asas roti loaf mudah

11
1)selama ini Maisya selalu guna air suam untuk buat roti tapi sebenarnya penggunaan air sejuk/air ais sangat bagus untuk menghasilkan roti yang lembut dan bertekstur halus, terutamanya jika uli doh menggunakan mixer atau breadmaker kerana semasa proses menguli doh akan menjadi panas. 2)selama ini juga Maisya selalu menggunakan teknik merehatkan doh 2 kali( uli->biar naik 2 kali ganda->uli buang angin->bentukkan->biar naik 2 kali ganda->bakar), tetapi rupanya selepas diuli boleh terus dibentukkan (uli->bentukkan->biar naik 2 kali ganda->bakar). Cara ini lebih cepat dan doh lebih senang untuk dibentukkan. 3)kuantiti yis boleh dikurangkan untuk melambatkan proses pengembangan doh. Anggaran 4g yis kering untuk 1kg tepung. Doh boleh diuli pada waktu malam, dibentukkan dan dibiarkan (bertutup) untuk dibakar pada awal pagi esoknya. 4)tips menggunakan BM(breadmaker) Tesco, pilih menu no 8. Selepas uli yang pertama, terus tekan start beberapa saat untuk reset dan pilih menu no 8 sekali lagi. Selepas selesai uli yang pertama boleh terus keluarkan daripada BM dan bentukkan. Untuk breadmaker, jika pilih untuk uli dan terus bakar, hanya guna anggaran 2 sudu kecil(8g) yis sahaja untuk 500g tepung. 5)doh yang siap diuli akan kelihatan berminyak, lembut dan berat serta boleh ditarik nipis seperti doh roti canai. Sapukan minyak pada tangan untuk lebih mudah mengendalikan doh. 6)sebelum dibakar, sapukan doh dengan bancuhan susu tepung dan air. Selepas bakar juga sapu sekali lagi untuk mendapatkan permukaan yang cantik berkilat. 7)segera keluarkan roti daripada loyang selepas dibakar dan sejukkan di atas redai supaya bahagian bawah roti tidak lembap. Roti Loaf 500 gram tepung gandum 1 bungkus yis segera (11g) 15 gram susu tepung 75 gram gula pasir 50 gram madu (atau susu pekat ) 1 biji telur 250 ml air sejuk (peti sejuk) 1 sudu teh garam 50 gram marjerin Roti kismis resepi daripada paket yis Mauripan

Upload: mais77

Post on 14-Apr-2016

299 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

TEKNIK ROTI MUDAH

TRANSCRIPT

Page 1: Asas Roti Loaf MUDAH

1)selama ini Maisya selalu guna air suam untuk buat roti tapi sebenarnya penggunaan air sejuk/air ais sangat bagus untuk menghasilkan roti yang lembut dan bertekstur halus, terutamanya jika uli doh menggunakan mixer atau breadmaker kerana semasa proses menguli doh akan menjadi panas.2)selama ini juga Maisya selalu menggunakan teknik merehatkan doh 2 kali( uli->biar naik 2 kali ganda->uli buang angin->bentukkan->biar naik 2 kali ganda->bakar), tetapi rupanya selepas diuli boleh terus dibentukkan (uli->bentukkan->biar naik 2 kali ganda->bakar). Cara ini lebih cepat dan doh lebih senang untuk dibentukkan.3)kuantiti yis boleh dikurangkan untuk melambatkan proses pengembangan doh. Anggaran 4g yis kering untuk 1kg tepung. Doh boleh diuli pada waktu malam, dibentukkan dan dibiarkan (bertutup) untuk dibakar pada awal pagi esoknya.4)tips menggunakan BM(breadmaker) Tesco, pilih menu no 8. Selepas uli yang pertama, terus tekan start beberapa saat untuk reset dan pilih menu no 8 sekali lagi. Selepas selesai uli yang pertama boleh terus keluarkan daripada BM dan bentukkan. Untuk breadmaker, jika pilih untuk uli dan terus bakar, hanya guna anggaran 2 sudu kecil(8g) yis sahaja untuk 500g tepung.5)doh yang siap diuli akan kelihatan berminyak, lembut dan berat serta boleh ditarik nipis seperti doh roti canai. Sapukan minyak pada tangan untuk lebih mudah mengendalikan doh.6)sebelum dibakar, sapukan doh dengan bancuhan susu tepung dan air. Selepas bakar juga sapu sekali lagi untuk mendapatkan permukaan yang cantik berkilat.7)segera keluarkan roti daripada loyang selepas dibakar dan sejukkan di atas redai supaya bahagian bawah roti tidak lembap.

Roti Loaf500 gram tepung gandum 1 bungkus yis segera (11g) 15 gram susu tepung 75 gram gula pasir 50 gram madu (atau susu pekat )1 biji telur 250 ml air sejuk (peti sejuk)1 sudu teh garam 50 gram marjerin 

Roti kismis resepi daripada paket yis Mauripan

Setelah membeli loyang Pullman bertutup seperti gambar ini, Maisya telah mencuba beberapa resepi baru.

Page 2: Asas Roti Loaf MUDAH

Ambil masa juga untuk memahami karenah loyang ini. Setelah cubaan kali keempat barulah dapat hasil yang memuaskan hati. Cubaan pertama, bakar sebelum doh belum cukup naik, hasilnya..roti tak dapat bentuk segi empat yang cantik.

Cubaan kedua, kecuaian...penutup loyang tak ditutup rapat...hasilnya doh melimpah di bahagian tepi. Gambar tak ada.

Cubaan ketiga, warna pucat/ roti belum cukup masak. (Disebabkan loyang bertutup sepenuhnya, sukar nak mengagak roti dah masak ke belum sebab tak nampak keadaan roti di dalam loyang tu)

Page 3: Asas Roti Loaf MUDAH

Kali keempat, barulah tidak mengecewakan. Roti masak sempurna.

Tips menggunakan loyang Pullman bertutup1) sapu shortening/marjerin/butter pada keseluruhan loyang termasuk penutupnya2) formula untuk tentukan berat doh yang sesuai untuk loyang adalah 1/5 daripada berat air yang boleh diisi dalam loyang tersebut (sesetengah loyang ada ditulis siap-siap pada badan loyang berapa berat doh yang sesuai )

Page 4: Asas Roti Loaf MUDAH

3)doh jangan diletak seketul besar terus. Bahagikan kepada 4 doh kecil. Gulung doh seperti buat kek gulung, dan susun keempat-empat doh di dalam loyang. (Boleh rujuk video Pak Agus di bawah untuk lebih mudah memahaminya)4) seeloknya doh jangan biar naik sampai memenuhi loyang , tinggalkan ruang anggaran 1/2 inci semasa dimasukkan ke dalam oven untuk dibakar5)untuk oven seperti yang saya guna iaitu Pensonic 17L, gunakan suhu 175 C selama 40 - 45 minit, api atas dan bawah, letakkan di rak tengah (pusing loyang selepas 30 minit supaya pembakaran sekata)

Berikut pula adalah resepi-resepi yang telah dicuba.

Biasanya sebelum ini untuk roti loaf Maisya menggunakan resepi dari Kak Noor yang diambil dari forum cari. Resepi mudah dengan bahan-bahan yang sedikit dan kos yang murah.

ROTI PUTIHsource: Noormasri , FNR

Bahan-bahan:

1 cawan air suam (luke warm)1 sudu kecil garam1.5 sudu besar gula1.5 sudu besar minyak boleh ganti mentega atau shortening yg dicairkan3 cawan tepung roti1.5 sudu kecil yis kering

Resepi daripada Pak Agus yang sangat bagus, boleh lihat videonya di sini:http://www.youtube.com/watch?v=bbzBurr6Gzw

dicampur serbuk koko dan kismis

Page 5: Asas Roti Loaf MUDAH

 roti kosong

Roti Tawar Indonesia Pak Agus Jamhari

1) 500 gram tepung high protein2) 8 gram garam3) 2 gram pelembut roti (Maisya tak letak)4) 8 gram yis segera5) 30 gram susu tepung6) 40 gram gula pasir7) 1 biji kuning telur8) 50 gram mentega9) 300 gram air ais

*Untuk cara-caranya, sila lihat video di atas.

Resepi daripada Chef Azuan

Page 6: Asas Roti Loaf MUDAH

Roti Gardenia1kg bread flour10g bread softner( Maisya tak letak)20g bread imprrover(Maisya tak letak)25g high quality of dry yeast30g milk powder20g salt80g sugar60g shortening600 ml water

Resepi daripada ahli Kelab Roti ( FB group) - Ozleen Muhi

ROTI LOAF500 gm t.roti100 gm gula100 gm marjerin/butter/shortening11 gm yis2 bj telur(100gm)10 gm garam30 gm susu tepung5g bread improver(Maisya tak letak)200gm air+ais

Page 7: Asas Roti Loaf MUDAH

campur semua uli smpai elastik..loyang pullman 8x4x4...450gm dohboleh dpt 2 loyang ada lebih sikitResepi ini bukan khusus untuk loaf tapi Maisya cuba masukkan dalam loyang ni.Buat marble, doh putih dan doh coklat

 dengan buterscotch chips

Roti Loaf500 gram tepung gandum 1 bungkus yis segera (11g) 

Page 8: Asas Roti Loaf MUDAH

15 gram susu tepung 75 gram gula pasir 50 gram madu (atau susu pekat )1 biji telur 250 ml air sejuk (peti sejuk)1 sudu teh garam 50 gram marjerin 

Roti kismis resepi daripada paket yis Mauripan

Roti Kismis   700g tepung roti2 sudu teh yis kering1 sudu teh garam100g gula50g(1 biji) telur35ml susu segar400ml air sejuk100g kismis70g mentega

Roti Cheese resepi daripada manual BM Tesco

Page 9: Asas Roti Loaf MUDAH

Roti Keju1 1/3 cawan air sejuk1 sudu besar minyak masak1 sudu kecil garam3 1/3 cawan tepung roti1 sudu kecil gula2 sudu kecil yis kering3/4 cawan keju cheddar parut

Roti Benggali

Roti Bengggali- Sofinar MyresipiBahan-bahan ( 4 orang makan )

350g tepung roti1 sudu besar shorteningsecubit garam120 - 160 ml air 1 sudu makan yis serbuk2 sudu makan gula castor