azman

18
Soalan 1. 1.0 Pe ndahuluan Pelbagai dasar telah dilaksanakan sejak merdeka hingga ke hari ini bagi mengwujudkan integrasi di antara etnik. Walaupun banyak kemajuan dapat dilihat dalam hubungan antara etnik pada hari ini , tetapi masih banyak yang perlu dilakukan bagi memantapkan proses integrasi ini. Cabaran-cabaran dan masalah yang timbul, menunjukkan proses integrasi antara etnik di peringkat sekolah perlu dikemaskini dan dimantapkan lagi. Perlu ada dasar atau rancangan yang lebih konkrit bagi mencapai objektif integrasi antara etnik di sekolah. Ia hendaklah bukan sekadar di kulit luaran tetapi isinya. Sistem pendidikan yang ada di sesebuah negara boleh menjadi salah satu cara memupuk integrasi dan mewujudkan perpaduan di antara etnik. Sebagaimana yang kita tahu sekolah ialah sebuah organisasi berbentuk pendidikan yag mana kebanyakannya semua kaum atau etnik berada dalam satu bumbung yang sama. Dari situlah pelbagai kaum atau etnik dapat mempelajari nilai-nilai murni sesuatu kaum dan sterusnya menghayati proses sosialisasi secara mudah. Dengan cara tersebut bolehlah mereka mewujudkan perpaduan sebagaimana yang diharapkan oleh sekolah, masyarakat dan bangsa. Pada hari ini tidak dinafikan menerusi sistem dua aliran yang ada, integrasi antara etnik di sekolah telah mencapai banyak kemajuan. Walaubagaimana pun masih banyak yang perlu dilakukan lagi bagi memantapkan lagi proses integrasi antara etnik di sekolah. Proses integrasi yang berlaku pada masa ini kadangkala menghadapi pelbagai masalah yang timbul. Ini jika tidak diatasi boleh melambatkan proses integrasi di sekolah. Oleh pelbagai rancangan dan dasar haruslah difikir dan dikaji bagi menjadikan 1

Upload: omme-randy

Post on 24-Dec-2015

21 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

PJM

TRANSCRIPT

Page 1: azman

Soalan 1.

1.0 Pendahuluan

Pelbagai dasar telah dilaksanakan sejak merdeka hingga ke hari ini bagi

mengwujudkan integrasi di antara etnik. Walaupun banyak kemajuan dapat dilihat dalam

hubungan antara etnik pada hari ini , tetapi masih banyak yang perlu dilakukan bagi

memantapkan proses integrasi ini. Cabaran-cabaran dan masalah yang timbul,

menunjukkan proses integrasi antara etnik di peringkat sekolah perlu dikemaskini dan

dimantapkan lagi. Perlu ada dasar atau rancangan yang lebih konkrit bagi mencapai

objektif integrasi antara etnik di sekolah. Ia hendaklah bukan sekadar di kulit luaran tetapi

isinya.

Sistem pendidikan yang ada di sesebuah negara boleh menjadi salah satu cara

memupuk integrasi dan mewujudkan perpaduan di antara etnik. Sebagaimana yang kita

tahu sekolah ialah sebuah organisasi berbentuk pendidikan yag mana kebanyakannya

semua kaum atau etnik berada dalam satu bumbung yang sama. Dari situlah pelbagai

kaum atau etnik dapat mempelajari nilai-nilai murni sesuatu kaum dan sterusnya

menghayati proses sosialisasi secara mudah. Dengan cara tersebut bolehlah mereka

mewujudkan perpaduan sebagaimana yang diharapkan oleh sekolah, masyarakat dan

bangsa.

Pada hari ini tidak dinafikan menerusi sistem dua aliran yang ada, integrasi

antara etnik di sekolah telah mencapai banyak kemajuan. Walaubagaimana pun masih

banyak yang perlu dilakukan lagi bagi memantapkan lagi proses integrasi antara etnik di

sekolah. Proses integrasi yang berlaku pada masa ini kadangkala menghadapi pelbagai

masalah yang timbul. Ini jika tidak diatasi boleh melambatkan proses integrasi di sekolah.

Oleh pelbagai rancangan dan dasar haruslah difikir dan dikaji bagi menjadikan sekolah

sebagai pusat integrasi antara etnik yang terbaik.

2.0 Definisi Integrasi dan Etnik

Etnik atau etnos dalam bahasa asal Greek membawa makna kumpulan manusia atau

bangsa. Ia merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam kumpulan yang mempunyai

latar belakang keturunan nenek moyang yang sama. Mereka mempunyai keturunan dari

segi sejarah, negara asal, bahasa, tradisi, budaya, struktur dan sistem nilai. Mengikut kamus

Dewan pula, etnik merujuk kepada sesuatu kaum atau masyarakat majmuk yang mempunyai

kelompok, yang hidup berlainan tetapi di bawah sistem politik yang sama.

Mengikut Khalid Yaakub (1982) pula, integrasi pula merupakan proses menyatupadukan

1

Page 2: azman

secara budaya dan sosial kelompok-kelompok sosial yang berbeza- beza kepada satu unit

yang mempunyai identiti yang umum dan tersendiri. Mengikut Sufean Hussein (1996) integrasi

bermaksud menyatukan etnik-etnik atau kelompok-kelompok yang terasing pada asalnya

kepada satu bentuk lain yang tersendiri Mengikut Mohd Sa leh Lebar (1998), integrasi yang

diterima atau yang biasa dikehendaki ramai adalah satu proses yang cuba menyatupadukan

masyarakat majmuk atau pelbagai kaum dan mewujudkan pula pembentukkan kebudayaan

kebangsaan atau nasional yang tersendiri dikalangan mereka.

3.0 Cara-cara memupuk integrasi etnik di sekolah

3.1 Menjadikan sekolah sebagai alat perpaduan

Sekolah juga menggalakkan pelajar-pelajar supaya boleh berfikir dan berani

mengeluarkan pendapat. Pelajar-pelajar yang berlainan etnik perlu didedahkan kepada

nilai-nilai bersama seperti perasaan kasih sayang, hormat menghormati, saling bantu

membantu, berbudi bahasa, cintakan keamanan, bencikan kekejaman, jujur,

bertanggungjawab dan sebagainya. Melalui ko-kurikulum pula pelajar-pelajar dari semua

kumpulan etnik hendaklah digalakkan bercampur gaul dan memceburkan diri dalam

menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah. Dengan ini sekolah akan melahirkan rakyat

Malaysia bersatupadu dan mempunyai semangat kemalaysiaan yang kuat walaupun

berlainan etnik. Pelbagai program ko kurikulum telah dirancang dengan kerjasama

daripada PIBG untuk membentuk sahsiah di kalangan pelajar.

3.2 Memantapkan lagi perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan

Di Malaysia, pelbagai cara digunakan untuk mewujudkan perpaduan antara etnik di

sekolah. Antaranya menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan yang menggunakan sukatan

pelajaran, buku teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem latihan guru dan bahasa

penghantar yang sama. Sebagai contoh dalam matapelajaran Pendidikan Islam dan Moral

pendekatan yang lebih baik digunakan agar pelajar dapat memahami tentang keperluan

moral, sosial, agama dan kepercayaan kepada tuhan serta menjadi warga negara yang

baik. Sebahagian daripada dasar dan tindakan strategik ini telah dilaksanakan dengan

berkesan walaupun belum sepenuhnya. Misalnya dasar penggunaan bahasa Melayu

sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan, sekurang-

kurangnya telah mewujudkan generasi dari pelbagai etnik yang lebih komunikatif antara

satu sama lain dan lebih saling memahami. Dasar-dasar yang tidak sesuai daengan

kehendak semasa haruslah digantikan bagi memastikan integrasi di peringkat sekolah

dapat dilaksanakan dengan baik.

2

Page 3: azman

3.3 Pendemokrasian Pendidikan

Pendemokrasian pendidikan juga dapat memupuk integrasi . Pendemokrasian Pendidikan

yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk memastikan agar semua

kaum dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada mereka di

sekolah. Bantuan-bantuna persekolahan baik daripada pihak kementerian malah

sumbangan daripada PIBG dan orang perseorangan diagihkan sama rata di kalangan

pelajar.

4.0 Penutup

Dengan perkembangan ekonomi yang cepat menyebabkan keadaan mobiliti masyarakat

terus berubah . Dalam masa yang sama, kita harus terus mempertahankan nilai-nilai

perpaduan yang diasaskan sebelum ini. Bidang pendidikan merupakan bidang terpenting

bagi menjadi alat perpaduan antara etnik. Hanya menerusi pendidikan saja, rakyat

malaysia yang berbilang etnik dapat disemai rasa semangat kekitaan dari sejak kecil

hinggalah dewasa. Oleh itu segala dasar dalam pendidikan yang dapat memupuk integrasi

antara kaum haruslah disokong sepenuhnya oleh setiap rakyat malaysia. Sesuai dengan

perubahan masa, pelbagai dasar yang telah diwujud sejak dari kita merdeka hinggalah

sekarang perlulah sering disemak bagi memastikan setiap dasar yang di rancang dapat

melaksanakan proses integrasi antara etnik di sekolah dengan berkesan.

Sekolah merupakan unit yang terpenting dalam sistem pendidikan kita bagi mewujudkan

integrasi di antara etnik. Kegagalan proses integrasi di sekolah, khasnya di peringkat

rendah akan menyebabkan juga gagalnya proses integrasi peringkat menengah dan

seterusnya universiti. Ini seterusnya akan menghasilkan masyarakat Malaysia bukan saja

berlainan etnik tetapi tidak bersatupadu dan berlainan kefahaman.

3

Page 4: azman

Soalan 2

1. Pengenalan

Pendidikan merupakan salah satu tunjang utama pembangunan dan kestabilan di negara

kita. Pendidikan merupakan pemangkin dan komponen penting untuk memacu

pembangunan negara kita bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Oleh

itu, mutu pendidikan yang bermutu tinggi dan mampu menghasilkan golongan cendiakawan

yang berkualiti hendaklah diberikan penekanan kerana mutu pendidikan secara langsung

dan tidak langsung menyumbang kepada pembangunan negara yang dinamik, mampan

dan menyeluruh. 

Dalam usaha untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan, para pendidik terutamanya

para guru adalah orang yang bekerja untuk merealisasikan impian wawasan 2020 negara

iaitu untuk menjadi negara yang maju dan setaraf dengan negara-negara maju yang

lain. Para guru perlu bekerja dengan lebih produktif, lebih cekap, lebih kreatif dan

mempunyai akauntabiliti yang tinggi terhadap tugas mereka. Untuk mendapatkan prestasi

kerja yang terbaik daripada guru, guru hendaklah boleh melakukan tugas-tugas mereka

tanpa tekanan dan tanpa dibebankan tugas-tugas yang lain. Lambakan tugas-tugas lain

seperti kerja perkeranian terhadap guru akan menganggu prestasi kerja mereka dan

menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi. Antara lain, tugas guru juga termasuk

membantu pelajar mendapat pencapaian akademik yang baik dan membantu mereka

mempunyai nilai-nilai mumi. (Koch, et al. 1982 ). Guru juga diminta menanamkan

kebolehan berdikari kepada pelajar dalam usaha mereka memperolehi pengetahuan (Lee,

1999).

Peningkatan ketidakhadiran kerja, pusing ganti yang tinggi dan persaraan awal merupakan

antara sebab mengapa banyak kajian dijalankan di kalangan guru berkaitan dengan

tekanan emosi, stres dan “burnout”. Stres memberi kesan kepada masalah kesihatan

mental dan fizikal dan mempengaruhi keberkesanan hubungan guru dengan pelajar dan

juga mutu pendidikan (Weisberg & Sagie, 1999). Stres juga menyumbang kepada

penurunan tahap tenaga guru dan penglibatan tugas yang semakin berkurangan. (Lewis,

1999). Stres yang keterlaluan dan tidak dapat dikawal akan menyebabkan “burnout” di

4

Page 5: azman

kalangan guru. Kesan Burnout adalah lebih memudaratkan daripada kesan stres seperti

kepuasan kerja yang berkurangan, hubungan guru-murid dan guru yang renggang, motivasi

guru yang berkurangan dan pengurangan keberkesanan guru dalam memenuhi matlamat

pendidikan.

2. Stress Dan “Burnout”

Ramai cendiakawan dan pengkaji telah mengutarakan definisi dan pemahanan mereka

terhadap stres. Menurut Wangsa ( 2010), istilah stres berasal dari kata “stringere “ yang

mempunyai erti ketegangan dan tekanan. Hardjana (1994) pula mendefinisikan stres

sebagai suatu keadaan yang tercipta dalam proses transaksi orang yang mengalami stres

dan hal yang dianggap yang mendatangkan stres sehingga membuat orang yang

bersangkutan melihat ketidaksepadanan yang bersifat nyata ataupun tidak nyata, antara

keadaan dan sistem sumber daya biologi, psikologi, dan sosial yang ada padanya.

2.1 Definisi Konseptual terhadap stress yang dikemukakan oleh Sarafino (1994).

Istilah “burnout” menurut Freudenberger (dalam Farber, 1991) dedifinisikan sebagai suatu

bentuk kepenatan yang disebabkan karena seseorang bekerja terlalu intensif, berdedikasi

dan berkomitmen, bekerja terlalu banyak dan terlalu lama serta melihat keperluan dan

keinginan mereka sebagai hal kedua. Srinika Jayaratne dan Himle (1991), Perlman dan

Hartman (1982) telah mengkaji semula semua literatur tentang “burnout” antara tahun 1974

hingga 1980 dan mencadangkan satu pungutan suara yang dipersetujui tentang definisi

“burnout”.Mereka mendefinisikan “burnout” sebagai respon kepada stress emosi yang

kronik kepda tiga komponen utama iaitu;

a)     Ketandusan fizikal dan emosi

b)     Produktiviti kerja yang rendah

c)     Personalisasi yang berlebihan

3. Faktor-faktor yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru.

Faktor pertama yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru ialah punca

peribadi seperti kesihatan, masalah kewangan, aktiviti riadah, perhubungan dan taraf

5

Page 6: azman

hidup. Masalah kesihatan adalah antara masalah utama yang sering menghantui golongan

guru. Antara penyakit yang popular ialah darah tinggi, sakit jantung, gout dan banyak lagi

penyakit-penyakit lain. Ini akan menyebabkan guru tersebut akan mengalami tekanan

emosi kerana ketidakstabilan emosi. Masalah-masalah yang berpunca daripada peribadi

guru ini akan menganggu prestasi kerja guru di sekolah apabila mereka terlalu memikirkan

tentang masalah peribadi dan tidak fokus kepada tugasan hakiki di sekolah.

Faktor kedua yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru ialah

persekitaran kerja dan kerenah pelajar. Persekitaran kerja yang kurang kondusif dan

ditambah lagi dengan kerenah pelajar yang bermacam ragam, guru terdedah dengan

tekanan akibat tugas yang perlu dilaksanakan. Kekurangan kemudahan di sekolah juga

akan memberi tekanan kepada guru apabila keperluan untuk mengajar tidak mencukupi

dan guru akan merasakan sesuatu yang tidak lengkap untuk memberikan pengajaran yang

maksimum kepada para murid.  Masalah seperti ini menyebabkan guru mengambil

tindakan berasaskan emosi untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan disiplin

pelajar walaupun tindakan ini bertentangan dengan etika dan tatatertib seorang pendidik,

namun kadangkala emosi yang tidak stabil boleh menguasai pemikiran yang waras.

Faktor ketiga yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru ialah beban

tugas di sekolah. Bebanan tugas ini merujuk kepada tugas-tugas yang perlu dibuat oleh

guru seperti membuat persediakan mengajar, menyemak latihan pelajar, tanggungjawab

terhadap pelajar,urusan pentadbiran seperti mengisi borang dan lain-lain tanggungjawab

yang mesti dipikul oleh seseorang guru sepanjang berkerja.

Kerja yang terlalu banyak dan tidak sesuai dengan seseorang guru akan menimbulkan

tekanan kepada guru terbabit. Kerja yang tidak sesuai dengan guru memerlukan masa

untuk mempelajarinya dan pada masa yang sama, banyak lagi tugas lain yang menanti

untuk disiapkan. . Walaupun seseorang individu mempunyai kecekapan dan kecekalan

yang tinggi dalam menjalankan tugasnya, beban kerja yang melampaui batas

kemampuannya akan menyebabkan prestasi kerjanya menurun akibat kepenatan fizikal

dan ini boleh membawa kepada masalah kesihatan seperti sakit jantung dan tinggi darah.

Punca keempat yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru ialah tekanan

daripada pihak atasan.  Jika melihat kepada konteks di sekolah, pemimpin di sekolah

adalah guru besar ataupun pengetua dan sebagai pemimpin di sekolah, etika kepimpinan

yang betul adalah penting bagi mewujudkan kepimpinan melalui teladan.

6

Page 7: azman

Guru besar atau pengetua hendaklah memiliki daya kepimpinan yang tinggi untuk

mencorak suasana sekolah yang kondusif dan hubungan antara guru juga dalam keadaan

yang baik serta mempunyai rasa kepunyaan yang tinggi terhadap sekolah. Apabila

pemimpin di sekolah tidak memimpin dengan baik dan tidak mentadbir urus dengan

sistematik, guru-guru adalah orang yang akan menjadi mangsa. Lambakan tugas akan

dipikul oleh guru dan ini akan menyebabkan guru mengalami tekanan emosi serta stress.

Faktor kelima yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru ialah masalah

disiplin murid di sekolah. Masalah disiplin pelajar di sekolah pada hari ini semakin

meruncing walaupun banyak usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah untuk menangani

masalah ini. Kurang kerjasama daripada ibu bapa merupakan antara faktor kenapa

masalah disiplin di sekolah semakin meruncing daripada hari ke hari. . Oleh itu, apabila

murid melakukan masalah disiplin, murid tersebut bukan sahaja tidak dapat mengawal

dirinya, malah tidak patuh kepada pihak yang berkuasa seperti guru dan pihak sekolah. 

 Apabila guru berhadapan dengan perkara yang sama setiap kali sesi pengajaran bermula,

maka mereka akan berasa tertekan dengan keadaan tersebut. Ini menyebabkan guru

mengambil langkah yang mudah untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan memarahi

pelajar dan tidak masuk ke kelas yang bermasalah untuk mengajar.

4. Tindakan yang perlu diambil oleh guru untuk mengelak tekanan emosi

Saya sendiri sedar bahawa tugas guru semakin mencabar dari sehari ke sehari

sehinggakan terdapat seorang guru meluahkan hasrat untuk menamatkan perkhidmatan

kerana beban tugas sebagai seorang guru yang semakin berat dan ditambah pula dengan

pelbagai program transformasi pendidikan yang nyata amat menambah beban tugas guru

di sekolah. Namun, mahu atau tidak mahu, langkah perlu diteruskan dan untuk berada di

sekolah sebagai seorang guru permulaan, langkah-langkah yang betul perlu diambil untuk

mengelakkan mengalami kejutan budaya dan tekanan emosi di sekolah nanti. Apakah

tindakan yang akan saya lakukan?

Pertama , saya akan cuba untuk sentiasa berfikiran positif. Masalah yang kebiasaannya

akan timbul di golongan guru ialah merasa terbeban dengan tugas yang diberikan apabila

di sekolah. Dengan sentiasa berfikiran negatif, ianya tidak akan membantu apa-apa

sebaliknya hanya akan sentiasa memberikan tekanan emosi apabila terpaksa menyiapkan

sesuatu kerja. 

7

Page 8: azman

Kedua , saya akan mendapatkan sokongan social dan keagamaan dengan melibatkan diri

Melibatkan diri dengan aktiviti social dan keagamaan akan membuatkan saya melupakan

seketika masalah dan bebanan tugas di sekolah. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti

sosial yang berbentuk keagamaan akan mendekatkan saya dengan Allah dan akan

membantu saya mengawal tekanan emosi apabila berhadapan dengan tugas.

Ketiga 

mempersiapkan diri dengan pengetahuan berkaitan stres dan cara menanganinya.  Dengan

mengetahui tanda-tanda awal, saya akan mampu untuk bertindak dan mencegah tekanan

emosi dengan menggunakan teknik relaksasi progresif yang dipelopori oleh Edmund

Jacobson (1926) dan diperbaharui oleh Murphy (1996). Teknik ini adalah berasaskan

pernafasan dan mampu membantu untuk merehatkan badan dengan efektif. Bagi saya,

dengan menguasai teknik ini, saya akan mampu untuk melakukannya di mana-mana

sahaja apabila perlu bagi mengingatkan diri saya bahawa sentiasa ada jalan untuk

menyelesaikan sesuatu.

5. Kesimpulan

Sudah terbukti bahawa tekanan adalah sesuatu yang pasti akan dihadapi oleh setiap

individu normal di muka bumi ini. Sebagai seorang guru, tekanan pastinya dirasakan di

dalam dunia pendidikan yang sedang dan akan terus mengalami perubahan daripada

semasa ke semasa. Tekanan emosi kerana tugas yang membebankan jika tidak diurus

dengan baik akan menyumbang kepada stress dan “burnout” yang mempunyai kesan yang

buruk.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada tekanan emosi ini perlu dikenalpasti bagi

memudahkan cara menguruskan tekanan tersebut. Faktor-faktor seperti kepimpinan di

sekolah dan masalah peribadi boleh diselesaikan dengan cara dan medium yang betul

tanpa perlu tindakan yang lebih drastik dilakukan. Cara pengurusan tekanan emosi yang

betul turut perlu diberikan perhatian kerana apabila mempunyai ilmu pengetahuan dalam

cara mengatasi tekanan emosi, tekanan emosi yang dirasai dapat diurus dengan cara yang

betul. Persediaan awal dan kesedaran kendiri berkaitan dengan pengurusan tekanan emosi

akan membuatkan guru lebih bersedia dan tahu cara awal untuk mencegah tekanan emosi

dalam jangka masa panjang.

Keseluruhannya, tekanan emosi bukanlah sesuatu yang tidak boleh diuruskan, sebaliknya

ianya memerlukan cara yang betul untuk menguruskannya. Tekanan emosi yang diurus

dengan baik tidak akan menganggu produktiviti kerja dan prestasi semasa sebaliknya

8

Page 9: azman

hanya akan mengganggu prestasi kerja dalam masa yang singkat sahaja kerana apabila

sudah dicegah dan diatasi, prestasi kerja bukan hanya akan meningkat tetapi kepuasan

kendiri akan turut meningkat.

Soalan 3.

1. Pendahuluan

Pendidikan jasmani merupakan salah satu pelajaran yang harus masukkan dalam

kurikulum di semua jenis dan jenjang pendidikan. Dengan demikian perlu adanya guru

pendidikan jasmani yang mempunyai kewenangan dan kemampuan untuk mengampu

pelajaran pendidikan jasmani. Memilih strategi mengajar yang tepat merupakan salah satu

unsur penting dalam pengajaran pendidikan jasmani. Ketepatan dalam memilih

strategi mengajar akan berpengaruh pada tingkat keberhasilan dalam pencapaian tujuan

mengajar. Mengajar merupakan kemampuan berperilaku dalam cara yang tepat dengan

menggunakan gaya mengajar yang sesuai dengan tujuan.

2. Usaha menjadi guru berinovasi.

Sememangnya terdapat pelbagai cara yang boleh diusahakan oleh guru bagi meningkatkan

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran Antara kepelbagaian aktiviti yang

dicadangkan oleh Noriati A. Rashid dalam Murid dan Alam Belajar adalah melalui pelbagai

bermain sebagai usaha menarik minat murid menguasai sesuatu pengetahuan tanpa

disedari oleh murid bahawa mereka sedang belajar. Bagi murid-murid yang mempunyai

gaya berfikir yang tinggi, guru boleh menyediakan aktiviti analisis atau penyelesaian

masalah dengan menggunakan borang grafik manakala bagi murid yang kurang berminat

untuk belajar. Guru turut boleh mendorong pembelajaran pembelajaran aktif dengan

9

Page 10: azman

menggunakan audio visual yang menarik selain daripada menggunakan banyak peralatan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau menggalakkan murid menghasilkan

sendiri bahan pembelajaran mereka.

Guru berinovasi juga termasuklah guru yang berupaya menilai pencapaian dan potensi

murid secara holistik serta sentiasa mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan

kecemerlangan murid supaya dapat bersaing di dunia yang semakin mencabar.

Suatu yang tidak dapat dinafikan bahawa kesediaan para guru meningkatkan sifat inovatif

dalam diri berupaya membantu sistem pendidikan negara mencapai tahap sistem

pendidikan bertaraf dunia. Walau bagaimanapun, pelaksanaan proses integrasi teknologi

dan pendidikan dalam kalangan guru bukanlah suatu perkara yang mudah.

Bagi melahirkan guru yang berinovasi, perkara paling utama yang mesti diutamakan adalah

latihan kemahiran kepada bakal guru dan para guru dalam perkhidmatan. Latihan kepada

para guru praperkhidmatan bermula daripada latihan guru sama ada di Institut Pengajian

Tinggi (IPTA) atau Institut Pendidikan Guru (IPG). Pembentukan modal insan guru harus

diberi keutamaan bagi untuk membolehkan pembentukan modal insan yang cemerlang.

Bertitik tolak daripada ini, maka perubahan dalam latihan perguruan yang selari dengan

tuntutan perkembangan semasa merupakan suatu keperluan.

Di samping itu juga, guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran paling kondusif

dan memberi ruang seluas-luasnya kepada murid untuk mengasah kebijaksanaan berfikir.

Penyediaan persekitaran pembelajaran yang positif sememangnya merupakan suatu aspek

yang amat penting. Seorang guru yang baik berupaya untuk mengurus bilik darjah dan

mengawal tingkah laku pelajar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan

dengan lancar.

Guru harus sentiasa membaca buku ilmu pendidikan, mengikuti kursus peningkatan ilmu

profesionalisme keguruan serta menghadiri seminar atau konvensyen pendidikan di dalam

atau luar negeri. Maka dalam hal ini, pelaksanaan program Latihan dalam Perkhidmatan

(LDP) yang dijalankan secara berkesan akan menyumbang ke arah pembentukan guru

yang inovatif seperti yang diharapkan oleh sistem pendidikan kini.

3. Penutup

10

Page 11: azman

Guru pendidikan jasmani harus memiliki kewangan, kemampuan, dan menguasai berbagai

metode mengajar serta persiapan mengajar yang baik. Perencanaan mengajar sangat

tergantung pada tujuan yang ingin dicapai. Dengan demikian model perencanaannya

tergantung metode yang dipilih. Model pendekatan mengajar semacam ini masih perlu

disebarluaskan dan memerlukan kerjasama yang baik dengan bidang-bidang lain,

seperti pengembangan kurikulum, interaksi pembelajaran, strategi pembelajaran,

pengajaran mikro dan sebagainya.

Senarai Rujukan

Sanusi Osman, 1989, Ikatan Etnik dan Kelas di Malaysia, Universiti Kebangsaan

Malaysia, Selangor.

Mohd Saleh Lebar, 1998, Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah dan

Pendidikan, Thinker’s Library Sdn. Bhd, Selangor

Amir Hasan Dawi, 1999, Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Quantum Books,

Tanjung Malim.

Hussein Hj. Ahmad, 1993, Pendidikan dan Masyarakat, Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kuala Lumpur.

Sufean Hussin, 1996, Pendidikan Di Malaysia – Sejarah, Sistem dan Falsafah,

Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Kamus Dewan, Edisi ketiga, 1996

Dewan Masyarakat, Oktober 2000, m/s 14-25

11

Page 12: azman

Dewan Masyarakat , Januari 2001, m/s 50-51

Massa, 14-20 April 2001, m/s 62-63.

Dewan Masyarakat, Jun 2001, m/s 44-45.

Massa, 29 Dis- 4 Jan 2002, m/s 12-13

LAMPIRAN 1

SOALAN

1. Bagi pendapat CikguDaud, apakah yang dimaksudkan STRESS dikalangan Guru-guru ?

2. Mengikut pendapat beberapa orang pakar kaunseling, terdapat beberapa factor yang Boleh menyebabkan seseorang individu mengalami STRESS dan kemurungan. Bagi

Pendapat cikgu sendiri selaku guru kaunselor, apakah factor-faktor yang mengikut Pendapat cikgu adalah sangat mempengaruhi seorang individu dalam masalah STRESS dan kemurungan?

3. Beberapa panduan telah diberikan samada melalui seminar ataupun melalui media Cetak, beberapa langkah bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Bagi pendapat cikgu

Apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh individu tertentu bagi menghindari Masalah ini?

12

Page 13: azman

LAMPIRAN 2

Gambar temubual

13