assgmenttt semseter 3

13
1. PENGENALAN DAN DEFINISI SAHSIAH 1.1 Perubahan sahsiah adalah proses pertumbuhan diri kesan daripada dalaman (psikologi) dan input persekitaran luar. Kursus Pembangunan Sahsiah telah digalur berfokuskan sebagai input perubahan karektor pendidik yang professional dan berkesan. Di antara perkara utama yang ingin diterapkan kepada guru-guru adalah · etika profesionalisme guru, · ciri sahsiah guru yang positif dan negatif, · faktor mempengaruhi pembangunan sahsiah individu dan · kepentingan pembangunan sahsiah kepada guru dan murid. 1.2 Menurut Wan Azmi, 1992, pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusia itu sendiri sama ada perubahan itu ke arah positif atau negative. Maka, fokus pembangunan tersebut merangkumi tingkah laku secara keseluruhan sama ada dalaman atau luaran. 1.3 Abdullah Nashih (1994) mendefinisikan pembangunan sahsiah berdasarkan empat unsur dasar iaitu pembinaan akidah (kepercayaan), ibadah (ritual), akhlak (etika dan moral) dan penampilan (mazhar). Keempat-empat unsur dasar ini telah mengaitkan sahsiah dengan aspek kerohanian atau dalaman manusia. Unsur dalaman terlihat menerusi tingkah laku luaran. Tingkah laku ini dinamakan akhlak iaitu terjemahan dari akidah dan amalan atau ibadah seseorang. Tingkah laku luaran individu adalah berasaskan kepercayaan atau akidah yang dikenali sebagai akhlak. Maka, menerusi pembinaan akhlak inilah hakikat manusia itu hendak dibina. 1.4 Namun begitu, Ibn Miskawah mempunyai takrifan yang berbeza terhadap pembangunan sahsiah iaitu suatu keadaan (sikap) diri yang mendorong seseorang bertindak melakukan perbuatan serasi dengannya tanpa merenung atau berfikir panjang. Sifat yang tertanam dalam diri individu yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan

Upload: abu-bakar-saad

Post on 04-Jan-2016

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

assgment

TRANSCRIPT

Page 1: assgmenttt semseter  3

1. PENGENALAN DAN DEFINISI SAHSIAH

1.1 Perubahan sahsiah adalah proses pertumbuhan diri kesan daripada dalaman (psikologi) dan

input persekitaran luar. Kursus Pembangunan Sahsiah telah digalur berfokuskan sebagai input

perubahan karektor pendidik yang professional dan berkesan. Di antara perkara utama yang ingin

diterapkan kepada guru-guru adalah

· etika profesionalisme guru,

· ciri sahsiah guru yang positif dan negatif,

· faktor mempengaruhi pembangunan sahsiah individu dan

· kepentingan pembangunan sahsiah kepada guru dan murid.

1.2 Menurut Wan Azmi, 1992, pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri

manusia itu sendiri sama ada perubahan itu ke arah positif atau negative. Maka, fokus pembangunan

tersebut merangkumi tingkah laku secara keseluruhan sama ada dalaman atau luaran.

1.3 Abdullah Nashih (1994) mendefinisikan pembangunan sahsiah berdasarkan empat unsur

dasar iaitu pembinaan akidah (kepercayaan), ibadah (ritual), akhlak (etika dan moral) dan penampilan

(mazhar). Keempat-empat unsur dasar ini telah mengaitkan sahsiah dengan aspek kerohanian atau

dalaman manusia. Unsur dalaman terlihat menerusi tingkah laku luaran. Tingkah laku ini dinamakan

akhlak iaitu terjemahan dari akidah dan amalan atau ibadah seseorang. Tingkah laku luaran individu

adalah berasaskan kepercayaan atau akidah yang dikenali sebagai akhlak. Maka, menerusi pembinaan

akhlak inilah hakikat manusia itu hendak dibina.

1.4 Namun begitu, Ibn Miskawah mempunyai takrifan yang berbeza terhadap pembangunan

sahsiah iaitu suatu keadaan (sikap) diri yang mendorong seseorang bertindak melakukan perbuatan

serasi dengannya tanpa merenung atau berfikir panjang. Sifat yang tertanam dalam diri individu yang

dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa melibatkan pemikiran,

penelitian serta paksaan.

2.0 Penerapan pengertian etika profesionalisme perguruan.

2.0.1 Menurut Kamus Dewan, 2005 etika merupakan satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah

laku atau kesusilaan. Ia juga melambangkan prinsip moral, tanggungjawab dan akibat tingkah laku

seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah

laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.

.2.0.2 Etika dapat dijelaskan sebagai suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah

laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi dengan tujuan memberi garis panduan kepada

ahli-ahli berkenaan. Etika juga berhubungkait dengan pembuatan keputusan bagi semua jenis tindakan

di mana tindakan-tindakan tersebut membawa seseorang itu untuk berinteraksi dengan orang lain

secara berprotokol, sempurna, berkhemah dan berkesan.

Page 2: assgmenttt semseter  3

2.1 Etika profesion perguruan.

2.1.1 Etika profesion perguruan telah dibentuk dengan mengariskan amalan yang tertentu. Laporan

Suruhanjaya DiRaja Mengenai Perkhidmatan Perguruan

Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), telah mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion

Perguruan (EPP) bagi Pembentukan Tatasusila Guru.

2.1.2 Terdapat beberapa aspek-aspek penting yang terkandung dan menjadi rujukan dalam

pembentukan Etika Perguruan Malaysia. Antaranya adalah profesionalisme, integrit,, kejujuran

intelektual, neutraliti, akauntabiliti, berpakaian, berbahasa, pengurusan masa dan ketepatan waktu dan

membuat keputusan.

2.1.3 Kementerian Pelajaran Malaysia juga mengalurkan etika kerjaberdasarkan prinsip berdisiplin

dan beradap, pergerakan ke arah kebaikan, niat yang tulus, perlakuan yang baik, menghargai dan

bertanggungjawab atas hasil usaha organisasi, dan memperkotakan apa yang dikatakan.

2.1.4 Kementerian Pelajaran Malaysia juga memberi fokus kepada nilaiamanah, benar, bijaksana,

bersyukur, dedikasidan ikhlas dalam etika kerjanya.

2.1.5 Pekeliling-pekeliling telah dibentuk sebagai sumber rujukan dalam pembentukan etika

perguruan iainya berkaitan etika pakaian, pengurusan masa, tanggungjawab asas guru, jadual waktu,

sukatan pelajaran dan tatakelakuan terlarang.

3. Ciri-ciri sahsiah guru positif dan negatif.

3.0. Sahsiah mempunyai tiga ciri utama yang ingin diterapkan iaitu ;.

3.0.1 Pertama, ialah keunikandengan maksud tersendiri.

3.0.2 Kedua, ialah kebolehsuaian atau keupayaannya untuk berubah dan diubah; hasil

pembelajaran atau pengalaman.

3.0.3 Ketiga, ialah organisasi. Dengan perkataan lain ia bukan sekadar himpunan tingkahlaku

sebaliknya ia melibatkan corak tindakan dan operasi yang bersifat konsisten. Tegasnya sahsiah

mencerminkan sifat, fizikal, kognitif, emosi, sosial dan rohani seseorang.

3..0.4 Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara

keseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dan

nilai-nilai.

3.1 Ciri-ciri sahsiah guru yang positif dalam profesion perguruan.

Menurut Prof Omar al-Toumi al-Syibani sifat dan ciri seorang guru muslim hendaklah merangkumi

sifat rohani, sifat fizikal dan beberapa keunggulannya.

3.1.1 Sifat Rohaniah

Page 3: assgmenttt semseter  3

Ianya merupakan perlakuan keimanan yang kental kepada Allah swt.

Sifat-sifat keimanan asas yang lain merangkumi sifat akhlak, mental, kejiwaan dan fizikal.

3.1.1.1. Antara sifat-sifat akhlak yang mulia adalah benar lagi jujur, menepati janji, amanah, ikhlas

dalam perkataan dan perbuatan, merendah diri, sabar, tabah lagi cekal, hilm, pemaaf dan toleransi.

Akhlak mulia ini secara langsung terpamer dengan menyayangi murid, mementingkan orang lain,

pemurah, zuhud dan qanaah

3.1.1..2 Sifat mental pula bercirikan cerdas (kepintaran teori, amali dan sosial), menguasai mata

pelajaran takhassus, luas pengetahuan am, cenderung kepada pelbagai bidang akliah, dan ilmiah yang

sihat, mengenal ciri, watak, kecenderungan dan keperluan murid, fasih, bijak dan petah dalam

penyampaian

3.1.1.3 Sifat kejiwaan akan memaparkan karektor yang tenang dan emosi yang mantap. Sentiasa

optimistik dalam hidup, penuh harap kepada Allah dan tenang jiwa bila mengingatiNya. Turut hadir

juga rasa kepercayaan kepada diri dan mempunyai kemahuan baik yang kuat. Bersifat sentiasa

kesantunan bahasa, lembut dan baik dalam pergaulan. Berfikiran selesa dan boleh menyesuaikan diri

dengan masyarakat.

3.1.2. Sifat fizikalyang ingin diterapkan adalah sihat tubuh badan dan terhindar dari penyakit

berjangkit atau tidak berjangkit. Sentiasa berperawakan tampan, kemas dan bersih.

3.1.3 Berikut pula adalah berapaciri-ciri sahsiah yang unggul antaranya adalah mesra, rebut

peluang, baik hati, bertoleransi, bermatlamat, beri peluang, berani, menolong, tenang, dominan, sabar,

periang, optimis, boleh dipercayai, teratur, pragmatik, bercita-cita, sensitif, pemurah, dan bijaksana.

3.2 Berikut pula adalah beberapa karektor guru yang kurang berkesan (negatif).3.2.1 Antaranya

ciri-ciri guru negatif adalah

a. bersikap tidak adil dan pilih kasih

b. tidak demokratik dan mengutamakan cara autokratik

c. terbatasnya amalan timbang rasa.

d. Kurang responsif dan sering menjauhkan diri terhadap amanah.

e. Berjiwa kasar dan membosankan

f. Tidak asli tetapi lebih ”stereotype”.

h. Tidak peduli dan amalan kurang memberi kesan

j. Kurang bertanggungjawab dan bersikap dalih

k. Emosi tidak seimbang dan mudah naik perasan.

3.2.2 Sikap negatif guru juga membabitkan beberapa kelakuan yang terlarang seperti

Page 4: assgmenttt semseter  3

a. Menguruskan perniagaan atau pelaburan dalam waktu pejabat / tugas rasmi;

b. Memberi keutamaan kepada kenalan dalam menimbangkan sesuatu permohonan.

c. Menguruskan tender / sebutharga yang terdiri dari saudara mara;

d. Menggunakan kenderaan pejabat untuk kegunaan sendiri;

e. Menggunakan kakitangan/alat jabatan untuk hal-hal persendirian

f. Mencemar memburukkan nama baik perkhidmatan awam.

g. Menghasut kakitangan supaya jangan berusaha dalam menjalankan tugas;

h. Mengambil cuti rehat di saat perkhidmatannya diperlukan.

i. Tidak hadir tanpa cuti, tanpa kebenaran dan tanpa sebab yang munasabah.

j. Ingkar perintah.

k. Masih tidak hadir setelah ketua jabatan mengarahkan supaya kembali bertugas

4.0 FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBANGUNAN SAHSIAH

4.1 Pembangunan sahsiah seseorang individu adalah dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.

Menurut Mohd Ismail et al. (2004), faktor baka termasuk saiz badan, penyakit, kecerdasan dan

temperamen. Faktor persekitaranpula merangkumi aspek keluarga seperti didikan ibu bapa dan taraf

sosioekonomi keluarga, pengalaman awal kanak-kanak, kebudayaan, pengaruh sekolah, rakan sebaya,

media massa, dan masyarakat.

4.2 Pembangunan sahsiah merupakan penampilan kendiri seseorang secara keseluruhan iaitu dari

aspek fizikal, emosi, spiritual, cara berfikir dan berinteraksi. Ia juga tidak dapat dipisahkan dengan

kepercayaan agama. Oleh itu ia memberi kesan yang amat besar dalam kehidupan individu dan

masyarakat. Bagi membangunkan sahsiah individu faktor persekitaran dan faktor keluarga adalah

penting selain faktor kendiri individu itu sendiri.

5 KEPENTINGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH KEPADA GURU DAN

PROFESIONALISME PERGURUAN.

5.1 Pembangunan sahsiah yang diterapkan sememangnya berkepentingan dalam mencorak kendiri

individu, menjangka dan meramal tingkahlaku, memperihalkan sasiah secara menyeluruh,

menjelaskan pembangunan sahsiah secara toritikal dan merupahan perubahan kepada proses

pertumbuhan diri yang murni.

5.1 Pembangunan sahsiah dapat mencorakkan kendiri individu yang berperanan sebagai

piawaian ke arah pencapaian dalam kehidupan. Pengalaman yang telah ditempuhi akan dimanipulasi

sebagai satu garis panduan. Nikmat yang dikecapi termasuk jangkaan anda tentang masa depan,

keadaan kesihatan diri anda juga dipengaruhi oleh sahsiah diri anda sendiri dan juga sahsiah individu

Page 5: assgmenttt semseter  3

disekeliling anda. Sahsiah diri yang ditampilkan juga berupaya menghadkan atau membolehkan

meneroka sesuatu peluang yang mewujudkan satu fenomena seseorang lebih tertutup atau lebih

terbuka dengan dunia individu lain.

5.2 Ilmu pembangunan sahsiah yang diterapkan juga membantu individu menjangkakan dan

meramal tingkahlaku. Pengalaman kehidupan dan interaksi dengan pelbagai individu akan

mewujudkan erti kemurnian peradapan individu. Idea-idea ini melahirkan perancangan dan diri lebih

peka terhadap tindakbalas yang bersesuaian dengan situasi. Ilmu yang akan memudahkan kita

berusaha, bertawakal dan redha.

5.3 Individu mampu berikhtiar mengawal kehidupannya jika ia dapat memerihalkan sahsiah

secara menyeluruh. Ini kerana keputusan yang dibuatkan adalah berdasarkan persepsi seseorang

individu. Yang sering mengambarkan penjelasan tentang kritieria tertentu berdasarkan pemerhatian

tingkahlaku daripada orang lain.

5.4 Penjelasan secara teoritikal dengan menggunakan perkataan yang lebih tepat dalam konteks

bahasa yang diterima adalah perlu bagi memerihalkan sahsiah seseorang secara lebih jitu. Pengalaman

diri yang terbina hasil dari interaksi tidak mencukupi untuk memerihalkan pembentukan sahsiah

seseorang. Maklumat ini perlu diolah dengan penjelasan formal secara teoritikal dan kepelbagaian.

Hasil yang diharapkan dapat membantu seseorang untuk lebih memahami dan membantu dirinya dan

individu lain ke arah kebaikan secara efektif.

5.5 Perubahan sahsiah adalah proses pertumbuhan kendiri yang memberi kesan langsung

terhadap tahap produktiviti diri serta pendekatan sosial. Amalan dan gaya hidup guru akan memberi

kesan ke atas tahap penerimaan pengajaran dan pembelajaran kepada muridnya. Pengalaman lampau

serta keupayaan dan kekuatan diri yang diselaraskan akan membantu murid untuk membuat

perubahan yang adaptif bagi mencapai keseimbangan hidupnya. Konflik dalaman yang dilalui perlu

dimurnikan dengan harapan akan berlakunya anjakan paradigma diri kepada tahap tahap peringkat

pertumbuhan diri yang seterusnya dengan lebih matang bagi mencapai cita-cita Islam yang syumul.

6. PENGARUH PEMBANGUNAN SAHSIAH TERHADAP PERKEMBANGAN

KAREKTOR DIRI SAYA SEBAGAI SEORANG GURU.

6.0 Secara umumnya saya sedari saya mengalami kemanisan nilai perubahan pada karektor diri

saya. Saya berharap ianya adalah kemanisan nilai ilmu dan amalan atas hanya kerana Yang Maha Esa.

Moga Allah s.w.t sentiasa mencurahkan hidayah dan nur ketakwaan kepada saya dalam setiap detik

saat mengingatinya, Empat perkara utama yang saya dapat huraikan perubahan karektor diri adalah

aspek kognitif, rohani, fizikal dan sosial dengan harapan ianya melibatkan corak tingkah laku

Page 6: assgmenttt semseter  3

bertatasusila dan operasi yang bersifat konsisten.

Secara terperinci pembentukan karektor diri saya merangkumi empat aspek berikut iaitu;

6.1 KOGNITIF.

6.1.1. Elemen yang diharapkan dapat saya elementasikan secara tulus adalah berfikir secara positif,

mampu dan reda menangani stress, berusaha dan bertawakal dalam mengurus keperluan kerjaya, diri

dan tanggungjawab kehidupan.

6.1.2. Semasa bertugas saya akan memastikan saya berkeupayaan menghuraikan pelajaran dengan

jelas dan enguasai mata pelajaran dengan baik. Saya akan adil dalam pemarkahan serta berikhtiar

menarik perhatian pelajar dalam proses p&p. Saya mula mengkaji pendekatan-pendekatan agar

sentiasa menyampaikan arahan yang jelas dan spesifik.

6.1.3. Saya berharap karektor diri saya berkembang dengan tidak menyalahgunakan peraturan, luas

pengetahuan am, sentiasa muhasabah diri dengan mengajar tidak lari atau terkeluar dari tajuk bila

mengajar. Saya mula mengenal dan menjana titik kekuatan murid agar dapat dimurnikan dengan

mengamalkan kaedah pengajaran yang berkesan.

6.1.4 Saya sedaya upaya mengamalkan tugas dan tanggungjawab terhadap penguasaan ilmu.

Sebagai seorang guru muslim memastikan penguasaan ilmu takhassus secara mantap dan mendalam.

Penimbaan ilmu ini akan dilakukan secara beriltizam dengan amanah ilmiah.

6.1.5 Saya semakin prihatin untuk mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari. Kini saya

sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran ilmu yang berkaitan. Sebagai

seorang guru Muslim saya mula melalui landasan atau dimensi spirituality Islam dalam pelbagai

lapangan ilmu pengetahuan. Saya berharap akan celik keperluan bagi memanfaatkan ilmu untuk

tujuan kemanusiaan, kesejahteraan dan keamanan umat manusia sejagat.

6.2. ROHANI.

6.2.1 Elemen rohani yang mula saya rasai adalah menjaga semulianya hubungan dengan Allah s.w.t.

Saya mula melatih diri agar berjiwaan yang kental melalui kehidupan beramanah atas landasan

tuntutan agama semata-mata. Saya juga bercita-cita memiliki prinsip kendiri yang mantap.

6.2.2 Saya berdoa dan berusaha untuk sentiasa berkelakuan baik (penyayang dan penyabar) pada

semua makhluk ciptaan Allah swt. Saya cuba agar tidak berat sebelah dan sentisa berdisiplin. Sikap

amanah dan menunaikan janji akan membina karektor yang dihormati. Jika situasi memerlukan saya

akan mengkaji beberapa bentuk prosedur lebih awal agar berupaya membuat penghukuman yang

betul. Nilai simpati terhadap kelemahan murid tidak akan saya lalaikan. Saya mula berazam

mempunyai kemahuan yang kuat terhadap melakukan perkara baik sebagai perjuangan hidup seorang

muslim.

6.2.3 Etika guru muslim terhadap Allah mula menjadi kajian untuk saya bentuk diri saya. Saya

Page 7: assgmenttt semseter  3

berusaha untuk memantapkan keyakinan/keimanan kepada Allah di samping mengukuhkan

hubungannya yang berterusan denganNya. Sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan beramal

soleh saya usahakan agar menjadi amalan harian. Saya dapat rasakan perlunya menghayati rasa

khusyuk, takut dan harap kepada Allah. Keprihatin mula membara untuk sentiasa mengagungkan syiar

agama Islam dan berusaha ke arah mendaulatkan syariat Islam. Saya redha melaksanakan kewajiban

agama, menghindari laranganNya dan menyempurnakan segala hak dan tanggungjawab yang

berkaitan dengannya. Juga tidak lupa akan rasa bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa

kepadaNya dengan membaca kalam Allah dan merendahkan diri ke hadratNya.

6.3. FIZIKAL

6.3.1 Antara sifat fizikal yang mula membentuk karektor diri dan perlu untuk saya tampilkan adalah

mempamerkan tingkah laku seorang muslim sejati, penampilan kendiri yang sederhana serta

mengamalkan pengurusan kendiri yang tulus dan tidak memudaratkan.

6.3.2 Semasa saya bertugas saya akan mengelakkan dari berlakunya suara yang tidak baik(serak-

serak basah) atau yang tidak bersesuaian. Saya mencari langkah tertentu agar boleh mengendalikan

pengurusan diri secara berkala. Saya semakin mementingkan kebersihan, kesihatan dan sentiasa

memastikan pengudaraan bilik darjah yang baik. Semangat riadah atau kesukanan yang kini mula

pudar akan saya wujudkan ruang masa agar dapat diluangkan dengan keluarga tersayang.

6.3.3 Sayajuga mula prihatin terhadap kebersihan diri, pakaian, perawakan dan tempat tinggal untuk

diri dan untuk ahli keluarga. Saya mengambil peluang untuk beri keutamaan menjaga adap-adap yang

lebih semasa melakukan ibadah solat dan semasa musafir ke rumah Allah swt.

6.4 SOSIAL

6.4.1 Sikap sosial adalah merupakan faktor yang paling terlihat secara terus dalam urusan

kehidupan harian saya. Antaranya perkembangan karektor yang terlibat adalah keinginan berinteraksi

dan berkomunikasi secara bertatasusila, saya mula mengamalkan sikap berlapang dada terhadap

elemen berkaitan penerimaan terhadap orang lain. Kini saya mengutamakan situasi menang-menag

dalam persediaan untuk memberi dan menerima pendapat.

6.4.2 Antara karektor yang saya impikan terbina dalam diri adalah adanya kesantunan unsur humor

dalam tutur kata. Budaya suka menolong pelajar di luar kelas serta fahami masalah pelajar akan saya

ikhtiarkan. Saya sentiasa berhati-hati dan memohon pertunjuk Allah agar boleh membezakan antara

intan dan kaca dalam memberikan kerjasama dan penglibatan diri. Saya akan mengelakkan diri dari

bersubahat atau terperdaya.

6.4.3 Diri mula mempunyai azam yang kuat agar mempunyai bakat kepimpinan yang murni dan

mulia. Saya akan mengelakkan amalan suka menghina murid atas kesalahan mereka tetapi lebih

kepada membina penambahbaikan dalam diri mereka. Saya sentiasa berfikir sejenak agar pandai

Page 8: assgmenttt semseter  3

memilih kata-kata yang hikmah dan sejuk dada mendengarnya. Saya berusaha untuk memberi ruang

para pelajar menelaah dan mengulangkaji setelah mengambil kira suasana mereka di rumah.

7.0 Rumusan.

7.1 Pembentukan sahsiah yang unggul akan membentuk generasi guru berkualiti bagi menghasilkan

pendidikan bertaraf dunia. Pembentukan sahsiah penting kerana guru adalah agen yang bertindak

secara langsuang sebagai penyebar ilmu yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta

memperkembangkan potensi pelajar dalam semua aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan

Sosial).

7.2 Guru juga bertindak sebagai pembentukan nilai / role model yang harus membentuk murid-

murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi bagi

menghayati ilmu dengan bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia.

7.3 Guru merupakan tenaga ikhtisas yang mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan

emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan,

berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak serta berkemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif.

7.4 Guru perlu bersifat profesional dan pekadengan segala perkembangan pendidikaan juga sentiasa

mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi mengemaskinikan

pengetahuan dan kemahiran p&p guru.

7.5 Pembentukan sahsiah akan menjadikan guru lebih cnderung sebagai pengajar efektif yang

sentiasa mengenalpasti ciri-ciri pengajaran efektif sebagai egen segi perancangan, pelaksanaan, dan

penilaian pengajaran yang optimun.