assignment kbat

3
Soalan : Terangkan tiga kepentingan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT) dalam pembelajaran dan pengajaran. 1. Murid boleh membuat keputusan sendiri dalam sesuatu situasi. Apabila KBAT diterapkan dalam pembelajaran dan pengajaran, secara tak langsung, murid akan dapat mengeluarkan idea atau pendapat mereka sendiri dan idea mereka tidak dihadkan untuk satu-satu soalan sahaja dan pendapat yang berbeza-beza akan dapat dilihat dari pendapat mereka ini. Secara tak langsung, guru akan dapat melihat tahap pemikiran pelajar sama ada mereka benar-benar faham soalan yang ditanya atau sekadar menjawab soalan berdasarkan pemerhatian mereka sahaja. 2. Murid berpeluang melahirkan idea baru dan objek baru. Apabila KBAT diterapkan dalam pembelajaran dan pengajaran, murid akan dapat memahami sesuatu konsep itu dengan cara mereka sendiri dan bukan dengan cara yang guru tetapkan. Apabila mereka dapat memahami sesuatu konsep itu dengan baik dan sempurna, maka mereka akan dapat mengaitkan konsep itu dengan sesuatu idea yang lain, dan tidak mustahil mereka akan tampil dengan idea/objek yang baru hasil dari perkaitan konsep yang telah diterima dalam pembelajaran mereka. 3. Murid berpeluang mengalami sendiri pembelajaran secara langsung melalui proses membuat generalisasi dan algoritma.

Upload: hazri-mohd-hamzah

Post on 29-Apr-2017

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment KBAT

Soalan : Terangkan tiga kepentingan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT) dalam pembelajaran dan pengajaran.

1. Murid boleh membuat keputusan sendiri dalam sesuatu situasi.

Apabila KBAT diterapkan dalam pembelajaran dan pengajaran, secara tak langsung, murid akan dapat mengeluarkan idea atau pendapat mereka sendiri dan idea mereka tidak dihadkan untuk satu-satu soalan sahaja dan pendapat yang berbeza-beza akan dapat dilihat dari pendapat mereka ini. Secara tak langsung, guru akan dapat melihat tahap pemikiran pelajar sama ada mereka benar-benar faham soalan yang ditanya atau sekadar menjawab soalan berdasarkan pemerhatian mereka sahaja.

2. Murid berpeluang melahirkan idea baru dan objek baru.

Apabila KBAT diterapkan dalam pembelajaran dan pengajaran, murid akan dapat memahami sesuatu konsep itu dengan cara mereka sendiri dan bukan dengan cara yang guru tetapkan. Apabila mereka dapat memahami sesuatu konsep itu dengan baik dan sempurna, maka mereka akan dapat mengaitkan konsep itu dengan sesuatu idea yang lain, dan tidak mustahil mereka akan tampil dengan idea/objek yang baru hasil dari perkaitan konsep yang telah diterima dalam pembelajaran mereka.

3. Murid berpeluang mengalami sendiri pembelajaran secara langsung melalui proses membuat generalisasi dan algoritma.

Dengan pelbagai teknik pendekatan KBAT yang ada, membolehkan murid melaksanakan sendiri proses menyelesaikan masalah bukan seperti pembelajaran rutin di mana murid hanya mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh guru dan ini tidak dapat menjana idea murid itu sendiri. Apabila pelajar mengalami sendiri proses menyelesaikan sesuatu masalah, ianya sebenarnya lebih berkesan dan mudah diterima dan diingati murid kerana murid itu mengalami sendiri dan menperoleh sendiri keputusan berbanding pembelajaran terima sahaja konsep yang disampaikan oleh guru.

Page 2: Assignment KBAT

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Soalan : Terangkan tiga kepentingan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT) dalam pembelajaran dan pengajaran.

NAMA : SURIA EMILDA SUZIELINA BT OTHMANNO K/P : 820422-03-5582SEKOLAH : SMK TELANG USAN, MARUDI