bab 1

5

Click here to load reader

Upload: wan-nur-aziemah-izyan

Post on 03-Jul-2015

116 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 1

BAB 1

-PENGERTIAN DAN KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

KONSEP PENTAKSIRAN

Merupakan proses mengumpul, menterjemah, merekod dan menggunakan

maklumat mengenai respons pelajar terhadap tugas pendidikan.

Satu proses merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor,

menghurai dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang

murid bagi sesuatu tujuan tertentu.

Proses mendapatkan maklumat dan seterusnya buat penghakiman tentang

produk sesuatu proses pendidikan.

Tujuan :

o Guru dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan pelajar.

o Guru boleh menentukan gred.

o Guru dapat memantau kemajuan murid.

o Dapat menentukan keberkesanan pengajaran.

o Boleh mempengaruhi penerimaan pihak awam.

Menurut Dunn (1991), pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat

oleh guru tentang pelajarnya dan oleh pelajar sendiri tentang kemajuan

mereka.

Dalam Kurikulum Bersepadu (Kementerian Pendidikan Malaysia,1998)

pentaksiran ialah proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan,

kemajuan, dan pencapaian pelajar secara menyeluruh berasaskan matlamat

kurikulum.

Menurut Noraini Idris (2008), pentaksiran dirancang dan dikendalikan oleh

guru dan menjadi sebahagian daripada proses pengajaran yang diharapkan

dapat memperbaiki proses pembelajaran pelajar.

Page 2: Bab 1

Pentaksiran sebagai pembelajaran menggalakkan seseorang guru

menggunakan kebijkasanaan untuk menilai kefahaman pelajar dalam proses

pembelajaran.

Pentaksiran pembelajaran biasanya diadakan selepas satu jangka masa

tertentu, misalnya selepas lapan minggu sesuatu kursus dijalankan.

Rajah 1 : Prinsip-prinsip Pentaksiran

-Merupakan prinsip pentaskiran yang pertama.

-Tanpa instrumen/ alat untuk menguji pencapaian murid, pentaksiran tidak dapat dijalankan.

-Instrumen : Satu set kertas soalan yang disediakan berdasarkan JSU.

-JSU yang lengkap dan mencakupi semua kemahiran yang hendak diuji.

-Merujuk kepada kumpulan murid-murid

yang hendak diuji.

-Kumpulan yang ditaksir perlu

ditentukan terlebih dahulu dari segi

tahun persekolahan dan skop

pengetahuan mereka.

-Penting supaya instrumen yang

disediakan adalah releven dan

menepati tujuan pentaksiran.

INSTRUMEN KUMPULAN YANG DITAKSIR

PRINSIP-PRINSIP

PENTAKSIRAN

Instrumen

Skor

Kumpulan yang

mentaksirRespons

Kumpulan yang

ditaksir

Page 3: Bab 1

Rajah 2 : Huraian Prinsip-prinsip Pentaksiran

- Merujuk kepada hasil pengujian iaitu jawapan yang telah diberikan.

-Respons-respons murid memainkan peranan sangat penting.

-Respons-respons murid mengandungi

* Data-data ataupun maklumat tentang pencapaian murid.

* Penguasaan murid-murid tentang satu-satu tajuk atau kemahiran.

* Keberkesanan strategi yang digunakan oleh guru.

- Merujuk kepada guru-guru yang

menyemak skrip jawapan/menganalisis

skrip jawapan.

-Sebaik-baiknya terdiri daripada guru-

guru neutral (guru-guru yang tidak

mengenali kumpulan murid yang

ditaksir.

-Supaya skor yang diperoleh lebih tepat

dan menggambarkan keupayaan dan

tahap penguasaan murid-murid yang

sebenar.

RESPONS KUMPULAN YANG MENAKSIR

-Merupakan data numerik yang

diperolehi daripada analisis respons-

respon yang diberikan oleh murid-

murid.

-Hasil pentaksiran dinyatakan dalam

bentuk skor.

-Daripada skor, guru dapat dapat

ketahui pencapaian dan tahap

penguasaan muris.

-Skor digunakan oleh guru-guru untuk

menganalisis secara lebih terperinci.

SKOR

Page 4: Bab 1

KONSEP PENGUJIAN

Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk

memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan

menghuraikan dengan bantuan skala bermotor, atau satu sistem yang

berkategori.

Secara ringkas, pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik bagi

mengukur perubahan tingkah laku.

Proses untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa.

Aspek pengukuran:

o Kognitif

o Psikomotor

o Afektif

Dilaksanakan dalam bentuk pemerhatian, ujian lisan dan bertulis.

Tujuan :

o Menentukan pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran.

KONSEP PENILAIAN

Penilaian sebagai satu ‘the process of delineating, obtaining, and providing

useful information for judging decision alternatives’. Definisi ini menjangkau

melepasi daripada maksud pengujian dan pengukuran.

Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap

sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama

ada sesuatu objektif yang ditetapkan itu telah tercapai.

Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau

keputusan yang tepat berhubung pengajaran da pembelajaran.

Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru

berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau guru menilai pencapaian pelajar.

Page 5: Bab 1

Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan bahawa guru sebenarnya mengukur

pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan.

Dalam sesetengah keadaan penilaian dibuat tanpa sebarang pengukuran yang

melibatkan ujian terlebih dahulu, tetapi hanya melibatkan pertimbangan nilai

semata-mata.

Secara ringkasnya, penilaian merupakan satu proses membuat pertimbangan

dalam mentafsir hasil pengukuran.

Tujuan : Memberikan maklumat tentang pencapaian murid, objektif pelajaran,

kaedah mengajar dan kurikulum.

Rajah 3 :Kepentingan Penilaian Ujian

Mengetahui keupayaan atau pengetahuan asas

Menolong guru-guru mengetahui sejauh mana

pelajar-pelajar mereka telah menguasai perkara

yang disampaikan

Membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman

sekelasnya

Menentukan pelajar yang berkeupayaan tinggi dan

yang lemah

Membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan

teknik serta kaedah pengajaran mereka.