bab 03 excel

Upload: kuzuri94

Post on 02-Jun-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 Bab 03 Excel

    1/27

    75

    3MICROSOFT EXCEL

    (Haslina Hassan, Mohamad Ibrahim, Noriza Nayan)

    Objektif di akhir pelajaran ini adalah:

    Memahami ciri-ciri asas dalam Excel.

    Melakukan pengeditan pada helaian kerja.

    Meningkatkan pengetahuan tentang pengurusan yang efisyen dalam

    mengorganisasikan data dalam sesuatu helaian kerja.

    Melakukan isihan data.

    Menggunakan pelbagai formula dan beberapa kemudahan yang

    terdapat padanya.

    Mencipta formula dengan beberapa operator dan julat sel.

    Mengunakan Validation.

    Membina graf atau carta.

  • 8/11/2019 Bab 03 Excel

    2/27

    76

    3.1

    Pengenalan

    Microsoft Excel merupakan aplikasi perisian lembaran kerja yang popular yang

    dihasilkan oleh Microsot Corporation. Penggunaannya lebih kepada menghasilkan

    pelbagai jenis lembaran kerja termasuk yang menggunakan teks, perhitungan dan

    manipulasi nombor serta carta. Contohnya, anda boleh membangunkan satu

    Aplikasi Penilaian Akademik Murid dengan membuat pengiraan gred dan

    penjanaan graf. Selain daripada itu, ia juga popular digunakan dalam perakaunan.

    Modul ini lebih mengkhusus kepada penggunaan Lembaran Kerja di sekolah

    bertujuan untuk membantu tugas guru memproses data yang berkaitan dengan

    senarai kedatangan dan pencapaian pelajar. Modul ini juga menggunakan contoh

    penghasilan slip keputusan peperiksaan bagi pelajar Ijazah sarjana muda di UPSI.

    Modul Excel ini menggunakan versi Microsoft Excel 2010. Semoga kehadiran

    modul ini akan dapat membantu melancarkan tugas dengan lebih efisen dan

    berkesan.

    3.2Pengenalan kepada Microsoft Excel 2010

    Jika anda merupakan pengguna Microsoft Excel 2007 anda akan dapati terdapat

    satu perubahan ketara telah dilakukan pada versi Microsoft Excel 2010 dimana

    butang Office yang terletak pada bahagian kiri atas skrin telah digantikan

    dengan butang File Tab. Versi Microsoft Excel 2010 ini masih mengekalkan

    penggunaan Ribbon yang telah diperkenalkan dalam versi 2007. Tujuan

    Ribbon ini diperkenalkan bagi memudahkan pengguna mencari arahan dan fitur

    yang terletak dalam menu-menu dan toolbar. Dalam versi Microsoft Excel 2007,

    anda tidak dibenarkan untuk mengubah dan menambah tab anda sendiri pada

    Ribbon berkenaan. Untuk versi Microsoft Excel 2010, anda diberikan kebebasan

  • 8/11/2019 Bab 03 Excel

    3/27

    77

    untuk membina tab anda sendiri, mengabungkan, menukar nama dan mengubah

    susunan tab atau kumpulan tab. Rujuk rajah 3.1

    Rajah 3.1:Kotak Customize the Ribbon

    3.3Senario

    Anda ditugaskan untuk menjadi guru tingkatan 4 Cemerlang, Di antara tugas anda

    ialah membuat satu lembaran kerja atau menguruskan prestasi murid termasuk

    maklumat murid, kehadiran murid dan penilaian akademik mereka. Jumlah murid

    dalam kelas anda ialah 30 orang. Anda dikehendaki membina satu lembaran kerja

    yang mengandungi senarai nama pelajar dan maklumat diri, senarai kehadiran

    pelajar, Markah, Gred dan Graf. Contoh-contoh lembaran kerja yang boleh

    disediakan adalah seperti di rajah 3.2 hingga rajah 3.6

  • 8/11/2019 Bab 03 Excel

    4/27

    78

    Rajah 3.2: Maklumat Pelajar

    Rajah 3.3: Jadual kehadiran pelajar

  • 8/11/2019 Bab 03 Excel

    5/27

    79

    Rajah 3.4: Gred

    Rajah 3.4: Jadual Markah Tahunan Pelajar

    Rajah 3.5: Bilangan gred pelajar mengikut mata pelajaran

  • 8/11/2019 Bab 03 Excel

    6/27

    80

    3.4Membina Lembaran Kerja

    Bagi membina lembaran kerja seperti yang ditunjukkan pada contoh-contohsebelum ini, di bawah adalah langkah-langkah yang boleh diikuti (rajah 3.7):

    Membina helaian kerja : Maklumat Pelajar

    Rajah 3.6: Carta graf bilangan gred mengikut mata pelajaran

    Rajah 3.7: Rajah maklumat pelajar

  • 8/11/2019 Bab 03 Excel

    7/27

    81

    a.

    Menamakan Helaian baru

    Setiap helaian mesti diberikan nama yang unik (tidak boleh 2 atau lebih

    mempunyai nama yang sama). Oleh itu, anda perlu memberikan nama mengikut

    fungsi masing-masing dan elakkan memberikan nama yang tidak bermakna.

    Contohnya Maklumat Pelajar- fungsinya memaparkan maklumat peribadi

    pelajar-pelajar (rajah 3.8).

    Langkah :

    1. Klik padaformat

    2.

    Skrol ke OrganizeSheets

    3.

    Klik padaRename Sheet

    4. Taipkan nama MAKLUMAT PELAJAR

    5. TekanEnter

    Rajah 3.8: Rajah Rename Sheet

  • 8/11/2019 Bab 03 Excel

    8/27

    82

    b.

    Menukar Saiz Lajur

    Tukarkan saiz lajur mengikut kesesuaian untuk membina helaian kerja senarai

    nama. Rujuk rajah 3.9. Terdapat dua kaedah iaitu :

    Menggunakan Menu Bar

    1. KlikFormat

    2. Skrol ke ColumnWidth

    3.

    Ubah saiz lajur tersebut dengan memasukkan saiz baru

    4.

    Klik ok

    Menggunakan Penunjuk Tetikus (Mouse Pointer)

    1. Letakkan kursor pada lajur A

    2.

    Gerakkan penunjuk tetikus supaya berada di garisan antara lajur Adan B sehingga muncul tanda , klik dan heret ke kiri atau ke kanan

    untuk menukar saiz lajur.

    Arahan: Masukkan data seperti di dalam rajah 3.2 atau 3.7

    Catatan : untuk menukar saiz baris, lakukan langkah yang sama.

    Rajah 3.9 : Rajah untuk menukar saiz lajur

  • 8/11/2019 Bab 03 Excel

    9/27

    83

    c.

    Menyelit Lajur atau Baris

    Langkah (rajah 3.10) :

    1. Letakkan kursor pada lajur atau baris yang dikehendaki (contohnya untuk

    menyelit lajur sebelum lajur A pada helaian kerja senarai nama, letakkan

    kursor pada lajur A)

    2. PilihInsert, dan skrol keInsert Sheet Columns.

    3.5 Helaian Kerja : Kehadiran Pelajar

    a. Membina helaian kerja KEHADIRAN (rajah 3.11)

    Langkah :

    1. Buka helaian baru dan berikan nama KEHADIRAN.

    2.

    PilihInsert, dan skrol keInsert Sheet.

    Rajah 3.10: Rajah untuk memasukkan lajur atau baris baru.

    Rajah 3.11: Rajah untuk memasukkan helaian baru.

  • 8/11/2019 Bab 03 Excel

    10/27

    84

    3.

    Dalam Helaian KEHADIRAN, anda akan membina senarai nama

    dan bil murid seperti rajah 3.12 :

    b.Membina pautan data (Link)

    Langkah :

    1. Klik pada sel B1

    2. Taipkan tanda =

    3. Klik pada helaian Maklumat Pelajar

    4. Klik pada Nama Pelajardan tekan enter

    5. Kembali semula pada helaian Kehadiran, dan lihat kepada lajur Nama

    Pelajar.

    6. Klik pada hujung kotak sel B1 dan heret ke sel B2 dan sehingga kepada

    B31.

    Catatan : Sila masukkan data mengikut rajah 3.3

    Rajah 3.12: Rajah helaian Kehadiran

  • 8/11/2019 Bab 03 Excel

    11/27

    85

    c.

    Mengisi Nombor menggunakan Autofill

    Langkah :

    1. Klik sel A2, taipkan 1 dan klik sel A3 taipkan 2

    2. Highlightkan Sel A2 dan A3

    3. Klik pada hujung kotak sel A3 dan heret sehingga ke baris data terakhir.

    3.6 Helaian Kerja : Markah

    a. Membina helaian kerja MARKAH

    Langkah :

    1.

    Buka helaian baru dan berikan nama sebagai Markah

    2.

    Dalam helaian ini, anda dikehendaki membina satu jadual markah.

    3. Masukkan Bildan Nama Pelajar, sila ikuti seperti dalam langkah 3.4a)

    (membina pautan).

    4. Taipkan nama bagi setiap mata pelajaran yang diambil oleh pelajar

    tingkatan 4 Cemerlang dan taipkan Gred di sebelah lajur nama mata

    pelajaran.

    5. Masukkan markah tahunan pada mata pelajaran Bahasa Melayu seperti di

    rajah3.13

    6.

    b.Menggunakan Kesahan (Validation)- rajah 3.14

    Rajah 3.13: Rajah Jadual markah tahunan mata pelajaran Bahasa Melayu.

  • 8/11/2019 Bab 03 Excel

    12/27

    86

    Langkah

    1. Klik pada sel C2

    2. Pada Menu Bar, KlikData

    3. KlikData Validation.

    4. Pada allowpilih whole number

    5. Pada Data pilih less than or equal to dan taip 100 (julat markah

    daripada 0 hingga 100 sahaja)

    6. Tekan Ok. (lihat rajah di bawah)

    7. Ulangi langkah ini untuk markah mata pelajaran yang lain.

    8. Masukkan markah seperti dalam rajah 3.15, sekiranya anda tersilap

    taip melebihi nilai dalam julat, skrin kesalahan akan dipaparkan.9.

    Simpan fail kerja anda.

    Rajah 3.14: Rajah untuk Validation Data

  • 8/11/2019 Bab 03 Excel

    13/27

    87

    3.7Helaian Kerja : Markah dan Gred

    a. Membina Gred mengunakan VLOOKUP

    Langkah

    1.

    Bina helaian Gred

    2. Bina Jadual Skala Gred seperti rajah 3.16. (Pastikan skala itu disusun dari

    nilai rendah ke tinggi, jika sebaliknya formula VLOOKUP yang

    digunakan tidak akan memaparkan gred yang betul).

    Rajah 3. 15: Rajah helaian Markahmengandungi markah bagi mata pelajaran

    yang lain.

    Rajah 3.16: Rajah Skala Gred Sistem Analisis Peperiksaan

    Sekolah (SAPS)

  • 8/11/2019 Bab 03 Excel

    14/27

    88

    3.

    Klik pada helaian MARKAH

    4. Klik pada kotak D2 untuk mata pelajaran Bahasa Melayu.

    5. Pada Menu Bar, KlikFormulas

    6. KlikFx Insert Functiondan pada or select a category pilih Lookup &

    Reference.

    7. Pada kotakselect a functionpilih VLOOKUP.

    8. Klik OK- rujuk rajah 3.17

    9. KotakFunction Argumentsbagi VLOOKUPdipaparkan seperti di rajah

    3.18.

    Rajah 3.17: Rajah Insert Function

    Rajah 3.18: Rajah kotak Function Arguments

  • 8/11/2019 Bab 03 Excel

    15/27

    89

    10.

    Pada Lookup-Value,Klik pada C2 iaitu markah yang hendak diberikan

    gred.

    11. Klik pada Table-array, pilih helaian Gred dan highlightkan pada sel

    B5: C15 iaitu jadual skala gred. Untuk menetapkan bahawa kita merujuk

    kepada julat ini sahaja, hendaklah menambah simbol $ seperti berikut

    B$:C$15.

    12. Klik pada col_index_numdan taipkan 2 iaitu bermaksud ruang atau nilai

    yang hendak dikembalikan kepada lajur nanti contohnya A.

    13. Pada Range_Lookup Taipkan TRUE. (TRUE untuk padanan sama dan

    menghampiri sama dan FALSE untuk padanan yang sama sahaja).

    14.

    Setelah selesai melakukan keempat-empat arahan tadi, formula seperti

    yang terbentuk di sel aktif ialah

    =VLOOKUP(C2,Gred!B$5:C$15,2,TRUE)rujuk rajah 3.19

    15.

    Untuk yang seterusnya, Klik pada hujung sel D2 dan heret ke sel D31

    untuk di salin ke sel-sel lain.

    16. Masukkan formula VLOOKUPuntuk mata pelajaran yang lain.

    17. Hasil yang diperolehi adalah seperti dalam rajah 3.20

    Rajah 3.19: Rajah kotak Function Arguments yang telah dimasukkan

    data.

  • 8/11/2019 Bab 03 Excel

    16/27

    90

    b.Menggunakan COUNTIF

    Selepas membina gred pelajar bagi setiap mata pelajaran, kita perlu

    mengira jumlah bagi setiap skala gred yang diperolehi seperti dalam rajah

    3.21

    Langkah :

    1. Salinkan skala gred dan letakkan pada kotak cel seperti dalam rajah

    3.21

    Rajah 3.20: Rajah helaian Markah yang lengkap dimasukkan gred.

    Rajah 3.21: Rajah untuk jumlah skala gred mengikut mata pelajaran

  • 8/11/2019 Bab 03 Excel

    17/27

    91

    2.

    Klik pada D33.

    3. Pada Menu Bar, KlikFormulas.

    4. KlikFx Insert Function dan pada or select a categorypilih Statistical.

    5. Pada kotakselect a functionpilih COUNTIF dan klik OKrujuk rajah

    3.22

    6. KotakFunction Argumentsbagi COUNTIF dipaparkan.

    7. Pada Range pilih D2 hingga D31 iaitu gred yang telah dibina dalam

    3.7 a). Untuk menetapkan bahawa kita merujuk kepada julat ini sahaja,

    hendaklah menambah simbol $ seperti berikut D$:D$31.

    8. Pada Criteria, taipkan TH merujuk pada skala gred yang dikehendaki

    dan klik OK.

    9.

    Formula yang terbentuk di sel aktif adalah=COUNTIF(D$2:D$31,"TH")rujuk rajah 3.23

    Rajah 3.22: Rajah untuk Insert Function COUNTIF

  • 8/11/2019 Bab 03 Excel

    18/27

    92

    10.Lakukan langkah yang sama untuk skala gred seterusnya, bagi mata

    pelajaran Bahasa Melayu, RANGE data masih lagi D$2:D$31 tetapi

    Criteriaberubah mengikut skala gred yang dikehendaki seperti jadual

    3.1:

    Skala Gred Formula COUNTIF

    TH =COUNTIF(D$2:D$31,"TH").

    G =COUNTIF(D$2:D$31,"G").

    D =COUNTIF(D$2:D$31,"D").

    C =COUNTIF(D$2:D$31,"C").

    B =COUNTIF(D$2:D$31,"B").

    A =COUNTIF(D$2:D$31,"A").

    Jadual 3.1

    11.Masukkan formula COUNTIF untuk mata pelajaran yang lain seperti

    dalam rajah 3.21. PastikanRangedata mengikut sel yang dikehendaki.

    Rajah 3.23: Rajah COUNTIF bagi skala gred TH untuk mata pelajaran Bahasa

    Melayu.

  • 8/11/2019 Bab 03 Excel

    19/27

    93

    c.

    Menggunakan SUM (Jumlah)Mengira jumlah bilangan skala gred

    untuk memastikan ianya sama dengan jumlah pelajar yang mengambil

    mata pelajaran tersebut.

    Langkah :

    1. Klik pada D44.

    2. Pada Menu Bar, KlikFormulas.

    3. Pilih Auto Sum.

    4. Automatik sel D33 hingga D43 dihighlightkan dan tekan ENTER.

    5. Jumlah 30 dipaparkan menandakan jumlah bilangan skala gred yang

    dikira bersamaan dengan jumlah 30 pelajar.

    6.

    Lakukan langkah yang sama untuk mata pelajaran yang lain. (rujuk

    rajah 3.21)

    3.8 Helaian Kerja : Carta Prestasi

    a. Membina graf atau carta rajah 3.24

    Langkah

    1. Pada Menu Bar, Klik padaInsert

    2. Klik Column,pilih 2-D Column (Clustered Column)

    Rajah 3.24: Rajah untuk memasukkan graf atau carta

  • 8/11/2019 Bab 03 Excel

    20/27

    94

    3.

    Carta Column akan dipaparkan seperti rajah 3.25

    4. Pindahkan carta itu ke helaian kerja Grafdengan mengklik Move

    Chartdan klik OKrujuk rajah 3.26

    Rajah 3.25: Rajah Column yang dihasilkan.

    Rajah 3.26: Rajah untuk memindahkan carta.

  • 8/11/2019 Bab 03 Excel

    21/27

    95

    b.

    Mengubah tajuk Seriespada graf atau carta

    Langkah

    1. Pada helaian kerja Graf klik pada cartayang telah dipindahkan dalam

    3.8 a)

    2. Klik Menu barDesign.

    3. Pilih Select Data atau klik butang kanan tetikus dan pilih Select

    Data seperti di rajah 3.27

    4. Pada kotakLegend Entries (Series) klik pada Seriesdan klikEdit.

    5. Taipkan Bahasa Melayu dan klik OKrujuk rajah 3.28

    Rajah 3.28: Carta Column bagi bilangan skala gred mata pelajaran Bahasa

    Melayu.

    Rajah 3.27: Rajah Select Data Source

  • 8/11/2019 Bab 03 Excel

    22/27

    96

    c.

    Mengubah jenis graf atau carta

    Langkah

    1. Pada helaian kerja Graf klik pada carta Bahasa Melayu.

    2. Klik Menu barDesign dan pilih Change Chart Type.

    3. Kotak Change Chart Type dipaparkan.

    4. Pilih carta jenis Clustered Cylinder dan klik OKrujuk rajah 3.29 dan

    rajah 3.30

    Rajah 3.30: Rajah yang telah diubah.

    Rajah 3.29:Rajah untuk mengubah jenis carta atau graf.

  • 8/11/2019 Bab 03 Excel

    23/27

    97

    d.

    Memasukkan tajuk Axis (tajuk pada paksi mendatar dan menegak)

    Langkah

    1. Pada helaian kerja Graf klik pada carta Bahasa Melayu.

    2. Klik Menu barLayout dan pilihAxis Titles.

    3. Skrol padaPrimary Horizontal Axis Title dan pilih Title Below Axis-

    rujuk rajah 3.31

    4. TajukAxis Title dipaparkan pada bahagian bawah paksi mendatar.

    5. Tukar namaAxis Titlekepada Gred.

    6. PilihAxis Titles semula.

    7. Skrol padaPrimary Vertical Axis Title dan pilihRotate Title.

    8.

    Tukar namaAxis Titlekepada Bilangan Pelajar.9.

    Klik pada tajuk carta Bahasa Melayu dan taipkan Bilangan Gred

    Bahasa Melayu. (rujuk rajah 3.32)

    Rajah 3.31: Rajah untuk memasukkan tajuk Axis pada paksi mendatar.

  • 8/11/2019 Bab 03 Excel

    24/27

    98

    e. Memasukkan Label Data

    Langkah

    1. Pada helaian kerja Graf klik pada carta Bahasa Melayu.

    2.

    Klik Menu barLayout dan pilihData Labels.

    3. Pilih Show.

    4. Label data akan dimasukkan seperti rajah 3.33

    5. Bina carta atau graf bagi mata pelajaran yang lain.

    Rajah 3.33: Carta yang telah dimasukkan label data.

    Rajah 3.32: Carta yang telah dimasukkan tajuk Axis.

  • 8/11/2019 Bab 03 Excel

    25/27

    99

    3.9

    Latihan

    a) Andaikan anda adalah seorang peniaga sayuran di pasar tani dan anda

    dikehendaki membina lembaran kerja menggunakan Microsoft Excel untuk

    mengira perbelanjaan dan pendapatan anda dalam sebulan. Tunjukkan

    pendapatan bersih bulanan dan jumlah dalam setahun.

    b) Daripada a, tunjukkan graf jumlah pendapatan dan perbelanjaan serta

    pendapatan bersih bulanan selama setahun.

    c)

    Anda dikehendaki membina satu senarai barangan yang dibeli bagi kegunaan

    koperasi sekolah anda. Senarai barangan itu mengandungi nama barangan,

    harga seunit dan kuantiti yang dibeli. Kirakan jumlah bagi setiap barangan dan

    jumlah keseluruhan bagi kuantiti dan wang yang telah dibelanjakan untuk

    membeli barangan tersebut. Contoh lembaran kerja adalah seperti di bawah.

  • 8/11/2019 Bab 03 Excel

    26/27

    100

    d)

    Sebagai guru matematik, anda telah diminta menyediakan satu jadual bagi

    memasukkan Markah Tahunanbagi kelas-kelas Tahun 3 dan 4 anda. Contoh

    paparan yang perlu disediakan adalah seperti di bawah. Dengan menggunakan

    kemahiran perisian lembaran kerja, kira purata ujian, 30% dari markah

    peperiksaan pertengahan tahun, 50% dari markah peperiksaan akhir tahun,

    jumlah markah tahunan dan gred dengan menggunakan fungsi tertentu yang

    telah dipelajari. Seterusnya kira jumlah setiap skala gred dengan

    menggunakan kaedah yang bersesuaian. Peratus setiap gred juga perlu

    diperolehi.

    Dalam menyediakan lembaran kerja ini, pastikan lembaran kerja anda

    dilindungi dengan memasukkan kata kekunci.

    e)

    Apabila anda selesai mengira gred dan jumlah markah dalam tugasan di (d),

    menggunakan data yang sama, bina graf bagi menunjukkan peratus pencapaian

    matematik pelajar kelas Tahun 3 dan 4 anda.

  • 8/11/2019 Bab 03 Excel

    27/27

    f) Anda telah ditugaskan untuk menbuat satu graf bagi menunjukkan taburan

    guru-guru tertentu di tempat anda. Format graf adalah dalam bentuk carta bar.

    Taburan tersebut perlulah menunjukkan bilangan guru lelaki dan perempuan.

    Contoh graf adalah seperti di bawah. Gunakan kreativiti anda untuk membina

    graf yang kemas dan jelas.

    Taburan Guru Khas Daerah Bajuri, Perak

    0

    2

    4

    6

    8

    1012

    Guru

    PanitiaIT

    GuruMuzik

    Guru

    Sukan

    Kaunselor

    Guru

    Pendidikan

    Khas

    Jawatan

    Bilangan

    Lelaki

    Perempuan