asiment lubnan) 10

18
AJ 3153 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA Pelarian Palestin ke Lubnan.. 1.0 PENGENALAN Lubnan merupakan sebuah negara di Timur Tengah yang tidak sunyi dari pergolakan dalaman di dalam lembaran sejarah dunia. 1 Ianya terletak di bahagian timur pantai Mediterranean dan mempunyai keluasan lebih kurang 10,000 kilometer persegi. Lubnan bersempadan dengan Syria di utara dan timur, Palestin (yang dikenali sebagai Israel kini) di selatan. Bentuk muka buminya amat menarik, di kawasan baratnya di kelilingi dataran pantai Mediterranean yang terdapat padanya beberapa buah bandar pantai (termasuk ibu negaranya, Beirut). Di kawasan timurnya pula kawasan pergunungan dan bukit bukau. Penduduknya pula terdiri daripada masyarakat yang berbilang agama. Rakyatnya yang beragama Kristian terbahagi kepada beberapa mazhab dan kepuakan seperti Maronite, Ortodoks Greek dan Katolik Greek. Bagi masyarakat Islam pula mereka terbahagi kepada Syiah (Pro Hizbullah di selatan dan Pro Amal di Beirut), Sunni dan juga Druze. Bagi rakyat Palestin pula mereka merupakan pendatang terbesar di Lubnan semenjak tahun 1948 dan segelintir golongan Armenia yang menambahkan lagi kepelbagaian dalam corak komuniti rakyat di Lubnan. Kepelbagaian agama, puak dan golongan inilah yang menyebabkan pada tahun 1975-1990 telah menyaksikan pergolakan dalaman Lubnan 2 yang melibatkan pertelingkahan antara puak, mazhab dan agama. Kesannya, lebih kurang 800 ribu penduduk Lubnan terperangkap dalam situasi yang memusnahkan di kawasan kampung dan bandar. Keadaan ini telah menyebabkan sebahagian besar penduduk hidup terpinggir secara berterusan manakala sebahagian lagi terpaksa meninggalkan negara mereka buat selama- lamanya. 1.1 SEJARAH MASYARAKAT LUBNAN Ia bermula sejak akhir kurun ke 19 di mana ia hasil daripada beberapa peristiwa di dalam sejarah timur tengah yang melibatkan kawasan berkenaan. Ianya bermula apabila persidangan wakil kuasa-kuasa Eropah dengan Turki 1 http://www.palestin\Palestinkini_info - Mereka Yang Dilupakan Pelarian Palestin di Lubnan (Part 1).htm. 19.09.2006. Lihat rajah 1. 2 Lubnan dikenali sebagai Switzerland Timur Tengah. Ia memberi dua makna : 1. orang Lubnan adalah pedagang dan pengurus bank yang sangat berjaya, bijak mencari wang, lebih kaya daripada jiran-jiran mereka dan kaya kerana perkhidmatan yang diberikan, 2, Negara ini terdiri daripad gabungan kelompok- kelompk masyarakat yang dipadu oleh kemahiran politik dan toleransi dalam hal kepentingan diri. Peter Calvocoressi, World Politics Since 1945, England:Longman, 1996, Seventh Edition, hlmn. 406. 1

Upload: kimie-rosli

Post on 20-Jan-2016

64 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

lubnan

TRANSCRIPT

Page 1: asiment lubnan) 10

AJ 3153 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

Pelarian Palestin ke Lubnan..

1.0 PENGENALAN

Lubnan merupakan sebuah negara di Timur Tengah yang tidak sunyi dari

pergolakan dalaman di dalam lembaran sejarah dunia.1 Ianya terletak di

bahagian timur pantai Mediterranean dan mempunyai keluasan lebih kurang

10,000 kilometer persegi. Lubnan bersempadan dengan Syria di utara dan

timur, Palestin (yang dikenali sebagai Israel kini) di selatan. Bentuk muka

buminya amat menarik, di kawasan baratnya di kelilingi dataran pantai

Mediterranean yang terdapat padanya beberapa buah bandar pantai

(termasuk ibu negaranya, Beirut). Di kawasan timurnya pula kawasan

pergunungan dan bukit bukau.

Penduduknya pula terdiri daripada masyarakat yang berbilang agama.

Rakyatnya yang beragama Kristian terbahagi kepada beberapa mazhab dan

kepuakan seperti Maronite, Ortodoks Greek dan Katolik Greek. Bagi

masyarakat Islam pula mereka terbahagi kepada Syiah (Pro Hizbullah di

selatan dan Pro Amal di Beirut), Sunni dan juga Druze. Bagi rakyat Palestin

pula mereka merupakan pendatang terbesar di Lubnan semenjak tahun 1948

dan segelintir golongan Armenia yang menambahkan lagi kepelbagaian

dalam corak komuniti rakyat di Lubnan.

Kepelbagaian agama, puak dan golongan inilah yang menyebabkan

pada tahun 1975-1990 telah menyaksikan pergolakan dalaman Lubnan2 yang

melibatkan pertelingkahan antara puak, mazhab dan agama. Kesannya, lebih

kurang 800 ribu penduduk Lubnan terperangkap dalam situasi yang

memusnahkan di kawasan kampung dan bandar. Keadaan ini telah

menyebabkan sebahagian besar penduduk hidup terpinggir secara

berterusan manakala sebahagian lagi terpaksa meninggalkan negara mereka

buat selama-lamanya.

1 http://www.palestin\Palestinkini_info - Mereka Yang Dilupakan Pelarian Palestin di Lubnan (Part 1).htm. 19.09.2006. Lihat rajah 1.2 Lubnan dikenali sebagai Switzerland Timur Tengah. Ia memberi dua makna : 1. orang Lubnan adalah pedagang dan pengurus bank yang sangat berjaya, bijak mencari wang, lebih kaya daripada jiran-jiran mereka dan kaya kerana perkhidmatan yang diberikan, 2, Negara ini terdiri daripad gabungan kelompok-kelompk masyarakat yang dipadu oleh kemahiran politik dan toleransi dalam hal kepentingan diri. Peter Calvocoressi, World Politics Since 1945, England:Longman, 1996, Seventh Edition, hlmn. 406.

1

Page 2: asiment lubnan) 10

AJ 3153 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

1.1 SEJARAH MASYARAKAT LUBNAN

Ia bermula sejak akhir kurun ke 19 di mana ia hasil daripada beberapa

peristiwa di dalam sejarah timur tengah yang melibatkan kawasan

berkenaan. Ianya bermula apabila persidangan wakil kuasa-kuasa Eropah

dengan Turki di atas usaha Perancis untuk mempertimbangkan semula

pentadbiran kawasan Gunung Lubnan. Hasilnya termetrailah Reglement

Organique 1861 (disemak pada tahun 1864)3 yang menetapkan Gunung

Lubnan sebagai sebuah sanjak (kawasan yang ditadbir) Empayar

Uthmaniyyah yang mempunyai hak istimewa dan dijamin oleh pihak antara

bangsa.4 Keadaan ini berterusan sehingga tahun 1915 selepas Perang Dunia

Pertama. Pada tahun 1916, Lubnan diletakkan di bawah kuasa Perancis

melalui perjanjian Sykes-Picott. Pada tahun 1920, Perancis telah memberikan

Gunung Lubnan dan wilayah-wilayah lain disekitarnya kepada golongan

Kristian Maronites. Dengan demikian, terhasillah sebuah negara Lubnan yang

besar yang wujud pada hari ini.

Pada tahun 1926, Negara Lubnan Besar ini telah disusun semula

menjadi Republik Lubnan yang mana golongan Maronites telah menguasai

republik ini tidak ingin berkongsi kuasa dengan mereka yang beragama Islam

dan tidak mahu menerima ideologi Pan-Arabisme yang menyeru kepada

nasionalisme Arab. Kesannya, mereka telah berjaya mewujudkan semangat

Lubanisme di kalangan golongan Kristian Lubnan yang menganggap diri

mereka sebagai bangsa Lubnan dan bukannya Arab. Sentimen keagamaan di

kalangan Maronites ini terlalu kuat sehingga mereka bersatu dengan tentera

Salib sewaktu perang Salib dari Eropah yang menyerang kawasan asalnya

merupakan sebahagian milik Syria.

2.0 LATAR BELAKANG DAN MASALAH PELARIAN PALESTIN

Pelarian ini boleh diertikan sebagai sekumpulan manusia yang berpindah dari

satu tempat ke satu tempat yang lain yakni berpindah ke tempat yang lebih

3 Alijah Gordon, terj. Shamsiah Md Said,Rakyat Palestin Bersuara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Pertama, 2003, hlmn 270.4 Kawasan sanjak atau juga dikenali sebagai Mutesarrifate ini disayaratkan agar diletakkan di bawah bidang kuasa Mutasarrif, iaitu seorang Gabenor Kristian Turki yang dilantik dan dihantar dari Istanbul dengan persetujuan dan jaminan kuasa-kuasa Eropah. http://www.palestin\Palestinkini_info - Mereka Yang Dilupakan Pelarian Palestin di Lubnan (Part 1).htm. 19.09.2006.

2

Page 3: asiment lubnan) 10

AJ 3153 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

selamat untuk mereka terus hidup setelah mengalami kehidupan yang

sengsara biasanya kesan daripada meletusnya peperangan. Di sini boleh

disimpulkan 2 peranan Palestin di mana secara tidak langsung mereka masuk

ke dalam hal politik di Lubnan dan membebaskan Palestin daripada

cengkaman Israel.

2.1 MASALAH PELARIAN PALESTIN DI LUBNAN

Penghijrahan pelarian Palestin di Lubnan bermula sejak tahun 1947. Antara

sebab-sebab berlakunya pelarian Palestin ini ialah:

1) Perluasan Kuasa Rejim Zionis ke atas Tanah Palestin.

Pada tahun 1897, zionisme merupakan sebuah gerakan politik ini yang

mempunyai kaitan dengan kepentingan kekuatan-kekuatan besar dunia.

Gerakan ini menjadi petanda berakhirnya deklarasi Balfour dengan

terbentuknya rejim Zionis di tanah Palestin. Pada 2 November 1917, Menteri

Luar Negeri Inggeris, Arthur James Balfour, mengeluarkan pernyataan yang

berisi keterangan mengenai pembentukan “tanah air bangsa Yahudi” di

Palestin. Kebanyakan para pemimpin Zionis saat itu adalah orang-orang

liberal yang tidak mempercayai agama Yahudi. Mereka pada awalnya tidak

memandang Palestin sebagai negeri yang akan menjadi milik orang-orang

Yahudi.5

Untuk pertama kalinya, masalah pembentukan negara Zionis

diketengahkan oleh negara-negara kolonialis Eropah. Pembentukan negara

Zionis ini adalah untuk menjaga kepentingan negara-negara Eropah di

kawasan strategik Timur Tengah. Palestin yang terletak di pusat

pemerintahan Uthmaniah serta dekat dengan Mediteranian dan terusan Suez,

merupakan kawasan penting untuk Eropah.

Dalam hal ini, seorang pengkritik besar Yahudi anti Zionis, Moshe

Manuhin mengatakan, “Hingga abad 19 tidak ada yang namanya Zionisme”.

Kesombongan Eropahlah yang menciptakan politik nasionalisme orang-orang

Yahudi dan menyemarakkan hasrat mereka untuk serius menghidupkan

5 Peter Calvocoressi, World Politics Since 1945, hlmn. 406.

3

Page 4: asiment lubnan) 10

AJ 3153 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

idealogi Zionisme.6 Lebih malang lagi resolusi 181 PBB pada tahun 1947 telah

memasukkan sebilangan besar wilayah sebelah utara bumi Palestin ke dalam

negara Yahudi yang dicadangkan oleh mereka.

2) Terbentuknya Negara Israel Merdeka 1948.

Ia merupakan titik hitam bagi rakyat Palestin7 yang mendiami kawasan utara

negara tersebut. Bagaimana mereka dipaksa dan terpaksa keluar

meninggalkan negara ini dan berhijrah ke Lubnan di mana mereka

mengharapkan agar dapat diterima sebagai saudara seArab mereka, tetapi

apa yang diharapkan adalah sebaliknya. Projek meletakkan “beban masalah

Yahudi” (Jewish Problem) kepada umat Islam dan usaha menjayakan cita-cita

golongan Kristian Protestan Evengalist merupakan kata kunci kepada segala

tindakan AS di Timur Tengah. Setelah AS berjaya menghancurkan Iraq yang

kini hanya tinggal debu-debu dan cebisan-cebisan sebuah negara yang

berdaulat, AS semakin rakus.

Syria, Iran dan Arab Saudi merupakan negara-negara yang sedang

menantikan giliran mereka untuk dimusnahkan oleh kuasa uni-polar dunia di

waktu ini. Selain daripada persoalan minyak yang sering dicanangkan oleh

penganalisis politik sayap kiri, isu keselamatan rejim Zionis merupakan

motivasi utama keganasan AS di rantau berkenaan. Michael Prior, Israel

Shahak, Pilger, Chomsky dan lain-lain telah lama mendedahkan rahsia yang

diketahui ramai ini. Hanya masa yang sesuai dan keadaan yang strategik

yang akan menentukan bilakan AS akan bertindak mengganas di mana-mana

sahaja polisi “Long War” yang direvolusikan daripada “War on Terror”

merupakan sebahagian daripada panji-panji “crusade” AS di bumi Arab.

3) Konflik Serantau

Konflik-konflik yang wujud sebelumnya banyak memberi kesan kepada

Lubnan yang mana impaknya mereka terpaksa menerima kedatangan

6 http://cc.msnscache.com/cache.aspx?q=3987903254817&lang=en-MY&mkt=en-MY&FORM=CVRE6. 21/9/06.

7 Pada tahun 1948, sebahagian besar Palestin ditukar namanya kepada “Israek” apabila pendatang Yahudi Eropah mengisytiharkan Negara mereka sendiri selepas PBB mengundi untuk memecahkan Palestin yang diperintah dengan mandate antara Arab Palestin dengan Yahudi. ? Alijah Gordon, terj. Shamsiah Md Said, Rakyat Palestin Bersuara, hlmn. 272.

4

Page 5: asiment lubnan) 10

AJ 3153 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

pelarian Palestin. Contohnya Perang Arab-Israel di mana ia berlaku selepas

terbentuknya negara Israel merdeka pada tahun 1948. Perang negara-negara

Arab ini dijana oleh semangat nasionalisme Arab dan perang ini disertai oleh

kiran-kira 6@ 7 buah negara iaitu Mesir, Jordan, Lubnan, Iraq, Arab Saudi,

Syria dan Yaman. Mereka ini menghantar tentera sejurus selepas

pengisytiharan negara Israel selepas tamatnya mandat British apda 14 Mei

1948.

Terdapat beberapa fasa dalam peperangan ini iaitu Free Independent

War yang tercetus pada 29 November 1947 apabila UN meluluskan untuk

membahagikan Palestin kepada 2 bahagian (sebahagian untuk orang Arab

dan sebahagian untuk orang Yahudi). Post Independent War berlaku selepas

penubuhan negara Israel merdeka. Walaupun pada mulanya negara-negara

Arab bergabung untuk menghancurkan negara Israel, namun kesepakatan ini

hanya pada permulaan sahaja kerana masing-masing ingin menjaga

kepentingan.

Perpaduan yang kuat tidak dapat dicapai pada antara negara Arab

kerana pada masa yang sama konflik antara orang Arab juga tercetus.

Perang ini telah memperlihatkan kemenangan negara Israel di mana terdapat

pelbagai faktor Israel menang. Antaranya ialah sokongan kuasa besar dunia,

semangat juang yang tinggi dan kebijaksanaan menyusun strategi dalam

peperangan. Dalam peperangan ini, dianggarkan kematian di pihak Israe

seramai 6 ribu orang manakala orang Arab seramai 15 ribu orang.

Seterusnya selepas tercetus peperangan ini, pelarian arab Palestin kira-kira

750 ribu orang kemudiannya pergi ke Gaza dan Lubnan.

Kemudian tercetusnya perang 6 hari (1967) di mana ialah adalah

lanjutan kekalahan pihak Arab dalam siri perang 1948 dan 1957.8

Peperangan ini tercetus di antara negara Israel dan negara Arab seperti

Mesir, Jordan dan Syria. Peperangna ini adalah perang terbuka di mana

serangan terlebih dahulu dilakukan oleh pihak Israel. Walaupun perang ini

8 Paul Findley, Diplomasi Munafik ala yahudi:mengungkap Fakta hubungan As-Israel, terbitan Khazanah Ilmu-ilmu Islam, cetakan Pertama, 1995, hlmn. 67,

5

Page 6: asiment lubnan) 10

AJ 3153 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

hanya berlaku selama 6 hari, ia telah memberi kesan yang besar kepada

konflik Arab-Israel. Selepas peperangan ini, Israel telah dapat menguasai

wilayah-wilayah seperti Sinai, Bukit Golan, Selat Tiran dan Kota Lama

Baitulmaqdis.

Penguasaan ini seterusnya memudahkan Israel untuk menceroboh

petemoatan orang Arab terutamanya di Palestin. Ini menyebabkan

masyarakat Palestin menjadi pelarian di Lubnan dan negara-negara Arab

yang lain. Konflik ini berterusan sehingga ke hari ini di mana pihak Israel

telah menyerang Lubnan sehingga mengorbankan mereka yang tidak

berdosa iaitu orang-orang awam. Tetapi Israel menyifatkan serangan itu

adalah untuk menghapuskan pengganas.

3.0 KEBANJURAN RAKYAT PALESTIN MENYEBABKAN

KETIDAKSTABILAN POLITIK DI LUBNAN

1) Penjajahan oleh Perancis

Penjajahan oleh Perancis dalam pentadbiran di Lubnan telah berlaku sejak

dulu lagi. Perancis ingin memastikan orang Maronite yang menguasai

Gunung Lubnan akan sentiasa bergantung dengan bantuan mereka bagi

melindungi daripada penguasaan Syria yang lebih besar.9 Ketika Perang

Dunia Kedua Lubnan merasakan mereka terjebak dalam peperangan antara

Inggeris, Perancis Vichy dan Perancis Bebas10 terutamanya selepas Perancis

kalah pada tahun 1940. kemudian pada tahun 1941, Inggeris khuatir sebuah

gerakan pro-Jerman akan membahayakan rejim-rejim Mesir, Palestin dan

Iraq. Lantas mereka bergabung dengan tentera Perancis bebas dalam satu

penaklukan yang berjaya ke atas Syria dan Lubnan.

Pada tahun 1943, Perancis telah didesak oleh Britain untuk memberi

kebebasan pilihanraya di Lubnan, namun apabila pergerakan pro-

kemerdekaan anti-Perancis telah menang semua kerusi bertanding, mereka

9 Pada tahun 1926, sebuah Perlembagaan telah mewujudkan Republik Lubnan dengan menggunakan system perwakilan seimbang dan pengakuan. Lois A. Aroian dan Richard P. Mitchell, Terj. Mohammad Redzuan Othman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, Kuala Lumpur:Dewan bahasa dan Pustaka, Cetakan Pertama, 1991, hlmn. 228.10 Pemimpin Perancis Bebas, Charles de Gaulle mendakwa bahawa tentera baru merupakan pembebas yang akan membenarkan rakyat jelata sama ada sebagai satu unit atau sebagai dua buah Negara. Sebaliknya De Gaulle telah membenarkan seorang komander tempatan Perancis, Catroux untuk mengukuhkan sebahagian besar peranan penjajah yang dicirikan oleh rejim yang terdahulu. Ibid, hlmn. 231.

6

Page 7: asiment lubnan) 10

AJ 3153 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

mendesak perancis menyerahkan pentadbiran dan menamatkan sistem

monopoli oleh rakyat Perancis.11 Tetapi perancis tetap berkeras dan tidak

mahu mengatakan hanya Liga bangsa-Bangsa sahaja yang dapat

menamatkan sistem mandat ini dan menetapkan bakal kerajaan yang

dibentuk mestilah memberi keutamaan kepada kepentingan Perancis dalam

mana-mana persetujuan akhir.

Selepas itu, pemimpin politik di Lubnan bersetuju terhadap Pakatan

Nasional yang mempunyai 2 bentuk. Pertamanya, persetujuan pihak Islam

terhadap orang Kristian sebagai majoriti secara teori di Lubnan manakala

yang keduanya ialah sebagai balasannya pihak KristIian mengesahkan

penggabungan Lubnan ke kawasan pengaruh Arab. Kemudian pada tahun

1943, Perancis cuba menindas parlimen bebas di Syria yang telah melantik

Shukri al Quwatli sebagai Presiden. Akhir tahun 1944, rakyat Syria dan

Lubnan telah menguasai pentadbiran tetapi De Gaulle masih belum bersedia

meninggalkan Syria dan Lubnan. Akhirnya pada 27 Februari 1945, Syria dan

Lubnan telah mengisytiharkan perang ke atas Jerman dan Jepun. Secara tidak

langsung telah mempercepatkan jemputannya untuk menghadiri

persidangang pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu.12 Britain yang disokong

oleh Amerika Syarikat telah memaksa Perancis menghentikan tindakannya

dan mengancam untuk berperang bagi pihak Syria dan Lubnan. Pengesahan

kemerdekaan yang dimiliki oleh negara-negara Arab lain pertengahan tahn

1946 tetapi boleh dikatakan sebahagian daripada negara-negara ini masih

dijajah.

2) Konflik Rebut Kuasa Politik

Pelarian ini menambahkan lagi kepelbagaian dalam corak komuniti rakyat

Lubnan. Kepelbagaian agama, puak dan golongan-golongan ini bukanlah

11 11 November 1943, Catroux membalas tindakan parlimen Lubnan yang telah membuang semua sekatan perlembagaan terhadap kedaulatan dengan memenjarakan Presiden Bishara al-Khuri (Perdana Menteri Riyad al Sulh) dan kebanyakkan anggota kabinet. Kemudian Emile Eddle telah menerima perlantikan sebagai ketua Negara, akibatnya beliau diragui oleh badan politik nasionalis. Gabungan tunjuk perasaan dan tekanan Inggeris-Amerika telah memaksa Perancis untuk membebaskan mereka yang ditahan pada 23 November ( hari Kemerdekaan Lubnan).12 De Gaulle masih berdegil cuba mengekalkan pemerintahan Perancis di Syria dan Lubnan apabila pihak sekutunya menyuarakan sokongan kuat mereka terhadap kemerdekaan kedua-dua Negara tersebut. Dikalangan Nasionalis beraliran Perancis menentang permintaan de Gaulle bagi mengekalkan keunggulan ekonomi dan politik Perancis. Dengan menghantar tentera, Perancis cuba mencetuskan pemberontakan apabila mereka cuba mengebom Damsyik. Akhirnya lebih kurang empat ratus orang awam telah terkorban. Ibid, hlmn. 232

7

Page 8: asiment lubnan) 10

AJ 3153 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

sesuatu yang indah seperti berlaku di negara lain di dunia. Contohnya pada

tahun 1975-1990, berlaku pertelingkahan di Lubnan antara puak, mazhab

dan agama. Keadaan ini telah menyebabkan sebahagian besar penduduk

terpinggir secara berterusan dan yang lain terpaksa meninggalkan negara

mereka buat selama-lamanya. Buktinya, ramai rakyat berbangsa Lubnan di

negara Barat, A.S dan Australia. Ekoran daripada ini, berlakunya 3 kali perang

saudara kesan daripada polisi kolonis perancis yang merangka perlembagaan

lubnan tanpa memikirkan realiti masyarakat yang mendiami negara itu.

Perancis telah mengasingkan kuasa13 mengikut kaum iaitu jawatan presiden

diperuntukan seorang Kristian dari puak Maronite, jawatan Perdana Menteri

pula diberikan kepada golongan Sunni Islam sementar jawatan speaker pula

kepada golongan Syiah Islam.

Golongan Maronite mendapat sokongan dari Belgium, Jerman dan

Perancis pula ditentang oleh Islam (Sunni dan Syiah) yang mendapat

sokongan dari negara Islam lain seperti Mesri, Syria, Iran dan Iraq. Semasa

golongan Maronite diberi kuasa14, mereka tidak mahu berkongsi kuasa

dengan golongan Islam kerana mereka tidak mahu digelar Arab kerana

Kristian Maronite ini lebih rapat dengan kuasa-kuasa barat Eropah terutama

Belgium dan Jerman Barat.

Pada peringkat awal, masalah ini tidak menimbulkan apa-apa natijah

kerana pada masa itu Perancis dapat mengawal keadaan, namun apabila

Perancis keluar dari lubnan sepenuhnya pad tahun 1944, maka bermulalah

babak-babak pertikaian akibat jawatan presiden yang tidak diberikan kepada

kelompok majoriti Islam. Ini kerana, dari awal lagi pihak Kristian Maronite

cuba mempelopori jawatan Presiden. Ini disebabkan mereka tidak mahu

kekayaan yang mereka miliki ini terpaksa dikongsi bersama dengan

masyarakat Islam khususnya Palestin. Selain itu, mereka (Maronite) bimbang

akan kurangnya pengaruh mereka dalam politik di Lubnan.

13 Ibid, hlmn. 268.14 Dari sudut sejarah, golongan Kristian Maronite ini cukup berpengalaman dalam menganggotai Perang Salib. Mereka dianggap wira-wira dalam memperjuangkan agama Kristian. Walaupun mereka dibenarkan berkongsi kuasa di Lubnan iaitu Kristian Maronite dan Islam tetapiai tetap masih tidak membawa kestabilan dalam politik Lubnan kerana mereka mengikut haluan masing-masing ibarat Lubnan itu sendiri mempunyai dua kerajaan.

8

Page 9: asiment lubnan) 10

AJ 3153 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

3. Masalah Kewarganegaraan dan layanan Lubnan terhadap

pelarian Palestin.

Pelarian Palestin yang berhijrah ke Lubnan pada tahun 1947-1949 diiktiraf

sebagai penduduk sah Lubnan dengna diberikan Dokumen Pelarian (Refugee

Document atau RD) yang disediakan oleh Liga Arab (Arab League) dan bagi

rakyat Palestin yang berhirah ke Lubnan pada selepas tahun 1967 dan 1970-

1971, mereka tidak langsung diberikan dokumen pengenalan diri dan sentias

diancam dan diusir keluar dari Lubnan. Keadaan inilah yang menyebabkan

sukar untuk mereka bergerak ke negara lain selain Lubnan. Kebanyakkan

mereka masih tinggal di serata Lubnan.

Mereka ini pula lebih sengsara apabila dilabelkan sebagai “pelarian”

pada mereka.15 Antara kesusahan dan kepayahan mereka ialah terpaksa

mendapatkan dokumen perjalanan yang sah bagi tempoh setahun, mereka

juga tidak dibenarkan memiliki hartanah di Lubnan, impaknya sebahagian

besar daripada mereka masih lagi tinggal di kawasan perkhemahan pelarian

di serata Lubnan serta mereka dilarang bekerja daripada lebih 70 pekerjaan. 16

4. Peranan PLO (Pertubuhan Pembebasan Palestin)17

King Hussien telah memberi hak kerakyatan kepada pelarian Palestin ini.

Lama-kelamaan, rakyat Palestin yang menetap di Jordan ini telah menjadi

kaya. Namun jiwa Palestin yang ada dalam diri mereka telah mewujudkan

pergerakan untuk membantu pelarian Palestin yang lain dalam usaha untuk

mempertahankan diri mereka dari dizalimi oleh pihak Israel.18

15 Pada tahun 1969, pelarian tahun 1948 yang tidak berdaftar dengan UNRWA – sama ada atas alas an peribadi atau disebabkan keperluan khusus dalam takrif “pelarian 1948” tersebut – telah mendapat kad penduduk dan dokumen perjalanan (laissez passer) yang sah bagi setahun dan boleh diperbaharui. Alijah Gordon, terj. Shamsiah Md Said, Rakyat Palestin Bersuara, hmn. 270.16

Pelarian ini dinafikan daripada bekerja di dalam jenis pekerjaan profesional seperti pensyarah, doktor, peguam dan sebagainya dan pekerjaan biasa seperti tukang gunting rambut dan pekerja perkhidmatan. Bagi pekerjaan yang dibenarkan pula mereka hendaklah mendapatkan permit kerja. Kebanyakan kerja-kerja yang dibenarkan adalah bertaraf buruh sahaja, bekerja secara haram atau bekerj dalam sektor-sektor ayng diiktiraf dan terus dinafikan hak mereka untuk menikmati jawatan-jawatan yang lumayan. Pelarian palestin ini juga dihimpit dengan masalah sosial yang telah meningkatkan jenayah. http://www. Palestinkini_info - Mereka Yang Dilupakan (MYDL) Burj al-Barajneh (Part #3).htm. 19/09/2006.17 Israel enggan mengiktiraf PLO kerana bagi mereka, PLO sebuah organisasi pengganas. Ia ditubuhkan pada tahun 1964. Peter Calvocoressi, terj Abdul Ghaffar Laili, Politik Dunia Sejak 1945, 1993, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlmn. 366.18

Sebuah kuasa jahat dan zalim yang tidak pernah dianggap salah oleh Amerika, Britian dan sekutunya. Bangsa yang di catatkan dalam Al Quran sebagai bangsa sombong dan bongkak tidak akan merasa puas kalau mereka tidak menafikan hak jiran mereka. Lantas dengan penguasaan ekonomi yahudi terhadap Amerika, mereka melakukan apa saja yang mereka suka khususnya di Palestine. Pembunuhan sudah menjadi agenda utama negara tersebut. OIC dan negara Arab hanya mampu bersidang dan terus bersidang namun tidak mampu menekan Israel walaupun negara Arab mampu mengekang dengan kuasa minyak. Biasalah sikap Arab yang kalau

9

Page 10: asiment lubnan) 10

AJ 3153 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

Orang-orang di Palestin ini juga mempunyai kuasa politik di Jordan dan

telah cuba untuk merampas kuasa pula di Jordan. PLO pula menganggap

Jordan sebagai satu-satunya negara Arab yang boleh dijadikan pusat negara

Arab.19 Namun Raja Hussien tidak bersetuju. Kemudian PLO melancarkan

pemberontakan di Jordan pada tahun 1969-1972. Kemudian Raja Hussien

membuang PLO dari Jordan. Percubaan PLO untuk menggulingkan kerajaan

monarki Jordan gagal di mana PLO telah dihalau dari Jordan. Kemudian PLO

bertapak di selatan Lubnan berdekatan dengna pelarian Palestin yang mana

mengalukan kedatangan PLO ke Lubnan.20

Golongan ini disokong oleh puak Syiah dan Sunni manakala golongan

Kristian Maronite disokong oleh Eropah dan Israel. Kemudian 40 ribu tentera

Syria telah dihantar masuk ke Lubnan oleh Liga Arab dengan niat untuk

menggabungkan Lubnan dengan Syria.21 Majlis Kebangsaan Palestin dibentuk

telah menerima piagam bagi pembentukan beberapa institusi kebangsaan

dalam mesyuarat di Baitulmaqdis. Lantas, tentera PLO yang dibentuk ini

telah berjaya mendapatkan sukarelawan daripada kalangan rakyat Palestin

yang berada di Mesir dan Jordan di samping mereka yang tinggal dalam

khemah-khemah pelarian.

Piagam kebangsaan pertama ini melaksanakan rancangan yang

mempunyai aspek-aspek politik, ketenteraan dan popular. Antara matlamat

politik ialah penubuhan sebuah negara sekular di kawasan yang pernah

dijadikan sebagai Mandat Palestin sebelumnya berteraskan hak menentukan

bertengkar memang hebat, tapi kalau ajak bertumbuk lari lintang pukang. Namun hari ini Israel salah perhitungan apabila berhadapan dengan Hizbullah. Laman web al moqawama, almannar, CNN, radio IRIB malah Haaretz daily kepunyaan mereka sendiri mengakui kekalahan Israel kali ini. Walaupun mereka berjaya memusnahkan Lebonan dan membunuh rakyat Lebonan namun mereka gagal berhadapan dengan pejuang Hizbullah. Mereka salah perkiraan akan kekuatan dalaman dan stok senjata Hizbullah. Minimanya 100 tentera Israel mampus, ribuan cedera parah, 40 kereta kebal super merkava yang begitu canggih hancur, 4 kapal perang musnah selain beberapa helicopter, bulldozer maupun 2 jet pejuang jatuh di mamah pejuang Hizbullah yang berbekalkan senjata dan roket serta iman. Tidak kurang dari itu ramai rakyat mereka terkorban bila roket Hizbullah meluncur masuk ke Haifa dan beberapa kota di Israel. Keadaan ini tidak dapat dinafikan lagi oleh mana-mana pihak sehinggakan tentera Israel terpaksa menambah kekuatan berganda dan melakukan rombakan ketenteraan. Rakyat Israel dalam ketakutan dihujani roket naik marah pada Perdana Menteri Israel. Kini buku bertemu ruas. Hari akhir saja 24 tentera mereka mati dan 2 daripadanya mati digilis kereta kebal mereka sendiri yang cuba melarikan diri dari serangan Hizbullah. Malu besar menimpa Israel bila mereka tewas kepada kumpulan kecil. Mungkin dalam keadaan inilah mereka yang memaksa Amerika supaya menerima gencatan senjata supaya tidak berterusan malu besar mereka.Apapun bangsa ini tetap bongkak dan sombong. http://zilal.blogdrive.com/21/09/0619 Lois A. Aroian dan Richard P. Mitchell, terj Mohamad Redzuan Othman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, Cetakan Pertama, hlmn. 355.20 Pada bulan Mei 1964, rakyat Palestin telah mengadakan mesyuarat dan Ahmad Shuqayri telah dilantik menjadi pengerusi PLO ini.21 Peter Calvocoressi, World Politics Since 1945, hlmn. 418-420.

10

Page 11: asiment lubnan) 10

AJ 3153 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

masa depan sendiri oleh pendudknya. Ia juga melibatkan orang Yahudi tetapi

tumpuan lebih diberikan kepada orang Arab Palestin yang masih belum

mendapatkan hak kebangsaan di bumi mereka. Negara yahudi yang wujud

perlu dihapuskan kerana mewarisi dasardiskriminasi terhadap kaum bukan

Yahudi.22

Dari sudut ketenteraan pula, kumpulan penentang daripada kalangan

rakyat Palestin ini tidak pernah serius mengancam negara Israel tetapi

sokongan melalui perjuangan bersenjata ini amat menggerunkan rakyat

Israel sendiri. Dari sudut kepopularan pula, Shuqayri tidak ingin jadi popular

dalam PLO ini dan beliau cuba mengalihkan perhatian kepimpinan PLO

kepada pertubuhan kecil bernama al-Fatah23 yang dipimpin oleh Yasser

Arafat. Dengan melancarkan serangan ke atas projek-projek pembangunan

di Israel yang selama ini dianggap telah mengancam kepentingan Palestin.

Pergerakan Kebangsaan Arab (A.N.M) ialah sebuah kumpulan kebangsaan

yang popular dikalangan pelarian Palestin yang mana ia dikaitkan dengan

Nayyif Hamatweh dan George Habash. Selepas pembentukan PLO, bahagian

ANM, Palestin telah bergabung membentuk barisan Kebangsaan bagi

Pembebasan Palestin (NFLP).24

5. Peristiwa Black September25

Rakyat Israel tidak pernah menganggap rakyat Palestin sebahagian dari

Israel kerana pemimpin negara tersebut secara terbuka menafikan

kewujudan mereka. Rasa terpisah di kalangan rakyat Palestin baik secara

serantau atau antarabangsa semakin berkembang. Ini dapat di lihat melalui

pengganasan yang dilakukan oleh pihak Israel dengan alasan untuk

mempertahankan diri dan negara mereka. Kemudian di pihak gerila PLO pula

banyak operasi ketenteraan telah dilancarkan dari Jordan. PLO semakin kuat

apabila Israel semakin berani menyerang pangkalan gerila, kampung Jordan.

22Orang asing selalu memberi pandangan yang salah terhadap piagam ini kerana ia mendorong pemusnahan orang yahudi bukan Negara Israel. Bagi mereka yang terselamat daripada peristiwa pembunuhan beramai-ramai, penubuhan Negara yahudi ini membuatkan mereka lebih yakin dengan jaminan keselamatan. 23 Al-Fatah telah berjaya membunuh beberapa orang rakyat Negara tersebut sebelum meletusnya perang pada tahun 1967.24 Lois A. Aroian dan Richard P. Mitchell, terj Mohamad Redzuan Othman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Hlmn. 355-356.25 http://www.cedarland.org/black.html 19/09/06.

11

Page 12: asiment lubnan) 10

AJ 3153 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

PLO pula semakin berani mencetuskan konfrontasi antara gerakan

pembebasan dengan Raja Hussien dari Jordan. Selepas beberapa

pertempuran dan pembunuhan beribu-ribu rakyat Palestin, angkatan tentera

Raja Hussien telah berjaya mengusir keluar gerakan pembebasan dari Jordan

pada September 1971. Kemudian PLO memindahkan ibu pejabatnya dari

Jordan ke Lubnan.

Akhirnya pada pada bulan September 1972, seorang olahragwan Israel

di Sukan Olimpik di Munich telah diculik oleh sekumpulan gerila Palestin yang

bernama September Hitam (Black September) yang sebelumnya tidak

dikenali. Kematian inilah yang menyebabkan Israel menyerang khemah-

khemah pelarian di Syria dan Lubnan yang merupakan faktor penyumbang

kepada penaklukan ke atas Lubnan beberapa hari kemudiannya sehingga

mengakibatkan kematian orang awam. Seterusnya, beberapa kumpulan

gerila Palestin melancarkan sekali-sekala serangan ke atas negara Israel dan

kepentingannya di seberang laut manakala kerajaan Israel pula telah

melancarkan serangan balas yang kejam terhadap rakyat Palestin.

The group's name is derived from the Black September conflict begun on 16 September

1970, when King Hussein of Jordan declared military rule in response to a fedayeen coup

d’état to seize his kingdom  — resulting in the deaths or expulsion of thousands of

Palestinians from Jordan.,

Kemudian pada April 1973, tiga orang pemimpin daripada kumpulan

sederhana rakyat Palestin dibunuh oleh komando Israel di rumah mereka di

Beirut. Pada hari yang sama, tentera Israel menyerang dua buah khemah

pelarian Palestin di Lubnan. Ketidakmampuan Lubanan melindungi rakyat

pelarian Palestin ini menyebabkan berlaku pertempuran antara gerila Palestin

dengan tentera Lubnan (yang pertama dan yang terbesar pada bulan April

1969). Walaupun tindakan Israel26 ini dikutuk oleh Bangsa-bangsa Bersatu

kerana tindakannya ini tetapi kutukan itu dipandang sepi.

26http://www.mykhalifah.com/Analisis%20semasa_%20Peranan%20Amerika%20di%20dalam%konflik%20Lubnan- Israel.htm.19.09.2006.

12

Page 13: asiment lubnan) 10

AJ 3153 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

Inilah yang menyebabkan ketidakstabilan politik di mana ia bermula

daripada peristiwa Black September, apabila Raja Hussien dari Jordan tidak

bersefahaman dengan PLO, lalu memerintahkan tenteranya untuk bertindak

ke atas gerila Palestin yang berada di kawasan sempadan antara Jordan dan

Israel.

6. Penglibatan dan peranan kuasa asing di Lubnan

Penglibatan kuasa asing di Lubnan seperti Amerika, Israel, Perancis dan

Syria. Syria memberi bantuan kepada pejuang-pejuang Islam, namun pada

saat akhir, Syria telah mengeluarkan arahan tragis supaya bekalan disekat

agar tidak sampai ke khemah-khemah pejuang-pejuang Islam. Israel pula

campur tangan dengan alasan untuk memerangi pengganas PLO tetapi

sebaliknya ingin bersengkongkol dengan golongan Kristian Maronite untuk

menentang golongan Islam.

Pada Mac 1978, kerana bimbang kuasa Islam lebih kukuh di Lubnan, maka

Israel dengan tipu helahnya telah berjaya menduduki kawasan Lubnan

Selatan hingga ke Sungai Litani. Walau bagaimanapun, akibat tekanan

antarabangsa maka mereka terpaksa berundur tiga bulan kemudian, namun

begitu kekosongan kuasa telah diisi oleh penggans “Falangist di bawah

pimpinan Mejar Saad Hadad.27 Beliau kemudian dengan bantuan

“aggresionist” Yahudi telah melakukan keganasan yang paling tidak

berperikemanusiaan seperti pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di

khemah Shabra dan Shatilla pada 18 September 1982.28

Keganasan ini dibantu oleh Israel dan seterusnya menceroboh Lubnan pad

6 Jun 1982.29 Kedudukan para pejuang Islam tidak begitu teguh kerana

mereka berpecah ke dalam dua kelompok iaitu Druze di bawah pimpinan

Walid Jumblat dan puak Shi’ite yang dikettuai oleh Nabih Berri yang terpaksa

berhadapan dengan kuasa gabungan 8 paksi puak-puak Kristian.

27 Findley, Diplomasi Munafik ala Yahudi:mengungkap Fakta Hubungan As-Israel, hlmn 100.28

http://zilal.blogdrive.com/ . 21/09/0629 Paul Findley, Diplomasi Munafik ala yahudi:mengungkap Fakta hubungan As-Israel, hlmn. 95.

13

Page 14: asiment lubnan) 10

AJ 3153 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

7. Pakatan ketenteraan

Di Lubnan, orang Palestin mengharapkan sokongan daripada penduduk yang

lain yang terpaksa mengiktiraf mereka sebagai rakan Arab dan rakan yang

tertindas.30 Menjelang 1970-an, orang Palestin lebih menyusahkan ini kerana

mereka semakin berani menubuhkan pertubuhan-pertubuhan militan di

Lubnan kerana mereka menganggap diri mereka berperang dengan Israel.

Bagi orang Maronite pula golongan Kristian ini yang konservatif, benci dan

takut akan pertubuhan-pertubuhan Palestin seperti puak Kiri, Militan, Islam

dan pertubuhan yang mengancam kestabilan negara yang mana selama ini

jawatan yang dipegang inilah telah memberikan mereka (Maroite) kekayaan

dan pengaruh. Ini akan mengancam kedudukan mereka di Lubnan.

Ketidaktenteraman yang bermula hanya dengna perkelahian puak

telah bertukar kepada peperangan yuntuk mendapatkan wilayah. Rakyat

Palestin pula semakin berani melakukan penentangan. Ini kesan daripada

berlakunya gencatan senjata tidak mengira waktu. Dari sudut yang lain pula,

satu perikatan antara puak kiri orang Druz dengan Palestin yang mana

mereka telah bersiap sedia untuk mengambil alih tampuk pemerintahan

negara. Tujuan orang Druz mengadakan perikatan ini sebenarnya ingin

menggantikan kumpulan-kumpulan pemerintahan yang sedia ada.

Ketenteraan Druz pula menubuhkan Progresive Sosialis Party yang menerima

sokongan kuat oleh pihak Komunis di Lubnan. Bagi orang Palestin pula

mereka ingin menjadikan Lubnan sebagai pangkalan untuk menentang Israel.

Manakala orang Maronite dan sekutunya pula mengambil peluang ini untuk

bertindak ke atas Palestin di Lubnan seperti yang dilakukan oleh Raja Hussein

ke atas mereka di Jordan seketika dulu di mana Raja Hussien telah

menghalau seramai yang mungkin, membunuh beberapa orang pemimpin

mereka dan menghapuskan mereka. Ini telah menyebabkan jumlah orang

yang terkorban dan harta benda tidak dapat dikawal. Tambahan lagi, mereka

(Maronite) tidak mahu digelar Arab. Kelebihan yang berpihak kepada mereka

ialah Kristian Maronite ini lebih rapat dengan kuasa-kuasa barat Eropah

terutama Belgium dan Jerman Barat.

30 Peter Calvocoressi, terj Abdul Ghaffar Laili, Politik Dunia Sejak 1945, hlmn. 374.

14

Page 15: asiment lubnan) 10

AJ 3153 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

Di pihak yang lain pula, pada mulanya Syria teragak-agak untuk

campurtangan dalam politik di Lubnan. Ini kerana, alasan yang diberikan oleh

mereka ialah sekiranya tentera Syria memasuki Lubnan, tentera Israel

mungkin akan melakukan perkara yg sama dan ini mungkin akan mtimbulkan

konflik baru. Walaupun Syria merupakan sebuah negara Islam dan sebuah

kerajaan bhaluan kiri yang mensokong puak Druz-Palestin tetapi Syria lebih

mengambil berat dalam percubaan menamatkan peperangan di Lubnan.

Namun begitu, sikap baik yang cuba ditunjukkan oleh Syria ini telah

menimbulkan kemarahan negara-negara Arab yang lain dan meragui

campurtangan serta mragui tindak-tanduk Syria.

8. Pengagihan jawatan yang tidak seimbang

Pada peringkat awal, masalah ini tidak menimbulkan apa-apa natijah kerana

pada masa itu Perancis dapat mengawal keadaan, namun apabila Perancis

keluar dari lubnan sepenuhnya pad tahun 1944, maka bermulalah babak-

babak pertikaian akibat jawatan presiden yang tidak diberikan kepada

kelompok majoriti Islam. Ini kerana, dari awal lagi pihak Kristian Maronite

cuba mempelopori jawatan Presiden. Ini disebabkan mereka tidak mahu

kekayaan yang mereka miliki ini terpaksa dikongsi bersama dengan

masyarakat Islam khususnya Palestin. Selain itu, mereka (Maronite) bimbang

akan kurangnya pengaruh mereka dalam politik di Lubnan.

4.0 KESAN

Di Lubnan, gerila Palestin mengalami kekalahan teruk walaupun berjaya

bertahan tetapi daapt juga dikalahkan oleh pihak Israel. Fasa pertama perang

saudara pula berakhir tanpa menyelesaikan perbezaan paling asas di

kalangan rakyat Lubnan dan antara mereka dengan kumpulan-kumpulan

gerila Palestin.

Kekacauan di Lubnan ini juga memperlihatkan kepada kita bahawa

kesan daripada masalah asas dalam kebuntuan persengketaan Arab-Israel.

Kemudian pada tahun 1967, Syria telah menjemput masuk tenteranya ke

Lubnan untuk meredakan keadaan di Lubnan di mana Liga Arab telah

meluluskan 40 ribu tentera Syria bagi memantau perang saudara di Lubnan.

15

Page 16: asiment lubnan) 10

AJ 3153 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

Situasi ini telah mengubah politk Lubnan yang telah didominasikan oleh

Syria. Amerika pula telah menjalankan satu inisiatif mempertemukan para

pemimpin kelompok masyarakat Lubnan, kononnya untuk menyelesaikan

perbezaan pendapat, maka pada bulan Nov. 1983 dilangsungkan pertemuan

antara puak-puak yang bersengketa dengan Presiden Amin Gemayel di

Geneva.31

Pertemuan ini menghadapi jalan buntu dan hanya akan mengukuhkan

lagi peranan Amerika sementara persengketaan ini masih belum reda kerana

tuntutan kelompok Islam tidak dilayan. PBB cuba menyelesaikan masalah di

Lubnan ini dengan menghantar pasukan keamanan dari pelbagai negara

seperti Itali, Amerika dan negara Eropah yang lain untuk mengawasi

gencatan senjata tetapi malangnya ia tidak berjalan lancar disebabkan

pasukan pengaman ini hanya menjaga kepentingan mereak sahaja. Maka

dengan itu, pemerintah Lubnan terpaksa mempertemukan semula mereka

yang bersengketa dalam konfrensi yang berlangsung di Lausanne,

Switzerland pada 12 Mac 1984. Malangnya pertemuan ini gagal untuk

menyelesaikan persengketaan tersebut.

5.0 PENILAIAN

Berdasarkan apa yang telah dibincangkan, sememangnya kebanjiran pelarian

Palestin ini telah membawa kepad ketidakstabilan politik di Lubnan.

Ketidakstabilan ini seterusnya telah membawa kepada Perang Saudara

kerana masing-masing ingin mendapat kuasa, tidak puas hati dan syak

wasangka antara mereka.

31 Yasser Abdu Rabbouh yang bertanggung jawab mempromosikan idea“Geneva solution” mempunyai agenda yang tersendiri yang

mana implikasinya ialah pengadaian negara Palestin kepada rejim Zionis secara percuma. Beliau seakan-akan menyahut seruan George W Bush Jr. Agar rakyat dan para pelarian Palestin melupakan langsung cita-cita untuk untuk pulang ke tanah air mereka dan menghadapi realiti bahawa Israel adalah sebuah negara yang berdaulat dan telah pun mempunyai demografi mereka sendiri. Tanpa menghiraukan pandangan rakyat Palestin keseluruhannya, samada yang menjadi pelarian di negara-negara jiran mahupun mereka yang hidup dengan suaka politik di negara-negara barat, beliau telah melakukan satu tindakan yang boleh dianggap sebagai pengkhianatan terhadap perjuangan rakyat Palestin selama leih dari 55 tahun. Seolah-olah dia gagal memahami kegagalan Oslo 1993 dan juga Madrid sebelum itu, atau mungkin tawaran material untuk tujuan tersebut melebihi segala-galanya. http://cc.msnscache.com/cache.aspx?q=3990252330583&lang=en-MY&mkt=en 21/9/06

16

Page 17: asiment lubnan) 10

AJ 3153 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

Apabila menganalisis ketidakstabilan politik di Lubnan ini dapat dilihat

faktor yang memainkan peranan penting ialah yang berkaitan agama dan

etnik. Ada pendapat yang mengatakan bahawa persengketaan ini berpunca

daripada perkauman kerana kepelbagaian puak di Lubnan. Tetapi apa jua

yang dikatakan, kita akan dapati bahawa kesan Lubnan akan mempengaruhi

perkembangan jangka panjang Timur Tengah di mana rakyat Israel kini

meluat terhadap Perdana Menteri Ehud Olmert, kerana dianggap tidak pintar

dan tangkas. Ertinya, pemerintahan campurannya bakal tumbang. Manakala,

Hizbullah kian disokong rakyat Lubnan sekalipun ia menyerahkan senjatanya,

Hizbullah tetap utuh. Bahkan, senjatanya boleh disimpan di mana-mana jua

memandangkan pejuang Hizbullah merupakan orang awam termasuk pelajar.

Sekutu Amerika di Dunia Arab kini kepanasan. Mereka berdepan dengan

gerakan Syiah, kemarahan kaum Sunnah yang bosan dengan rasuah dan

‘silap tadbir’. Perang Lubnan bak retak mencari belah bagi Amerika dan

sekutu rentas Lautan Atlantiknya.

Kebanyakan negara Eropah sudah terguris akan cara Amerika. Rasa muak

dan marah akan dasar Amerika meningkat di seluruh dunia, yang

menyaksikan azab wanita dan kanak-kanak Lebanon yang dihujani bom dan

peluru Israel (sebahagiannya buatan Amerika). Hanya Perdana Menteri

Britain, Tony Blair, yang menyokong Presiden George W. Bush. Bahkan ada

pengamat berpendapat bahawa kes komplot mengebom pesawat Amerika

yang bertolak dari Britain sehingga menggoncangkan pengangkutan udara

jagat itu diadakan-adakan. Ini memandangkan tiada bukti yang kukuh

mengenai gerak tindak komplot itu. Bagaimanapun, komplot di atas telah

digunakan oleh Bush untuk menamakan Barisan Fasis Islam sebagai

ancaman kepada Dunia Barat.

Menurut pemikir besar Amerika, Dr Noam Chomsky, Amerika menepati ciri

yang disebut Thucydides, ahli falsafah Yunani, lebih 2,000 tahun lalu,

`membiarkan negara naungannya bertindak sesuka hati`. Tegasnya, Israel

boleh membawa kehancuran kepada Amerika sendiri. Apabila keadaan sudah

meruncing, barulah Amerika cuba membaiki keadaan engan mengutus

Setiausaha Negara, Condoleezza Rice, untuk memujuk semua pihak. Apa

17

Page 18: asiment lubnan) 10

AJ 3153 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

yang berlaku di Lubnan menunjukkan cara diplomatik masih merupakan satu

usaha yang ampuh. Jika ia dimanfaatkan awal-awal lagi, mungkin kebinasaan

dapat diatasi. Cara ketenteraan lebih memusnahkan dan menunjukkan

betapa kejamnya manusia.

Contoh kita dapat lihat daripada krisis Israel Lebanon dimana kesannya

Lubnan hancur, Israel kalah dan Hizbullah telah mencapai

kemenangan.Setelah hampir sebulan pertempuran sengit antara Hizbullah

dan Regim Zionis, dunia kini memberikan tumpuan akan masa depan

Lebonan yang tidak menentu. PBB yang di konkong oleh Amerika Syarikat

akhirnya terpaksa akur dengan desakan dunia khususnya OIC yang mahukan

peperangan tersebut di tamatkan dengan segera. Persoalannya apakah

proses damai akan dapat dilaksanakan dengan sempurna sekiranya PBB

gagal memainkan peranan sebenarnya sebagai badan yang bebas dan

berkuasa memastikan keamanan sejagat dan mampu menghukum dengan

seadil-adilnya.

Apa pun kita tunggu dan lihat akan masa depan Asia Barat khususnnya di

Lebonan, Palestine dan Iraq yang kini entah kemana hala tuju dan apakah

kekejaman akan berterusan selamanya.Apa yang menarik perhatian dunia

kini, pertempuran sengit di Selatan Lebonan menyaksikan nama Hizbullah

dan Sheikh Hassan Nasrullah disebut sebagai wira tahun 2006. Sebelum ini

Hizbullah yang dianggap sebagai underdog telah bejaya mengekang

kerakusan Israel sekaligus memberikan tamparan dan memalukan seluruh

rakyat negara tersebut.

Hakikat malu ini juga mau tidak mau terpaksa di kongsi bersama oleh

Amerika yang selama ini sentiasa mengiakan apa saja tindak tanduk regim

tersebut. Dunia Islam kini mula membincangkan secara total akan siapa

sebenarnya Hizbullah. Secara tidak langsung ia memberikan suatu mesej

gembira dan kelegaan pada umat Islam seluruh dunia. Ramai yang membuat

kesimpulan krisis ini meyebabkan Lebonan hancur, Israel kalah dan Hizbullah

diumumkan sebagai pemenang. Inilah tiga watak utama dalam peperangan

tersebut.

18

Page 19: asiment lubnan) 10

AJ 3153 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

5.0 KESIMPULAN

Dalam perbincangan tersebut, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan

kebanjiran pelarian Palestin di Lubnan. Sepanjang 1975-1990, tanpa disedari

rakyat Lubnan juga turut menderita teruk yang mana lebih kurang 800 ribu

penduduk Lubnan terperangkap dalam situasi ini. Kebanjiran ini setersunya

telah menyebabkan berlakunya Perang Saudara di Lubnan. Pada asalnya,

rakyat Palestin di Lubnan cuba mengekalkan kedudukan mereka di selatan

tanpa memusuhi rakyat Lubnan.

Ini terbukti tidak mungkin kerana serangan yang dilancarkan oleh

Israel di selatan Lubnan menyebabkan kemasukan beramai-ramai rakyat

Islam Lubnan yang bermazhab Syiah ke kawasan baru bandar Beirut. Pada

hari ini, Israel masih menyerang Lubnan dengan alasan untuk menhapuskan

Hizbullah tetapi yang menjadi mangsa bukan pejuang-pejuang ini tetapi

rakyat Lubnan terutamanya orang Islam yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Kebenarannya di sini ialah walau di mana sahaja rakyat Palestin

tinggal, maka akan timbullah serangan-serangna baru daripad Israel.Dalam

masa yang sama, Israel sungguh licik kerana turut menyerang di gaza

setelah dunia memberi tumpuan kepada Lubnan.

Serangan di Lubnan ini boleh dikaitkan juga dengan isu nuklear Iran.

Boleh dikatakan tindak balas melampau rejim Israel terhadap pergerakan

pejuang Hizbullah32 di Lubnan hanya mempunyai satu tujuan iaitu untuk

melemahkan pengaruh Tehran di rantau Asia Barat. Dari segi logiknya,

strategi yang dimainkan Israel kelihatan begitu pintar kerana dengan

32Sebuah pertubuhan berfahaman syiah dipimpin oleh Syeikh Hassan Nasrullah. sebuah pasukan perang yang mahir, malah mereka

meletakan jihad sebagai sebahagian dari rukun mereka. Tidak penting dari mana sumber senjata mereka tapi yang penting Hizbullah telah mengharumkan dunia Islam dengan displin sebagai pejuang Islam sejati. Kenyataan ini dapat di lihat bila Hizbullah mampu berbaik dan diterima oleh pelbagai fahaman dan agama di Lebonan. Keperibadian mulia dan sopan serta akhlak keislaman sebenar inilah yang perlu dihayati oleh gerakan Islam yang lain. Tidak ada pihak yang mampu mengatakan Hizbullah sebagai rangkaian pengganas. http://zilal.blogdrive.com/21/09/06

19

Page 20: asiment lubnan) 10

AJ 3153 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

lemahnya Hizbullah sudah tentu akan memudahkan Washington menekan

teheran apabila berhadapan dengan isu pembangunan nuklear Iran.

Walau bagaiman pun, kita tidak boleh menafikan semangat yang

ditunjukkan oleh rakyat Palestin tidak akan henti untuk membebaskan

negara mereka daripada Israel. Ini kerana, penubuhan negara Israel adalah

haram dan telah diisytiharkan dalam masa yang singkat sehingga

menjadikan rakyat Palestin sebagai pelarian bermula 1948 sehingga kini. Ini

dikuatkan lagi dengan sokongna padu kuasa-kuasa besar seperti AS yang

menjadi dalang disebalik keganasan dan masalah politik Lubnan.

20