assignment pengurusan kewangan sekolah-suhaimi

Upload: mohd-suhaimi

Post on 07-Jul-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 Assignment Pengurusan Kewangan Sekolah-suhaimi

    1/1

    MASALAH-MASALAH DALAM PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH DAN

    LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

    Pengurusan kewangan di sekolah di Malaysia berkait rapat dengan sistem

    lantikan pengetua dan guru besar. Sistem lantikan pengetua di Malaysia adalah

    berdasarkan kekananan dalam perkhidmatan dan pengalaman sebagai guru. Oleh

    itu, pengetua atau guru besar yang barn dilantik akan mengurus sekolah

    berdasarkan cubajaya. Ini disebabkan selepas beberapa bulan atau malah selepas

    beberapa tahun barulah mereka ini di berikan kursus pengurusan sekolah khasnya

    kursus pengurusan kewangan sekolah sedangkan pengurusan kewangan sekolah

    merupakan salah satu aspek pengurusan sekolah yang amat penting dan perlu

    diberi perhatian yang serius. Ini kerana jika tersalah urus atau jika berlaku

    penyelewengan pengetua atau guru besar boleh diambil tindakan disiplin,

    surcharge, turun pangkat atau dibuang kerja. Dalam pada itu, kepemimpinan,

    kemahiran, sikap dan tanggung jawab pengetua terhadap pengu rusan kewangan

    sekolah amat penting diambil perhatian oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Pengetua merupakan pegawai kerajaan yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya

    untuk memastikan bahawa aspek pengurusan kewangan sekolah dijalankan

    mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapakan oleh kerajaan melalui

    surat-surat Pekeliling Kewangan dan Perakaunan Sekolah !rahan Perbendaharaan

    dan !kta Pendidikan "##$ %Mokhtar Ibrahim, &''(). *agaimana pun, pihak sekolah

    khasnya

    pengetua atau guru besar sering kali dibebani dengan pelbagai masalah dalam

    pengurusan kewangan sekolah.