atbm 3.5 - 07 - artikel pengiring pelajaran 4

Upload: alam-mala

Post on 09-Apr-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 07 - Artikel Pengiring Pelajaran 4

    1/6

    2010

    Original Author: Srikandi

    For: MistisFiles

    From: Mistis Organisation

    Republish by Alam Mala

    ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU(Versi 3.5)

    ARTIKEL PENGI RING: MENGENAL KATEGORI ORANG ASLI

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 07 - Artikel Pengiring Pelajaran 4

    2/6

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 07 - Artikel Pengiring Pelajaran 4

    3/6

    Aborigine Malay adalah Proto Mala. Mereka adalah kelompok kaum-kaum Austronesian yang tidak

    menerima anjakan tamadun. Cuba bandingkan orang Jakun dengan orang Hawaii atau Papua (kaum

    Austronesia yang lain). Lebih kurang sama sahaja. Proto Mala yang lebih maju (kerana tinggal di pesisir

    pantai dan terdedah kepada pergaulan antarabangsa) lama kelamaan menolak Proto Mala yang

    hidupnya berasaskan pertanian dan buruan binatang lebih jauh ke pedalaman.

    Proto Mala yang tinggal di pesisir pantai dan

    menjalankan perdagangan maritim lama

    kelamaan berubah menjadi Deutro Mala. Mereka

    kemudiannya menubuhkan kerajaan dan

    negarakota dan mengaku bangsa mereka

    sebagai Malayu.

    Proto Mala yang menjalankan kehidupan sara

    diri dengan pertanian dan berburu binatang

    bercampur dengan orang Mon yang datang dari

    utara. Orang Mon memang kaum yang

    berasaskan agraria (pertanian). Orang Mon

    memang ada kerajaan-kerajaan negarakota di

    Thailand Tengah dan Burma. Orang Mon dan

    Melayu bina negarakota bersama-sama di

    Thailand Tengah sehingga ke Segenting Kra.

    Sebab itu budaya orang Mon seakan sama

    seperti orang Melayu. Cuba lihat kebaya Mon

    bagaimana.

    Salah satu kerajaan orang Mon yang terkenal

    adalah Dvaravati. Budaya kerajaan kuno ini

    ditafsirkan pakar sejarah dunia sebagaigabungan orang Mon dan Malayan.

    Orang Mon bermigrasi ke Burma disebabkan

    kerajaan mereka di Thailand Tengah diserbu

    oleh tentera Sukhotai. Selebihnya turun ke

    Kedah dan lain-lain kawasan di semenanjung

    dan berasimilasi menjadi orang Melayu hasil perkahwinan campur.

    Sebab itu bahasa orang Senoi seakan-akan bahasa dalam kelompok Mon-Khmer. Sebab itu saya sudah

    menjelaskan bahawa sudah menjadi perkara biasa pada zaman silam apabila rajanya seorang Melayu,

    rakyatnya tidak semestinya semua Melayu. Macam hari inilah. Katakan kita ambil kerajaan GanggaNegara di Perak sekarang. Rajanya Melayu tetapi rakyatnya bercampur antara Melayu, Mon, Khmer dan

    sebagainya. Kerajaan Angkor pernah diperintah oleh kerabat Melayu dari kerajaan Nagara Sri

    Dharmaraja. Dahulu orang Melayu Indochina berbesan dengan orang Khmer atau Mon. Kahwin campur

    antara satu sama lain. Sebab itu timbulnya istilah orang Siam.

    Orang Kuala atau orang Kanaq sepertimana orang Jakun adalah Melayu Proto merupakan tipikal kaum-

    kaum Austronesia di Asia Tenggara dan Pasifik. Lihat wajah orang Hawaii atau Samoa. Sebab orang

    Melayu pandai berniaga, ramah, pandai bertolak ansur dengan orang luar dan tahan lasak ( survive)

    maka mereka lebih ke hadapan dari kaum-kaum Austronesia yang lain seperti Hawaii, Samoa, Tonga,

    Papua dan sebagainya serta membantu kaum-kaum yang lain rapat dengan orang Melayu supaya lebih

    maju bersama-sama, contohnya orang Jawa, Bugis, Batak dan sebagainya.

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 07 - Artikel Pengiring Pelajaran 4

    4/6

    Kaum-kaum Austronesia Timur ini (Hawaii, Tonga, Papua, Samoa dll.) tinggal begitu jauh dari orang

    Melayu menyebabkan mereka kurang mendapat anjakan tamadun manakala kaum-kaum Austronesia

    Barat seperti Jawa, Bugis, Orang Laut, Bajau, Sulu dan sebagainya mendapat manfaat dari peranan dan

    keterampilan yang dimainkan oleh raja-raja Melayu dan orang Melayu dalam perdagangan maritim.

    Siapa duduk rapat dengan orang berilmu, maka dia pun berilmu. Siapa berkawan dengan mat rempit

    maka dia pun merempit.

    Rujukan TambahanSumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Orang_Asli

    Orang Asli population by groups and subgroups (2000)

    NEGRITO SENOI PROTO-MALAY

    Bateq (1,519) Chewong (234) Jakun (21,484)

    Jahai (1,244) Jah Hut (2,594) Orang Kanaq (73)

    Kensiu (254) Mah Meri (3,503) Orang Kuala (3,221)

    Kintaq (150) Semai (34,248) Orang Seletar (1,037)

    Lanoh (173) Semaq Beri (2,348) Semelai (5,026)

    Mendriq (167) Temiar (17,706) Temuan (18,560)

    3,507 60,633 49,401

    Total: 113,541Excluding those living in designated Orang Asli settlements which would amount to about 20,000 more people.

    Golongan Utrakiasu memang tidak boleh faham semua kronologi dan riwayat Melayu. Sebab mereka

    memang tidak mahu faham punyerr.

    Ini bukan semudah masalah kebanjiran orang Han ke Taiwan (terutamanya ketika Parti Kaomintang

    kalah dengan Parti Komunis China sehingga menyebabkan pribumi Taiwan makin terdesak ke

    pedalaman). Ingat, pribumi Taiwan seperti kaum Utsul adalah kaum Austronesia yang bahasanya mirip

    bahasa Melayu!

    Jadi orang Han di Taiwan memang pendatang dan tarikh kedatangan mereka memang boleh dibuktikan

    sepertimana kedatangan imigran British ke Malaya!

    Tetapi bilakah tarikh kedatangan Orang Melayu ke Malaysia? Ketika Kesultanan Melaka? Masalahnya

    Batu Bersurat Terengganu berbahasa Melayu ditulis lama sebelum Kesultanan Melaka naik. Okla,

    zaman Sriwijaya katakan abad ke 7 Masehi.

    Tidak tepat sebab ada prasasti Cham berusia abad ke-2 Masehi yang berbahasa Melayu suku Cham!

    Okla, okla, mungkin zaman Funan abad pertama Masehi.

    Tidak tepat saudara saudari sebab orang Melayu berbahasa dalam kelompok Austronesia. Jika ingin

    letak label pendatang kepada Melayu maka kena letak label pendatang kepada orang Hawaii, orang

    Samoa atau orang Papua juga supaya mereka semua ini adalah pendatang di rantau Asia Tenggara dan

    Pasifik!

    Orang Serani di Melaka contohnya (ada contoh lain yang lebih baik sebenarnya) memang sudah ada di

    Malaysia zaman-berzaman, tetapi adakah orang Serani di Sulawesi atau Sumatera yang punya bahasa

    dan budaya sama? Sudah tentu tiada sebab orang Serani di Melaka adalah keturunan Portugis.

    Maksudnya mereka bukan pribumi.

    Jadi sejak bila wujudnya kaum Austronesia dan bahasa Austronesia? Beribu-ribu tahun dahulu!

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 07 - Artikel Pengiring Pelajaran 4

    5/6

    Petunjuk Rahsia Pada Orang Asli

    Sekarang saya mahu beritahu saudara satu lagi bukti orang Melayu adalah pribumi. Saya tinggalkan

    perkataan ini.

    Orang Asli.

    Jika saya katakan bahawa orang Jakun atau Temuan itu adalah Proto Melayu atau asal-usul Melayu,

    mungkin ada yang membantah dan tuduh saya merendah-rendahkan orang Melayu. Tetapi sabar

    saudara sebab apa yang anda sangka kelemahan itu sebenarnya kekuatan yang paling ampuh!

    Apa bangsa di dunia yang masih punya bentuk protonya? Suku Arab asli seperti Jurhum sudah pupus.

    Itu pun bukan zaman Paleolitik. Adakah ada orang proto-Han yang masih hidup dan masih punya

    komuniti sendiri? Jika ada, adakah bahasanya dapat dikesan mirip bahasa orang Han? Adakah lagi

    kaum-kaum Anglo, Saxon atau Viking (asal-usul orang Inggeris) yang masih mengekalkan gaya hidup

    Paleolitik atau zaman purba dahulu? Tiada!

    Tetapi orang Melayu bertuah sebab ketika semua bentuk proto bangsa-bangsa di dunia sudah pupus,

    orang Melayu masih punya bentuk protonya yang asli!

    Saya ada melihat foto-foto dalam satu blog yang kelihatan merendah-rendahkan orang Melayu dengan

    menyamakan orang Melayu dengan orang Asli (digambarkan selekeh dan tidak bertamadun) untuk

    membuktikan bahawa keturunan merekalah yang mentamadunkan Melayu (mereka mendakwa raja

    Siam Sam-sam mentamadunkan Melayu). Bagi saya biarlah, sebab saya ada bukti kukuh kewujudan

    bangsa saya dari foto-foto itu. Dari mana keturunan Siam Sam-sam datang? Dari planet Zargus?

    Hello kawan, setiap bangsa di dunia mesti melalui era proto. Proto bermaksud bentuk awal sesuatu

    bangsa itu seperti era Paleolitik. Senang cakap, mesti jadi Orang Gua dahulu baru capai tamadun sikit-

    sikit sampai bina peradaban.

    Mana ada bangsa di dunia tiba-tiba zasssss! jadi raja-raja bina empayar besar. Bina istana.

    Nabi Adam dan Siti Hawa pun turun ke dunia sehelai sepinggang. Terpaksa tutup tubuh dengan pucuk-

    pucuk kayu. Nabi Adam terpaksa melalui era orang gua dahulu sebelum berdikit-dikit maju. Tuhan

    tidak turunkan Nabi Adam dan Siti Hawa bersama-sama istana syurga dan para pelayannya!

    Jadi sekali lagi saya tegaskan setiap bangsa di dunia mesti lalui era proto dahulu.

    Tetapi bertuahnya orang Melayu masih ada bentuk protonya ketika era teknologi maklumat, nano dan

    nuklear!

    Jadi jangan fikir Orang Asli tiada kaitan dengan kita. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli perlu jaga betul-betulmereka sebab mereka sanggup mengekalkan kehidupan masa lalu kita dan jadi bukti kewujudan orang

    Melayu sebagai salah satu kelompok Austronesia yang tersohor.

    Jika kita malu sebab rupa ingatlah bangsa Viking atau suku Jerman Kuno (proto-English) dahulu tidak

    secantik Keira Knightley atau sekacak Jude Law iaitu orang Inggeris sekarang. Orang Inggeris yang

    rupawan akibat kahwin campur dengan orang dari Iberia (Sepanyol, Portugis) atau dengan orang Frank

    (Perancis) dan Itali.

    Lebih penting kita ada bukti bahawa kita pribumi Asia Tenggara dari sebab rupa yang remeh-temeh itu.

    Ok, sekarang Srikandi mahu rumuskan keempat-empat pelajaran kita dan apa kepentingannya.

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 07 - Artikel Pengiring Pelajaran 4

    6/6

    RUM USAN

    Dalam pelajaran pertama saya sudah ajar anda bahawa terdapat satu kelompok bahasa yang amat besar

    merangkumi Madagaskar hingga ke Pasifik termasuk Asia Tenggara. Dan bahasa Melayu adalah dalam

    kelompok itu. Ini menjelaskan bahawa kita bukanlah bersendirian. Kita ada pengaruh bahasa dan

    budaya yang amat besar. Sebab itu jangan berfikir tentang Melayu sesempit geografi dari Perlis

    sehingga ke Sabah. Jangan sesekali. Jangan jadi macam pemimpin UMNO. Kita bukan bangsa UMNO. Kita

    bangsa Melayu!

    Bagaimana kelompok bahasa kita punya pengaruh geografi yang besar? Sebab kita dari bangsa yang

    besar. Sebab kita punya pengaruh yang besar.

    Sebab kita adalah dari induk manusia yang besar!

    Induk yang masih mengekalkan kewujudannya.

    Kita, bangsa Melayu, bukan seperti Siam Sam-sam yang terhasil dari perkahwinan campur atau

    diMelayukan akibat akulterasi budaya dan asimilasi secara paksaan atau bukan paksaan. Kita bangsa

    yang berdiri di atas jatidiri dan konkrit sejarah yang teramat kukuh!

    Sebab itu bahasa Siam Pendang (contohnya) tidak punya geografi seluas bahasa Austronesia (yang

    punya pengaruh Melayu). Bahasa Siam Pendang hanya difahami oleh orang Siam Malaysia sahaja. Orang

    Mon, Burma atau Thai tidak begitu faham bahasa Siam Pendang ini. Mengapa? Sebab itu adalah bahasa

    suku yang mencedok dan mengubahsuai dari bahasa-bahasa bangsa sekelilingnya! Bahasa Siam

    Pendang ada campuran perkataan Mon, Khmer, Thai dan Melayu.

    Dalam pelajaran kedua, saya jelaskan tentang orang Melayu yang banyak tinggal di pesisir pantai pada

    zaman dahulu. Ini menjelaskan mengapa di pedalaman Malaysia ada suku Asli yang berbahasa miripbahasa Mon-Khmer. Bukan sebab Melayu pendatang, tetapi orang Melayu memang suka duduk di tepi

    pantai untuk mudah berlayar.

    Orang Melayu mudah ditemui di pantai-pantai Sumatera, Jawa, semenanjung, Indochina, Borneo serta

    seluruh Kepulauan Melayu. Mereka memang ada di situ sejak beribu tahun, berpindah atau berulang

    alik dalam kawasan mereka.

    Dalam pelajaran ketiga saya sudah jelaskan mengapa ada kaum-kaum Austronesia yang mirip budaya

    kita dan punya bahasa mirip kita. Sebab kita dahulu adalah kaum Austronesia yang tersohor dan

    berketrampilan. Kita bina negarakota dan empayar. Kita buka laluan perdagangan laut. Kita bina

    rangkaian pelabuhan. Sebab itu orang Bajau, orang Laut dan Sulu ada berkongsi budaya dan bahasa

    dengan Melayu.

    Dalam pelajaran keempat saya telah jelaskan bahawa terdapat Abrogine Malay atau Melayu Proto

    dalam kelompok Orang Asli Malaysia. Ini bermakna orang Melayu adalah pribumi Malaysia dan Asia

    Tenggara. Orang Austronesia awal biasanya berkulit gelap dan berambut kasar di sebabkan kegiatan

    lasak mereka di laut dan darat. Selepas berhubungan dengan orang luar, barulah muncul ras

    Austronesia yang lebih segak.

    Saya, Srikandi telah menjelaskan beberapa rahsia Kemelayuan yang terdapat dalam tabut rahsia ini.

    Selepas ini Srikandi akan dedahkan beberapa rahsia tentang The House of Bani Jawi, tulisan di makam

    Firaun tentang bangsa ini dan Raja Hari (Sun King Horus) yang pernah memerintah Nusantara beribu-

    ribu tahun dahulu.