektif?

4. Adakah jururawat pelatih mengamalkan langkah-langkah hand washing yang

betul mengikut turutan satu hingga tujuh?

5. Adakah jururawat pelatih mengetahui 5 moments hand hygiene yang perlu

dipraktikkan ketika penempatan di kawasan klinikal?

9

Page 10: BAB 1 & BAB 2 DONE.doc

1.7 RUMUSAN

Secara keseluruhannya,pengamalan 5 moments hand hygiene dalam

kalangan jururawat pelatih adalah penting untuk dipraktikkan bagi mengelakkan

risiko mendapat nasocomial infections. Jururawat pelatih yang dipilih sebagai

responden juga berperanan untuk membantu penyelidikan yang dijalankan bagi

mengetahui peratusan(%) jururawat pelatih yang mengamalkan cara hand

hygiene yang betul semasa penempatan di kawasan klinikal. Hand washing

untuk hand hygiene yang efektif adalah penting untuk meminimakan transmisi

mikroorganisma di hospital dan dapat memberi masa yang singkat untuk pesakit

sembuh daripada penyakitnya.

10

Page 11: BAB 1 & BAB 2 DONE.doc

BAB 2

TINJAUAN LITERATURE

Nosocomial infection merupakan jangkitan yang diperolehi semasa di hospital

atau persekitaran penjagaan kesihatan disebabkan oleh kurangnya pengamalan hand

hygiene. Sebuah survey yang dijalankan oleh sebuah University Hospital

Lewisham,London telah mengatakan bahawa kakitangan medical tidak mencukupi

masa untuk mencuci tangan berulang kali dan juga menghadapi masalah dengan

produk sabun yang digunakan yang boleh menyebabkan irritasi pada kulit.(Pittet et

al,1991) . Ini disokong oleh (Hugonnent el al,2004) bahawa kakitangan kesihatan

memberi pelbagai sebab untuk tidak mengamalkan hand hygiene iaitu kesuntukan

masa,kekurangan kakitangan,pengaruh staf sejawat.

The World Health Organization (WHO) (2009) menekankan kepentingan hand

hygiene sebelum prosedure bersih atau prosedur aseptic untuk elak healthcare-

associated infection (HCAI). Hand hygiene amat penting diamalkan oleh kakitangan

kesihatan untuk mengelakkan transmisi infeksi (Larson et al,1995). Ini disokong oleh

Pittet 2000,Gould et al 2010) bahawa hand hygiene dikatakan sebagai aspek amat

penting dalam mengelakkan healthcare-associated infection (HCAI). Menurut

Kilpatrick C et al (2012) telah menyatakan kepentingan hand hygiene sebelum

melakukan prosedur invasif.

11

Page 12: BAB 1 & BAB 2 DONE.doc

Di UK , lebih kurang 300,000 pesakit mendapat nosocomial infection

disebabkan tidak mengamalkan hand hygiene atau tidak mengamalkan hand

hygiene dengan betul (Duncan JM Macdonald) yang turut disokong oleh

(Sylvia Trotter) yang telah menyatakan bahawa kesan tidak mengamalkan hand

washing yang efektif, transmisi infeksi telah meningkat, termasuk Multiple

Resistance Staphylococcus Aureus (MRSA). Kenyataan ini dikuatkan lagi

dengan lead researcher (Xiaoyan Song ) yang mengatakan bahawa

pengamalan hand hygiene yang tidak berkesan oleh kakitangan kerajaan

sebelum dan selepas menyentuh pesakit merupakan faktor utama nosocomial

infection.

The U.K Health Department guidelines menyatakan bahawa tangan perlu

dicuci “sebelum dan selepas contact dengan setiap seorang pesakit”. Kenyataan

ini dibuktikan lagi oleh Ignac Semmelweis yang telah melakukan pemerhatian

pada tahun 1847 tentang hand washing mengurangkan bilangan kematian

disebabkan puerperal fever (Semmelweis,1983). Manakala, (The Lancet, 2000)

pula menyatakan kefahaman mengenai langkah- langkah pengamalan hand

hygiene meningkat setelah pendidikan kesihatan diberikan pada peringkat

hospital.Ini menunjukkan langkah-langkah hand washing adalah sangat penting

dalam mengelakkan nosocomial infection.

12

Page 13: BAB 1 & BAB 2 DONE.doc

13