kumpulan 5 - echa, zai, huda & pah

25
KUMPULAN 5 EDU – BUDAYA DAN PEMBELAJARAN DISEDIAKAN OLEH : NURUL HUDA BT FAUDZI SHARIFAH NUR ATIQAH BT SYED GHALIB SITI AISYAH BT MOHD ADIB SITI NORZAIDAH BT KAMARUDDIN

Upload: ct-norzaidah

Post on 14-Nov-2015

30 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Budaya dan Pembelajaran

TRANSCRIPT

KUMPULAN 5 EDU BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

KUMPULAN 5EDU BUDAYA DAN PEMBELAJARANDISEDIAKAN OLEH : NURUL HUDA BT FAUDZISHARIFAH NUR ATIQAH BT SYED GHALIBSITI AISYAH BT MOHD ADIBSITI NORZAIDAH BT KAMARUDDIN PROGRAMKIA2MKelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis

LATAR BELAKANGKelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) telah dilaksanakan pada bulan Mac 2006 ekoran daripada pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 2010 (TERAS KETIGA : MEMPERKASA SEKOLAH KEBANGSAAN )Dalam Mesyuaarat Memperkasa Sekolah Kebangsaan telah diadakan pada 22 November 2005 masalah kegagalan menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dalam kalangan murid-murid diberi perhatian serius.

Sebagai langkah segera, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) diberi mandat untuk melaksanakan program KIA2M ini.Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah bagi memastikan murid yang mengikuti kelas KIA2M ini dapat mengenal huruf dengan tepat, mengeja dan menyebut setiap perkataan dan ayat tunggal dengan sebutan yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

PENGENALAN KIA2MSatu program yang dirancang khusus untuk membantu murid tahun satu menguasai kemahiran asas iaitu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu.Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca atau menulis.Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang perlukan pemulihan dalam kelas.Keseluruhan program ini dijalankan selama 3 atau 6 bulan.Masa yang dijalankan merupakan pilihan yang dibuat oleh sekolah.Semua murid tahun satu akan mengikuti ujian penapisan. Ujian ini merupakan ujian yang terpenting bagi mengetahui murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu.Murid yang lulus akan meneruskan kelas biasa manakala murid yang gagal, mereka akan ditempatkan dalam program ini.MATLAMAT KIA2MMemastikan 100% murid Tahun 1 menguasai 2M.Membantu murid Tahun 1 menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu.Memberi peluang murid-murid mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan tahap kebolehan masing-masing.Meningkatkan keyakinan diri murid-murid.Menyemai semangat minat untuk belajar. STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN1)PENCALONAN UJIAN PENAPISANPenubuhan kelas adalah berdasarkan jumlah murid Tahun 1.Tiada penambahan kelas dan guru bagi tujuan tersebut.Sebelum murid-murid mengikuti program ini. mereka terlebih dahulu akan melalui proses pencalonan dan ujian penapisan kemasukan.Pengkelasan murid seterusnya adalah berdasarkan skor seperti berikut:0-9 : dirujuk kepada pengamal perubatan10-44 : menjalani program KIA2M45-60 : meneruskan pengajaran dan pembelajaran kelas biasa.2) PERANCANGANGuru yang telah dikenal pasti untuk mengendalikan program tersebut ini dikehendaki supaya merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan merujuk kepada modul pengajaran yang telah dibekalkan.Tetapi mereka diberi kebebasan untuk menyesuaikan dengan aktiviti dan latihan dalam modul tersebut agar relevan dan selaras dengan tahap kebolehan murid-murid berkenaan.

Berpusatkan GuruGuru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar berdasarkan apa yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja.

Berpusatkan MuridMurid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas.

Berpusatkan Bahan Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun sesuai dengan perancangan yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan dijalankan.

PENDEKATAN PROGRAM KIA2MPendekatan dalam pelaksanaan Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) adalah pendekatan secara kelas, kumpulan dan juga individu.Digunakan mengikut kesesuaian dari segi :Kebolehan muridAktiviti yang dirancangKemahiran yang hendak diajar

Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya :Murid dapat melibatkan diri.Meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar.Aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di awal dan di akhir waktu belajar.

Pendekatan Secara BerkumpulanKonsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan murid.Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid yang menghadapi masalah yang sama atau hampir sama dibentuk.Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan modul pengajaran yang disediakan.Pendekatan Secara IndividuGuru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu membimbing untuk mengatasi masalah yang dihadapi.Selain itu, bantuan daripada rakan sebaya juga boleh digunakan jika perlu.

4) PENGAJARAN Pengendalian suatu perancangan untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk mencapai sesuatu objektif.Tujuan menggunakan pelbagai teknik adalah untuk menarik minat, mengekalkan perhatian, serta membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk mencapai objektif pengajaran guru.

Antara teknik pengajaran bahasa yang dicadangkan ialah ;Teknik berceritaTeknik latih tubiTeknik tunjuk caraTeknik bersoal jawabTeknik main perananTeknik menyanyiTeknik lakonanTeknik Kuiz

Bahasa Melayu Merentas KurikulumFokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. Oleh itu, konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan.

Subjek-subjek Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu.Pendidikan Jasmani Kesihatan :Pergerakan menggunakan abjad, suku kata dan perkataan.Permainan dalaman dam abjad, suku kata, perkataan.Lambung dan sambut pundi kacang / bola berabjad / suku kata.

Pendekatan Muzik:Nyanyi Lagu- Lagu abjad, mengeja, kanak-kanakPergerakan beriramaBunyi-bunyian berirama

Pendidikan SeniBinaan- menggunakan play dough, plastesin,Catan- melukis bentuk abjadCapan- mengecap bentukTampalan- menampal bentuk abjad dan kolaj

6)TINDAKAN SUSULAN Murid-murid KIA2M dibenarkan mengikuti kelas biasa setelah mereka lulus dalam menjalani ujian pelepasan I dan ujian pelepasan IIDi samping itu penerapan dan pemantauan dibuat oleh beberapa pihak termasuklah-Pusat perkembangan kurikulum dan bahagian lain dalam Kementerian Pelajaran Malaysia-Jemaah Nazir Sekolah-Jabatan Pelajaran Negeri-Pejabat Pelajaran Daerah-Guru Besar

KESIMPULAN Penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis akan lebih berkesan jika murid mendapat peluang yang luas dan pelbagai untuk membolehkannya memahami sesuatu konsep.Oleh itu, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab para guru untuk merancang pelbagai pendekatan, teknik, media pengajaran dan aktiviti agar murid dapat memahami apa yang disampaikan dengan lebih baik.