assignment timss

20
PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN GB 6543 ANALISA TIMSS 2007 - MATEMATIK NAMA : AD NOR AZLI BIN ISMAIL MATRIK NO : P66284 PENGKHUSUSAN : PENGUKURAN DAN PENILAIAN NAMA : JAZAN BIN MOHD NOR MATRIK NO : P59407 PENGKHUSUSAN : PENGUKURAN DAN PENILAIAN

Upload: zarah-ahmad

Post on 03-Oct-2015

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kursus GB6543 sarjana pendiidkan UKM

TRANSCRIPT

PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKANGB 6543

ANALISA TIMSS 2007 - MATEMATIK

NAMA : AD NOR AZLI BIN ISMAILMATRIK NO: P66284PENGKHUSUSAN : PENGUKURAN DAN PENILAIAN

NAMA : JAZAN BIN MOHD NORMATRIK NO : P59407PENGKHUSUSAN : PENGUKURAN DAN PENILAIAN

AbstrakMatematik merupakan salah satu matapelajaran penting yang diajar di sekolah. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti kekerapan penggunaan Bahasa Inggeris di rumah berdasarkan jantina lelaki dan perempuan. Kajian ini juga melihat tahap minat pelajar terhadap Matematik berdasarkan jantina serta hubungan antara minat dengan kekerapan berbahasa Inggeris di rumah. Responden diambil daripada 4,466 orang pelajar tingkatan dua. Sampel sekolah dipilih menggunakan kaedah kebarangkalian berkadaran saiz yang diukur berdasarkan enrolmen Tingkatan 2 di setiap sekolah. Bagi setiap sekolah sampel, sebuah kelas Tingkatan 2 dipilih secara rawak daripada semua kelas Tingkatan 2 yang ada di sekolah tersebut. Semua murid kelas tersebut dipilih menjadi sampel kajian. Semua sekolah termasuk sekolah agama negeri dan sekolah menengah agama persendirian disenaraikan untuk persampelan. Walaubagaimanapun sekolah-sekolah swasta yang lain tidak termasuk dalam persampelan. Pelajar Tingkatan 2 dalam kelas yang dipilih telah menduduki ujian pencapaian dan menjawab soal selidik. Pelajar ini terlibat dalam kajian Trends in Mathematics and Science Studies (TIMSS) bagi tahun 2007 anjuran International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA). . Kajian ini juga melihat kepada pencapaian matematik dalam bahasa Inggeris berdasarkan kaum dan latar belakang responden. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 16.0 yang dijanakan melalui perisian The International Database (IDB) Analyzer. Murid diberi masa 46 minit untuk menjawab soalan-soalan dalam Bahagian 1 dan 44 minit bagi Bahagian 2 dengan 20 minit rehat selepas setiap Bahagian. Selepas menduduki ujian, murid dikehendaki menjawab soal selidik.

PengenalanSebelum 2003, semua matapelajaran dan kursus (kecuali Bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda seperti Mandarin, Tamil, Iban dan Kadazandusun) dalam sistem pendidikan Malaysia diajar dalam Bahasa Melayu, Bahasa Kebangsaan. Rata-rata semua guru dan pelajar telah mahir dan selesa mengajar dan belajar semua mata pelajaran dalam Bahasa Kebangsaan, terutama di peringkat rendah dan menengah. Ini adalah dasar pendidikan negara sejak 1957, bertujuan untuk mendemokrasikan peluang pendidikan dan memupuk pembinaan indentiti negara bangsa dan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Namun, selepas 2003 kerajaan telah melaksanakan kaedah PPSMI yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam matapelajaran Matematik. Pelbagai perdebatan mengenai penggunaan bahasa pengantar ini yang berbeza dengan bahasa ibunda akan membawa kepada kemerosotan pencapaian pelajar dalam matematik. Pertuturan dan percakapan bahasa Inggeris di rumah di kalangan pelajar sepatutnya menjadi antara faktor kepada pencapaian pelajar. Ini kerana bahasa pertuturan seharian sememangnya berkait rapat dengan faktor yang mempengaruhi kebolehan murid menyelesaikan masalah dalam matematik. Adakah isu jantina lelaki dan perempuan membawa sebarang perbezaan dalam kemahiran berbahasa ini kepada tahap pencapaian?

Pernyataan Masalah KBSM yang digubal adalah berteraskan prinsip-prinsip kesinambungan pendidikan asas daripada KBSR, kesepaduan unsur-unsur intelek, jasmani, rohani dan sosial, pendidikan umum dan pendidikan seumur hidup. Pendidikan matematik yang dirancang berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara, menegaskan kepada penguasaan bahasa matematik, kefahaman konsep, penguasaan kemahiran mengira dan penggunaan matematik di dalam penyelesaian masalah (Mok Soon Sang 1996 ). Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Tay Lay Eng (1993), iaitu satu kajian kes untuk meninjau persepsi pelajar terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi mutu pencapaian matapelajaran matematik moden pilihan C di sekolah menengah vokasional, Alor Setar didapati bahawa kebanyakan pelajar yang mempunyai pencapaian rendah dalam matapelajaran matematik adalah di kalangan mereka yang menganggap matapelajaran matematik adalah suatu matapelajaran yang sukar dan membosankan. Anggapan tersebut sebenarnya disebabkan mereka kurang mahir berbahasa Inggeris dan kurang mengaplikasikannya di rumah. Ini telah menyebabkan mereka tidak berminat lagi untuk mempelajari matematik dan seterusnya menyebabkan pencapaian mereka dalam matapelajaran tersebut adalah rendah. Selain itu, faktor-faktor seperti kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas juga mempengaruhi minat mereka terhadap matematik. Tujuan utama mengguna Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Matematik dan Sains (PPSMI) kepada pelajar ialah untuk menguatkan asas bagi memperoleh maklumat dan ilmu terutama dalam bidang Sains dan Matematik, menambah masa konteks dalam Bahasa Inggeris; dan dengan itu dapat mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar. Sebelum ini beberapa kajian dan keputusan peperiksaan awam seperti UPSR, PMR dan SPM, menunjukkan bahawa pelajar Melayu rata-rata adalah lemah bukan saja dalam Matematik dan Sains, tetapi juga dalam Bahasa Inggeris, bermula dari peringkat pendidikan rendah lagi (UPSR), dan secara kumulatif kelemahan itu membawa kepada peringkat PMR, SPM, STPM dan universiti (Isahak, 2001). Tahap pencapain dalam matematik juga didapati berbeza mengikut latar belakang responden. Pelajar luar bandar didapati lebih lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris dan ini menjerumus kepada kelemahan dalam dalam subjek matematik. Komposisi kaum juga melihat terdapat pola perbezaan pencapaian yang signifikan dalam keputusan ujian matematik. Pelajar Cina lebih mengusai bahasa pengantar dilihat mendapat pencapaian yang lebih baik berbanding bangsa Melayu dan India.

Tinjaun Literatur

Bagi mengatasi kelemahan pelajar dalam Matematik di kalangan pelajar sekolah, Kerajaan, dalam Julai 2002, memutuskan untuk menukar bahasa pengantar mata pelajaran Matematik dan Sains dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris mulai 2003 atas alasan untuk meningkatkan pembelajaran Sains dan Matematik dan untuk meningkatkan kecekapan pelajar berbahasa Inggeris. Ia berdasarkan anggapan yang mudah bahawa pembelajaran dan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pemikiran akademik matematik dapat dibuat dengan mudah. Beberapa kajian telah dibuat menghuraikan kejayaan pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan bahasa pengantar pendidikan, termasuk bagi mata pelajaran Matematik dan Sains (Hassan Ahmad (2005) dan Shaharir Mohamad Zain (2005). Dasar ini dilaksanakan serentak pada Januari, 2003 bermula di Tahun 1 sekolah rendah, Tingkatan 1 di sekolah menengah, Tingkatan 6 Rendah dan Matrikulasi Semester 1, menengah atas. Pelajar menghadapi pelbagai masalah dalam kemahiran mengira dan menyelesaikan masalah (Mohd Sarif dan Abdul Razak, 1996; Abedi, Lord and Plummer, 1995; Cocking and Chipman 1998; Madison, 1990). Antara langkah yang diambil untuk melaksanakan dasar baru ini ialah dengan mengguna modul pengajaran-pembelajaran berbantu komputer. Guru dilatih menayangkan modul pelajaran kepada murid melalui LCD untuk murid lihat dan belajar isi pelajaran Matematik. Guru diberi skrip pengajaran dalam bahasa Inggeris untuk guru menghafal dan menggunanya bagi menerang sesuatu topik kepada murid. Guru yang kurang mahir Bahasa Inggeris mengguna Bahasa Inggeris terhad (restricted code) saja untuk mengajar Matematik dan Sains. Ini semua dengan harapan penerapan berbahasa Inggeris dikalangan pelajar dapat diterapkan bukan sahaja di sekolah malah di rumah.

Seramai 500 orang pelajar tingkatan dua telah terlibat dengan kajian (Awang,2009). Hasil daripada pentadbiran soal selidik dan ujian yang diduduki, seramai 225 (45%) responden adalah lelaki dan 275 (55%) perempuan. Komposisi mengikut kaum pula melibatkan kaum Melayu seramai 385 orang (77%) diikuti kaum Cina 83 orang (16.6%), India 27 (5.4%) orang dan lain-lain (yakni Siam) seramai 5 orang (1%). Dari segi pola tempat tinggal responden pula, kebanyakan responden berasal atau tempat tinggal mereka adalah di kampung (N=272, 54.4%).

Jadual 1. Profil Pelajar Mengikut Jantina, Kaum, Tempat Tinggal dan Lokasi Sekolah

Seramai 135 (27%) orang responden tinggal di bandar dan masing-masing responden dari pekan kecil dan tanah rancangan seramai 88 orang (17.6%) dan 5 orang (1%) yang tinggal di kawasan rancangan. Walaupun begitu, bilangan responden mengikut kategori sekolah luar bandar dan sekolah bandar adalah seimbang, iaitu masing-masing seramai 250 orang.

Jadual 2. Kemahiran Bahasa Inggeris Mengikut Jantina

Manakala kamahiran mengikut lokasi sekolah pula seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2 di atas, kemahiran bahasa Inggeris responden yang bersekolah di bandar lebih tinggi daripada responden luar bandar. Skor min 173 dan sisihan piawai bagi kumpulan bandar ialah 3.18 dan 0.80; manakala skor min dan sisihan piawai bagi pelajar luar bandar ialah 3.06 dan 0.92. Dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan sikap sebenar responden kajian ini terhadap bahasa Inggeris dan sikap mereka terhadap mata pelajaran matematik.

Jadual 3. Sikap Pelajar Terhadap Mata pelajaran Mengikut Jantina

Dapatan kajian menunjukkan bahawa sikap responden perempuan adalah lebih positif berbanding responden lelaki bagi kedua-dua mata pelajaran berkenaan. Bagi mata pelajaran bahasa Inggeris skor min dan sisihan piawai bagi responden perempuan ialah 4.20 dan 1.07 berbanding responden lelaki 3.70 dan 1.40. Bagi mata pelajaran matematik pula skor min dan sisihan piawai responden perempuan ialah 4.43 dan 1.10. Manakala skor min dan sisihan piawai bagi responden lelaki ialah 4.16 dan 1.32.

Antara kaedah yang telah dijalankan bertujuan menarik minat pelajar terhadap bahasa Inggeris ialah menyediakan CD pembelalaran. Sharifah Maimunah (2003), Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, menyatakan walaupun Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) tidak berkesempatan untuk menguji keberkesanan dan kesesuaian bahan-bahan itu, beliau yakin yang dasar mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris ini dapat dilaksanakan dengan licin.

Menurut Sharifah Maimunah (2003), kajian telah dijalankan oleh PPK pada Mei, 2003 setelah kira-kira lima bulan dasar ini dilaksanakan, untuk melihat kemajuan pembelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris di kalangan murid Tahun 1 di 273 sekolah rendah, dan pelajar Tingkatan 1 di 27 sekolah menengah di seluruh Malaysia. Kajian ini mendapati skor purata pelajar-pelajar ini dalam Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris meningkat. Misalnya purata skor pencapaian Sains Tahun 1 pelajar Bandar ialah 76.55% dan Luar Bandar 62.98%. Skor Sains pelajar Tingkatan 1 pelajar Bandar 63.5% dan pelajar Luar Bandar 53.58%. Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan juga memuaskan. Dapatan kajian PPK ini luar biasa dan meragukan. Apakah kaedah kajian dan penilaian dibuat? Apakah bentuk dan aras soalan-soalan ujian itu? Bolehkah ia dipercayai? Walau bagaimanapun, berasaskan dapatan kajian PPK yang memberangsangkan itu, kerajaan pun menyarankan supaya dasar pelaksanaan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris diteruskan kerana ia telah terbukti berjaya meningkatkan kapasiti pelajar menerapkan ilmu pengetahuan (Berita Harian, 7 September 2003).

Hakikatnya pada masa itu pelajar Melayu, terutama mereka yang tinggal di luar bandar, adalah lemah dalam Bahasa Inggeris. Seperti yang dinyatakan, tinggi peratus pelajar Melayu dan Bumiputera yang gagal atau lemah dalam Bahasa Inggeris Matematik dan Sains dalam peperiksaan peringkat UPSR, PMR dan SPM (Isahak 2001). Bagaimanakah dalam lima bulan belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, pembelajaran dan prestasi mereka dalam kedua-dua mata pelajaran ini meningkat? Bagaimanakah dalam masa lima bulan murid Tahun 1 yang baru masuk ke sekolah dapat belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dengan memuaskan? Dan bagaimanakah pelajar Tingkatan 1, yang sebelum ini selama enam tahun belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu dapat meningkatkan pembelajaran dan prestasi mereka dalam Sains dan Matematik melalui Bahasa Inggeris, yang mereka sendiri lemah?

Objektif Kajian Objektif kajian ini dijalankan ialah untuk;

1.Mengenalpasti tahap kekerapan penggunaan Bahasa Inggeris di rumah dengan jantina lelaki dan perempuan.

2.Mengenalpasti sejauhmanakah minat pelajar terhadap Matematik berdasarkan jantina.

3.Mengenalpasti hubungan antara kekerapan berbahasa Inggeris di rumah dengan minat pelajar terhadap Matematik.

Pendidikan di Sekolah Kebangsaan perlu ditingkatkan kualitinya; dan ini perlu diyakinkan kepada ibu bapa dan pelajar melalui prestasi hasil pembelajaran pelajar, terutama dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Memperkasa Sekolah Kebangsaan, yang menjadi salah satu teras dalam Perancangan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), dalam Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010), bermakna mencari jalan dan pendekatan alternatif yang terbaik untuk menambah keberkesanan proses pengajaran-pembelajaran, terutama dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Adakah benar penggunaan bahasa Inggeris itu memudah dan meningkatkan pembelajaran Sains dan Matematik pelajar? Adakah penguasaan Bahasa Inggeris pelajar berkesan ditingkatkan melalui pembelajaran Sains dan Matematik? Jika bahasa pengantar Bahasa Inggeris menjadi masalah dalam pengajaran-pembelajaran Matematik dan Sains, dan kurang berkesan sebagai alat untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, maka ia seharusnyalah ditukar kepada bahasa yang mudah dan berkesan untuk murid belajarnya.

MetodologiKajian ini melibatkan 4,460 orang murid Tingkatan 2, 150 orang guru matematik daripada 150 buah sekolah menengah di seluruh negara. Sampel sekolah dipilih menggunakan kaedah kebarangkalian berkadaran saiz yang diukur berdasarkan enrolmen Tingkatan 2 di setiap sekolah. Bagi setiap sekolah sampel, sebuah kelas Tingkatan 2 dipilih secara rawak daripada semua kelas Tingkatan 2 yang ada di sekolah tersebut. Semua murid kelas tersebut dipilih menjadi sampel kajian. Semua sekolah termasuk sekolah agama negeri dan sekolah menengah agama persendirian disenaraikan untuk persampelan. Walau bagai mana pun sekolah-sekolah swasta yang lain tidak termasuk dalam persampelan.Murid Tingkatan 2 dalam kelas yang dipilih telah menduduki ujian pencapaian dan menjawab soal selidik murid. Guru yang mengajar matematik dan sains di kelas tersebut menjawab soal selidik guru, manakala Pengetua atau Penolong Kanan menjawab soal selidik sekolah.Jadual 4. PersampelanStrata EksplisitBilangan sekolah sampelJumlah sekolah

Selangor JohorPerakSarawakKedahSabahKelantanPahangTerengganuWP Kuala LumpurPulau PinangNegeri SembilanMelakaPerlis221815141213119887652256240236177171237133180135541191017326

Soal SelidikSoal selidik telah digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik murid. Soal selidik murid bertujuan mendapatkan maklumat tentang sikap dan konsep kendiri murid terhadap matematik, aktiviti murid dalam dan luar sekolah, khususnya kekerapan bertutur Bahasa Inggeris di rumah dan minat terhadap Matematik.

Hasil KajianJadual 5. Bilangan responden antara lelaki dan perempuan.

FrequencyPercentValid PercentCumulative Percent

ValidGIRL236252.952.952.9

BOY210447.147.1100.0

Total4466100.0100.0

Seramai 4466 orang pelajar tingkatan dua telah terlibat dengan kajian yang dijalankan. Hasil daripada pentadbiran soalselidik dan ujian yang diduduki, seramai 2104(47%) repondan ialah lelaki dan 2362(53%) responden ialah perempuan. Jadual 6. Kekerapan Pertuturan Bahasa Inggeris di rumah oleh pelajar.

FrequencyPercentValid PercentCumulative Percent

ValidALWAYS207246.446.546.5

ALMOST ALWAYS64314.414.460.9

SOMETIMES129329.029.089.9

NEVER45210.110.1100.0

Total446099.9100.0

MissingOMITTED6.1

Total4466100.0

Keseluruhannya, bilangan responden yang sentiasa bertutur di rumah ialah 2072(46.4%), hampir selalu bertutur di rumah 643(14.4%), kadang-kala 1293(29%), tidak pernah bertutur 452 (10.1%) dan tidak menjawab soal selidik 6(1%).

Graf 1. Taburan kekerapan bertutur mengikut jantina

Jadual 7. Analisis bilangan pelajar bertutur Bahasa Inggeris di rumah mengikut jantina.

GEN\OFTEN SPEAK AT HOMESEX OF STUDENTMeanNStd. DeviationVarianceRangeMedian% of Total N

ALWAYSGIRL1.001116.000.00001.0025.0%

BOY2.00956.000.00002.0021.4%

Total1.462072.499.24911.0046.5%

ALMOST ALWAYSGIRL1.00363.000.00001.008.1%

BOY2.00280.000.00002.006.3%

Total1.44643.496.24611.0014.4%

SOMETIMESGIRL1.00667.000.00001.0015.0%

BOY2.00626.000.00002.0014.0%

Total1.481293.500.25011.0029.0%

NEVERGIRL1.00215.000.00001.004.8%

BOY2.00237.000.00002.005.3%

Total1.52452.500.25012.0010.1%

TotalGIRL1.002361.000.00001.0052.9%

BOY2.002099.000.00002.0047.1%

Total1.474460.499.24911.00100.0%

Jadual 7 menunjukkan data analisis kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai responden berkenaan kekerapan pelajar bertutur bahasa Inggeris di rumah. Berdasarkan jadual tersebut didapati bahawa purata min bagi perempuan ialah 1.00 dan lelaki ialah 2.00. Purata min keseluruhan agak rendah iaitu 1.47. Nilai min bagi semua item antara lelaki dan perempuan dilihat sama iaitu perempuan 1.00 dan lelaki 2.00. Peratus tertinggi didapati pada item always iaitu sentiasa bertutur bahasa Inggeris di rumah ialah perempuan iaitu 25%(1116) berbanding lelaki 21.4%(956). Bagi item almost always iaitu hampir sentiasa bertutur, peratus perepmpuan 8.1%(363) dan lelaki 6.3%(280). Item sometimes iaitu kadang-kala pula melihat perempuan mendapat 15%(667) dan lelaki 14%(626).Bagi item never iaitu tidak pernah bertutur pula peratus bagi perempuan ialah 4.8%(215) dan lelaki5.3%(237). Sisihan piawai dan varian bagi perempuan dan lelaki ialah 0.00.

Graf 2. Taburan kekerapan minat terhadap Matematik mengikut jantina

Jadual 8. Analisis bilangan pelajar minat terhadap matematik mengikut jantina

MAT\AGREE\I LIKE MATHSEX OF STUDENTMeanNStd. DeviationVarianceRangeMedian% of Total N

AGREE A LOTGIRL1.00880.000.00001.0019.8%

BOY2.00682.000.00002.0015.3%

Total1.441562.496.24611.0035.1%

AGREE A LITTLEGIRL1.00984.000.00001.0022.1%

BOY2.00921.000.00002.0020.7%

Total1.481905.500.25011.0042.8%

DISAGREE A LITTLEGIRL1.00426.000.00001.009.6%

BOY2.00409.000.00002.009.2%

Total1.49835.500.25011.0018.8%

DISAGREE A LOTGIRL1.0066.000.00001.001.5%

BOY2.0085.000.00002.001.9%

Total1.56151.498.24812.003.4%

TotalGIRL1.002356.000.00001.0052.9%

BOY2.002097.000.00002.0047.1%

Total1.474453.499.24911.00100.0%

Jadual 8 menunjukkan analisis kekerapan, peratus dan min bagi bilangan pelajar yang minat terhadap Matematik mengikut jantina. Berdasarkan jadual tersebut diddapati item agree a little iaitu setuju minat terhadap Matematik paling ramai iaitu perempuan 984(22.1%) dan lelaki 20.7%(921). Keseluruhan min bagi item untuk perempuan ialah sama iaitu 1.00 dan lelaki 2.00.Item agree a lot pula mendapati 19.8%(880) ialah perempuan dan lelaki 15.3(682). Item disagree a little iaitu sedikit tidak bersetuju pula mendapati perempuan memiliki peratus 9.6%(426) dan lelaki 9.2%(409). Manakala item bagi sangat tidak bersetuju didapati perempuan 1.5(66) dan lelaki 1.9%(85). Jadual 9. Korelasi antara kekerapan bertutur di rumah dan minat terhadap Matematik.

GEN\OFTEN SPEAK AT HOMEMAT\AGREE\I LIKE MATH

GEN\OFTEN SPEAK AT HOMEPearson Correlation1-.022

Sig. (2-tailed).140

N44604450

MAT\AGREE\I LIKE MATHPearson Correlation-.0221

Sig. (2-tailed).140

N44504453

Terdapat dua pembolehubah yang dinilai hubungannya iaitu antara kekerapan bertutur Bahasa Inggeris di rumah dengan minat terhadap Matematik. Adakah semakin minat seseorang pelajar itu terhadap Matematik maka, semakin kerap pelajar bertutur Bahasa Inggeris di rumah? Berdasarkan jadual di atas didapati korelasi Pearson ialah -.0.022. Nilai ini menghampiri 0 maka, boleh disimpulkan secara statistiknya tidak ada kebergantungan hubungan antara kekerapan burtutur di rumah dengan minat pelajar terhadap Matematik. Namun, nilai Sig. (2-tailed) ialah .140 dan nilai ini boleh dirumuskan bahawa terdapat korelasi yang signfikan antara kekerapan bertutur di rumah dengan minat terhadap Matematik.

RumusanKeseluruhannya didapati murid perempuan lebih kerap bertutur bahasa Inggeris di rumah berbanding pelajar lelaki. Namun, berdasarkan dapatan kajian didapati tidak terdapat perbezaan yang ketara antara peratus kekerapan pertuturan bahasa Inggeris di rumah antara lelaki dan perempuan. Ini termasuk bagi kategori sentiasa bertutur (beza 1%), hampir sentiasa bertutur (beza 2%), kadang-kala bertutur (beza 2%) dan tidak pernah bertutur (beza 1%). Perlaksanaan pengajaran Matematik dalam bahasa Inggeris menambah satu lagi masalah kepada pelajar (Mohini, 2008; Aziz, 2004). Hasil anlisis tahap kekerapan bertutur di rumah mendapati lelaki memperolehi purata min 2.00 dan perempuan 1.00. Ini menunjukkan pelajar lelaki lebih kerap bertutur Bahasa Inggeris di rumah berbanding perempuan.Namun realiti sebenar dari kajian mendapati isu bahasa pengantar dalam Bahasa Inggeris bagi matapelajaran Matematik tidak mempengaruhi secara keseluruhannya isu jantina. Ini kerana tidak terdapat perbezaan yang ketara antara purata min bagi lelaki dan perempuan. Biarpun bahasa ibunda adalah berlainan daripada bahasa pengantar dan pelajar jarang berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris di rumah, ianya tidak mempengaruhi kekerapan bertutur pelajar di rumah mengikut jantina.Hasil analisis tahap minat terhadap matematik di kalangan responden, didapati nilai purata min bagi kedua-dua lelaki dan perempuan berada pada tahap yang sederhana iaitu 1.00 dan 2.00. Ini menunjukkan bahawa pelajar lelaki lebih berminat mempelajari matapelajaran Matematik berbanding perempuan. Peratusan responden lelaki yang bersetuju dengan item sukaMatematik, sedikit suka Matematik melebihi peratusan pelajar perempuan. Ini juga boleh dilihat berdasarkan purata min pelajar lelaki iaitu 2.00 dan perempuan 1.00.Namun hasil daripada dapatan (nilai Sig.2-tailed 0.14) boleh dirumuskan bahawa terdapat korelasi antara minat pelajar terhadap Matematik dengan kekerapan bertutur. Hipotesisnya ialah semakin minat pelajar tersebut terhadap Matematik, semakin kerap pelajar bertutur. Walaupun dapatan nilai Pearson rendah (-0.022), namun hubungan korelasi tetap wujud.

Menurut kajian yang dilakukan oleh pensyarah Matematik, Universiti Pendidikan SultanIdris (UPSI), Baharudin Omar, Kamarulzaman Kamaruddin dan Nordin Mamat (2002)menunjukkan bahawa kurangnya minat pelajar terhadap matapelajaran matematik itu berpuncadaripada sikap mereka yang beranggapan matematik adalah matapelajaran yang susah. Persepsinegatif ini menyebabkan mereka tidak memberi peluang kepada diri menerima matapelajaran itusebagai suatu yang mudah untuk difahami. Apabila mereka mempunyai persepsi negatif terhadap matapelajaran tersebut, maka secara sendirinya mereka akan berasa tidak seronok menghadirikelas matematik, mempelajari matematik dan berkemungkinan mereka lebih cenderung untukponteng kelas matematik. Dengan ini, tahap minat mereka terhadap matematik semakin lamasemakin berkurang.Namun, Faktor luaran seperti faktor guru dan rakan, serta faktor dalaman iaitu faktor diri sendiri dan psikologi banyak mempengaruhi minat terhadap matematik. Walaubagaimanapun, faktor ibubapa dan persekitaran berada di tahap sederhana mungkin mempengaruhi sendiri, diikuti dengan guru, ibu bapa, rakan dan persekitaran. Kebanyakan guru Matematik sendiri adalah rendah penguasaan mereka dalam Bahasa Inggeris untuk menggunanya bagi mengajar Matematik dengan lancar. Mereka telah cekap dan fasih mengajar Matematik dalam Bahasa Melayu, kerana mereka terlatih demikian dan berpengalaman mengajarnya. Mereka kurang cekap dan kurang fasih berbahasa Inggeris. Guru memainkan peranan penting dalam galakkan berkomunikasi pelajar dalam Bahasa Inggeris terutamanya di rumah. Beberapa kajian menunjukkan tinggi peratus guru-guru ini lemah dalam Bahasa Inggeris untuk mengajar Matematik. Mohd Rasdi (2003) mendapati sebahagian besar (78.0%) guru-guru yang dikaji mempunyai pencapaian Bahasa Inggeris yang rendah dan mereka lemah berbahasa lisan dan penulisan.

Pembelajaran bahasa kedua pada peringkat menguasai kecekapan secukupnya bagi mempelajari dan berfikir ilmu akademik, seperti Matematik, memerlukan latihan dan masa secukupnya. Dapatan beberapa kajian di luar negara menunjukkan bahawa penguasaan bahasa kedua memakan masa yang lama. Para pelajar bahasa kedua mengambil masa antara dua hingga lima tahun untuk menguasai asas kemahiran komunikasi interpersonal dalam bahasa kedua. Sementara itu untuk menguasai keseluruhan kemahiran literasi dan kognitif dalam bahasa akademik, pelajar-pelajar memerlukan masa selama lima hingga tujuh tahun (Hall, 1996; Wood, 2002). Tegasnya, kefasihan dalam bahasa kedua tidak dapat dicapai dalam jangka masa yang singkat, terutamanya kefasihan bahasa kedua sebagai pengantar ilmu. Beberapa penulisan dan kajian menunjukkan kemahiran kognitif akademik berkembang terutamanya melalui bahasa pertama pada peringkat pendidikan awal. Sekiranya bahasa pertama seorang pelajar belum cukup berkembang maka kebolehan kognitif akademiknya juga tidak dapat dikembangkan dengan cepat. Justeru apabila pelajar cuba memperoleh bahasa kedua dan terus belajar melalui bahasa kedua sebagai bahasa pengantar, pelajar akan menggunakan kemahiran kognitif akademik yang lemah (Cummins & Saville-Troike 1991; Swain 1986).

Juriah Long (2005) membuat tinjauan kajian-kajian yang lalu tentang hal ini. Beliau melaporkan bahawa kajian-kajian dwibahasa menunjukkan bahawa kemahiran berfikir pada peringkat tinggi dibentuk dan dilaksanakan melalui bahasa pertama pada awalnya, dan dapat dipindahkan ke dalam bahasa kedua. Kemahiran berfikir pada peringkat inilah yang dapat meningkatkan pencapaian akademik dalam bahasa kedua (Cummins, 1992). Kajian Skutnabb-Kangas dan Toukoma (dalam Saville-Troike 1991) mendapati kanak-kanak Finnish di Sweden yang memperoleh pencapaian cemerlang terdiri daripada mereka yang memulakan pendidikan melalui bahasa kedua pada peringkat yang lewat. Kajian Gonzalez (1986) dalam Saville-Troike (1991) juga mendapati bahawa kanak-kanak yang menerima pendidikan yang lebih lama dalam bahasa ibunda/pertama mencapai kejayaan berbanding dengan kanak-kanak yang lebih lama didedahkan dengan bahasa kedua. Ini menunjukkan bahawa satu masa pendedahan awal pendidikan dalam bahasa pertama amat kritikal untuk mencapai tahap kematangan mental yang dapat dipindahkan seterusnya pada pendidikan dalam bahasa kedua.

Cummins dan Swain (1986), melalui kajian tentang pendidikan dwibahasa mengusulkan model CUP (Common Underlying Proficiency). Model CUP mengusulkan bahawa apabila Cognitive Academic Language Proficiency (CALP) telah diperkembangkan dengan teguh melalui bahasa ibunda pelajar, maka kemahiran yang mantap itu dapat digunakan bagi bahasa seterusnya dalam bahasa kedua atau bahasa-bahasa lain. Sebaliknya, sekira CALP tidak dapat dimantapkan dengan baik melalui bahasa pertama pelajar maka CALP yang akan dilaksanakan dalam bahasa apa pun tidak akan berjaya dikuasai oleh pelajar. Keadaan ini memberi implikasi yang negatif terhadap pencapaian mata pelajaran Matematik yang diajar dalam Bahasa Inggeris.

Menurut Cummins (1991) dan Canale (1981), kemahiran peringkat tinggi (high order proficiency) atau Cognitive Academic Language Proficiency (CALP) membolehkan pelajar untuk belajar dalam konteks yang bergantung pada huraian secara lisan akan idea abstrak dan bebas konteks. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Matematik di Malaysia, Lilia et al. (2002) berpendapat bahawa pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik perlu dilaksanakan melalui pendekatan konstruktivis. Pendekatan ini memerlukan kaedah pengajaran inkuiri dan penemuan; dan proses ini memerlukan pelajar menguasai kemahiran membaca dan menulis yang mencukupi, dan boleh berfikir tahap tinggi bagi memahami dan menyimpul konsep-konsep yang abstrak. Justeru pelajar yang masih kurang kemahiran berfikir peringkat tinggi atau CALP ini akan menghadapi masalah dalam pembelajaran Matematik.