kh gerache

Upload: baxter-val

Post on 03-Apr-2018

283 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 KH Gerache

    1/14

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    JAN / 2013

    HBLS3103

    ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL

    NAMA : GERACHE @ GERAHE ISMAIL

    NO. MATRIKULASI : 76029125963001NO. KAD PENGNEALAN : 760229125963NO. TELEFON : 0138873638

    E-MEL : [email protected] PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN TAWAU

  • 7/29/2019 KH Gerache

    2/14

    ISI KANDUNGAN

    1. PENGENALAN2. ALATAN PERTUKANGAN TANGAN3.

    CARACARA MEMBUAT MEJA KOPI MINI

    4. BIBLIOGRAFI5. LAMPIRAN LUKIRAN OTOGRAFIK

    1

  • 7/29/2019 KH Gerache

    3/14

    PENGENALAN

    Kerja kursus HBLS3103 merupakan satu topic yang menekankan soal pemberatan kepada

    menterjemahkan sesuatu objek tersebut pada lukisan isometric. Selain itu juga, topic ini

    memberikan pemberatan kepada bagaimana sesuatu objek tersebut dihasilkan mengikut

    langkahlangkah tertentu. Pada kerja kursus kali ini, meja kopi ini menjadi pilihan untuk

    diketengahkan. Beberapa ciriciri di tetapkan untuk mempamerkan meja kopi ini. Samada

    daripada permulaan penghasilan meja kopi ini iaitu sumber yang digunakan,bahan yang akan

    digunakan,alatan yang diperlukan dan lukisan isometric yang perlu untuk menonjolkan imej

    meja kopi mini ini.

    2

  • 7/29/2019 KH Gerache

    4/14

    1. ALATAN PERTUKANGAN TANGANPada amnya alatan tangan dalam kerja kayu dapat dikelompokkan kepada :-

    1.1. Alat Menanda dan Merancang Tanda

    1.2. Alat mengapit dan Menyangga1.3. Alat Memotong

    1.4. Alat Memukul dan Memutar

    1.5. Alat Menajam

    1.1.Alat Menanda dan Merancang1. Pembaris Keluli

    Pembaris keluli ini diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi yang tahan karat dankeras.Permukaan pembaris keluli ditandai dengan ukuran sentimeter (cm) dan milimeter

    (mm).Pembaris keluli ini bersaiz 300 mm dan1000 mm.

    a) Kegunaan alat ini ialah mengukur dan memindahkan,membina garisan lurus pada permukaan-

    menguji kerataan permukaan

    b) Cara menggunakan pengukur keluliadalah seperti yangberikut.

    Lihat.Rajah (a),(b),(c) disebelah.

    Rajah 1(a) : Mengukur panjang

    Rajah 1(b) : Menguji Kerataan

    Rajah 1(c) : Membina Garisan Lurus

    3

  • 7/29/2019 KH Gerache

    5/14

    2. Sesiku LBahagian lengan atau mata sesiku L diperbuat daripada keluli yangtahan.Manakala bahagian

    badannya diperbuat daripada kayu keras atau keluli. Sesiku L biasanya bersaiz 20cm.Pada mata

    ditandai dengan ukuran sentimeter dan inci.

    a)Kegunaan Sesiku L menguji sesuatu permukaan bersudut tepat dan kerataan permukaan kayu

    dan kepersegian kayu

    b)Cara-cara menggunakan Sesiku L adalah seperti berikut.

    3. Pita PengukurPita pengukur diperbuat daripada plastik atau keluli.Panjang pitapengukur yang biasa dapat

    dilihat ialah antara 2.0 meter hingga 8.0meter.Kegunaan pita pengukur ialah untuk mengukur

    jarak yangpendek serta panjang.Pita pengukur juga boleh digunakan untuk memindahkan

    ukuran.

    4

  • 7/29/2019 KH Gerache

    6/14

    4. Pisau Penanda

    Pisau penanda ialah sejenis pisau kecil yang diperbuat daripada kelulikhas.Pisau penanda

    digunakan untuk menandakan garisan yang akan dipotongdengan gergaji atau pahat semasa

    membuat tanggam.Lihat rajah 4 di bawah.

    5. Pensil Tukang

    Mata dan badan pensil ini lebih lebar dan tebal. Permukaannya berbentuksegiempat tepat.Pensil

    ini khas untuk kerja kasar sahaja seperti menanda dan merancang tanda.

    6. Pembaris Lipat

    Pembaris lipat dibuat daripada kayu keras yang boleh dilipat. Hujung pembaris ini diperkuatkan

    dengan loyang supaya tahan lasak.Saiznya berbeza-beza daripada 90 sm hingga 480sm.Pembarislipat berfungsi sebagai alat pengukur atau memindahkan ukuran ke benda kerja yang sedang

    dibuat.Rajah 5 : Pembaris Lipat

    5

  • 7/29/2019 KH Gerache

    7/14

    7.Aras Spirit.

    Aras spirit ialah sejenis alat untuk menentukan aras dan kepugakkan.Iadperbuat daripada kayu

    atau logam yang lurus dan rata pada kedua-dua mukanya.Pada bahagian tengah serta hujungnya

    dipasangkan tabung spirit atau air untuk mendapatkan aras atau kepugakan.Panjang Aras Spirit

    biasanya diantara 300 milimeter (mm) hingga 1.5 meter (m).Lihat rajah 6 di bawah.

    Rajah 6 : Aras Spirit

    8. Sesiku Serong Boleh Laras.

    Bentuk badannya serupa dengansesiku L melainkan matanya tidak dipasang tetap.Ia digunakan

    untuk menandakan atau menguji sesuatugarisan yang sudutnya lain daripada

    45darjah dan 90 darjah.

    9. Sesiku Bergabung

    Badan dan mata diperbuat daripada keluli. Manakala matanya boleh dilaraskan atau

    diubahsuaikan kedudukan pada badannya.Badannyamempunyai satu muka yang bersudut 90dan

    mukanya yang lain bersudut45dengan matanya.

    6

  • 7/29/2019 KH Gerache

    8/14

    10.Tolok Penanda

    Tolok penanda diperbuat daripada kayu.Tolok penanda mempunyai badan dan pelaras.Mata

    terdapat pada kayu pelaras.Terdapat dua jenis tolok penanda iaitu Tolok Penanda satu

    paku(mata) dan Tolok Penanda Tanggam Puting(dua mata).

    11. Tolok Bersengat.

    Tolok bersengat ialah sepasang jangka yang diperbuat daripada keluli dankedua-dua kakinya

    adalah tajam seperti paku.Tolok bersengat digunkan untukmembuat bulatan pada kayu atau

    membuat tanda melengkung.

    7

  • 7/29/2019 KH Gerache

    9/14

    2.1Alat Mengapit dan Menyanggaa. Apit G dan Apit F

    1.Bahagian pemidang Apit G dan Apit F diperbuat daripada bahan keluli.

    2.Saiz Apit G dan Apit F ditentukan oleh jarak bukaan maksimum antara bahagianrahang.

    3.Kegunaan Apit G dan Apit F adalah untuk :-mengapit kayu ketika proses mengglukan dua

    kepingan kayu.-memegang kayu yang hendak digerudikan, dipahat, atau digergajikan.

    4.Apit G digunakan bersama-sama kayu kecil atau reja kayu untuk melindungi permukaan benda

    kerja yang diapit.

    b. Apit Panjang

    Apit panjang diperbuat daripada besi tuangan atau aluminiumdengan panjangnya ialah 0.6 meter,

    0.9 meter, 1.2 meter, 1.5 meter,dan 1.8 meter.Apit panjang digunakan untukproses pemasangantanggam, pemidang pintu, tingkap, perabut, papan yang hendak dicantum

    atau diglukan.

    8

  • 7/29/2019 KH Gerache

    10/14

    c. Apit Rencong

    Apit rencong diperbuat daripada aluminium atau

    besituangan.Fungsinya ialah untuk menetapkan kedua-dua bahagiankayu yang bertanggam

    rencong apabila hendak diglu ataudipakukan seperti dalam kerja pemasangan kerangka gambar.

    d. Kakak Tua

    Kakak tua digunakan untuk mengeluarkan paku,memotong dawai, dan sebagainya.Kakak tua

    biasanyabersaiz antara 125mm hingga 300mm.Kakaktua terdiridaripada lengan, rivet,rahang, dan

    kuku.

    9

  • 7/29/2019 KH Gerache

    11/14

    3.1Alat Memotong dan Menajam

    3.1 Ketam Kasar

    Terdiri daripada jenis kayu atau logam. Digunakan untuk mengetam permukaan kayu

    secara kasar kepada saiz yang diperlukan dengan cepat.Permukaan kayu yang dihasilkan adalah

    kasar dan perlu diketamsemula dengan ketam pelicin kepada saiz yang tepat.Panjang ketam

    kasar ini antara 355-380 mm.

    3.2 Ketam Pelicin

    Sebagaimana juga ketam kasar, badan ketam pelicin juga ada yang diperbuat daripada logam dan

    kayu. Badannya terdapat yang berukuran 203-228 mm.Mata keluli yang tajam dan lurus

    selebar 37 mm hingga 62 mm. Kegunaannya ialah untuk mengetam permukaan kayu selepas

    diketam dengan ketam kasar kepada saiz yang lebih tepat.

    3.3 Ketam Tetingkat

    Ketam ini dibina khas untuk membuat tetingkat pada tepi atau hujung kepingan kayu.

    Ketam ini juga terdapat pelbagai jenis dan bentuk. Ketam ini boleh didapati untuk kerja

    khas seperti ketam tetingkat berlaras, ketam tetingkat mata hujung dan ketam tetingkat mata tepi.

    4.Ketam Pangka

    Ketam ini dibuat khas untuk mengetam penghujung atau pangkal kayu secara melintang ira.

    Ketam ini sangat berguna untuk membuat kerja-kerja penyudah atau kerja kecil yang tidak

    dapat dikerjakan dengan ketam yang lain seperti menyediakan kumai serong.

    Ketam pangkas ini bersaiz kecil, panjangnya ialah 170 mm dan lebarnya 50 mm.

    10

  • 7/29/2019 KH Gerache

    12/14

    5.Ketam Lurah

    Ketam lurah ini dibina dengan dengan mata yang seumpamanya bagimembina lurah atau saluran yang

    selari di sepanjang ira kayu dengan jarak yang tertentu dari tepi kayu.

    Ketam lurah ini mempunyai satu penahan di bahagian tepi yang bolehdilaraskan untukmenetapkan jarak dari tepinya.

    6. Ketam Golek

    Ketam golek digunakan untk mengetam bahagian tepi permukaan kayu kecil yang cembong.

    Ketam ini diperbuat daripada logam. Bermata lengkung ataupun lurus untuk kerja

    yang berasingan.

    7. Ketam Pancaguna

    Ketam ini besar dan berat. Ketam ini digunakan untuk membuat tetingkat dan lurah

    Ketam ini diperbuat daripada logam Ketam ini mempunyai mata pemotong pelbagai saiz.

    11

  • 7/29/2019 KH Gerache

    13/14

    2. CARACARA MEMBUAT MEJA KOPI MINI2.1 Langkah kerja penyediaan bahan.

    Untuk memulakan membuat meja kopi mini ialah dengan menyediakan sekeping papan

    lebar berukuran 20mm tebal,kayu beroti berukuran 25mm x 50 mm x 400mm sebanyak 4

    batang dan juga 2 papan nipis sebagai kaki untuk meja kopi mini tersebut. Semua bahan

    kayu ini telah diukur dan dipotong mengikut saiz yang dikehendaki bagi meja kopi mini

    tersebut.

    2.2Langkah penyambungan.Untuk langkah membuat penyambungan tersebut pula, sambungkan 4 batang beroti

    tersebut dengan 2 papan nipis sebagai kaki meja. Sambungkan dengan menggunakan gam

    kayu yang sesuai. Lekatkan pada kedua-dua belah kaki meja tersebut. Biarkan kering

    selama 30 minit. Selepas itu,lekatkan papan lebar di atasnya sebagai muka depan meja

    juga dengan menggunakan gam kayu.

    2.3Langkah kemasanUntuk langkah kemasan pula, cat varnish boleh digunakan. Cat varnish boleh digunakan

    apabila bahan kayu tersebut telah kering. Terpulang kepada individu sama ada

    menggunakan cat varnish atau pun cat biasa mengikut tema yang dikehendaki.

    12

  • 7/29/2019 KH Gerache

    14/14

    BIBLIOGRAFI

    Abu Bakar Md Jelas, Periasamy, & Md Sukri Yasin. ( 2005 ). Automotif Kenderaan.

    Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Ian Chisholm. ( 1984 ). Automotive engine and vehicle technology. London, England:

    Mc Graw Hill.

    Istilah Kejuruteraan. ( 2002 ). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.