assigmnt sej malysia.docx

5
Faktor-faktor Penyerahan Sarawak kepada British. 1. Pada 15 April 1946, Raja Brooke Charles Brooke telah datang semula ke Sarawak dan pihak British Military Administration (BMA) menyerahan semula Sarawak kepadanya. Kedatangan semula Raja Brooke memberikan kegembiraan kepada orang Cina dan kaum komuniti yang lain, kerana mereka berharap Raja Brooke dapat memulihkan keadaan Sarawak seperti sebelum ini. Namun sebenarnya banyak perubahan yang telah berlaku dengan Sarawak kerana tentera Jepun telah bertapak di Sarawak sejak bulan Disember 1941. Walaupun, banyak kemusnahan dan kekalahan yang di alami British akibat peperangan dengan Jepun namun ia tidak menghalang untuk Raja Brooke datang ke Sarawak semula malahan ia di alu-alukan oleh penduduk Sarawak. Perang dunia kedua telah memberikan impak dan kemusnahan teruk kepada Sarawak. Oleh sebab itu, Sarawak perlu di bina semula dan ia melibatkan perbelanjaan yang banyak. Apatah lagi, keadaan ekonomi Sarawak sangat teruk dan menyedihkan; padang- padang minyak telah musnah dan kebun-kebun getah terbiar. Begitu juga, kemudahan pendidikan, kesihatan, jalan raya dan lapangan terbang yang perlu diperbaiki. Kerugiaan ini di anggaran sebanyak $23,294,029.00 akibat penaklukan Jepun. Oleh hal demikian, Raja Charles berpendapat dengan membangunkan semula Sarawak ia wajar untuk diserahkan kepada British untuk membangunkan dan menjadikan Sarawak negeri yang moden. British mempunyai kewanagn yang kukuh serta mempunyai pengalaman teknikal yang diperlukan untuk pembangunan yang moden ini. 2. Di samping itu juga kerana faktor umur Raja Charles Vyner Brooke. Raja Brooke pada ketika itu juga telah lanjut usia

Upload: nurul-syakilla-nabila

Post on 14-Nov-2015

229 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Faktor-faktor Penyerahan Sarawak kepada British.

1. Pada 15 April 1946, Raja Brooke Charles Brooke telah datang semula ke Sarawak dan pihak British Military Administration (BMA) menyerahan semula Sarawak kepadanya. Kedatangan semula Raja Brooke memberikan kegembiraan kepada orang Cina dan kaum komuniti yang lain, kerana mereka berharap Raja Brooke dapat memulihkan keadaan Sarawak seperti sebelum ini. Namun sebenarnya banyak perubahan yang telah berlaku dengan Sarawak kerana tentera Jepun telah bertapak di Sarawak sejak bulan Disember 1941. Walaupun, banyak kemusnahan dan kekalahan yang di alami British akibat peperangan dengan Jepun namun ia tidak menghalang untuk Raja Brooke datang ke Sarawak semula malahan ia di alu-alukan oleh penduduk Sarawak.

Perang dunia kedua telah memberikan impak dan kemusnahan teruk kepada Sarawak. Oleh sebab itu, Sarawak perlu di bina semula dan ia melibatkan perbelanjaan yang banyak. Apatah lagi, keadaan ekonomi Sarawak sangat teruk dan menyedihkan; padang-padang minyak telah musnah dan kebun-kebun getah terbiar. Begitu juga, kemudahan pendidikan, kesihatan, jalan raya dan lapangan terbang yang perlu diperbaiki. Kerugiaan ini di anggaran sebanyak $23,294,029.00 akibat penaklukan Jepun. Oleh hal demikian, Raja Charles berpendapat dengan membangunkan semula Sarawak ia wajar untuk diserahkan kepada British untuk membangunkan dan menjadikan Sarawak negeri yang moden. British mempunyai kewanagn yang kukuh serta mempunyai pengalaman teknikal yang diperlukan untuk pembangunan yang moden ini.

2. Di samping itu juga kerana faktor umur Raja Charles Vyner Brooke. Raja Brooke pada ketika itu juga telah lanjut usia nya. Namun ia keberatan untuk menyerahkan pentadbirannya kepada anak saudaranya, Tuan Muda Antony Brooke mahupun pada adiknya, Betram Brooke. Hal ini kerana, Raja Brooke tidak yakin dengan pemerintahan warisnya akan memerintah Sarawak dengan baik. Bantuan British juga berlaku sekiranya pemerintahan masih berada ditangan Dinasti Brooke. Masalah peribadi keluaraga Brooke dan tekanan ekonomi Sarawak telah mendesak Raja Brooke untuk mengambil keputusan menyerahkan negeri Sarawak kepada British. Terdapat juga sesetengah pandangan yang menyatakan bahawa penyerahan tersebut kerana beliau tidak mempunyai anak lelaki yang boleh menggantikannya. Justeru itu, keadaan Sarawak selepas perang dijadikan alasan untuk Raja Brooke menyerahkan Sarawak kepada British. Keputusan Raja Brooke tersebut sememangnya wajar dilakukan.

3. Selain itu, cadangan penyerahan ini telah bermula pada tahun 1846 dan bukanlah pada tahun 1946, kenyataan pada tahun 1946 adalah tidak tepat. Hal ini bermakna soal penyerahan ini telah bermula 10 tahun lebih awal. Raja Brooke pertama iaitu James Brooke setelah mendapat kuasa memerintah Sarawak berpendapat bahawa selepas kemangkatanya soal pentadbiran di Sarawak kemungkinan berlaku. Oleh sebab itu, ia telah meminta perlindung dengan British pada tahun 1846 dan british menolak permohonan beliau. Di samping itu, beliau telah cuba untuk berbincang dengan Negara-negara lain seperti Belanda dan Perancis. Namun pada tahun 1863, British telah mengakui bahawa Sarawak adalah sebuah negeri yang merdeka, manakala Belanda tidak mengakui Sarawak untuk selama-lamanya. Belanda percaya pemerintahan di Sarwak akan pupus selepas James Brooke meninggal dunia. Oleh sebab itu, soal penyerahan ini bukanlah hal baru hanya menunggu masa yang sesuai sahaja.

Faktor-Faktor lain penyerahan Sarawak kepada British

1. Selain itu, terdapat juga faktor lain yang mendorong Sarawak di serahkan kepada British. Pertama yang mendorong British ingin memiliki Sarawak kerana Britain memerlukan satu penyusunan baru bagi tanah jajahannya agar ia boleh megeksplotasi ekonomi untuk membantu pembendaraan Britain. Demi mencapai matlamat ini, Pejabat Tanah di Londan telah membuat cadangan menggabungkan Negeri-negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak di bawah satu unit pentadbiran. Minat British terhadap Sarwak telah lama wujud iaitu pada tahun 1870-an lagi. Dari tahun 1870-1017, Pejabat Tanah Jajahan di Britain telah beberapa kali untuk campur tanagan dalam politik di Sarawak. Namun, Raja James Brooke yang memerintah ketika dan seseorang yang tegas, usaha mereka gagal untuk campur tangan. Walau bagaimanapun, British kerap menandatangi perjanjian tahun 1888 yang meletakan Sarawak di bawah perlindungnya. Hal ini bermakan, British berhak di dalam soal hubungan luar Sarawak bila melihat kepada kandungan surat perjanjian tersebut.

2. Pada tahun 1940, sekali lagi British campur tangan politik di Sarawak di mana dengan alasan ingin mengstabilkan keadaan politik di Sarwak kerana terdapatnya perbalahan Raja Charles Vyner Brooke dan anak buahnya, Raja Muda Anthony Brooke berkaitan soal pengganti Raja. Oleh itu, dengan zaman pendudukan Jepun telah digunakan oleh British sebagai alasan untuk memepercepatkan impian British itu tercapai. Hal ini terbukti apabila tersebarnya pengarauh Jepun di Asia Tenggara, Raja Charles Vyner Brooke telah dipaksa untuk menandatangi Perjanjian 1941 ynag menandakan bahawa pertapakan awal kekusaan British di Sarawak. Justeru itu, British telah menghantar seorang penasihat yang bertanggungjawab di dalam pertahan dan politik Sarawak. Peluang selepas Pendudukan Jepun di Sarawak juga telah diambil oleh British untuk menjalankan muslihatnya bagi meneruskan rancangan untuk berkuasa penuh di Sarawak.

3. Selain itu juga, kehadiran tentera-tentera Australia yang mentadbir Sarawak di bawah British Borneo Civil Affairs Unit (BBCAU) bagi membantu memulihakan keadaan selepas pendudukan Jepun telah menjadi faktor pendesak untuk British meletakan Sarawak di bawah pemerintahannya. Kebanyakkannya orang Sarawak berpendapat tentera-tentera ini telah banyak membantu dan menyelamatkan mereka, pentadbiran merekalah yang terbaik. Pada masa yang sama pula, pihak Australia pula mempunyai cita-cita ingin memiliki pentadbiran di Sarawak dengan sepenuhnya walhal tugas mereka hanyalah membantu membebaskan Borneo daripada penaklukan Jepun. Hal ini tesebut telah diketahui oleh pihak British dan British telah bertindak mengambil alih pentadbiran di Sarawak dari BBCAU dengan alasan Sarawak memerlukan bimbingan untuk memulihkan keadaan selepas perang. Oleh itu, alasan ekonomi telah digunakan untuk menjalankan muslihat yang sedia ada.

4. Sebenarnya factor penyerahan Sarawak ini juga adalah didorong oleh perancangan polisi selepas zaman Jepun secara rasmi untuk Tanah Melayu dan Borne telah bermula pada 6 Januari 1944. Edward Cents dari Pejabat Kolonial di London telah menyediakan satu Unit Perancangan, untuk merancang masa depan di Sarawak, Brunei dan Borneo Utara selepas perang. Keputusan polisi juga telah disampaikan kepada Pejabat Kolonial dan dipersetujui oleh Kabinet Perang pada Mei 1944, di mana Raja Sarawak berserta Kompeni Berpiagam Borneo perlulah menyerahkan kuasa mereka kepada British agar pihak British dapat mengawal kedua-dua negeri itu. Seterusnya pula, dokumen terperinci telah ditandatangi oleh Raja dan pihak Pejabat Kolonial tesebut pada 24 Oktober 1945 tetapi hal ini tidak pernah didedahkan sehinggalah ia di bangkitkan semula setelah Raja Brooke bersetuju menyerahkan negeri Sarawak kepada British pada tahun 1946.

Walau bagaimanpun, faktor-faktor penyerahan di Sarawak ini adalah kedua-dua belah pihak telah menggunakan kependudukan Jepun sebagai alasan mereka dan menjadikan Sarawak sebagai tanah jajahan British, sedangkan kedua-dua belah pihak mempunyai kepentingan masing-masing. Namun, kesan yang jelas ditimbulkan oleh penduduk Jepun dapat di lihat adalah penyerahan negeri Sarawak kepada kerajaan British. Jelaslah bahawa, kependudukan Jepun ini mempercepatkan penyerahan Sarawak kepada British.