assignment mapm 1213- penyeliaan (supervising)

13
MAPM 2131 PENYELIAAN 1 BAB 1 PENGENALAN Di jabatan-jabatan kerajaan dan jabatan swasta daya pengeluaran boleh terjejas dengan adanya tanda masalah psikologi seperti ponteng kerja, datang lambat, melambat- lambatkan kerja, lembap memberi layanan kaunter, menggunakan masa pejabat untuk kerja-kerja peribadi, berlengah-lengah di kantin pejabat dan juga bersikap kasar dan sombong terhadap orang ramai yang memerlukan khidmat (Aminuddin Mohd Yusuf, 1994). Masalah-masalah ini menunjukkan bahawa peranan dan gaya kepimpinan seseorang dapat mempengaruhi kejayaan ataupun kegagalan di dalam sesebuah organisasi. Kepimpinan merupakan satu proses interaksi sosial yang dialami oleh semua individu pada hari ini. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda bahawa setiap orang adalah pemimpin dan setiap pemimpin mempunyai tanggungjawab terhadap orang yang dipimpin. Kepimpinan merupakan satu konsep yang mengandungi pelbagai maksud yang berbeza-beza. Misalnya, (Bernard Urwick, 1904) berpendapat bahawa kepimpinan adalah

Upload: muhamad-luqman

Post on 13-Apr-2016

290 views

Category:

Documents


64 download

DESCRIPTION

KONSEP PENYELIAANPENGENALANKAJIAN LITERATUREPERBINCANGANKESIMPULANKESINAMBUNGAN

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment MAPM 1213- PENYELIAAN (SUPERVISING)

MAPM 2131PENYELIAAN

1

BAB 1

PENGENALAN

Di jabatan-jabatan kerajaan dan jabatan swasta daya pengeluaran boleh terjejas

dengan adanya tanda masalah psikologi seperti ponteng kerja, datang lambat, melambat-

lambatkan kerja, lembap memberi layanan kaunter, menggunakan masa pejabat untuk

kerja-kerja peribadi, berlengah-lengah di kantin pejabat dan juga bersikap kasar dan

sombong terhadap orang ramai yang memerlukan khidmat (Aminuddin Mohd Yusuf,

1994). Masalah-masalah ini menunjukkan bahawa peranan dan gaya kepimpinan

seseorang dapat mempengaruhi kejayaan ataupun kegagalan di dalam sesebuah

organisasi.

Kepimpinan merupakan satu proses interaksi sosial yang dialami oleh semua

individu pada hari ini. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda bahawa setiap orang

adalah pemimpin dan setiap pemimpin mempunyai tanggungjawab terhadap orang yang

dipimpin. Kepimpinan merupakan satu konsep yang mengandungi pelbagai maksud yang

berbeza-beza. Misalnya, (Bernard Urwick, 1904) berpendapat bahawa kepimpinan adalah

kualiti tingkah laku individu ketika dia memandu (mengetuai) aktiviti kumpulan untuk

mencapai objektif organisasi. (Robert J. House dan Mary L. Baetz, 1979), berpendapat

bahawa kepimpinan boleh berlaku dalam kumpulan yang melibatkan dua orang atau lebih

dan selalunya melibatkan pengaruh kepada ahli kumpulan dalam mancapai sesuatu

matlamat kumpulan.

Page 2: Assignment MAPM 1213- PENYELIAAN (SUPERVISING)

MAPM 2131PENYELIAAN

2

Walaupun penyeliaan bukanlah salu peranan khusus seseorang tetapi dalam

sistem birokrasi yang berlaku dalam system organisasi di Malaysia memang telah

ditcntukan perlantikan seseorang itu untuk menjalankan sesuatu kerja atau tugas.

Sehubungan dengan itu peranan penyeliaan ini telah diserahkan kepada beberapa individu

tertentu untuk melaksanakannya. Oleh itu, setiap organisasi memerlukan seseorang yang

dipertanggungjawabkan bagi memastikan mutu dan kelancaran kerja berjalan dengan

sempurna. Seseorang itu juga di kenali sebagai penyelia. Menurut (Raymond, 2004),

penyelia adalah seseorang yang mempunyai deskripsi tugas merancang, mengagih tugas,

mengarah, memberi kerjasama, membuat penyelesaian masalah, memilih dan melatih,

memotivasi, menasihat, memperbaiki, mengurus tekanan dan mengawal kemajuan.

Page 3: Assignment MAPM 1213- PENYELIAAN (SUPERVISING)

MAPM 2131PENYELIAAN

3

BAB 2

KAJIAN SEMULA

Berdasarkan kajian literature (Wan Mohd Zahid Wan Mohd. Noordin, 1987) telah

menyokong konsep penyeliaan yang berasaskan mengawal selia aktiviti oleh penyelia ke

atas stafnya. Perkara ini dapat dibuktikan apabila staf yang bertugas perlu datang

bertugas mengikut masa yang ditetapkan dan membuat kerja mengikut masa yang

diarahkan. PPP juga perlu melayan atau menyelesaikan masalah pada peringkat KD

termasuk agak peribadi sekiranya keadaan tersebut menyebabkan mutu kerja organisasi

menurun dan perkara ini disokong berdasarkan kajian literature (Adair,1992). Tambahan

pula, PPP perlu membuat anggaran belanjawan bulanan dan suku tahunan. Ini termasuk

keperluaan seperti ubat, minyak kenderaan, elaun perjalanan dan elaun kerja lebih masa

serta memastikan klinik dan sekitarnya sentiasa bersih dan kemas.

Berdasarkan teori penyeliaan Tradisional sainstifik karya ( Frederick Taylor,

1900). Teori ini menekankan kepada penyeliaan terhadap keseluruhan tugas PPP supaya

kelancaran tugas yang berkesan dapat dihasilkan. Teori penyeliaan tradisional

menganggap PPP sebagai golongan yang perlu dikawal rapi. Hubungan penyelia dengan

yang diselia perlu ada jarak dan ruang yang jelas. Secara keseluruhannya penyeliaan

menurut teori ini menghendaki PPP diselia dan dicerap untuk memastikan tercapainya

matlamat ‘output’ tugasan secara efisien.

Page 4: Assignment MAPM 1213- PENYELIAAN (SUPERVISING)

MAPM 2131PENYELIAAN

4

Selain itu, menurut teori penyeliaan hubungan manusia pula, (Elton Mayo, 1930-

1950), percaya bahawa produktiviti kerja akan meningkat bila terdapat hubungan yang

baik ditempat kerja.. Teori Penyeliaan Humanistik lebih mementingkan hubungan baik

antara penyelia dan kakitangan yang diselia. Keadaan ini dipercayai dapat mewujudkan

rasa kepuasan kerja dan komitmen yang tinggi di kalangan kakitangan yang diselia.

Pekerja diberikan kesempatan untuk berinteraksi antara satu sama lain, memperlakukan

mereka dengan sopan dan melibatkan mereka dalam proses membuat keputusan.

Bagi (Douhlas Mcgregor, 1960) pula, dalam pengurusan sumber manusia

penyelia hospital/KK perlu memberikan perhatian terhadap Sumber manusia dengan

melihat kepada keperluan manusia, potensi dan kepuasan dan bukan hanya untuk

mengembirakan mereka serta memanipulasikan mereka. “Human Resources Supervision”

ada membincangkan bahawa kakitangan kesihatan (PPP) adalah idividu yang berpotensi

dan berkemampuan untuk berkembang sebagai manusia yang positif serta proaktif

sebagaimana yang dijelaskan dalam teori Y (McGregor, 1989). Oleh itu pendekatan teori

Y sepatutnya didokong oleh pentadbir hospital. Ianya merupakan satu stail kepimpinan

yang dapat membantu proses khidmat kakitangan kesihatan yang lebih berkesan dan

berwawasan. Penyeliaan atau pencerapan dalam konteks kesihatan bertujuan untuk

membangunkan perkembangan psikologi manusia ke arah meningkatkan tahap

profesionalisme dalam perkhidmatan awam.

Page 5: Assignment MAPM 1213- PENYELIAAN (SUPERVISING)

MAPM 2131PENYELIAAN

5

BAB 3

PERBINCANGAN

Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan merupakan salah satu komponen di

bawah Pengurusan Hospital. Unit ini di ketuai oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan

Gred U42 dan akan melapor kepada Pengarah Hospital. Unit ini juga berperanan dalam

pengurusan sumber dan penyeliaan klinikal untuk memastikan mutu perkhidmatan yang

cemerlang, cekap dan selamat diberi kepada pesakit-pesakit oleh anggota di bawah

jagaan iaitu Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan Lelaki.

Adalah tidak boleh dinafikan lagi, penyeliaan di peringkat Klinik Daerah (KD)

selalunya di kendalikan oleh PPP. Tanggunjawab PPP adalah untuk memastikan segala

program pada peringkat KD berjalan dengan lancar dan mengambil kira aspek mutu

kerja, kos serta menepati masa dan perkara ini dapat di sokong melalui kajian literature

(Alfonso et. al.,1980). PPP dapat mencapai mutu kerja melalui penyeliaan di KD dengan

memastikan KD berfungsi dengan sempurna dan mencapai objektif yang ditentukan.

Selain itu, menjimatkan kos menunjukkan penyeliaan seseorang PPP berada di tahap

terbaik. Contohnya, PPP yang merujuk kes hanya perlu menggunakan kenderaan klinik

jika betul-betul perlu dan mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan.

Page 6: Assignment MAPM 1213- PENYELIAAN (SUPERVISING)

MAPM 2131PENYELIAAN

6

Setiap penyelia perlu menghargai kepentingan pengurusan dalam perkembangan

masyarakat. Mempelajari asas penyeliaan akan membentuk pengetahuan asas untuk

menjadikan sesuatu tugas PPP itu dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

Memandangkan dunia pada hari ini dihimpit arus globalisasi, maka proses penyeliaan

juga turut mengalami perubahan. Penyelia pada hari ini perlu peka kepada perubahan

persekitaran dan menyesuaikan keadaan dengan proses perancangan, penorganisasian,

kepemimpinan dan pengawalan. Peralihan paradigma penyelia akan membolehkan

organisasi berdaya saing dalam arus cabaran globalisasi. Kegagalan penyelia dan

keengganan untuk berubah akan menyebabkan proses penyeliaan mengalami masalah.

Page 7: Assignment MAPM 1213- PENYELIAAN (SUPERVISING)

MAPM 2131PENYELIAAN

7

BAB 4

RUMUSAN

Setiap organisasi memerlukan pemimpin/penyelia. Tanpa penyeliaan sesebuah

organisasi tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Ini kerana jatuh bangunnya sesebuah

organisasi bergantung kepada ketua. Seseorang ketua dikatakan berjaya sekiranya dia

berjaya menerapkan kepemimpinan yang tepat di dalam organisasinya. Kejayaan

sesebuah organisasi bergantung kepada sokongan dan sanjungan semua ahli kakitangan.

Untuk menjadi penyelia yang berwibawa, seseorang bukan sahaja perlu mempunyai

pengetahuan dan pengalaman, tetapi juga perlu bekerja untuk membina kuasa dalaman

lebih dari kekuatan fizikal. Daya kekuatan yang dimaksudkan ialah kekuatan untuk

mengawal, mempengaruhi, memujuk, daya memaksa, mengesahkan dan daya membuat

rujukan. Terdapat beberapa teori kepimpinan di dalam menguruskan organisasi antaranya

ialah teori latar, teori kontigensi Fiedler, teori laluan matlamat, teori sumber kongnitif,

teori Karismatik dan juga teori bidang daya penggerak. Teori latar mengambil kira kajian

kepimpinan sebagai salah satu cabang psikologi sosial iaitu dengan melihat beberapa

perspektif yang berbeza iaitu perspektif kelompok, perspektif konflik perspektif

keperluan di pelajari dan perspektif penghakikian diri. Perspektif-perspektif ini pula

boleh dilihat melalui tiga pendekatan iaitu pendekatan tret, pendekatan fungsi dan juga

pendekatan tingkah laku. Teori kontigensi Fiedler pula mengandaikan tidak munasabah

untuk menjangkakan bahawa seorang pemimpin boleh melakukan segala-galanya pada

setiap masa lebih baik daripada orang lain. Adalah satu kewajiban penyelia memastikan

perkhidmatan yang diberi oleh Penolong Pegawai Perubatan dan kakitangan lain

dilaksanakan secara profesional, cekap dan berkualiti sepanjang masa.

Page 8: Assignment MAPM 1213- PENYELIAAN (SUPERVISING)

MAPM 2131PENYELIAAN

8

RUJUKAN

Adair, J. (1992). The Effective Supervisor. Petaling Jaya: Pelanduk Publication.

al, G.-M. e. (1995). Managing Human Resources. London: Prentice Hall.

al., A. e. (1990). Essentials Of Organisational Behavior. New Jersey: Prentice Hall

Publications.

Ebi Shahrin Suleiman, U. N. (2004). Prinsip Pengurusan . Kuala Lumpur: Fajar Ulung

Sdn Bhd.

Eley, A. &. (2009). How to be an Effective Supervisor. Berkshire: McGraw Hill, The

Open University Press.

Noordin, W. M. (1987). Menyelesaikan Masalah Dan Membuat Keputusan . Kuala

Lumpur: Penerbitan Pelangi Bhd.

Noordin, W. M. (1987). Penyeliaan Yang Berkesan. Kuala Lumpur: Pelangi.

Peelo, M. (2011). Understanding Supervision. London & New York: Continuum.

Robert J. House dan Mary L. Baetz. (2015). Decoding the Workplace: 50 Keys to

Understanding People in Organizations. California: John Ballard.

Taylor, F. (1900). Maximizing Productivity & Efficiency. London: Pine Networks.

Yusof, A. M. (1994). Kepimpinan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.