assignment sejarah

82
1.0 PENDAHULUAN Orang Melayu telah menggunakan tulisan sejak abad ke-4 Masihi di Champa, Vietnam. Terdapat pelbagai jenis sistem tulisan pernah digunakan oleh bahasa Melayu sepanjang riwayatnya. Tetapi, mengikut kajian sejarah sistem tulisan Jawi adalah sistem tulisan yang paling lama dan luas digunakan oleh bahasa Melayu. Bersandarkan kepada perkara tersebut, orang Melayu mula menggunakan tulisan Arab atau tulisan Jawi kira-kira pada abad ke-3 Hijrah atau abad ke-10 Masihi di Kedah. Kemudian, pada abad ke-11 , tulisan jawi ini telah mula digunakan di Phang-Rang (Vietnam), Pahang, Brunei, dan Gerisik di Jawa Timur. Tidak lama selepas itu, tulisan Arab dalam bentuk Jawi Melayu telah wujud pada batu bersurat, prasasti, manuskrip lama, surat perjanjian dan surat izin berniaga yang sangat banyak jumlahnya. Bukan itu sahaja, bahan bahasa Melayu yang bertulis jawi ini juga boleh didapati pada buku undang-undang, hukum kanun, kitab agama, hikayat, prosa Melayu, catatan hasil cukai, geran tanah, perubatan dan lain-lain lagi. Istilah tulisan jawi ini telah digunakan di Malaysia, Singapura, Thailand Selatan dan Brunei Darussalam. Selain daripada itu, menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), istilah tulisan jawi ini dikenali dengan nama ‘tulisan Melayu huruf Arab’ ataupun ‘Tulisan Melayu Arab’ di Indonesia. Tulisan jawi telah mengalami evolusi dari segi sistem ejaan dan bentuk huruf yang membinanya. Evolusi sistem tulisan jawi ini dapat di banding bezakan melalui Kitab Pengetahuan Bahasa hasil karya Raja Ali Haji pada tahun 1859 dengan Kitab Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan pada tahun 1996 oleh Dewan Bahawa dan 1

Upload: afiqah-adanan

Post on 22-Oct-2015

211 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

2

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Sejarah

1.0 PENDAHULUAN

Orang Melayu telah menggunakan tulisan sejak abad ke-4 Masihi di Champa, Vietnam.

Terdapat pelbagai jenis sistem tulisan pernah digunakan oleh bahasa Melayu sepanjang

riwayatnya. Tetapi, mengikut kajian sejarah sistem tulisan Jawi adalah sistem tulisan

yang paling lama dan luas digunakan oleh bahasa Melayu. Bersandarkan kepada

perkara tersebut, orang Melayu mula menggunakan tulisan Arab atau tulisan Jawi kira-

kira pada abad ke-3 Hijrah atau abad ke-10 Masihi di Kedah. Kemudian, pada abad ke-

11 , tulisan jawi ini telah mula digunakan di Phang-Rang (Vietnam), Pahang, Brunei, dan

Gerisik di Jawa Timur.

Tidak lama selepas itu, tulisan Arab dalam bentuk Jawi Melayu telah wujud pada

batu bersurat, prasasti, manuskrip lama, surat perjanjian dan surat izin berniaga yang

sangat banyak jumlahnya. Bukan itu sahaja, bahan bahasa Melayu yang bertulis jawi ini

juga boleh didapati pada buku undang-undang, hukum kanun, kitab agama, hikayat,

prosa Melayu, catatan hasil cukai, geran tanah, perubatan dan lain-lain lagi. Istilah

tulisan jawi ini telah digunakan di Malaysia, Singapura, Thailand Selatan dan Brunei

Darussalam. Selain daripada itu, menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), istilah tulisan jawi

ini dikenali dengan nama ‘tulisan Melayu huruf Arab’ ataupun ‘Tulisan Melayu Arab’ di

Indonesia.

Tulisan jawi telah mengalami evolusi dari segi sistem ejaan dan bentuk huruf

yang membinanya. Evolusi sistem tulisan jawi ini dapat di banding bezakan melalui

Kitab Pengetahuan Bahasa hasil karya Raja Ali Haji pada tahun 1859 dengan Kitab

Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan pada tahun 1996 oleh Dewan Bahawa dan

Pustaka (DBP). Tulisan Jawi ini telah mengalami berbagai-bagai-bagai peringkat

perubahan dan perkembangan dalam mencapai tahap pemantapannya.

Berdasarkan perkembangan tulisan jawi ini, asal usul kedatangan sistem tulisan

ini dalam sesuatu kelompok atau masyarakat itu dapat dikaji melalui bidang etimologi.

Bidang ini merupakan satu bidang yang penting dalam sejarah perkembangan bahasa

Melayu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), etimologi merupakan cabang

ilmu linguistik yang mengkaji asal usul dan perkembangan sesuatu kata. Konsep

bahasa purba dan salasilah bahasa, yakni konsep yang asasi dalam perkembangan

ilmu linguistik moden hanya tercapai dengan menerapkan pendekatan etimologi. Oleh

itu, berdasarkan pendekatan etimologi ini cara pemilihan istilah bahasa Melayu dapat

1

Page 2: Assignment Sejarah

dipilih dengan jelas dan tepat. Selain itu, bidang penterjemahan dari segi penguasaan

serta penerokaan proses, kaedah dan teknik penterjemahan adalah amat penting bagi

mengenal bentuk tulisan dalam manuskrip klasik dan proses pemilihan istilah bahasa

Melayu untuk pembentukan kamus.

Justeru itu, secara berpasangan atau bertiga, para pelajar Pengajian Melayu

PISMP Ambilan Januari 2011 dikehendaki untuk menghuraikan perbezaan Sistem

Tulisan Jawi Klasik yang ditulis oleh Raja Ali Haji dalam buku Kitab Pengetahuan

Bahasa dengan Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan keluaran Dewan Bahasa

dan Pustaka (DBP). Selain daripada itu, para pelajar juga perlu menerangkan cara

pemilihan istilah bahasa Melayu dalam kamus berdasarkan pendekatan etimologi.

Bukan itu sahaja, tugasan ini juga meliputi penyataan tentang kaedah dan proses

penterjemahan dengan memberikan huraian lengkap satu teknik penterjemahan.

Tugasan ini dilaksanakan dalam tempoh enam minggu.

.

2.0 SISTEM TULISAN JAWI

2

Page 3: Assignment Sejarah

Salah satu pengaruh agama Islam yang telah meresap dalam alam Melayu ialah tulisan

jawi. Tulisan jawi ini telah dikenali sebagai tulisan Melayu, tetapi menggunakan huruf-

huruf Arab. Pada awal kedatangan Islam di Tanah Melayu, penggunaan tulisan jawi ini

boleh ditemui pada batu bersurat, manuskrip-manuskrip lama, surat-surat perjanjian dan

lain-lain. Pada masa kini, terdapat dua rujukan tulisan jawi yang boleh digunakan iaitu

Kitab Pengetahuan Bahasa dan Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan DBP.

2.1 Sistem Tulisan Jawi Kitab Pengetahuan Bahasa

Kitab Pengetahuan Bahasa  telah dihasilkan pada tahun 1859 Masihi oleh Raja Ali Haji.

Raja Ali Haji dilahirkan tahun 1909 Masihi dan dibesarkan di Pulau Penyengat, iaitu

sebuah pulau kecil yang tidak jauh dari Tanjung Pinang di Riau yang pada ketika itu

menjadi pusat kebudayaan Melayu dan pusat ilmu pengetahuan. Kitab Pengetahuan

Bahasa ini merupakan sebuah kamus Melayu.

Bahagian awal bagi Kitab Pengetahuan Bahasa ini telah membincangkan kamus

Melayu secara ringkas dan sederhana. Namun begitu tidak semua abjad dalam kamus

diakhiri dengan sebahagian perkataan ca.  Kitab Pengetahuan Bahasa ini hanya tamat

ditulis sehingga abjadڇ (ca) iaitu abjad keenam dalam jawi tetapi merangkumi 465

halaman. Selain daripada itu, pada 32 halaman awalnya, Kitab Pengetahuan Bahasa

mengandungi keterangan mengenai tatabahasa Arab yang cuba diterapkan dalam

bahasa Melayu. Erti perkataan disertakan dengan penjelasan walaupun berdasarkan

kaedah dalam Bahasa Arab. 

Berdasarkan Kitab Pengetahuan Bahasa karya Raja Ali Haji ini, penggunaan titik

abjad ݢ (ga) adalah lebih sempurna berbanding dengan manuskrip Bustan A-Katibin

yang telah dikaji oleh beliau. Perbezaan ketara yang terdapat dalam kedua-dua kitab ini

ialah kebanyakan titik bagi abjad ݢ (ga) tidak lagi digunakan dalam manuskrip Bustan

Al-Katibin ini. Selain itu, bagi sejumlah perkataan yang bersuku kata akhir tertutup, Raja

Ali Haji lebih gemar menggunakan abjad vokal. Hal ini adalah mungkin bertujuan untuk,

mengelakkan kesamaran dan percanggahan seperti mana yang telah dianjurkan dalam

kaedah Jawinya. Raja Ali Haji menamakan abjad alif, wau dan ya apabila digunakan

untuk huruf vokal. Contoh penggunaan abjad vokal pada suku kata akhir tertutup adalah

seperti berikut :

Padanan Rumi Ejaan Jawi Kitab Pengetahuan Bahasa

3

Page 4: Assignment Sejarah

orang

pahlawan

gandum

tidur

Selain daripada itu, penggunaan titik ڤ (pa), iaitu tiga titik yang terdapat di

dalam Bustan Al-Katibin tidak dibezakan dengan titik ف (fa) iaitu dengan satu titik. Oleh

itu, hal ini membawa maksud bahawa Kitab Pengetahuan Bahasa masih menggunakan

abjad titik ف (fa) iaitu dengan satu titik bagi perkataannya. Hal ini berbeza dengan ejaan

abjad ڤ (pa) yang terdapat dalam Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan kerana,

dalam buku Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan ini huruf (pa) ڤ telah pun

menggunakan tiga titik pada abjadnya. Sebagai tambahan lagi, dalam Kitab

Pengetahuan Bahasa banyak abjad (qaf) ق bersilih ganti dengan abjad (hamzah) ء

pada akhir kata. Sebagai contoh :

ayak -

onak -

adik -

Menurut Za’ba sistem ejaan jawi yang digunakan oleh Raja Ali Haji merupakan

“…a strange mixture of modern and his own…” terutamanya apabila dia menggunakan

i’rab. Tanda i’rab merupakan baris-baris Arab secara terbalik atau diubahsuaikan untuk

menandakan sebutan dalam bahasa Melayu. Oleh itu, hal ini telah bermaksud bahawa

dalam Kitab Pengetahuan Bahasa, sistem ejaan jawi adalah melibatkan pencampuran

daripada elemen-elemen yang ganjil selain daripada apa yang telah dikaji oleh Raja Ali

Haji itu sendiri. Secara umumnya juga, Kitab Pengetahuan Bahasa karya Raja Ali Haji

ini menggunakan banyak sistem ejaan lama selain telah menggunakan tanda baris bagi

membunyikan sesuatu perkataan dalam bahasa Melayu. Selain daripada itu, abjad-

abjad tulisan jawi yang digunakan dalam Kitab Pengetahuan Bahasa ini juga turut

mengalami perubahan berbanding dengan manuskrip Bustan Al-Katibin yang turut diteliti

oleh Raja Haji Ali.

2.2 Sistem Tulisan Jawi Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan DBP

4

Page 5: Assignment Sejarah

Sistem tulisan dan ejaan Jawi yang digunakan pada masa sekarang ialah sistem yang

terkandung dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan. Buku Pedoman

Ejaan Jawi yang Disempurnakan ini telah diterbitkan secara rasmi oleh Dewan Bahasa

dan Pustaka pada tahun 1986 untuk edisi yang pertama. Kemudian, pada tahun 1987

edisi kedua diterbitkan dan diikuti dengan terbitan edisi ketiga pada tahun 1993.  Sistem

tulisan jawi ini merupakan satu sistem ejaan Jawi yang digunakan dan disempurnakan

daripada buku Kaedah Ejaan Jawi yang telah digunakan sebelum buku Pedoman Ejaan

Jawi yang Disempurnakan ini digunakan. Buku Kaedah Ejaan Jawi ini pula, berasaskan

kepada Kaedah Ejaan Jawi Za’ba sebagaimana yang terdapat dalam buku Daftar Ejaan

Melayu Jawi-Rumi tahun 1949.

Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (1986) dihasilkan daripada rumusan

Konvensyen Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada tahun 1984.

Kemudian, hasil rumusan daripada konvensyen tersebut, buku Pedoman Ejaan Jawi

yang Disempurnakan itu telah diselaraskan dan diperkemas dengan maklumat yang

diperoleh daripada Konvensyen Tulisan Jawi anjuran Pusat Islam, Jabatan Perdana

Menteri, pada tahun 1991 dan Seminar Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan pada tahun

1993. Setelah itu, semua maklumat tersebut akan disemak dan disahkan oleh beberapa

orang Jawatankuasa Teknikal Ejaan Jawi Pusat Islam dan Dewan Bahasa dan Pustaka

pada tahun 1993 hingga1994.

Selain daripada itu, Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu yang termuat

dalam buku ini juga merupakan maklumat terkini tentang sistem ejaan jawi yang disusun

berdasarkan dokumen-dokumen pedoman ejaan Jawi yang telah diterbitkan oleh Dewan

Bahasa dan Pustaka (DBP) dan maklumat-maklumat dalam pedoman ejaan Jawi yang

diselaraskan selepas itu, khususnya daripada terbitan-terbitan yang berikut: 

Rajah 1 : Terbitan Buku-Buku Panduan Ejaan Jawi

5

Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, Dewan Bahasa dan

Pustaka, Cetakan Pertama Edisi Ketiga, 1993.

Daftar Ejaan Rumi-Jawi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Kedua, 1989

Page 6: Assignment Sejarah

Menurut Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan Dewan Bahasa dan

Pustaka (DBP), tulisan jawi adalah sejenis sistem tulisan yang ditulis dari kanan ke kiri.

Sistem, tulisan ini tidak mempunyai hukum huruf besar dan huruf kecil. Bagi tulisan jawi

ini, perubahan bentuk huruf-huruf dapat dilihat apabila ditulis secara tunggal atau

berangkai. Abjad Jawi Bahasa Melayu sekarang mengandungi 37 huruf bentuk tunggal

yang tersusun seperti yang berikut :

Huruf Jawi Nama Padanan Rumi

ا Alif a

ب Ba b

ت Ta t

ة ta marbutah t/h

ث sa [tha] s, (th)

ج Jim j

چ Ca c

ح a],ha [h h, (h)

خ kha [khO] kh

د Dal d

ذ zal [dhal] z, (dh)

ر ra [rO] r

ز zai z

س sin s

ش syin sy, (sh)

ص Od],sad [s s, (s)

ض Od],dad [d d, (d)

ط O],ta [t t, (t)

ظ O],za [z z, (z)

ع ain [ain]awal: a, i, u 

akhir: k, (‘)

غ ghain gh

ڠ nga ng

ف fa f

6

Page 7: Assignment Sejarah

ڤ pa P

ق qaf k, q, (q)

ك kaf k

ڬ ga g

ل lam l

م mim m

ن nun n

و wau w, u, o

ۏ va v

ه ha h

ء hamzahawal: gugur 

akhir: k, (’)

ي ya y, i, e taling

ى ye [ye] e pepet akhir

ڽ ny ny

Jadual 1 : Huruf-huruf Jawi dan Padanan Rumi buku Pedoman Ejaan Jawi Yang

Disempurnakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Oleh itu, secara amnya sememangnya tulisan jawi pada masa kini merupakan

tulisan jawi yang mengikut sistem buku Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan oleh

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Malahan, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia

juga telah mengehendaki Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan ini digunakan di

seluruh negara seperti yang dinyatakan dalam Petikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.

1/1992 seperti di bawah:

“...Mulai dari tarikh ini (22 Jan. 1992) Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan

oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (PEJYD) itu hendaklah digunakan di semua sekolah

rendah, sekolah menengah, maktab-maktab perguruan, di dalam buku teks dan

peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan

Malaysia serta dalam semua sektor dan masyarakat di seluruh negara...”

(Kementerian Pelajaran Malaysia)

7

Page 8: Assignment Sejarah

2.2.1 Bentuk Huruf dan Cara Penulisan

Berdasarkan buku Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan ini, huruf-huruf

jawi yang disenaraikan telah dipecahkan kepada tiga kelompok utama iaitu :

Kelompok A Kelompok B Kelompok C

و ز ر ذ د ف ا ڤ ق ق ک ک ل م ن ه ي ڽ

ح خ س ش ص ض ط ظ غ ع غ

ب ت ث ج ڇ

(i) Kelompok A

Ciri-ciri Contoh

1) Tidak boleh dirangkaikan

dengan huruf-huruf

selepasnya.

biar - بيارHuruf ( ا ) tidak boleh dirangkaikan

dengan ( ر )

bola – بوالHuruf ( و ) tidak boleh dirangkaikan

dengan ( ل )

2) Perkataan yang terbina oleh

huruf-huruf dalam kelompok ini

tidak boleh ditulis berangkai.

ada - ا د

dara - دارا

deru - درو

duda - دودا

3) Huruf-huruf dalam kelompok

ini boleh dirangkaikan

sebelumnya dengan huruf-

huruf dalam kelompok B

sahaja

baru –

Huruf ( ا ) dirangkaikan dengan ب sebelumnya.

tidak –

huruf د dirangkaikan dengan ي sebelumnya

8

Page 9: Assignment Sejarah

Jadual 2 : Bentuk Huruf dan Penulisannya dalam Kelompok A.

(ii) Kelompok B

Ciri-ciri Contoh

1) Tidak boleh dirangkaikan

sebelumnya dengan huruf-

huruf kelompok A.

debar -Huruf ب tidak boleh dirangkaikan dengan huruf د sebelumnya.

kupas -Huruf ڤ tidak boleh dirangkaikan dengan huruf و sebelumnya.

2) Huruf-huruf boleh dirangkaikan

selepasnya dengan huruf-

huruf dalam kelompok A.

kaku-Huruf ک boleh dirangkaikan dengan huruf ا dan و selepasnya

tertawa-Huruf ت boleh dirangkaikan dengan huruf ا dan ر selepasnya

3) Perkataan-perkataan yang

terbina dalam kelompok ini

boleh ditulis berangkai.

sembahyang - pimpin - gambir - jambangan -

Jadual 3: Bentuk Huruf dan Penulisannya dalam Kelompok B.

(iii) Kelompok C

Ciri-ciri Contoh

1) Huruf dalam kelompok ini boleh

hadir di awal perkataan dan

ditulis dengan tidak dirangkaikan

dengan huruf-huruf lain

selepasnya. Dalam penulisan,

huruf ini mestilah diletakkan

separas dengan huruf-huruf lain.

Ng - ءغOng - ءوغ

9

Page 10: Assignment Sejarah

2) Jika huruf ini hadir di tengah

sesuatu rangkaian perkataan,

perlulah disediakan ‘rumah’

untuknya dan dirangkaikan

dengan huruf-huruf sebelumnya

atau selepasnya.

- masalah- malaikat- ch’ng

3) Huruf ini hendaklah ditulis

bersendirian dan letaknya

separas dengan huruf-huruf lain

apabila huruf ini bertugas sebagai

pemisah di antara dua bunyi

vokal.

- (ai) aising - (au) aur - (ui) buih

4) Kata-kata pinjaman bahasa Arab

atau istilah yang mengandungi

huruf “ ‘ “ hendaklah ditulis

seperti kedudukan dalam bahasa

asalnya.

- wudu’ - ambiya’ - ma’mum

Jadual 4: Bentuk Huruf dan Penulisannya dalam Kelompok C.

2.2.2 Pelambangan Vokal

Sistem tulisan jawi mempunyai perlambangan vokal yang sedikit. Oleh itu, dalam

sistem ejaan jawi pada masa kini, terdapat empat huruf vokal yang digunakan

bagi melambangkan bunyi-bunyi vokal iaitu [a], [e], [ə], [i], [o] dan [u]. Lambang-

lambang yang digunakan ialah alif [ ا] , ya [ [ ي , dan wau [ و] . Berikut

merupakan cara-cara perlambangan huruf vokal dalam sistem tulisan jawi:

10

Page 11: Assignment Sejarah

(i) Vokal a

Terdapat dua cara bagi membunyikan vokal a dalam sistem tulisan jawi

ini. Cara-cara tersebut ialah :

Jadual 5 : Pelambangan Vokal (a)

(ii) Vokal i

Terdapat dua cara untuk membunyikan vokal i dalam sistem ejaan tulisan

jawi. Contohnya ialah :

11

Cara Pertama Cara Kedua

vokal [a] dilambangkan dengan huruf

alif ( ا) apabila membuka suku kata

atau terletak suku kata terbuka.

vokal [a] tidak dilambangkan dengan

huruf alif apabila hadir di suku kata

tertutup

Contoh

- satu - kembang

- pasu - lambang

- angkat - songsang

Cara Pertama Cara Kedua

Dilambangkan ا ي

Jika hadir di awal perkataan

Dilambangkan oleh ي jika hadir

pada suku kata terbuka atau suku

kata tertutup

Contoh

- ikan - dinding

- isi - kiri

- imbas - ganding

Page 12: Assignment Sejarah

Jadual 6 : Pelambangan Vokal (i)

(iii) Vokal e

Dalam fonem bahasa Melayu, vokal e melambangkan dua sebutan vokal

iaitu e-pepet [ə] dan e-taling [e]. Cara perlambangan kedua-dua vokal e

ini adalah seperti berikut :

(a) Vokal e-pepet [ə]

Jadual 7 : Pelambangan Vokal (e) bagi bunyi vokal e-pepet [ə]

12

Cara Pertama Cara Kedua

Dilambangkan dengan huruf alif

jika hadir di awal perkataan (ا )

tidak dilambangkan apabila hadir

pada suku kata tertutup

Contoh

- emak - tempat

- emping - tendang

- embun - gendang

Page 13: Assignment Sejarah

(b) Vokal e-taling [e]

Jadual 8 : Pelambangan Vokal (e) bagi bunyi vokal e- taling [e]

(iv) Vokal o

Terdapat dua cara dalam perlambangan vokal (o). Cara perlambangan

vokal (o) ini adalah seperti berikut :

13

Cara Pertama Cara Kedua

Dilambangkan ا ي

jika hadir di awal perkataan

Dilambangkan oleh ي jika

hadir pada suku kata terbuka

atau suku kata tertutup

Contoh

- elok - leceh

- enak - becak

- enjak - dendang

Page 14: Assignment Sejarah

Jadual 9 : Pelambangan Vokal (o)

(v) Vokal u

Terdapat dua cara dalam perlambangan vokal (i). Cara perlambangan

vokal (i) ini adalah seperti berikut :

14

Cara Pertama Cara Kedua

Dilambangkan ا و

jika hadir di awal perkataan

Dilambangkan oleh و jika hadir

pada suku kata terbuka atau

suku kata tertutup

Contoh

- ombak - kota

- orang - goda

- oleh - pidato

Cara Pertama Cara Kedua

Dilambangkan ا و

jika hadir di awal perkataan

Dilambangkan oleh و jika hadir

pada suku kata terbuka atau

suku kata tertutup

Contoh

- ubat - suku

- udara - duku

- utus - tuang

Page 15: Assignment Sejarah

Jadual 10 : Pelambangan Vokal (o)

2.2.3 Pelambangan Diftong

Huruf ini hendaklah ditulis bersendirian dan letaknya separas dengan huruf-huruf

lain apabila huruf ini bertugas sebagai pemisah di antara dua bunyi vokal. Vokal

yang terkandung dalam kumpulan diftong ialah [ai] [oi] dan [au].

(a) Diftong [ai] dilambangkan dengan dua cara yang berikut :

(1)Huruf alif-hamzah-ya digunakan apabila diftong [ai] berada di awal kata atau

berdiri sebagai satu suku kata. Contohnya seperti berikut:

Ejaan Jawi Padanan Rumi

Aising

Aileron

Kiai

(2)Huruf alif-ya digunakan apabila diftong [ai] berada di tengah kata atau di

akhir kata. Contohnya :

15

Page 16: Assignment Sejarah

Ejaan Jawi Padanan Rumi

Baiduri

Kailan

Serai

Jadual 11 : Pelambangan Vokal (o)

(b) Diftong [au] dilambangkan dengan dua cara yang berikut :

(1)Huruf alif-hamzah-wau digunakan apabila diftong [au] berada di awal kata

atau berdiri sebagai satu suku kata. Misalnya :

Ejaan Jawi Padanan Rumi

Audio

Automatik

audit

(2)Huruf alif-wau digunakan apabila diftong [au] berada di tengah kata atau di

akhir kata. Misalnya :

Ejaan Jawi Padanan Rumi

saudara

Baucar

Tauge

Jadual 12: Pelambangan Vokal (o)

(b) Diftong [au] dilambangkan dengan dua cara yang berikut :

(1)Huruf alif-wau-hamzah-ya digunakan apabila diftong [oi] berada di awal

kata. Contohnya :

Ejaan Jawi Padanan Rumi

oidium

16

Page 17: Assignment Sejarah

(2)Huruf wau-ya digunakan apabila diftong [oi] berada di tengah kata atau di

akhir kata. Contohnya :

Ejaan Jawi Padanan Rumi

boikot

sekot

kaloi

Jadual 13 : Pelambangan Vokal (o)

2.2.4 Pelambangan Konsonan

Sejumlah 34 huruf (daripada 36 huruf - tidak termasuk alif dan ye serta wau dan

ya yang berfungsi sebagai lambang vokal) dalam senarai abjad Jawi bahasa

Melayu adalah huruf-huruf konsonan yang hampir semuanya menjadi lambang

satu lawan satu antara huruf dengan fonem konsonan. Huruf digunakan (va) ۏ

sebagai lambang fonem atau bunyi [v] yang terdapat dalam kata serapan

daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain. Misalnya :

Ejaan Jawi Padanan Rumi

variasi

video

universiti

Huruf ق (qaf) digunakan sebagai lambang bagi semua bunyi hentian glotis [ˀ] di

akhir kata jati bahasa Melayu. Misalnya :

Ejaan Jawi Padanan Rumi

budak

17

Page 18: Assignment Sejarah

naik

pokok

Huruf ta-marbutah iaitu ة (huruf ta simpul) dalam kata serapan daripada bahasa

Arab melambangkan fonem [t] atau [h] sebagai kelainan sebutan sekiranya

kelainan sebutan tersebut tidak membezakan makna. Contoh :

Ejaan Jawi Padanan Rumi

akibah/akibat

hidayah/hidayat

musibah/musibat

2.2.5 Pengejaan Kata Dasar Ekasuku

Dalam Daftar Ejaan Jawi – Rumi Za’ba, ejaan bagi kata dasar ekasuku ini sudah

seragam. Oleh yang demikian itu, tiada keselarasan atau perubahan yang perlu

dilakukan. Contoh bagi kata dasar ekasuku ialah :

(a) am –

(b) bab _

(c) khas _

(d) hal _

2.2.6 Pengejaan Kata Pinjaman daripada Bahasa Arab

Terdapat beberapa kategori pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Arab.

Kategori-kategori tersebut ialah :

(a) Kata-kata pinjaman yang merupakan istilah agama Islam hendaklah dieja

seperti ejaan Arab yang asal. Contohnya :

wudu’ –

wuquf _

tayammum _

18

Page 19: Assignment Sejarah

sujud _

zakat _

(b) Kata-kata pinjaman Arab yang sudah diserap menjadi kata-kata umum

dalam bahasa Melayu hendaklah dieja mengikut bunyi bahasa Melayu.

Contohnya :

sabun -

ahli -

izin -

peduli -

kertas -

Bunyi vokal [a], [i], atau [u] tanpa huruf vokal pada istilah agama ditulis

dengan huruf alif, ya atau wa pada kata serapan yang digunakan dengan

pengertian umum. Misalnya :

arif -

al-arif -

hakim -

al-hakim -

2.2.7 Pengejaan Kata Serapan daripada Bahasa Inggeris

Bagi pengejaan kata serapan daripada bahasa Inggeris, situasi-situasi yang

berikut perlulah diberi perhatian:

(a) Kata-kata yang merupakan istilah hendaklah ditransliterasikan daripada ejaan

rumi Bahasa Melayu. Contohnya :

Ejaan Jawi Padanan Rumi

abstrak

geometri

psikologi

19

Page 20: Assignment Sejarah

(b) Kata-kata pinjaman yang sudah merupakan kata-kata umum dalam bahasa

Melayu hendaklah dieja dalam bahasa Melayu. Contohnya :

Ejaan Jawi Padanan Rumi

bus

faktor

stesen

2.2.8 Penulisan Kata Ulang

Dalam sistem ejaan jawi ini, penulisan kata ulang hendaklah dibuat seperti pada

ejaan rumi iaitu diulang-ulang kata tersebut dan diberi sempang. Rentetan itu,

tanda (٢) untuk menunjukkan pengulangan pada daftar Za’ba telah dihapuskan.

Contohnya :

Ejaan Lama Ejaan Baru

kupu-kupu

buah-buahan

2.3 Perbezaan Sistem Tulisan Jawi antara Kitab Pengetahuan Bahasa dengan Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Tulisan Jawi yang kita lihat pada hari ini adalah berbeza ejaannya berbanding ejaan

Jawi pada suatu masa dahulu. Ejaan Jawi kini telah banyak melalui perubahan mengikut

arus peredaran zaman. Jawi kini mengalami evolusi kerana berbanding zaman dahulu,

ejaan Jawi kini perlu menyaingi ejaan Melayu moden (Rumi) dengan pelbagai istilah

moden, terutamanya dalam sains dan teknologi yang banyak menggunakan kata

pinjaman daripada Bahasa Inggeris. Daripada Jawi lama pengaruh Arab yang

menggunakan baris, kini ejaan Jawi moden telah menggantikan baris tersebut dengan

huruf vokal atau dipanggil sebagai huruf saksi, iaitu alif, wau dan ya.

Perubahan daripada Jawi lama kepada Jawi moden hari ini memerlukan satu

transliterasi mesin yang cekap agar hasilnya lebih tepat. Kajian ini melihat kepada isu-

isu yang terdapat di dalam transliterasi mesin manuskrip Melayu yang menggunakan

ejaan Jawi lama kepada Jawi baru. Di antara isu yang cuba diketengahkan di sini adalah

perkataan Jawi lama yang homograf, perkataan yang dieja secara bersambung,

20

Page 21: Assignment Sejarah

penggunaan huruf yang tidak konsisten, kedudukan huruf yang berubah-ubah dan

pelbagai lagi. Semua isu ini perlu ditangani dalam membangunkan transliterasi mesin

Jawi lama kepada baru.

Oleh itu, kami telah melaksanakan analisis bagi mengenal pasti perbezaan

sistem tulisan jawi antara Kitab Pengetahuan Bahasa karya Raja Ali Haji dengan

Pedoman Ejaan Jawi yang telah disempurnakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sebanyak 10 perbezaan yang telah dikenal pasti seperti yang tertera di bawah ini:

2.3.1 Perlambangan Vokal

Dalam Kitab Pengetahuan Bahasa karya Raja Ali Haji, beliau telah

menggunakan tanda baca seperti baris atas, bawah dan depan untuk

membezakan bunyi setiap huruf bagi perkataan yang ditulisnya. Hal ini juga

menjadi perlambangan sebutan vokal dalam perkataan. Meskipun setiap

perkataan turut hadir dengan huruf vokal seperti `alif`, wau` dan `ya`, namun

Raja Ali Haji tetap menggunakan tanda baca bagi membunyikan huruf-huruf

dalam perkataan tersebut. Walaupun penggunaan ini tidak terlalu ketara,

namun turut digunakan beberapa kali oleh Raja Ali Haji dalam penulisannya

sebagai contoh untuk perkataan yang bertanda depan iaitu perkataan jamu

untuk membunyikan sebutan `u`. Contohnya dapat dilihat dalam Kitab

Pengetahuan Bahasa halaman 416 iaitu:

Gambar 1: Petikan halaman 416 dalam Kitab Pengetahuan Bahasa

karya Raja Ali Haji (1859)

Jika dilihat pada perkataan jamu di atas, tanda baris atas digunakan

untuk membunyikan suku kata ‘ja’. Selain itu, suku kata ‘mu’ juga turut

diletakkan baris depan yang turut sama dibunyikan dalam sebutan bahasa

21

Page 22: Assignment Sejarah

Melayu. Walaupun begitu, tidak semua perkataan diletakkan tanda baris sama

ada baris atas, bawah dan depan.

Manakala dalam Buku Pedoman Ejaan Jawi yang disempurnakan oleh

Dewan Bahasa dan Pustaka tanda baris tidak lagi digunakan sebagai

perlambangan vokal. Kita dapat melihatnya dengan pada contoh halaman tujuh

pada perkataan elok, enak dan enjak di bawah. Ternyata dengan jelas bahawa,

vokal tidak lagi digandingkan dengan tanda baris bagi membunyikan huruf-

huruf vokal tersebut.

Gambar 2: Petikan halaman 7 dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang

Disempurnakan DBP (1986)

2.3.2 Perlambangan Konsonan

Sistem tulisan jawi dalam Kitab Pengetahuan Bahasa sememangnya

menggunakan sistem ejaan jawi klasik. Hal ini demikian kerana, kita dapat

melihat dari segi penggunaan huruf jawi `fa` yang mewakili ejaan bagi sebutan

bahasa Melayu `pa`. Contohnya bagi perkataan ‘ceper’ dan juga ‘celupar’ di

bawah ini:

Gambar 3: Petikan halaman 365 dalam Kitab Pengetahuan Bahasa

karya Raja Ali Haji (1859)

22

Page 23: Assignment Sejarah

Jika kita melihat gambar di atas, perkataan ‘ceper’ dan ‘celupar’ masih

menggunakan huruf jawi ‘fa’. Penggunaan tulisan seperti ini menunjukkan

bahawa Kitab Pengetahuan Bahasa masih lagi menggunakan sistem tulisan jawi

klasik yang menggunakan sistem ejaan lama.

Manakala dalam Buku Pedoman Ejaan Jawi yang disempurnakan oleh

Dewan Bahasa dan Pustaka, huruf jawi ‘pa’ telah mula digunakan bagi

menggantikan ‘fa’. Kita dapat melihat dengan jelas pada contoh halaman 14 di

bawah. Perkataan-perkataan seperti perli, pergi, perdu, dan perlu, huruf

konsonan p telah dieja dengan menggunakan huruf jawi ‘pa’ tidak lagi ‘fa’.

Gambar 4: Petikan halaman 14 dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang

Disempurnakan DBP (1986)

2.3.3 Hentian Glotis

Seterusnya, perbezaan antara Sistem Tulisan Jawi dalam Kitab Pengetahuan

Bahasa dan Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan Dewan Bahasa dan

Pustaka yang ketara dan dapat dilihat dengan jelas ialah bagi aspek hentian

glotis. Bagi Kitab Pengetahuan Bahasa yang ditulis oleh Raja Ali Haji,

kebanyakan perkataan yang berakhir dengan hentian glotis akan dieja dengan

menggunakan huruf ‘hamzah’, ‘kaf’ atau ‘qaf’ seperti perkataan pokok di bawah.

Perkataan pokok yang diakhiri dengan hentian glotis dieja dengan huruf

‘hamzah’.

23

Page 24: Assignment Sejarah

Gambar 5: Petikan halaman 403 dalam Kitab Pengetahuan Bahasa

karya Raja Ali Haji (1859)

Walau bagaimanapun huruf ‘qaf’, ‘kaf ’dan ‘hamzah’ tetap

digunakan di akhir kata serapan daripada bahasa Arab seperti dalam

ejaannya yang asal mengikut Pedoman Ejaan Jawi yang

disempurnakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Contohnya:

Gambar 6: Petikan halaman 9 dalam Buku Pedoman Ejaan Jawi

Bahasa Melayu (1996)

Manakala dalam Buku Pedoman Ejaan Jawi yang disempurnakan oleh

Dewan Bahasa dan Pustaka, huruf ‘qaf’ telah digunakan bagi menggantikan

huruf ‘hamzah’ pada semua perkataan bahasa Melayu yang berakhir dengan

huruf konsonan k. Kita dapat melihat dengan jelas pada contoh perkataan baik,

naik dan pokok di bawah.

Gambar 7: Petikan halaman 26 dalam Pedoman Ejaan Jawi yang

Disempurnakan DBP (1986)

24

Page 25: Assignment Sejarah

2.3.4 Pertukaran Ta Marbutah (ة) kepada Ta (ت)

Selanjutnya, perbezaan yang boleh dilihat setelah dianalisis ialah pertukaran ‘ ta

marbuta’(ة) kepada ‘ta’ (ت). Raja Ali Haji menggunakan ‘ta marbutah’ (ة) bagi

setiap perkataan yang berakhir dengan fonem ‘t’. Setiap hujung perkataan yang

diakhiri dengan fonem “t”, akan ditulis dengan menggunakan huruf ة‘ta-

marbutah’ pada setiap perkataan tersebut. Contoh yang jelas dapat dilihat pada

perkataan bulat di bawah ini.

Gambar 8: Petikan halaman 440 dalam Kitab Pengetahuan Bahasa

karya Raja Ali Haji (1859)

Seterusnya, bagi perkataan sempat dan tempat di bawah ini tidak lagi

dieja dengan menggunakan Pta marbutah Sebaliknya, kedua-dua kata ini .(ة)

dieja dengan menggunakan ta (ت).

Gambar 9: Petikan halaman 7 dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang

Disempurnakan DBP (1986)

2.3.5 Pengguguran (ء) pada huruf  ( ا )

25

Page 26: Assignment Sejarah

Di samping itu, terdapat perbezaan lain yang dikenal pasti antara Kitab

Pengetahuan Bahasa dan juga Buku Pedoman Ejaan Jawi bagi pengejaan

perkataan yang mengandungi huruf (ء) di atas huruf .(ا) Raja Ali Haji telah

menetapkan syarat pengejaan terhadap beberapa perkataan supaya diletakkan

( ,Contoh bagi petikan di bawah ialah pada perkataan iaitu .(ا) di atas huruf ( ء

perkataan, perbuatan dan juga pendengaran.

Gambar 10: Petikan halaman 416 dalam Kitab Pengetahuan Bahasa

karya Raja Ali Haji (1859)

Namun begitu, dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang

Disempurnakan DBP, kebanyakan perkataan yang bukan kata pinjaman

atau serapan, huruf hamzah di atas huruf alif akan digugurkan. Contoh

yang jelas dapat dilihat pada perkataan emak, emping, embun dan juga

empat di bawah:

Gambar 11: Petikan halaman 7 dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang

Disempurnakan DBP (1986)

2.3.6 Penggunaan Diftong

Diftong dalam bahasa Melayu terdiri daripada tiga jenis iaitu au, oi dan juga ai.

Oleh yang demikian, Raja Ali Haji dalam Kitab Pengetahuan Bahasa telah

menggariskan prinsip pengejaan supaya hanya menggunakan tanda baris

sahaja pada perkataan diftong sama ada baris atas atau depan. Contoh

perkataan cabai di bawah ini, beliau hanya meletakkan baris atas supaya

perkataan itu dapat dibaca dan difahami dengan baik oleh pembaca.

26

Page 27: Assignment Sejarah

Gambar 12: Petikan halaman 463 dalam Kitab Pengetahuan Bahasa

karya Raja Ali Haji (1859)

Namun begitu, pengejaan perkataan yang mempunyai diftong

tidak lagi digandingkan dengan tanda baris atau depan dalam Buku

Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan DBP. Walau bagaimanapun,

pengejaan perkataan-perkataan yang mengandungi diftong akan

ditambahkan huruf alif agar tidak keliru dengan pengejaan perkataan

yang serupa tetapi berlainan maknanya seperti contoh di bawah ini.

Gambar 13: Petikan halaman 28 dalam Pedoman Ejaan Jawi yang

Disempurnakan DBP (1986)

2.3.7 Penulisan Kata Ulang

Bagi aspek yang terakhir iaitu penulisan kata ulang juga mempunyai perbezaan

yang ketara antara pengejaan dalam Kitab Pengetahuan Bahasa dan Buku

Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan DBP. Dalam Kitab Pengetahuan

27

Page 28: Assignment Sejarah

Bahasa, penulisan kata ulang berimbuhan akan ditulis dengan menggunakan

tanda angka dua Arab iaitu (٢) seperti perkataan tumbuh-tumbuhan dan

minuman-minuman di bawah.

Gambar 14: Petikan halaman 440 dalam Kitab Pengetahuan Bahasa

karya Raja Ali Haji (1859)

Namun begitu, dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang

disempurnakan DBP telah menyatakan bahawa tanda angka dua Arab

iaitu (٢)dihapuskan dan dieja penuh seperti yang dapat dilihat dengan

pada contoh-contoh perkataan di bawah. Tiada lagi penggunaan angka

dua Arab digunakan bagi penulisan kata ulang.

Gambar 15: Petikan halaman 35 dalam Pedoman Ejaan Jawi yang

Disempurnakan DBP (1986)

2.3.8 Pemisahan Partikel yang

Dalam Kitab Pengetahuan Bahasa karya Raja Ali Haji, beliau telah menulis

perkataan yang bersambung dengan perkataan yang lain seperti yang tertera

pada contoh di bawah iaitu frasa orang yang. Namun, penulisan perkataan yang

28

Page 29: Assignment Sejarah

bagi sistem tulisan jawi sekarang tidak ditulis secara bersambung dengan

perkataan yang lain.

Gambar 16: Petikan halaman 328 dalam Kitab Pengetahuan Bahasa

karya Raja Ali Haji (1859)

2.3.9 Pengguguran Huruf Hamzah (ء) pada Huruf Kaf (ڬ )

Kebanyakan perkataan yang mengandungi huruf (ک) pada sistem ejaan jawi

lama dalam Kitab Pengetahuan Bahasa karya Raja Ali Haji ditulis dengan huruf (

.Contoh perkataan di bawah ialah cuka .(ء ) iaitu ditambah huruf Hamzah ( ڬ

Gambar 17: Petikan halaman 450 dalam Kitab Pengetahuan Bahasa

karya Raja Ali Haji (1859)

Setelah dikaji dan dianalisis berdasarkan sistem tulisan jawi

sekarang, huruf hamzah ( (ء pada huruf kaf (ڬ) digugurkan dan ditulis

seperti contoh perkataan bingka di bawah.

29

Page 30: Assignment Sejarah

Gambar 18: Petikan halaman 15 dalam Pedoman Ejaan Jawi yang

Disempurnakan DBP (1986)

2.3.10 Penambahan Huruf Vokal Alif (ا), Wau (و) dan Ya (ي)

Berdasarkan analisis yang telah dilaksanakan, kami mendapati perbezaan

yang jelas dapat dilihat pada aspek penambahan huruf vokal pada huruf vokal

alif ,(ا) wau (و) dan ya (ي).Contoh perkataan yang ditulis oleh Raja Ali Haji

dalam karyanya Kitab Pengetahuan Bahasa iaitu segala dan sesuatu.

Berdasarkan sistem ejaan Jawi lama, huruf vokal alif ( ini (ي) dan ya (و) wau ,(ا

tidak ditambah pada kebanyakan perkataan berbanding buku Pedoman Ejaan

Jawi yang Disempurnakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

30

Page 31: Assignment Sejarah

Gambar 19: Petikan halaman 321 dalam Kitab Pengetahuan Bahasa

karya Raja Ali Haji (1859)

Oleh itu, berdasarkan analisis yang telah dijalankan terhadap kedua-dua kitab

Pengetahuan Bahasa dan Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan Dewan Bahasa

Pustaka (DBP) terdapat banyak perbezaan yang ketara dalam sistem tulisan jawinya.

Secara umumnya, semua perbezaan ini dapat dilihat menerusi pelambangan vokal,

pelambangan konsonan, pertukaran Ta Marbutah (ة) kepada Ta (ت), penggunaan ( ء )

pada huruf ( ا ), hentian glotis, penggunaan diftong, penulisan kata ulang dan pemisah

partikel yang.

2.5 Rumusan Perbezaan Sistem Tulisan Jawi antara Kitab Pengetahuan Bahasa dengan Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Berdasarkan perbezaan-perbezaan yang telah dianalisis dan dinyatakan seperti di

atas, rumusan perbezaan Sistem Tulisan Jawi antara Kitab Pengetahuan Bahasa

dengan Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

ini dapat dilihat menerusi jadual di bawah :

No Perkara Kitab Pengetahuan BahasaPedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan

1

Perlambangan

vokal dengan

pengguguran baris

pada perkataan

Menggunakan tanda baca

seperti baris atas, bawah dan

depan untuk membezakan

bunyi setiap huruf bagi

sesuatu perkataan

Tanda baris tidak lagi

digunakan sebagai

perlambangan vokal

2 Pelambangan

konsonan dengan

penggunaan huruf

pa ( ڤ ) dan fa

( ف )

Masih lagi menggunakan

sistem tulisan jawi klasik yang

menggunakan sistem ejaan

lama. Bunyi vokal ‘pa’ masih

menggunakan huruf jawi ‘fa’

huruf jawi ‘pa’ ( ڤ ) telah

mula digunakan bagi

menggantikan ‘fa’

( ف )

31

Page 32: Assignment Sejarah

dari segi ejaannya.

3

Hentian Glotis iaitu

penukaran hamzah

ق ) dengan qaf ( ء )

)

Perkataan yang berakhir

dengan hentian glotis akan

dieja dengan menggunakan

huruf ‘hamzah’, ‘kaf’ atau ‘qaf’

seperti perkataan pokok.

Namun, huruf ‘qaf’, ‘kaf

’dan ‘hamzah’ tetap

digunakan di akhir kata

serapan daripada bahasa

Arab seperti dalam

ejaannya yang asal

huruf ‘qaf’ telah digunakan

bagi menggantikan huruf

‘hamzah’ pada semua

perkataan bahasa Melayu

yang berakhir dengan

huruf konsonan k

4

Pertukaran Ta

Marbutah (ة)

kepada Ta (ت)

Ta marbutah’ (ة) ditulis bagi

setiap perkataan yang

berakhir dengan fonem ‘t’.

Pada masa kini, setiap

perkataan yang berakhir

dengan fonem ‘t’ tidak

lagi menggunakan Ta

marbutah’ (ة) tetapi

ditukar dengan Ta (ت).

5Penggunaan ( ء )

pada huruf ( ا )

Syarat pengejaan terhadap

beberapa perkataan supaya

diletakkan ( ء ) di atas huruf (

Contohnya pada perkataan .(ا

iaitu dan perkataan.

Kebanyakan perkataan

yang bukan kata pinjaman

atau serapan, huruf

hamzah ( ء ) di atas huruf

alif (ا). akan digugurkan

6 Penggunaan

diftong Prinsip pengejaan

menggunakan tanda baris

sahaja pada perkataan

tidak lagi digandingkan

dengan tanda baris atau

depan dalam Buku

32

Page 33: Assignment Sejarah

diftong sama ada baris atas

atau depan supaya

perkataan itu dapat dibaca

dan difahami dengan baik

oleh pembaca.

ditambahkan huruf alif

agar tidak keliru ( ا )

dengan pengejaan

perkataan yang serupa

tetapi berlainan maknanya

7penulisan kata

ulang

Penulisan kata ulang

berimbuhan akan ditulis

dengan menggunakan tanda

angka dua Arab iaitu (٢)

Tanda angka dua Arab

iaitu (٢)dihapuskan dan

dieja penuh

8

Penambahan huruf

vokal ya ( ي ) ,

wau

( ا ) dan alif ( و )

Berdasarkan sistem ejaan

Jawi lama, huruf vokal alif (ا),

wau (و) dan ya (ي) ini tidak

ditambah pada kebanyakan

perkataan Contohnya

perkataan segala dan

sesuatu.

Kebanyakkan perkataan

ditambah huruf vokal alif (

(ي) dan ya (و) wau ,(ا

dalam ejaan jawi yang

baru.

9

Penguguran huruf

hamzah ( ء ) pada

huruf kaf ( ک )

Sistem ejaan jawi lama ditulis

dengan huruf (ڬ ) iaitu

ditambah huruf Hamzah ( ء)

di atas huruf (ڬ ). Contoh

perkataan di bawah ialah

cuka.

Pada masa kini, huruf

hamzah ( ء) pada huruf

kaf (ڬ) digugurkan.

Contoh perkataan bingka .

10 Pemisah partikel

yang

menulis perkataan yang

bersambung dengan

perkataan yang lain seperti

yang tertera pada contoh di

bawah iaitu frasa orang

Perkataan yang dalam

sistem tulisan jawi

sekarang tidak ditulis

secara bersambung

33

Page 34: Assignment Sejarah

yang.dengan perkataan yang

lain.

Jadual 14 : Rumusan Perbezaan Sistem Tulisan Jawi antara Kitab Pengetahuan

Bahasa dengan Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan Dewan

Bahasa dan

Pustaka (DBP).

3.0 PEMILIHAN ISTILAH BAHASA MELAYU DALAM KAMUS

Pada abad yang ke-19, etimologi dianggap sebagai tugas yang paling mulia untuk para

sarjana bahasa. Konsep bahasa purba dan salasiah bahasa yakni konsep yang asasi

dalam perkembangan ilmu linguistik moden, hanya dicapai dengan menerapkan

pendekatan etimologi.

3.1 Konsep Etimologi

Secara umumnya, etimologi atau asal usul kata merupakan satu aspek yang penting

dalam sesebuah kamus. Bagi kebanyakan kamus ekabahasa pemasukan unsur

etimologi kadangkala bukanlah satu kemestian. Hal ini kerana penuntutan suatu

penyelidikan yang rapi dan wawasan ilmu yang gigih perlu untuk menelurusi unsur

serapan bahasa asing atau bahasa serumpun dalam bahasa asli.

34

Page 35: Assignment Sejarah

Jika dilihat dalam kamus dewan edisi keempat, etimologi adalah cabang ilmu

linguistik yang mempelajari asal-usul suatu kata. Bagi mengetahui etimologi sesuatu

perkataan, kita perlu mahir dalam disiplin-disiplin ilmu yang berkaitan dengannya. Kata

etimologi sendiri berasal daripada bahasa yunani yang bermaksud ilmu yang mencari

kebenaran. Pada zaman Yunani Kuno, dipercayai bahawa makna yang paling tua

adalah makna yang benar, seakan erti yang diberi pada sesuatu kata meleset daripada

erti yang tepat. Walaubagaimana pun, anggapan kuno ini tidak diterima lagi kerana

konsep falsafah yang melatarinya sudah lenyap.

Menurut tokoh Bynon, (1997), beliau menyebut bahawa etimologi ditakrifkan

sebagai usaha menyusun sejarah bentuk dan makna kata. Sejarah formal dan semantik

ini harus dikesan sepanjang edaran zaman sehingga mencapai tahap nahu bahasa

yang lebih tua atau seandainya kata yang ditelaah itu adalah kata pinjaman, sehingga

mencapai nahu bahasa sumber pinjaman. Nahu yang dicapai itu mesti mencakupi

rumus-rumus yang dapat menerbitkan bentuk dan makna kata yang dikesan itu.

Dengan landasan definisi ini, dapatlah disimpulkan bahawa etimologi

menyangkut tiga persoalan utama yang dapat dirumuskan dalam rajah di bawah:

35

Etimologi melibatkan masalah bentuk dan

makna

Dua syarat penentuan etimologi iaitu:syarat formal atau syarat bentuk, iaitu kesepaduan bunyi kata itu, mesti teratur syarat semantik atau syarat maknawi iaitu perkembangan makna kata itu, mesti munasabah.

Etimologi tidak mungkin menghasilkan cuma sebuah senarai kata

segala senarai kata dan kata daftar kata asing masih belum mencukupi yakni belum menangani tugas etimologi.perubahan bahasa merupakan sejenis proses yang hidup yang berakar pada masyarakat yang berubah-rubah(faktor yang mempengaruhi perubahan bunyi kata)

Etimologi tidak mungkin menghasilkan cuma sebuah senarai kata

etimologi tidak terbatas pada kajian kata pinjaman sahaja. kajian kata pinjaman itu termasuk dalam etimologi tetapi etimologi lebih besar daripada itu.secara umumnya, etimologi yang tulen memberi tekanan yang sama berat dua unsur iaitu kata asli dan kata asing.

Page 36: Assignment Sejarah

Rajah 2: Persoalan dalam Etimologi

3.2 Prinsip Etimologi

Sebelum penelitian etimologi dapat dilakukan, beberapa prinsip harus dikemukakan iaitu

keseimbangan bentuk dan makna, terjalinnya sejarah bahasa dan sejarah sosial serta

bidang cakupan etimologi yang merangkumi kata warisan dan kata pinjaman.

Prinsip Kata Kembar Etimologi

a) Ditakrifkan sebagai pasangan kata dalam satu bahasa yang berasal daripada

sumber yang sama.

b) Bahasa sumber merupakan bahasa yang digolongkan dalam rumpun atau keluarga

bahasa lain.

c) Terdapat kata pinjaman antara dialek yang menghasilkan kata kembar etimologi.

d) Contoh:

kerja Kegiatan melakukan sesuatu

karya Buatan atau ciptaan seni

Prinsip Etimologi Rakyat

a) Suatu usaha memberi peringatan baru pada sesuatu kata dengan merujuk

kepada kata atau morfem yang sudah lazim.

b) Kadangkala seseorang individu menciptakan etimologi untuk sesuatu kata

dengan mereka-reka sejarah atau mempercayai persamaan palsu.

c) Contoh:

kinabalu

Ada yang berpendapat kata itu berasal daripada

frasa 'balu Cina' kerana kononya dahulu ada orang

Cina yang meninggal di sana.

Prinsip Hiperkoreksi

36

Page 37: Assignment Sejarah

a) Kecenderungan membetulkan atau meningkatkan sesuatu kata sehinggakan

‘pembetulan’ itu merupakan kesalahan.

b) Sasaran pembetulan dilampaui iaitu pola pembetulan ditetapkan dalam

lingkungan yang salah.

c) Contoh:

petai: petal

Kata asalnya ialah petai, namun setelah vokal /i/ ditukarkan

kepada /l/ maka bunyi bertukar menjadi petal.

Berkemungkinan kata petal disebut oleh individu yang beasal

dari Kedah

3.3 Cara Pemilihan Istilah Bahasa Melayu Dalam Kamus Berdasarkan

Pendekatan Etimologi.

Sebelum penelitian etimologi dapat dilakukan, beberapa prasyarat harus dipatuhi.

Prasyarat utama melibatkan data yang hendak dikaji. Data yang dimaksudkan ini boleh

dibahagikan kepada dua golongan iaitu terbitan atau naskhah yang memuatkan kata-

kata yang hendak diteliti serta tulisan lain yang menampilkan teori tentang kesepaduan

bunyi atau kajian etimologi tertentu.

Merujuk kepada penelitian etimologi tentang kata-kata Melayu, rujukan tertumpu

pada terbitan dalam bahasa Melayu terutamanya tulisan purba. Telah diperkarakan

bahawa lebih kurang 600 buah karya Melayu klasik baik dalam bentuk terbitan mahupun

naskhah yang belum diterbitkan lagi. Selain itu, banyak tulisan dalam bahasa Melayu

moden mesti dirujuk juga. Data yang sudah diterbitkan hendaklah dikumpul. Data yang

belum terbit seharusnya diterbitkan secara bertahap atau berperingkat.

Namun begitu, kekurangan yang sangat terasa dalam usaha etimologi adalah

kekurangan data dialek. Pentingnya data dialek dalam menentukan etimologi sudah

lama diketahui bagi menambah pengetahuan berbahasa. Jika dibandingkan dengan

negara luar, kamus etimologi Inggeris telah mengumpul etimologi dialek berbanding di

negara Malaysia. Tambahan lagi, belum ada usaha yang maksimum dijalankan bagi

mengumpul dan menerbitkan naskhah-naskhah dialek. Oleh pihak-pihak berwajib

hendaklah mengambil tindakan contohnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi

menerbitkan etimologi dialek. Hal ini kerana Projek Kosa Kata yang dilaksanakan oleh

DBP tidak berlandaskan kajian dialek dan boleh dianggap tidak munasabah.

37

Page 38: Assignment Sejarah

Bukan itu sahaja, usaha etimologi lain merupakan data rujukan yang penting.

Kamus-kamus lama serta catatan etimologi dahulu mestilah dihimpunkan bagi penelitian

yang lebih lanjut. Walau bagaimanapun, di Malaysia masih tiada mana-mana

perpustakaan yang menyimpan atau mempunyai koleksi kamus Melayu yang lengkap.

Sekiranya data dan sumber rujukan sudah lengkap maka kaedah etimologi boleh

diterapkan. Kaedah ini tidak lain daripada kaedah linguistik sejarah. Hal ini kerana ilmu

linguistik komparatif memerlukan pemisahan kata pinjaman daripada kata asli dengan

sendirinya etimologi merupakan sebahagian linguistik sejarah.

Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa cara pemilihan istilah bahasa Melayu

dalam kamus berdasarkan etimologi boleh dibahagikan kepada beberapa aspek.

Pertama, terbitan bahasa Melayu melalui tulisan purba dan yang kedua adalah data

dialek.

3.3.1 Pedoman Kaedah Lingustik Sejarah

Penerapan metodologi linguistik sejarah dengan teratur dan malar adalah asas

segala usaha etimologi. Lanjutan daripada itu, terdapat enam pedoman yang

dilihat mampu memberikan penjelasan atau melengkapi kaedah linguistik

sejarah. Keenam-enam pedoman ini melibatkan aspek-aspek praktis dan

teoretis.

38

Pedoman 1Sebelum meneliti sesuatu etimologi, pastikan ketika atau masa kata itu

muncul untuk pertama kalinya.

Pedoman 2Sejarah dan geografi harus

dipertimbangkan

Pedoman 3Kesepadanan bunyi yang telah

diketahui harus melandaskan usaha etimologi

Pedoman 4Tekanan harus diberi pada kata lisan

Pedoman 5Dialek-dialek daerah merupakan sumber penting dalam etimologi

Pedoman 6Setiap unsur kata harus diterangkan

Page 39: Assignment Sejarah

Rajah 3: Pedoman Kaedah Linguistik Sejarah

Pedoman 1: Sebelum meneliti sesuatu etimologi, pastikan ketika atau masa

kata itu muncul untuk pertama kalinya.

Terdapat beberapa contoh yang boleh dikemukakan antaranya ialah kata beta

iaitu kata ganti diri pertama agak sukar untuk dijelaskan. Asal bentuknya juga

tidak dapat diterangkan atau belum ditentukan. Berkemungkinan kata ini berasal

daripada gabungan ba+ita iaitu kata pinjaman daripada bahasa Hindi. Pada hari

ini, kata ini hanya boleh diutarakan kepada golongan tertentu sahaja iaitu

golongan diraja yang menggambarkan titah raja. Namun begitu, menurut

naskhah-naskhah Melayu lama perkataan beta tidak terbatas pada raja tetapi

dipakai oleh pedagang biasa. Oleh itu, dapatlah disimpulkan pada masa dahulu

perkataan beta bererti ‘saya’ (tidak formal).

Seterusnya dalam dialek Melayu Ambon, misalnya, terdapat dua forna,

'acuan untuk memanggang roti daripada tepung sagu'. Dengan f pada awal kata,

sudah pasti bahawa forna ini merupakan kata pinjaman. Ada yang berpendapat

bahawa 'forna' yang sebetulnya ialah fornuis 'dapur, tungku dapur' dalam bahasa

Belanda. Pengaruh Belanda di Pulau Ambon amat besar sejak abad ke-17.

Namun, kalau kita berpegang pada Pedoman 1 ini, kita mesti mencari forna

dalam naskhah Melayu. Ternyata de Houtman mencatat forna di Sumatera Utara

pada akhir abad yang ke-16. Dengan ini bererti forna sudah digunakan dalam

Bahasa Melayu sebelum Bahasa Belanda berpengaruh di Nusantara. Maka, kita

meragukan fornius sebagai sumber forna dan meneliti, umpamanya kata Arab

furn 'tempat panggang' sebagai sumber ahli forna.

Pedoman 2: Sejarah dan geografi harus dipertimbangkan: kata kata hanya

dapat dipinjam melalui pertembungan sosial

39

Page 40: Assignment Sejarah

Sebagaimana yang dinyatakan dalam tulisan ini, bahasa Tagalog mengandungi

banyak kata Arab. Tetapi secara dasarnya orang yang berbahasa Tagalog

sekarang tidak beragama Islam manakala Pulau Luzon terletak jauh daripada

Jazirah Arab. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa andaian bahawa pernah

berlaku pertemuan antara kedua-dua bahasa tersebut iaitu Tagalog dan Arab.

Sejarah telah membuktikan bahawa ketika orang Sepanyol sampai ke Kepulauan

Filipina, seterusnya Manila dan pesisir Pulau Luzon menjadi daerah Islam di

bawah naungan Brunei. Maka dapatlah dijelaskan bahawa pertemuan Arab-

Tagalog terjadi dengan pengantaraan bahasa Melayu. Hal ini dapat dijelaskan

berdasarkan fakta sejarah dan budaya yang menyokong bentuk fonetik kata-kata

pinjaman itu.

Terdapat juga beberapa cetakan awal dalam bahasa Melayu yang

menunjukkan hubungan antara sejarah kata dan sejarah bahasa. Buktinya ialah

banyak cetakan Melayu digunakan sebagai teks dan kitab agama Kristian kerana

orang Belanda cepat menerapkan teknologi pencetakan kepada usaha

penyebaran agama Kristian Protestan yang diperkenalkan di Nusantara pada

abad ke-16. Contoh kitab yang terawal adalah buku terjemahan Genesis iaitu

taurat Kristian.

Pedoman 3: Kesepaduan bunyi yang telah diketahui harus melandaskan

usaha etimologi

Berdasarkan beberapa rujukan didapati terdapat beberapa huruf yang boleh

digabungkan atau disatukan bagi membentuk perkataan baharu. Contohnya

dalam bahasa Melayu berdasarkan huruf /b/ dan /w/ antara dua vokal /a/ bersatu

menjadi /w/ seperti [karban] menjadi [kawan]. Apabila timbul suatu pasangan

yang bertentangan dengan aturan ini maka faktor yang menyebabkan

penyimpangan itu harus dikemukakan. Kekecualian ini mungkin disebabkan kata

pinjaman atau faktor lain.

Kata Kembar Etimologi mempunyai perkaitan dengan ilmu linguistik

Austronesia komperatif dirujuk bagi memperjelaskan hubungan antara dua patah

40

Page 41: Assignment Sejarah

kata Melayu. Contohnya datuk dan ratu. Segala kemusykilan boleh diatasi dalam

kosa kata Melayu dapat diterangkan melalui penerangan prinsip kesepaduan

bunyi. Berdasarkan bunyi Melayu asli /d/ sepadan dengan bunyi Jawa asli /r/ dan

kedua-duanya diturunkan daripada bunyi dalam bahasa rumpun yang sama iaitu

bahasa Austronesia Purba (BAP). Dengan landasan kesepaduan yang teratur ini,

kata Melayu yang diwarisi dapat dibezakan secara jelas daripada kata Melayu

yang diserapkan dalam bahasa Jawa.

BAP MELAYU JAWA CONTOH KATA KEMBAR

MELAYU

*d D r datuk/ratu

*j D r belida/belira

*R R urat/otot

*Z J d jarum/pedoman

Jadual 15: Kesepaduan empat konsonan BAP dalam bahasa Melayu dan Jawa.

Pedoman 4: Tekanan harus diberi pada kata lisan: Sebutan dapat

menjelaskan percanggahan teks dan menyoroti etimologi

yang betul

Kekhilafan mungkin sahaja terjadi kalau kita mengabaikan sebutan kata Melayu.

Contohnya, Jones, 1984, telah membezakan homonim bahasa Indonesia.

Menurutnya aggar 'gudang kapal terbang' berasal daripada kata Belanda hangar

dengan erti yang sama. Tetapi menurut beliau, anggar 'permainan dengan

pedang' adalah kata 'Nusantara' iaitu kata asli kepulauan Melayu.

Seandainya Profesor Jones pernah mendengar sebutan anggar, mustahil

beliau mengemukakan pendapat salah itu. Dalam bahasa Indonesia, anggar itu

disebut dengan tekanan pada suku akhir, iaitu anggar. Dengan menginsafi

bahawa anggar ini hanya merujuk kepada sejenis olahraga yang berasal

daripada Eropah, iaitu seni melawan dengan pedang Eropah, tidak

menghairankanlah kalau asal anggar ini sebenarnya daripada bahasa Perancis

en garde melalui bahasa Belanda. Frasa en garde ini adalah seruan wajib pada

permulaan permainan itu; ertinya 'Awas! Bela diri! Kata anggar ini bukan

41

Page 42: Assignment Sejarah

"Nusantara" seperti dugaan Jones, tetapi kata pinjaman daripada bahasa

Eropah. Bahasa Lisan membuktikannya.

Pedoman 5: Dialek-dialek daerah merupakan sumber penting dalam

etimologi: Sering kata-kata purba dikekalkan dalam sesuatu

dialek

Umumnya, peranan dialek sebagai khazanah kosa kata Melayu. Meskipun

bahasa Melayu di Malaysia tidak mengekalkan kata purba [buSәk] yakni rambut,

sekurang-kurangnya dua dialek Melayu memperlihatkan bentuk turutannya. Oleh

itu, tanpa maklumat daripada sumber dialek Melayu, berbagai-bagai tafsiran

yang salah akan disuarakan.

Tambahan lagi, dalam dialek Melayu Brunei terdapat bentuk seperti adinta

iaitu adik kita dan dalam dialek Melayu Bacan rumanta bermaksud rumah kita.

Perkataan [-ta] dalam dua dialek Melayu ini tetap berfungsi sebagai tanda kata

ganti nama diri pertama (tanda milik diri pertama) jamak iaitu tambahan huruf [-

n-] sesudah vokal. Oleh yang demikian, maklumat dialek Melayu menunjukkan

rekonstruksi yang tepat untuk morfologi bentuk milik Melayu.

Pedoman 6: Setiap unsur kata harus diterangkan (penjelasan sebahagian

kata sahaja tidak meyakinkan).

Sepintas lalu, pada tahun 1996 telah berlaku salah faham di antara birokrasi

bahasa dan ahli linguistik dengan pihak kerajaan atau kabinet, disebabkan

penggunaan kata kecapaian dalam tema Hari Kebangsaan Malaysia. Hal ini

kerana perkataan tersebut merupakan perkataan yang diambil dalam bahasa

Indonesia yang membawa maksud kelelahan atau keletihan. Fenomena ini boleh

dikaji dari pelbagai aspek antaranya ialah morfologi, sosiolinguistik, perancangan

bahasa dan politik bahasa. Punca masalah ini boleh terjadi berpunca daripada

tafsiran etimologi yang tidak tepat iaitu tafsiran yang tidak mengendahkan setiap

unsur kata.

3.4 Etimologi dan Perancangan Bahasa Melayu

42

Page 43: Assignment Sejarah

Konsep Etimologi dan Perancangan Bahasa Melayu dapat dilihat seperti di bawah :

Rajah 4: Etimologi dan Perancangan Bahasa Melayu

3.5 Pemilihan dan Penciptaan Istilah

Peristilahan menjadi salah satu aspek penting dalam pembinaan bahasa Melayu.

Istilah dan perkataan baharu dicipta memperkayakan kosa kata bahasa Melayu.

Kekurangan istilah menjadi masalah pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan pada

peringkat awal.

Menyedari akan keperluan dan kepentingan istilah ini, Dewan Bahasa dan

Pustaka (DBP), istilah-istilah dalam pelbagai bidang ilmu telah digubal sebanyak

mungkin untuk memenuhi keperluan penggunaannya dalam bidang-bidang berkaitan.

Penggunaan istilah ini dilakukan melalui sistem Mesyuarat Jawatankuasa Istilah yang

ahlinya dilantik oleh DBP daripada pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi dan Pusat

Pendidikan. Beberapa konsep dasar digunakan dalam pembentukan istilah:

Takrif Istilah

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2010), Istilah ialah kata gabungan kata yang

menerangkan makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang

tertentu. Contohnya cecair, hablur, inflasi, budaya, medan magnet, metamofosis dan

lain-lain. Istilah boleh diertikan sebagai perkataan atau rangkai kata yang mempunyai

erti yang jitu dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan (pekerjaan atau kesenian).

Selain daripada itu, menurut Buku Bahasa Melayu Tinggi pula, istilah ialah kata atau

43

Etimologi bukan suatu usaha yang semata-mata m engumpulkan bahan lama (koleksi

antik atau pameran muzium).

Etimologi bertujuan m enyoroti sejarah kata tetapi hasil penyorotan dapat dimanfaatkan

sehingga ke hari ini.

Hasil kajian asal usul kata dapat disalurkan kepada perancangan bahasa.

Etimologi memberi sum bangan terhadap tiga bidang perancangan bahasa iaitu perkam usan, penciptaan istilah dan

penyelarasan ejaan.

Page 44: Assignment Sejarah

gabungan kata yang menerangkan makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang

khusus dalam bidang tertentu.

Tata Istilah dan Tata Nama

Tata istilah ialah perangkat peraturan pembentukan istilah dan kumpulan istilah yang

dihasilkannya. Tata nama istilah ialah perangkat peraturan penamaan beberapa

cabang ilmu seperti kimia, dan biologi serta kumpulan nama yang dihasilkannya.

Istilah Umum dan Istilah Khusus

Istilah umum adalah istilah yang berasal dari bidang tertentu yang karena dipakai

secara luas menjadi unsur kosa kata umum.Istilah khusus adalah istilah yang

maknanya terbatas pada bidang tertentu saja.

Tatacara Pemilihan dan Pembentukan Istilah Bahasa Melayu

:

Rajah 5: Tatacara Pemilihan dan Pembentukan Istilah Bahasa Melayu

Dengan mengecualikan kata-kata yang "sudah diserap" tanpa petunjuk untuk

menentukan kata yang "diserap" itu, maka masalah sistem ejaan sudah timbul.

Kekacauan ini mulai kelihatan dalam Daftar Ejaan Rumi (Dewan Bahasa dan Pustaka

1981). Ketentuan-ketentuan tentang ejaan kata pinjaman disenaraikan dengan panjang

lebar. Namun begitu, daftar tersebut telah menghasilkan banyak kata kembar etimologi

baru. Contoh-contohnya adalah seperti berikut:

44

Kata dalam bahasa Melayu yang lazim digunakan.

Kata dalam bahasa Melayu yang sudah tidak lazim digunakan.

Kata dalam bahasa serumpun yang lazim digunakan.

Kata dalam bahasa serumpun yang sudah tidak lazim digunakan.

Kata dalam bahasa Inggeris.Pilihan sumber yang terbaik iaitu

antara pilihan (1-5).

munasabah ilmu mantik

wakilpelaku (linguistik)

lojik logik

ejenagen

Page 45: Assignment Sejarah

daya

keupayaankadar

arah

mata anginkiblat

Rajah 6: Kata kembar Etimologi Baru

Terdapat juga beberapa petunjuk baru berdasarkan bahan rujukan Dewan

Bahasa dan Pustaka 1981. Huruf /q/ digunakan sebagai padanan kepada huruf Jawi

qaf untuk mengeja kata istilah agama atau kata yang mengenai agama yang berasal

daripada bahasa Arab. Contoh-contoh kata kembar etimologi :

Rajah 7: Kata Kembar Etimologi Padanan Huruf Jawi qaf

Sejak dahulu bahasa Melayu telah membezakan istilah agama daripada istilah

umum yang kebetulan berasal daripada kata Arab yang sama. Pasangan seperti yang

berikut menunjukkan kecenderungan tersebut:

petua nasihat, petunjuk

fatwa keputusan agama yang diberikan oleh alim

ulama atau mufti

perlu harus, mesti

fardu kewajipan yang ditentukan agama

Jadual 15: Kecenderungan Membezakan Istilah Agama dengan Istilah Umum

Daripada Kata Arab yang Sama

45

Page 46: Assignment Sejarah

Setelah merujuk kepada dialek-dialek Melayu, terdapat banyak lagi kata kembar

etimologi yang berlainan sebutan menurut klasifikasi sebagai istilah agama atau istilah

umum. Berikut merupakan contoh kata kembar etimologi menurut sumber bahasa

Arab:

dajal nakal, jahat

al-Dajjal syaitan yang turun ke dunia pada hampir hari

kiamat

dikir nyanyian dengan berpantun ramai-ramai

zikir mengingati Allah dan menyebut kalimat tertentu

Jadual 16: Kata Kembar Etimologi Yang Berlainan Sebutan Menurut Klasifikasi

Sebagai Istilah Agama atau Istilah Umum

Pasangan kata Melayu lain juga ada memperlihatkan perbezaan antara makna

agama dan makna sekular. Contohnya, perkataan syok yang digunakan dalam satu

program hiburan iaitu M-TV Asia sudah lama menggunakan perkataan tersebut

sebagai tajuk utama. Program ini juga turut menyiarkan video lagu pop Malaysia. Maka

jelaslah bahawa rancangan ini telah memanfaatkan kata Melayu yang membawa

maksud sangat tertarik hati. Namun begitu, perkataan ini tidak terdapat dalam Kamus

Dewan Indonesia tiada tersenarainya perkataan tersebut. Di Indonesia perkataan ini

digunakan sebagai bahasa percakapan sahaja.

3.6 Perkembangan Peristilahan Bahasa Melayu

Istilah Melayu juga diwariskan daripada Bahasa Austronesia Purba seperti bini, inang,

(b)apa dan (per)empu(an) sudah kekal selama 6000 tahun. Contoh lain seperti aku dan

kau, kami dan kita boleh dicatat juga dalam senarai kata yang sudah ribuan tahun

berlanjutan dalam keluarga Austronesia hingga kosa kata Melayu sekarang terbina.

Selain itu, setiap istilah dalam Daftar 20 terdapat juga kata pinjaman daripada

bahasa Inggeris walhal istilah dan tatanama kata telah dilihat utuh yang saling terikat

yang kini berfungsi dalam bahasa Melayu bukan dengan bahasa Inggeris. Dapat

diperhatikan bahawa kerangka tutur yang mendukung peristilahan itu sudah berubah

46

Page 47: Assignment Sejarah

dan ketika ini bahasa Melayu menduduki posisi unggul dalam bidang perkamusan dan

yang paling berwibawa dalam hampir setiap bidang di Malaysia. Maka dapatlah

dijelaskan bahawa kerangka sesuatu kata adalah berasal daripada asal usul berbeza

yang tetap namun istilah dan tatanamanya boleh berubah serta berkembang.

Berikut merupakan beberapa istilah pra-DBP yang dilihat berubah setelah

beberapa tahun.

Tahun 1948 Tahun1998

Chawangan Pelajaran Bahagian Pendidikan

Chawangan Pejabat Juru

Kira

Bahagian Perakaunan

Chawangan Iktisad Bahagian Ekonomi

Chawangan Siasah Bahagian Politik

Jadual 17: Istilah Pra-DBP yang Dilihat Berubah Setelah Beberapa Tahun

Senarai di bawah merupakan beberapa istilah sains yang telah mengalami

perkembangan di Malaysia.

Kata Asal Pilihan 60-an Pilihan 80-an

biology KAJIHAYAT biologi

archaeology KAJIPURBA arkeologi

cytology KAJISEL sitologi

ornithology KAJIBURUNG ornitologi

Jadual 18: Istilah Sains yang Mengalami Perkembangan Di Malaysia

Kesimpulannya, pembentukan peristilahan berkait rapat dengan proses

pemodenan bahasa dan penting dalam pembinaan budaya ilmu. Istilah ini seharusnya

47

Page 48: Assignment Sejarah

dilakukan secara berterusan supaya tidak berlaku ketandusan istilah. Tanpa istilah

bahasa itu dianggap tidak berkembang dan mati.

4.0 KAEDAH PROSES TERJEMAHAN

Bidang terjemahan merupakan satu bidang yang penting dalam sejarah bahasa Melayu.

Bidang terjemahan ini merangkumi konsep, proses dan kaedah tersendiri.

4.1 Konsep Terjemahan

Kata ini berasal daripada perkataan ‘al-tarjamah’ daripada bahasa proto-semitik (al-

Arab) yang bermaksud mentafsirkan perkataan lisan atau tulisan dengan menggunakan

perkataan dalam bahasa lain. Perkataan ‘tarjamah’ itu sendiri mempunyai dua

pengertian, iaitu pertama, menterjemahkan teks atau buku daripada satu bahasa

kepada bahasa yang lain, manakala yang kedua bermaksud autobiografi. Bagi

‘tarjamah’ yang pertama, makna ini mempunyai hubungan rapat dengan pentafsiran dan

penghuraian yang boleh ditemui dalam buku-buku sejarah, falsafah dan sains yang

diterjemahkan oleh penterjemah bahasa Arab daripada bahasa lain. Kadangkala

48

Page 49: Assignment Sejarah

terjemahan yang dilakukan tidaklah begitu tepat. Malahan terjemahan itu bersifat satu

ulasan pandangan penulis asal atau lebih tepat lagi merupakan hasil terjemahan bebas.

‘Tarjamah’ dari segi autobiografi pula merupakan pengertian bagi konsep baharu.

Menurut Harun Al-Rasyid Yusuf (1991), kemungkinan perkataan ‘tarjamah’

datang ke dunia Arab dari zaman pra-Islam dalam kelompok bahasa Akadia. Istilah ini

sering digunakan dalam tulisan Arab tradisional dan Arab moden.

Penterjemahan merupakan proses memindahkan sesuatu daripada bahasa

sumber kepada bahasa sasaran. Tujuan utama penterjemahan adalah untuk

menghubungkan anggota dalam masyarakat dwibahasa atau multibahasa. Kamus

Dewan (1986:1247) mendefinisikan terjemahan sebagai “...pindahan dari suatu bahasa

ke suatu bahasa yang lain, alihan bahasa, salinan ...”. Penterjemahan merupakan

perbuatan memindahkan sesuatu isi atau teks ke dalam bahasa lain atau menukarkan

bahasa teks tersebut.

Menurut Ramli Salleh (1986), konsep penterjemahan boleh dibahagikan kepada

dua, iaitu konsep lama dan konsep baharu. Konsep lama penterjemahan mengehendaki

penterjemah memberikan perhatian kepada bentuk apabila penterjemah mengekalkan

unsur-unsur stilistik seperti rima rentak, permainan kata, struktur tatabahasa yang luar

biasa, dan lain-lain supaya menyerupai teks asli. Konsep baharu pula mementingkan

respons pembaca terjemahan, iaitu reaksi yang sama dengan reaksi pembaca teks asal.

Prinsip-prinsip penterjemahan telah bertambah bebas dengan pengertian bahawa

pemahaman dan emosi daripada pembaca itu diutamakan.

Seterusnya, menurut G.Van Slype (1983) dari segi tradisional, beliau

beranggapan bahawa penterjemahan dilihat sebagai proses penggantian teks bertulis

dalam bahasa sumber dengan bahasa sasaran dan mengambil kira persamaan makna

semaksimum mungkin. Dari segi pandangan moden pula, penterjemahan membawa

maksud proses pemindahan mesej yang dilahirkan dalam bahasa sasaran. Hal ini juga

mengambil kira pemaksimuman persamaan dari segi kandungan mesej, ekspresif,

konotatif, metalinguistik, fatik, dan puitis.

Ian F. Finlay (1971) pula menyatakan pendapat bahawa terjemahan boleh

didefinisikan sebagai satu persembahan teks dalam bahasa yang berlainan daripada

tulisan asalnya.

49

Page 50: Assignment Sejarah

(Modul BMM 3112)

Selain itu, Tyler (1790) berpendapat, “Terjemahan yang baik itu dapat dirasai

oleh pembaca seolah- olah karya itu karya asli.” Sehubungan itu, Benjamin (1923) telah

menamakan terjemahan yang dihasilkan sebagai penyalinan semula. Beliau juga

mengatakan bahawa tahun 1920-an dianggap sebagai Zaman Penyalinan Semula.

Pendapat Benjamin ini turut disokong oleh Jumplet (1961) menamakan abad ke 19 dan

20 sebagai Zaman Penterjemahan. Terdapat beberapa orang tokoh penterjemahan

yang memperkenalkan terjemahan perkataan demi perkataan. Antaranya ialah Noralis

(1798), Goethe (1813/14),Humbold (1816), Schleievmacher (1813), Schopenhaner

(1851), dan Nietzsche(1882).

Takrif yang dikemukakan oleh af Khal (2000: 14) juga turut menitikberatkan lafaz,

makna dan gaya. Ia boleh dilihat dalam kenyataan berikut:

" المتكلم أن بحيث أخرى إلى لغة من وأساليب ومعان ألفاظ بنقل يعني جميل فن الترجمة

باللغة المتكلم بها ويشعر يتبينها كما بقوة بها ويشعر بوضوح يتبين إليه المترجم باللغة

."األصلية

Takrif ini mengatakan bahawa terjemahan ialah satu seni yang indah. Ia

memindahkan perkataan, makna dan gaya daripada satu bahasa ke bahasa yang lain,

dan penerima atau pembaca teks sasaran pula hendaklah dapat memahami dan

menghayati teks itu dengan mudah dan jelas sebagaimana yang dinikmati oleh

pembaca teks asal. Jelas bahawa takrif yang dikemukakan oleh Khal ini berkait dengan

terjemahan sastera.

Catford (1965: 20; 1996: 24) mengatakan bahawa penterjemahan ialah

penggantian bahan teks dalam satu bahasa (BS) dengan bahan teks yang sepadan

dalam bahasa lain (BT). Menurut Nababan (1999: 20), takrif ini lemah kerana seorang

penterjemah tidak akan mungkin dapat menggantikan teks bahasa sumber dengan teks

bahasa sasaran. Ini kerana struktur kedua-dua bahasa itu adalah berbeza antara satu

sama lain. Bahan teks bahasa sumber juga tidak pernah dapat digantikan dengan bahan

teks bahasa sasaran, bahkan dalam penterjemahan, ditekankan agar teks bahasa

sasaran tetap setia dengan isi teks bahasa sumber. Akan tetapi dengan pendekatan

strukturalnya, Catford menyedarkan kita bahawa dua bahasa yang terlibat, iaitu bahasa

sumber dan bahasa sasaran ini selalu mempunyai hubungan timbal balik walaupun

50

Page 51: Assignment Sejarah

hubungan itu tidak selalunya harus simetri. Dengan lingkungan budaya, persekitaran

dan geografi yang berbeza, sudah tentu kedua-dua bahasa itu mempunyai padanan

terjemah, walaupun ada kemungkinan sesetengah perkataan tidak mempunyai padanan

terjemah dalam bahasa sasaran.

4.2 Proses Penterjemahan

Seseorang penterjemah akan melalui tiga proses atau pun prosedur yang tertentu, iaitu

mentafsir dan menganalisis teks sumber, memindahkan warta, dan menstrukturkan

semula teks sasaran mengikut gaya bahasa sasaran itu. Oleh itu, rajah di bawah

menggambarkan mengenai proses menterjemah yang dilaksanakan oleh kebanyakan

penterjemah.

X Y

Rajah 8: Proses-proses Menterjemah.

4.2.1 Analisis Teks

Apabila kita menganalisis teks bermakna teks asal dikaji dari dua sudut, iaitu

hubungan-hubungan gramatis kata-kata yang membawa mesej itu dan kedua,

makna-makna perkataan atau kombinasi perkataan tertentu seperti kiasan killing

two birds with one stone - sambil menyelam minum air, ungkapan stereotaip

(yours sincerely) yang boleh dikatakan norma sesuatu bahasa itu untuk

memastikan makna linguistik, makna rujukan dan makna emosi dalam teks asal.

Menurut Nida dan Taber, “Analysis begins with a set of procedures which are

employed in Adiscovering the kernels underlying the source texts and the

clearest understanding of the meaning, in preparation for the transfer”.

(1969:197).

51

Bahan Sumber Bahan Sasaran

Pemindahan

Page 52: Assignment Sejarah

Sebagai seorang penterjemah, apabila menghadapi sesuatu teks,

perlulah membaca dan memahami kandungannya. Anda perlu juga menguasai

bahasa sumber dengan baik supaya pemahaman tentang teks tidak

menyeleweng. Dalam proses menganalisis terdapat tiga aspek, iaitu :

(a) Menentukan makna, hubungan makna dengan perkataan dan

golongan perkataan;

(b) Mengkaji makna rujukan sesuatu perkataan atau golongan perkataan

seperti peribahasa;

(c) Menganalisis makna emosi perkataan yakni mengkaji apakah reaksi

pembaca sama ada positif atau negatif.

Sebenarnya pemahaman merupakan satu proses mental, iaitu semasa

anda membaca, anda sebenarnya mentafsir apa yang dimaksudkan oleh penulis

teks itu. Pencarian maksud ini merupakan dialog antara pembaca dengan teks.

Dalam mentafsir sesuatu teks, mula-mula makna setiap perkataan perlu dicari.

Pengetahuan leksikon sesuatu bahasa membolehkan penterjemah mencari

dalam ingatannya makna tiap-tiap perkataan yang dibacanya atau anda boleh

mendapat bantuan daripada kamus ekabahasa. Untuk memahami sesuatu teks,

kita bukan sahaja mencari makna setiap perkataan secara berasingan tetapi

mengaitkannya dengan perkataan-perkataan lain untuk mendapatkan makna

keseluruhan ayat. Seterusnya makna boleh pula ditentukan mengikut tempat

ayat itu wujud.

Masalah pertama yang akan dihadapi ialah pemahaman teks bahasa

sumber. Apabila anda telah dapat mengatasi masalah ini, halangan berikutnya

merupakan ialah semantik dan budaya teks sumber. Kualiti karya terjemahan

bergantung kepada kualiti penterjemah itu sendiri yakni kemahiran,

pengetahuan, latihan, latar budaya, kecekapan dan juga emosinya. Newmark

(1981) dalam Approaches to Translation menghuraikan beberapa beberapa

perkara yang penting yang perlu ada bagi seorang penterjemah yang baik ialah

pemahaman dalam bahasa sumber, pengetahuan mendalam tentang subjek,

kepekaan kepada bahasa teks dan bahasa sasaran, dan kemahiran menulis

dalam bahasa sasaran dengan lancar, jelas dan tepat.

52

Page 53: Assignment Sejarah

Kadangkala penterjemah mendapati sukar untuk menganalisis sesuatu

ayat yang panjang. Bagi menyelesaikan masalah ini ayat tersebut boleh dipecah-

pecahkan kepada beberapa unit ayat. Jika jenis frasa yang hendak

diterjemahkan dapat dikesan pada awalnya maka mudahlah penterjemah itu

membayangkan persamaan atau padanan yang tepat dan semula jadi atau

natural bagi sesuatu kata atau frasa bahasa sumber itu. Sekiranya anda

mendapat teks informatif yang ditulis dalam bahasa sumber yang ringkas

mungkin boleh diterjemahkan secara literal sahaja kerana dalam teks yang

demikian apa yang lebih penting ialah persamaan dari segi kandungannya

bukannya gaya bahasa. Tetapi ada kalanya teks informatif perlu diterjemahkan

secara dinamik sekiranya ditulis dengan menggunakan ayat-ayat yang kompleks

dalam bahasa sumber.

Oleh itu, beberapa penyesuaian perlu dibuat. Misalnya, teks agama dan

undang-undang, perlu dilakukan terjemahan secara literal kerana persamaan

struktur dan persamaan makna harus dipelihara sebaik-baiknya. Ini dilakukan

untuk mengelakkan penyelewengan maksud asal yang terdapat dalam bahasa

sumber.

Cara penterjemahan yang sesuai bagi sebuah novel ialah menggunakan

persamaan dinamik, yakni maksud teks asal dipindahkan ke dalam bahasa

sasaran mengikut gaya bahasa sasaran, supaya bunyinya yang idiomatik dapat

pula memberikan kesan emosi sama seperti pembaca dalam teks asal. Satu lagi

maklumat penting dalam analisis teks ialah penentuan pembaca sasaran

sesebuah teks itu. Dengan maklumat ini, penterjemah dapat menentukan gaya

bahasa yang perlu digunakan semasa menterjemah sama ada tadika, universiti,

sekolah rendah dan lain-lain.

4.2.2 Pemindahan

Setelah menganalisis teks, pemindahan maklumat pula dilakukan. Pemindahan

berlaku dalam fikiran penterjemah. Seringkali masalah besar yang mungkin

timbul ialah diri penterjemah itu sendiri yakni sikap tidak objektif dan mudah

salah faham. Pemindahan di sini tidak membawa maksud pertukaran atau

penggantian. Sebagai seorang penterjemah, anda memindahkan sesuatu teks

daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Dalam hal ini, segala ciri yang

53

Page 54: Assignment Sejarah

terdapat dalam teks asal itu haruslah terdapat dalam teks yang diterjemahkan.

Jelasnya, warta yang ditafsirkan melalui proses analisis tadi dipindahkan ke

bahasa sasaran. Sebagai penterjemah, hanya anda sahajalah yang mengetahui

bagaimana warta yang ditafsirkan itu hendak dipindahkan ke bahasa sasaran

mengikut bentuk bahasa itu. Umpamanya, sekiranya terdapat ciri-ciri kelucuan

atau sedih dalam teks sumber, maka dalam terjemahan harus ada ciri kelucuan

dan kesedihan itu. Namun begitu anda perlu menyedari bahawa dalam

pemindahan, anda perlu membuat penyesuaian semantik dan struktur mengikut

kelaziman yang terdapat dalam bahasa sasaran.

Beberapa masalah salah tafsir mungkin berlaku semasa pemindahan

disebabkan faktor-faktor berikut:

(a) Seseorang itu mempunyai pengetahuan yang terlalu tinggi tentang subjek

yang hendak diterjemahkan akan menyebabkan penterjemah secara

tidak disedarinya menghasilkan terjemahan terlalu tinggi bagi

pembacanya. Ini mengakibatkan hasil terjemahan mungkin tidak boleh

difahami oleh pembaca sasaran terjemahan itu. Sebagai penterjemah

anda faham apa yang ditulis, dan anda membuat anggapan bahawa

pembaca pun faham maksudnya.

(b) Seseorang itu juga mungkin mempunyai pengetahuan yang kurang

dalam bahasanya sendiri. Hal ini berlaku sekiranya anda dipengaruhi

pendidikan bahasa asing. Hal ini akan menyebabkan wujudnya sikap

membelakangkan kekayaan perbendaharaan kata yang ada dalam

bahasa penerima.

(c) Seseorang itu mungkin mempunyai sikap tidak yakin dengan kemampuan

bahasa sendiri. Sekiranya sebagai penterjemah, anda prejudis terhadap

bahasa ibunda dan menganggap bahasa asing lebih baik dan meniru

bulat-bulat unsur asing kerana memikirkan bahasa sumber itu lebih tinggi

martabatnya daripada bahasa sendiri, hal ini boleh menjejaskan mesej

yang ingin disampaikan.

(d) Seseorang itu kurang pengetahuan tentang penterjemahan. Sebagai

penterjemah, anda perlu mengetahui tujuan sebenar penterjemahan.

Andaian yang dibuat oleh kebanyakan kita bahawa bahasa itu terdiri

daripada perkataan-perkataan dan terjemahan hanyalah menggantikan

54

Page 55: Assignment Sejarah

perkataan-perkataan dalam bahasa sumber dengan perkataan-perkataan

dalam bahasa sasaran. Ini tidak seharusnya berlaku. Sebagai

penterjemah, anda perlu mengambil berat tentang hal-hal yang berkaitan

dengan hubungan waktu (temporal), hubungan jarak (spatial) dan

hubungan sebab akibat (logikal) perlulah diambil kira. Penterjemahan

sebaik-baiknya dilakukan setelah seluruh perenggan dianalisis dan

difahami dan ada kalanya seluruh jalan cerita dan mesej difahami.

Apabila memindahkan sesuatu teks daripada satu bahasa kepada

bahasa yang lain, kita haruslah mengambil kira isi dan makna, stail atau gaya,

dan bahasa. Penterjemah perlu memastikan bahawa makna atau semantik

dipindahkan keseluruhannya ke dalam bahasa sasaran. Asas bagi penyesuaian

ialah kebolehan untuk membezakan antara bentuk dengan isi. Isi ialah konsep

atau nilai yang cuba disampaikan oleh teks sumber manakala bentuk hanyalah

sifat luaran yang digunakan dalam teks untuk menyampaikan warta.

Penyesuaian semantik berlaku apabila dalam memindahkan mesej dari satu

bahasa ke bahasa yang lain, yang penting ialah isi bukan bentuk. Apa yang perlu

difahami ialah yang diterjemahkan ialah makna bukannya kata.

Teori terjemahan menghujahkan bahawa apa yang dipentingkan ialah isi

bukannya bentuk. Namun demikian sebagai penterjemah, anda antara dua

pilihan sama ada hendak mengekalkan isi atau bentuk. Ada kalanya isi boleh

disampaikan dalam bahasa sasaran dalam bentuk yang hampir sama dengan

teks sumber. Tetapi ada kalanya pula bentuk terpaksa diubah untuk

mengekalkan isi. Seperkara yang perlu anda sedari ialah dalam penterjemahan

sedikit sebanyak kandungan semantik akan hilang. Walau bagaimanapun,

seboleh-bolehnya penterjemah harus memastikan supaya kehilangan itu hanya

berlaku pada tahap yang minimum sahaja. Masalah sering berlaku dalam

membuat penyesuaian semantik, peribahasa, makna figuratif, perubahan

tumpuan makna, makna am dan makna khusus, penyebaran semula komponen

semantik, peruntukan pada tanda-tanda konteks dan formula istimewa.

4.2.3 Menstruktur Semula

55

Page 56: Assignment Sejarah

Proses ketiga dalam penterjemahan ialah menstruktur semula. Dalam proses ini

terdapat tiga perkara yang dianggap penting, iaitu:

(a) Kepelbagaian gaya bahasa yang dianggap sesuai

(b) Ciri-ciri utama yang terdapat dalam gaya bahasa tersebut

(c) Kaedah yang digunakan untuk menghasilkan gaya bahasa

tersebut

Setelah membuat analisis dan penyesuaian dalam proses pemindahan,

maka warta yang hendak disampaikan itu distrukturkan semula dalam bahasa

sasaran. Dalam hal ini, gaya bahasa memainkan peranan yang penting. Faktor-

faktor yang perlu anda berikan perhatian ialah perbezaan antara bahasa lisan

dan bahasa tulisan, kepelbagaian aspek sosial, gaya bahasa yang melibatkan

keadaan pemakaian dan hubungan antara penutur dan pendengar, dan loghat

tempatan.

Ciri-ciri yang berbeza pula ialah ciri-ciri yang memudahkan kefahaman

dan ciri-ciri yang digunakan untuk tujuan tertentu seperti menarik minat,

menambahkan kesan atau memberatkan bahasa. Penstrukturan semula

bergantung kepada kepelbagaian gaya bahasa yang dianggap sesuai, ciri-ciri

utama yang digunakan untuk menghasilkan gaya bahasa itu dan kaedah yang

digunakan untuk menghasilkan gaya bahasa yang dikehendaki.

Dari segi gaya bahasa pula, seseorang penterjemah hendaklah

menggunakan gaya yang memudahkan pembaca memahami terjemahan. Hal ini

bermaksud struktur ayat hendaklah ringkas dan mudah, supaya jalan cerita

cepat difahami dan tidak membosankan. Ayat yang anda gunakan hendaklah

jelas dan tanda baca yang betul untuk memudahkan pembaca berhenti di

tempat-tempat tertentu serta memudahkan kefahaman. Kelemahan dalam

terjemahan sering berlaku dalam menstruktur semula. Selesai menjalani ketiga-

tiga proses di atas bukanlah bermakna terjemahan itulah yang terbaik. Langkah

selanjutnya yang perlu diambil ialah menyemak semula terjemahan itu

berdasarkan tiga unsur, iaitu:

(a) Apakah anda telah berjaya mentafsir teks sumber dengan betul?

(b) Adakah terjemahan anda boleh difahami?

56

Page 57: Assignment Sejarah

(c) Apakah terdapat persamaan gaya antara kedua-dua teks sumber

dengan terjemahan anda?

(d) Apakah anda berjaya menimbulkan reaksi yang sama dalam kalangan

pembaca seperti yang ditimbulkan oleh teks sumber. Katakanlah teks itu

suatu arahan yang keras, adakah kesan kerasnya sama dengan teks

sumber atau sekiranya cerita asal teks boleh menyebabkan pembaca

mengalirkan air mata apabila membacanya dapat meninggalkan kesan

yang serupa dalam teks terjemahan.

Selain itu, menurut Koh Boh (1987), proses penterjemahan boleh dilihat dari

empat sudut, iaitu:

(a) Persediaan awal, bacaan pertama sepintas lalu untuk

menanggapkan tema buku dan merasai gaya bahasa pengarang,

menyediakan istilah termasuk buku istilah, kamus dan ensiklopedia,

bacaan kedua secara teliti dan perinci untuk menghayati isi dan

bahasa buku itu serta menaksirkan sejauh mana mudah atau sukar

setiap bahagian;

(b) Penterjemahan benar, menterjemah secara sistematik untuk

mendapat draf pertama, menyemak atau memeriksa semula draf

pertama untuk mengesan kekurangannya, dan memperbaiki draf

pertama untuk menghasilkan manuskrip;

(c) Manuskrip dinilai mutunya oleh seorang penilai yang berkelayakan,

komen dan cadangan penilai dipertimbangkan oleh penterjemah

(d) Penterjemah menulis semula manuskrip dengan membaiki semula

bahagian yang perlu.

4.3 Teknik Terjemahan

Terjemahan merupakan satu aktiviti menggantikan bahan teks dalam bahasa sumber

kepada bahan teks dalam bahasa sasaran. Dalam aktiviti terjemahan, penterjemah akan

menyalin semula maklumat dalam bahasa sumber kepada bahasa sasaran dari segi

persamaan makna dan gaya. Dari segi teknik terjemahan pula, terdapat tiga teknik yang

terdiri dari terjemahan terus, terjemahan structural, dan terjemahan global. Tuntutan

57

Page 58: Assignment Sejarah

tugasan pada kali ini juga menuntut setiap kumpulan memilih satu teknik terjemahan

dan menghuraikannya secara terperinci dan lengkap. Oleh itu, kami telah bersepakat

dan sebulat suara memilih Teknik Terjemahan Global sebagai skop tugasan yang akan

diperincikan.

4.3.1 Teknik Terjemahan Global

Teknik terjemahan global lebih mengutamakan pemahaman pembaca.

Penterjemah akan menyesuaikan dan mengubah perkataan bahasa sumber

dengan perkataan dalam bahasa sasaran secara bebas dan keseluruhan agar

pembaca memahami teks tersebut. Walaupun penterjemah bebas menyesuaikan

unsur-unsur bahasa dan budaya dalam bahasa sumber termasuk tanda baca

dengan unsure-unsur bahasa dan budaya bahasa sasaran, idea, makna atau

maksud asal teks tersebut masih kekal dan terpelihara dari asal. Secara

keseluruhannya, teknik terjemahan global lebih mementingkan pemahaman

kepada pembaca. Teknik ini sesuai untuk menterjemah karya-karya kreatif.

Berikut adalah contoh teknik terjemahan secara global.

• Teks Asal :

“Maintain good body resistance through a balanced diet, regular exercise,

having dequate rest, reducing stress and not smoking.”

• Terjemahan teknik global :

“Kekalkan ketahanan badan yang baik melalui permakanan yang

seimbang, senaman, rehat yang cukup, pengurangan stress dan tidak

merokok.”

Kesimpulannya, teknik terjemahan global merupakan Terjemahan secara

global merupakan teknik terjemahan secara keseluruhan dan mengutamakan

pemahaman pembaca. Penterjemah bebas menyesuaikan perkataan bahasa

sumber dengan perkataan-perkataan bahasa sasaran.

58

Page 59: Assignment Sejarah

5.0 PENUTUP

Sesungguhnya, bahasa mencerminkan bangsa dan sejarah bahasa seterusnya dapat

membayangkan sejarah bangsa. Sejalan dengan penelitian sejarah sesuatu bahasa,

ilmu etimologi menyingkap tabir zaman, memberikan gambaran tentang masyarakat

penutur bahasa dahulu kala.

Konsep etimologi dilihat sangat penting bagi menentukan sejarah atau asal usul

sesuatu kata. Pemilihan dan pembentukan istilah juga berkembang dari semasa ke

semasa. Etimologi sesuatu istilah tidak boleh diubah namun maksud istilah itu boleh

dikembangkan atau dipelbagaikan. Sistem perkamusan dan istilah tidak boleh

dipisahkan kerana keduanya saling berkaitan.

Umumnya, dalam konteks penterjemahan atau alih bahasa, hal ini merujuk

kepada perbuatan mentafsir makna sesuatu teks dan menerbitkannya semula

dalam bahasa yang lain. Tujuan penterjemahan adalah untuk menghasilkan satu karya

terjemahan teks sasaran yang membawa makna yang sama dengan sesuatu karya

59

Page 60: Assignment Sejarah

bahasa asing teks sumber. Penterjemahan merupakan satu aktiviti yang penting untuk

menyebarkan ilmu pengetahuan kerana membolehkan masyarakat menikmati ilmu

pengetahuan daripada budaya asing.

60