tugasan foto talk (khadijah bt azman)sarjana persisir mbt 2013 /14 uthm

14
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL TUGASAN INDIVIDU PHOTO TALK Nama Pensyarah : En. Ghazally Bin Spahat Nama Kursus : Pembangunan Kurikulum Dalam PTV Kod Kursus : MBE 12503 Nama Pelajar : Khadijah bt Azman No. Matrik : GB 130178 Program : Sarjana Pendidikan Teknikal (MBT) – Persisir WITH WISDOM, WE EXPLORE

Upload: khadijahazman

Post on 25-Jan-2015

85 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan foto talk (Khadijah bt Azman)Sarjana Persisir MBT 2013 /14 UTHM

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIAFAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL

TUGASAN INDIVIDU

PHOTO TALK

Nama Pensyarah : En. Ghazally Bin Spahat

Nama Kursus : Pembangunan Kurikulum Dalam PTV

Kod Kursus : MBE 12503

Nama Pelajar : Khadijah bt Azman

No. Matrik : GB 130178

Program : Sarjana Pendidikan Teknikal (MBT) – Persisir

Semester 1, Sesi 2013/2014

TAJUK PHOTO TALK: KENALI PERIHAL TANGISAN BAYI

WITH WISDOM, WE EXPLORE

Page 2: Tugasan foto talk (Khadijah bt Azman)Sarjana Persisir MBT 2013 /14 UTHM

Maklumat Gambar

Situasi Seorang bayi sedang menangis di hadapan ibunya

Tarikh 24 November 2013

Masa 9.20 pagi

Lokasi Rumah

Saiz 2.2 MB

Resolution 3264x2448

Aperture 2.6

ISO 500

Model GT-N7100 (SAMSUNG NOTE 2)

1.0 Tangisan dan Bayi Suatu Sinonim.

Menangis atau meragam sudah menjadi sifat semula jadi bayi yang normal. Kita tidak

boleh mengharapkan anak yang sentiasa ceria dan tidak membuatkan ibu bapa pening

WITH WISDOM, WE EXPLORE

Page 3: Tugasan foto talk (Khadijah bt Azman)Sarjana Persisir MBT 2013 /14 UTHM

menangani pelbagai kerenah mereka.Menangis juga satu cara bayi berkomunikasi dengan

penjaga kerana mereka masih tidak pandai meluahkan perasaan dengan kata-kata. Menjaga

bayi menuntut kesabaran yang tinggi kerana jika tidak, ibu bapa boleh hilang sabar dan ada

yang bagaikan hilang kewarasan diri sehingga sanggup mendera anak sendiri. Dengan

pelbagai tekanan dan tanggungjawab yang perlu dipenuhi setiap hari, kerenah anak yang

menangis atau meragam apatah lagi pada malam hari memang boleh menyebabkan ibu bapa

hilang sabar.

Bayi  yang selalu menangis menimbulkan perasaan yang tidak senang kepada ibubapa

terutama jika  tangisannya berterusan hingga beberapa jam atau berterusan di waktu jauh

malam. Perasaan resah  selalu dirasai oleh ibu bapa  kerana khuatir kalau - kalau  bayi mereka

menghidap sesuatu penyakit.  Menangis ialah satu cara seseorang bayi itu menyatakan

perasaan atau emosinya dan ibubapa mestilah cuba memahami sebab - sebab bayi mereka

menangis supaya langkah yang sewajarnya dapat diambil.

Ada orang yang mengatakan 'biarlah bayi itu menangis, elok untuk paru - parunya'

atau ' biarlah bayi itu menangis, apabila dia letih dia akan berhenti dengan

sendirinya'.  Anggapan ini adalah tidak benar.  Seseorang ibu perlu mengetahui sebab - sebab

bayinya menangis supaya dia lebih senang menghadapi keadaan ini dan memerlukan

pertolongan atau nasihat daripada ibunya sendiri, wanita lain yang lebih berpengalaman atau

daripada doktornya sendiri. Selalu terdapat bayi-bayi yang kerap menangis dan kurang

tenteram jika ibunya berinteraksi dengannya dalam keadaan cemas, resah atau tergesa-

gesa.    

Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, kita tidak sepatutnya melepaskan

kemarahan atau segala beban seharian terhadap anak kecil yang tidak berdosa dan mengerti

apa-apa. Sebaliknya kita harus belajar untuk menjadi ibu bapa terbaik sekali gus memahami

keadaan si kecil yang sering meragam itu.

2.0 Sebab-Sebab Bayi Menangis

Adakah dia lapar ? Ini selalunya jelas bila waktu menyusu telah tiba dan bayi

mungkin kelihatan mengisap jarinya. Dia akan berhenti menangis apabila disusukan. Jika

WITH WISDOM, WE EXPLORE

Page 4: Tugasan foto talk (Khadijah bt Azman)Sarjana Persisir MBT 2013 /14 UTHM

bayi masih terus menangis mungkin lampinnya basah  dan dia berasa sejuk dan dia berasa

panas hingga berpeluh. Bayi yang  tidak selesa atau berasa sakit akan juga menangis jika dia

kurang sihat seperti sakit perut, atau menghidap demam virus yang menyebabkan hidungnya

tersumbat. Bayi yang telah diberi suntikan pengimunan kadangkala sering menangis dan ubat

yang biasa dibekalkan oleh doktor boleh mententeramkannya. Bayi mungkin kurang selesa

akibat kulit yang sangat gatal. Ada juga didapati bayi yang selalu menangis apabila keletihan

dan tidak dapat tidur kerana terlalu lama dilayani oleh orang disekelilingnya. Ada juga

terdapat bayi-bayi yang selalu menangis selama 10 atau minit setiap kali dia hendak tidur.

Para ibu perlu mengenali kelakuan bayinya supaya mereka tidak mudah berasa cemas. Ibu

yang berpengalaman boleh mengetahui dari tangisan bayi sama ada ia lapar atau dalam

kesakitan.

   Satu keadaan yang biasa berlaku di kalangan bayi-bayi di bawah umur tiga bulan

adalah dimana seseorang bayi itu asik menangis berjam-jam di waktu petang atau

malam.  Walau apa jua yang dilakukan oleh ibu dia sukar ditenteramkan. Cerita yang biasa

didengari ialah dimana seseorang ibu  mengatakan  yang anaknya selalu menangis dari jam

2.00 petang hingga  6.00 petang  atau dari  jam  6.00 petang hingga  10.00 malam. Bayi ini

sukar ditenteramkan dan biasanya berhenti menangis setelah beberapa jam. Apabila sampai

waktunya dia akan minum seperti biasa dan terus tidur. Kesihatan bayi ini biasanya tidak

terjejas. Keadaan seperti ini mungkin berlaku sekali-sekala di kalangan separuh bayi tetapi

ada bayi yang mengalami keadaan ini hampir setiap hari. Apabila diperiksa oleh doktor jelas

kesihatan bayi adalah memuaskan dan ibu bapa dinasihatkan  supaya bersabar kerana

keadaan ini biasanya berhenti dengan sendiri apabila usia bayi meningkat tiga bulan.

Kadangkala doktor perlu memberikan ubat untuk mententeramkan bayi dari masa ke masa.

Kelakuan bayi berbeza di antara satu dengan yang lain. ada bayi -bayi yang diam

sahaja jika dibiarkan dalam tempat tidurnya setiap masa. Ada pula bayi lain yang tidak boleh

ditinggal bersendirian. Dia akan terus menangis dan hanya dapat ditenteramkan apabila

didukung oleh ibunya.

  Memang ada juga terdapat bayi -bayi yang selalu menangis dengan tidak ada sebab -

sebab yang jelas. Dia menangis setelah bangun dari tidur , menangis sebelum tidur dan

menangis jika dibiarkan bersendirian. Jika dia selalu menangis hingga jauh malam tertentu

ibunya akan berasa letih. Bayi seperti ini kadangkala boleh ditenteramkan dengan cara

mendukungnya selalu , atau menidurkannya di dalam buaian yang boleh dienjut -enjutkan.

WITH WISDOM, WE EXPLORE

Page 5: Tugasan foto talk (Khadijah bt Azman)Sarjana Persisir MBT 2013 /14 UTHM

Membawanya menaiki kereta boleh juga mententeramkannya. Ibu yang mengalami keadaan

ini perlulah bertenang dan sokongan serta pertolongan dari suami dan saudara -mara boleh

meredakan ketegangan emosi yang mungkin timbul dari masa kesemasa. Kadangkala dia

perlu membincangkan perasaannya dengan doktor. Mungkin jika anak berkelakuan demikian

ini ada kaitan dengan emosi ibu itu sendiri. Memang telah diakui bahawa cara ibu

berinteraksi dengan bayinya boleh mempengaruhi gerak balas bayi dengannya. Ibu yang

mengalami tekanan emosi , tergesa -gesa dalam melakukan tugas -tugas rumahnya dan berasa

kurang yakin pada dirinya sebagai ibu selalu mendapati anaknya asyik menangis.

Selepas umur lima atau enam bulan bayi mungkin menangis kerana ketakutan. Dia

mungkin menangis jika terpandang wajah orang yang tidak dikenalinya , atau dia terjaga

ditempat yang asing baginya. Kadangkala terdapat juga bayi -bayi yang berumur lebih dari

sembilan bulan menangis jika ibunya mendukung bayi orang lain.

  Seseorang bayi mungkin menangis jika dia tidak berpeluang mendapat barang mainan

atau dia dibiarkan dengan lamanya. Dia menangis kerana berasa bosan. Jika dia sedang asyik

bermain -main dengan sesuatu barang mainan dan barang mainan itu diambil daripadanya

tentu dia akan menangis.

3.0  Cara -Cara Untuk Mententeramkan Bayi

1 . Bayi dibiarkan menghisap puting kalau ini dapat mententeramkannya. Perasaan tidak

senang hati melihat bayi menghisap puting sering terdapat dikalangan ibu -ibu. Mereka

khuatir pertumbuhan gigi bayi akan terjejas. Ini dianggap tidak tepat oleh para doktor

gigi dan pakar kanak -kanak . Tetapi membiarkan bayi menghisap puting yang dicelup

dalam manisan tidak digalakan kerana ini akan menimbulkan penyakit gigi dental caries.

2. Tidurkan bayi di atas buaian dan dihayun serta didodoikannya.

3. Ada setengah -setengah bayi yang boleh ditenteramkan jika dienjut -enjut di atas

pangkuan ibu.   

4. Bawa bayi berjalan menaiki kereta. Bunyi kereta selalu mententeramkan bayi.

5. Bersikap tenang. Perkara terbaik yang boleh dilakukan ibu bapa apabila anak meragam

atau menangis dengan nyaring ialah bersikap tenang dan bukannya memarahi anak

WITH WISDOM, WE EXPLORE

Page 6: Tugasan foto talk (Khadijah bt Azman)Sarjana Persisir MBT 2013 /14 UTHM

dengan suara yang tinggi. Apabila tekanan dalam diri ibu bapa meningkat, anak juga

akan menjadi bertambah tertekan, menyebabkan usaha menenangkan bayi tidak akan

tercapai. 

6. Periksa lampin bayi .Bayi menangis kerana pelbagai sebab, antaranya mereka tidak selesa

apabila lampin sudah terlalu penuh atau mereka baru saja membuang air besar. 

Jadi, apabila anak menangis, cuba periksa lampin untuk pastikan masalah anak menangis

bukan berpunca daripada lampin. Sekiranya basah lencun atau kotor, salin lampin supaya

bayi lebih selesa. 

7. Periksa suhu badan bayi .Kadangkala bayi menangis apabila dia berasa terlalu sejuk atau

terlalu panas. Mungkin ibu bapa boleh memegang tangan atau kaki anak untuk

memastikannya. Sekiranya sejuk, pakaikan baju yang menutup tubuh dan lebih tebal.

Namun sekiranya panas, cuba gunakan termometer bagi memeriksa suhu bayi. 

8. Kembung perut .Bayi selalu mengalami masalah kembung perut. Oleh itu, ibu bapa perlu

memeriksa dengan menepuk lembut dengan jari bagi memastikan anak mereka

mengalami masalah kembung perut. Sekiranya benar, sapukan minyak angin pada perut

bayi untuk melegakan perutnya.

9. Beri susu atau makanan bayi semua perkara di atas tiada pada bayi, kemungkinan besar

dia lapar. Tawarkan minuman atau makanan pada bayi. Ibu bapa perlu mempunyai jadual

dan mengingati masa makan atau minum anak mereka. Jangan ambil mudah kerana

selain senang meragam akibat lapar, tumbesaran bayi juga boleh terjejas jika tidak

mendapat zat mencukupi. 

10. Bayi mengantuk.Bayi juga akan meragam dan menangis jika mengantuk. Selalunya

mereka hanya mahu didodoi oleh ibu atau bapa dan sebaik dipeluk, mereka menjadi

tenang dan tidur dengan mudah. Pelukan daripada ibu bapa bukan saja dapat

menenangkan bayi, malah ia mampu menyalurkan kasih sayang yang sangat diperlukan

oleh bayi untuk membesar dengan sempurna. 

11. Mahu bermanja.Adakalanya bayi hanya mahu didukung, dipeluk, dilayan atau diberi

perhatian penuh oleh ibunya.

WITH WISDOM, WE EXPLORE

Page 7: Tugasan foto talk (Khadijah bt Azman)Sarjana Persisir MBT 2013 /14 UTHM

12. Alih perhatian bayi. Apabila anak menangis atau meragam tanpa dapat dikenal pasti

puncanya, antara kaedah yang boleh digunakan ialah mengalihkan perhatiannya. 

Ada kemungkinan bayi itu bosan justeru, ibu bapa boleh menghiburkan bayi mereka.

Lakukan perkara yang boleh membuat bayi ketawa seperti membuat aksi melucukan atau

membawanya keluar bersiar-siar melihat sekeliling selain berbual-bual dengan bayi

supaya mereka rasa disayangi. 

13. Ubah cara dukung Sesetengah bayi mempunyai posisi dukung yang digemarinya. Jika

anak sukakan posisi tegak di bahu, jangan baringkan dia ketika mendukungnya kerana

bayi pasti akan menangis. Apabila menegak, bayi boleh melihat keadaan sekelilingnya

dengan lebih baik seolah-olah berjalan dan ia penting bagi proses pembelajarannya. 

14. Hiburkan bayi .Biarpun nyanyian anda sebenarnya sumbang namun bagi bayi anda,

andalah penyanyi terhebat. Oleh itu, gunakan kesempatan ini untuk menyanyikan

pelbagai lagu lembut kepadanya terutama lagu yang mempunyai unsur pendidikan

kerana anak akan mengikut nyanyian sambil belajar dan pada masa sama, dia akan

tenang dan berhenti menangis. 

15. Menari bersama bayi.Ini adalah antara teknik yang boleh dilakukan sekiranya ia dapat

membuatkan anak anda tersenyum serta membuatkannya berhenti menangis. Ajak anak

menari dengan gaya yang disukai kanak-kanak seperti tepuk tangan, supaya mereka

terhibur tetapi pada masa sama, berasa rapat dengan anda. 

16. Tukar pakaian bayi . Fabrik yang kasar pada kulit bayi hingga menimbulkan rasa tidak

selesa dan akhirnya bayi menangis. Oleh itu, tukar pakaiannya kepada yang lebih selesa

dan pastikan pakaian bayi diperbuat daripada fabrik lembut dan tidak panas seperti kain

kapas. 

17. Mandikan bayi .Bayi yang meragam sepanjang hari mungkin berasa tidak selesa atau

ruam akibat lampin. Mandikan bayi dengan sabun yang mengeluarkan bau yang

menenangkan dan sapukan tubuhnya dengan losen atau minyak mineral yang

menghindarkan masalah ruam. 

18. Urut bayi. Mengurut antara cara untuk menenangkan bayi. Sentuhan kulit ke kulit bukan

saja menenangkan bayi tetapi hubungan ibu bapa dengan anak juga menjadi semakin

rapat. 

WITH WISDOM, WE EXPLORE

Page 8: Tugasan foto talk (Khadijah bt Azman)Sarjana Persisir MBT 2013 /14 UTHM

19. Kurangkan rangsangan sekeliling Terlalu banyak rangsangan di sekeliling boleh

membuatkan bayi terganggu, seterusnya menangis dan meragam. Bagi menenangkan

bayi, cuba malapkan cahaya lampu, asingkan permainan yang banyak dan mengurangkan

bunyi bising. 

20. Bedung bayi bayi kecil, mereka berasa tenang dan selamat apabila dibedung dengan kain

dan dipeluk ibu bapa. Ini kerana bagi si kecil ini, keadaan yang terbuka menakutkan

mereka. Oleh itu, sebaik-baiknya bedung bayi kecil, bukan saja mereka akan berasa

hangat, ia juga membantu bayi tidur dengan lebih nyenyak. 

21. Gunakan bunyi menenangkan.Ada sesetengah bunyi mampu menenangkan bayi apabila ia

berbunyi terus-terusan contohnya bunyi kipas berputar atau bunyi kerincing angin yang

digantung di tempat berangin. 

22. Beredar dan menenangkan diri.Sekiranya semua cara yang dilakukan tidak mampu

menenangkan bayi dan anda mula hilang sabar, tinggalkan sekejap bayi anda di tempat

yang selamat dan tenangkan diri terlebih dulu. Berfikir positif dan memahami bayi anda

tidak melakukannya dengan sengaja kerana dia tidak memahami apa-apa dan masih

kecil. 

23. Bawa bayi bertemu doktor .Anda juga boleh membawa bayi bertemu doktor kanak-kanak

bagi membuat pemeriksaan untuk memastikan tangisan bayi bukan berpunca daripada

masalah kesihatan yang serius.

4.0 Kesimpulan

Bayi sememangnya manja dan mahu dibelai ibu. Banyak kajian menunjukkan belaian

daripada ibu bapa dapat meningkatkan sistem pertahanan bayi, membantu menstabilkan

emosi, membantu selera bayi dan menjadikan anak mereka lebih ceria. Mengikut teori

perkembangan/kematangan Arnold Gesell(1925) antara aktiviti yang boleh dilakukan pada

setiap peringkat umur ialah penerokaan permainan untuk kanak-kanak berusia lahir hingga

satu tahun. Ibu bapa atau pengasuh sangat memainkan peranan yang penting untuk memberi

rangsangan yang positif dalam membantu perkembangan bayi tersebut. Cara aktiviti ini

dilakukan ialah letakkan bayi di lantai atau ruangan yang lebih luas dan bersih kerana bayi

memerlukan ruang yang lebih luas untuk meneroka persekitaranya.Seterusnya ibu bapa dapat

memberi rangsangan kepada bayi dengan memberi bayi pelbagai jenis permainan yang

berwarna-warni, berbunyi dan tidak mudah pecah kepada bayi misalnya kubus kayu, bola,

WITH WISDOM, WE EXPLORE

Page 9: Tugasan foto talk (Khadijah bt Azman)Sarjana Persisir MBT 2013 /14 UTHM

keringcing untuk menarik perhatian bayi bermain dan pada masa yang sama, ibu bapa

digalakkan untuk bermain bersama bayi dan memberi dorongan kepada bayi disamping dapat

mengawasi bayi tersebut. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat merangsang perkembangan

motor kasar dan motor halus bayi misalnya merangkak kerana pada masa ini otot pinggul,

bahu,tangan dan kaki bayi sudah semakin kuat dan bayi dapat mengenggam atau memegang

objek ketika bermain. Ibu bapa juga dapat meluangkan masa mereka bersama-sama bayi

mereka di samping melakukan aktiviti yang meransang mereka.

Menurut Teori Perkembangan Kognitif Piaget tahap-tahap perkembangan pemikiran

kanak-kanak dapat dikategorikan kepada empat tahap, iaitu tahap pemikiran deria motor,

pra operasional, operasional konkrit, dan operasional formal. Pemikiran bayi termasuk ke

dalam tahap pemikiran deria motor. Tahap deria motor bermula dari kelahiran hingga kira-

kira berumur 2 tahun. Semasa di tahap ini perkembangan mental ditunjukkan dengan

perkembangan pesat kemampuan bayi untuk mengorganisasikan dan mengkoordinasi deria

melalui gerakan-gerakan dan tindakan-tindakan fizikal. Dalam hal ini bayi yang baru lahir

bukan saja menerima secara pasif rangsangan-rangsangan terhadap alat-alat pancainderanya,

tetapi juga aktif memberikan respons terhadap rangsangan tersebut, iaitu melalui gerak-gerak

reflek. Maka dengan memberi ransangan deria dan fizikal seperti aksi dan bunyi dapat

meransang pancainderanya di samping dapat meredakan tangisan dan mengalih perhatian

bayi.

Sumber Rujukan:

1. Kenali Perihal Tangisan Bayi-Bayi. www. pama.karangkraf.com/bayi/kenali-perihal-tangisan-bayi

2. Mok Soon Sang 2008. Pedagogi Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran : Penerbitan

Multimedia

3. Baller, W. R dan Charles, D.C. 1986. The Psychology of Human Growth and

Development. Rein Holt New York

4. Flavell J.H. 1977. “Cognitive Development” New Jersey : Prentice-Hall, Inc.

5. A Yahaya . 2010.Teori-teoriPerkembangan.www. eprints.utm.my/10348/1/bab2.p

WITH WISDOM, WE EXPLORE