presentation 10

27
SJH 1034: SEJARAH SOSIOEKONOMI MALAYSIA SEHINGGA 1970 DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD SANY

Upload: muzzafarzaini

Post on 02-Feb-2016

268 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sjh1034 kerja kursus

TRANSCRIPT

Page 1: Presentation 10

SJH 1034: SEJARAH SOSIOEKONOMI MALAYSIA SEHINGGA 1970

DISEDIAKAN OLEH:

MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD SANY

Page 2: Presentation 10

TAJUK:BUAT PENILAIAN SEMULA USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN

OLEH KERAJAAN DALAM USAHA UNTUK MENYUSUN SEMULA SISTEM PENDIDIKAN SEJAK MERDEKA SEHINGGA

TAHUN 1970.

Page 3: Presentation 10

PENGENALAN

Sistem pendidikan melalui sistem persekolahan merupakan elemen penting dalam membangunkan sesebuah negara dalam bidang ekonomi, politik dan sosial.

Sistem pendidikan bukan sahaja berperanan untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat semata-mata, bahkan ia menjadi wadah perjuangan untuk menyampaikan nilai-nilai murni dalam mencapai perpaduan kaum khususnya di negara kita, Malaysia.

Sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, pelaksanaan sistem pendidikan haruslah bersesuaian mengikut keperluan semasa masyarakat Malaysia.

Page 4: Presentation 10

Di Malaysia, bidang pendidikan mendapat perhatian utama dalam rancangan pembangunan selepas negara kita mencapai kemerdekaan.

Program pendidikan di negara kita bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, sahsiah dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Ini akan melahirkan masyarakat yang berilmu, berpengetahuan dan dapat memberikan sumbangan terhadap negara.

Page 5: Presentation 10

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, sistem pendidikan masyarakat Melayu pada ketika itu adalah berlandaskan kepada pendidikan tidak formal dan pendidikan yang bersifat formal.

Pendidikan tidak formal yang dimaksudkan ialah pendidikan yang berkisar kepada pembelajaran secara turun temurun yang diwariskan kepada generasi seterusnya.

Hala tuju pendidikan ini adalah berdasarkan proses pembelajaran yang melahirkan insan yang berkemahiran dan berkebolehan dalam aspek teknik dan praktikal.

Page 6: Presentation 10

Guru utama dalam pembelajaran ini adalah ibu bapa, ahli keluarga dan masyarakat sekeliling.

Kanak-kanak pada zaman ini hanya mempelajari asas-asas kemahiran hidup seperti bercucuk tanam, menangkap ikan, bertukang dan sebagainya untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Falsafah pendidikan yang ditekankan lebih cenderung untuk melahirkan generasi yang mempunyai kemahiran asas dalam hidup, mempunyai adab dan sopan, menghormati orang lain dan mempunyai kemahiran tinggi dalam semua bidang yang dipelajari.

Page 7: Presentation 10

Selepas kedatangan agama Islam, sistem pendidikan berkembang sedikit dengan pembelajaran agama Islam dan bersifat formal.

Wujud institusi pondok dan madrasah untuk mempelajari bidang ilmu yang lebih luas.

Murid di pondok mula belajar perkataan-perkataan Arab dan selepas menguasainya, mereka akan terus mempelajari dengan cara menghafal huruf abjad Arab supaya menjadi panduan membaca doa dan teks Arab.

Page 8: Presentation 10

Selain itu, mereka juga menjadikan masjid sebagai tempat untuk menuntut ilmu dan menghafal al-Quran, menghafal doa dan mempelajari ilmu agama.

Guru utama adalah para imam dan ulama’ yang dianggap sebagai orang yang berpendidikan pada masa itu.

Selepas itu, pendidikan ini terus berkembang dan hala tuju pendidikan pada peringkat ini berkesan untuk menjadi pendorong kepada kemajuan manusia dalam aspek kerohanian, pemikiran, moral dan keduniaan berdasarkan falsafah pendidikan Islam yang diterapkan dalam pembelajaran.

Page 9: Presentation 10

Sewaktu zaman penjajahan Inggeris, perubahan yang ketara mula berlaku dalam sistem pendidikan negara.

British telah memperkenalkan pendidikan yang berteraskan Inggeris, di mana sekolah-sekolah Inggeris ditubuhkan dan diajar dalam bahasa Inggeris.

Terdapat juga sekolah-sekolah mubaligh yang ditubuhkan oleh mubaligh-mubaligh Kristian secara persendirian.

Page 10: Presentation 10

Kedatangan buruh-buruh dari China dan India yang dibawa masuk oleh British untuk memenuhi tuntutan pekerjaan dalam sektor perlombongan bijih timah dan estet-estet getah telah mewujudkan sekolah-sekolah dan sistem pendidikan mereka sendiri.

Ini telah mewujudkan sistem pendidikan yang berasaskan bahasa ibunda ataupun pendidikan vernakular.

Pendidikan ini berorientasikan keperluan identiti kaum masing-masing.

Sekolah-sekolah vernakular ini bergerak dengan sendiri dan tidak wujud interaksi antara kaum kerana sekolah-sekolah Inggeris dan Cina terletak di bandar dan sekolah-sekolah India terletak di estet-estet dan diuruskan oleh organisasi masing-masing.

Page 11: Presentation 10

Hala tuju pendidikan zaman British ini tidak menampakkan keberkesanan yang positif kerana pihak British menyekat kemasukan pelajar Melayu ke sekolah Inggeris kerana mereka bimbang jika orang Melayu belajar dengan pandai, maka kedudukan mereka akan tergugat.

Pihak British juga tidak mahu orang Melayu, Cina dan India bersatu kerana boleh menggugat kedudukan dan kepentingan ekonomi mereka di Tanah Melayu.

Oleh itu, British sengaja membuat dasar pendidikan bebas ataupun laissez-faire dan tidak mempunyai keseragaman.

Page 12: Presentation 10

PENDIDIKAN SELEPAS MERDEKA

Era penjajahan British dikatakan menjadi pemangkin kepada kesedaran tentang kepentingan pendidikan di Tanah Melayu kerana pendidikan telah membangkitkan semangat nasionalis dalam kalangan masyarakat untuk mencapai kemerdekaan.

Hal ini demikian kerana pendidikan telah memberi peluang kepada masyarakat tempatan, khususnya orang Melayu untuk menimba ilmu yang akhirnya membawa kepada kesedaran tentang sebab dan akibat penjajahan.

Polarisasi kaum yang wujud di Tanah Melayu pada masa itu juga telah menyebabkan sistem pendidikan tidak selaras dan tidak mempunyai satu garis panduan yang tertentu.

Page 13: Presentation 10

PENYATA RAZAK DAN ORDINAN PELAJARAN 1957

Pada tahun 1956, Laporan Jawatankuasa Pelajaran ataupun lebih dikenali sebagai Penyata Razak telah diperkenalkan dengan mengemukakan dua cadangan utama yang menjadi teras pembangunan pendidikan negara kita.

Pertama, ia mencadangkan supaya setiap kanak-kanak diberi peluang mendapatkan pelajaran apabila mencapai umur persekolahan.

Kedua, ia mengesyorkan satu sistem pendidikan bagi semua kanak-kanak agar dapat melahirkan warganegara yang bersatu padu.

Page 14: Presentation 10

Bagi mencapai matlamat ini, Penyata Razak mencadangkan diwujudkan dua jenis sistem persekolahan iaitu Sekolah Umum yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, dan Sekolah Jenis Umum yang menggunakan sama ada Bahasa Inggeris, Cina atau Tamil sebagai bahasa penghantar.

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah.

Bahasa Cina dan Tamil boleh diajar sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 orang murid Cina dan India, dan ibubapa memohon subjek tersebut diajar kepada anak mereka.

Page 15: Presentation 10

Bantuan kewangan akan diberi kepada sekolah-sekolah yang sedia mematuhi cadangan yang dikemukakan oleh jawatankuasa tersebut.

Laporan ini juga mencadangkan agar Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan serta semua sekolah kebangsaan dibuka kepada semua bangsa.

Penguasa Pelajaran Tempatan yang pada hari ini dikenali sebagai Kementerian Pelajaran Malaysia ditubuhkan untuk mengelolakan semua sekolah di Tanah Melayu dan buat pertama kali, Jemaah Nazir ditubuhkan untuk meletakkan guru di bawah satu perkhidmatan profesional.

Page 16: Presentation 10

Laporan Razak melambangkan Tanah Melayu telah melaksanakan dasar bertolak ansur, dasar perpaduan kaum, dasar demokrasi dan dasar kesejagatan.

Laporan ini juga telah menunjukkan sistem pendidikan telah bertambah maju apabila bertambahnya bilangan murid, guru dan sekolah.

Sebagai asas untuk melaksanakan usul Penyata Razak, suatu undang-undang diluluskan iaitu Ordinan Pelajaran 1957.

Laporan Razak telah menjadi asas perkembangan pendidikan di Malaysia.

Page 17: Presentation 10

LAPORAN RAHMAN TALIB DAN AKTA PELAJARAN 1961

Berikutan bantahan dan rasa tidak puas hati yang disuarakan oleh rakyat yang berbilang kaum, maka kerajaan terpaksa menubuhkan satu jawatankuasa baru bagi mengkaji semula Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957.

Abdul Rahman Bin Talib, Menteri Pelajaran ketika itu telah dilantik untuk mempengerusikan jawatankuasa tersebut.

Tujuan jawatankuasa ini ditubuhkan ialah untuk mengkaji semula kejayaan pelaksanaan Penyata Razak.

Page 18: Presentation 10

Laporan jawatankuasa ini telah disiapkan pada tahun 1960 dan dikenali sebgai Laporan Rahman Talib.

Pada dasarnya, Laporan Rahman Talib bertujuan untuk memperteguhkan dan memperbaiki konsep, matlamat dan sistem pelajaran yang terkandung dalam Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran.

Cadangan yang dikemukakan dalam Laporan Rahman Talib telah dimaktubkan menjadi Akta Pelajaran tahun 1961.

Page 19: Presentation 10

Antara agenda utama dalam akta ini ialah, untuk menjamin semua kanak-kanak memasuki alam persekolahan terutamanya pada peringkat sekolah rendah dan seterusnya dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah.

Pada tahun 1962, pelajaran percuma telah diperkenalkan di sekolah rendah dan sekolah menengah kebangsaan.

Tahap umur persekolahan para murid telah dilanjutkan daripada 12 tahun kepada 15 tahun.

Ini akan menambahkan lagi tempoh masa seseorang pelajar di sekolah dan membolehkan para murid mendapat peluang belajar lebih lama dan didedahkan kepada proses pembinaan dan pembangunan bangsa melalui kurikulum yang sama.

Murid yang tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah akan ditawarkan mengikuti kursus kemahiran seperti pertanian, pertukangan, dan masakan di sekolah lanjutan.

Page 20: Presentation 10

Sekolah Umum dan Sekolah Jenis Umum juga telah ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan.

Dalam usaha untuk memupukkan perpaduan dan memberi peluang yang sama rata dalam dunia pekerjaan, kurikulum sekolah dan sistem peperiksaan telah diselaraskan di kedua-dua jenis sekolah berikut.

Usaha untuk memupuk identiti bangsa, akta ini juga mengesyorkan penggunaan Bahasa Kebangsaan di sekolah rendah diperluaskan dengan menggantikan penggunaan Bahasa Inggeris.

Kesemua peperiksaan awam telah digubal menggunakan bahasa kebangsaan.

Ini telah membuktikan bahawa dalam usaha untuk membangunkan bangsa, kerajaan peka kepada keperluan masyarakat berbilang kaum, di samping memberi tempat mempelajari pelbagai bahasa.

Page 21: Presentation 10

Selepas penggabungan Tanah Melayu dengan Sarawak dan Sabah, pihak kerajaan telah berusaha untuk menyatukan sistem pendidikan di seluruh negara.

Pelajaran percuma seperti yang dinikmati oleh pelajar di Tanah Melayu juga diberikan kepada pelajar di negeri Sabah dan Sarawak.

Memandangkan pendidikan menjadi tanggungjawab kerajaan pusat, Kementerian Pelajaran telah meminjamkan Pegawai Pelajaran dari Kuala Lumpur pada tahun 1965 untuk menjadi Pegawai Pelajaran di Sabah.

Perlantikan dan pelajaran percuma dari kerajaan pusat ini merupakan langkah awal kearah menyeragamkan dasar dan sistem pendidikan antara kerajaan pusat dengan Sabah dan Sarawak.

Page 22: Presentation 10

PENDIDIKAN TANAH MELAYU SELEPAS 1961

Proses pembangunan dan perkembangan sistem pendidikan di Malaysia selepas merdeka yang bermula selepas tahun 1961 bermula pada tahun 1961 sehingga tahun 1970.

Ia melibatkan program pembangunan pelajaran yang berhubung dengan matlamat untuk memperluaskan peluang dan meningkatkan penyertaan pelajar dalam sistem persekolahan terutamanya ke peringkat menengah bagi pelajaran di luar bandar.

Antara program yang dilaksanakan, termasuklah pemansuhan Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah pada tahun 1964, penubuhan sistem Pendidikan Aneka Jurusan pada tahun 1965, penubuhan Pusat Latihan Daerah, penubuhan Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional, penyelarasan sistem pendidikan melalui Polisi Pendidikan Kebangsaan serta penubuhan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Page 23: Presentation 10

Satu perkembangan penting bagi meningkatkan bilangan pelajar ke sekolah menengah ialah dengan memansuhkan Peperiksaan Masuk ke sekolah menengah pada tahun 1964.

Ini kerana, sebelum ini hanya 30 hingga 35 peratus pelajar sahaja yang berjaya lulus dalam peperiksaan untuk melayakkan diri mereka melanjutkan pelajaran di peringkat menengah.

Tetapi selepas perlaksanaan akta tersebut, pelajar boleh memasuki sekolah menengah secara automatik dan boleh terus memulakan pembelajaran di tingkatan satu hingga tingkatan tiga.

Page 24: Presentation 10

Di peringkat menengah rendah, pelajar akan menerima pendidikan aneka jurusan selama tiga tahun.

Di bawah sistem ini, selain mata pelajaran akademik pelajar juga akan mengikuti mata pelajaran pilihan yang bersifat pravokasional misalnya Seni Perusahaan, Sains Pertanian, Sains Rumahtangga dan Perdagangan.

Kursus kemahiran pilihan yang diajarkan ini adalah untuk memberikan peluang kepada pelajar untuk menguasai pelbagai jenis kemahiran demi melahirkan tenaga kerja mahir dan sebagai persediaan untuk pasaran kerja.

Page 25: Presentation 10

Jelaslah bahawa perkembangan pendidikan sebelum tahun 1970 telah menampakkan usaha gigih pihak kerajaan untuk memperluas dan memperbanyakkan peluang bagi murid untuk mendapat peluang dan menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar.

Kesannya ialah, kadar kemasukan murid ke sekolah, khasnya di peringkat rendah telah meningkat hingga ke tahap 93 peratus daripada jumlah murid yang layak untuk menyambung pelajaran ke sekolah.

Perkembangan ini adalah sesuatu yang membanggakan kerana negara kita ketika itu tidak mewajibkan pendidikan.

Ini telah membuka mata rakyat dan memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan pendidikan.

Page 26: Presentation 10

KESIMPULAN

Perkembangan pendidikan di Malaysia ternyata mengalami banyak perubahan, terutama sejak zaman penjajahan hinggalah zaman selepas merdeka.

Aspek aspek murni amat penting dan ditekankan dalam pendidikan kerana sebagai sebuah masyarakat majmuk, nilai-nilai murni perlu ada dalam diri setiap warganegara.

Kelemahan masih lagi wujud dan perlu diambil serius oleh pihak kerajaan untuk diselesaikan dengan segera.

Mutu pendidikan yang sempurna serta hubungan masyarakat yang harmoni akan menjadi tonggak kejayaan yang akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan dapat merealisasikan Wawasan 2020.

Page 27: Presentation 10

BIBLIOGRAFIBUKU Abdullah Sani Yahaya. (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Pahang: PTS Pub & Distributor Sdn.

Bhd. Fadzilah Binti Abdullah. (1996). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur: As Noordeen. Hassan Langgulung. (1995). Manusia dan Pendidikan: Satu Analisa Psikologi dan Pendidikan. Jakarta: al-

Husna Zakaria. J.S Furnivall. (1948). Colonial Policy and Practice. London: Cambridge University Press. Laporan Jawatankuasa Kabinet. (1984). Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur:

Kementerian Pelajaran Malaysia. Mook Soon Sang. (2000). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.

Bhd. P. Sivarajan PhD & S. Malar Arasi. (2012). Sejarah Sosioekonomi Malaysia Sehingga Tahun 1970. Selangor:

Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Rozeman Abu Hassan. (2008). Biografi Aminuddin Baki: Arkitek Pendidikan Negara. Selangor: Universiti

Kebangsaan Malaysia. Sufean Hussin. (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia: Teori dan Analisis. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka. Tajul Ariffin Bin Nordin. (1993). Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka. Tengku Anuar. (1990). Pengetahuan Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

 

INTERNET SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/1057-sejarah-pendidikan-di-malaysia.html