ayat akhlak

8
[1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman [2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang; [3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia- sia; [4] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); [5] Dan mereka yang menjaga kehormatannya, [6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahaya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela: [7] Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; [8] Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; [9] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyang; [10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi- [11] Yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. Huraian ayat 1- 11, surah Al-Mu’minuun Ayat 1 iaitu “ Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman” iaitu orang-orang yang beriman yang tetap berjaya mencapai keselamatan hidup di dunia dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak ialah orang-orang yang mengerjakan suruhan Allah dan menjauhi larangannya yang diterangkan dalam ayat-ayat yang berikutnya. Ayat 2 – Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya - sembahyang yang sempurna ialah yang dikerjakan dengan khusyuk yakni dengan sepenuh-penuh hormat dan ingatan meliputi anggota- anggota badan dan hati. Ayat 3 dan 4 Orang-orang yang beriman ini akan sentiasa menjauhkan diri mereka dari melakukan perbuatan atau tindakan- tindakan dan mengeluarkan perkataan yang sia-sia. Malah mereka

Upload: siti-fatimah-jamaludin

Post on 14-Feb-2015

42 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

ayat akhlak 1-11 surah al-mu'minun dan kaitannya dgn isu semasa

TRANSCRIPT

Page 1: Ayat Akhlak

[1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman

[2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang;

[3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-

sia;

[4] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan

zakat harta itu);

[5] Dan mereka yang menjaga kehormatannya,

[6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahaya, maka sesungguhnya

mereka tidak tercela:

[7] Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka

merekalah orang-orang yang melampaui batas;

[8] Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;

[9] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyang;

[10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi-

[11] Yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

Huraian ayat 1- 11, surah Al-Mu’minuun

Ayat 1 iaitu “ Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman”

iaitu orang-orang yang beriman yang tetap berjaya mencapai keselamatan

hidup di dunia dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak ialah orang-orang

yang mengerjakan suruhan Allah dan menjauhi larangannya yang

diterangkan dalam ayat-ayat yang berikutnya.

Ayat 2 – Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya -

sembahyang yang sempurna ialah yang dikerjakan dengan khusyuk yakni

dengan sepenuh-penuh hormat dan ingatan meliputi anggota-anggota badan

dan hati.

Ayat 3 dan 4 – Orang-orang yang beriman ini akan sentiasa menjauhkan diri

mereka dari melakukan perbuatan atau tindakan-tindakan dan mengeluarkan

perkataan yang sia-sia. Malah mereka juga tidak lupa untuk membersihkan

harta mereka dengan melaksanakan kewajipan mengeluarkan zakat.

Page 2: Ayat Akhlak

Ayat 5 dan 6 – Dan mereka yang menjaga kehormatannya yakni yang

menjaga nafsu syahwatnya dari perbuatan zina dan sebagainya. Kecuali

kepada isterinya atau hamba sahayanya yakni hamba-hamba perempuan

(gundik), yang berasal dari tawanan “Perang Sabil” yang berlaku di antara

orang-orang islam dengan orang-orang kafir yang menceroboh.

Ayat 7 - Yakni sesiapa yang mengadakan hubungan (bersetubuh) dengan

yang bukan isterinya atau hamba sahayanya, maka merekalah orang-orang

yang melanggar larangan Allah.

Ayat 8 – Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya - yakni orang-

orang yang beriman yang berjaya itu ialah mereka yang apabila diberikan

memegang amanah, mereka tidak mengkhianatinya, bahkan mereka akan

menjaganya serta menyerahkannya kepada tuannya; dan apabila mereka

berjanji, mereka tidak mencabulinya, bahkan mereka akan menepatinya;

kerana perbuatan khianat dan mencabuli janji itu ialah sifat orang-orang

munafik, sebagaimana yang tersebut di dalam hadis-hadis Nabi (s.a.w).

Ayat 9 – Dan mereka yang tetap memelihara sembahyang - yakni yang

tetap mengerjakannya pada waktunya dengan cara yang sempurna iaitu 5

waktu bagi orang yang tetap dan 3 waktu bagi orang musafir (berjalan) begitu

juga bagi orang yang sakit.

Ayat 10 dan 11 - Oleh kerana balasan di akhirat ialah natijah dari amal usaha

yang dikerjakan di dunia, lalu ditegaskan dalam ayat ini bahawa orang-orang

yang beriman yang bersifat dengan sifat-sifat yang mulia itulah yang akan

beroleh sebaik-baik balasan di dalam syurga “Jannat’ul-Firdaus”.

TAFSIR DAN PENGAJARAN AYAT

Selepas meneliti huraian ayat 1-11 surah al-Mu’minuun di atas, menurut

tafsiran daripada tafsir Fi Zilalil Quran, dibangkitkn dengan beberapa

persoalan seperti:

Page 3: Ayat Akhlak

1) Siapakah para Mu’minin yang dituliskan untuk mereka segala

kebajikan, kebahagiaan, taufik dan kenikmatan hidup yang baik di

muka bumi ini?

2) Siapakah para Mu’minin yang dituliskan untuk mereka segala

kemenangan, keselamatan, pahala dan keredhaan Allah di akhirat?

3) Apakah balasan-balasan lain sama ada di dunia dan di akhirat yang

tidak diketahui sesiapa kecuali Allah?

Bagi menjawab persoalan tersebut, Allah telah menjelaskan sifat-sifat orang

tersebut selepas ayat pembukaan surah ini bermula dari ayat 2 hingga ayat 9.

Ciri-ciri yang pertama ialah orang yang khusyuk dalam solat mereka. Allah

telah mengkategorikan khusyuk dalam solat sebagai tingkatan yang paling

tinggi dalam mencapai kejayaan. Ia adalah sebagai satu peringatan kepada

orang-orang yang tidak khusyuk dan lalai dalam melakukan ibadat solat

kepada Allah bahawa mereka adalah golongan yang paling bawah dalam

tingkatan yang paling bawah untuk menempa kejayaan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Sesungguhnya solat itu adalah ketenangan hati, kerendahan diri dan

permohonan jiwa dan kamu mengangkat kedua belah tanganmu dan berkata:

‘Ya Tuhanku! Ya Tuhanku!, barangsiapa tidak melakukan seperti itu, maka

solatnya tidak akan sempurna(kurang syarat-syaratnya)’.

Mereka yang khusyuk di dalam solat akan berasa gementar apabila berdiri

menghadap Allah. Hal ini ditafsirkan dengan keadaan hati mereka yang

tenang dan khusyuk sehingga menjalar perasaan tersebut ke seluruh tubuh

badan mereka sehingga pergerakan mereka sekalipun. Ingatan mereka hanta

tertumpu kepada Allah sehingga jiwa mereka dipenuhi dengan keagungan

terhadap kekuasaan Allah SWT.

Ayat yang seterusnya ialah berkenaan dengan ciri orang mu’min yang

menjauhkan diri dari segala perkara yang sia-sia. Hati mereka akan sentiasa

dipenuhi dengan tugas-tugas akidah yang akan membersihkan hati dan jiwa

mereka. Tambahan lagi, hati-hati mereka juga dibebani dengan tugas

Page 4: Ayat Akhlak

melakukan yang makruf dan meninggalkan segala perkara yang mungkar.

Daya tenaga manusia adalah terbatas sama ada daya itu dihabiskan dengan

perkara-perkara yang berfaedah seperti mengislah, membangunkan dan

memajukan kehidupan atau daya tenaga tersebut dihabiskan dengan

membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah atau sia-sia.

Seterusnya ialah berkisarkan tentang zakat yang dapat membersihkan

hati dari sifat bakhil, dapat mengatasi cinta terhadap diri sendiri, dan juga

dapat menolak bisikan syaitan yang menakut-nakutkan seseorang menjdi

miskin apabila mengeluarkan zakat. Melalui pemebrian zakat juga, ia dapat

menanam sikap kepercayaan bahawa terdapatnya ganjaran dan balasan di

sisi Allah tentang segala yang kita kerjakan. Pemberian zakat juga

bermatlamatkan kepada pemeliharaan masyarakat Islam dari kemiskinan

pada sebelah pihak dan kemewahan terhadap satu pihak yang lain. Ia

merupakan jaminan sosial untuk seluruh individu serta golongan yang lemah.

Ciri-ciri mu’min yang berjaya seterusnya ialah orang yang menjaga

kemaluan mereka. Penjagaan ini bermaksud mengelakkan diri daripada

melakukan zina. Allah telah menggariskan sebaris ayat di dalam Al-Quran

tentang perkara yang halal bagi mengelakkan zina di antara hubungan lelaki

dan perempuan iaitu,

“Kecuali kepada isterinya atau hamba sahaya, maka sesungguhnya mereka

tidak tercela”.

Oleh itu, sesiapa yang mencari kenikmatan di luar daripada itu akan termasuk

ke dalam kategori berbuat kepada benda yang haram dengan melakukan zina

bersama dengan perempuan yang tidak halal baginya atau sebaliknya.

Orang yang menjaga amanah pula bermaksud orang yang dapat

menjaga fitrahnya. Allah telah menjadikan fitrah itu selaras mengikut

sunnatullah. Ia mengakui kewujudan Allah sebagai pencipta dan mengakui

wahdaniahNya iaitu kekuasaan Allah melalui perasaan dalamannya yang

merasakan adanya persamaan undang-undang yang mengendalikannya dan

Page 5: Ayat Akhlak

undang-undang yang mengendalikan alam ini. Tambahan lagi, ciri-ciri orang

mukmin ialah yang dapat menjaga amanat yang diberikan kepada mereka.

Itulah sifat-sifat orang mukmin yang tetap pada setiap masa. Kehidupan

sesebuah masyarakat pula tidak akan betul melainkan segala amanat yang

dikurniakan dapat dijaga dengan sebaiknya.

Tafsir Al-Azhar juga menjelaskan ciri-ciri mukmin yang Berjaya ialah

orang yang menjaga solatnya. Orang yang memelihara solat dapat

menunaikan solatnya tepat pada waktunya sama ada solat fardhu atau solat

sunat mengikut aturan-aturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Pada

permulaan ayat yang ke-2, Allah telah memberi penekanan kepada solat iaitu

menjaga kekhusyukan solat kemudian diakhiri dengan ayat yang ke-9 yang

bererti “mereka yang tetap menjga solat mereka”. Ia adalah untuk

menunjukan darjat ketinggian solat dalam membentuk iman kerana solat

merupakan satu bentuk ibadah dalam mengabdikan diri kepada Allah yang

paling sempurna. Kehidupan di muka bumi ini tidak akan sempurna walau

dengan kekayaan, kenikmatan dan kekuasaan manusia. Sedangkan Allah

mengkehendaki supaya orang mukmin yang terus mengikuti jalan hidayah

Allah dan akan ditempatkan di dalam syurga Firdaus dan kekal di dalamnya.

Menerusi surah Al-Mu’minuun ayat 1- 11, terdapat banyak pengajaran

yang boleh dijadikan panduan dan pedoman untuk menjadi muslim dan

muslimah yang beriman yang tetap berjaya dan diredhai oleh Allah s.w.t.

Diantaranya ialah sebagai seorang muslim, kita haruslah mengerjakan

sembahyang pada waktunya dengan cara yang sempurna dan khusyuk.

Ini kerana tujuan Allah menjadikan manusia untuk menghuni alam yang fana

ini agar mereka mengabdikan diri kepadanya. Allah sesekali tidak

membenarkan kita meninggalkan sembahyang kerana Allah telah memberi

jaminan bahawa sesiapa yang mendirikan sembahyang akan selamat di

dunia dan di akhirat. Sebagai pengajarannya, orang yang khusyuk dalam

sembahyang hatinya akan meninggalkan segala lintasan dunia. Segala

perhatian dalam sembahyang hendaklah tertumpu kepada menunaikannya

dengan baik. Sembahyang dengan hati yang lalai atau tanpa khusyuk adalah

tidak memberi apa-apa manfaat.

Page 6: Ayat Akhlak

Sebagai seorang muslim kita dikehendaki menjauhkan diri daripada

melakukan perbuatan, tindakan-tindakan dan perkataan yang tidak berfaedah

atau sia-sia kerana perbuatan seperti ini tidak akan mendatangkan manafaat

kepada kita. Kita juga diingatkan supaya menunaikan zakat kerana dengan

berzakat ia boleh membersihkan harta benda yang diperolehi.

Sebagai muslim kita mestilah menjaga kehormatan iaitu tidak

melakukan perbuatan zina dan sebagainya kerana perbuatan ini akan

menjadikan kita sebagai orang-orang yang tercela, melampaui batas dan

melanggar larangan Allah s.w.t.

Setiap sesuatu yang diamanahkan, sebagai muslim kita mesti

menjaganya dengan sebaik mungkin, jangan sesekali mengkhianati amanah

tersebut dan haruslah menyerahkan kembali kepada tuannya. Begitu juga jika

kita berjanji, kita harus menunaikan dan menepati janji tersebut. Untuk

mewarisi syurga “jannat’ul Firdaus, kita harus menjadi orang yang beriman

yang berjaya dan bersifat dengan sifat-sifat yang mulia dengan mematuhi

perintah Allah s.w.t dan menjauhi laranganNya.

ISU SEMASA

Laman jaringan sosial Facebook atau singkatannya FB, kini terus menjadi

fenomena bagi pengguna internet di Malaysia. Penggunanya dikatakan bukan

sahaja sahaja merangkumi peringkat usia kanak-kanak, remaja dan dewasa

malah sehingga golongan berumur lebih dari 50 tahun. Menurut laporan

statistik terkini yang dikeluarkan syarikat Facebook, mereka kini mempunyai

350 juta pengguna aktif diseluruh dunia. Dari jumlah itu, seramai 1.1 peratus

atau 3.85 juta penggunanya adalah rakyat negara Malaysia dan sebilangan

darinya adalah pengguna Islam. Manakala lebih daripada 65 juta juta

pengguna aktif Facebook juga mengakses melalui peranti mobile mereka.

”Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-

pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti

telanjang.” – Abu Hurairah r.a

Page 7: Ayat Akhlak

Sudah jelas, keadaan sekarang menepati seperti mana hadis Nabi

Muhammad s.a.w bahawa di akhir zaman perbuatan zina akan berleluasa

dan perbuatan tersebut dilakukan secara terbuka tanpa segan silu. Malah ada

yang menganggap bahawa perbuatan tersebut adalah hak individu yang perlu

diberi penghormatan sehingga dianggap perbuatan yang mulia dikalangan

sesetengah pihak. Perbuatan penyebaran zina secara terbuka seperti

promosi pelacuran di ruangan awam seperti facebook adalah tidak wajar

kerana ia akan memberi kesan negatif kepada pelbagai pihak termasuklah

budak-budak bawah umur. Facebook kebanyakan digunakan oleh setiap

lapisan masyarakat termasuklah dikalangan remaja dan kanak-kanak.

Sekiranya promosi perbuatan zina berlaku di ruangan facebook ia adalah

malapetaka yang besar ke atas umat manusia. Keadaan ini lah yang di kenali

sebagai fitnah di akhir zaman yang kebanyakannya tidak disedari oleh

kebanyakan pihak berwajib.

Penyalahgunaan facebook harus dikenakan tindakan oleh pihak

berwajib dan bagi pihak pengguna pulak tidak seharusnya anda semua

mendedahkan maklumat peribadi di ruangan siber tersebut kerana pelbagai

kemungkinan fitnah yang lebih dasyat akan berlaku. Maklumat peribadi

seperti gambar seharusnya tidak dimuatnaikkan dalam akaun facebook

kerana pelbagai pihak lain boleh memanipulasikan gambar tersebut tanpa

disedari.

RUJUKAN

1. Ustaz Mahadi bin Dahlan dan Ustaz Azharuddin Sahil (2007), Al

—Quran Rasm Uthmani, Bertajwid dan Disertai Makna, Jilid 6,

Selangor: Pustaka Haji Abdul Majid.

2. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian Al-Quran (1995)

Cetakan keenam, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana

Menteri.

Page 8: Ayat Akhlak