assigntmen titas
DESCRIPTION
tamadun islamTRANSCRIPT
Tamadun dari segi semantik mempunyai pelbagai makna atau definisi yang
merujuk kepada peradaban dunia. Perkataan tamadun ini dari sudut etimologi
berasal daripada perkataan maddana dalam bahasa Arab. Menurut Kamus Dewan,
peradaban merujuk kepada, keadaan serta tongkat kemajuan pada kehidupan
jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat serta keadaan di mana
masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan
kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain)
negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan
(material) serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain)
budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) dan
keadaan pemikiran (budaya dan moral yang halus) dalam sesebuah masyarakat1.
Pengertian sesebuah tamadun ini dapat dibahagikan kepada dua pandangan iaitu
dari segi pandangan ahli sarjana Islam dan ahli sarjana Barat. Kedua-dua
pandangan sarjana ini amat penting dalam mentakrifkan definisi tamadun tersebut.
Selain itu, pengertian tamadun berdasarkan etimologi dapat dikemukan secara
tidak langsung dalam menekan dua aspek yang penting dalam memberi takrif
tamadun yang lengkap.Pengtakrifan tamadun yang lengkap mestilah mempunyai
dua elemen yang berkaitan dengan kehalusan budi pekerti dan pembangunan
kemajuan perbandaran atau penempatan.
Dalam pada itu, perkataan tamadun juga dapat dirujuk melalui perkataan Inggeris
seperti civilization yang lahir daripada perkataan Latin iaitu civitas, civilis, dan
civilitas. Seterusnya,I stilah-istilah ini merujuk kepada undang-undang untuk
warganegara Rom, undang-undang persendirian (private) dan undang-undang
awam (civil law) ditentukan oleh undang-undang warga Negara (fellow citizen) dan
rakan sekampung (countryman) yang mempunyai ikatan kerana dikaitkan dengan
Negara bangsa (state) warganegara universal (whole world) atau cosmopolitan dan
sesebuah komuniti yang mempunyai organisasi tersusun2 manakala perkataan
tamadun melalui perkataan Arab pula dirujuk seperti maddana dan menggunakan
perkataan bahasa Arab lain seperti hadarah (perbuatan penduduk di bandar dan
1 Kamus Dewan (Edisi Keempat), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2005.2 Oxford Latin Dictionary. New York : Oxford University Press. 1983.
perilaku kehidupan yang tinggi). Sementara itu, dalam bahasa Greek tamadun
disebut sebagai keimelion yang bermaksud khazanah atau harta yang disimpan.
Sementara itu, terdapat sarjana-sarjana Islam dan sarjana-sarjana Barat yang turut
mendefinisikan tamadun mengikut perspektif mereka yang tersendiri. Antara tokoh
sarjana Islam yang terkenal dalam mentakrif atau mendefinisikan tamadun ialah
Ibnu Khaldun, Jurji Zaidan, Jurji Zaidan dan Syed Muhammad Naquib al-Attas
manakala tokoh sarjana Barat pula terdiri daripada Arnold Toyn, A.S. Hornby dan
E.C. Parnwell serta E.B. Taylor . Tokoh-tokoh ini merupakan perintis kepada sarjana-
sarjana selepas mereka dalam mengkaji idea pemikiran berkaitan tamadun.
KONSEP TAMADUN ISLAM
Tamadun Islam didirikan bersumberkan kepada sumber wahyu iaitu al-Quran dan
al-Sunnah dan ianya didirikan oleh masyarakat yang digelar dan menggelarkan diri
mereka sebagai Muslim. Hal ini demikian bermakna tamadun Islam tidak didirikan
atas peranan atau kepentingan sesuatu bangsa, budaya atau bersifat kebangsaan
semata mata. Tamadun Islam didirikan dan didukung sama ada oleh bangsa Arab,
Turki, Parsi, India, Sepanyol, Melayu dan sebagainya yang dianggap saling lengkap
melengkapi atau dikenali sebagai kesatuan ummah dan berpegang kepada unsur
penyatuan iaitu konsep tauhid yang menyakini serta mengesakan Allah s.w.t atau
dalam kata lain menyembah Allah s.w.t. dengan beribadat kepadaNya.Selain itu,
menyakini melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.
Tamadun Islam tidak pernah mengetepikan hak-hak bangsa atau agama lain
sebaliknya tetap mengambil kira akan hak-hak mereka selagi mereka tidak
menimbulkan ancaman atau bahaya yang boleh menjejaskan kesucian tamadun
Islam dan agama Islam itu sendiri. Jadi jelaslah di sini, bahawa tamadun Islam boleh
menjamin akan kesejahteraan dan keharmonian kehidupan semua ummat yang
bernaung di bawahnya kerana Islam merupakan agama yang syumul tanpa
menindas dan mengancam golongan yang selain Islam. Tamadun Islam berbeza
daripada tamadun-tamadun lain di dunia ini kerana ianya merupakan tamadun yang
mempunyai jangka hayat yang panjang dan berkekalan sedangkan tamadun-
tamadun lain selain daripada tamadun Islam hanya lebih bersifat kebudayaan yang
mana ianya mempunyai jangka hayat yang pendek serta sentiasa mengalami
perubahan dan pembaharuan kerana biasanya dimonopoli oleh golongan-golongan
tertentu yang cuba menampilkan kebudayaan mereka sendiri yang akhirnya akan
ditolak oleh golongan lain atau generasi yang berikutnya3.
TAMADUN ISLAM
Di dalam tamadun Islam terdapat beberapa istilah dalam bahasa Arab digunakan
yang membawa maksud yang sama. Antaranya ‘umran, hadarah dan maddana.
Tokoh sarjana Islam seperti Ibnu Khaldun adalah antara sarjana Islam yang
pertama membahaskan konsep ketamadunan di dalam buku karya beliau yang
terkenal iaitu Muqaddimah. Beliau menggunakan istilah ‘hadarah’ yang merujuk
kepada perbuatan duduk di bandar dan perilaku kehidupan yang tinggi. Beliau juga
menggunakan istilah ‘umran’ yang bermaksud pembangunan 4.Selain itu, dalam
kamus Mu’jam al-Wasit, perkataan ‘madaniyah’ adalah mempunyai maksud yang
sama dengan hadarah dan ‘umran iaitu suatu kemajuan dan kemakmuran hidup
yang dicapai oleh penduduk bandar. Jurji Zaidan, penulis Arab beragama Kristian
telah mempopularkan istilah ‘tamaddun’ yang turut diguna pakai dalam bahasa
Melayu. Muhammad ‘Abduh dan Muhammad Farid Wajdi pada tahun 1967 dengan
memperkenalkan istilah ‘al-madaniyyah’ yang membawa pengertian pembinaan
kota dan tempat tinggal menetap.
Dalam bahasa Melayu, istilah ‘tamadun’ paling popular digunakan dalam
masyarakat Melayu untuk menceritakan mengenai kebudayaan, kemajuan,
pembangunan, peradaban dan kemakmuran yang dicapai oleh sesuatu bangsa.
Perkataan ‘tamadun’ berakar kata daripada perkataan Arab iaitu madana, madinah,
madaniyyah yang bermaksud masyarakat bandar yang terbina melalui proses
urbanisasi manakala menurut Kamus Dewan pada tahun 1993 pula mendefinisikan
tamadun sebagai keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan
pada taraf kemajuan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya dan politik)
yang tinggi atau peradaban serta budaya atau cara hidup manusia (negara,
kawasan dan sesuatu zaman) tertentu dan keadaan pemikiran (budaya dan moral)
yang halus. Abu Bakar Hamzah pada tahun 1972 menjelaskan tamadun lahir secara
3 Che Haslinda Abdullah, 2013. PEMBINAAN TAMADUN ISLAM SESEIMBANG MELALUI PSIKOLOGI ISLAM. Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm 199-213.4 Ibn Khaldun, Abd.Rahman Ibn Khaldun. 1960. Muqaddimah Ibnu Khaldun, Dar al- Kutub al-Arabiyah, Qahirah, hlm. 17
serentak, seiring dan sejajar dengan perkembangan kehidupan manusia dari
semasa ke semasa dalam bentuk pemikiran dan kebendaan. Selain dari perkataan
tamadun, ada juga dalam kalangan para sarjana Islam Malaysia menggunakan
perkataan peradaban bagi menggambarkan istilah tamadun. Hal ini dapat dilihat
daripada perbincangan yang dibuat oleh Muhammad Uthman El-Muhammady pada
tahun 1976 dan juga Ismail Hamid pada tahun 1983 yang berpendapat bahawa
peradaban ialah pencapaian manusia dalam kedua-dua bidang iaitu kerohanian dan
kebendaan. Tamadun dalam bahasa Melayu dapat disimpulkan sebagai pencapaian
insan dalam segenap aspek kehidupan sama ada dari aspek pemikiran, kerohanian
atau kebendaan oleh Mustafa Hj.Daud pada tahun 19985.
TAMADUN BARAT
Setiap bangsa di dunia ini mempunyai pandangan atau pendapat yang tersendiri
untuk memberi gambaran mengenai tahap kegemilangan peradaban dan tahap
kemajuan hidup yang dicapai oleh tamadun mereka. Bagi menjelaskan penyataan
ini,terdapat beberapa tokoh sarjana Barat yang terkenal telah memberikan
pandangan atau pendapat mereka yang tersendiri dalam berbicara mengenai
tamadun Barat.
Perkataan “civilization” mula diperkenalkan di Perancis pada abad ke-18 Masihi.
Perkataan ini dibentuk daripada perkataan “civilized” dan “to civilize” yang
digunakan pada awal abad ke-16 Masihi. Pada tahun 1732, istilah “civilization”
hanya diguna pakai bagi merujuk kepada proses perundangan yang mengubah
perbicaraan jenayah kepada perbicaraan sivil. Pada tahun 1772, istilah “civilization”
telah digunakan di England bagi menerangkan perkembangan sesebuah
masyarakat yang mencapai suatu tahap dalam pelbagai aspek kehidupan mereka.
Penggunaan istilah ini telah meluas ke seluruh Eropah. Justeru, jelas didapati
bahawa konsep tamadun lahir di Eropah pada abad ke-19 Masihi. Perkataan
“Civilization” diambil daripada bahasa Latin iaitu “city” atau “civitas”.
Terdapat beberapa orang sarjana Barat telah mengemukakan pandangan atau
pendapat yang membicarakan mengenai istilah tamadun. Antara sarjana Barat
yang terkenal yang telah mengemukakan pandangan atau pendapat iaitu Arnold
Toynbee yang menjelaskan bahawa tamadun ialah sejenis kebudayaan yang
5 Che Haslinda Abdullah, 2013. PEMBINAAN TAMADUN ISLAM SESEIMBANG MELALUI PSIKOLOGI ISLAM. Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm 199-213.
berkembang di kota.Selain itu, menurut beliau lagi tamadun ialah satu gaya
kebudayaan yang bertanggungjawab membentuk institusi politik, kesusasteraan,
agama dan moral. Seterusnya, A.S. Hornby dan E.C. Parnwell dalam buku karya
mereka yang berjudul ‘The Progressive English Dictionary’ menyatakan bahawa
tamadun bermaksud peningkatan pencapaian hidup manusia daripada kemunduran
kepada kemajuan dalam bidang sains, teknologi, politik, moral dan sebagainya. Ahli
antropologi Barat yang terkemuka iaitu E.B. Taylor pula menyamakan istilah
tamadun dengan budaya sebagai suatu yang merangkumi aspek keilmuan
kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan
yang dihasilkan oleh sesebuah masyarakat6.
6 Che Haslinda Abdullah, 2013. PEMBINAAN TAMADUN ISLAM SESEIMBANG MELALUI PSIKOLOGI ISLAM. Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm 199-213.