asemen 2

16
1 EDU 3093 APA ITU GLOBALISASI ? Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2013) global bermaksud mengenai dunia seluruhnya atau pada keseluruhannya dan pada umumnya. Manakala, globalisasi pula bererti fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Scholte (2000), menyatakan globalisasi ialah proses menyingkirkan batasan atau sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya mewujudkan satu ekonomi dunia yang terbuka dan tanpa sempadan. Arus globalisasi yang melanda sekarang akan merubah keseluruhan cara hidup baik dalam bidang politik, ekonomi, sosial mahupun budaya sehingga dunia yang begitu besar telah bertukar menjadi sebuah perkampungan kecil yang dipanggil global village dan akhirnya kita telah menjadi satu masayarakat besar dunia (Perkins, 1992). GLOBALISASI DAN CABARAN PENDIDIKAN Globalisasi yang terancang dan terkawal akan memwujudkan inidividu modal insan berminda kelas pertama dengan harapan modal insan berminda kelas pertama ini akan memacu negara ke arah yang progresif. Saya bersetuju bahawa sistem pendidikan terkini dapat melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang dapat mengharungi cabaran globalisasi. PENGENALA N

Upload: martin-ramos

Post on 11-Jan-2016

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ASEMEN 2

1

APA ITU GLOBALISASI ?

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2013) global bermaksud mengenai dunia

seluruhnya atau pada keseluruhannya dan pada umumnya. Manakala, globalisasi pula bererti

fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan

kepantasan perkembangan teknologi maklumat.

Scholte (2000), menyatakan globalisasi ialah proses menyingkirkan batasan atau sekatan

kerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya mewujudkan satu ekonomi dunia yang

terbuka dan tanpa sempadan.

Arus globalisasi yang melanda sekarang akan merubah keseluruhan cara hidup baik dalam

bidang politik, ekonomi, sosial mahupun budaya sehingga dunia yang begitu besar telah

bertukar menjadi sebuah perkampungan kecil yang dipanggil global village dan akhirnya kita

telah menjadi satu masayarakat besar dunia (Perkins, 1992).

GLOBALISASI DAN CABARAN PENDIDIKAN

Globalisasi yang terancang dan terkawal akan memwujudkan inidividu modal insan berminda

kelas pertama dengan harapan modal insan berminda kelas pertama ini akan memacu negara

ke arah yang progresif. Saya bersetuju bahawa sistem pendidikan terkini dapat melahirkan

modal insan berminda kelas pertama yang dapat mengharungi cabaran globalisasi.

Mengikut Prof Michael Gibbons (2003), Setiausaha Agong Persatuan Universiti Komonwel

(ACU), globalisasi pendidikan ialah proses perubahan untuk amalan dan pelaksanaan

pengajaran yang berkualiti. Fungsi utama globalisasi pendidikan adalah menghasilkan sumber-

sumber yang diperlukan untuk pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat. Ia merupakan

proses berterusan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengalaman individu.

Dalam hal ini, pelbagai langkah telah dilakukan untuk menghadapi cabaran globalisasi

pendidikan ini antaranya, menubuhkan Multimedia Super Corridor (MSC) dan mengembangkan

PENGENA

LAN

Page 2: ASEMEN 2

2

sekolah-sekolah bestari serta penswastaan pendidikan tinggi dengan memberi peluang untuk

penubuhan kolej dan universiti swasta dalam negeri.

Untuk menghadapi cabaran pendidikan, guru merupakan aset utama yang berperanan dalam

menyahut segala cabaran pendidikan akan datang. Jadi, ciri-ciri guru dalam cabaran globalisasi

pendidikan perlu dititikberatkan oleh semua guru. Guru perlulah mempunyai iltizam yang tinggi

iaitu melibatkan diri secara bersungguh-sungguh serta penuh tanggungjawab dalam

pelaksanaan tugas melahirkan modal insan kelas pertama. Seterusnya, dalam era globalisasi

ini seseorang guru itu perlu berorientasikan maklumat, dengan kata lain bersungguh-sungguh

mengejar maklumat baru yang berkaitan pendidikan serta isu-isu semasa. Aspek ini perlu

diambil perhatian kerana ia amat berguna kepada pelajar.

Seseorang guru perlu berpandangan jauh dan mempunyai visi terutamanya dalam

perkembangan pendidikan demi mencapai matlamat kecemerlangan pendidikan negara dalam

alaf baru. Selain itu, guru juga perlu berpandangan positif iaitu memperlihatkan reformasi dan

inovasi pendidikan serta perubahan kurikulumnya dalam perspektif yang positif yang boleh

mendatangkan manfaat kepada diri, pelajar, masyarakat dan negara contohya peka kepada

perubahan dalam setiap aspek, sedar tentang keperluan negara dan bersikap positif terhadap

pembelajaran. Seseorang guru juga perlu berpengetahuan, fleksibel dan mudah menyesuaikan

diri dalam reformasi, inovasi dan perubahan pendidikan dengan menguasai kemahiran belajar.

Salah satu nilai aspirasi dalam penerapan “Satu Malaysia” adalah budaya inovasi dan budaya

ilmu. Oleh yang demikian, kesediaan rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan

berinovasi dalam apa jua lapangan yang diceburi perlu dititikberatkan. Rakyat Malaysia perlu

dikenali sebagai individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-

masing. Rakyat Malaysia perlu berani mencari penyelesaian baru dalam menangi masalah dan

sentiasa bersedia untuk menjadi perintis. Seterusnya, negara Malaysia akan benar-benar maju

dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi.

Budaya ilmu yang diterapkan dalam nilai aspirasi cenderung untuk sentiasa memburu

pengetahuan yang terkini dan kesediaan menimba ilmu sepanjang hayat. Justeru itu, rakyat

Malaysia perlulah disediakan dengan kriteria globalisasi dan cabaran pendidikan kerana

kemajuan dan pembangunan sesebuah negara bermula dari pendidikan.

Page 3: ASEMEN 2

3

PENGAMBILAN GURU HANYA DI KALANGAN 30% GRADUAN TERBAIK

Profesion keguruan akan menjadi lebih berprestij dan elit apabila pengambilan dibuat hanya

dalam kalangan graduan 30 peratus terbaik dalam negara dalam usaha mentransformasi

profesion itu menjadi profesion pilihan. Ini bermakna Kementerian Pendidikan akan

meninggikan syarat kelayakan kemasukan ke profesion keguruan bagi memastikan semua guru

yang mengikuti setiap latihan perguruan memenuhi syarat minimum kelayakan akademik.

Kementerian turut berhasrat untuk mengubah Institut Pendidikan Guru (IPG) kepada universiti

latihan guru bertaraf dunia menjelang 2020 dan menilai semula kurikulum latihan

praperkhidmatan semasa bagi memastikan guru bersedia untuk mengajar kemahiran berfikir

aras tinggi yang diperlukan murid.

Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancarkan

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, mulai

tahun ini, guru akan menerima program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) bagi

membantu guru mencapai potensi penuh. Program CPD itu termasuk latihan komponen teras

dan elektif mengikut keperluan pembangunan diri yang akan diberi latihan secara individu

daripada penyelia masing-masing. Pelan itu turut menyebut, guru boleh memilih laluan kerjaya

yang menarik berdasarkan prestasi, potensi dan minat mereka, sama ada memilih untuk

menjalankan tugas kepimpinan atau menjadi guru pakar.

Dalam memastikan kepemimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah,

kementerian akan menukar kriteria pemilihan pengetua dan guru besar daripada pemilihan

berasaskan tempoh perkhidmatan kepada pemilihan yang berfokuskan kecekapan kepimpinan.

Setiap pengetua atau guru besar juga dikehendaki mendapatkan sijil Kelayakan Profesional

Kebangsaan bagi Kepimpinan Pendidikan (NPQEL) daripada Institut Aminuddin Baki sebelum

boleh dilantik. Pengetua dan guru besar yang bakal dilantik juga akan mengikuti program

pementoran selama satu bulan di bawah bimbingan pengetua dan guru besar yang akan

berpindah dan bersara.

Dalam pada itu, kementerian akan memastikan 100 peratus sekolah memenuhi keperluan

infrastruktur asas menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak bagi mewujudkan

persekitaran pembelajaran yang selamat, bersih dan kondusif. Kementerian juga akan

Page 4: ASEMEN 2

4

melaksanakan prinsip asas yang telus dan saksama dalam pengagihan kewangan dan

sokongan lain kepada semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

Bagi memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam meningkatkan kualiti

pembelajaran, kementerian menyediakan akses Internet dan persekitaran pembelajaran maya

melalui iBestariNet bagi kesemua 10,000 sekolah menjelang tahun ini. Perpustakaan video

pengajaran oleh guru cemerlang akan diwujudkan supaya guru boleh menggunakan sumber ini

bagi mendapatkan idea dan murid pula dapat menjadikannya sebagai alat ulang kaji.

Menerusi globalisasi ianya dapat meluaskan pengetahuan guru secara global. Seperti yang kita

tahu, guru perlu sentiasa mengekalkan nilai intelektualnya kerana guru merupakan agen

perubahan dalam menghasilkan produk berkualiti atau modal insan yang diperlukan di negara

kita. Guru perlulah peka dengan perkembangan semasa kerana selain tanggungjawab

menyalurkan ilmu kepada murid, guru menjadi sumber rujukan dan teladan bagi masyarakat di

sekeliling. Dengan globalisasi ianya meletakkan profesion keguruan sebagai satu profesion

yang penting. Ini kerana berjayanya sesebuah negara adalah dengan berjayanya negara itu

menghasilkan modal insan berguna yang akan membangunkan negaranya setaraf dengan

negara maju yang lain.

Dengan globalisasi guru dapat meningkatkan kemahiran ICT dan interaksi global yang mana

ianya meluaskan konsep pembelajaran mengatasi bilik darjah. Contohnya, dengan kemahiran

teknologi maklumat dan komunikasi, guru dapat melaksanakan proses pengajaran dan

pembelajaran yang merentasi penyediaan pengalaman murid tanpa terbatas. Contohnya, murid

berpeluang melihat keadaan gunung berapi, keadaan di kutub utara dan menyelami di dasar

laut menerusi carian laman video pendidikan di internet. Tambahan pula, perkembangan dari

segi penggunaan teknologi maklumat, kurikulum di Malaysia juga telah disemak semula dan

diberi nilai tambah supaya kurikulum tersebut adalah relevan dan berupaya untuk menyediakan

pelajar dengan kemahiran tertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah mereka

melepasi alam persekolahan.

Hussein Ahmad (2001) memberi penegasan bahawa proses globalisasi yang melanda dunia

telah membawa perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup dan norma kehidupan

manusia di seluruh dunia. Sama ada sesebuah negara itu kecil atau besar, pedalaman benua

mahu pun di kepulauan kecil, di pergunungan tinggi mahu pun di lereng, kaki dan lembah bukit,

Page 5: ASEMEN 2

5

kesemuanya telah menerima tempias dan pengaruh fenomena globalisasi. Kesan yang paling

ketara akibat pengaruh globalisasi adalah perubahan gaya hidup terutama dalam kalangan

anak-anak remaja di bangku sekolah yang begitu terpengaruh dengan amalan negatif

kehidupan Barat. Oleh itu, aspek berkaitan keperibadian guru, budaya sekolah dan aktiviti-

aktiviti kokurikulum kerana perkara tersebut memberi impak tersendiri dalam pembentukan

moral pelajar seperti di bawah:

a) Keperibadian guru : Guru perlu menampilkan perawakan yang positif terutama ketika

proses pengajaran dan pembelajaran. Perwatakan guru yang jujur, amanah, bersopan

santun, penyayang, penyabar, sedia memberi pertolongan, sedia berkorban dan

berdedikasi perlu diterampilkan supaya dapat menjadi contohan pelajar. Guru juga perlu

membawa watak orang yang taat kepada amalan agama.

b) Budaya sekolah : Budaya sekolah yang mempraktikkan sikap amanah, ketekunan,

cintakan kecemerlangan, berkasih sayang, bertolong bantu, kesantunan akhlak dan

mengamalkan kehidupan beragama adalah elemen-elemen yang perlu dihidupkan dan

dihayati secara berterusan. Aspek tersebut merupakan nilai yang seharusnya diberikan

perhatian secara bersungguhsungguh oleh pihak pentadbiran sekolah

c) Aktiviti kokurikulum : Aktiviti seperti pakaian beruniform, persatuan, kelab dan kegiatan

sukan dapat memberi input penting kepada pembentukan sahsiah pelajar. Aktiviti yang

dijalankan melalui pemantauan guru akan menyuburkan sikap positif terhadap semangat

bekerjasama, berdikari, tolong menolong, semangat cinta akan negara dan berdisiplin.

Page 6: ASEMEN 2

6

PENDIDIKAN TERKINI KE ARAH MENGHADAPI GLOBALISASI

Pelbagai usaha dan program telah dirancang dan dijalankan oleh kerajaan untuk melahirkan

modal insan berminda kelas pertama yang dapat mengharungi cabaran globalisasi. Di antara

program yang sedang dijalankan ialah :

1) Professional Learning Communities (PLC)

PLC ialah singkatan kepada program professional learning communities. PLC merupakan

koleksi aktiviti akademik secara bersepadu berteraskan lima strategi utama sebagai usaha

menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah. PLC akan menjadi simbol usaha

secara komprehensif dan cita-cita besar KPM bagi mencabar, memotivasi serta membantu

sekolah meningkatkan pencapaian.

Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited dan

bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk

mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka.(Rosenholtz, 1989; Little &

McLaughlin, 1993; DuFour, Eaker, & Many, 2006, )

Satu trend menarik dalam perkembangan pendidikan di negara-negara maju ialah pemantapan

komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan pendidik sebagai usaha meningkatkan

profesionalisme guru.

Konsep komuniti pembelajaran profesional boleh didefinisikan sebagai aktiviti-aktiviti kolaboratif

antara pihak sekolah dengan pihak di luar komuniti sekolah.

Sekolah boleh membawa masuk pihak berkepentingan dari luar sekolah ke dalam bilik darjah

untuk menterjemahkan kurikulum dan penyampaian kurikulum, dan aktiviti kolaboratif antara

pihak berkepentingan dengan pihak sekolah untuk memantapkan penyampaian pendidikan bagi

meningkatkan pencapaian pelajar.

Page 7: ASEMEN 2

7

2) Program Pembangunan Guru Baharu

PPGB atau juga lebih dikenali sebagai Program Pembangunan Guru Baharu adalah suatu

program di bawah kelolaan Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Program ini dikhususkan kepada

guru-guru baharu posting mulai tahun 2011, dan dilaksanakan sehingga kini. Pemantauan bagi

program PPGB ini adalah sebanyak 2 kali setahun.

Program ini akan berlangsung sepanjang satu tahun bermula daripada tarikh guru tersebut

ditempatkan di sekolah. Dan dalam tempoh tersebut, guru baharu tadi akan dibimbing oleh guru

mentor yang akan bertindak memberi tunjuk ajar dan pendedahan kepada guru baharu.

Pendedahan yang dimaksudkan adalah yang pembelajaran melalui bimbingan terus yang

melibatkan aspek pengajaran dan pembelajaran, pengurusan tugas dan juga program sekolah,

pengurusan kelas, pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum, pengurusan majlis dan juga hal-hal lain

yang berkaitan dengan pengurusan murid.

Jadi, boleh juga dikatakan program PPGB ini adalah proses pementoran terus kepada guru

baharu dalam menyediakan mereka dengan situasi sebenar dunia pendidikan. Secara tak

langsung ini juga dapat meningkatkan profesionalisme keguruan bagi guru baharu dan

menyediakan guru baharu yang siap untuk melakukan transformasi berkesan kepada

pendidikan di Malaysia.

3) Ujian PISA

Ujian PISA adalah merupakan akronim kepada Programme International Student Assessment

yang diperkenalkan oleh OECD (Organisation For Economic Co-operation and Development).

Ujian ini diadakan 3 tahun sekali bermula pada tahun 2000, dan negara kita Malaysia mula

menyertainya pada tahun 2009.

PISA 2012 merupakan kajian ke-5 yang diadakan. Ujian ini adalah bagi menguji tahap

penguasaan remaja berusia 15 tahun terhadap keupayaan membaca, Sains dan Matematik.

Sebanyak 65 buah negara terlibat pada Ujian PISA 2012, dengan hampir seramai 510 000

pelajar terlibat.

Page 8: ASEMEN 2

8

Ujian berlangsung selama 2 jam. Ujian terdiri daripada gabungan soalan terbuka (open-ended)

dan juga soalan pelbagai pilihan jawapan (multiple-choice). Ada dua lagi ujian atau pun kajian

yang juga berkaitan dengan PISA, iaitu TIMSS dan PIRLS.

TIMSS adalah singkatan kepada Trends in International Mathematics and Science Study, dan

PIRLS adalah singkatan kepada Progress in International Reading Literacy Study. Boleh

dikatakan bahawa Ujian PISA adalah gabungan kepada dua ujian atau kajian ini. Bezanya,

TIMSS diadakan bagi mengkaji penguasaan pelajar antarabangsa dalam subjek Matematik dan

Sains sahaja. Dan juga TIMSS dilaksanakan 4 tahun sekali.

Antara negara-negara yang sering mengungguli Ujian PISA ini adalah Finland, Korea, Hong

Kong, Jepun, Shanghai (China) serta Singapura. Disebabkan itu jugalah negara-negara ini

sering dijadikan rujukan bagi sistem pendidikan antara yang terbaik di dunia, terutamanya

sistem pendidikan negara Finland.

Ujian PISA yang terkini pada tahun 2012 juga mendapati Shanghai (China), Hong Kong dan

Singapura merupakan tiga negara yang mendapat kedudukan tertinggi dalam ujian membaca,

Sains dan Matematik.

Manakala kedudukan Malaysia dalam Ujian PISA adalah seperti berikut :

2009

Matematik - 57 (mata 404)

Sains - 53 (mata 422)

Membaca - 55 (mata 414)

2012

Matematik - 52 (mata 421)

Sains - 53 (mata 420)

Membaca - 59 (mata 398)

Page 9: ASEMEN 2

9

Jika diperhatikan daripada segi mata yang diperolehi oleh pelajar dari Malaysia, jelas

menunjukkan penurunan bagi subjek Sains dan membaca. Dikatakan ada 3 faktor yang

menyumbang kepada keputusan ini, iaitu sikap pelajar yang tidak menjawab dengan

bersungguh-sungguh, format soalan PISA yang berbeza daripada format soalan peperiksaan

Malaysia yang lebih ringkas dan keutamaan guru dalam menghabiskan sukatan berbanding

menerangkan konsep sebenar pengetahuan.

Secara umumnya, semua pihak sama ada murid, guru, pentadbir, masyarakat dan sebagainya

perlu mempunyai kesedaran dalam diri masing-masing untuk bersama-sama meningkatkan

kefahaman dan kemahiran supaya semuanya dapat menghadapi cabaran di era globalisasi ini.

Selain itu, kita juga perlu mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang luas supaya

dapat menghadapi segala cabaran dan rintangan yang mendatang.

RUMUSA

N

Page 10: ASEMEN 2

10

Syukur kepada Allah kerana saya dapat menyiapkan dan menghantar tugasan ini pada masa

yang telah ditetapkan. Terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah kerja kursus ini iaitu Encik

Mohamad Roslan bin Abd Razak kerana telah menerangkan serba sedikit tentang kehendak

soalan di samping telah banyak memberi maklumat tambahan sewaktu saya dan rakan-rakan

menghadiri interaksi di institute. Terima kasih juga kepada rakan-rakan sekelas yang telah

berkongsi pendapat dan maklumat tentang tajuk yang telah diperolehi.

Tugasan ini terbahagi kepada dua iaitu penulisan esei tentang sejauh mana sistem pendidikan

terkini dapat melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang dapat mengharungi cabaran

globalisasi manakala tugasan kedua iaitu persembahan melalui slaid PowerPoint dengan

membincangkan sejauh mana globalisasi dapat membawa satu transformasi baru dalam

penggunaan Teknologi Maklumat Komunikasi berdasarkan artikel yang telah dipilih.

Melalui tugasan-tugasan tersebut saya dapati terdapat kelebihan dan kelemahan mengenai

sistem pendidikan di era globalisasi ini. Walaubagaimanapun, kita sebagai pendidik khasnya

dan sebagai rakyat Malaysia amnya perlu memainkan masing-masing peranan supaya segala

bentuk cabaran dan teknologi terkini pada masa kini dapat digunakan dan diaplikasikan kearah

yang lebih baik. Selain itu, kita dapat menyampaikan segala ilmu dan maklumat yang diperoleh

kepada generasi yang lain sebaik mungkin supaya mereka tidak menggunakan teknologi

komunikasi untuk melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Harapan saya semoga tugasan

saya ini dapat memenuhi kehendak soalan.

REFLEKSI

Page 11: ASEMEN 2

11

Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGK Sultan Abdul Halim (2014). EDU-Nota Guru Dan Cabaran

Semasa. Sungai Petani.

http://www.globalization101.org/what-is-globalization

https://en.wikipedia.org/wiki/Programme_for_International_Student_Assessment

http://www.cikguhailmi.com/2014/12/isu-pendidikan-dan-kontroversi-sepanjang-tahun-2014.html

http://isusemasapendidikan.blogspot.com/

RUJUKAN

Page 12: ASEMEN 2

12