asigment 1

Upload: alhana-awang

Post on 09-Jan-2016

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

fwfgw

TRANSCRIPT

Perkataan kecergasan dan kesejahteraan hidup adalah perkara yang amat berkait rapat dengan amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian kita. Kecergasan dan kesejahteraan hidup amat penting bagi menjamin kesihatan diri dalam pelbagai peringkat umur. Kesihatan diri amat penting dan tiada tolak gantinya. Masyarakat Malaysia kini sering terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik dan akhirnya mengundang kepada kematian. Ini kerana mereka tidak mengamalkan gaya hidup sihat dan ketidakseimbangan kesihatan rohani dan jasmani dalam kitaran hidup seharian. Oleh itu, Kementerian Kesihatan kerap kali mengadakan kempen kesihatan untuk memberi kesedaran kepada awam tentang penjagaan kesihatan yang perlu dipupuk dalam budaya hidup kita malah perlu disemai sejak awal lagi agar kita tidak tergolong dalam kalangan yang mempunyai masalah kesihatan.

Kecergasan keseluruhan adalah integrasi komponen-komponenmental, sosial, emosi, fizikal dan rohani. Komponen utama di dalam kecergasan berlandaskan kesihatan ialah kecergasan fizikal yang melibatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi. Aspek ini dikenal pasti mampu mencegah seseorang daripada terkena penyakit seperti kardiovaskular, obesiti dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan otot dan tulang. Antara contoh senaman yang boleh meningkatkan kecergasan fizikal seperti jogging, aerobik dan sebagainya. Manakala, kesejahteraan diri pula datang daripada kesihatan tubuh badan yang sihat meliputi tubuh badan yang cergas dan dan kesihatan emosi yang stabil. Ia boleh diperolehi melalui gaya hidup yang sihat seperti makanan yang seimbang, aktiviti senaman, tidur atau rehat yang mencukupi, cara pergaulan dengan manusia di sekeliling, kebersihan dari segi mental, fizikal dan persekitaraan dan banyak lagi. Kesemua amalan gaya hidup yang positif ini membawa kepada banyak manfaat dan kebahagian kepada kehidupan kita.

Antara kepentingan gaya hidup sihat adalah rakyat yang mengamalkan gaya hidup sihat dapat melahirkan sebuah negara yang maju. Tambahan pula, mewujudkan keluarga yang dapat memenuhi fungsi-fungsi dari segi biologi, sosial, dan psikologi secara optimum dan mengekalkan jaringan hubungan antara masyarakat. Ia juga dapat mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja pada masa kini. Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat amat penting kepada semua lapisan masyarakat untuk mempunyai tahap kesihatan yang baik. Oleh itu, kita harus mempunyai kesedaran untuk menggiatkan lagi mutu penjagaan kesihatan.Secara keseluruhan juga, amalan gaya hidup sihat dapat dikatakan ataupun merupakan suatu aspek yang penting dalam kesihatan kerana tanpa kehidupan yang sihat, kita tidak akan mampu melakukan sesuatu tugasan harian dengan cepat