assiggment juh101 etnik 2009 kump budak muao

53
JUH101 : Hubungan Etnik 1

Upload: ezaifudin-sanip

Post on 24-Jun-2015

2.628 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assiggment JUH101 Etnik 2009 Kump Budak Muao

JUH101 : Hubungan Etnik

1

Page 2: Assiggment JUH101 Etnik 2009 Kump Budak Muao

JUH101 : Hubungan Etnik

1. PEMILIHAN TAJUK : SATU PENDAHULUAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara berjiran dengan

Singapura di sebelah selatan, Brunai di sebelah Timur, sebahagian Indonesia di sebelah Barat

iaitu Sumatera dan Thailand di bahagian utara. Negara seluas 329,847 km2 mempunyai

28,469,910 orang penduduk terdiri daripada pelbagai etnik(Jabatan Perangkaan. 2007).

Antaranya Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah, Sarawak dan orang Asli, Punjabi dan lain-

lain masyarakat minoriti. Senario ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik.

Etnik yang mempunyai pelbagai ketamadunan dan budaya tersendiri, Malaysia mampu

menyatukan kesemuanya dalam penglibatan kepelbagaian bidang mencakupi politik, sosial dan

ekonomi. Proses integrasi kesatuan etnik yang gemilang di Malaysia dilalui secara evolusi sejak

peristiwa berdarah 13 Mei 1969 selepas 12 tahun merdeka disebabkan rasa megah dan

memandang rendah serta menghina etnik lain apabila mendapat sedikit kemenangan.

Natijah yang merugikan itu telah menyedarkan pemimpin pada masa itu untuk

melakukan sesuatu agar dapat menyatupadukan malah mengeratkan lagi hubungan antara kaum.

Harus dibanggakan bahawa kejayaan penyatuan etnik sehingga kini diakui banyak negara luar

termasuk bekas penjajah kita, Britain turut memperakuinya. Apa yang lebih membanggakan

sehinggakan ada negara lain ingin mempelajarinya dari kita, Malaysia.

Namun begitu ada anasir-anasir negatif yang sentiasa mencemburui kesepaduan etnik

Malaysia dan sentiasa cuba mengganggu gugat. Keutuhan perhubungan dan kerjasama pelbagai

golongan etnik akan dapat melahirkan satu suasana kehidupan yang aman dan harmonis.

Malaysia sentiasa mempertahankan kemakmurannya dalam mengaplikasi hubungan etnik dalam

realiti kehidupan masyarakat majmuk. Ianya berlandaskan nilai-nilai kemesraan dalam

berkomunikasi, budaya ziarah-menziarahi, mengambil berat, memulia dan menghormati orang

lain dan menghormati jiran.

2

Page 3: Assiggment JUH101 Etnik 2009 Kump Budak Muao

JUH101 : Hubungan Etnik

2. KONSEP DAN TEORI ASAS HUBUNGAN ETNIK

Masyarakat majmuk menurut Kamus Dewan edisi ke-4, 2007 bermakna satu kumpulan

manusia terdiri daripada beberapa kaum atau suku bangsa yang tinggal bersama-sama di satu

tempat. Masyarakat majmuk Malaysia yang berbilang etnik perlu hidup dalam satu kumpulan.

Satu konsep kefahaman perlu sentiasa digembar-gemburkan atau dihebahkan untuk semua

kumpulan etnik yang ada agar mereka menyedari bahawa mereka merupakan salah seorang

anggota masyarakat yang lebih besar iaitu Malaysia.

Oleh itu, bab ini akan menjelaskan beberapa konsep dan teori asas hubungan etnik yang

berkaitan seperti diskriminasi, prejudis, etnosentrik, stereotaip. Ianya bertujuan untuk mengenali

dan memahami etnik yang lain dari segi agama dan kebudayaan yang berbeza.

Etnik didefinasikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang

hampir seragam termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi (Samsul Amri

Baharuddin, 2007). Ianya berkait rapat dengan memberi penekanan terhadap perbezaan fizikal

atau keturunan dan pertalian darah yang sama antara sesama manusia (Mansor Abdul Rahman

dan Mohamad Ainuddin, 2006).

Malahan etnik dikatakan oleh sesetengah sarjana lebih menjurus kepada satu kelompok

masyarakat yang bercirikan hampir sama di sesuatu tempat seperti amalan agama, makanan,

kebudayaan, muzik, pakaian, adat resam dan sebagainya. Perkongsian nilai ini secara tidak

langsung menghasilkan identiti sesuatu etnik yang dapat membezakan antara mereka kepada

kumpulan etnik yang lain (Paimah Atoma dan rakan, 2008).

Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepada rasa

kekitaan sesuatu kumpulan mesyarakat tertentu. Ianya mewujudkan satu kebudayaan yang jelas

menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama.

Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan dan rasa bangga yang wujud dalam kalangan

anggota suatu kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan

hebat daripada kelompok etnik yang lain.

3

Page 4: Assiggment JUH101 Etnik 2009 Kump Budak Muao

JUH101 : Hubungan Etnik

Etnosentrik ialah tangapan ciri-ciri budaya sesuatu etnik sebagai wajar, betul dan lebih

utama daripada budaya etnik yang lain, yang dipandang rendah serta dianggap ganjil (Samsul

Amri Baharuddin, 2007). Menurut Mansor Abdul Rahman dan Mohamad Ainuddin, di dalam

bukunya Hubungan Etnik di Malaysia etnosentrik merupakan satu tanggapan bahawa kumpulan

etniknya adalah lebih baik daripada etnik yang lain dan ,mind seting, tersebut menyukarkan

penerimaan pandangan orang lain walaupun mempunyai bukti yang kukuh.

Diskriminasi merupakan sikap pilih kasih sesebuah kelompok etnik terhadap etnik ysng

lsin yang dirassainya tidak setaraf dengannya (Paimah Atoma dan rakan, 2008). Samsul Amri

Baharuddin pula menakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh

seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau etnik lain yang mempengaruhi perilaku

pihak yang berpandangan negatif. Tegasnya diskriminasi merupkan perbuatan

membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri

etnik semata-mata.

Diskriminasi juga merupakan maniestasi prasangka yang wujud dalam kalangan sesuatu

kelompok etnik. Diskriminasi semakin mudah berlaku jika wujud perasaan prajudis dan

stereotaip dalam sesebuah masyarakat (Samsul Amri Baharuddin, 2007) tidak kira secara

individu ataupun kelompok etnik. Antara bentuk diskriminasi yang dapat dilihat apabila individu

sesuatu kelompok etnik cuba mengelakkan diri daripada individu atau etnik lain yang

diprasangkannya. Kemuncak sikap diskriminasi apabila berlaku pembuangan kerja, serangan

fizikal secara terbuka atau penghapusan sesebuah kumpulan etnik.

Prejudis atau prasangka merupakan sikap atau tanggapan yang lazimnya bersifat negatif

terhadap sesuatu kumpulan etnik lain yang dibentuk berdasarkan generalisasi tyang tidak

rasional dan tegar disebabkan mempunyai ciri tertentu (Dr Zaid Ahmad dan rakan,

2006).bermaksud pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat

dalam hati individu atau kelompok etnik tertentu. Sikap prejudis tidak diluahkan secara terang-

terangan kerana lazimnya ia tidak berasaskan maklumat yang lengkap, tepat atau jelas. Sikap

prejudis yang disuarakan akan dikenalil sebagai stereotaip (Samsul Amri Baharuddin, 2007).

4

Page 5: Assiggment JUH101 Etnik 2009 Kump Budak Muao

JUH101 : Hubungan Etnik

Prejudis antara etnik berlaku apabila sesebuah kumpulan etnik beranggapan negatif terhadap

etnik yang lain. Ianya diwarisi turun temurun dan sukar diubah persepsinya walaupun diberikan

fakta dan bukti yang kukuh (Samsul Amri Baharuddin, 2007). Kesan sikap prejudis dapat dilihat

apabila berlakunya persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dalam bidang

politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.

Stereotaip ialah kenyataan umum yang negatif dan gambaran berlebih-lebihan tentang

sesuatu kumpulan etnik sama ada baikk atau buruk. Ia merupakan pertembungan dua atau lebih

kumpulan etnik yang menimbulkan perasaan negatif khususnya masyarakat Malaysia terdiri

daripada berbilang etnik (Samsul Amri Baharuddin, 2007). Sikap stereotaip memungkinkan

kurangnya interaksi antara etnik akibat daripada pandangan yang rendah terhadap kumpulan

etnik yang lain.

3. KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Terdapat dua kaedah khusus yang digunakan untuk menjalankan tugasan ini iaitu

pengumpulan data primer dan data sekunder. Data primer merangkumi data-data serta

maklumat-maklumat yang diperolehi melalui kajian lapangan berupa temu bual manakala data

sekunder diperolehi daripada kajian melalui buku, risalah, makalah sama ada di perpustakaan, di

agensi kerajaan atau swasta yang berkaitan.

Data primer ini merupakan maklumat yang paling penting untuk menyempurnakan

tugasan. Ia menjadi tulang belakang dalam penemuan dan penyediaan laporan lengkap tugasan

ini. Sumber data primer merupakan data dan maklumat yang dikumpulkan secara langsung

melalui temubual yang dikemukakan. Sebelum menjalankan sesi temubual, kumpulan kami telah

memperkenalkan diri dengan pengenalan diri seperti tanda nama dan kad matrik serta ‘surat

pengenalan diri’ yang telah dibekalkan oleh pihak Universiti Sains Malaysia untuk kesahihan

responden. (Lampiran A ).

5

Page 6: Assiggment JUH101 Etnik 2009 Kump Budak Muao

JUH101 : Hubungan Etnik

Temubual merupakan satu kegiatan atau perbuatan komunikasi antara ahli kumpulan

dengan responden yang pakar atau arif mengenai tajuk tugasan kami. Ahli kumpulan kami

berbincang menyediakan soalan terlebih dahulu dan mengemukakan soalan tersebut semasa

temubual dijalankan untuk memperolehi data dan maklumat daripada responden. Temubual telah

dijalankan dalam tugasan ini lebih kepada temubual berstruktur kerana ianya lebih formal.

Soalan–soalan temubual telah ditulis lebih awal dan jawapan responden di catat dalam buku

catatan. Memandangkan alat perakam suara tidak disukai oleh responden, maka kami

menggunakannya secara sembunyi untuk kemudahan sendiri. Kami telah mencatat jawapan dan

menyemak semula jawapan responden bagi setiap soalan yang dikemukakan daripada pita

rakaman tersebut. Kemudian kami pindahkan jawapan responden dalam bentuk transkrip yang

lebih tersusun sebagaimana yang diarahkan pensyarah yang menyelia JUH101 (Lampiran B).

Pengkaji telah mengadakan jenis temubual ini dengan beberapa individu terpilih iaitu 5

orang responden terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Mereka terdiri daripada 2 orang

Melayu; seorang lelaki dan seorang perempuan beragama Islam, seorang lelaki Cina beragama

Buddha, seorang perempuan India beragama Hindu dan seorang perempuan etnik Kadazan yang

kini beragama Kristian setelah berkahwin.:-

1. Responden 1

Biodata tokoh agama Islam yang ditemuramah :

Nama : Ustaz Saiful Rizan Bin Abdul Rahman

Kelulusan : BA Hons Syariah Islamiah Al-Azhar, Mesir.

Lokasi temuramah : No 83, Jalan Damai 3, Taman Damai , Sg Abong 84000,

Muar, Johor.

Pengalaman :

- Mengajar bermula tahun 2000 di Sekolah Menengah selama 4 tahun dan di

Sekolah Rendah selama 7 tahun hingga skrg.

- Penggubal Soalan Agama Islam dan Bahasa Arab daerah Muar, Johor.

- Mengajar kelas dewasa bahagian ibadat di PGA Bakri Kem Muar, Johor.

- Mengajar kelas Fardu Ain untuk mualaf anjuran ABIM setiap minggu.

6

Page 7: Assiggment JUH101 Etnik 2009 Kump Budak Muao

JUH101 : Hubungan Etnik

2. Responden 2

Biodata tokoh agama Islam yang ditemuramah:

Nama : Ustazah Khairunnisa’ binti Na’aman

Kelulusan : BA Hons P. Islam, UKM (Syariah dan kepujian)

Pengalaman : Mengajar selama 12 tahun, 5 tahun awal di SJKC Kuang Yu Bkt

Gambir. Ditukarkan ke SK Pt Bunga, Muar pada tahun ke-6 hingga

sekarang.

Lokasi temuramah : No. 5, Taman Bestari, Sg. Mati, Johor

3. Responden 3

Biodata penganut agama Hindu yang ditemuramah:

Nama : Cik Kamala Dewi a/p Gapalan

Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda ICT, MMU

Pengalaman : 5 tahun

Lokasi temuramah : Sykt Computer Lionex, Melaka

Lain-lain : Ramai kawan Melayu termasuk India Muslim dan Cina. Kawasan

kejiranan; pelbagai etnik dan agama. Mengajar kelas Tekwando secara

sambilan.

4. Responden 4

Biodata penganut agama Buddha yang ditemuramah:

Nama : En. Lee Hee Huat

Kelulusan : Diploma Pendidikan

Pengalaman : 20 tahun

Lokasi temuramah : SMK Parit Bunga, Muar, Johor

Lain-lain : Selesa bergaul dengan orang Melayu dan lebih ramai kawan berbangsa

Melayu berbanding India. (Dengan malu beliau memberitahu) Telah

berkhatan sejak dari umur 13 tahun bersama kawan - kawan Melayu. Begitu

juga bapa dan abangnya untuk mengelak penyakit. Sedang mendalami agama

Islam walaupun telah belajar sejak darjah Satu sekolah rendah. Beliau

7

Page 8: Assiggment JUH101 Etnik 2009 Kump Budak Muao

JUH101 : Hubungan Etnik

mempunyai kekasih berbangsa India Muslim sejak menyambung pengajian di

universiti dan akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

5. Responden 5

Biodata penganut agama Kristian yang ditemuramah:

Nama: Jailih @ Viviana binti Ladin

Pendidikan: Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan, Diploma Pendidikan

Tempat lahir: Keniangau, Sabah

Jumlah adik beradik: 7 orang (dua daripadanya beragama Islam)

Lokasi tempat tinggal : Berjiran dengan ramai keluarga Melayu beragama Islam

sejak kecil, bertugas di Sekolah Kebangsaan Pedas, Negeri

Sembilan.

Lokasi temuramah: Universiti Sains Malaysia

Lain-lain : Lebih selesa bergaul dengan orang Melayu, berpakaian hanya baju kurung dan

sangat menggemari dan hanya boleh memasak masakan melayu sahaja. Beliau

juga menggemari rancangan berunsur dakwah Islam seperti Jejak Rasul dan

al-Kuliyah. Malah beliau sangat mengenali ustaz dan ustazah yang berkuliah.

Beliau juga boleh membaca dan menulis tulisan Jawi.

Pengumpulan data sekunder juga amat penting untuk menyiapkan tugasan ini. Ini kerana data

sekunder dapat memberikan maklumat tambahan dengan lebih lanjut berkaitan dengan tajuk

tugasan, perubahan yang berlaku, serta data-data dari tahun lepas yang amat berguna untuk

melakukan analisis.

Sumber data sekunder merupakan bahan bercetak yang telah dikumpul dan dimuatkan

dalam tugasan ini. Data sekunder juga dapat mengukuhkan lagi fakta-fakta yang diperolehi

melalui bahan bacaan. Sumber data sekunder ini didapati daripada buku, bahan terbitan jabatan–

jabatan yang berkaitan, majalah, jurnal, laporan, brosur, bahan internet, dan lain–lain.

Secara ringkasnya, kumpulan kami telah menggunakan data sekunder yang diperolehi

daripada sumber–sumber seperti berikut :

a. Perpustakaan Utama I, Universiti Sains Malaysia.

8

Page 9: Assiggment JUH101 Etnik 2009 Kump Budak Muao

JUH101 : Hubungan Etnik

b. Perpustakaan Utama II, Universiti Sains Malaysia.

c. Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia.

d. Perpustakaan Awam Muar, Johor.

e. Perpustakaan Awam Negeri Melaka.

f. Pejabat Perangkaan , Muar.

g. Sumber–sumber lain termasuk laporan, bahan internet, artikel daripada

akhbar dan majalah tempatan, brosur, dan peta.

4. ANALISIS KAJIAN

Telah diketahui umum bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hampir

28.5 juta orang penduduk terdiri daripada masyarakat majmuk pelbagai etnik. Kumpulan etnik

ini mempunyai pelbagai ketamadunan dan budaya tersendiri. Untuk mengelak daripada sejarah

hitam 13 Mei 1969 berulang, Malaysia telah mengambil inisiatif memastikan masyarakat di

dalamnya bersatupadu mengikut ‘acuan tersendiri’.

Keutuhan perhubungan dan kerjasama pelbagai golongan etnik dalam realiti kehidupan dapat

melahirkan satu suasana aman dan harmonis. Malaysia sentiasa mempertahankan

kemakmurannya dalam mengaplikasi hubungan tersebut berlandaskan nilai-nilai yang diterapkan

sentiasa dari masa ke semasa. Antara nilai yang dianalisiskan untuk tugasan ini ialah nilai

kemesraan dalam berkomunikasi, budaya ziarah-menziarahi, mengambil berat, memulia dan

menghormati orang lain dan menghormati jiran.

Tugasan ini merupakan hasil dapatan yang akan dianalisis daripada sesi temubual 5 responden

iaitu 2 orang Melayu; seorang lelaki dan seorang perempuan beragama Islam, seorang lelaki

Cina beragama Buddha, seorang perempuan India beragama Hindu dan seorang perempuan etnik

Kadazan yang kini beragama Kristian setelah berkahwin.

9

Page 10: Assiggment JUH101 Etnik 2009 Kump Budak Muao

JUH101 : Hubungan Etnik

4.1 Kemesraan dalam berkomunikasi

Berpandukan pengertian dalam Kamus Dewan edidi ke-4, 2007; kemesraan dalam

berkomunikasi bolehlah diertikan sebagai cara penyampaian, perbualan, sapaan, teguran atau

percakapan yang dapat menggambarkan erat seolah-olah ada keakraban seperti sahabat karib.

Bertegur sapa dengan memberi salam atau ucap selamat, mengukir senyuman ketika bertemu,

bersikap lemah lembut, penyayang dan memberi perhatian sewaktu bercakap merupakan asas

perhubungan yang baik dan dapat menimbulkan perasaan kemesraan. Haruslah kita menghindari

sikap sombong seperti memandang rendah pada orang lain dan bermasam muka.

Menurut pendapat Ustaz Saiful (Lampiran B1) nilai kemesraan dalam berkomunikasi

dapat memanjangkan lagi tali persahabatan antara kaum-kaum yang lain dengan mempelajari

dan memahami bahasa yang lain selain daripada bahasa melayu. Dalam Islam sendiri banyak

mengajar bagaimana kemesraan itu boleh timbul dalam berkomunikasi mestilah bahasa yang

digunakan tidak mempunyai unsur-unsur yang boleh mendatangkan fitnah dan seumpanya. Ini

kerana masyarakat harus bersama berusaha mencapai tahap kehidupan yang serba melengkapi

untuk mewujudkan kemesraan. Amalan yang melengkapi itu ialah mengamalkan cara hidup yang

bersopan-santun dan bernilai murni. Begitu juga cara kita bertegur-sapa, cara kita berinteraksi

sesama kita hinggalah kepada cara kita menjawab panggilan telefon sekalipun mesti diambil

kira. Begitu juga pendapat Cik Kamala Dewi (Lampiran B3), En Lee (Lampiran B4) dan Pn

Vivian (Lampiran B5) menekankan tentang pertuturan yang lebih sopan.

Ustaz Saiful menambah bahawa kepentingan pertuturan bukan sahaja untuk keluarga,

tetapi juga untuk guru, rakan sekerja dan pelanggan yang memerlukan khidmat kita. Beliau juga

memberi bukti daripada nas Al-Quran dalam Surah An-Nisaa' (Ayat 148) Allah S.W.T berfirman

yang bermaksud, “Allah tidak suka akan perkataan-perkataan jahat yang keluar dari mulut

seseorang, melainkan perkataan (pengalaman) yang keluar dari mulut orang yang dizalimi (yang

menyebut keburukan yang dilakukan ke atasnya dalam pengaduannya) dan Allah Maha

Mendengar lagi Maha Mengetahui”. Sesungguhnya sopan santun dan nilai-nilai murni adalah

adunan hidup yang tidak harus dilemahkan oleh cara hidup moden. Seperti kata pepatah ‘Seperti

padi, lagi runduk, lagi berisi’. Justeru itu, sopan santun perlulah diterap dan dipupuk semula dari

rumah ke sekolah, dari kampung ke pejabat. Beliau menyarankan supaya berucap salamlah

10

Page 11: Assiggment JUH101 Etnik 2009 Kump Budak Muao

JUH101 : Hubungan Etnik

ketika bertemu dan apa sahaja dimulakan dengan sikap ramah dan terbuka sebagaimana hadith

Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah-lembut

dalam semua perkara”. Beliau juga menambah bahawa ajaran agama-agama lain seperti agama

Buddha yang menyebut “Words have the power to both destroy and heal. When words are both

true and kind, they can change our world”.

Manakala pendapat Ustazah Khairunnisa’(Lampiran B2) iaitu menjaga adab pertuturan

mahupun pergaulan sesama manusia mengikut tatacara Islam iaitu berkomunikasi dengan bahasa

yang baik dan bersopan dan menjaga pertuturan agar tidak menyinggung perasaan orang lain

serta menjauhi isu-isu sensitiviti kaum, bangsa atau agama tertentu. Menurut beliau ‘kerana

pulut santan binasa kerana mulut negara binasa’. Kita juga sepatutnya menerima persamaan yang

ada di antara sesuatu etnik tidak kira dari segi agama, budaya, ideologi dan sebagainya. Ini

bertepatan dengan ayat Al Quran dalam surah Al Hujur 49:13 yang menjelaskan perlu beramah

mesra dan berkenal-kenalan untuk mewujudkan satu persefahaman dalam menerima persamaan

yang ada. “Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari suatu

pasangan (lelaki dan perempuan) dan kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan

bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (beramah mesra antara satu sama lain) (Al-

Hujurat, 49:13)

4.2 Budaya ziarah-menziarahi

Kamus Dewan edidi ke-4, 2007 menerangkan erti budaya ziarah-menziarahi sebagai tamadun

atau peradaban berkaitan kemajuan akal fikiran dan budi bicara dalam konteks kunjungan dan

lawatan yang sering dilakukan khususnya ke rumah seseorang. Hubungan mesra boleh

diwujudkan melalui budaya ziarah-menziarahi. Mengunjungi seseorang perlu pada masa yang

sesuai dan kesediaan tuan rumah. Ini akan mengekalkan keharmonian berpanjangan.

Responden kedua iaitu Ustazah Khairunnisa menyatakan terdapat 3 bahagian adab

ziarah-menziarahi iaitu sebelum ziarah, semasa ziarah dan selepas ziarah. Adab ziarah-

menziarahi ini sekiranya diamalkan akan dapat melahirkan hubungan yang erat serta menjana

kehidupan aman dan harmonis. Contohnya, semasa menziarahi kita perlu memilih masa yang

11

Page 12: Assiggment JUH101 Etnik 2009 Kump Budak Muao

JUH101 : Hubungan Etnik

sesuai, bertingkah laku sopan dan juga tempoh ziarah yang tidak terlalu panjang atau lama.

Membawa atau memberi hadiah atau buah tangan semasa menziarah adalah digalakkan

sebagaimana hadis Rasulullah menyokong perkara tersebut. Dari Aisyah r.a: “Bahawasanya Nabi

s.a.w menerima hadiah dan membalasnya”. (Hadis Riwayat Bukhari). Perlakuan tersebut

merupakan pengerat hubungan antara manusia tanpa mengenal bangsa atau agama. Beliau turut

mengingatkan agar semua etnik dapat menjauhi perkara-perkara yang ditegah semasa

menziarahi. Semasa menziarah, orang Islam perlu mengelak atau tidak mengamalkan sikap

mengumpat, menjatuhkan maruah orang lain, bercakap kasar atau mengambil dan mengusik

barang milik tuan rumah. Perkara tersebut akan memberi tanggapan buruk kepada bangsa lain.

Ini akan menyebabkan hubungan antara etnik dalam masyarakat majmuk akan terjejas.

Ustaz Saiful menambah budaya ziarah-menziarahi juga harus diteruskan kerana dengan

cara ini kita sebagai rakyat Malaysia dapat berkenalan dengan lebih rapat antara satu sama lain.

Dengan cara inilah kehidupan kita sebenarnya akan lebih bermakna. Bagi mereka yang beragama

Islam sudah semestinya amalam ziarah-menziarahi itu satu kemestian lebih lebih lagi apabila

hendak menyambut raya amalam seperti Marhaban dari rumah-kerumah disamping berselawat

ke atas Nabi junjungan akan menjadikan kunjung-mengunjung itu akan mendapat rahmat dan

keberkatan dari Allah yang Esa. Bukan itu sahaja sekiranya kita dapat menjemput sahabat handai

yang berlainan bangsa dan agama maka akan terbinalah ukhuwwah yang berpanjangan.

Begitu juga pendapat responden, En Lee, Cik Kamala Dewi dan Pn Vivian menyatakan

bahawa perbuatan ziarah-menziarahi sesama manusia amat digalakkan lebih-lebih lagi antara

mereka yang berlainan agama. Secara tidak langsung dapat mempelajari budaya kaum yang

berlainan dan unik. Kesemua responden suka mengunjungi rumah kawan-kawan terdiri daripada

orang Melayu semasa Hari Raya, rakan India pula semasa perayaan Deepavali dan lain-lain

perayaan tanpa ada perasaan syak wasangka. Mereka menambah yang ziarah-menziarahi harus

dipraktikkan oleh semua lapisan masyarakat untuk memperkukuhkan semangat perpaduan di

kalangan rakyat berbilang kaum.

En Lee menambah lagi dengan menyatakan bahawa beliau turut menziarahi rakan yang

sakit di hospital. Tujuan kehadirannya mengunjungi rakan yang sakit sebagai sokongan moral

supaya cepat sembuh dan menjadi rawatan batiniah secara tidak langsung (Tengku Asmadi T.

Mohamad, Dr. 2007). Manakala Pn Vivian sering mengadiri upacara pengkebumian orang Islam

12

Page 13: Assiggment JUH101 Etnik 2009 Kump Budak Muao

JUH101 : Hubungan Etnik

di kampungnya. Khususnya saudara mara yang beragama Islam. Menurut pendapat beliau, ianya

bertujuan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan ada rasa empati (Ee Ah Meng. 1995)

terhadap musibah yang menimpa si malang.

4.3 Mengambil berat

Memberikan perhatian dari segi layanan istemewa kepada sesuatu atau seseorang

merupakan maksud mengambil berat menurut Kamus Dewan edidi ke-4, 2007. Kehidupan

bermasyarakat memerlukan setiap individu mengamalkan sikap ambil berat antara satu sama

lain. Mengambil berat bertujuan membina ikatan kemesraan denganteguran dan nasihat yang

membina, bukanlah mencari kesalahan dan keburukan orang lain. Sikap mengambil berat secara

positif ini akan melahirkan rasa tanggungjawab di kalangan anggota masyarakat.

Responden pertama, Ustaz Saiful mengulas tentang mengambil berat. Menurut beliau,

secara umumnya, masyarakat majmuk Malaysia dikenali dunia sebagai antara yang paling

banyak mengambil berat, pemurah dalam berkongsi atau menderma untuk mereka yang

memerlukan. Bukan setakat membantu mangsa bencana alam, mangsa peperangan dan fakir

miskin, rakyat negara ini juga banyak membantu golongan golongan yang tidak berupaya. Beliau

mengemukakan hadis berkaitan ikhlas dalam membantu dan mengambil berat tanpa ada rasa

Riak

رياء، حميةويقاتل ويقاتل شجاعة يقاتل الرجل عن الله رسول سئلالله سبيل فى ذلك واى

سبيل : فى فهو العايا هى الله كلمة لتكون قاتل من الله رسول فقالالله

Dalam Islam sendiri mengajar manusia supaya lakukanlah satu-satu amalan itu walau

sedikit manapun biarlah dalam keadaan yang Ikhlas dan jujur pada diri sendiri. Dengan itu

balasan yang akan diterima dari Allah yang Esa akan bertambah-tambah dan rahmat yang Allah

akan berikan kepada mereka itu akan terbuka luas dengan bertambahnya pahala yang sentiasa

akan diberikan kepada mereka yang betul betul beriman kepadaNya.

13

Page 14: Assiggment JUH101 Etnik 2009 Kump Budak Muao

JUH101 : Hubungan Etnik

Ustazah Khairunnisa’ berpendapat masyarakat Malaysia perlu bersedia memberi bantuan

atau pertolongan tidak kira bangsa dan agama adalah salah satu nilai ‘mahmudah’ yang patut ada

dalam diri kita. Nilai ini dapat diaplikasikan dalam menjalin hubungan antara etnik dalam realiti

kehidupan. Begitu juga mendoakan keselamatan dan menjauhkan kemudaratan di antara kita

yang berlainan bangsa dan agama serta mengucap tahniah atau takziah atas kejayaan yang

dicapai mahu pun musibah yang menimpa merupakan amalan-amalan penting yang perlu

digarapkan oleh semua golongan etnik dalam membina hubungan yang aman sentosa, harmonis

dalam realiti kehidupan seharian.

En. Lee responden keempat pula berpendapat sikap mengambil tahu tidak boleh

disalahertikan sebagai mengambil tahu hal orang lain atau menjaga tepi kain orang. Sebagai

contoh, mengambil berat atau prihatin terhadap murid-murid yang berlainan agama atau pun

etnik. Semua masalah ada puncanya dan melalui sikap prihatin terhadap kebajikan murid,

seseorang guru sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kebimbangan dan masalah murid. Jiran

tetangga yang berlainan kaum juga boleh menjaga keselamatan rumah jiran yang balik ke

kampung semasa musim perayaan. Semangat kejiranan dapat menguatkan lagi semangat

perpaduan masyarakat majmuk negara kita. Begitu juga pendapat responden ketiga iaitu Cik

Kamala Dewi.

En Lee menambah lagi berkaitan pemberian derma dan bantuan kepada yang

memerlukan haruslah digalakkan tidak kira kaum dan agama kerana semua agama

menggalakkan sikap murah hati antara pengikut-pengikutnya. Bersependapat dengan Pn Vivian.

Dalam kehangatan kerajaan kita melaungkan semangat ‘Satu Malaysia’, kita tidak boleh lari

daripada tanggungjawab kita untuk merealisasikan semangat perpaduan ‘bangsa Malaysia’

dalam erti kata sebenarnya.

4.4 Memulia dan menghormati seseorang

Menurut Kamus Dewan edidi ke-4, 2007, memuliakan menjadikan atau menjujung

martabat agar berkedudukan tinggi. Menghormati pula bermaksud memberi, melahirkan dan

menaruh pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan layanan yang penuh sopan; disegani.

Perbuatan saling hormat-menghormati dan memuliakan antara satu sama lain mewujudkan

14

Page 15: Assiggment JUH101 Etnik 2009 Kump Budak Muao

JUH101 : Hubungan Etnik

kemesraan dalam masyarakat. Kemuliaan adalah dasar kemanusiaan bukanlah warna kulit,

keturunan, darjat ataupun agama seseorang.

Pendapat En Lee, responden keempat dan Cik Kamala Dewi hampir sama iaitu semua

agama yang dianuti penduduk di Malaysia menekankan pentingnya hormat-menghormati antara

satu sama lain yang berlainan kaum dan agama. Contohnnya, apabila azan berkumandang

mereka akan menghentikan perbualan atau bersama seketika dengan mereka yang beragama

Islam. Seperti juga bila doa dibacakan, mereka mendiamkan diri sebagai menghormati agama

Islam. Sepanjang bulan Ramadhan pula adalah baik jika saya tidak makan atau minum di depan

rakan-rakan Islam. Dari segi pemakanan pula, saya mesti memastikan apa yang dihidangkan

untuk orang Islam haruslah halal. Jadi, segala peralatan mestilah ditentukan agar tidak dicemari

dengan bahan yang tidak halal. Seperti keadaan di mana saya perlu memotong kek atau kuih

bulan untuk murid-murid saya, saya meminjam pisau mereka sebagai menghormati agama

Islam.Ulasan En Lee lagi, walaupun ada perbezaan fahaman agama, beliau tidak boleh

mempersendakan atau mencabar kesahihan kepercayaan agama lain. Pendiriannya adalah setiap

agama mempunyai nilai-nilai, idealogi, kepercayaan dan amalan agama masing-masing.

Ustazah Khairunnisa sebagai responden kedua memberi pandangan bahawa hubungan

yang baik dapat melahirkan suasana kehidupan yang aman dan harmonis jika kita

mengharamkan ghibah, dusta dan mengadu domba dalam memulia dan menghormati orang lain.

Menurut beliau, Rasulullah s.a.w sangat menjaga dan membela kehormatan atau menghormati

orang lain. Sepertimana dalam hadis Riwayat Ahmad: Rasulullah bersabda “Barangsiapa yang

membela kehormatan orang lain daripada Ghibah, maka dia berhak dimerdekakan oleh Allah

dari Neraka”. Manakala Ustaz Saiful menyatakan ianya penting kerana dengan memahami hati

dan perasaan orang lain hidup kita akan sentiasa disenangi oleh mereka yang lain. Kita haruslah

hormat-menghormati sesama manusia dan jangan sesekali menganiaya ataupun menzalimi

mereka yang lain kerana balasan Allah akan sentiasa diberikan kepada mereka yang jahil dalam

kehidupan.

Berdasarkan bahan temubual, Ustazah Khairunnisa’ dan Pn Vivian bersependapat

bahawa sekiranya kita ingin dimulia dan dihormati, kita haruslah terlebih dahulu mengamalkan

sikap yang baik ini. Semasa kematian contohnya, kita tidak perlu mempersoalkan upacara

15

Page 16: Assiggment JUH101 Etnik 2009 Kump Budak Muao

JUH101 : Hubungan Etnik

keagamaan yang dijalankan kerana kita tidak tahu dengan mendalam apa yang dilakukan oleh

mereka. Kalau sekadar ingin mengetahui sahaja tidak mengapa asalkan kita tidak menyentuh

sensitiviti agama lain. Cik Kamala Dewi turut menyatakan bahawa beliau terpegun dengan anak

jirannya menunjukkan tingkah laku yang sopan apabila berjalan di hadapan tetamu dan orang

yang lebih tua iaitu jalan sedikit membongkok dan bersalaman sambil tersenyum. Beliau

menyarankan agar etnik lain pun harus mencontohi perbuatan yang baik itu.

4.5 Menghormati jiran

Jiran merupakan orang yang tinggal terhampir dengan kita, orang sebelah rumah ataupun

tetangga berdasarkan pengertiaan dalam Kamus Dewan edidi ke-4, 2007. Dalam Islam jiran

merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan kita hinggakan 40 buah rumah setuap sudut

kompas, utara, selatan, timur dan barat, malah tenggara, timur laut, barat laut dan barat daya.

Menurut Ustaz Saiful responden pertama dan Ustazah Khairunnisa’, jiran tetangga ini amatlah

penting kerana mereka merupakan orang terdekat dengan kita walaupun bukan dari ahli keluarga

atau saudara mara. Kediaman mereka di sebelah rumah kita sama ada di depan, belakang atau

kiri dan kanan. Nabi s.a.w sebagai pembawa rahmat Allah memberikan kita tunjuk ajar dan

bimbingan sehingga terciptnya kasih sayang satu sama lain. Baginda memberikan peringatan

keras kepada orang yang tidak mahu berbaik-baik dengan jiran tetangga kerana hidup ini perlu

tolong-menolong. Umat Islam dianjurkan menolong jiran tetangga, apalagi kalau tetangga itu

sengsara atau dalam kesulitan. Jiran yang baik merupakan satu unsur kebahagian hidup, malah

itu satu tanda keimanan yang sentiasa subur. Sabda Rasullullah s.a.w., ‘Bukanlah Mukmin

(sebenarnya) orang yang kenyang sedangkan jirannya lapar’.

Jiran mempunyai kedudukan tinggi sehingga dianggap sebagai ahli waris oleh Rasulullah s.a.w.

Pepatah ada mengatakan ‘orang member kita merasa’. Pepatah ini menjelaskan masyarakat

majmuk di Malaysia ini mengamalkan sikap menghormati jiran dengan baik. Rasulullah s.a.w.

pernah berwasiat kepada Abu Dzarr r.a: “Wahai Abu Dzarr, jika engkau memasak gulai maka

perbanyaklah kuahnya, dan bagikan kepada jiranmu”. (Hadis Riwayat Muslim). Ini

menunjukkan penghormatan Rasulullah s.a.w yang mengutamakan jiran walau dalam hal

makanan sekali pun. Kita juga tidak boleh mengganggu ketenteraman jiran. Rasulullah s.a.w

16

Page 17: Assiggment JUH101 Etnik 2009 Kump Budak Muao

JUH101 : Hubungan Etnik

bersabda: “Tidak masuk syurga siapa yang jirannya tidak aman dari mengganggunya. (Hadis

Riwayat Muslim).

Cik Kamala Dewi pula memberi contoh yang beliau sentiasa mengikuti pesanan ibunya agar

membunyikan loceng dan memasang pita rakaman sembahyang ketika sembahyang tidak terlalu

kuat, hanya sekadar boleh dengar sahaja takut-takut mengganggu jiran terutamanya yang ada

anak kecil. Contoh kedua beliau ialah jirannya orang muslim dan ketika mengadakan kenduri,

mereka membaca tidak terlalu kuat hingga menggangu kami. Kami juga akan memasang audio

televisyen sekadar dengar sahaja. Namun begitu ada juga jiran-jiran yang tidak seperti kami.

Seperti kata pepatah Melayu, ‘kerana satu titis nila, rosak susu satu belanga’. Manakala Pn

Vivian menambah contoh tentang mengamalkan budaya menghormati jiran. Beliau akan berhenti

berbual seketika ketika azan dilaungkan sebagai satu cara menghormati jiran tetangga saya yang

beragama Islam. Begitu juga sekiranya beliau sedang berkaraoke, beliau berhenti sebentar bagi

memberi laluan kepada azan. Saya rasa semua agama perlu mengamalkan sikap menghormati

jiran ini agar kita boleh hidup dalam keadaan yang harmonis. Kesemua mereka bersependapat

agar berbuat baik dengan jiran. Supaya akan menimbulkan satu penghormatan antara golongan

etnik yang berbilang bangsa dan agama dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

17

Page 18: Assiggment JUH101 Etnik 2009 Kump Budak Muao

JUH101 : Hubungan Etnik

5. KESIMPULAN

Negara sekecil Malaysia yang mempunyai penduduk sejumlah 28.5 juta orang dan

berbilang etnik adalah unik. Keunikannya kerana masyarakat berbilang etnik boleh hidup

bersama dan mengamalkan adat, budaya dan agama masing-masing tanpa sekatan dan sempadan.

Keutuhan perhubungan dan kerjasama pelbagai golongan etnik akan dapat melahirkan satu

suasana kehidupan yang aman dan harmonis sejak 52 tahun merdeka hingga kini (2009).

Namun begitu ada anasir-anasir negatif yang sentiasa mencemburui kesepaduan etnik

Malaysia dan sentiasa cuba mengganggu gugat. Malaysia sentiasa mempertahankan

kemakmurannya dalam mengaplikasi hubungan etnik dalam realiti kehidupan masyarakat

majmuk. Ianya berlandaskan nilai-nilai kemesraan dalam berkomunikasi, budaya ziarah-

menziarahi, mengambil berat, memulia dan menghormati orang lain dan menghormati jiran.

Malahan banyak program yang bersifatkan perpaduan sentiasa diketengahkan. Antaranya

dasar-dasar kementerian dan kerajaan sentiasa mendahulukan kesepaduan nasionalisma dan

perpaduan kaum. Sedari dahulu hingga kini pemimpin utama yang menerajui Malaysia iaitu

Perdana Menteri sentiasa memberi penekanan tentang semangat perpaduan etnik. Malahan

gagasan ‘1 Malaysia’ merupakan kesinambungan elemen tersebut diutarakan oleh Perdana

Menteri Malaysia ke-6 kini iaitu Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak.

Pelbagai penekanan diterapkan seperti dalam bentuk media massa, penyiaran elektronik

mahupun bercetak berkisarkan kesepaduan rakyat Malaysia. Itulah sebenarnya gambaran rakyat

Malaysia yang cuba dinafikan oleh negara-negara luar. Antara media berbentuk drama dan filem

paling berjaya setakat ini ialah animasi Upin dan Ipin. Selain itu iklan pendek televisyen pada

setiap kali menjelang musim perayaan etnik Malaysia dan Hari Kemerdekaan sering dimainkan

di televisyen, media paling berpengaruh setakat ini.

Kesepaduan semua etnik di Malaysia diambil berat hinggakan ada program di peringkat

akar umbi, iaitu sekolah rendah lagi. Antaranya program RIMUP yang telah dilaksanakan hampir

18

Page 19: Assiggment JUH101 Etnik 2009 Kump Budak Muao

JUH101 : Hubungan Etnik

7 tahun. Program yang menggalakkan aktiviti bersama-sama antara murid SK (Melayu), SJKC

(Cina) dan SJKT (Tamil). Adalah lebih baik jika kerajaan hanya menubuhkan hanya satu jenis

sekolah rendah dan menengah tanpa ada batasan, halangan dan sekatan untuk semua etnik jika

ingin menyemai dan menanam semangat kesepaduan masyarakat majmuk dari peringkat umur

yang muda. Bahasa Melayu kekal sebagai bahasa rasmi negara mesti dipelajari semua orang.

Bahasa Inggeris dijadikan bahasa kedua manakala semua murid, pelajar dan penuntut perlu

mempelajari bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa perhubungan untuk subjek elektif.

Dasar yang dimainkan oleh pendidikan amatlah penting dalam proses  integrasi dan

pembangunan sesebuah negara. Dengan perkembangan ekonomi yang cepat menyebabkan

keadaan mobiliti masyarakat terus berubah . Dalam masa yang sama, kita harus terus

mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang diasaskan sebelum ini. Bidang pendidikan

merupakan bidang terpenting bagi menjadi alat perpaduan antara etnik. Hanya menerusi

pendidikan saja, rakyat malaysia yang berbilang etnik dapat disemai rasa semangat kekitaan  dari

sejak kecil hinggalah dewasa. Oleh itu segala dasar dalam pendidikan yang dapat memupuk

integrasi antara kaum  haruslah disokong sepenuhnya oleh setiap rakyat malaysia. 

Sesuai dengan perubahan masa, pelbagai dasar yang telah diwujud sejak dari kita

merdeka hinggalah sekarang perlulah sering disemak bagi memastikan setiap dasar yang di

rancang dapat melaksanakan proses integrasi antara etnik di sekolah dengan berkesan.

Sekolah merupakan unit yang terpenting dalam sistem pendidikan kita bagi mewujudkan

integrasi  di antara etnik. Kegagalan proses integrasi di sekolah, khasnya di peringkat rendah 

akan menyebabkan juga gagalnya proses integrasi  peringkat menengah dan seterusnya

universiti. Ini seterusnya akan menghasilkan masyarakat Malaysia bukan saja berlainan etnik

tetapi tidak bersatupadu dan berlainan kefahaman.

Oleh itu pelbagai cara harus digunakan bagi memupuk integrasi antara etnik di sekolah.

Cadangan-cadangan yang diutarakan seperti konsep Sekolah Wawasan atau Sekolah Satu aliran

harus difikirkan bagi mewujudkan integrasi antara etnik. Sekolah adalah tempat bermula

segalanya dan ia harus dijaga dengan baik dan sempurna. Sekolah juga harus relevan dengan

kehendak semasa yang sentiasa berubah. Tetapi walaupun perubahan yang berlaku, sekolah

sebagai pusat integrasi etnik terpenting jangan sesekali hilang upayanya.  Ini adalah supaya

19

Page 20: Assiggment JUH101 Etnik 2009 Kump Budak Muao

JUH101 : Hubungan Etnik

rakyat Malaysia yang berbilang etnik atau kaum dapat hidup bersatupadu, harmonis dan berjiwa

Malaysia.

Ini kerana segala-gala kebaikan dan nilai perlu diterap sedari awal umur kanak-

kanak.Begitu juga perpaduan. Galakan kerajaan dan gambaran sebenar perpaduan etnik Malaysia

dalam pelbagai bidang bukan sahaja menjadi impian pemimpin tetapi rakyat sendiri merupakan

kunci utama agar sentiasa mengukuhkan ikatan tersebut agar impian kekal sebagai kenyataan

hingga kini.

20

Page 21: Assiggment JUH101 Etnik 2009 Kump Budak Muao

JUH101 : Hubungan Etnik

6. BIBLIOGRAFI

Dr. Zaid Ahmad dan rakan-rakan. Hubungan Etnik di Malaysia. 2006. Oxford Fajar Sdn Bhd.

Selangor.

Ee Ah Meng. Sekolah dan Perkembangan Kanak-Kanak. 1995. Penerbit Fajar Bakti sdn. Bhd.

Selangor.

Paimah Atoma, Kassim Thukiman dan Hamidah Abdul Rahman. Hubungan Etnik di Malaysia.

2008. Penerbitan UTM. Johor.

Shamsul Amri Baharuddin, Ketua Editor. Modul Hubungan Etnik. 2007. Pusat Penerbitan

Universiti Teknologi MARA. Shah Alam.

Sanusi Osman. Ikatan Etnik dan Kelas di Malaysia. 1989.Universiti Kebangsaan Malaysia,

Selangor.

Sidang Editor. Kamus Dewan edisi ke-4 cetakan kedua. 2007. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Selangor.

Sufean Hussin. Pendidikan Di Malaysia – Sejarah, Sistem dan Falsafah. 1996.Dewan Bahasa

Dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Tengku Asmadi T. Mohamad, Dr. 2007. Motivasi Diri. Kuala Lumpur. Utusan Publications &

Distributors Sdn Bhd.

Jabatan Perangkaan. Statistik Penduduk Malaysia. 2007. Percetakan Malaysia. Kuala Lumpur.

Akhbar. Utusan Malaysia. 31 Ogos 2009. NSTP Bhd. Malaysia.

21

Page 22: Assiggment JUH101 Etnik 2009 Kump Budak Muao

JUH101 : Hubungan Etnik

7. LAMPIRAN

LAMPIRAN A

USM/PPPJJ/A/2/2/2009

Kepada sesiapa yang berkenaan,

Pengesahan Pelajar Rancangan Pengajian Jarak JauhNama:No. K/P: No. Matrik:

Dengan ini disahkan bahawa penama di atas adalah pelajar berdaftar di Pusat Pengajian

Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia dalam Rancangan Sarjana Muda

________________________________ dengan Kepujian.

2. Beliau sedang menjalankan penyelidikan bagi kursus JUH 101 – HUBUNGAN ETNIK.

Sukacita sekiranya Y. Bhg. Dato’/tuan/puan memberi keizinan kepada beliau untuk

mengumpul maklumat yang bersesuaian dengan penyelidikan dan tugasan seperti yang

diperlukan.

Atas kerjasama serta bantuan Y. Bhg. Dato’/tuan/puan, saya dahului dengan ucapan terima

kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”‘Memastikan Kelestarian Hari Esok’

[PROFESOR MADYA OMAR MAJID]Dekan

22

Page 23: Assiggment JUH101 Etnik 2009 Kump Budak Muao

JUH101 : Hubungan Etnik

OM/sar

LAMPIRAN B 1

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA TOKOH AGAMABiodata Tokoh Agama yang ditemuramah : Nama :Ustaz Saiful Rizan Bin Abdul RahmanKelulusan : BA Hons Syariah Islamiah Al-Azhar, MesirLokasi temuramah : No 83, Jalan Damai 3, Taman Damai , Sg Abong 84000, Muar, JohorPengalaman :

- Mengajar bermula tahun 2000 di Sekolah Menengah selama 4 tahun dan di Sekolah Rendah selama 7 tahun hingga skrg.

- Penggubal Soalan Agama Islam dan Bahasa Arab daerah Muar, Johor.- Mengajar kelas dewasa bahagian ibadat di PGA Bakri Kem Muar, Johor. - Mengajar kelas Fardu Ain untuk mualaf anjuran ABIM setiap minggu.

Soalan :Apa pendapat ustaz tentang konsep satu Malaysia yang diwawarkan oleh Perdana Menteri kita dan adakah ianya menepati kehendak masyarakat majmuk di Malaysia berlandaskan nilai kemesraan dalam berkomunikasi?

Ustaz Saiful :Pada pendapat saya sudah semestinya rakyat Malaysia dapat menyambut baik konsep satu Malaysia yang mana telah dilontarkan oleh Perdana Menteri kita sendiri , dengan mewujudkan kemesraan dalam komunikasi dapat memanjangkan lagi tali persahabatan antara kaum-kaum yang lain dengan mempelajari bahasa yang lain selain daripada bahasa melayu itu sendiri ini adalah kerana sekiranya kita tidak dapat memahami bahasa kaum yang lain, maka kemesraan itu tidak akan wujud, Justeru itu,kita harus bersama berusaha mencapai tahap kehidupan yang serba melengkapi. Amalan yang melengkapi itu ialah mengamalkan cara hidup yang bersopan-santun dan bernilai murni. Dari rumah ke sekolah; dari kampung ke pejabat - amalan ini harus bersama kita pupuk semula. Dari cara kita bertegur-sapa, dari cara kita berinteraksi sesama kita hinggalah ke cara kita menjawab panggilan telefon sekalipun mesti diambil kira, Sesungguhnya sopan santun dan nilai-nilai murni adalah adunan hidup yang tidak harus dilemahkan oleh cara hidup moden. Seperti kata pepatah: Seperti padi, lagi runduk, lagi berisi.dalam Islam sendiri banyak mengajar kita bagaimana kemesraan itu boleh timbul dalam berkomunikasi……mestilah bahasa yang digunakan tidak mempunyai unsur-unsur yang boleh mendatangkan fitnah dan seumpanya……aurat antara lelaki dan wanita Islam dalam percakapan itu semuanya diambil kira…….

Allah S.W.T dalam Surah An-Nisaa' (Ayat 148) berfirman:Yang bermaksud:“Allah tidak suka akan perkataan-perkataan jahat yang keluar dari mulut seseorang, melainkan perkataan (pengalaman) yang keluar dari mulut orang yang dizalimi (yang menyebut keburukan yang dilakukan ke atasnya dalam pengaduannya) dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

23

Page 24: Assiggment JUH101 Etnik 2009 Kump Budak Muao

JUH101 : Hubungan Etnik

Maka berucap salamlah ketika bertemu. Mulakanlah dengan sikap ramah dan terbuka. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah-lembut dalam semua perkara”. Begitu juga dengan ajaran agama-agama lain, seperti Agama Buddha yang menyebut “Words have the power to both destroy and heal. When words are both true and kind, they can change our world”. Kepentingan pertuturan bukan sahaja untuk keluarga, tetapi juga untuk guru, rakan sekerja dan pelanggan yang memerlukan khidmat kita.

Soalan :Bagaimana pula dengan budaya ziarah-menziarahi dalam masyarakat kita, Ustaz? Adakah perlu diteruskan atau dilupakan begitu sahaja, maklum sahajalah masyarakat kita sekarang sudah semakin sibuk dengan hal masing-masing.

Ustaz Saiful :Budaya Ziarah-menziarahi juga harus diteruskan kerana dengan cara ini kita sebagai rakyat Malaysia dapat berkenalan dengan lebih rapat antara satu sama lain…..dengan cara inilah kehidupan kita sebenarnya akan lebih bermakna….bagi mereka yang beragama Islam sudah semestinya amalam ziarah-menziarahi itu satu kemestian lebih lebih lagi apabila hendak menyambut raya amalam seperti Marhaban dari rumah-kerumah disamping berselawat ke atas Nabi junjungan akan menjadikan kunjung-mengunjung itu akan mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah yang Esa……..bukan itu sahaja sekiranya kita dapat menjemput sahabat handai yang berlainan bangsa dan agama maka akan terbinalah ukhuwwah yang berpanjangan………

Soalan :Pada pendapat ustaz, bagaimana pula dengan sikap mengambil berat masyarakat Malaysia? Adakah rakyat Malaysia mengambil berat diantara satu sama lain?

Ustaz Saiful :Secara umumnya, masyarakat majmuk Malaysia dikenali dunia sebagai antara yang paling banyak mengambil berat, pemurah dalam berkongsi atau menderma untuk mereka yang memerlukan.

Bukan setakat membantu mangsa bencana alam, mangsa peperangan dan fakir miskin, rakyat negara ini juga banyak membantu golongan golongan yang tidak berupaya ……Dalam Hadith

Ikhlas dalam membantu dan mengambil berat tanpa ada rasa Riak

رياء، حميةويقاتل ويقاتل شجاعة يقاتل الرجل عن الله رسول سئلالله سبيل فى ذلك واى

: سبيل فى فهو العايا هى الله كلمة لتكون قاتل من الله رسول فقالالله

Dalam Islam sendiri mengajar manusia supaya lakukanlah satu –satu amalan itu walau sedikit manapun biarlah dalam keadaan yang Ikhlas dan jujur pada diri sendiri. Dengan itu balasan yang akan diterima dari Allah yang Esa akan bertambah-tambah dan rahmat yang Allah akan berikan kepada mereka itu akan terbuka luas dengan bertambahnya pahala yang sentiasa akan diberikan kepada mereka yang betul betul beriman kepadaNya……..

24

Page 25: Assiggment JUH101 Etnik 2009 Kump Budak Muao

JUH101 : Hubungan Etnik

Soalan :Apakah yang dimaksudkan dengan memulia dan menghormati seseorang, ustaz? Adakah ianya penting dalam masyarakat majmuk di Malaysia?

Ustaz Saiful :Memulia dan Menghomati seseorang juga merupakan perkara penting ini adalah kerana dengan memahami hati dan perasaan orang lain hidup kita akan sentiasa disenangi oleh mereka yang lain…….kita haruslah hormat-menghormati sesama manusia jangan sesekali menganiaya ataupun menzalimi mereka yang lain kerana balasan Allah akan sentiasa diberikan kepada mereka yang jahil dalam kehidupan……….

Soalan :Apa pula peranan jiran dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, Ustaz? Adakah ianya penting?

Ustaz Saiful :Masalah jiran tetangga ini amatlah penting kerana mereka merupakan orang terdekat dengan kita walaupun bukan dari ahli keluarga atau saudara mara.Kediaman mereka di sebelah rumah kita sama ada di depan, belakang atau kiri dan kanan..Nabi s.a.w sebagai pembawa rahmat Allah memberikan kita tunjuk ajar dan bimbingan sehingga terciptnya kasih sayang satu sama lain. Baginda memberikan peringatan keras kepada orang yang tidak mahu berbaik-baik dengan jiran tetangga kerana hidup ini perlu tolong-menolong…..Umat Islam dianjurkan menolong jiran tetangga, apalagi kalau tetangga itu sengsara atau dalam kesulitan. Jiran yang baik merupakan satu unsur kebahagian hidup ini, malah itu satu tanda keimanan yang sentiasa subur….sabda Rasullullah s.a.w…Bukanlah Mukmin (sebenarnya) orang yang kenyang sedangkan jirannya lapar….

Foto semasa seisi temuramah bersama Ustaz Saiful Rizan bin Abdul Rahman

Ustaz Saiful Rizan Bin Abdul Rahman

25

Page 26: Assiggment JUH101 Etnik 2009 Kump Budak Muao

JUH101 : Hubungan Etnik

LAMPIRAN B 2

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA TOKOH AGAMA (ISLAM)Biodata tokoh agama yang ditemuramah:Nama : Ustazah Khairunnisa’ binti Na’amanKelulusan : BA Hons P. Islam (Syariah dan kepujian)Pengalaman : Mengajar selama 12 tahunLokasi temuramah : No. 5, Taman Bestari, Sg. Mati, Johor

Soalan: Apa pendapat ustazah tentang konsep satu Malaysia yang diwarwarkan oleh Perdana Menteri kita dan adakah ianya menepati kehendak masyarakat majmuk di Malaysia berlandaskan nilai kemesraan dalam komunikasi?

Ustazah : Sebagai umat Islam, kita dituntut menjaga adab pertuturan mahupunpergaulansesama manusia mengikut tatacara Islam. Antara ajaran itu ialah berkomunikasi dengan bahasa yang baik dan bersopan. Jagalah kata-kata yang akan menyinggung perasaan orang lain atau pun jauhilah isu-isu sensitiviti kaum, bangsa atau agama tertentu.Bersikap ramah ketika berbicara dengan masyarakat berbilang bangsa dan agama. Elakkan perkara yang tidak berfaedah kerana pulut santan binasa kerana mulut negara. Dengan itu matlamat kerajaan kita untuk merealisasikan konsep satu Malaysia tidak akan tercapai. Contoh terbaik yang boleh kita ambil ialah bagaimana Rasulallah bersikap ramah kepada orang dan menenangkan orang yang merasa takut kerana segelintir manusia mempunyai perasaan takut dan segan. Hadis Rasulallah dari Ibnu Mas’ud r.a berkata: ada seorang datang kepada Nabi s.a.w lalu Rasulallah berbicara dengannya, tiba-tiba dia gementar, maka Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: “Teranglah, kerana aku bukan raja, aku hanyalah seorang anak wanita yang pernah makan berempah yang dikeringkan. (Hadis Riwayat Ibnu Majah).Kita juga sepatutnya menerima persamaan yang ada di antara sesuatu etnik tidak kira dari segi agama, budaya, ideologi dan sebagainya. Ini bertepatan dengan ayat Al Quran dalam surah Al Hujur 49:13 yang menjelaskan perlu beramah mesra dan berkenal-kenalan untuk mewujudkan satu persefahaman dalam menerima persamaan yang ada. “Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari suatu pasangan (lelaki dan perempuan) dan kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (beramah mesra antara satu sama lain) (Al-Hujurat, 49:13)

Soalan: Bagaimana pula dengan budaya ziarah-menziarahi dalam masyarakat kita, ustazah? Adakah perlu diteruskan atau dilupakan begitu sahaja, maklum sahajalah masyarakat sekarang sudah semakin sibuk dengan hal masing-masing.

26

Page 27: Assiggment JUH101 Etnik 2009 Kump Budak Muao

JUH101 : Hubungan Etnik

Ustazah: Golongan Muslim perlu mengamalkan adab ziarah-menziarahi. Adab Ziarah-menziarahi ini terdiri daripada 3 bahagian iaitu sebelum ziarah, semasa ziarah dan selepas ziarah. Adab ziarah-menziarahi ini sekiranya diamalkan akan dapat melahirkan hubungan yang erat serta menjana kehidupan aman dan harmonis. Contohnya, semasa menziarahi kita perlu memilih masa yang sesuai, bertingkah laku sopan dan juga tempoh ziarah yang tidak terlalu panjang atau lama.Membawa atau member hadiah atau buah tangan semasa menziarah. Dalam kehidupan manusia ada keperluan batin yang perlu selalu dipenuhi, baik dalam masyarakat mahu pun dalam keluarga. Antara perkara yang boleh mendekatkan hati adalah hadiah atau buah tangan. Hadiah merupakan asset budaya ziarah-menziarahi dan pengerat hubungan antara manusia tanpa mengenal bangsa atau agama.Hadis Rasulullah menyokong perkara tersebut. Dari Aisyah r.a: “Bahawasanya Nabi s.a.w menerima hadiah dan membalasnya”. (Hadis Riwayat Bukhari).Sepekara lagi, kita perlu menjauhi perkara-perkara yang ditegah semasa menziarahi. Semasa menziarah, orang Islam perlu mengelak atau tidak mengamalkan sikap mengumpat, menjatuhkan maruah orang lain, bercakap kasar atau mengambil dan mengusik barang milik tuan rumah. Perkara tersebut akan member tanggapan buruk kepada bangsa lain. Ini akan menyebabkan hubungan antara etnik dalam masyarakat majmuk akan terjejas.

Soalan: Bagaimana pula dengan sikap mengambil berat masyarakat Malaysia? Adakah rakyat Malaysia mengambil berat antara satu sama lain?

Ustazah: Sedia memberi bantuan atau pertolongan tidak kira bangsa dan agama adalah salah satu nilai mahmudah yang patut ada dalam diri kita. Nilai ini dapat diaplikasikan dalam menjalin hubungan antara etnik dalam realiti kehidupan.Mendoakan keselamatan dan menjauhkan kemudaratan di antara kita yang berlainan bangsa dan agama dan mengucap tahniah atau takziah atas kejayaan yang dicapai mahu pun musibah yang menimpa merupakan amalan-amalan penting yang perlu digarapkan oleh semua golongan etnik dalam membina hubungan yang aman sentosa, harmonis dalam realiti kehidupan di dunia umumnya dan di Malaysia yang mempunyai pelbagai etnik khususnya.

Soalan: Bagaimanakah pula memulia dan menghormati seseorang, adakah ianya dapat menjalinkan hubungan yang erat antara etnik di Malaysia kini?

Ustazah: Hubungan yang baik dapat melahirkan suasana kehidupan yang aman dan harmonis jika kita mengharamkan ghibah, dusta dan mengadu domba dalam memulia dan menghormati orang lain.Rasulullah s.a.w sangat menjaga dan membela kehormatan atau menghormati orang lain. Sepertimana dalam hadis Riwayat Ahmad: Rasulullah bersabda “Barangsiapa yang membela kehormatan orang lain daripada Ghibah, maka dia berhak dimerdekakan oleh Allah dari Neraka”Kita juga perlu menghindari sifat atau sikap yang buruk seperti mementingkan diri sendiri, menganiayai orang lain, berperasaan benci dan menyeksa atau menyakiti orang lain. Sikap inilah yang mewujudkanrasa tidak hormat pada orang lain apabila menjalinkan sesuatu hubungan. Laksanakan pepatah ini “Hormatilah orang lain terlebih dahulu sebelum orang lain menghormati kita”.Insyallah hubungan etnik dapat direalisasikan dan diperkukuhkan untuk menggembelingkan suasana aman dan harmonis dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

27

Page 28: Assiggment JUH101 Etnik 2009 Kump Budak Muao

JUH101 : Hubungan Etnik

Soalan: Apakah pula peranan jiran dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia?Ustazah: Jiran mempunyai keddudukan tinggi sehingga dianggp sebagai ahli waris oleh

Rasulullah s.a.w. Pepatah ada mengatakan ‘orang member kita merasa’. Pepatah ini menjelaskan masyarakat majmuk di Malaysia ini mengamalkan sikap menghormati jiran dengan baik. Rasulullah s.a.w. pernah berwasiat kepada Abu Dzarr r.a: “Wahai Abu Dzarr, jika engkau memasak gulai maka perbanyaklah kuahnya, dan bagikan kepada jiranmu”. (Hadis Riwayat Muslim). Ini menunjukkan penghormatan Rasulullah s.a.w yang mengutamakan jiran walau dalam hal makanan sekali pun.Kita juga tidak boleh mengganggu ketenteraman jiran. Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak masuk syurga siapa yang jirannya tidak aman dari mengganggunya. (Hadis Riwayat Muslim). Kita hendaklah berbuat baik dengan jiran, Mudah-mudahan akan menimbulkan satu penghormatan antara golongan etnik yang berbilang bangsa dan agama dalam masyarakat majmuk di Malaysia ini. Insyallah.

Ustazah Khairunnisa’

28

Page 29: Assiggment JUH101 Etnik 2009 Kump Budak Muao

JUH101 : Hubungan Etnik

LAMPIRAN B 3

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PENGANUT AGAMA HINDUBiodata penganut agama Hindu yang ditemuramah:Nama : Cik Kamala Dewi a/p GapalanKelulusan : Ijazah Sarjana Muda ICT, MMUPengalaman : 5 tahunLokasi temuramah : Sykt Computer Lionex, MelakaLain-lain : Ramai kawan Melayu termasuk India Muslim dan Cina. Kawasan kejiranan; pelbagai etnik dan agama. Mengajar kelas Tekwando secara sambilan.

Penemuramah: Hubungan etnik dalam realiti kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia boleh diterapkan melalui budaya ziarah-menziarahi. Apa pandangan saudari?

Cik Mala Dewi : Memang benar masyarakat kita pelbagai bangsa sering ziarah-menziarahi. Ia telahpun berlaku sejak zaman kolonial lagi terutamanya mereka yang hidup di kampung dan pinggir bandar. Hubungan mereka lebih akrab seperti datuk saya sering membawa kami adik beradik ke kampung asalnya semata-mata berjumpa dengan rakan karibnya sejak kecil. Mungkin semasa kami kecil, kami tidak faham dan berasa janggal tetapi sekarang apabila sudah besar saya tahu kenapa datuk akan memeluk rakannya setiap kali berjumpa semasa balik kampung. Kadang-kadang mereka berpelukan sambil menangis.Datuk pernah cakap yang pak Hassan dan pak cik Kam bukan sahabatnya tetapi telah menjadi sebahagian daripada darah dagingnya. Cuma sekarang ini sahaja kerajaan telah menghidupkan semula konsep ziarah-menziarahi terutamanya menyambut hari perayaan khususnya untuk masyarakat di kota. Bapa saya juga ada sahabat Cina dan Melayu. Selalu juga mereka datang. Kami juga ada datang rumah mereka. Pernah kami semua bercuti bersama-sama. Tak ras janggalpun macak kata pepatah Melayu……..(tak ingat)

Penemuramah: Alah bisa, tegal biasa.Cik Mala Dewi : Betul, macam tulah sebab kami dah biasa. Walaupun pada mulanya

janggal tapi lama kelamaan kami rasa biasa dan selesa.Penemuramah: Bagaimana sikap mengambil berat di kalangan masyarakat Malaysia di

antara satu sama lain? Mungkin Cik Mala boleh memberikan contoh sikap ini berdasarkan pengalaman di tempat tinggal saudari?

Cik Mala Dewi : Kadang-kadang kita susuh nak cakap, sebab satu bangsa pun boleh gaduh sebab tidak boleh terima nasihat atau teguran. Contohnya kita tegur anak dia buat bising tapi mak bapak dia pula marah kita. Kadang-kadang jiran Melayu atau Cina sebelah rumah boleh terima dan ada pula jiran Melayu atau Cina termasuk India tak boleh terima. Kita nak lihat apa yang berlaku

29

Page 30: Assiggment JUH101 Etnik 2009 Kump Budak Muao

JUH101 : Hubungan Etnik

tetapi jiran marah cakap kita ‘busy body’. Tapi saya tengok-tengokkan rumah jiran jika dia tak ada rumah, balik kampung atau bercuti sama ada mereka beritahu atau tidak. ‘Busy Body’, ‘Busy Body’lah yang penting kalau apa-apa berlaku saya boleh tolong dulu dan tak dipersalahkan nanti kalau tak tolong.

Penemuramah: Bagaimana pula amalan sikap memuliakan dan menghormati seseorang terutamanya yang berlainan etnik dan agama?

Cik Mala Dewi : Pandangan saya, memulia dan menghormati orang lain sangat bagus. Kita mesti ada sikap begitu. Apatah lagi merreka berlainan etnik dan agama. Tidak salah kita menghormati orang lain dan sebagai manusia pun kita mesti menghormati orang lain. Contohnya semasa saya bersekolah menengah dahulu, apabila pelajar Islam sedang mengangkat tangan ketika doa, semua pelajar mesti diam. Kami juga menadah tangan sebagai tanda hormat, cikgu kata. Mulanya saya rasa merepek walaupun tetap buat tetapi saya rasa betul apabila lihat semasa abang saya tamat latihan tentera darat, semua pelatih menadah tangan tidak kira bangsa ataupun agama. Itulah protokol dan saya rasa tidak salah berbuat begitu. Agama saya pun menggalakkan kami penganut Hindu menghormati orang lain. Secara tidak langsung kita akan lebih harmoni dan terus memahami antara satu sama lain. Saya juga tertarik dengan tingkah laku anak jiran yang mana mereka akan sikit bongkok dan tangan letak depan ketika lalu depan tetamu. Sungguh sopan. Itu masa kami datang beraya kerumah mereka masa Hari Raya. Contoh itu sangat baik. Semua orang patut buat nak-nak budak kecil pada orang tua. Itu paling saya seronok lihat.

Penemuramah: Adakah masyarakat kita hari ini masih mengamalkan budaya menghormati jiran?

Cik Mala Dewi : Masih lagi ada terutamanya hal-hal yang berkaitan keagamaan. Bagi saya penganut Hindu akan membunyikan loceng dan memasang pita rakaman sembahyang ketika sembahyang dan emak sering berpesan supaya tidak terlalu kuat, hanya sekadar boleh dengar sahaja takut-takut mengganggu jiran terutamanya yang ada anak kecil. Begitu juga jiran saya orang muslim. Mereka pernah mengadakan kenduri selamat dan mereka membaca tidak terlalu kuat hingga menggangu kami. Kami juga akan memasang audio televisyen sekadar dengar sahaja. Namun begitu ada juga jiran-jiran yang tidak seperti kami. Seperti kata pepatah Melayu, ‘kerana satu titis nila, rosak susu satu belanga’.

Penemuramah: Apa pula pendapat Cik Mala saranan Perdana Menteri tentang konsep satu Malaysia? Adakah ianya menepati kehendak masyarakat majmuk di Malaysia berlandaskan nilai kemesraan dalam berkomunikasi?

Cik Mala Dewi : Mungkin ini pandangan dan pendapat saya sahaja sebagai rakyat Malaysia. Pada saya kita memang sudahpun tinggal di Malaysia. Kita

memang dah satu Malaysia. Mungkin Cuma itu ‘highlight PM baru agaknya’. Datuk saya juga dapat jadi rakyat Malaysia. Dia dan emak ayahnya dibawa ke sini masa zaman penjajah. Masa itu datuk masih budak lagi. Kerja ladang. Mereka dapat warganegara sebelum merdeka. Datuk tak pernah balik India pun. Kalau diberi pilihan saya sendiri tidak nak jadi rakyat India. Ini tempat saya lahir, jadi ini negara saya. Kita ada undang-undang. Pertahankan saja undang-undang yang ada. Datuk dan bapa saya

30

Page 31: Assiggment JUH101 Etnik 2009 Kump Budak Muao

JUH101 : Hubungan Etnik

duduk satu kampung dengan orang Melayu dan Cina. Bapa tak pernah cakap orang kampung gaduh pasal etnik. Ada gaduhpun etnik yang sama, pasal kecil-kecil. Bapa kata dia sekolah Melayu. Dia ada kawan baik Cina jua. Mereka memang baik. Selalu datang rumah. Seperti caya sudah cakap tadi. Masa kita merdeka pun datuk kata tak ada perang macam Indonesia. Kita sini lebih diplomasi, berunding dan berbincang. Jadi tidak patut ada marah dan bahasa kasar. Terutamanya masa bercakap. Kadang saya geram juga bila kita bertanya dalam telefon minta bantuan atau cakap dengan telefonis. Ada kala sangat kasar. Kadang-kadang saya cakap dengan mereka kalau tak boleh ditanya atau menjawab tanya orang, lebih baik kerja sendiri atau kerja lain. Ramai lagi rakyat Malaysia yang nak kerja. Macam contoh tadi tak bolehlah kita buat macam itu. Tak baik. Itu nanti jadi bertengkar sesama sendiri. Cakap sopan-sopan lagi baik, orang yang tanya pun tak rasa nak marah.

Foto Cik Kamala Dewi ketika ditemubual

31

Page 32: Assiggment JUH101 Etnik 2009 Kump Budak Muao

JUH101 : Hubungan Etnik

LAMPIRAN B 4

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PENGANUT AGAMA BUDDHABiodata penganut agama Buddha yang ditemuramah:Nama : En. Lee Hee HuatKelulusan : Diploma PendidikanPengalaman : 20 tahunLokasi temuramah : SMK Parit Bunga, Muar, JohorLain-lain : Selesa bergaul dengan orang Melayu dan lebih ramai kawan berbangsa Melayu berbanding India. (Dengan malu beliau memberitahu) Telah berkhatan

sejak dari umur 13 tahun bersama kawan-kawan Melayu. Begitu juga bapa dan abangnya untuk mengelak penyakit. Sedang mendalami agama Islam walaupun telah belajar sejak darjah Satu

sekolah rendah. Beliau mempunyai kekasih berbangsa India Muslim sejak menyambung pengajian di universiti dan akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

Soalan: Pada pendapat saudara bagaimanakah sikap hormat-menghormati dapat menjana hubungan etnik yang aman dan harmonis di Malaysia?

Jawapan: Semua agama yang dianuti penduduk di Malaysia menekankan pentingnya hormat-menghormati antara satu sama lain yang berlainan kaum dan agama. Contohnnya, apabila azan berkumandang seeloknya saya menghentikan perbualan atau bersama seketika dengan mereka yang beragama Islam. Seperti juga bila doa dibacakan, saya harus mendiamkan diri sebagai menghormati agama Islam. Sepanjang bulan Ramadhan pula adalah baik jika saya tidak makan atau minum di depan rakan-rakan Islam.Walau pun ada perbezaan fahaman agama, saya tidak boleh mempersendakan atau mencabar kesahihan kepercayaan agaman lain. Pendirian saya adalah setiap agama mempunyai nilai-nilai, idealogi dan kepercayaan masing-masinf dan pengikut serta pengamal agama masing-masing.Dari segi pemakanan pula, saya mesti memastikan apa yang dihidangkan untuk orang Islam haruslah halal. Jadi, segala peralatan mestilah ditentukan agar tidak dicemari dengan bahan yang tidak halal. Seperti keadaan di mana saya perlu memotong kek atau kuih bulan untuk murid-murid saya, saya meminjam pisau mereka sebagai menghormati agama Islam.

Soalan: Bagaimana pula dengan amalan ziarah-menziarahi. Adakah amalan ini banyak membantu memperbaiki hubungan etnik yang sedia ada?

Jawapan: Perbuatan ziarah-menziarahi sesama manusia amat digalakkan lebih-lebih lagi antara mereka yang berlainan agama. Pada hari perayaan seperti Hari Raya Puasa, saya suka mengunjungi rumah kawan orang Melayu. Pada perayaan Deepavali pula, saya akan melawat rakan India saya. Ini harus dipraktikkan oleh semua

32

Page 33: Assiggment JUH101 Etnik 2009 Kump Budak Muao

JUH101 : Hubungan Etnik

lapisan masyarakat untuk memperkukuhkan semangat perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum. Saya dapat mempelajari budaya kaum yang berlainan dan unik tanpa ada perasaan syak wasangka.Kerharmonian Negara kita wujud atas dasar semngat perpaduan dan ziarah-menziarahi antara kaum berlainan agama terutamanya pada hari terbuka perayaan masing-masing.Saya juga suka menziarahi mereka yang terlantar di hospital tidak kira bangsa atau agama. Peranan guru dalam menyemai semangat ziarah-menziarahi di kalangan murid-murid haruslah bermula dengan contoh teladan yang baik. Jika ibu bapa murid saya ditahan di wad, saya akan pergi melawatnya untuk member sokongan moral agar cepat sembuh. Juga bila ada kematian, perbuatan ziarah-menziarahi amat penting tidak kira agama yang dianuti si mati. Secara tidak langsung, saya dapat mengetahui serba sedikit adat tradisi agama lain.

Soalan: Adakah sikap mengambil tahu atau mengambil berat masih diamalkan oleh etnik di Malaysia pada hari ini? Atau adakah sikap ini dianggap sebagai menjaga tepi kain orang lain sahaja. Cuba En. Lee terangkan.

Jawapan: Sikap mengambil tahu tidak boleh disalahertikan sebagai mengambil tahu hal orang lain atau menjaga tepi kain orang. Pada pandangan saya, saya harus mengambil berat atau prihatin terhadap murid-murid saya yang berlainan agama atau pun etnik. Semua masalah ada puncanya dan melalui sikap prihatin terhadap kebajikan murid, seseorang guru sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kebimbangan dan masalah murid.Jiran tetangga yang berlainan kaum juga boleh menjaga keselamatan rumah jiran yang balik ke kampong semasa musim perayaan. Semangat kejiranan dapat menguatkan lagi semangat perpaduan masyarakat majmuk negara kita.Pemberian derma dan bantuan kepada yang memerlukan haruslah digalakkan tidak kira kaum dan agama kerana semua agama menggalakkan sikap murah hati antara pengikut-pengikutnya.Dalam kehangatan kerajaan kita melaungkan semangat ‘Satu Malaysia’, kita tidak boleh lari daripada tanggungjawab kita untuk merealisasikan semangat perpaduan ‘bangsa Malaysia’ dalam erti kata sebenarnya.

33

Page 34: Assiggment JUH101 Etnik 2009 Kump Budak Muao

JUH101 : Hubungan Etnik

En. Lee Yee Huat

LAMPIRAN B 5

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA PENGANUT KRISTIANBiodata penganut agama Kristian yang ditemuramah:Nama: Jailih @ Viviana binti LadinPendidikan: Diploma Pendidikan Tempat lahir: Keniangau, SabahJumlah adik beradik: 7 orang (dua daripadanya beragama Islam)Lokasi temu ramah: Universiti Sains MalaysiaLain-lain : Lebih selesa bergaul dengan orang Melayu, berpakaian hanya baju kurung dan sangat menggemari dan hanya boleh memasak masakan melayu sahaja. Beliau juga menggemari rancangan berunsur dakwah Islam seperti Jejak Rasul dan al-Kuliyah. Malah beliau sangat mengenali ustaz dan ustazah yang berkuliah. Beliau juga boleh membaca dan menulis tulisan Jawi.

Soalan: Pada pendapat saudari, bagaimanakah hubungan etnik dalam realiti kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia dapat diterapkan melalui budaya ziarah-menziarahi?

Jawapan: Saya merupakan seorang penganut agama Kristian. Walau pun begitu di kalangan adik beradik saya ramai yang telah menganut agama Islam. Ini bukanlah penyebab untuk kami adik beradik putus tali persaudaraan. Malah budaya ziarah-menziarahi terutama semasa musim perayaan akan lebih mengeratkan lagi tali persaudaraan antara kami yang berlainan agama. Semasa perayaan terutamanya Hari Raya, kami akan menziarahi keluarga yang beragama Islam. Kami akan memakai baju kurung agar kehadiran kami menyenangkan hati tuan rumah.Semasa perayaan Krismas pula, keluarga kami yang beragam Kristian akan menggunakan khidmat catering untuk menyediakan juadah pada hari itu. Ini adalah supaya tidak ada keraguan kepada saudara mara kami yang berlainan agama terutamanya yang beragama Islam untuk makan dan minum yang menziarahi kami semasa perayaan tersebut.

Soalan: Bagaimana pula dengan sikap mengambil berat di kalangan etnik pada pendapat saudari?

Jawapan: Walau pun kita berlainan etnik, sikap mengambil berat perlu ada dalam diri kita. Hal ini adalah penting terutama dalam hal-hal yang melibatkan kesusahan seperti kematian. Walau pun berlainan agama, saya tetap mengunjungi rakan-rakan dan saudara mara yang ditimpa musibah. Saya akan menghulurkan sedikit sumbangan agar dapat meringkan penderitaan yang dihadapi orang terlibat.

Soalan: Sekarang ini, adakah sukar untuk kita mengamalkan sikap memulia dan menghormati seseorang terutamanya yang berlainan etnik dan agama?

Jawapan: Pada saya itu bukan masalah yang besar. Prinsip saya senang sahaja. Sekiranya kita ingin dimulia dan dihormati kita haruslah terlebih dahulu mengamalkan sikap

34

Page 35: Assiggment JUH101 Etnik 2009 Kump Budak Muao

JUH101 : Hubungan Etnik

yang baik ini. Semasa kematian contohnya, kita tidak perlu mempersoalkan upacara keagamaan yang dijalankan kerana kita tidak tahun dengan mendalam apa yang dilakukan oleh. Kalau sekadar ingin mengetahui sahaja tidak mengapa asalkan kita tidak menyentuh sensitiviti agama lain. Saya sendiri walau pun beragama Kristian, masih berminat untuk mengikuti rancangan ‘Al Kuliyyah’ dan ‘Jejak Rasul’ kerana saya rasa tidak salah untuk mengetahui serba sedikit tentang agama Islam.

Soalan: Adakah masyarakat kita hari ini masih mengamalkan budaya menghormati jiran?Jawapan: Ya. Saya rasa masyarakat kita hari ini masih lagi mengamalkan budaya

menghormati jiran. Saya sendiri contohnya, akan berhenti berbual seketika ketika azan dilaungkan sebagai satu cara menghormati jiran tetangga saya yang beragama Islam. Begitu juga sekiranya saya sedang berkaraoke, saya berhenti sebentar bagi member laluan kepada azan. Saya rasa semua agama perlu mengamalkan sikap menghormati jiran ini agar kita boleh hidup dalam keadaan yang harmonis.

Temubual bersama Viviana

35