assignment pengantar psikolinguistik

9

Click here to load reader

Upload: eveline-elyn

Post on 14-Dec-2014

66 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

contoh-contoh soalan

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Pengantar Psikolinguistik

Soalan 1

Antara 4 peringkat Pemerolehan B1, peringkat yang manakah paling kritikal, Kenapa?

Panduan Menjawab:

Vokalisasi, pertuturan satu kata, pertuturan dua dan tiga kata, perkembangan ayat-ayat kompleks

Soalan 2

Pelajar anda terdiri daripada pelajar B2 bahasa Malaysia. Keputusan ujian menunjukkan min kumpulan A = 81, kumpulan B = 50, kumpulan C =25, dan kumpulan D = 91. Nyatakan tahap bahasa antara setiap kumpulan dan lukis carta turus yang bersesuaian.

Panduan Menjawab:

basilek, mesolek, akrolek, kefasihan penutur jati.

Page 2: Assignment Pengantar Psikolinguistik

Soalan 1

Pemerolehan bahasa pertama dalam teks ini ialah peringkat linguistik, yang terdiri daripada

peringkat bebelan (vokalisasi), pertuturan satu kata (holofrasa), pertuturan dua dan tiga kata

(telegrafik), dan perkembangan ayat yang kompleks.

Manusia mempunyai minda dan dalam minda terdapat bahasa. Pada waktu

dilahirkan ke dunia, bayi tidak boleh bercakap dengan serta merta dan tidak memahami

percakapan. Tetapi setelah berusia 4 tahun, kanak-kanak suda mempelajaru asas kosa

kata, sintaksis (peraturan struktur bahasa dan tatabahasa), dan sebutan bahasa

pertamanya. Hal ini berlaku kepada semua kanak-kanak di dunia tanpa mengira bahasa apa

yang digunakannya

Bebelan (Vokalisasi)

Bayi pandai bercakap tetapi beruapay mengeluarkan berbagai-bagai bunyi melalui

mulutnya. Bayi menangis, menguku seperti bunyi burung, merobok seperti bunyi air keluar

dari botol yang bermulut kecil, menghembus, meludah dan banyak lagi bunyi yang sukar

dijelaskan. Walaupun bukan bunyi-bunyi bahasa, melalui bunyi-bunyi ini bayi berlatih

mengawal alat artikulasinya. Bayi juga berlatih menyelaraskan pernafasannya dengan

menghasilkan bunyi-bunyi. Bunyi yang sama (menangis, menguku, dan sebagainya),

dihasilkan oleh semua bayi didunia. Bayi yang pekak tidak meneruskan perkembangan

bahasanya ke peringkat membebel, iaitu tahap perkembangan yang seterusnya, yang mirip

kepada bahasa manusia.

Bebelan melibatkan penggunaan bunyi bahasa, khususnya suku kata vokal dan

konsonan-vokal seperti /a/, /u/, /ma/, /gi/, /pa/. pengulangan bunyi membe ri kualiti bunyi

yang serupa dengan bahasa. Contohnya : ‘mama’, ‘gigi’, ‘papa’, terutama bunyi-bunyi yang

melibatkan pola intonasi bahasanya. Sewaktu bebelan berterusan, bunyi yang dihasilkan

oleh bayi semakin menghampiri bunyi bahasa yang ada dalam lingkungan persekitarannya.

Mengikut kajian Steinberg (1993), kanak-kanak Jepun yang berumur 6 bulan mulai

Page 3: Assignment Pengantar Psikolinguistik

mengeluarkan bunyi yang mirip bahasa Jepun. Demikian juga halnya dengan bayi bangsa

Cina dan Inggeris. Sewaktu berumur 10 atau 11 bulan, bayi sering membebel dengan ayat

pura-pura yang bukan kata (psedo non-word ‘sentence’ dengan pola intonasi ayat penyata,

pertanyaan, dan seruan. Dengan itu, tidak menghairankanlah bayi terlebih dahulu

memperoleh pola intonasi bahasanya sebelum dapat menghasilkan sesuatu kata. Keadaan

ini boleh disamakan dengan orang dewasa yang mempelajari bahasa baru.

Pertuturan Satu Kata (Holofrasa)

Bilakah kanak-kanak mula menyebut kata pertamanya? Soalan ini sukar di jawab

kerana terdapat perbezaan perkembangan fizikal dan kognitif antara individu dan kesukaran

untuk menentukan dengan tepat bila sesuatu kata itu benar-benar diperoleh kanak-kanak.

Kali pertama bagi kanak-kanak normal dilaporkan muncul ketika berumur 4 bulan, 18

bulan, atau pada umur yang lebih daripada itu. Namun secara purata, kanak-kanak sudah

boleh menuturkan kata pertamanya sewaktu berumur 10 bulan. Ketidaksamarataan ini ada

kaitannya dengan perkembangan fizikal kanak-kanak, seperti kekejangan otot mulut dan

kerongkong yang perlu untuk artikulasi bunyi bahasa. Perkembangan bahagian tertentu otak

turut terlibat kerana pembentukan bunyi bahasa adalah di bawah kawalan medan-medan

bahasa yang terdapat di sebelah hemisfera kiri.

Untuk menentukan waktu sebenarnya sesuatu kata itu diperoleh kanak-kanak

bukanlah suatu perkara yang mudah, tidak cukup dengan memperhatikan sebutan bunyi-

bunyi yang selaras dengan sesuatu kata yang terdapat dalam sesuatu bahasa. Yang ingin

diperhatikan ialah penggunaan bunyi-bunyi yang bermakna. Jika kanak-kanak berkata

‘kucing’ atau menyebutkan bunyi yang hampir-hampir atau mirip dengan bunyi ‘kucing’

sewaktu kanak-kanak melihar atau menyentuh binatang itu (bukannya binatang atau objek

lain), barulah kita boleh mengatakan bahawa kanak-kanak itu tahu makna sebenarnya

perkataan ‘kucing’. Orang yang terdekat dengan kanak-kanak itu sahajalah yang boleh

Page 4: Assignment Pengantar Psikolinguistik

mengecamkan bunyi-bunyi bermakna yang dituturkan oleh kanak-kanak kerana sebutannya

agak ganjil, tidak sama dengan sebutan bunyi yang lazim didengar. Untuk menjalankan

kajian bagi menentukan bila kanak-kanak mempelajari kata pertamanya, pengkaji yang

berdedikasi perlu menelefon ibu bapa kanak-kanak setiap hari selama setahun, dengan

tujuan untuk menyemak kemajuan perkembangan bahasa kanak-kanak. Akan tetapi,

tindakan ini pun tidak cukup kerana ada ibu bapa yang terlepas dengar akan tanda-tanda

bilakah pertama itu dipelajari oleh kanak-kanak. Oleh sebab itu, data tentang isu ini sukar

diperoleh daripada mana-mana sumber.

Pertuturan Dua dan Tiga Kata (Telegrafik)

Sewaktu berumur kira-kira 18 bulan (1 tahun 6 bulan), kebanyakan kanak-kanak mula

menghasilkan pertuturan yang terdiri daripa dua atau tiga kata. Kita harus mengambil kira

umur ini sebagai kiraan purata kerana terdapat perbezaan dalam perkembangan pertuturan

antara kanak-kanak. Jadual 1 menunjukkan senarai pertuturan kanak-kanak yang

mengandungi idea yang digunakan untuk menyampaikan tujuan yang berlainan. Walaupun

baru berumur 1 tahun enam bulan, kanak-kanak sudah pandai menggunakan bahasa untuk

meminta , member amaran, menolak, bercakap besar, bertanya, menjawab, dan

memberitahu. Pertuturan digunakan untuk melahirkan idea seperti kuantiti (nak lagi), milik

(saya punya), nafian (tak nak), lokasi(kek meja) dan attribut atau sifat semula jadi yang ada

pada seseorang atau benda (besar, merah).

Page 5: Assignment Pengantar Psikolinguistik

Jadual 1

Beberapa Pertuturan Dua-Tiga Kata dan Tujuannya

Pertuturan Persamaaan dengan Tujuan

Kanak-kanak Penutur Matang

Want cookie I want a cookie Permintaan

More milk I want some more milk Permintaan

My cup This cup is mine Amaran

Mommy chair This chair belongs to Mommy Amaran

Mommy chair Mommy is sitting on the chair Jawapan

Big boy I am a big boy megah/bangga

Red car The car is red Pernyataan

No sleep I don’t want to go to sleep Penolakan

Where doll? Where is the doll? Pertanyaan

Daddy bring Daddy will bring pizza Pernyataan

Give candy Give me some candy Permintaan

Banana table The banana is on the table Jawapan

Sumber: Steinberg, D.D.(1993)

Contoh ujaran pada Jadual 1 mengandungi idea terhad tetapi dapat menunjukkan

kemajuan kognitif kanak-kanak. Ternyatalan bahawa kebolehan berfikir dan konseptual

kanak-kanak yang masih kecil agak menakjubkan. Kebolehan ini disedari setelah banyak

kajian tentang bahasa kanak-kanak yang dikemukakan untuk maklumkan umum. Pada

masa lampau, kebolehan ini dipandang remeh. Dalam keadaan yang sama, pertuturan

kanak-kanak pada jadual 1, hanya sebahagian kecil sahaja daripada keseluruhan

pengetahuan linguistik kanak-kanak yang sebenarnya, yang masih belum dikaji.

Daripada Jadual 1, kita dapat mengamati cirri utama dalam pertuturan kanak-kanak:

kurangnya kata fungsi seperti artikel, kata sendi nama, kata kerja bantu (be, have) dan

Page 6: Assignment Pengantar Psikolinguistik

modal (will, can). Kata nama,kata kerja ,kata sifat yang muncul dalam pertuturan kanak-

kanak merupakan golongan kata yang pertama dipelajari dan difahami kanak-kanak kerana

banyak memberikan maklumat. Tentulah ganjil apabila seseorang kanak-kanak menuturkan

kata pertamanya dengan menggunakan is, with, can atau the.

Kanak-kanak menggunakan kombinasi kata-kata inti dengan jangkaan bahawa

pendengar akan memahami hubungan antara item, seperti dalam banna table bagi banana

is on the table. Sewaktu kanak-kanak akan belajar menggunakan kata-kata fungsi dengan

teratur seperti to mama, with John, the truck,candy and cake. Walau bagaimanapun kata-

kata fungsi seperti itu tidak dapat ditemui jika kata nama, kata kerja dan kata adjektif tidak

difahami terlebih dahulu. Kanak-kanak yang memahami kata seperti banana dan table

sahaja yang dapat mengagak makna kata sendi seperti on jika seseorang berkata the

banana is on the table, dan kanak-kanak tersebut betul-betul melihat banana itu di atas

meja.

Perkembangan Ayat-ayat Kompleks

Setelah pertuturan kanak-kanak menjadi lebih panjang, struktur ayat yang mudah

berkembang menjadi ayat yang lebih kompleks. Kanak-kanak mula menggunakan nafian,

soalan, klausa relatif dan struktur yang lebih kompleks. Perkembangan ayat naïf ditunjukkan

sebagai contoh pemerolehan struktur yang serupa. Mengikut Bellugi dan Klima (1973),

nafian berkembang dalam masa utama, iaitu6