assignment sejarah pbs

45
1.0 Pengenalan 1.1 Sekolah Sekolah Kebangsaan Menjalara, Bandar Menjalara, Kepong, 52100 Kuala Lumpur. 1.2 Visi Misi Sekolah Visi: Pendidikan berkualiti insan terdidik Negara sejahtera Misi: Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi Negara. 1.3 Lencana Sekolah Biru Perpaduan kaum Merah Semangat yang berani berani lagi tabah menghadapi segala rintangan dalam merealisasikan wawasan sekolah.

Upload: cannis-chong

Post on 23-Dec-2015

115 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Assignment Sejarah Pbs

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Sejarah Pbs

1.0 Pengenalan

1.1 Sekolah

Sekolah Kebangsaan Menjalara, Bandar Menjalara, Kepong, 52100 Kuala

Lumpur.

1.2 Visi Misi Sekolah

Visi: Pendidikan berkualiti insan terdidik Negara sejahtera

Misi: Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan

potensi individu bagi memenuhi aspirasi Negara.

1.3 Lencana Sekolah

Biru Perpaduan kaum

Merah Semangat yang berani berani lagi tabah menghadapi segala

rintangan dalam merealisasikan wawasan sekolah.

Kuning Menekankan ketinggian mutu perpaduan dan penerapan nilai-

nilai murni di SK Menjalara.

Hijau Keharnonian situasi pembelajaran di Sekolah Kebangsaan

Menjalara.

Buku Segala bidang ilmu pengetahuan termasuk ilmu keagamaan

Obor Usaha murni warga sekolah ke arah kecemerlangan

kokurikulum. Kesungguhan semangat SKM mendukung

Page 2: Assignment Sejarah Pbs

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Anak panah Cita-cita yang suci warga sekolah untuk penerapan konsep

“Maju Ke Hadapan Dengan Penuh Kecemerlangan”.

Bunga raya Bunga Kebangsaan

Lima Kelompok

Bunga Raya

Lima Prinsip Rukun Negara

Daun Bunga Raya Konsep kehijauan dan sekolah dalam taman di SKM

1.4 Lagu Sekolah

SK Menjalara

Ke arah Kecemerlangan

Rajin Belajar, Tekun Berusaha

Agar Kami Berjaya

Kami Putra Puteri Bangga

Setia Bersamamu

Agar Capai Cita Murni

Harapan Ayah Bonda

Hormatilah Guru-Guru

Mendidik Dan Memimpin

Menaburkan Jasa

Setia Berbakti

Pada Ibu Pertiwi

1.5 Moto Sekolah

Moto Sekolah: Ke Arah Kecemerlangan

1.6 Sejarah sekolah

Page 3: Assignment Sejarah Pbs

Sekolah Kebangsaan Menjalara terletak di kawasan Bandar

Menjalara Kepong, Kuala Lumpur. Sekolah ini mula dibuka untuk

pengambilan tenaga pengajar dan pelajar pada 4 Disember 1995. Pada 1

Januari 1996, sekolah ini mula beroperasi secara rasmi dengan bilangan

murid seramai 520 orang dan 29 orang tenaga pengajar termasuklah 10

orang guru lepasan maktab perguruan. Sekolah ini diterajui oleh En James

Khaw Cheng Hock, Guru Besar pertama.

Nama Sekolah Kebangsaan Menjalara di berikan berdasarkan

kedudukan sekolah ini dalam kawasan Bandar Menjalara. Bandar Menjalara

terletak di antara Kepong, Bandar Sri Damansara dan Bukit Maluri. Bandar ini

dinamakan bersempena Paduka Seri Cik Manjalara (Makche Manjelara atau

Cik Menyelara), ibu kepada Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul

Rahman Putra Al-Haj.

SK Menjalara mempunyai tiga blok bangunan dengan 28 buah bilik

darjah. Di samping itu, SK Menjalara juga mempunyai beberapa bilik khas

seperti Makmal Sains, Makmal Komputer, Bilik Pemulihan Khas, Pusat

Sumber Sekolah, Bilik Gerakan dan Surau. SK Menjalara juga turut

dibekalkan dengan sebuah dewan yang dilengkapi dengan pentas dan

sebuah foyer untuk perhimpunan murid.

2.0 Kajian Kes

Page 4: Assignment Sejarah Pbs

2.1 Apa itu Kajian Kes?

Kajian kes merupakan suatu inkuiri empirikal yang mengkaji fenomena

semasa dalam lingkungan konteks kehidupan sebenar. Kajian kes

adalah suatu strategi kajian komprehensif, bukannya suatu tektik

pengumpulan data (Yin, 1994). Namun begitu, ia juga merupakan

kajian tentang suatu sistem yang terbatas, melibatkan kajian tentang

suatu detik pada waktu tertentu (Adelman, Jenkin & Kemmis, 1980).

Di samping itu, ia juga boleh berupa suatu penelitian mendalam

terhadap sesuatu keadaan, atau suatu bentuk dokumen yang

tersimpan atau suatu peristiwa tertentu (Meriam, 1988). Pada

umumnya, kajian kes digunakan untuk menjawab soalan kajian yang

bertujuan untuk menghuraikan “bagaimana” atau ` “mengapa” tentang

sesuatu fenomena. Pemilihan kajian kes juga dipengaruhi oleh

kawalan penyelidik ke atas peristiwa atau fenomena yang dikaji.

Sekiranya peristiwa atau fenomena sukar dikawal oleh penyelidik,

maka kajian kes lebih sesuai. Di samping itu, kajian kes juga sesuai

sekiranya fokus kajian ialah fenomena kontemporari dalam konteks

kehidupan sebenar (Yin, 1994)

Kajian kes terdiri daripada dua jenis iaitu penerokaan (explanatory) dan

diskriptif (descriptive). Kajian ini boleh dilakukan terhadap seorang individu,

beberapa orang individu, kumpulan atau beberapa kumpulan dalam sesuatu

organisasi seperti sekolah. Sebagai contoh, kajian terhadap seorang pelajar

yang bermasalah dan pelajar yang cerdik dalam pembelajaran boleh

dilaksanakan berdasarkan penerokaan dan deskriptif. Hal ini demikian kerana

kaedah kajian kes memerlukan maklumat yang terperinci dan mendalam bagi

seseorang penyelidik. Di samping itu, alat kajian yang sesuai diperlukan untuk

memperoleh maklumat yang berkenaan (Chua, 2006). Alat kajian yang

biasanya digunakan adalah soal selidik, temu bual, pemerhatian dan

penelitian dokumen.

Proses pelaksanaan kajian kes melibatkan langkah-langkah sistematik

yang khusus. Setiap langkah perlu diikuti dengan teliti bagi

Page 5: Assignment Sejarah Pbs

membolehkan suatu kajian mendalam dilakukan. Hal ini perlu kerana

kajian kes melibatkan suatu lingkungan atau konteks khusus yang

biasanya terbatas. Tanpa pelaksanaan yang teliti dan sistematik

peluang untuk mendapat data yang secukupnya mungkin tidak

tercapai.

Pertama, data tentang latar belakang konteks kes perlu diperoleh

sepenuhnya, seperti bentuk kes, latar belakang sejarah, konteks fizikal,

konteks sosial, ekonomi dan politik, lain-lain yang berkaitan dan,

pemberi maklumat tentang kes kajian (Stake, 1994). Kedua, data yang

dikumpulkan perlu dianalisis dan diinterpretasi. Proses ini

membolehkan data diurus dan dikelompok-kelompokkan untuk

menunjukkan pola atau tema tertentu. Ketiga, daripada data yang

dikelompok-kelompokkan itu, rumusan kajian dibina. Akhir sekali,

keseluruhan laporan kajian ditulis mengikut suatu format yang sesuai

Selain itu, penyelidik juga boleh menggunakan dokumen personal seperti

diari, memo, surat, fotografi, rakaman dan sebagainya. Soal selidik

digunakan untuk mengetahui persepsi responden mengenai sesuatu

fenomena. Ujian digunakan untuk mengukur pencapaian responden

misalnya soalan-soalan ujian atau ujian penentuan tingkah laku. Temu

bual yang digunakan adalah temu bual separa berstruktur dan terbuka

supaya kesemua maklumat yang diperlukan dapat disampaikan kepada

penyelidik. Begitu juga dengan pemerhatian yang dijalankan adalah

pemerhatian turut serta dan pemerhatian tidak turut serta. Selain itu,

penelitian dokumen juga boleh digunakan sekiranya diperlukan untuk me-

nyokong soal selidik, temu bual atau pemerhatian yang telah dijalankan.

Penyelidik tidak perlu menggunakan kesemua alat kajian yang diberikan

tetapi memilih alat kajian yang sesuai untuk menjawab persoalan kajian.

Walau bagaimanapun, untuk meningkatkan kesahan dan

kebolehpercayaan kajian kes yang dijalankan, kaedah ‘triangulasi’ boleh

digunakan. Kajian dilakukan ke atas tiga aspek iaitu masa, ruang dan

pemerhati.

Page 6: Assignment Sejarah Pbs

2.2 Profil pelajar

Page 7: Assignment Sejarah Pbs
Page 8: Assignment Sejarah Pbs

Murid pertama:

Nama: Zain Ashraf

Kelas: 4 Amanah

Hobi: mengumpul duit luar Negara

Cita-cita: doktor

Murid kedua:

Page 9: Assignment Sejarah Pbs

Nama: Mahirah

Kelas: 4 Amanah

Hobi: membaca buku

Cita-cita: doktor

Murid ketiga:

Nama: Satisvaran

Kelas: 4 Amanah

Hobi: menonton televsyen

Cita-cita: guru

Murid keempat:

Page 10: Assignment Sejarah Pbs

Nama: Fakhrul Aiman

Kelas: 4 Amanah

Hobi: menunggang basikal

Cita-cita: askar

Murid kelima:

Nama: Avattarni

Kelas: 4 Bakti

Hobi: membaca buku

Cita-cita: doktor

Murid keenam:

Page 11: Assignment Sejarah Pbs

Nama: Nuruh Farah Ain

Kelas: 4 Bakti

Hobi: bermain bola baling

Cita-cita: artis

2.3 Tahap pencapaian enam pelajar

Page 12: Assignment Sejarah Pbs

Berdasarkan keputusan ujian bulanan yang baru dijalani pada

Page 13: Assignment Sejarah Pbs

3.0 Laporan

Guru memainkan peranan yang penting dalam membantu pelajar mencapai

keputusan yang cemerlang. Bagaimana sikap dan keperibadian guru, tinggi

rendahnya pengetahuan dan bagaimana guru itu menyampaikan

pengetahuan kepada anak didiknya turut mempengaruhi prestasi atau

pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. Guru perlu mencuba

berbagai-bagai kaedah dan teknik pengajaran. Sekiranya guru hanya

menggunakan satu atau dua kaedah pengajaran sahaja sepanjang masa,

pelajar akan berasa jemu dan pengajaran guru kurang berkesan.

Mempelbagaikan kaedah pengajaran akan menjadikan pengajaran guru

menarik dan berkesan. Tidak ada satu kaedah yang boleh dianggap kaedah

terbaik. Setiap kaedah atau teknik pengajaran itu ada kelebihan dan

kekurangannya. Guru bertanggungjawab untuk mengajar pelajar supaya

memahami isi kandungan pelajaran. Pengajaran guru yang baik dan

berkesan akan meningkatkan kualiti pendidikan. Yakub (1994) menyatakan,

pengajaran yang berkesan ialah apabila murid menerima, menghayati, dan

berkebolehan mengaplikasikannya dengan suasana kehidupan harian.

Proses pengajaran yang berkualiti mempunyai hubungkait dengan

pencapaian seseorang pelajar (Ramlan, 1992). Kemahiran mengenal pelajar

amat penting agar pembelajaran dapat berjalan dengan lancar untuk

menghasilkan pengajaran yang baik dan sempurna. Untuk membolehkan

guru berinteraksi secara berkesan dengan para pelajar, mereka perlu

mengetahui peribadi pelajar dan menyesuaikan diri dengan persekitaran bilik

darjah (Omardin, 1999). Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

digunakan oleh guru mempengaruhi diri pelajar ke arah perkembangan

kendiri yang lebih sempurna. Kekaburan penyampaian guru dalam sesi

pembelajaran menyebabkan pelajar hilang tumpuan.

Penggunaan Bahan Bantu Pengajaran

Page 14: Assignment Sejarah Pbs

- Guru sebagai fasilitator menyediakan pelbagai bahan sokongan untuk

membantu pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran kendiri. Bahan bantu

pengajaran yang digunakan oleh guru harus menunjukkan perkaitan dengan

pengalaman sedia ada pelajar. Bahan-bahan bantu pengajaran yang

dipersembahkan juga mesti menarik dan pelbagai untuk menarik minat

pelajar-pelajar agar mereka cepat menguasai ilmu baru. Pelajar-pelajar

mengambil kesempatan untuk menerapkan idea-idea baru berdasarkan

pemahaman kendiri daripada bahan-bahan bantu pengajaran.Contohnya

penggunaan bahan bergambar dan grafik seperti carta-carta, poster, slaid,

video dan sebagainya.

Penglibatan Secara Aktif

- Pelajar-pelajar hanya boleh membina ilmu pengetahuan dengan

melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Mereka perlu menggunakan minda mereka secara aktif untuk

membandingkan maklumat-maklumat baru dengan pengalaman sedia ada

mereka dan untuk mencapai kefahaman terhadap maklumat baru ini. Pelajar-

pelajar juga terlibat dalam proses metakognitif, iaitu operasi yang mengarah

dan mengawal kemahiran secara kognitif dalam minda mereka. Pada akhir

sesi pengajaran, mereka terlibat dalam proses-proses menilai dan menaksir

pemikiran sendiri melalui refleksi dan renungan.Sebagai contoh guru

mengadakan sesi soal jawab di akhir pengajaran untuk memastikan setiap

pelajar mengikuti sesi pembelajaran tersebut dengan berkesan.

Page 15: Assignment Sejarah Pbs

GURU

Terdapat berbagai-bagai faktor yang menyebabkan munculnya

keadaan yang menyedihkan terhadap mata pelajaran sejarah ini.

Salah satu di antaranya ialah kecenderungan tumpah tindih dalam

kurikulum sejarah. Kurikulum sejarah berada ditakuk lama iaitu

lebih menyajikan rekonstruksi peristiwa dan aktiviti manusia masa

lampau yang kebanyakannya bersifat abstrak. Hal ini

menyebabkan pembelajaran sejarah di dalam kelas tidak lebih

daripada aktiviti hafal-menghafal atau terbatas kepada

pengembangan ingatan sahaja. Fenomena ini juga telah

disuarakan sendiri oleh Prof. Khoo Khay Kim. Beliau menyifatkan

pembelajaran sekadar menghafal dan meluahkannya kembali di

dalam peperiksaan sebagai “burung kakak tua.”

Faktor seterusnya pula melibatkan kaedah pengajaran guru

sejarah. Menjadi kelaziman di kalangan guru kini, mata pelajaran

sejarah diajarkan dengan satu kaedah sama ada “ceramah” atau

“ceramah bervariasi”. Tumpuan pembelajaran lebih berfokuskan

kepada hasil iaitu pelajar dan mahasiswa sebagai objek dan

produk semata-mata. Proses pembelajaran dilupakan. sebenarnya

proses inilah yang menentukan hasil atau produk yang akan

dikeluarkan.

Dyah Kulamasari (2005:12) menyimpulkan bahawa terdapat

sekurang-kurangnya empat komponen yang saling berkait dan

menjadi penyebab munculnya masalah dalam pembelajaran

sejarah. Pertama, tenaga pengajar sejarah yang kebanyakannya

miskin wawasan kesejarahan yang berpunca daripada sifat malas

untuk menggali dan mengkaji sumber-sumber sejarah. Hal ini

menyebabkan mereka tidak mampu merangsang dan

mengembangkan daya imaginasi pelajar untuk menimbulkan rasa

ingin tahu tentang mata pelajaran sejarah. Kredibiliti guru sejarah

Page 16: Assignment Sejarah Pbs

yang rendah ini pastinya akan menghalang objektif pengajaran

sejarah daripada tercapai.

Komponen kedua pula ialah kerana penggunaan buku-buku

sejarah dan media pembelajaran sejarah yang masih terbatas.

Salah satu punca yang menyumbang kepada fenomena tersebut

ialah kerana kebanyakan pengajaran guru terlampau terikat

kepada buku teks. Malahan nota-nota yang diberi juga disalin

seratus peratus daripada buku teks. Media pembelajaran yang

diguna pula tetap sama iaitu dengan cara guru membaca buku teks

di hadapan kelas. Walaupun penggunaan buku teks mempunyai

beberapa kelebihan seperti mempunyai ringkasan dan rumusan

sejumlah maklumat penting yang berkaitan dengan sesuatu topik,

memudahkan pelajar memperoleh bahan khusus dalam bentuk

yang telah disatukan dan menyediakan sumber maklumat yang

seragam. Walau bagaimanapun, pergantungan yang sepenuhnya

kepada buku teks menyebabkan maklumat dan pengalaman

pembelajaran yang ingin diterapkan kepada pelajar-pelajar menjadi

terbatas dan kaku. Selain itu, ia juga menyumbang kepada

beberapa masalah yang lain. Antara masalah tersebut ialah

kesukaran murid memahami istilah yang sukar, abstrak dan di luar

pengalaman mereka. Bagi mengatasi kekurangan dan masalah

tersebut, maka guru sejarah perlu bijak menggunakan media-

media dan sumber-sumber sejarah dalam proses P&P tanpa

mengetepikan penggunaan buku teks itu sendiri.

Komponen seterusnya berkait dengan diri pelajar itu sendiri yang

kebanyakannya kurang berminat terhadap pembelajaran sejarah.

Deliman menyatakan bahwa penyebab rendahnya minat belajar

terhadap pembelajaran sejarah adalah kerana “bahan yang

disajikan tidak lebih daripada kisah dari rekonstruksi peristiwa dan

aktiviti manusia di masa lampau, yang bagi siswa sifatnya abstrak.”

Anhar Gonggong pula dengan kenyataannya bahawa “sejarah

dipandang sebahagian orang sebagai masa lampau, lalu dianggap

Page 17: Assignment Sejarah Pbs

mata pelajaran yang membuang-buang waktu.” Perlulah difahami

sesungguhnya minat mempunyai pengaruh yang besar terhadap

aktiviti belajar. Hal ini kerana proses belajar akan berjalan lancar

apabila disertai minat. Oleh sebab itu, guru memiliki

tanggungjawab akademik dan moral untuk mencitrakan mata

pelajaran yang dibinanya menjadi menarik dan diminati siswa.

Komponen terakhir pula ialah kerana kaedah pembelajaran sejarah

pada umumnya kurang membentuk daya intelektual pelajar.

Kebanyakan guru pada masa kini lebih mementingkan ingatan

terhadap tarikh dan fakta serta membuat rumusan tanpa melatih

pelajar berfikir melalui taakulan sejarah. Guru haruslah memahami

bahawa sejarah sebenarnya berperanan membentuk daya

intelektual pelajar yang mampu membezakan antara kebenaran,

bias, muslihat dan pandangan yang sempit dengan pendapat yang

matang. Soedjatmoko sudah mengajak para pendidik sejarah agar

“buanglah cara-cara mengajarkan sejarah yang mengutamakan

fakta sejarah. Jika studi sejarah terbatas pada pengetahuan fakta,

maka ia akan mematikan segala minat terhadap sejarah.”

Pandangan ini sangat penting diimplementasikan dalam

pengajaran sejarah agar tidak terjadi seperti yang dikhuatirkan oleh

Winarno Surachmad yakni “siswa tidak berhasil tiba pada taraf

kemampuan untuk melihat dan berpikir secara historis, tetapi

pengetahuan sejarah mereka berhenti pada dan terbelenggu oleh

sekumpulan data, fakta, dan nama-nama orang.”

CARA MENGATASI (PERANAN GURU)

Masalah kredibiliti guru sejarah yang rendah dalam komponen

masalah yang pertama boleh diatasi ketika temuduga kerja. Hal ini

kerana kurangnya kredibiliti tersebut berkemungkinan berpunca

daripada kurangnya ilmu dan minat dalam diri guru tersebut. Oleh

yang demikian, pemilihan guru-guru untuk mengajar subjek sejarah

ini perlulah daripada kalangan mereka yang mempunyai

pengkhususan dalam bidang sejarah dan pilihan keduanya ialah

Page 18: Assignment Sejarah Pbs

sains sosial. Guru-guru sejarah yang dilantik perlulah memiliki

intelektual yang luas dan latihan yang baik dalam mata pelajaran

sejarah, mempunyai suka dan minat serta menunjukkan sikap yang

baik terhadap pelajar. Selain itu, perlu juga diadakan kursus-kursus

latihan profesional supaya guru-guru sejarah dapat dilatih dan

disedarkan tentang tugas dan peranan mereka yang sebenarnya.

Guru haruslah disedarkan bahawa mereka bukan hanya bertugas

dan berperanan menyampaikan fakta-fakta sejarah sahaja tetapi

mereka juga adalah ahli sejarah, perancang, penyusun

persekitaran pembelajaran dan juga sebagai ahli profesional.

Dari segi pengajaran, guru sejarah yang baik haruslah

menunjukkan kebolehan seperti dapat menentukan objektif-objektif

pengajarannya dengan jelas, mengajar perkara yang sudah

diketahui kepada belum diketahui dan menggalakkan pembelajaran

melalui aktiviti P&P. Selain itu, corak penyampaian guru juga

mestilah ringkas, mudah difahami, dan mengikut peringkat-

peringkat logik. Di samping itu juga, guru juga harus mementingkan

rasa kejayaan atau pencapaian, memberi maklum balas, memberi

latihan pengukuhan, dan sentiasa memberi dorongan serta

galakan.

Laurence J. Peter menegaskan bahawa bakal-bakal guru perlu

menjadikan diri mereka guru-guru yang baik dan mereka

seharusnya perlu mempunyai sikap yang positif terhadap pelajar-

pelajarnya. Hal ini bagi mewujudkan suasana belajar yang ceria.

Selain itu, guru sejarah juga haruslah mempunyai tahap kesabaran

yang tinggi, memasukkan unsur humor dalam pengajaran, menjadi

seorang yang dipercayai oleh pelajar di samping mempunyai

semangat kesungguhan dalam melakukan tugasan. Dalam pada

itu, guru sejarah yang baik juga perlu memiliki personaliti yang baik

dan minat dalam memaju dan mengembangkan diri.

Page 19: Assignment Sejarah Pbs

Bentuk pengajaran dengan menggunakan buku teks semata-mata

boleh diatasi dengan cara guru menggunakan sumber-sumber

sejarah seperti dokumen (akhbar, majalah, berbagai jenis surat,

laporan buku catatan dan lain-lain), rekod-rekod (sumber-sumber

kesusasteraan sejarah dan biografi) serta tinggalan-tinggalan

berunsurkan sejarah. Selain itu, guru juga perlu menggabungkan

media dengan bahan-bahan pengajarannya. Hal yang demikikan

kerana penggunaan media mampu menjadikn proses P&P sejarah

lebih teratur dan berkesan. Antara kebaikan penggunaan media

ialah ia menyumbang kepada peningkatan minat pelajar, dapat

menggalakkan pembacaan sendiri dan penyelidikan dalam

kalangan pelajar serta mampu meningkatkan pengekalan

pembelajaran. Jenis-jenis media atau alat yang sesuaikan

digunakan dalam P&P sejarah ialah alat pandang, alat pandang

dengar, alat dengar,jadual, peta dan glob serta alat bergambar dan

grafik.

Masalah sikap kurang positif terhadap mata pelajaran sejarah dan

kaedah pengajaran yang terlalu menumpukan kepada penghafalan

fakta semata-mata boleh diatasi sekiranya guru-guru lebih kreatif

dengan menggunakan pelbagai kaedah dalam sesi pengajarannya.

Kaedah pengajaran sejarah yang dipilh mestilah tidak hanya

berhenti pada tingkat fakta, tetapi harus sampai kepada

penganalisisan. Bagi mencapai tujuan ini, penambahbaikan

terhadap kaedah pembelajaran sejarah haruslah dilakukan. Gde

Widja menyatakan bahawa “apabila kita ingin memperbaiki citra

yang suram dalam pelajaran sejarah, perlu antara lain usaha-

usaha pembaikan cara-cara mengajar guru sejarah.” Pandangan

Gde Widja tersebut disokong oleh Sanusi dengan kenyataannya

bahwa “agar sejarah dapat berfungsi, kaedah mengajarkan sejarah

di sekolah-sekolah harus dibenihi.” Pembenihan terhadap kaedah

pembelajaran sejarah tidak sekadar menjadi pemicu minat belajar,

tetapi juga sebagai salah satu “instrumen yang berperanan dalam

memproses anak didik untuk memperoleh hasil belajar yang baik.”

Page 20: Assignment Sejarah Pbs

Antara kaedah yang boleh digunakan ialah kaedah permainan

poker sejarah, kaedah bercerita, lakonan, inkuiri, penyoalan,

perbincangan dan kaedah projek-projek sejarah seperti lawatan

dan pameran sejarah. Kaedah-kaedah ini pastinya mampu menarik

minat pelajar dan mencabar daya pemikiran mereka untuk terus

menganalisis, mengkaji dan mendalami ilmu sejarah.

KAEDAH DAN STRATEGI YANG YANG BOLEH DIAPLIKASKAN

DALAM PENGAJARAN SEJARAH

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru

boleh memilih dan menggunakan teknik-teknik pengajaran yang

sesuai. Teknik-teknik itu haruslah berasaskan kajian daripada

bidang-bidang yang ada kaitannya dengan ilmu pendidikan, seperti

bidang psikologi, sosiologi, falsafah pendidikan dan pedagogi.

Memang tidak dapat disangkal bahawa pelbagai teknik boleh

diaplikasikan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran,

namun demikian harus diingat bahawa tiada satu teknik pun yang

dianggap sesuai dan dapat digunakan untuk semua keadaan atau

terbaik untuk semua situasi pengajaran. Oleh itu, teknik yang

digunakan itu harus bergantung pada peringkat umur, suasana bilik

darjah dan kemampuan serta minat murid terhadap bahan

pengajaran yang akan disampaikan. Tegasnya, seorang guru itu

mestilah bijak memilih teknik-teknik yang akan digunakannya

semasa menyampaikan sesuatu pengajaran.

Kaedah dan teknik pengajaran ialah cara yang lebih khusus atau

spesifik yang digunakan untuk mengajar (atau menguji) sesuatu

kemahiran atau aspek bahasa. Ia boleh wujud dalam bentuk

aktiviti, strategi atau taktik, dan bahan atau alat yang berkaitan

dengan pelajaran tersebut. Menurut Mengantar Simanjuntak dalam

buku Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abd. Aziz pula, teknik

adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh

guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu

mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Berdasarkan definisi

Page 21: Assignment Sejarah Pbs

tersebut, dapat diringkaskan bahawa, teknik dan kaedah amat

penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini

demikian adalah sama dengan proses P&P sejarah.

Dalam pengajaran sejarah terdapat beberapa kaedah dan teknik

yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah. Antaranya, kaedah

penceritaan, kaedah inkuiri, kaedah perbincangan, kaedah

syarahan, kaedah dapatan, kaedah sokratik, kaedah penerangan,

kaedah simulasi, kaedah kaji peta, kaedah kaji gambar, kaedah kaji

dokumen, kaedah tutorial, kaedah tunjuk cara, kaedah kaji buku

teks, kaedah lakonan dan kaedah projek. Sungguhpun begitu,

kaedah-kaedah ini juga boleh membosankan pelajar. Hal ini

demikian kerana, pengajaran dengan hanya menggunakan satu

pendekatan dilihat hanya dapat menarik perhatian pelajar pada

awal pengajaran sahaja namun tumpuan pelajar akan terjejas jika

guru terlalu yakin akan kaedah yang digunakan.

Oleh hal yang demikian, penggabungjalinan antara beberapa

kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran sejarah adalah

perlu bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih ‘hidup’

dan kondusif dan dalam masa yang sama, matlamat pengajaran

sejarah dapat dicapai. Wan Nik Muda dan Wan Ruslim Ismail

dalam artikel mereka theory of constraints for education

menyatakan bahawa penggabungan beberapa kaedah akan

menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Untuk itu, mereka

telah mencadangkan satu kaedah pengajaran sejarah berdasarkan

theory of Constraints. Theory of Constraints (TOC) adalah salah

satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif daripada

perspektif guru dan murid. Teknik ini dapat “menghidupkan”

pengajaran dan pembelajaran sejarah sekaligus meningkatkan

minat murid terhadap mata pelajaran ini. TOC adalah satu teknik

pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir dan penyelesaian

masalah berdasar pemikiran yang logik dan sistematik. Teknik ini

Page 22: Assignment Sejarah Pbs

adalah sebagai satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran

yang berpusatkan murid.

Menerusi perlaksanaan teknik TOC dalam pengajaran dan

pembelajaran, murid dan guru berupaya mencapai matlamat

pengajaran dan pembelajaran, menyelesaikan masalah dengan

berkesan, membuat keputusan secara bertanggungjawab,

berkomunikasi dengan baik dan memperoleh pembelajaran

sepanjang hayat. Melalui aplikasi teknik TOC juga, tiga kemahiran

dapat digabungjalinkan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran iaitu kemahiran berfikir secara kritis, kemahiran

berfikir secara kreatif, kemahiran generik. Contoh yang boleh kita

ambil menerusi penggunaan teknik TOC dalam pendidikan sejarah

adalah sebagaimana berikut; sesi bercerita (pemahaman konflik

dan cara watak membuat keputusan), kajian kes (modifikasi

kelakuan dan tingkah laku, pembelajaran nilai murni dan

kerohanian), dan kandungan Huraian Sukatan Pelajaran

(kemahiran berfikir dan perancangan strategik).

Dalam pendidikan terutamanya pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran sejarah, terdapat beberapa teknik atau aktiviti TOC yang

boleh diaplikasikan iaitu, teknik awan (the cloud ), teknik sebab dan

akibat ( logic branch ), teknik penyelesaian masalah (problem

solving ). Teknik awan adalah satu teknik yang mengkehendak

pelajar memikirkan tentang sesuatu kejadian, idea, situasi dan

penyelesaian konflik yang bertentangan kehendak. Konflik yang

hendak diselesaikan mungkin berbentuk konflik internal yang

hanya melibatkan satu pihak sahaja atau konflik eksternal yang

melibatkan dua pihak. Dalam usaha menyelesaikan konflik, hanya

satu kehendak sahaja yang dicapai atau diperolehi. Penyelesaian

‘win-win’ diberikan oleh pelajar berdasarkan pemikiran yang logik

dan sistematik agar kedua-dua keperluan yang menjurus kepada

matlamat bersama boleh dicapai.

Page 23: Assignment Sejarah Pbs

Teknik sebab dan akibat menerangkan bagaimana sesuatu tingkah

laku, idea atau kejadian mengakibatkan kesan-kesan berikutnya.

Penekanan yang perlu diberikan ketika melaksanakan teknik sebab

dan akibat dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

sejarah termasuklah, Memahami teks atau maklumat yang

diberikan, mengenal pasti objektif pengajaran dan pembelajaran

(what to learn). Menentukan titik tolak atau permulaan peristiwa

(the begining event), mengenalpasti perkara-perkara penting yang

terkandung dalam teks, menyusun perkara-perkara tersebut

mengikut turutan yang bermula dengan titik tolak peristiwa,

mengemukakan maklumat yang menyokong perkara-perkara

penting (anggapan antara sebab dan akibat) yang

memperkembangkan “higher-order thinking”.

Teknik penyelesaian masalah pula satu teknik pengajaran yang

bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar lebih

produktif dan bertukar pandangan dalam usaha untuk

menyelesaikan persoalan yang dikemukakan kepada mereka.

Teknik ini boleh digunakan bagi merancang langkah-langkah

dengan sistematik secara kolaboratif untuk menghadapi dan

mengatasi cabaran ke arah pencapaian matlamat yang telah

ditetapkan. Terdapat beberapa langkah yang perlu diberikan

perhatian ketika melaksanakan teknik penyelesaian masalah dalam

pengajaran dan pembelajaran sejarah. Antaranya, mengenal pasti

matlamat yang diingini dan matlamat tersebut mestilah jelas,

mengenal pasti cabaran-cabaran yang akan dihadapi sebelum

pencapaian matlamat yang telah ditetapkan, mencadangkan

langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi cabaran dan

menyusun langkah-langkah untuk mengatasi cabaran mengikut

keutamaan.

Selain menggunakan teknik tersebut, guru-guru juga boleh

mengubah suai teknik-teknik yang sedia ada kepada suatu teknik

yang lebih kreatif. Contohnya dalam menggunakan pendekatan

Page 24: Assignment Sejarah Pbs

penyelesaian masalah, guru boleh menggantikan pemberian

masalah secara formal kepada mengenalpasti masalah dalam

pantun teka-teki (lihat lampiran). Para pelajar perlu menyelesaikan

masalah teka-teki tersebut. Seterusnya guru akan membimbing

pelajar mendalami persoalan teka teki tersebut dan mengadakan

sesi perbincangan. Dengan itu, para pelajar akan lebih faham dan

berminat dengan pelajaran mereka. Dalam pada itu,

pengaplikasian teknik permainan dalam sesi pembelajaran juga

boleh menjadikan proses P&P menjadi lebih menarik. Contohnya

mengaplikasikan teknik permainan poker dalam proses

pembelajaran koperatif. Teknik ini mengkehendaki guru menyuruh

pelajar membentuk kumpulan kecil seramai empat orang dengan

satu set kad poker. Set poker dibahagikan kepada dua bahagian

iaitu bahagian yang mengandungi soalan dan bahagian yang

mengandungi jawapan. Kad yang mengandungi soalan dipilih dan

dicabut terlebih dahulu oleh pelajar sebelum memulakan

permainan (prinsip terbuka). pelajar akan mencabut set kad yang

mengandungi jawapan secara bergilir. Kad jawapan yang tepat

akan disimpan oleh pelajar manakala kad yang mempunyai

jawapan yang tidak tepat akan diletakkan semula pada kad di

bahagian bawah sekali. Setelah berjaya memadankan kad-kad

soalan dengan kad-kad jawapan, pelajar perlu membuat analisis

atau deskripsi atas jawapan tersebut. Setelah itu, semua laporan

diselesaikan, atau setelah masa yang diperuntukkan telah tamat,

setiap pelajar hendaklah berkongsi laporan mereka dengan pelajar-

pelajar yang lain. Laporan yang dikongsi akan dilanjutkan dengan

penambahbaikkan oleh pelajar-pelajar disertai dengan pendapat

dan bukti dengan dibantu oleh guru. Selepas itu pelajar membuat

kesimpulan setelah mendapat penjelasan daripada guru. Walau

apapun kaedah atau teknik yang digunakan oleh guru dalam

proses P&P, perkara yang paling penting adalah kesediaan dan

kekreatifan guru itu sendiri dalam mengenal pasti kehendak dan

kebolehan pelajar, suasana bilik darjah dan beberapa faktor lain.

Hal ini bukan sahaja memerlukan usaha yang gigih daripada

Page 25: Assignment Sejarah Pbs

kalangan guru-guru bahkan juga memerlukan pengorbanan masa

dan tenaga dalam memastikan kesesuaian kaedah dalam bilik

darjah.

ALAT BANTUAN MENGAJAR

Alat bantuan mengajar (ABM) merupakan satu lagi faktor penting

yang perlu diambil kira dalam ketika proses pengajaran dan

pembelajaran. Charles B. Klasek menjelaskan bahawa pengajaran

yang bersistematik adalah guru yang dapat menggabungkan

penggunaan media dan bahan-bahan pengajarannya. Wilkinson

dalam strategi pengajaran sejarah KBSM, menyenaraikan sembilan

sumbangan media pendidikan kepada proses pembelajaran.

Penggunaan alat bantuan mengajar menurut William dapat

memberikan latar belakang pengetahuan dan pengalaman kepada

pelajar dalam membantu aktiviti pembelajaran dan memahami

konsep-konsep sesuatu subjek. Selain itu, penggunaan ABM juga

dapat menggalakkan minat pelajar, dapat mendalam serta

memberi makna kepada pembelajaran, dapat memberi

pengalaman-pemgalaman yang bermakna di samping dapat

mengembangkan kemahiran komunikasi pelajar. Selain itu, ia juga

dapat meningkatkan pengekalan pembelajaran, dapat

menggalakkan pembacaan dan penyelidikan dalam kalangan

pelajar dan juga dapat memberi kesan ekonomi masa dalam

pembelajaran. Para pelajar yang kurang pandai juga dapat dibantu

dan meningkatkan kefahaman mereka melalui pengginaan alat ini.

Terdapat beberapa jenis alat bantuan mengajar yang boleh

digunakan dalam proses P&P. Antaranya bahan bergambar dan

grafik seperti penggunaan fotograf, carta-carta, poster, poskad dan

glob, alat pandang tayang seperti transparensi, slaid, dan filem

jalur, alat dengar seperti radio dan pita rakaman dan alat pandang

dengar seperti televisyen dan filem. Selain itu, bahan-bahan

sumber sejarah seperti artifak, dokumen sejarah dan tinggalan

arkeologi turut sesuai digunakan semasa pengajaran.

Page 26: Assignment Sejarah Pbs

Walaupun terdapat banyak alat bantuan mengajar yang boleh

digunakan semasa mengajar, guru tidak seharusnya lupa akan

perlunya memilih alat-alat yang sesuai dengan setiap topik yang

diajar. Alat yang dipilih mestilah menepati dengan objektif

pelajaran. Perkara ini penting dalam mencapai tujuan khusus.

Contohnya guru boleh menggunakan gambar dan tayangan bagi

menambah kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik yang diajar.

Selain itu, guru juga perlu menentukan kesesuaian alat yang dipilih

dan mengkaji dahulu minat pelajar dalam sesuatu bilik darjah. Hal

ini demikian bertujuan menarik perhatian pelajar dan menjadikan

sesuatu sesi P&P itu seronok dan pelajar dapat memahaminya

dengan mudah. Dalam pada itu, guru juga perlu melihat tahap

kebolehan pelajar. Perkara ini penting untuk menentukan

kesesuaian bahan yang dipilih dengan tahap pemikiran pelajar.

Contohnya dalam mengajar pelajar yang pandai, guru hanya boleh

menggunakan ABM yang ringkas sahaja seperti penggunaan slaid

dan jadual. Selain itu juga, guru perlu peka dengan faktor masa

dan gerak kerja susulan. Penggunaan alat haruslah disesuaikan

dengan masa mengajar. Guru juga perlu menjadi lebih kreatif

dengan melibatkan aktiviti lain dengan hanya menggunakan satu

ABM. Hal ini demikian penting dalam membantu guru menjimatkan

kos dan masa untuk menyiapkan sesuatu ABM itu.

KESIMPULAN

Sejarah merupakan satu mata pelajaran yang penting. Hal ini

demikian kerana pengajaran sejarah mampu membentuk jiwa,

akhlak dan jati diri bangsa khususnya dalam memupuk semangat

patriotisme. Sungguhpun begitu, pengajaran dan pembelajaran

subjek ini memerlukan penghayatan dan minat bagi menimbulkan

konsep kesedaran atau celik dalam sejarah. Oleh yang demikian,

peranan guru amatlah ditagih dalam mewujudkan suasana

pembelajaran yang menarik dan mampu membawa pelajar

menghayati peristiwa sejarah itu seperti yang sebenarnya. Guru

Page 27: Assignment Sejarah Pbs

yang kreatif dapat mempengaruhi tahap kesedaran pelajar. Jadi,

penggunaan pelbagai teknik, alat bantu mengajar, dan minat guru

sejarah itu sendiri merupakan nadi penggerak pada kejayaan

tersebut.

Kesimpulan

Sejarah merupakan satu mata pelajaran yang penting. Hal ini

demikian kerana pengajaran sejarah mampu membentuk jiwa,

akhlak, dan jati diri bangsa khususnya dalam memupuk semangat

patriotisme. Oleh itu,guru berperanan untuk menyediakan suasana

pembelajaran yang menarik dan harmonis dan menciptakan

pengajaran yang berkesan bagi menarik minat dan membantu

pelajar-pelajar mempelajari Sejarah dengan mudah.Dengan

mengaplikasikan Teori Memprosesan Maklumat Gagne dan Teori

Pembelajaran Konstruktivisme di dalam pengajaran dan

pembelajaran Sejarah,masalah sukar mengingati fakta-fakta dalam

mata pelajaran Sejarah dapat diatasi. Berdasarkan Model

Pemprosesan Maklumat yang dikemukakan Gagne, beberapa

aspek utama dapat dikenal pasti dalam fasa proses pembelajaran.

Di antaranya ialah kesediaan, motivasi, pengamatan, ingatan dan

lupaan serta pemindahan. Teori ini menumpukan kepada

bagaimana pelajar memproses maklumat .Maklumat yang baru

disimpan dalam ingatan jangka pendek.Kemudian diproses

sebelum disimpan ke ingatan jangka panjang.Kombinasi

pengetahuan (maklumat yang diproses) & kemahiran di ingatan

jangka panjang akan membina strategi-strategi kognitif atau

Page 28: Assignment Sejarah Pbs

kemahiran yang berkaitan secara tidak langsung akan membantu

meningkat daya ingatan pelajar dan memudahkan pelajar

mempelajari Sejarah.Teori Pembelajaran Konstruktivisme pula

adalah strategi pengajaran memusatkan murid dan guru bertindak

sebagai fasilitator dalam pengurusan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.Guru perlu menggalakkan pelajar belajar secara

pembelajaran koperatif yang memerlukan penglibatan pelajar

secara aktif untuk berdikari dan membina pengetahuan sendiri.

Dengan mengaplikasikan pembelajaran secara koperatif dalam

pengajaran Sejarah, pelajar akan bekerjsama dalam kumpulan

kecil dan menyelesaikan tugasan yang diberikan. pembelajaran

secara berkumpulan akan membantu dirinya dan rakan-rakan

kumpulan belajar bersama-sama untuk mencapai matlamat yang

sama. Ciri Melalui pembelajaran ini, pelajar perlu mencari

maklumat yang diperlukan, berbincang dengan rakan untuk

membina pengetahuan yang baru dan mengolahkannya sendiri

untuk menjana pengetahuan dan menjadikannya pembelajaran itu

lebih bermakna dan kekal. Dengan mengaplikasikan kedua-dua

teori pembelajaran ini, guru akan memahami pelbagai cara pelajar-

pelajar belajar dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan

hukumnya dengan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai

objektif pelajaran dengan berkesan.

BIBLIOGRAFI

Abd. Aziz Abd. Talib (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip,

Kaedah dan Teknik.

Kuala Lumpur: Utusan Publication dan Distribution Sdn. Bhd.

Abdul Rahim Abdul Rashid, 2000. Panduan Latihan Mengajar,

Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 29: Assignment Sejarah Pbs

Abd. Rahim Abd. Rashid (1989). Strategi Pengajaran Sejarah

KBSM. Petaling Jaya:

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ahonen, S. (2001). Politik of Identity through history curriculum:

narratives of the past

for social exclusion-or inclusion? Dalam Journal of Curriculum

Studies, 33(2),

179-194.

Anhar Gonggong. Suara Merdeka, 23 Jun 2005.

Ariffin Ba,ada (1991). Penerapan nilai-nilai merentas kurikulum –

ke arah melahirkan

generasi yang harmonis dalam jurnal pendidikan, 35(75), 41-48.

Deliman, A. (2005). Perspektif Materi Pendidikan Sejarah Yang

Ideal, Socio, Vol. I, Nomor 1, Yogyakarta: HISPISI dan FIS UNY.

Dyah Kumalasari (2005). Sejarah dan Problematika pendidikan

dalam Historia Edisi Pertama 7-22.

Gde Widja (1990). Dasar-dasar Pengembangan Strategi Serta

Metode Pengajaran Sejarah Edisi Pertama. Jakarta: Depdikbud.

Idrus A. Rore. Metode Poker Suatu Alternatif Pengembangan Daya

Tarik Pelajaran Sejarah. Diperoleh pada Februari 3, 2008 daripada

http://www.geocities.com/

konferensinasionalsejarah/idrus_a_rore_s_pd.pdf.

Jamizal Zainol (2008). Slogan membantutkan pemikiran. Diperoleh

pada Februari 11, 2008 daripada

http://Jamizalzainol.wordpress.com/2008/01/07/slogan

membantutkan-pemikiran/.

Page 30: Assignment Sejarah Pbs

Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abd. Aziz (2003). Pedagogi

Untuk Asas Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.

Bhd.

Khaw Poh Seng, 2001. Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi

TOC;Satu Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran

Berfikir dan Penyelesaian Masalah,

Kuala Lumpur, Pusat Perkembangan Kurikulum.

Md. Nasir B. Masran. Membina Komuniti Pemikir Sejarah dalam

Bilik Darjah. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Shaharuddin Basri Ibrahim, Chan Lee Chiun dan Muslimin Fadzil

(2004). Penggunaan buku teks secara berkesan dalam pengajaran

dan pembelajaran sejarah untuk murid berprestasi rendah di

peringkat sekolah menengah. Diperoleh pada Februari 11, 2008

daripada

myschoolnet.ppk.kpm.my/bhn_pnp/bs_sejarah/bs_kbsm_sej3.

Pdf.

Sirkka Ahonen (2001). The Past, History and Education dalam

journal of Curriculum

Studies 33 (6), 737-751.

Soedjatmoko (1976). Kesadaran Sejarah dalam Pembangunan,

Prisma, Edisi ketujuh. Jakarta: LP3ES.

Sanusi (1992). Fungsi Pengajaran Sejarah Sebagai Ilmu. Jakarta:

Universitas Indonesia.

Page 31: Assignment Sejarah Pbs

Sukatan Pelajaran Sejarah Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (2000). Pusat Perkembangan Kurikulum: Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Winarno Soerachmad (1978). Metodologi Pengajaran Nasional

Edisi Pertama. Jakarta: Jenmars.

Website TOC for Educations di peroleh pada Mac 14 2008

:http://www.tocforeducation.com

Yoyok Susatyo dan Ady Soejoto, (2005). Efektivitas Hasil Belajar

Mata Kuliah Pengantar Ilmu Ekonomi Program S1. Pendidikan

Ekonomi Jurusan Ekonomi Melalui Pembelajaran Langsung dalam

Jurnal Studi Sosial (JSS). Vol.1. No.1. 89-101.

Choong Lean Keaw Phd.(2008).Murid dan Alam Belajar. Kumpulan

Budiman Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh. (2012). Panduan Ilmu Pendidikan

Untuk DPLI Psikologi. Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Subadrah Nair dan Malar a/p Muthiah.(2005).Penggunaan Model

Konstruktivisme Lima Fasa Needham dalam Pembelajaran

Sejarah.Pusat Latihan Ilmu Pendidikan,Universiti Sains Malaysia.

Suppiah, Ramlah, Abdul Aziz. (2008). Psikologi Pendidikan. Oxford

Fajar Sdn Bhd.

Tor Geok Hwa. (2004). Kajian Tindakan : Masalah Pembelajaran

Sejarah. Universiti Utara Malaysia.

Zubaidah Begam.(2007). Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan

Pencapaian Akademik. Universiti Teknologi Malaysia.

Page 32: Assignment Sejarah Pbs
Page 33: Assignment Sejarah Pbs
Page 34: Assignment Sejarah Pbs

Rujukan

Suppiah, Ramlah, Abdul Aziz. (2008). Psikologi Pendidikan. Oxford Fajar Sdn

Bhd.

Tor Geok Hwa. (2004). Kajian Tindakan : Masalah Pembelajaran Sejarah.

Universiti Utara Malaysia.

Zubaidah Begam.(2007). Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian

Akademik. Universiti Teknologi Malaysia.

Atan Long. 1982. Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Kuala Lumpur: Penerbit

Fajar Bakti.

Wlodkowski, R.J. (1978). Motivation and Teaching: A Practical Guide.

Washington, D.C National Education Association.