20110125160109kuliah 1 - domestikasi haiwan dan sistem penternakan di malaysia

75
ABU BAKAR MAMAT "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.."

Upload: permata-ilmu

Post on 01-Jul-2015

16.951 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

ABU BAKAR MAMAT

"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.."

Page 2: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

PENGURUSAN HAIWAN TERNAKAN Aplikasi teknik pengurusan haiwan. Teknik praktikal asas yang biasa digunakan dalam industri ternakan dan keberkesanan kos. Semakin mudah dilakukan hari demi hari, tahun demi tahun. Baik untuk haiwan Di dalam kursus ini kita akan memperkatakan haiwan yang dipelihara secara komersial untuk makanan dan serat (Lembu , kambing, biri-biri, babi, ayam-itik, untuk susu dan daging)

ABU BAKAR MAMAT

Page 3: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

DEFINISI PENGURUSAN

Mengurus bermakna "menangani atau mengawal”

Pengurusan haiwan adalah: Menjaga/memelihara, mengawal dan menangani spesies haiwan.

Masa dan tenaga pengurus haiwan adalah memberi makanan , perlindungan dan memastikan kesihatan serta keupayaan reproduksi yang optimum.

ABU BAKAR MAMAT

Page 4: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

SECARA UMUM SISTEM PENGURUSAN AKAN BERUBAH MENGIKUT:

1. Spesies haiwan

2. Kegunaan haiwan (lembu - tenusu atau daging)3. Lokasi - bahagian negeri, cuaca, sumber yang didapati, jarak

dengan jiran dll.4. Sumber penternak - tanah, buruh, modal.5. Sumber tanggungan perlu - apa yang masuk dan apa yang keluar.

(makanan dan air adalah sumber masuk (input), bahan buangan dan hasil yang dipasarkan adalah sumber keluar (output).

6. Undang-undang kerajaan

7. Pengurusan bahan buangan, keselamatan, makanan, kebajikan haiwan, dll.

8. Keperluan penghasil/penternak, pemprosesan dan pengguna.

ABU BAKAR MAMAT

Page 5: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

Satu sistem yang baik mesti melakukan ini:

1. Menyediakan keperluan asas haiwan - makanan, air, perlindungan

2. Menyediakan hasil yang boleh di jual pada takat keuntungan bagi pengeluar

Kemajuan sistem pengurusan ternakan

- Sistem pengurusan senantiasa berputar kepada memberi perkhidmatan yang lebih baik untuk keperluan haiwan dari

segi ekonomi dan cara yang boleh diterima. - Amalan Pengurusan Penternakan Yang Baik (Good Animal Husbandry Practices - GAHP) - merupakan amalan penternakan yang disarankan kepada ladang-ladang ternakan.

ABU BAKAR MAMAT

Page 6: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

DOMESTIKASI HAIWANBermula apabila manusia berhubung dengan haiwan

liar yang diburu untuk mendapatkan daging dan kulit. Pengasas terdahulu membersih satu kawasan dan

bercucuk tanam serta memelihara ternakan untuk makanan sendiri.

Selepas itu, manusia mula mengurung haiwan-haiwan tersebut untuk memastikan bekalan daging dan kulit yang tetap.

Haiwan-haiwan tersebut mula membiakbaka di dalam kurungan dan manusia secara berperingkat-peringkat belajar untuk membiak baka haiwan-haiwan yang mempunyai ciri-ciri yang baik.

ABU BAKAR MAMAT

Page 7: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

Samb…

Dengan berlakunya domestikasi, bekalan makanan adalah lebih terjamin dan ini membolehkan pertambahan populasi manusia.

Sebahagian ahli sejarah berpendapat bahawa manusia tidak akan bertamadun tanpa domestikasi haiwan.

Revolusi industri mengujudkan kerja-kerja di ladang:Mengindustrikan perladangan kerana mesin-mesin mula

dihasilkan untuk menanam dan menuai tanaman, memerah susu dll.

Abu Bakar B. Mamat

Page 8: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

Samb…

Perindustrian pertanian adalah diperlukan supaya petani boleh menghasilkan makanan yang berlebihan untuk menyara penduduk kotaraya.

Masyarakat Negara bertukar daripada masyarakat pertanian kepada masyarakat kota serta masyarakat perindustrian.

***Haiwan terawal didomestikasi: anjing (14,000 tahun di Iraq)

ABU BAKAR MAMAT

Page 9: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

INDUSTRI TERNAKAN PADA MASA HADAPAN

1. Unit produksi yang lebih besar dan dikawal oleh kakitangan yang sedikit bilangannya.

2. Meningkat undang-undang kerajaan dan peraturan.3. Berkurangnya pengetahuan tentang pertanian oleh

masyarakat umum4. Lebih berhati-hati ke atas hasilan ternakan,

keselamatan makanan dan persekitaran.

Page 10: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

TERMINOLOGI DALAM DOMESTIFIKASI HAIWAN:Domestikasi :

- keadaan di mana pembiakan, penjagaan dan pemakanan haiwan dikawal oleh manusia

Feral:

- haiwan yang telah didomestikasikan tetapi tidak lagi di bawah penjagaan manusia.

Wild :

- haiwan yang tidak pernah didomestikasikan Tamed:

- haiwan yang hilang rasa takut pada manusia

ABU BAKAR MAMAT

Page 11: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

CIRI-CIRI YANG MEMIHAK KEPADA DOMESTIKASI

1. Struktur sosial

a. Status sosial kumpulan yang stabil - kelakuan agresif dan penggunaan tenaga kurang

b. Perbezaan seksual; jantan dominan- seekor jantan boleh mengawan banyak bilangan betina

c. Ikatan ibu-anak yang cepat - ibu dan anak sekumpulan; penjagaan rapi

ABU BAKAR MAMAT

Page 12: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

CIRI-CIRI YANG MEMIHAK KEPADA DOMESTIKASI

2. Perkembangan pra sosial

a. Deria berfungsi & kebolehan bergerak b. Anak yang baru lahir dapat serta kumpulan sebaik

saja selepas lahirc. Sosial sebaik saja selepas lahir;

- penting untuk perlindungan dari pemangsad. Ikatan spesis sebaik saja selepas lahir - lindungi anak daripada ikut kumpulan yang

tidak sesuai - membolehkan ikatan awal dengan manusia.

ABU BAKAR MAMAT

Page 13: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

CIRI-CIRI YANG MEMIHAK KEPADA DOMESTIKASI

3. Kelakuan makan

a. Maun / maserba; sistem pencernaan. - Membolehkan penggunaan tumbuhan dan ruminan adalah sesuai

b. Hasilan sisa; - kurang saingan makanan antara manusia & haiwan

4. Sesuai kepada perubahan

- Membolehkan haiwan dipelihara di bawah pelbagai persekitaran

ABU BAKAR MAMAT

Page 14: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

PERUBAHAN KELAKUAN SETELAH DOMESTIKASI

1. Kehilangan ikatan pasangan Di bawah keadaan semulajadi, haiwan seperti itik, angsa,

serigala dan musang membentuk ikatan pasangan. Walaubagaimanapun, itik dan angsa yang telah

didomestikasi menunjukkan kelakuan seksual "promiscuous" ( seekor jantan mengawan dengan sekumpulan betina).

Ini menguntungkan penternak kerana bilangan haiwan jantan yang perlu dipelihara adalah kurang.

ABU BAKAR MAMAT

Page 15: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

PERUBAHAN KELAKUAN SETELAH DOMESTIKASI

2. Kehilangan sifat mengeram (broodiness)Di bawah keadaan semulajadi ayam akan bertelur berturut-turut untuk

beberapa hari sehingga sarang (nest) penuh. Ini akan dituruti dengan pengeraman.

Dengan adanya pengeraman palsu, kelakuan mengeram merupakan suatu masalah kerana;

i. Ayam akan berhenti bertelur semasa mengeram dan ini akan menjejaskan pengeluaran telur,

ii. Ayam yang sedang mengeram akan menyerang pemungut telur.

Pemilihan genetik untuk menghilangkan kelakuan mengeram telah di amalkan oleh pembiak baka ayam komersil. Ayam komersil hari ini tidak lagi menunjukkan kelakuan mengeram.

Page 16: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

PERUBAHAN KELAKUAN SETELAH DOMESTIKASI

3. Pengurangan sifat agresifHaiwan yang telah didomestikasikan biasanya kurang agresif. Di bawah domestikasi, haiwan biasanya dilindungi daripada

pemangsa dan bekalan makanan yang cukup dibekalkan. Keperluan kelakuan yang terlalu berwaspada dan mudah

terangsang untuk lari tidak lagi penting malahan boleh menyebabkan kecederaan kepada haiwan itu sendiri atau haiwan lain.

ABU BAKAR MAMAT

Page 17: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

PERUBAHAN KELAKUAN SETELAH DOMESTIKASI4. Pemanjangan musim pembiakanDi bawah keadaan semulajadi, kebanyakkan haiwan membiak mengikut

musim. Lazimnya haiwan melahirkan anak pada musim yang terdapat banyak sumber makanan. Ini akan meningkatkan peluang untuk anak haiwan tersebut hidup.

Di bawah sistem penternakan intensif, reproduksi secara sepanjang tahun adalah lebih menguntungkan kerana ia menjamin bekalan makanan seperti telur dan susu.

Pencahayaan tiruan, pengawalan suhu, pemakanan yang cukup, rangsangan hormon dan pemilihan genetik telah digunakan untuk memanjangkan atau mengawal tempoh reproduksi. Pada masa kini, ayam, itik, lembu, babi dan bebiri (baka tertentu) boleh menghasilkan anak pada masa yang diperlukan jika diuruskan dengan betul.

ABU BAKAR MAMAT

Page 18: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

KEPENTINGAN HAIWAN KEPADA MANUSIA

1. Menukarkan serat dan bijirin kepada makanan2. Pakaian3. Tenaga Kerja4. Rekreasi 5. Konservasi (pemuliharaan)6. Bahan sampingan7. Penyelidikan perubatan manusia

ABU BAKAR MAMAT

Page 19: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

KEPENTINGAN HAIWAN KEPADA MANUSIA1. Menukarkan serat dan bijirin kepada makananHaiwan ruminan menukarkan bahan yang tidak boleh diguna secara

langsung sebagai makanan manusia kepada makanan manusia. 80% penduduk di dunia mendapatkan sumber protein, lemak, zat besi, niacin, beberapa vitamin daripada daging ruminan.

Manakala makanan utama haiwan bukan ruminan (babi dan ayam) ialah bijirin seperti jagung dan kacang soya. Ini boleh menimbulkan persaingan dengan manusia untuk keperluan bijirin.

Walau bagaimana pun hampir 30% daripada bahan makanan ayam dan terdiri daripada bahan sampingan agro-industri, mil (serbuk) ikan, tulang serta darah dan sebagainya yang tidak sesuai untuk dijadikan makanan manusia.

ABU BAKAR MAMAT

Page 20: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

KEPENTINGAN HAIWAN KEPADA MANUSIA

2. PakaianHaiwan menghasilkan kulit dan gentian (fiber) untuk

penghasilan pakaian. Penggunaan bahan sintetik menjejaskan permintaan kulit

dan gentian haiwan.3. Tenaga KerjaKerbau, lembu, kuda merupakan haiwan penting dalam

membekalkan tenaga kerja pada masa dahulu. Pada masa kini, penggunaan jentera telah menggantikan haiwan. Walau pun begitu, haiwan masih lagi penting di negara-negara yang kurang maju.

ABU BAKAR MAMAT

Page 21: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

KEPENTINGAN HAIWAN KEPADA MANUSIA

4. Rekreasi Menunggang kuda merupakan salah satu sumber rekreasi

utama.Lembu banyak digunakan sebagai ternakan rekreasi di

beberapa negara.

5. Konservasi (pemuliharaan)Tanaman rumput dan kekacang untuk ruminan

mengurangkan hakisan tanahSelain dari itu, najis yang dihasilkan oleh haiwan merupakan

baja kepada tanah.

ABU BAKAR MAMAT

Page 22: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

KEPENTINGAN HAIWAN KEPADA MANUSIA

6. Bahan sampinganLemak (alat solek, sabun, dakwat pencetakan); tulang,

tanduk. kuku (bahan pelekat, butang, filem kamera, kertas pasir); organ-organ tertentu, contoh: kelenjar adrenal (bahan ubat - ubatan).

7. Penyelidikan perubatan manusiaSebagai contoh babi Yucatan digunakan dalam kajian

ketahanan penyakit kesan makanan ke atas diabetes dan artherosclerosis.

Bebiri digunakan untuk kajian pemindahan organ.

ABU BAKAR MAMAT

Page 23: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

MANUSIA MEMERLUKAN: - makanan, perlindungan, pakaian, bahan api, dan emosi kehidupan

baik.

HAIWAN DAN HASILAN HAIWAN - dapat membekal kebanyakan keperluan asas fizikal dan emosi serta menyumbang kepada darjat kehidupan yang lebih tinggi. - bagi semua masyarakat, haiwan peliharaan adalah sumber makanan, dan hasilan lain yang diperlukan SERTA kawan kepada manusia. - haiwan membekalkan makanan, bahan pakaian, hasilan sampingan

yang digunakan untuk barangan pengguna dan makanan haiwan, kuasa, baja, maklumat tentang penyakit manusia daripada

penyelidikan menggunakan haiwan selidik, dan keseronokan bagi manusia yang menyimpan haiwan.

SUMBANGAN HAIWAN KEPADA MANUSIA

Page 24: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

- Pertanian adalah industri yang tertua dan terbesar dalam negara membangun tropika dengan lebih kurang 80% penduduknya menceburi pertanian. (42% penduduk dunia bekerja dalam sektor pertanian)

- Dalam pertanian, manusia, tanaman dan haiwan adalah sangat berhubung rapat. Ekosistem ini berhubungkait dengan biologi, teknologi, ekonomi dan sains sosial.

- Manusia dan haiwan adalah saling bergantung dan membangun bersama, saling mempengaruhi antara satu sama lain.

HUBUNGAN BIDANG PERTANIAN, MANUSIA DAN HAIWAN

Page 25: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

HUBUNGAN BIDANG PERTANIAN, MANUSIA DAN HAIWAN

Haiwan ternakan, terutamanya, haiwan ruminan (lembu, kerbau, kambing, dan biri-biri), dan haiwan bukan-ruminan (ayam, babi), adalah sumber yang boleh diperbaharui yang amat bernilai.

Haiwan membekal protein bernilai tinggi dan berkualiti, kulit, serat dan pelbagai hasil sampingan yang berguna kepada manusia.

Dalam setengah negara kurang maju, haiwan adalah sumber utama kuasa ladang, pengangkutan dan bahan bakar (api).

ABU BAKAR MAMAT

Page 26: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

HUBUNGAN BIDANG PERTANIAN, MANUSIA DAN HAIWAN

Haiwan ruminan dan bukan ruminan, mempunyai potensi bagi menggunakan hasilan tanaman dan bahan buangan, bahan buangan dapur dan ladang, serta bahan- bahan lain kepada bentuk hasilan yang berharga.

Jika tidak kerana haiwan, kesemua bahan sampingan dan buangan menjadi tidak berharga kepada manusia.

Ayam, itik dan babi makan di sekeliling rumah dan ladang kecil – makan hasil buangan dapur dan bijirin tertinggal selepas tuai.

Itik memakan bijirin tertinggal selepas tuai padi.Lembu, kerbau dan kambing meragut rumput di sepanjang jalan, jalan

raya, tepi sungai, sawah dan parit tali air, ladang dan dusun buah-buahan.

ABU BAKAR MAMAT

Page 27: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

Pengurusan Ternakan

Page 28: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

PENGENALAN:• Sektor pertanian merupakan penjana pertumbuhan ekonomi

yang ketiga penting di Malaysia. • Industri ternakan adalah antara komponen yang diberi

perhatian untuk dimajukan bagi menampung keperluan negara untuk membekalkan sumber protein seperti daging, susu dan telur.

• Permulaan aktiviti penternakan – imigran Cina telah membawa masuk ayam dan khinzir ke Malaysia manakala lembu LID telah dibawa masuk oleh imigran India ke bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia.

ABU BAKAR MAMAT

Page 29: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

Samb….Ternakan peliharaan (>16 billion) menyumbang kepada

kehidupan bagi 5.6 billion manusia di seluruh dunia secara membekal makanan, pakaian, tenaga (kuasa), rekreasi dan “sahabat”.

Hasilan ternakan menyumbang kepada keperluan protein manusia dan bekalan tenaga.

Apabila manusia meningkat taraf hidup, penggunaan perkapita hasilan ternakan juga meningkat.

Kesihatan manusia juga bertambah baik melalui penyelidikan berterusan menggunakan haiwan ternakan.

ABU BAKAR MAMAT

Page 30: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

Samb….Hari ini peladang mengurus ladangnya mengikut sistem

yang sofistikated. Setengah ladang mempunyai darjah mekanisasi yang tinggi dan pengkhususan bagi menghasilkan tanaman dan haiwan.

ABU BAKAR MAMAT

Page 31: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

PENGENALAN:Industri ternakan di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua

sub-sektor; 1. Ruminan2. Bukan ruminan (monogastrik).

**** Sub-sektor ruminan yang terdiri daripada lembu. kerbau, kambing dan bebiri adalah kurang maju walaupun banyak penekanan telah di beri oleh pihak kerajaan dalam perancangan pembangunan pertanian.

ABU BAKAR MAMAT

Page 32: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

TAHAP SARA DIRI TERNAKAN

Pengeluaran daging ayam dan khinzir telah pun mencapai tahap sara diri.

Daging lembu, kerbau, daging kambing dan biri-biri masih belum mencapai tahap pengeluaran sara diri.

Keperluan bagi daging lembu dan kerbau, daging kambing dan biri-biri terpaksa diimport.

ABU BAKAR MAMAT

Page 33: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

Jadual tahap sara diri bagi pelbagai jenis daging.

ABU BAKAR MAMAT

JENIS DAGING PERATUS SARA DIRI

Ayam KhinzirLembu dan kerbauKambing dan biri-biri

121.39% (telur 113.79%)150.7%25.38%10.04%

( Sumber : Jabatan Perkhidmatan Haiwan, 2009)

Page 34: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

KAWASAN UTAMA TERNAKAN DI MALAYSIA

ABU BAKAR MAMAT

JENIS TERNAKAN KAWASAN UTAMA

Lembu dan kerbau Kedah, Kelantan, Sabah dan Pahang

Kambing dan biri-biri Kelantan, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan.

Ayam Pulau Pinang, Perak, Selangor, Seberang Perai dan Johor.

Itik Selangor dan Perak

Khinzir Negeri Sembilan, Selangor, Sarawak, Perak dan Johor.

Page 35: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

DEFINISI PENTERNAKAN:

Mengikut Kamus Dewan (Edisi ke tiga); - Penternakan ialah perbuatan atau perihal menternak,

menjaga (pengurusan) dan membiakkan binatang.

Aktiviti penternakan meliputi beberapa perkara yang bermula daripada penyediaan tempat kediaman, pengurusan ternakan, menjaga kebajikan ternakan, pengurusan penyakit dan aktiviti pemasaran ternakan.

ABU BAKAR MAMAT

Page 36: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

PENGELASAN HAIWAN TERNAKAN:

Terbahagi kepada tiga kategori:i. Ternakan Ruminanii. Ternakan Bukan Ruminaniii. Ternakan Akuakultur

** Pemeliharaan haiwan kesayangan tidak diambilkira sebagai haiwan ternakan kerana ianya tidak dipelihara untuk tujuan komersil.

ABU BAKAR MAMAT

Page 37: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

KATEGORI HAIWAN

HAIWAN

i. HERBIVORA

ii. KARNIVORA

iii. OMNIVORA

Sub sektor haiwan ternakanRUMINANBUKAN RUMINAN (MONOGASTERIK)

ABU BAKAR MAMAT

Page 38: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

HAIWAN

CONTOH:

a. Haiwan RuminanLEMBU DAN KERBAUKAMBING / BIRI-BIRI,UNTA, YAKS, LLAMA

b. Haiwan MonogasterikAYAM / ITIK (UNGGAS),TURKEY, OSTRICHBABI (KHINZIR)KUDAARNABMANUSIA

c. HAIWAN MONOGASTERIK HERBIVORA KUDA, ARNAB

ABU BAKAR MAMAT

Page 39: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

YAKS,

Page 40: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

UNTA

Page 41: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

LLAMA

Page 42: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

KARNIVORA DAN OMNIVORA- Mempunyai sistem pencernaan monogaster

HERBIVORA

1. BUKAN RUMINAN (KUDA, ARNAB, BABI)

atau

2. RUMINAN (LEMBU, KERBAU, KAMBING, BIRI- BIRI, UNTA)

Page 43: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

RUMINAN- Haiwan yang ber-ruminasi 4 kompartmen perut

(rumen, retikulum, omasum, abomasum) - Pencernaan dengan bantuan mikrob-mikrob (rumen)

BUKAN RUMINAN ATAU MONOGASTER- Satu kompartmen perut pencernaan dengan bantuan asid dan enzim

Page 44: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

KEBAIKAN DARIPADA PRODUKSI HAIWAN

a. Haiwan ruminan boleh menukar pelbagai sumber makanan berserat, bahan kumuhan dan hasil sampingan yang tidak boleh dimakan oleh manusia kepada bahan makanan berkualiti tinggi.

b. Lebih kurang 60% daripada padang ragut di dunia adalah tidak sesuai untuk pertanian tumbuhan / tanaman.

c. Haiwan boleh di ternak di setengah kawasan tanpa mengganggu tanaman makanan.

d. Peranan utama haiwan adalah memberi sumber makanan, tenaga kerja dan pengangkutan.

e. Produksi haiwan boleh menjadi sebagai bank untuk kecemasan.

ABU BAKAR MAMAT

Page 45: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

SISTEM PENCERNAAN RUMINAN DAN BUKAN RUMINAN.

ABU BAKAR MAMAT

Sistem pencernaan ayam Sistem Pencernaan kambing

Page 46: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

PERBEZAAN SISTEM PENCERNAAN RUMINAN DAN BUKAN RUMINAN.

BAHAGIAN BUKAN RUMINAN RUMINAN

Untuk penyediaan makanan

Mulut, farinks, esofagus, tembolok. Mulut, farinks, esofagus

Untuk pencernaan dan percampuran sekum

Perut (proventtrikulus dan hempedal), duodenum, usus dan sekum

Perut (rumen, retikulum, omasum, abomasum). Duodenum, usus dan sekum.

Untuk Perkumuhan Kolo-rektum, kloaka. Rektum, dubur.

Organ Aksesori Paruh, lidah, kelenjar liur, kelenjar pankreas, pundi hempedu

Bibir, lidah, gigi, kelenjar liur, kelenjar pankreas, pundi hempedu.

ABU BAKAR MAMAT

Page 47: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

SEKTOR BUKAN RUMINAN

Haiwan bukan ruminan termasuk:Poltri, itik, puyuh, unggas lain, babi, arnabHaiwan ini membekal makanan kaya-protein

untuk kebaikan manusia

Page 48: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

Persoalan yang timbul:

KENAPA PRODUKSI POLTRI MEMAINKAN PERANAN UTAMA BERBANDING DENGAN HAIWAN LAIN?

ABU BAKAR MAMAT

Page 49: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

SEBAB-SEBABNYA:1. KEPENTINGAN EKONOMI- 2 JENIS CARA PEMELIHARAAN

a. Sistem intensif moden b. Sistem ekstensif tradisional

2. DAGING AYAM TIADA HALANGAN AGAMA

– Ia boleh dimakan oleh semua manusia

PRODUKSI POLTRI MEMPUNYAI KESAN:

a. Mempelbagai hasil negarab. Menyelamat sebahagian daripada pertukaran luar negara

terutama import bahan makananc. Penggunaan hasilan sampingan pertanian

ABU BAKAR MAMAT

Page 50: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

BERBANDING SEKTOR RUMINAN, POLTRI DISUKAI KERANA:

a. KEPUTUSAN CEPAT – Cepat mendapat hasilb. MODAL PERMULAAN YANG SEDERHANA

c. TEKNIK PERLADANGAN YANG MUDAH

d. TERJAMIN PASARAN – Boleh dijual dalam unit yang kecil

2. KEPENTINGAN NUTRITION

- Protein daripada daging ayam adalah mustahak di dalam diet, jika tiada boleh menyebabkan:

a. Gangguan pertumbuhanb. Membawa kepada kesihatan yang tidak baik, yang boleh

mengganggu ekonomi negara.

ABU BAKAR MAMAT

Page 51: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

PROTEIN DARIPADA POLTRI ADALAH SAMA BAIK DENGAN PROTEIN HAIWAN LAIN

- TELOR AYAM – Juga membekal sumber makanan.

- Ayam akan bertelor samada ada ayam jantan atau tidak.

- Ayam penelor dipelihara tanpa ayam jantan

- Membekal telor untuk makanan harian

** Ayam pembiak sahaja memerlukan ayam jantan untuk menghasilkan telor yang subur (tersenyawa/fertilised)

ABU BAKAR MAMAT

Page 52: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

MASALAH SEMASA

i. Penghasilan yang berlebihan

ii. Masalah industri poltri

a. Bahan mentah untuk makanan ayam - Kebanyakan bahan mentah di import daripada luar

negara. - contoh: 50% bahan makanan adalah jagong,

kacang soya dll adalah di import daripada China, Thailand, Amerika dll.

- Apa akan terjadi jika negara ini tidak dapat mengeksport hasilnya ke Malaysia?

b. Buruh - kekurangan buruh

- automasi adalah mahal

Page 53: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

BAGAIMANA MEMPERBAIKI SISTEM PASARAN TEMPATAN1. PENGUSAHA BESAR perlu membina industri hiliran (downstream

industry) seperti: - pemerosesan tambahan – hasil baru untuk pasaran

- membina rumah sembelih yang sempurna supaya mengurangkan sembelihan di pasaran kecil.

- menyediakan “ayam sedia dimasak”.

2. KAWALAN PENYAKIT

- Semua penyakit ayam perlu dikawal dengan sempurna- penghasilan dan pengimportan vaksin

ABU BAKAR MAMAT

Page 54: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

BAGAIMANA MEMPERBAIKI SISTEM PASARAN TEMPATAN

3. DARI SEGI PENTERNAKAN

- Perbaiki kadar pertukaranmakanan (KPM/FCR)- Pembiakbaik baka dan pemilihan genetik- Mengurangkan kadar kematian:

- melalui pemvaksinan- Memperbaiki sistem perumahan- Merekacipta produk-produk baru- Memelihara keselamatan makanan

ABU BAKAR MAMAT

Page 55: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

TERNAKAN AKUAKULTUR Haiwan ternakan yang tinggal di dalam air sama ada air

tawar, air payau dan air masin.Contoh ternakan akuakultur ialah:

a. Ikanb. Udangc. Karangan laut.

ABU BAKAR MAMAT

Page 56: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN Haiwan yang dipelihara di rumah kediaman dengan penuh

kasih sayang dan sifat suka kepada binatang.Sebagai hobi, teman manusia, dilatih untuk tujuan

pertandingan atau pertunjukan, serta melakukan tugas tertentu.

Terbahagi kepada 5 kumpulan iaitu:a. Mamaliab. Reptiliac. Amfibiad. Unggas (avian)e. Ikan hiasan

ABU BAKAR MAMAT

Page 57: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

PERKEMBANGAN INDUSTRI TERNAKAN SECARA RINGKAS

Terus berkembang dari tahun ke tahun.Berasaskan nilai di ladang (exfarm value) RM 698.5 juta

pada tahun 2003 industri ternakan dianggarkan bernilai RM477.5 juta pada 2005.

Perkembangan ini secara analitikal adalah agak perlahan iaitu 1.7% setahun namun kalau dilihat melalui pertumbuhan subsektor ternakan, pertumbuhan subsektor ayam daging dan telur adalah amat memberangsangkan walaupun menggunakan hampir lebih 90 % bahan makanan ternakan dari subsektor ini di import.

ABU BAKAR MAMAT

Page 58: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

Samb…..

Selain daripada industri ayam, penternakan khinzir juga telah berkembang dengan pesat sehingga pengeluarannya telah melebihi keperluan negara.

Tetapi industri ternakan lembu dan kambing masih belum berkembang maju. Oleh itu, sebahagian besar keperluan daging lembu dan kambing, serta hasil tenusu masih diimport.

ABU BAKAR MAMAT

Page 59: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

TERNAKAN LEMBU DAN KERBAULembu - untuk daging, susu dan kulit.Kerbau - daging dan dijadikan kerbau penarik.Kerbau Murrah India diternak untuk susunya.Baka lembu Kedah-Kelantan diternak untuk mendapatkan

daging dan baka lembu Tenusu India Tempatan (LID) diternak untuk mendapatkan susunya.

ABU BAKAR MAMAT

Page 60: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

Samb…..Prestasi pengeluaran kedua-dua baka ini kurang

memuaskan berbanding baka temperate.Dalam Rancangan Malaysia Ke 8, pengeluaran

daging lembu meningkat pada kadar 7.5% setahun iaitu daripada 28 000 tan metrik pada tahun 2000 kepada 40 000 tan metrik pada tahun 2005.

ABU BAKAR MAMAT

Page 61: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

Produksi daging lembu/kerbauDaging beku dan haiwan hidup diimport dari India,

Australia, Thailand dan Amerika Syarikat untuk memenuhi keperluan yang selebihnya. Pengambilan per kapita daging lembu dan kerbau pada tahun 1996 ialah 5.87 kg.

Jumlah bilangan lembu adalah 647, 070 (1996) dan baka-baka utama ialah Kedah-Kelantan, kacukan Hereford dan Draughmaster.

Lebih kurang 80% daripada populasi lembu di Malaysia terdiri daripada baka Kedah-Kelantan.

ABU BAKAR MAMAT

Page 62: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

Ladang ternakan lembu secara besar-besaran kurang berjaya kerana; a. memerlukan pelaburan modal yang tinggi dan pulangan rendah.b. memerlukan kawasan meragut yang luas, dan tempoh bunting yang lama. c. Integrasi lembu dan bebiri dengan ladang kelapa sawit dan

getah mempunyai potensi besar dalam industri ruminan di Malaysia.

Hasil produksi ayam dan babi dapat memenuhi keperluan tempatan dan dieksport. Industri ayam dan babi telah mengalami perubahan yang pesat dan pada masa kini ia merupakan suatu industri yang mengamalkan sistem produksi yang canggih dan efisien.

ABU BAKAR MAMAT

Page 63: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

Produksi daging lembu/kerbauJumlah bilangan kerbau ialah dan semakin berkurangan

tahun demi tahun. Hanya terdapat dua baka kerbau di Malaysia; Sawah dan Sungai.

Potensi sistem produksi lembu secara intergrasi dengan ladang kelapa sawit/ getah adalah cerah. Terdapat lebih kurang 4.3 juta hektar tanah (1 juta ekor lembu) yang sesuai untuk mengamalkan sistem integrasi.

ABU BAKAR MAMAT

Page 64: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

Antara kebaikan sistem integrasi ialah;

a) penggunaan tanah yang optimab) meningkatkan kesuburan tanah

c) mengawal tumbuhan rumpai d) mengurangkan penggunaan racun rumpaiSistem produksi feedlot di mana lembu dipelihara secara

intensif adalah salah satu sistem iternakan yang biasa di amalkan di Malaysia. Dalam sistem ini lembu diberi makan bahan sampingan agro-industri contohnya palm kernel cake (PKC). Hasil kajian menunjukkan lembu baka Draughmaster yang diberi PKC mencapai kadar tumbesaran 1100g/hari.

ABU BAKAR MAMAT

Page 65: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

PRODUKSI TENUSU

Pengeluaran susu tempatan pada tahun 1996 ialah 32.17 juta liter dan hanya dapat memenuhi 5.04% daripada keperluan negara.

Penggunaan per kapita susu ialah 38.34 kg(1996). Sasaran pengeluaran pada tahun 2010 ialah 20% daripada keperluan tempatan.

ABU BAKAR MAMAT

Page 66: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

PRODUKSI TENUSU

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kemajuan industri tenusu;

1. Baka lembu kacukan (bos taurus x bos indicus) yang sesuai. Walaupun prestasi baka bos taurus adalah baik, iklim panas dan lembab tropika tidak sesuai untuk baka-baka bos Taurus.

2. Kemudahan dan kakitangan yang terlatih untuk mengumpul, proses dan edarkan susu.

3. Bekalan susu berkualiti yang berterusan

ABU BAKAR MAMAT

Page 67: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

Perbezaan baka lembu bos taurus dan bos indicus

Bos indicus Bos taurus

Mempunyai kelasa Tiada kelasaGelambir tidak nyata Kulit longgar pada

gelambir

Kulit berbulu panjang Kulit licin dan bersinarTahan terhadap suhu tinggi

Kurang tahan pada suhu tinggi

ABU BAKAR MAMAT

Page 68: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

PRODUKSI RUMINAN KECILJumlah bilangan kambing pada tahun 2006 ialah 211,812 ekor.

Pengeluaran hasil daging ialah 343m.tan . Baka kambing tempatan ialah Katjang. Terdapat juga baka kambing tenusu yang diimport iaitu; Alpinne, Saanen dan Anglo-Nubian.

Jumlah bilangan bebiri pada tahun 2006 ialah 174, 312 ekor. Pengeluaran daging ialah 186m.tan. Baka bebiri tempatan ialah Malin.

Baka-baka lain yang biasa digunakan untuk kacukan ialah; Dorset Horn, Polled Dorset dan Suffolk. Baka tropika Thai Long Tail adalah sesuai dengan iklim Malaysia.

Sistem penternakan bebiri secara integrasi dengan ladang kelapa sawit dan getah mempunyai potensi besar.

ABU BAKAR MAMAT

Page 69: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

PRODUKSI AYAM-ITIK

Industri ayam adalah jauh lebih maju daripada ruminan. Jumlah bilangan ayam dan itik pada tahun 1996 ialah 75,622,691 dan 2,341,762 ekor. Pengeluaran daging dan telur ayam/itik pada tahun 1996 ialah 584.4 ribu m.tan dan 6,132 juta biji.

Antara faktor-faktor kemajuan industri ayam ialah;

a) Pengawalan penyakit melalui vaksinasi b) Importasi bakac) Pelaburan daripada sektor swastad)Tiada sekatan agama untuk daging ayam

ABU BAKAR MAMAT

Page 70: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

TERNAKAN KAMBING DAN BIRI-BIRIKambing biasanya dipelihara secara kecil-kecilan di kampung dan

ladang untuk dagingnya.Baka luar negara seperti Jamnapari atau Etawah dan Anglo-Nubian

telah diperkenalkan untuk memperbaiki mutu daging dan menambah hasil keluaran susu.

Bekalan daging kambing dan biri-biri masih tidak mencukupi menyebabkan sebahagian besar daripada keperluan daging kambing dan biri-biri terpaksa diimport.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan, pengeluaran daging kambing meningkat pada kadar 5.9% setahun iaitu daripada 1 000 tan metrik pada tahun 2000 kepada 1500 tan metrik pada tahun 2005.

ABU BAKAR MAMAT

Page 71: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

TERNAKAN AYAM DAN ITIK

Ayam dan itik diternak secara meluas oleh penternak kecil di pinggir bandar.

Terdapat juga penternak swasta yang mengusahakannya secara besar-besaran untuk menghasilkan daging atau telur secara komersil dengan menggunakan teknologi moden.

Lebihan daging dan telur dieksport ke Singapura.Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke 8 , pengeluaran

telur ayam dijangka meningkat daripada 8.2 bilion unit kepada 10 bilion unit iaitu peningkatan sebanyak 3.9% setahun.

ABU BAKAR MAMAT

Page 72: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

Baka-baka hibrid ayam pedaging;Arbor Acre, Avian, Cobb, Hubbard, Shaver dan

Lohmann.(nama-nama syarikat yang mengeluarkan hybrid ayam).

Baka - baka hibrid ayam penelur; Hisex Brown, Golden Comet, ISA Brown dan Lohmann

BrownBaka-baka itik pedaging;

Pekin, Muscovy dan Puah ChaiBaka-baka itik penelur;

Khaki Campbell dan Taiwan Tsaiya

ABU BAKAR MAMAT

Page 73: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

KHINZIR

Kawasan pengeluaran khinzir yang penting terletak di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

Pada tahun 2000 industri khinzir menghadapi masalah berikutan serangan virus Nipah di kawasan Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan.

Industri Khinzir ialah perusahaan ternakan yang kedua penting di Malaysia.

Pengeluaran daging adalah mencukupi dan hasil selebihnya dieksport ke Singapura.

ABU BAKAR MAMAT

Page 74: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

PRODUKSI BABI

Sejak tahun 1964, hasil pengeluaran babi di Malaysia telah memenuhi keperluan tempatan.

Babi hidup dieksport ke Singapura. Baka-baka yang terdapat di Malaysia ialah; Large White,

Duroc_Jersey dan Landrace.Masalah utama yang mengancam industri babi;

1. Pencemaran alam sekitar 2. Ancaman penyakit zoonotik (merebak dari babi ke

manusia)

ABU BAKAR MAMAT

Page 75: 20110125160109Kuliah 1 - DOMESTIKASI HAIWAN DAN  SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA

Sekian

ABU BAKAR MAMAT

“Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa dandalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu”.