b. soalan struktur

19
Zaman Linguistik Perbandingan 1. Perkembangan ilmu linguistik moden bermula dari abad ke 19. 2. Pendekatan agak objektif dan saintifik. 3. Ahli linguistik abad 19 telah terpengaruh dengan bidang anthropologi dan sosiologi dalam pengkajian bahasa. 4. Anthropologi dan sosiologi adalah bidang yang mengkaji manusia dan hubungannya dengan masyarakat dan kebudayaan. 5. Kajian bahasa kurun ke 19 memperlihatkan kegiatan memperbandingkan bahasa-bahasa. 6. Kesedaran timbul terhadap gejala perubahan bahasa dari segi sejarah dan kekerabatan di antara bahasa. 7. Contohnya, persamaan bahasa Sanskrit dengan bahasa-bahasa Eropah. (Indo-Eropah) 8. Indo-Eropah adalah keluarga bahasa di Eropah dan Asia Barat seperti Inggeris, Sepanyol, Jerman, Itali, Parsi, Hindi, Punjabi dan Urdu. 9. Yang penting adalah ciri-ciri persamaan sama ada dalam fonetik atau struktur tatabahasa di antara bahasa yang dibandingkan. 10. Ilmu perbandingan bahasa bertujuan mencari dan menentukan kekerabatan antara bahasa. 11. Peringkat permulaan, kajian bertumpu di bidang fonetik. 12. Akibat pemisahan geografi dan sebagainya, perubahan telah menyebabkan perbezaan bunyi berlainan. Contoh: Mother (B.Inggeris) - Moeder (B.Belanda) Son (B.Inggeris) - Zon (B.Belanda) Contoh lain: Pari - Jawa Fari - Malegasi Pare - Sunda Padih - Madura Padi - Melayu

Upload: hartinijeki

Post on 05-Aug-2015

93 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: B. Soalan Struktur

Zaman Linguistik Perbandingan1. Perkembangan ilmu linguistik moden bermula dari abad ke 19.2. Pendekatan agak objektif dan saintifik.3. Ahli linguistik abad 19 telah terpengaruh dengan bidang anthropologi dan sosiologi dalam pengkajian bahasa.4. Anthropologi dan sosiologi adalah bidang yang mengkaji manusia dan hubungannya dengan masyarakat dan kebudayaan.5. Kajian bahasa kurun ke 19 memperlihatkan kegiatan memperbandingkan bahasa-bahasa.6. Kesedaran timbul terhadap gejala perubahan bahasa dari segi sejarah dan kekerabatan di antara bahasa.7. Contohnya, persamaan bahasa Sanskrit dengan bahasa-bahasa Eropah. (Indo-Eropah)8. Indo-Eropah adalah keluarga bahasa di Eropah dan Asia Barat seperti Inggeris, Sepanyol, Jerman, Itali, Parsi, Hindi, Punjabi dan Urdu.9. Yang penting adalah ciri-ciri persamaan sama ada dalam fonetik atau struktur tatabahasa di antara bahasa yang dibandingkan.10. Ilmu perbandingan bahasa bertujuan mencari dan menentukan kekerabatan antara bahasa.11. Peringkat permulaan, kajian bertumpu di bidang fonetik.12. Akibat pemisahan geografi dan sebagainya, perubahan telah menyebabkan perbezaan bunyi berlainan.

Contoh:

Mother (B.Inggeris) - Moeder (B.Belanda)Son (B.Inggeris) - Zon (B.Belanda)

Contoh lain:

Pari - JawaFari - MalegasiPare - Sunda

Padih - MaduraPadi - Melayu

Palai - Tagalog

Di atas adalah bukti jelas bagi menyatakan adanya hubungan kekeluargaan dan berasal dari satu rumpun atau turun dari satu bahasa induk yang lebih tua. Umumnya, linguistik perbandingan lebih menumpukan usaha ke arah menentukan rumpun bahasa melalui perbandingan.

Page 2: B. Soalan Struktur

Antara rumpun bahasa sedunia adalah; Indo-Eropah, Hamito-Semit, Finno-Ugria, Bantu, Tibeto-China, Austro-Asia, Austroneis, Japhetit dan lain-lain. Tokoh kajian linguistik perbandingan adalah seperti R.K Rask (1787-1832), Jacob Grimm (1785-1863) dan Verner.

R.K Rask membuktikan bahawa perkataan bahasa German ada pertalian dari segi bunyi dengan perkataan bahasa Indo-Eropah. Hukum p-s-v Contoh: Latin (pater), Inggeris (father), Jerman (vater), Belanda (vader)

B. Linguistik

PENGENALAN LINGUISTIK

Kenapakah linguistik dikatakan sebagai kajian bersifat saintifik? Kajian ini dikatakan

saintifik kerana cara-cara yang digunakan bersifat empirikal, berdasarkan apa yang dilihat,

dirasa dan didengar, yang mengetepikan unsur-unsur sentimen dan prasangka. Hal ini

bermakna pengkaji mesti akur pada:

�� Penggunaan eksperimen yang terkawal.

�� Pegangan unsur-unsur keobjektifan.

�� Penyebaran hasil kepada umum supaya dapat disahkan kebenarannya oleh orang

lain.

1.1.1 Cabang-cabang Lingusitik

Tahukah anda bahawa ilmu linguistik mempunyai berbagai-bagai cabang yang berkaitan

erat antara satu sama lain. Antara cabang linguistik itu adalah seperti yang disenaraikan di

Page 3: B. Soalan Struktur

bawah:

�� Linguistik umum

�� Linguistik deskriptif

�� Linguistik perbandingan

�� Linguistik sejarah

�� Linguistik terapan.

(a) Linguistik Umum

Linguistik umum ialah ilmu yang membicarakan bidang linguistik secara am termasuklah

ilmu bahasa yang dikatakan sebagai lambang yang terdiri daripada deretan bunyi yang

diucapkan oleh alat-alat pertuturan atau alat artikulasi manusia yang terdiri daripada lidah,

anak tekak, lelangit, bibir, gusi dan lain-lain. Jadi, linguistik umum ialah disiplin yang

memperkatakan kajian bahasa secara ilmiah dan saintifik.

(b) Linguistik Deskriptif

Linguistik deskriptif pula ialah ilmu linguistik yang memerihalkan sesuatu bahasa dari

segala segi pada suatu jangka masa yang tertentu, berdasarkan bahan-bahan yang

terdapat pada waktu itu. Bahan utama dalam kajian itu ialah lisan atau pertuturan yang

diperoleh daripada penutur jati. Bahasa tulisan juga termasuk sebagai bahan kajian. Oleh

yang demikian, linguistik deskriptif adalah pemeri struktur sesuatu bahasa sebagaimana

kewujudannya. Bidang yang termasuk dalam kajian linguistik deskriptif ialah fonologi

Page 4: B. Soalan Struktur

(kajian tentang bunyi), morfologi (kajian tentang kata dan pembentukannya) dan sintaksis

(kajian tentang ayat). Bidang-bidang inilah yang dikaji secara saintifik. Selain itu, linguistik

deskriptif juga dikenali sebagai kajian bahasa secara sinkronik, iaitu kajian mengenai

bahasa yang tertentu, pada sesuatu tempat yang tertentu, dituturkan oleh suatu golongan

yang tertentu dan pada masa atau zaman yang tertentu juga.

(c) Linguistik Perbandingan

Linguistik perbandingan atau linguisitik komparatif membuat perbandingan antara

beberapa bahasa yang difikirkan mempunyai hubungan dari sudut sejarah. Oleh sebab

itu, linguisitik komparatif juga boleh menumpukan kajian kepada aspek sebutan, perkataan

dan ayat di antara beberapa bahasa yang dikaji itu. Contohnya, mengkaji bahasa bahasa

di Nusantara atau di Kepulauan Melayu.

(d) Linguistik Sejarah

Linguistik sejarah atau historis ialah disiplin linguistik yang bersangkutan dengan

perkembangan sesuatu bahasa, iaitu dari zaman awal kemunculannya hinggalah ke suatu

tahap yang tertentu. Dengan kata lain, pakar linguis historis membuat kajian secara

historis, misalnya peringkat untuk memperoleh data, maka kajian akan dilakukan secara

sinkronik. Selepas seseorang pakar berpuas hati dengan dapatan kajian secara sinkronik

Page 5: B. Soalan Struktur

maka kajian secara diakronik akan dijalankan, iaitu membuat perbandingan antara

beberapa zaman untuk melihat perbezaan, menentukan perubahan dan perkembangan

yang berlaku dalam bahasa tersebut. Perbandingan boleh dibuat dari pelbagai segi,

seperti fonologi, morfologi, sintaksis, makna, ejaan, sistem tulisan, dan sebagainya.

(e) Linguistik Terapan

Linguistik terapan atau linguistik aplikasi pula ialah bidang linguistik yang menerangan

bagimana ilmu ini dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa pertama

dan bahasa kedua. Oleh demikian, disiplin fonologi, fonemik, morfologi, dan sintaksis

(linguistik deskriptif) sangat penting dalam penerapan ilmu bahasa.

Terdapat beberapa tokoh linguistik yang di dalam kelima-lima cabang tersebut. Tokoh

tokoh linguistik ini wujud sejak zaman tamadun Greek dan Sanskrit. Pada zaman ini tokoh

yang terkenal ialah Socrates, Plato, Aristotle, Stoics, Thras, Priscian dan Donatus yang

menjalankan kajian di dalam bahasa Yunani dan Romawi. Panini dan Bopp pula

menonjolkan diri mereka dengan kajian yang dijalankan di dalam bahasa Sanskrit.

Di dalam abad ke-18 dan ke-19 pula muncul D. Jenish melalui bukunya Philosophisch –

kritische vergleichung und wurdigung von vierzehn altern und neuern sprachen Europens

Page 6: B. Soalan Struktur

(1976) yang telah menjelaskan sifat-sifat bahasa. Rask dan Grimm pula mengkaji ilmu

tatabahasa perbandingan. Mereka mempunyai pengaruh yang kuat kepada pengkaji

terkemudian. Rask mempunyai kekuatan dalam kajian linguistik sejarah. Beliau

mengkajinya dari sudut etimologi (asal usul bahasa).

Selepas itu, wujud pula pengkaji bahasa yang lebih terkemuka seperti Ferdinand de

Saussure, Leonard Bloomfield, Reymond Firth dan Noam Chomsky. Ferdinand De

Saussure dimasukkan ke dalam golongan tradisional dan golongan moden. Beliau telah

mengasingkan dua istilah terpenting di dalam kajian bahasa, iaitu langue (bahasa) dan

parole (pertuturan). Hasil kajian beliau yang terkenal ialah Course of General

Linguistics. Bloomfield pula terkenal dengan karangannya yang berjudul Language

pada tahun 1933 yang terkenal dengan analisis ayat. Reymond Firth dan Malinowski pula

menghasil teori makna juga tentang keperihalan keadaan atau (Context). Firth telah

menggunakan kesempatan yang sedia ada untuk mengkaji ciri-ciri prosidi, tekanan, nada

suara, intonasi, dan sebagainya.

Tidak lama kemudian muncul pula Noam Chomsky yang mengasaskan penghuraian

bahasa berdasarkan nahu Transformasi Generatif (TG). Tatabahasa TG ini mempunyai

Page 7: B. Soalan Struktur

pengaruh yang kuat di dalam perkembangan kajian tatabahasa. Di negara kita juga

banyak ahli bahasa yang menyetujui pendapat Chomsky. Tatabahasa TG ini telah

berkembang dengan pesat dan ekorannya lahir banyak pengikut setia Chomsky yang

mengkaji aspek aspek fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.

GUISTIK DAN BAHASA

CABANG LINGUISTIK

Linguistik boleh dikategorikan kepada beberapa jenis atau cabagn berdasarkan beberapa perkara seperti meniliti linguistik dari sudut fungsinya , dari sudut apa-apa yang dikaji dan aspek masa dalam kajian linguistik. Bawah cabang linguistik pula , terdapat dua bidang linguistik iaitu linguistik mikri dan linguistik makro . Berikut adalah penerangan ringkas tentang cabang-cabang linguistik :

1. LINGUISTIK DESKRIPTIF

Pengkajian bahasa terhadap ciri bunyi , tatabahasa dan perkataan pada waktu tertentu . Lingusitik ini bermaksud juga pengkajian atau penghuraian bahasa dilakukan secara penghuraian supaya sesuatu tujuannya fenomena bahasa dapat dihuraikan atau dijelaskan denagn lebih berada ( adequate ). Semua dasar fikiran dan perkiraan dalam Linguistik Deskriptif adalah bersumberkan satu teori dasar yang umum disebut sebagai " General Linguistik ". Linguistik Deskriptif turut menganalisis bahasa tertentu dangan hipotesis dan teori-teori Linguistik General . Lignustik juga membekalkan data untuk mengukuh dan menyangkal sesuatu usul dan teori yang dikemukakan ,.

Page 8: B. Soalan Struktur

2. LINGUISTIK PRESKRIPTIF

Penekanan kepada penghasilan rumus atau formula bahasa bagi menjelaskan sesuatu fenomena bahasa . Linguistik Preskriptif menerangkan dan menentukan cara bahasa sepatutnya ditulis dan dituturkan . Hal ini adalah untuk membolehkan penutur dilihat sebagai orang yang menuturkan bahasa dengan betul dianggap sebagai orang yang terpelajar . Rumus preskriptif pula sebenarnya lebih kepada rumus gaya berbanding rumus tatabahasa .

3. LINGUISTIK TERAPAN

Satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori deskripsi , kaedah dan hasil kajian linguistik dalam pengajaran bahasa , penulisan buku-buku teks , dalam leksikografi , penterjemahan , stilistik , petalogi bahasa dan sebagainya .

4. LINGUISTIK PERBANDINGAN ( komparatif )

Linguistik jenis ini membandingkan dua bahasa atau lebih dari sudut bunyi , perkataan dan ayat iaitu dengan cara melihat aspek-aspek persamaan dan perbezaan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain . Linguistik ini kerap digunakan untuk membanding-bandingkan satu dialek dengan satu dialek yang lain .

5. LINGUISTIK HISTORIS

Satu cabang linguistik yang mengkaji satu-satu bahasa daripada sudut sejarah , iaitu menyelidiki segala perubahan dan perkembangan satu-satu bahasa . Misalnya , Linguistik Historis mengkaji sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu sejak zaman sebelum merdeka hingga ke hari ini . Turut dikaji ialah mengkaji sejarah perkamusan bahasa Melayu , sejarah sistem ejaan dan seumpamanya .

6. LINGUISTIK SINKRONIK

Linguistik jenis ini menghurai atau mengkaji sesuatu bahasa dari sudut masa . Ini bermaksud satu kajian yang dilakukan terhadap bahasa pada satu masa dalam titik sejarah , dang menerangkan apa-apa saja unsur yang wujud dalam bahasa pada waktu itu dengan tidak dipengaruhi oleh perkembangan bahasa tersebut dari segi sejarah ataupun daripada satu bahasa lain .

7. LINGUISTIK DIAKRONIK

Page 9: B. Soalan Struktur

Linguistik ini tidak menekankan aspek masa . Linguistik ini nerupakan satu pendekatan terhadap kajian bahasa dari segi sejarah atau perbandingan . Ini bererti bahawa kajian diakronik berasakan dua atau lebih kajian sinkronik .

BAHAGIAN D

Setiap disiplin ilmu biasanya dibahagikan kepada subdisiplin atau cabang-cabang tertentu iaitu apabila adanya hubungan disiplin itu dengan masalah-masalah lain. Sebagai contoh, ilmu kimia dibahagikan kepada kimia organik dan kimia bukan organik. Dalam bidang psikologi pula dibahagikan kepada psikologi klinik dan psikologi sosial. Objek linguistik pula merujuk kepada bahasa iaitu satu keadaan yang tidak terlepas daripada kegiatan dalam kehidupan sesebuah masyarakat. Oleh sebab kegiatan tersebut sangat luas, bidang-bidang yang terdapat dalam subdisiplin juga menjadi sangat banyak. Sebagai contoh, antara subdisiplin linguistik yang ditemukan ialah linguistik umum, deskriptif, bandingan, struktural, dan antropologi.

Pembahagian subdisiplin linguistik dibuat berdasarkan beberapa kriteria iaitu objek sebagai bahasa umum atau khusus dan objek bahasa pada masa tertentu atau sepanjang masa. Selain itu, objek bagi struktur dalaman atau luaran bahasa dan objektif untuk keperluan teori atau gunaan. Seterusnya, teori atau aliran penganalisisan objeknya.

Page 10: B. Soalan Struktur

Linguistik terbahagi kepada dua bidang iaitu linguistik umum dan linguistik khusus. Linguistik umum merupakan linguistik yang teorinya mengkaji kaedah bahasa dan pernyataan secara umum. Berbanding dengan linguistik khusus, linguistik ini lebih menekankan kajian tentang kaedah bahasa yang berlaku pada bahasa atau rumpun bahasa tertentu seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Indonesia. Kedua-dua pendekatan linguistik ini dapat digunakan terhadap keseluruhan sistem bahasa atau satu bahagian daripada sistem tersebut. Setiap disiplin ilmu biasanya dibahagikan kepada bidang-bidang bawahan (subdisiplin) atau cabang-cabang tertentu yang mempunyai hubungan disiplin dengan disiplin tersebut. Begitu juga dengan linguistik khusus, linguistik ini terbahagi kepada tiga subdisiplin iaitu linguistik terapan, linguistik teoretis dan linguistik sejarah.

Linguistik terapan merupakan ilmu bahasa dalam bidang praktis dan hasil penelitian linguistik ini adalah untuk tujuan praktis selain turut digunakan untuk tujuan kamanusiaan dan keilmuan. Linguistik ini dapat dilihat sebagai disiplin baru yang boleh berkembang dan diperakui kewujudannya. Leksikografi, Penterjemahan, Patologi dan Terapi wicara adalah sebahagian daripada linguistik terapan kerana linguistik ini merupakan satu disiplin ilmu yang memenuhi berbagai fungsi bahasa dan memiliki dasar ilmu yang saling berkaitan antara bahagiannya.

Linguistik teoretis merupakan subdisiplin kedua yang terletak di bawah linguistik khusus di mana linguistik ini melihat bahasa sebagai bukan sekadar alat. Linguistik ini turut membuat penyelidikan terhadap bahasa-bahasa atau hubungan bahasa dengan faktor-faktor yang berada di luar bahasa semata-mata untuk mengetahui kaedah-kaedah yang berlaku dalam objek kajiannya. Dalam linguistik ini, komponen-komponen bahasa yang dikaji ialah fonologi, fonetik, morfologi, sintaksis, semantik, stiliktik (subdisilin linguistik yang mempelajari bahasa yang digunakan dalam bentuk-bentuk karya sastera) dan pragmatik (berkenaan dengan peranan konteks dalam pentafsiran makna).

Page 11: B. Soalan Struktur

Linguistik historis ialah satu cabang linguistik yang mengkaji satu-satu bahasa itu dari sudut sejarah iaitu menyelidiki segala perubahan dan perkembangan satu-satu bahasa. Sebagai contoh, linguistik ini mengkaji sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu sejak zaman sebelum merdeka hingga ke hari ini. Perkara yang diutamakan dalam disiplin ini ialah sejarah dan perubahan-perubahan yang berlaku dalam bahasa dari satu masa ke satu masa yang lain.

Linguistik sinkronik mengkaji bahasa pada masa yang terbatas misalnya, mengkaji Bahasa Indonesia pada tahun 20-an, bahasa Jawa pada masa ini atau mengkaji bahasa Inggeris pada zaman William Shakespeare. Linguistik deskriptif bermaksud mendeskripsikan bahasa secara keseluruhan pada satu masa tertentu. Linguistik diakronik berupaya mengkaji bahasa pada masa yang tidak terbatas. Kajian Linguistik diakronik ini biasanya bersifat historis dan komparatif. Tujuan kajian linguistik diakronik ini dijalankan adalah untuk mengetahui sejarah struktural bahasa itu beserta dengan segala bentuk perubahan dan perkembangannya. Sebagai contoh, perkataan seperti kata batu berasal dari kata watu adalah pernyataan yang bersifat diakronik.

Linguistik perbandingan yang asalnya filologi perbandingan ialah satu cabang linguistik sejarah yang berkenaan dengan perbandingan bahasa-bahasa dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu. Linguistik Perbandingan juga merupakan suatu sains penjelasan yang cuba menjelaskan fakta bukti bahawa bahasa itu berubah dan bahawa bahasa yang berlainan itu berkerabat dengan yang lain dalam had yang berlainan. Perhubungan membayangkan asal yang sama atau bahasa proto dan linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu. Ahli-ahli linguistik perbandingan telah membubuh awalan asterik pada mana-mana bentuk yang tidak terdapat dalam teks-teks yang masih wujud supaya dapat memastikan perbezaan yang nyata antara bentuk-bentuk yang diakui dengan bentuk-bentuk yang dibina semula.

Page 12: B. Soalan Struktur

Linguistik perbandingan menyelidik, menganalisis, mengklasifikasi dan memberikan perbezaan dan persamaan struktur bahasa, hubungan sejarah dan kekerabatan bahasa itu diambil kira untuk mengenal pasti perbezaan dan persamaan struktur. Jika tujuannya untuk mencari sahaja, maka subdisiplin ini dinamakan linguistik konstrastif. Linguistik perbandingan melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara bahasa-bahasa dari segi bunyi, perkataan, imbuhan, ayat dan makna. Dengan melakukan perbandingan mengenai ciri-ciri tersebut Asmah Hj.Omar, R.Brandstetter, Dyen, R.blust, dan J.Collin mengetahui bahawa bahasa-bahasa Melayu, Jawa, Tagalog, Iban, Kadazan dan lain-lain adalah serumpun. Dalam kajian seperti ini, yang termasyur ialah dapat menghasilkan bukti bahawa bahasa Sanskrit

dan bahasa-bahasa Eropah juga mempunyai persamaan. Hal ini membolehkan ahli bahasa Linguistik Perbandingan ini menimbulkan bahasa induk Indo-Eropah.

Linguistik bandingan sejarah ialah satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bahasa secara diakronik. Hal ini bererti, data sesuatu bahasa tertentu akan dibandingkan untuk melihat perubahan dan perkembangannya dalam tempoh masa yang tertentu. Bahasa Melayu dapat dikaji perkembangannya melalui batu-batu bersurat, manuskrip lama dan lain-lain.

Abdul Samat Ahmad banyak membuat kajian tentang linguistik bandingan sejarah dan meneliti tinggalan sejarah pada batu bersurat dan dokumen lama. Dalam kajian beliau, terbukti bahawa bahasa Melayu ini sudah mempunyai sistem tulisannya yang menggunakan huruf pallava dari India. Melalui penemuan tulisan pada batu bersurat yang ditemui di Batu Kapur di Palembang dan Sungai Teresat di Terengganu maka dapatlah kita memahami perkembangan bahasa Melayu sejak zaman sebelum merdeka hingga ke hari ini. Sebagai contoh, bentuk bahasa Melayu yang terdapat dalam novel-novel Melayu pada hari ini. Perubahan yang berlaku atas sesuatu bahasa kadang kala mengambil masa yang cukup singkat.

Cabang ilmu bahasa ini dikembangkan atas dasar untuk memperoleh bentuk-bentuk prasejarah sesuatu bahasa yang tidak memiliki naskhah-naskhah tertulis.Untuk memperoleh bentuk bahasa prasejarah sesuatu bahasa yang tertentu yakni yang tidak memiliki naskhah-naskhah tertulis,

Page 13: B. Soalan Struktur

ahli-ahli linguistik sejarah akan meneliti data bahasa atau varian-varian daripada bahasa tersebut yang wujud pada waktu ini.

Linguistik sejarah mempunyai empat kepentingannya iaitu mengukur sejauh mana hubungan kekerabatan bahasa-bahasa yang berada dalam rumpun yang sama dan hubungan kekerabatan ini diukur melalui empat aspek linguistik iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik dengan mengadakan rekonstruksi bahasa-bahasa yang ada pada masa ini kepada bentuk bahasa protonya, mengadakan pengelompokan ke atas bahasa-bahasa yang berada dalam suatu rumpun bahasa atau subkelompok bahasa yang tertentu dan menentukan pusat penyebaran bahasa-bahasa proto dan menetapkan gerak migrasi purba yang pernah berlaku.

Ilmu linguistik ialah bidang ilmu yang mengkaji bahasa secara santifik. Pada hari ini, ilmu linguistik menjadi satu cabang ilmu yang mempunyai disiplinnya tersendiri, iaitu mempunyai taraf yang sama dengan ilmu-ilmu lain. Terdapat prinsip-prinsip tertentu dalam mengkaji linguistik. Linguistik dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu linguistik mikro dan linguistik makro.

Dalam kajian linguistik mikro, objeknya ialah struktur dan elemen bahasa itu sendiri iaitu ciri hakiki daripada bahasa itu dengan tidak mengaitkannya dengan ilmu lain. Linguistik mikro juga mengkaji struktur dalaman bahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, dan leksikologi atau gabungan subdisiplin itu seperti morfosintaksis dan leksikosemantik. Fonologi mengkaji ciri bunyi bahasa, cara terjadi dan fungsinya dalam sistem bahasa manakala morfologi bermaksud mengkaji struktur kata, bahagiannya dan cara pembentukannya. Ringkasnya, linguistik mikro lebih berfokus kepada aspek bahasa.

Namun begitu, linguistik makro pula berfungsi untuk mengkaji bahasa dalam hubungan faktor luar bahasa. Hal ini membuktikan bahawa kajian linguistik makro bersifat intradisiplin. Selain itu, bidang linguistik makro meliputi linguistik interdisiplin dan linguistik terapan. Bidang interdisiplin dalam linguistik makro meliputi subbidang seperti fonetik interdisiplin, sosiolinguistik, psikolinguistik, etnolinguistik, antropolinguistik, filologi,

Page 14: B. Soalan Struktur

stilistik, semiotik, epigrafi, paleografi, etologi, etimologi, dialektologi, dan falsafah bahasa.

Bidang linguistik terapan termasuk dalam linguistik makro. Dalam bahasa Inggeris, linguistik terapan didefinisikan sebagai applied linguistics, manakala dalam bahasa Jerman pula ialah angewandte sprachwissenschaf. Bahasa Perancis mentakrifkan linguistic terapan sebagai linguistique applique. Terdapat pelbagai definisi linguistik terapan. Antaranya ialah penggunaan temuan ahli bahasa oleh guru bahasa. Linguistik terapan ditakrifkan sebagai kumpulan istilah untuk penerapan keahlian dalam linguistik yang dikaitkan dengan bidang praktis. Selain itu, antara definisi lain ialah pemanfaatan pengetahuan tentang alamiah bahasa yang dihasilkan oleh penyelidik bahasa dan menggunakan bahasa sebagai komponen inti. Ahli linguistik terapan ialah pengguna teori bukan pencipta teori.

Linguistik terapan mula berkembang pada akhir abad ke-19 berasaskan andaian bahawa teori linguistik dapat diterapkan dalam pelbagai bidang pengetahuan. Di Eropah, linguistik terapan dipopularkan oleh Fries dan Robert Lado melalui English Language Institute. Institut ini menerbitkan majalah language learning yang menyiarkan karya dalam bidang linguistik terapan. Pada tahun 1969, telah diadakan kongres ahli linguistik terapan yang dinamakan Association Internationale de Linguistique Applique (AILA). Dalam kongres ini, dibahaskan teks sastera, leksikografi, linguistik konstrastif, dan sosiolinguistik. Antara majalah-majalah atau buletin yang mengemukakan pandangan ahli dalam bidang linguistik terapan ialah Language Problem and Language Planning, English Teaching Forum, Applied Linguistics, Modern English Teacher, Guidelines, International Review of Applied Linguistic in Language Teaching, English Language Teaching, Journal of Phonetics, Foreign Language Annuals dan EFL Bulletin.

Menurut Spolsky (1978:1-2), ruang lingkup linguistik terapan sangat luas iaitu merangkumi bidang penterjemahan, leksikografi, dan perencanaan bahasa.Selain itu, menurut kongres Association Internationale de Linguistique Applique (AILA) pula ruang lingkup linguistik terapan ialah bidang yang berhubungan dengan pengajaran bahasa, bahasa dalam

Page 15: B. Soalan Struktur

kehidupan bermasyarakat (sosiolinguistik), bahasa dalam kaitan antara jiwa manusia (psikolinguistik), penterjemahan, leksikografi, linguistik komputer, bahasa yang dikaitkan dengan gangguan saraf, peta bahasa (dialektologi) dan perencanaan bahasa.

Linguistik terapan juga dikenali linguistik gunaan yang memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajar bahasa dan menulis buku-buku teks serta terjemahan dan perkamusan. Linguistik terapan merangkumi subbidang seperti fonetik terapan, perancangan bahasa, pembinaan bahasa, pengajaran bahasa, penterjemahan, grafonomi, grafologi, leksikografi, mekanolinguistik, medikolinguistik, sosiolinguistik terapan , dan leksikostatik. Sebagai contoh, bidang grafonomi berkaitan untuk mempelajari cara-cara mewujudkan bahasa dalam bentuk tulisan. Grafologi pula mempelajari tulisan dengan tujuan untuk mengetahui sifat, nasib, kesesuaian dan keberuntungan penulis. Bidang leksikologi ialah mengenai konteks penulisan leksikon dalam bentuk kamus, ensiklopedia, dan thesaurus. Leksikologi juga dikenali sebagai ilmu perkamusan.

Selain itu, linguistik edukasional merupakan satu cabang linguistik terapan yang khusus menganalisis, menerangkan, dan menjelaskan tentang praktik perlaksanaan pengajaran dan pendidikan bahasa yang berlandaskan teori-teori bahasa. Seorang sarjana pendidikan bahasa atau guru bahasa akan menggunakan hasil-hasil penelitian bahasa untuk pengajaran bahasa. Hasil-hasil penelitian linguistik membantu seorang sarjana pendidikan bahasa atau guru bahasa dalam menambahkan pengetahuan bahasa dan melakukan analisis serta evaluasi tentang hasil dan pelajaran bahasa. Aplikasi linguistik bererti penggunaan dan pemanfaatan ilmu ilmu pengetahuan untuk merencanakan kegiatan-kegiatan yang praktis seperti pengajaran dan pelajaran bahasa.

Menurut S.Pt Corder, aplikasi linguistik merupakan suatu problem-based activity iaitu masalah yang muncul akan dijawab atau diselesaikan oleh prinsip-prinsip atau pengetahuan yang didasarkan pada telaah ilmiah tentang struktur bahasa dan masyarakat. Sumbangan linguistik kepada pengajaran bahasa bersifat tidak langsung. Oleh itu, bidang aplikasi linguistik dan pengajaran bahasa merupakan satu bidang yang otonom dan menjadi bidang keahlian tersendiri.

Page 16: B. Soalan Struktur

Secara ringkasnya, linguistik terapan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan psikologi. Linguistik terapan merupakan hasil penelitian linguistik untuk tujuan praktis. Linguistik terapan juga merupakan salah satu subdisiplin linguistik. Kongres AILA yang ditubuhkan merupakan satu usaha atau alternatif untuk membahaskan perkara-perkara berkaitan linguistik terapan.