borang pengesahan status tesis · persepsi masyarakat sekitar kolej komuniti di segamat, ......

30
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : SESI PENGAJIAN : 2010/2011 Saya MOHD FAZRUL BIN ABU HASHIM mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi ma klu mat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RA HSIA RASM I 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : Nama Penyelia Tarikh: Tarikh: CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana M uda. PERSONALITI PELAJAR KOLEJ KOMUNITI DI DAERAH SEGAMAT (HURUF BESA R) ENCIK AZLAN BIN ABDUL LATIB NO15 JLN PULAU INDAH U10/54C, TMN SANDARAN PERMAI 40150 SHAH ALAM, SELANGOR. PSZ 19:16(Pind. 1/97)

Upload: doankhanh

Post on 29-Jul-2019

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2010/2011 Saya MOHD FAZRUL BIN ABU HASHIM

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknolog i Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universit i Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan

atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di

dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh

organisasi/badan di mana penyelid ikan d ijalankan).

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :

Nama Penyelia

Tarikh: Tarikh:

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan

atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana

Muda.

PERSONALITI PELAJAR KOLEJ KOMUNITI DI DAERAH SEGAMAT

(HURUF BESAR)

ENCIK AZLAN BIN ABDUL LATIB NO15 JLN PULAU INDAH

U10/54C, TMN SANDARAN

PERMAI 40150 SHAH ALAM,

SELANGOR.

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal).”

Tandatangan :

Nama Penyelia : ENCIK AZLAN BIN ABDUL LATIB

Tarikh :

PERSONALITI PELAJAR KOLEJ KOMUNITI DI DAERAH SEGAMAT.

MOHD FAZRUL BIN ABU HASHIM

KAJIAN INI UNTUK MEMENUHI SYARAT

DI DALAM PENGANUGERAHAN IJAZAHAN SARJANA MUDA

TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEJURUTERAAN MEKANIKAL)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JUNE 2011

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penyelia : MOHD FAZRUL BIN ABU HASHIM

Tarikh :

iii

Dipanjatkan kesyukuran buatNya yang mengizinkan segala sesuatu.....

Untuk ayah dan ibu tercinta,

En. Abu Hashim Ismail & Pn. Norliah Abd Rashid

Doa, dorongan dan pengorbanan

mengiringi kehidupan dan kejayaanku

Terima Kasih ayah dan ibu.

Untuk Adik yang disayangi,

Kejayaan ini adalah kejayaan kita semua.

Untuk sahabat handai yang sentiasa disisi,

Terima kasih atas segala pertolongan, nasihat dan dorongan

serta perkongsian suka dan duka bersama.

iv

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah diatas segala rahmat dan limpah kurniaNya tesis ini

dapat disiapkan mengikut jadual yang telah dirancang.

Pertama sekali saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia

projek sarjana muda, Encik Azlan Bin Abdul Latib di atas bimbingan dan dorongan

yang diberikan sepanjang tempoh saya menyiapkan kajian ini. Terima kasih yang

tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas segala jasa baik

yang telah diberikan.

Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan kepada pihak penduduk Bandar

Putra Segamat kerana telah memberikan kerjasama untuk saya menjalankan kajian

ini.

Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada individu yang terlibat sama

ada secara langsung atai tidak langsung dalam menjayakan kajian ini. Semoga Allah

S.W.T membalas segala bantuan yang telah dihulurkan.

v

ABTSRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap personaliti dan kegiatan

sosial antara pelajar kolej komuniti dengan penduduk setempat yang dilihat daripada

persepsi masyarakat sekitar kolej komuniti di Segamat, Johor. Kaedah kajian yang

dilakukan adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan soal-selidik yang

dibangunkan sendiri oleh penyelidik sebagai intrumentasi kajian. Soal selidik ini

mengandungi 45 item mengenai personaliti yang merangkumi aspek fizikal, mental,

nilai, emosi dan tingkahlaku menggunakan skala likert. Sampel kajian terdiri

daripada 276 orang penduduk di salah sebuah Kolej Komuniti Segamat di Negeri

Johor yang diperolehi secara rawak. Data mentah yang diperolehi kemudiannya

dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For The Social Sciences

(SPSS+PC) untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min bagi melihat persepsi

penduduk di kawasan kolej komuniti ini. Analisis kebolehpercayaan kajian ini telah

mencapai tahap yang sesuai bagi menjalankan kajian, di mana nilai Alpha Cronbach

ialah 0.986 dan bersesuaian dengan objektif kajian yang dibentuk. Hasil kajian yang

dijalankan telah menunjukkan bahawa tahap personaliti para pelajar kolej komuniti

adalah pada tahap sederhana dengan komponen sifat fizikal menunjukan peratusan

tertinggi, manakala faktor tingkah laku menunjukan peratusan yang terendah. Kajian

menunjukkan bahawa faktor tingkah laku sangat memberi kesan kepada masyarakat.

Dapatan kajian juga menunjukan pelajar-pelajar kurang melibatkan diri dalam

aktiviti kemasyarakatan kecuali dalam aktiviti-aktiviti sukan. Penyelidik telah

mencadangkan beberapa saranan bagi membantu memperbaiki tahap personaliti

pelajar kolej komuniti dalam meningkatkan perhubungan dengan masyarakat.

vi

ABTRACT

The purpose of this study was to determine the level of personality and social

activities among Community College students and local residents of the community

perceptions of community college in Segamat, Johor. Method study was conducted

using a quantitative questionnaire, developed by the researchers as Instrumentation

studies. This questionnaire contains 45 items about personality in using likert scale

included aspect of physical, mental, moral, emotion and behavior. The sample

consisted of 276 local residents in one Community College Segamat, Johor. Form of

measurement for each item that has been built and measured using Likert scale. The

data collected is then analyzed using the Statistical Package For Social Sciences

(SPSS PC +) to indicate the frequency, percentage and mean for the residents‟

perceptions of this Community College. Analysis of the reliability of this study was

to achieve an appropriate level to undertake a study, in which the Cronbach Alpha

value is 0.986 and in accordance with the established objectives of the study. The

study has shown that the personalities of the Community College students are at a

moderate level of physical components showed the highest percentage, while

behavioral factors showed the lowest percentage. Studies show that behavioral

factors are affecting the community. The findings also showed the students less

involved in community activities, except in sports activities. Researchers have

proposed several recommendations to help improve Community College students'

personalities to improve relations with the community.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA

MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGAKUAN PENSYARAH

TAJUK i

PENGAKUAN PENGKAJI ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

viii

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Skop dan Batasan Kajian 9

1.8 Kerangka Kongseptual Kajian 10

1.9 Definasi Istilah

1.9.1 Tingkah Laku

1.9.2 Sifat Fizikal

1.9.3 Nilai

1.9.4 Sifat Mental

1.9.5 Perlakuan Buli

12

13

13

13

14

14

1.9 Kesimpulan

15

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 16

2.2 Persepsi Masyarakat 17

2.3 Remaja 18

2.4 Pendekatan Teori

2.4.1 Pendekatan Sosial Teori Erikson

2.4.2 Teori Humanistik Tentang Kongsep

Kesempurnaan Kendiri Oleh Carl

Rogers.

2.4.2 Teori Humanistik Maslow

19

19

21

23

2.5 Personaliti Mengikut Pandangan Islam 25

2.6 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi

Personaliti Manusia

2.6.1 Baka

2.6.2 Persekitaran

27

27

29

2.7 Kajian-Kajian Lepas

2.7.1 Kajian-Kajian Berkaitan Masalah

Personaliti Dan Tingkah Laku Remaja

35

35

2.8 Kesimpulan

37

ix

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 38

3.2 Reka Bentuk Kajian 39

3.3 Tempat Kajian 39

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 40

3.5 Instrumen Kajian

3.5.1 Bahagian A: Maklumat responden

3.5.2 Bahagian B: Persoalan Kajian aktiviti

3.5.3 Bahagian C: Persoalan Kajian personaliti

41

42

42

42

3.6 Kajian Rintis

3.6.1 Keesahan Item Soal Selidik

3.6.2 Kebolehpercayaan Item Soal Selidik

45

46

46

3.7 Analisis Data 47

3.8 Kerangka Operasi Kajian 48

3.9 Kesimpulan 51

BAB IV

ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 52

4.2 Analisis Data Bahagian A

4.2.1 Jantina

4.2.2 Umur

4.2.3 Kaum

4.2.4 Jangka masa penempatan

53

53

53

54

55

4.3 Analisis Data Bahagian B

4.3.1 Persoalan kajian 6: Apakah aktiviti

sosialisasi yang melibatkan pelajar KK di

kalangan masyarakat setempat?

55

x

4.4 Analisis Data Bahagian C

4.4.1 Persoalan kajian 1: Apakah persepsi

masyarakat terhadap tingkah laku para

pelajar KK?

4.4.2 Persoalan kajian 2: Apakah persepsi

masyarakat terhadap sifat fizikal para

pelajar KK?

4.4.3 Persoalan kajian 3: Apakah persepsi

masyarakat terhadap nilai para pelajar

KK?

4.4.4 Persoalan kajian 4: Apakah persepsi

masyarakat terhadap sifat mental para

pelajar KK?

4.4.5 Persoalan kajian 5: Apakah persepsi

masyarakat terhadap emosi para pelajar

KK?

61

62

65

67

70

73

4.5 Rumusan Dapatan Kajian

76

BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

5.1 Ringkasan Kajian

5.1.1 Ringkasan Demografik

5.1.2 Ringkasan Berdasarkan Item Yang

Dikemukakan Pada Bahagian B

5.1.3 Rumusan Berdasarkan Item Yang

Dikemukakan Pada Bahagian C

78

80

81

82

5.2 Perbincangan

5.2.1 Persepsi Masyarakat Terhadap Tingkah

Laku Para Pelajar KK.

5.2.2 Persepsi Masyarakat Terhadap Sifat

85

85

88

xi

Fizikal Para Pelajar KK.

5.2.3 Persepsi Masyarakat Terhadap Nilai Para

Pelajar KK.

5.2.4 Persepsi Masyarakat Terhadap Sifat

Mental Para Pelajar KK.

5.2.5 Persepsi Masyarakat Terhadap Emosi Para

Pelajar KK

5.2.6 Aktiviti Sosialisasi Yang Melibatkan

Pelajar KK Dikalangan Masyarakat

Setempat

90

92

94

95

5.3 Cadangan

98

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 101

5.5 Kesimpulan

102

BIBLIOGRAFI 103

LAMPIRAN 109

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK

MUKA SURAT

1.1 Jadual perkembangan sosial Eric Erikson 11

3.1 Pembahagian Item mengikut persoalan kajian. 43

3.2 Skala Likert Bahagian B 44

3.3 Skala Likert Bahagian C 44

3.4 Skala Min 47

4.1 Taburan responden mengikut jantina 53

4.2 Taburan responden mengikut umur 54

4.3 Taburan responden mengikut kaum 54

4.4 Taburan responden mengikut tahun penempatan 55

4.5 Analisis tahap aktiviti sosialisasi yang

melibatkan pelajar KK dikalangan masyarakat

setempat dalam akitiviti rukun tetangga dan

kemasyarakatan.

56

4.6 Analisis aktiviti sosialisasi yang melibatkan

pelajar KK dikalangan masyarakat setempat

dalam akitiviti riadah dan sukan.

57

4.7 Analisis persepsi masyarakat Bandar Baru Putra

terhadap tingkah laku para pelajar KK Segamat

1.

62

4.8 Analisis persepsi masyarakat Bandar Baru Putra

terhadap sifat fizikal para pelajar KK Segamat

1.

65

4.9 Analisis persepsi masyarakat Bandar Baru Putra

terhadap nilai para pelajar KK Segamat 1

67

xiii

4.10 Analisis persepsi masyarakat Bandar Baru Putra

terhadap sifat mental para pelajar KK Segamat

1.

70

4.11 Analisis persepsi masyarakat Bandar Baru Putra

terhadap emosi para pelajar KK Segamat 1

73

4.12 Analisis dapatan kajian berdasarkan persoalan

kajian.

76

xiv

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Rangka Konseptual Kajian 12

3.1 Carta Aliran Prosedur Kerja 48

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Kepesatan pembangunan telah memperlihatkan perubahan yang ketara telah

berlaku di serata kawasan dan dalam pelbagai struktur. Perubahan-perubahan ini

meliputi bidang komunikasi, pengurusan, sains dan teknologi. Perubahan yang

berlaku, telah memberi kesan kepada beberapa kehendak dalam meningkatkan cara

kerja khususnya daripada aspek kualiti dan produktiviti. Di samping itu, perubahan

yang berlaku juga menuntut kepada keperluan untuk meningkatkan kecekapan dalam

pengurusan sumber manusia iaitu dari segi pengetahuan, kemahiran teknikal,

kemahiran komunikasi serta sikap anggota organisasi keseluruhannya.

Menjelang tahun 2020, kehendak Malaysia untuk menjadi sebuah negara

maju akan dijadikan kenyataan. Bagaimanapun ia tidak akan jadi sebagai negara

maju sepenuhnya sehingga rakyat Malaysia berjaya mengatasi sembilan cabaran

strategik dalam Wawasan 2020. Di antara sembilan cabaran dinyatakan terdapat satu

cabaran iaitu cabaran keenam yang sebenarnya menjadi cabaran yang harus disahut

oleh semua rakyat, saintis, penyelidik dan jurutera termasuk juga pengetua dan

tenaga pengajar dalam bidang teknologi sebagai agen perubahan sebagaimana yang

dinyatakan dalam petikan dibawah:

79

“ Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang

mempunyai daya perubahan yang tinggi dan memandang ke depan, yang bukan

sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi menjadi penyumbang kepada tamadun

saintifik dan teknologi masa depan”

Sumber : Mahathir Mohamad (1996), Cabaran ke-enam Wawasan

2020, IEMEJ, Vol.4, March 1996

Bagi mencapai matlamat tersebut, Kolej Komuniti (KK) telah diwujudkan

sebagai sokongan kepada sistem pendidikan kemahiran di negara ini. Tujuan

pengwujudan KK adalah untuk memberi ruang kepada para pelajar yang tidak

berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke intitusi- intitusi latihan dan kemahiran.

KK adalah merupakan salah satu intitusi dalam sistem pendidikan di Malaysia di

bawah pengurusan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Bahagian Kementerian

Pengajian Tinggi Malaysia. Pada 5 Julai 2000, Menteri Pendidikan telah

mengemukakan satu memorandum kepada Jemaah Menteri tentang konsep

penubuhan dan pelaksanaan KK di setiap kawasan parlimen. Pada pertengahan Jun

2001 sebanyak 10 buah KK rintis mula beroperasi dan dua buah lagi pada bulan

Disember 2001. Mengikut perangkaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

sehingga Jun 2009, terdapat 42 buah KK induk dan 18 buah KK cawangan telah

beroperasi di seluruh negara. Seramai 387,116 orang telah meyertai pelbagai kursus

jangka pendek dan peringkat sijil. Sebanyak 34 program pendidikan dan latihan

dalam bidang teknikal, teknologi, perdagangan dan perkhidmatan telah ditawarkan

dan dijalankan diseluruh KK. (Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi

Malaysia, 2009).

Kolej Komuniti (KK) memberikan perkhidmatan kepada masyarakat sekitar

melalui tawaran kursus sepenuh masa dan juga kursus jangka pendek yang telah

diiiktiraf oleh kerajaan dan laku diguna pakai dalam sektor pekerjaan. KK memberi

peluang kepada para pelajar lepasan sekolah menengah untuk mempelajari ilmu

kemahiran sebagai bekalan sebelum memasuki ke pasaran pekerjaan. Pelajar lepasan

KK juga berpeluang bagi meneruskan pengajian ke peringkat diploma di Politeknik

atau di Institut Pengajian Tinggi yang lain sekiranya berkelayakan.

80

Menteri Pengajian Tinggi, Dato‟ Seri Mohamed Khaled Nordin dalam

amanat tahun barunya kepada semua staf kementerian dan pengajian tinggi di

Putrajaya International Convention Center (PICC). Menyatakan bahawa

Kementerian Pengajian Tinggi berhasrat untuk melaksanakan transformasi terhadap

KK. Dalam amanatnya beliau berkata, Kementerian Pengajian Tinggi akan

memastikan KK di bawah pengurusan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti dapat

memperbanyakkan program skill-based, meneroka program-program apprenticeship

training dan memberi fokus kepada golongan yang tercicir (Kementerian Pengajian

Tinggi Malaysia, Januari 2010).

Dalam kontek sistem pendidikan negara kita, sistem pendidikan mempunyai

(4) empat fungsi yang paling jelas dalam memainkan peranannya iaitu pertama,

meluaskan pengetahuan dan kemahiran tertentu; kedua, sebagai alat perpaduan;

ketiga, membentuk moral serta perkembangan individu dan keempat, menyediakan

masyarakat untuk masa depan. Secara umumnya, pendidikan yang diberi di negara

kita, secara formal dan teratur ataupun tidak formal, diharap dapat membentuk

perkembangan keseluruhan individu. Perkembangan ini merangkumi perkembangan

kognitif, efektif dan kebolehan atau kemahiran fizikal dan sosial. Setiap

perkembangan dalam semua aspek ini akan dapat membawa kepada perkembangan

dan kematangan personaliti bagi seseorang individu (Kementerian Pendidikan

Malaysia, 2001).

1.2 Latar belakang Masalah

Personaliti membawa maksud satu konsep yang mengambarkan identiti atau

keperibadian seseorang manusia. Manakala mengikut Dictionary of Behavioral

Science (1973), personaliti ditakrifkan sebagai hasil paduan sifat fizikal, mental,

emosi, nilai dan perlakuan seseorang manusia dalam perhubungan sosialnya,

sebagaimana yang dilihat oleh manusia lain. Paduan dari (5) lima kriteria yang

digambarkan, menunjukan bahawa personaliti seseorang individu ini adalah lahir

81

daripada ciri-ciri dan kualiti yang wujud dari dalam diri dan juga luaran seseorang

individu itu sendiri.

Aspek peribadi pelajar yang bersifat negatif dan tidak mencerminkan diri

mereka sebagai seorang pelajar yang baik, dengan menunjukan tingkah laku dan

gelagat yang akan memburukan diri mereka sendiri. Antara contoh-contohnya adalah

seperti lambat masuk ke kelas pembelajaran, tidak mengendahkan pengajaran yang

di ajar oleh pensyarah, dan suka membuang masa, ini amat mencerminkan

keperibadian pelajar yang negatif dan sifat itu perlu diubah. Aspek peribadi yang

perlu ada pada seseorang pelajar itu mestilah mempunyai sikap yang positif.

Antaranya memiliki ketrampilan, kemahiran yang mampu dikuasai dan diserlahkan,

pengetahuan, berfikiran terbuka (tidak sempit atau jumud) dan keperibadian yang

tinggi. Keperibadian yang tinggi boleh dikatakan seperti menepati masa, masuk ke

kelas dengan awal, belajar dengan penuh dedikasi, suka bekerjasama dengan rakan

sebaya dan mempunyai sifat dan ciri-ciri yang melambangkan sebagai seorang

pelajar. Personaliti yang tinggi juga perlu ada pada diri setiap individu yang bergelar

mahasiswa.

Eric Erikson (1950), dalam teori kajiannya menyatakan bahawa kehidupan

manusia adalah melalui (8) lapan tahap psikososial yang berkembang dari tahap ke

tahap seterusnya dengan mempunyai ciri-ciri berlawanan di tahap-tahap tertentu.

Pada setiap peringkat bayi, kanak-kanak, zaman bermain, sekolah, remaja, awal

dewasa dan tua terdapat konflik sosial yang akan di atasi untuk perkembangan

seterusnya. Pada pendapat Erikson, golongan remaja di antara 12 tahun sehingga

awal peringkat 20-an adalah di dalam peringkat identiti konflik, ketika ini mereka

masih dalam mencari identiti dan personaliti mereka sendiri kerana ketika ini mereka

dalam kekeliruan tujuan, maklum balas yang kurang jelas, kurang memahami

ekspektasi. Pada tahap ini setiap remaja akan mencuba benda-benda yang tidak

pernah dicuba sama ada daripada sudut positif atau pun negatif, dimana pada ketika

ini juga remaja sukar untuk membezakan sesuatu perkara yang baik atau yang buruk

dan yang penting bagi mereka adalah keseronokan mencuba pengalaman yang baru.

Dan perkara-perkara yang telah mereka lakukan ini sebenarnya dapat dilihat dengan

jelas oleh orang lain yang berada di sekeliling mereka.

82

Majoriti pelajar-pelajar yang mengambil jurusan yang ditawarkan di Kolej

Komuniti (KK) pada ketika ini juga tidak terlepas dalam menghadapi konflik

personaliti kerana ketika pengambilan kemasukan ke KK ini, kebanyakan daripada

mereka adalah di dalam lingkungan peringkat awal 20-an. Bagi setiap pelajar yang

memasuki ke KK, mereka telah dipilih berdasarkan kepada beberapa syarat yang

telah ditetapkan oleh Bahagian Akademik KK. Pelajar-pelajar pula akan memilih

bidang pengkhususan sama ada mengikut minat dan pilihan mereka sendiri. Di sini

ingin ditekankan bahawa syarat-syarat pengambilan kursus-kursus tersebut jelas

menunjukkan bahawa kejayaan permohonan pelajar umumnya banyak bergantung

kepada kelayakan akademik dan kurang dalam mempertimbangkan sama ada

personaliti pelajar itu bersesuaian atau tidak dengan program pengajian yang

dipohon. Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Sidek Mohd Noah (1996) menyatakan

bahawa masalah akan timbul apabila individu merasakan program pengajian yang

diikuti tidak selaras dengan ciri-ciri personaliti yang dimilikinya dan kenyataan ini

disokong oleh Carl Rogers(1951) dan Abraham Maslow(1962). Keadaan ini akan

menyebabkan pelajar merasa tertekan, bosan dan kecewa yang akhirnya membawa

kepada penurunan motivasi dan prestasi. Masalah lain yang mungkin timbul ialah

gejala ponteng kelas dan wujudnya masalah sosial dikalangan pelajar.

Di dalam permasalahan sosial pelajar, setiap tempat pengajian tidak terlepas

dengan masalah-masalah sosial yang berlaku. Masalah ini juga telah menjadi satu

bebanan dan cabaran kepada pihak pentadbiran KK. Kemasukan pelajar yang datang

dari serata tempat akan mempertingkatkan lagi ekonomi di kawasan komuniti itu

sendiri, akan tetapi masalah sosial juga mungkin akan wujud di kalangan pelajar KK

berkenaan dan ia sukar dibendung jika tidak ditangani daripada akar umbinya.

Seperti yang diperkatakan oleh Dr. Lo' Lo' Mohamad bin Ghazali (Adun Titiwangsa)

di dalam sidang parlimen yang ke-12 tentang rungutan daripada ibu bapa yang agak

gusar untuk menghantar anak-anak mereka ke Kolej Komuniti (KK). Walaupun

kursus-kursus yang ditawarkan oleh pihak KK mungkin bagus dan boleh mendapat

pekerjaan tetapi mereka agak gusar daripada segi disiplin, keruntuhan akhlak, budaya

coupling, clubbing dan juga pergaulan bebas di kawasan KK tersebut.

83

Telah dibuktikan dari artikel-artikel dan petikan akhbar tentang kenyataan di

atas yang memaparkan tentang permasalahan pergaulan bebas yang melibatkan

pelajar pengajian tinggi yang sering dipaparkan melalui media tempatan samaada

media elektronik dan media cetak seperti (Harian Metro 14 september 2009; Utusan

Malaysia 5 Disember 2010; Berita Harian 25 julai 2010). Laporan media mengenai

peningkatan masalah sosial pelajar pengajian tinggi, ini sedikit sebanyak memberi

gambaran buruk kepada institusi berkenaan. Dari petikan akbar yang dinyatakan,

antara kesalahan termasuklah berkhalwat, pergaduhan, pembuangan bayi dan

berkelakuan tidak sopan di tempat awam. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah terdiri

daripada beberapa institut pengajian tinggi awam, swasta, politeknik serta tidak

berkecuali melibatkan pelajar KK.

Penduduk sekitar amat memainkan peranan yang penting dalam menjaga

sasiah para pelajar KK. Antara kebiasaan rungutan dan aduan yang diutarakan oleh

penduduk setempat adalah kes-kes kalwat yang dilakukan antara para pelajar kolej

yang menyewa di kawasan perumahan mereka, ini terbukti daripada laporan

kenyataan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam Berita Harian (18

Ogos 2003) telah melaporkan bahawa telah menangkap pelajar-pelajar pengajian

tinggi seramai 341 orang sepanjang 2002 dan 178 orang sepanjang 2003 kerana

kesalahan perbuatan tidak bermoral.

Jika dilihat dari sudut pandangan positif, para pelajar juga ada menganjurkan

program yang bermanfaat kepada masyarakat dan secara tidak langsung dapat

membuka mata masyarakat. Ada sesetengah KK mengadakan program-program

Khidmat Masyarakat seperti yang dilakukan oleh KK Sungai Siput di Negeri Perak

yang melakukan program khidmat masyarakat di kawasan mereka. Program ini

adalah satu laluan yang dapat menterjemahkan halatuju pelajar untuk masa hadapan

negara. Ia memberi penekanan kepada pembangunan modal insan minda kelas

pertama bagi mendukung dan menjayakan aspirasi negara untuk menjadi makmur,

maju dan kompetitif atas nama satu malaysia yang didokong oleh Perdana Menteri

kita Dato' Seri Najib Tun Razak yang menginginkan negara kita bersatu tidak kira

bangsa, kaum dan agama.

84

Sehubungan dengan itu, apa juga elemen dan pembolehubah yang

mempengaruhi persekitaran perlakuan remaja disamaertikan kepada pendorong

perlakuan tersebut. Dalam kontek ini, semua tahap perkembangan remaja

dipersalahkan dan terus dipersoalkan. Sekaligus memperlihatkan ibu bapa, tempat

pengajian, keluarga, rakan-rakan dan persekitaran tidak terlepas dalam tuduhan ini.

Mereka seharusnya bekerja sama untuk menangani permasalahan sosial ini dan

bukanlah hanya menuding jari masing-masing ke perspektif yang negatif untuk

mendedahkan kesalahan dan kelemahan sesetengah pihak.

1.3 Pernyataan Masalah

Pelajar adalah merupakan agen pembaharuan dalam pembentukan masa

hadapan bagi sesebuah negara. Personaliti yang positif adalah salah satu daripada

aspek dalam etika yang seharusnya wujud dalam diri setiap pelajar.

Memandangkan masyarakat sekeliling merupakan faktor-faktor yang dapat

membentuk personaliti pelajar dan membantu dalam membina modal insan. Justeru

itu, kajian ini dijalankan untuk melihat persepsi masyarakat sekitar penempatan

pelajar KK terhadap personaliti pelajar di Daerah Segamat. Di samping itu, kajian ini

juga secara tidak langsung dapat mengenal pasti kegiatan sosialisasi dan penglibatan

para pelajar KK dalam masyarakat sekitar.

85

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian yang dibuat ini adalah bertujuan untuk:

a. Mengenalpasti persepsi masyarakat terhadap tingkah laku para pelajar KK.

b. Mengenalpasti persepsi masyarakat terhadap sifat fizikal para pelajar KK.

c. Mengenalpasti persepsi masyarakat terhadap nilai para pelajar KK.

d. Mengenalpasti persepsi masyarakat terhadap sifat mental para pelajar KK.

e. Mengenalpasti persepsi masyarakat terhadap emosi para pelajar KK.

f. Mengenalpasti tahap penglibatan pelajar KK dalam aktiviti masyarakat

setempat.

1.5 Persoalan Kajian

Beberapa persoalan kajian yang disediakan boleh menjawab kajian ini seperti:

a. Apakah persepsi masyarakat terhadap tingkah laku para pelajar KK?

b. Apakah persepsi masyarakat terhadap sifat fizikal para pelajar KK?

c. Apakah persepsi masyarakat terhadap nilai para pelajar KK?

d. Apakah persepsi masyarakat terhadap sifat mental para pelajar KK?

e. Apakah persepsi masyarakat terhadap emosi para pelajar KK?

f. Apakah aktiviti sosialisasi yang melibatkan pelajar KK dikalangan

masyarakat setempat?

BIBLIOGRAFI

Abd Hamid Hazil (1990). Sosiologi Pendidikan Dalam Perspektif Pembangunan.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. 1967. Ih. ya’ ulum al-din. Qa-

hirah: Matabi‟ Subhul al- „Arab.

Atan Long (1978). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan

Pustaka.

Angela M. O'Donnell, Johnmarshall Reeve & Jeffrey K. Smith (2005). Educational

Psychology. Philadelphia: john wiley & sons, inc.

Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim

Hamdan (2006). Menguasai penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS

Proffesional Publishing Sdn. Bhd.

Azizi Hj. Yahaya (1999) pembentukan keluarga yang bahagia.: cara membuat

keputusan dan cara mengatasi masalah untuk kecemerlangan keluarga. UTM

skudai.

Bickman, L. (1974) clothes make the person. Psychology today. pp 49-51.

Dr. Agus Sujanto, Dr. Halem Lubis dan Dr Taufik Hadi (1991). Psikologi

Keperabadian. Jakarta: Bumi Aksara.

D. Cawood. Assertiveness for Manager Learning Effective Skill for Managing

People. Business series. 2nd edition. North Vancouver, British. Colombia :

International Self-Press Ltd.1978.

Durkin, Kevin (1995) Developmental Social Psychology From Infacy to Old Age

Massauchussets: Blackwell Publishers. Inc.

Erik Erikson (1968). Identity: Youth And Crisis. New York: W.W Norton.

Ee Ah Meng (1988), penyelidikan di malaysia untuk guru pelatih. Fajar bakti; kuala

Lumpur

Vasedevan T. Arasoo (1993). “Olahraga Acara Padang.” Petaling Jaya: Penerbit

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Falls. (1980). Teori and Methodology of Traning. New York. Humans

Kinetick Publisher.

Habibah Alias (1999). Psikologi pendidikan untuk perguruan. Kuala lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka.

Haron Din (1988). Manusia Dan Islam. Kuala Lumpur: Percetakan Watan.

Hashim Fauzy (1997). Pengantar Komunikasi Manusia. Skudai, Johor : Universiti

Teknologi Malaysia.

Hassan Langgulung (1983). Psikologi Dan Kesihatan Mental Di Sekolah-Sekolah.

Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hassan Langgulung (1983). Teori-Teori Kesihatan Mental. Kuala Lumpur: Pustaka

Huda.

105

Harussani Hj. Zakaria. 2004. Pengurusan Stress, Satu Tinjauan dari Perspektif Islam.

Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Bengkel Pengurusan Stress Menurut

Perspektif Islam, Institut Pembangunan Pengurusan Johor dan IKIM, pada 27-28

Julai 2004.

Habibah Elias, Noran Fauzian Yaakub (1997). Psokologi Personaliti. Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Hamdan Mohd Ali. 2002. “Meredakan Stress Melalui Sukan. Dalam Pasca Sidang

Seminar Psikologi-PSIMA 2, Yahaya Mahamood & et al (ed.). Bangi: Jabatan

Psikologi UKM.

Iran Herman (1995). Tingkah Laku Lepak Dikalangan Remaja Luar Bandar. Bangi:

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Johnsen GE, Kanagaratnam P, Asbjornsen AE (2008). Memory impairments in

posttraumatic stress disorder are related to depression. J. Anxiety Disord., 2: 464-

474

Knapp, M. L. (1972). Nonverbal communication in human interaction. New York:

Holt, rinehart and Winston

Kleiber, D.A. (1980). Free Time Activity and Psycho-Social Adjustment in Collage

Students: A Preliminary Analysis. Journal of Research. Vol.12, Number 3.

Linton, R (1936). The study of man. New York: Appleton-Century.

Mahathir Mohamad (1996). The changing role of engineers in Malaysian

Perspective. Jurutera IEMEJ. Vol 4, 2.

Mansor Ahmad Saman, Ramli Mohamed dan Shawaluddin Alias. (1984). Pengantar

komunikasi. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

106

Marzano, R. J. (1988). Metacognition: The first step in teaching thinking.

Professional Handbook for the Language Arts. Morristown, NJ: Silver Burdett and

Ginn.

Maslow, A. 1954. Motivation and Personality. New York: Harper & Row.

McAuley, Paul J. (1988) Four Hundred Billion Star. New York.

Mohamed Asin Dollah. 1988. A Study of Salat in the al-Qur‟an: A Critical Review

of Selected Muslim Commentators (Mufassirun) and other Religious Writer, with

Special Reference to its Psychological Value. Tesis PhD.: University of

Birmingham, UK.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai, Johor.

Universiti Teknologi Malaysia.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai, Johor:

Universiti Teknologi Malaysia.

Mohamad Abdullah (2010), Mengatasi gejala sosial. Utusan Malaysia.

Mohd Majid Konting (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Noah Sidek (1996). Keselarasan personaliti dan persekitaran latihan: satu

kajian di kalangan pelajar universiti berasaskan teori kongruen individu-

persekitaran Holland. Universiti Kebangsaan Malaysia: Tesis Ph.D.

Murugiah Velayutham (1997). Psikologi Pendidikan : Psikologi Perkembangan.

Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

107

Muhammad „Uthman Najati. 1992. Psikoterapi menurut al-Quran. Hj. Abd. Rahman

(ptjh.). Selangor: Human Resourse Enterprise

Noriah, M.Ishak., Zuria M, & Siti Rahayah Ariffin. (2004). Kecerdasan Emosi di

Kalangan Pekerja di Malaysia. Laporan Teknikal, Prosiding IPRA 2004, UKM.

Oya Yerin Guneri 2006. Counseling services in Turkish university, International

Journal of Mental Health 35(1): 26-38.

Pelajar IPTA, Kekasih Asmara Dalam Semak (2009). Harian Metro.

Peluang Hidup Bebas. (2010), Kuala Lumpur. Berita Harian

Polit, D.F., Beck, C.T. dan Hungler, B.P. (2001). Essential of Nursing Research:

Methods, Appraised and Utilization. (5th ed.), Philadelphia: Lippincott Williams &

Wilkins

Wolman, Benjamin B. (1973). Dictionary Of Behavioral Science, London: Litton

Education Publishing Inc.

Raymond Corsini J. (2002). The Dictionary Of Psychology, New York: Brunner-

Routledge.

Salema Ahmad (2006), Amalan Nilai Murni Di Kalangan Guru Bimbingan Dan

Kaunseling Dalam Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah Menengah

Steinberg, L. Adolescence (Third Edition). McGraw Hill, 1993. Hall, G.S. (1904).

Adolescence. (2 vols). New York: Appleton.

Veblen, T. 1966. The theory of the leisure class. Dim. Bendix, R. & Upset, S.M.

(eds.). Class, status and power: Social stratification in comparative perspectives

(2nd. Ed.). New York: The Free Press.

108

Weber, M.1966. Class, status and party. Dim. Bendix, R. & Upset, S.M. (eds.).

Class, status . and power: Social stratification in comparative perspectives (2nd.

Ed.). New York: The Free Press.

Webster (1985). Webster’s With New Collegiate Dictionary. Meriam-Webster Inc.

Y.b. Dato‟ Seri Mohamed Khaled Nordin (2010). Perutusan Tahun Baru 2010. Putra

Jaya: Kementerian Pengajian Tinggi.

Yusof, Abdullah (1999). sikap dan persepsi pelajar tingkatan 4 terhadap perhikmatan

bimbingan dan kauseling di 3 buah sek. men. daerah kulai johor. Universiti

Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Zainuddin Abu, Zuria Mahmud dan Salleh Amat (2008). Pendekatan Kaunseling

Menangani Masalah Kebebasan Dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian

Tinggi: Dua Kajian Kes. Jurnal Pendidikan. 33: 107-123.

Zainal Abidin Hj Sulaiman (1999) persepsi pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 terhadap

komponen perdagangan dan keusahawanan dalam matta pelajaran KHB di sek.

men. keb. rengit, batu pahat. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Mu