assignment hbml 4403 kompetensi

6
1.0 Pengenalan Media bermakna saluran komunikasi.Media terbahagi kepada media cetak dan media elektronik.Percival dan Elington (1984) membahagikan media kepada 2 iaitu : 1. Pelbagai alatan fizikal teknologi pendidikan seperti filem, pita , piring hitam, slaid perkataan bercetak dan kombinasi antaranya. 2. Pelbagai saluran komunikasi massa termasuklah surat khabar, radio dan televisyen. Manakala Reiser dan Gagne (1983), mendefinisikan media sebagai sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan. Torkelson (1972), membahagikan media kepada mesej, bentuk mesej dan saluran mesej. Penggunaan media amat penting dalam pembelajaran kerana dapat menyalurkan mesej kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar sehingga terjadinya proses pembelajaran. Dalam proses pembelajaran, penggunaan media memperlihatkan beberapa kelebihan seperti memperjelaskan penyampaian mesej. Ini bermaksud sesuatu mesej dapet diterangkan dengan jelas dan berkesan dengan menggunakan pelbagai alatan dari abstrak hingga konkrit. Selain itu,penggunaan media tidak terhad. Ianya merentasi batasan ruang, waktu dan pancaindera. Segala maklumat boleh didapati dengan mudah dengan melayari internet. Penggunaannya pula sentiasa berubah mengikut perkembangan semasa. Selain itu, penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi mudah menarik minat,meningkatkan kefahaman pelajar, memberi penjelasan yang kukuh, menjimatkan masa serta boleh diulang-ulang penggunaannya. Ini membuatkan seseorang pelajar itu lebih teruja untuk belajar. Pelajar juga akan memperolehi pengalaman dan pesepsi yang sama. Antara fungsi media pemgajaran ialah pengajaran bersama pengajar. Setiap pelajar dapat belajar dan melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama. Pengajar hanya menjadi fisilitator sahaja. Dengan adanya media pengajaran pelajar juga boleh belajar secara sendiri tidak bergantung perlu bergantung kepada tenaga pengajar. Contohnya,pelajar boleh belajar dengan melayari internet untuk mendapatkan bahan pembelajaran. Pelajar juga boleh membuat folio bermedia yakni dengan mengumpulkan semua bahan yang ada dalam satu fail.Selain itu,pengajaran secara tematik iaitu mengikut tema-tema

Upload: ikmal-hisham-bong-abdullah

Post on 28-May-2015

2.373 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment hbml 4403 kompetensi

1.0 Pengenalan

Media bermakna saluran komunikasi.Media terbahagi kepada media cetak dan media

elektronik.Percival dan Elington (1984) membahagikan media kepada 2 iaitu :

1. Pelbagai alatan fizikal teknologi pendidikan seperti filem, pita , piring hitam, slaid

perkataan bercetak dan kombinasi antaranya.

2. Pelbagai saluran komunikasi massa termasuklah surat khabar, radio dan televisyen.

Manakala Reiser dan Gagne (1983), mendefinisikan media sebagai sebarang cara

fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan. Torkelson (1972), membahagikan

media kepada mesej, bentuk mesej dan saluran mesej. Penggunaan media amat penting dalam

pembelajaran kerana dapat menyalurkan mesej kepada penerima sehingga dapat merangsang

fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar sehingga terjadinya proses

pembelajaran.

Dalam proses pembelajaran, penggunaan media memperlihatkan beberapa kelebihan

seperti memperjelaskan penyampaian mesej. Ini bermaksud sesuatu mesej dapet diterangkan

dengan jelas dan berkesan dengan menggunakan pelbagai alatan dari abstrak hingga konkrit.

Selain itu,penggunaan media tidak terhad. Ianya merentasi batasan ruang, waktu dan

pancaindera. Segala maklumat boleh didapati dengan mudah dengan melayari internet.

Penggunaannya pula sentiasa berubah mengikut perkembangan semasa.

Selain itu, penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi mudah menarik

minat,meningkatkan kefahaman pelajar, memberi penjelasan yang kukuh, menjimatkan masa

serta boleh diulang-ulang penggunaannya. Ini membuatkan seseorang pelajar itu lebih teruja

untuk belajar. Pelajar juga akan memperolehi pengalaman dan pesepsi yang sama. Antara

fungsi media pemgajaran ialah pengajaran bersama pengajar. Setiap pelajar dapat belajar dan

melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama. Pengajar hanya menjadi fisilitator sahaja.

Dengan adanya media pengajaran pelajar juga boleh belajar secara sendiri tidak

bergantung perlu bergantung kepada tenaga pengajar. Contohnya,pelajar boleh belajar dengan

melayari internet untuk mendapatkan bahan pembelajaran. Pelajar juga boleh membuat folio

bermedia yakni dengan mengumpulkan semua bahan yang ada dalam satu fail.Selain

itu,pengajaran secara tematik iaitu mengikut tema-tema tertentu serta pendidikan jarak jauh

boleh dilakukan dengan melayari internet atau menggunakan e-mel dan sebagainya.

Page 2: Assignment hbml 4403 kompetensi

Manakala bagi pelajar istimewa seperti OKU dan pelajar genius tidak lagi menghadapi

masalah.Ini kerana mereka boleh belajar di mana saja tanpa perlu ke mana-mana. Di sini

menunjukkan betapa pentingnya penggunaan media dalam pembelajaran.

2.0 Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

PPBK atau juga dikenali juga sebagai perisian pendidikan mempunyai beberapa ciri perisian

yang penting. Bostock (1996) menekankan bahawa tujuan utama perisian PPBK dibangunkan

adalah untuk menggalakkan pembelajaran. Ia adalah berbeza dari fungsi perisian bersifat

komersial. Oleh itu, mana-mana perisian PPBK yang dibangunkan mestilah melibatkan proses

pembelajaran. Antaranya ciri-ciri perisian yang baik adalah seperti mesra-pengguna, bersifat

interaktif iaitu mampu memberi maklum-balas kepada pengguna, kreatif, mempunyai unsur-

unsur peneguhan supaya objektif pembelajaran benar-benar tercapai, tahan lasak, tiada ralat

dan menghiburkan.

Teks, grafik atau bunyi yang dimuatkan dalam perisian pendidikan tersebut mestilah

tidak mengganggu tumpuan pengguna. Topik-topik yang hendak disampaikan sebaik-baiknya

ringkas dan menarik persembahannya agar memberangsangkan pengguna meneruskan

pembelajarannya. Butang-butang navigasi yang digunakan melancarkan reka bentuk antara

muka perisian.

2.1 ISTILAH-ISTILAH PPBK

Antara Istilah-istilah yang selari dengan PPBK dalam bahasa asing ialah seperti "computer-

assisted instruction", "computer-aided instruction", "computer-assisted learning" dan

"computer-aided learning". Perbezaan istilah-istilah ini hanyalah dari segi nama. Apa yang

penting ialah fungsinya tetap sama iaitu untuk meningkatkan mutu pengajaran dan

pembelajaran. Berikut adalah antara istilah-istilah yang lazim digunakan apabila berbincang

tentang soal PPBK;

2.1.1 Computer Assisted Instruction / Computer Aided Instruction (CAI)

CAI adalah medium pendidikan dimana isi-isi pengajaran atau aktiviti pengajaran

disampaikan oleh komputer. Pengguna belajar dengan berinteraksi dengan komputer.

Maklumbalas dari komputer akan dikeluarkan berdasarkan respond yang diberi oleh

Page 3: Assignment hbml 4403 kompetensi

pengguna. Dalam proses pengajaran ini, komputer berperanan sebagai pemudahcara yang

lazimnya dilakukan oleh seorang guru. Terdapat berbagai-bagai bentuk perisian yang dibuat

khas untuk digunakan dalam bilik darjah. Sekiranya bahan-bahan tersebut digunakan sama

ada dalam bentuk cakera liut atau cakera padat, proses pengajaran tersebut dianggap sebagai

pengajaran bantuan komputer atau CAI.

2.1.2 Computer Assisted Learning / Computer Aided Learning (CAL)

Pembelajaran Bantuan Komputer atau CAL ialah satu bentuk pembelajaran untuk

menggalakkan pelajar mencari pengetahuan dengan kadar kendiri. Ia berbeza dengan cara

CAI yang berdasarkan kepada respond pelajar dan maklum-balas komputer.

2.1.3 Courseware / Perisian Kursus

Menurut sumber dari laman web Smart Learning System oleh MIMOS, perisian kursus

merujuk kepada kepada pengajaran sebenar meliputi kedua-dua isi kandungan dan teknik

yang yang digunakan dengan menggunakan arahan komputer. Ia merujuk kepada isi

kandungan pengajaran yang direncanakan dimasukkan kedalam alat pengarangan seperti

ComIL untuk dijadikan bahan dan sumber pengajaran. Dengan kata lain perisian kursus

adalah PPBK seperti yang telah diterangkan terlebih dahulu sebelum ini.

2.1.4 Pembelajaran Berasaskan Web (Web-Based Learning)

Secara amnya, pembelajaran berasaskan web merujuk kepada pengajaran yang disampaikan

melalui jaringan WWW di mana bahan pengajaran, kumpulan diskusi, urusan ujian dan lain-

lain adalah berlandaskan web. Menurut B.H. Khan (2001) sistem pembelajaran berasaskan

web merupakan sistem pembelajaran yang terbuka dan fleksibel. Sesungguhnya potensi web

dalam pendidikan ini amat luas sekali. Alternatif kaedah pengajaran yang ditawarkan oleh

sistem pembelajaran berasaskan web ini akan meningkatkan lagi minat dan motivasi mereka

untuk meneroka pengetahuan-pengetahuan baru yang tidak mungkin dapat diterima dari

sebuah kelas tradisional. Contohnya, penggunaan e-mail sebagai alat komunikasi untuk

bertukar-tukar maklumat dalam suasana yang tiada batasan.

Page 4: Assignment hbml 4403 kompetensi

3.0 Kelebihan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) dapat memberi impak yang baik dalam proses

pengajaran dan pembelajaran seseorang pelajar terutamanya pelajar yang berada pada tahap

pencapaian akademik rendah. Ini kerana pelajarpelajar di tahap pencapaian akademik rendah

kebiasaannya memerlukan pelbagai kombinasi medium dalam pembelajaran mereka seperti

visual yang bergerak, animasi, teks, muzik dan grafik, di mana kesemua medium ini terdapat

dalam multimedia yang boleh didapati di dalam pembelajaran berbantukan komputer. Ini

sejajar dengan peribahasa Cina yang berbunyi,”saya dengar, saya akan lupa, saya lihat, saya

akan saya ingat, dan apabila saya lakukan saya akan faham.” (Hizamnuddin Awang 1997

dalam Fazilah 1998). Kefahaman di dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah

sesuatu yang amat diperlukan oleh pelajar untuk mengingati apa yang telah mereka pelajari.

Kewajipan seseorang pendidik adalah untuk membantu dan memberi peluang sebaik

mungkin kepada pelajar tidak kira di mana tahap kecerdasan seseorang pelajar. PBK

mempunyai potensi untuk memenuhi kehendak dan keperluan pelajar secara individu. Mereka

juga dapat memperoleh kemahiran untuk menyelesaikan sebarang masalah pembelajaran

secara praktis dan bukan sekadar mengumpul pengetahuan.

4.0 Persediaan Harian Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

Tarikh :

Masa : 60 minit

Tahun : 4

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia

Unit : 11

Aras :

Tajuk : Pencemaran

Objektif : Pada akhir pelajaran ini murid-murid dapat;

Menulis surat rasmi kepada pihak berkuasa untuk mengadu masalah

Page 5: Assignment hbml 4403 kompetensi

kutipan sampah di kawasan kediaman

Menyatakan pendapat bagi menjelaskan persoalan pencemaran

HASIL PEMBELAJARAN :

Fokus Utama

10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk emel yang mudah, menarik dan bermakna

Aras 3i Menulis karangan berdasarkan tajuk yang diberikan

11.1 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya.

Aras 2i Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya.

SISTEM BAHASA Tatabahasa : Kata Nama Kosa kata : risau, menyelongkar, menjijikkan, menyepah-nyepah

PENGISIAN KURIKULUM Ilmu : Geografi dan Kesihatan Nilai : Bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar kemahiran berfikir : Mengenal pasti sebab dan akibat Kecerdasan Pelbagai : Naturalis Konstruktivisme :

ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

CATATAN

Slaid pemcemaran

Sebab pencemaran berlaku dan akibatnya kepada mausia dan hidupan lain

Set Induksi ( 5 minit )

Guru menayangkan slaid tentang pencemaran

Guru bersoal jawab isu pencemaran sungai dan pencemaran udara yang ditonton dalam slaid

Kemahiran lisan

Kemahiran berfikir

situasi yang mungkin berlaku- sampah tidak

Langkah 1 ( 10 minit ) Guru meminta murid bercerita

tentang pungutan sampah di tempat tinggal mereka

Kemahiran LisanKemahiran berfikir – penyeleasaian masalah

Page 6: Assignment hbml 4403 kompetensi

dikutip- sampah bertaburan- menimbulkan

masalah bau - mengundang

masalah lalatCadangan tindakan- gotong royong

membersih- meminta pihak

berkuasa mengutip mengikut jadual

Murid berbincang dalam kumpulan tentang pendapat masalah yang berlaku dan akibat jika tidak diambil tindakan

Ketua bentang hasil perbincangan

KP – verbal linguistik

Cara aduan yang sesuai- menulis surat

rasmi kepada pihak majlis perbandaran

Langkah 2 ( 10 minit ) Guru meminta murid membuat aduan

kepada pihak yang berkuasa tentang masalah sampah yang tidak dikutip.

G