resepi agar-agar roti .resepi agar-agar roti resepi inidikongsikan oleh zai aidit bahan-bahan:...

Download RESEPI AGAR-AGAR ROTI .RESEPI AGAR-AGAR ROTI Resepi inidikongsikan oleh Zai Aidit BAHAN-BAHAN: •

Post on 15-Mar-2019

248 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Dilarang Jual & mengubah isi kandungan ebook ini tanpa izin pihak BukuResepi.Comwww.BukuResepi.com | www.fb.com/bukuresepi |

www.fb.com/loyangdanacuan

DARI MEJA EDITOR BUKURESEPI.COM

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA SEMUA,

ALHAMDULILLAH, DENGAN SOKONGAN & DORONGAN DARI SAHABAT - SAHABAT BUKU RESEPI SEMUA YANG SENTIASA MENJADI TULANG BELAKANG KAMI UNTUK TERUS MEMPERJUANGKAN DAN BERKONGSI SEGALA RESEPI YANG KAMI TERIMA. TERIMA KASIH JUGA KEPADA SEMUA SA-HABAT-SAHABAT BUKURESEPI YANG TIDAK JEMU DAN TIDAK LOKEK UNTUK BERKONGSI RESEPI BERSAMA KAMI SERTA RAKAN-RAKAN DI FACEBOOK BUKURESEPI.

UNTUK MAKLUMAN SEMUA, HASIL SOKONGAN ANDA SEMUA SEJAK TAHUN 2011 KINI KAMI BUKURESEPI TELAH BERJAYA MENGUMPUL SEBANYAK 12,000 LEBIH RESEPI TETAPI KESUKARAN YANG SAHABAT-SAHABAT BUKURESEPI HADAPI DALAM TEMPOH TERSEBUT ADALAH UNTUK MEN-CARI RESEPI YANG PERNAH DIKONGSIKAN.

OLEH KERANA MASALAH INI MERUPAKAN MASALAH UTAMA SAHABAT-SAHABAT BUKURESEPI, PI-HAK ADMIN BUKURESEPI TELAH MENCARI PENYELESAIAN MASALAH BAGI MEMUDAHKAN SAHA-BAT-SAHABAT BUKURESEPI UNTUK CARI DAN MENCUBA RESEPI YANG DIKONGSIKAN.

WALAUBAGAIMANAPUN, IA MENGAMBIL SEDIKIT MASA UNTUK PIHAK ADMIN MASUKKAN KESEMUA RESEPI DI WEBLOG TERSEBUT.

SAYA MEWAKILI PIHAK BUKURESEPI MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH ATAS SEMUA SOKON-GAN DAN BANTUAN YANG TELAH ANDA SEMUA BERIKAN, KAMI JUGA MEMOHON JUTAAN KEMAA-FAN JIKA ADA SALAH DAN SILAP ATAU KEKURANGAN DARI PIHAK KAMI.

SEMOGA EBOOK RESEPI PERCUMA INI DAPAT MEMBERIKAN SESUATU KEPADA ANDA SEMUA. JIKA ADA YANG DAH MENCUBA RESEPI DALAM EBOOK PERCUMA INI, JANGAN LUPA UNTUK KONGSIKAN HASILNYA BERSAMA KAMI. KAMI AKAN AMBIL HASIL TERSEBUT UNTUK MENARIK LEBIH RAMAI PENGGUNA DAN PELAWAT WEBLOG SERTA FACEBOOK BUKURESEPI UNTUK MENCUBA.

PANDUAN UNTUK SEMUA SAHABAT BUKU RESEPIANDA DIGALAKKAN UNTUK PRINT EBOOK PERCUMA INI UNTUK TUJUAN RUJUKAN ANDA. KAMI CADANGKAN ANDA SEDIAKAN SATU BINDING DENGAN BINDING RING YANG BESAR KERANA KAMI AKAN BERIKAN KEPADA ANDA EBOOK PERCUMA PADA MASA AKAN DATANG.

SETIAP EBOOK YANG DIBERIKAN NANTI ANDA HANYA PERLU TAMBAH PADA EBOOK YANG TELAH ANDA PRINT & BINDING TERSEBUT.

SALAM SAYANG DARI SELURUH PIHAK ADMIN DAN WARGA KERJA BUKURESEPI UNTUK ANDA SEMUA, DAN KAMI DOAKAN ANDA SEMUA SENTIASA DIRAHMATI DAN BAHAGIA SELALU.

SEKIAN, TERIMA KASIH

ZAEEMGHUFRANWWW.ZAEEMGHUFRAN.COM

EDITOR BUKURESEPIDOTCOMWWW.BUKURESEPI.COM

RESEPI AGAR-AGAR ROTIResepi inidikongsikan oleh Zai Aidit BAHAN-BAHAN: 1 peket agar-agar 1/2 tin susu cair 6 keping roti tin susu pekat 1 biji telur gred A 3 cawan air 1 sudu besar planta

CARA MEMBUAT:1. Roti dicarikkan dan dikisar bersama susu pekat,susu cair dan telur tadi sehingga

halus ketepikan.2. Masak agar-agar sehingga larut.Kemudian tuangkan adunan roti tadi kacau

perlahan dengan api sederhana sehingga mendidih.Setelah mendidih masukkan planta untuk mengilatkan agar-agar sambil kacau perlahan-lahan.

3. Bahagikan kepada 3 warna (kesukaan anda)plain,pink dan hijau.Tuangkan adunan roti tadi kedalam acuan berselang seli dengan warna itu tadi dan sejukkan didalam peti sejuk.

www.BukuRe

sepi.com

Dilarang Jual & mengubah isi kandungan ebook ini tanpa izin pihak BukuResepi.Comwww.BukuResepi.com | www.fb.com/bukuresepi |

www.fb.com/loyangdanacuan

RESEPI IKAN PARI BAKAR & AIR ASAM

Resepi ini dikongsikan oleh Hjh. Zaitong Syed Ahmed

BAHAN-BAHAN : 3 ekor Ikan pari kecil Air perahan limau nipis Air perahan Asam jawa Air perahan Belacan Buah Tomato Cili padi Bawang besar Serai Garam dan gula

CARA PENYEDIAAN: IKAN PARI BAKAR1. Ikan pari dibasuh bersih dan di perap dengan garam dan asam jawa agar hilang bau hanyir.2. Perap 10-20 minit atau lebih lama.3. Kemudian Ikan Pari tersebut dibakar di atas api perlahan.

AIR ASAM1. Hiris halus buah tomato, cili padi, bawang besar dan serai campur semua bahan tersebut beser-

ta air perahan limau nipis, air asam jawa dan air belacan.2. Masukkan garam dan gula secukup rasa.3. Gaul sehingga sebati

www.BukuRe

sepi.com

Dilarang Jual & mengubah isi kandungan ebook ini tanpa izin pihak BukuResepi.Comwww.BukuResepi.com | www.fb.com/bukuresepi |

www.fb.com/loyangdanacuan

RESEPI AIS KRIM HOMEMADEResepi Ini Dikongsikan Oleh Siti Royany Ariff

BAHAN-BAHAN:

1 tin susu cair (boleh gantikan dengan fresh milk full cream ) 1/2 tin susu pekat manis (boleh di kurang atau di tambah mengikut tahap kemanisan yang anda suka ) 2 sudu besar ovelette 1 biji telur (tak nak letak pun boleh )CARA PENYEDIAAN :

1. Masukkan semua bahan di dalam satu bowl. Dengan menggunakan hand-mixer ,pukul semua bahan sehingga larut.

2. Simpan semalaman di dalam peti sejuk.

UNTUK MENYEDIAKAN AISKRIM YANG BERPERISA : PERASA VANILLA : Letakkan 1 sudu kecil essen vanilla. PERASA COKLAT : Letakkan serbuk koko atau milo,lebih sedap jika di tambahkan dengan

serbuk coklat hershey (unsweet cocoa powder) PERASA OREO : Letakkan oreo crush ( oreo yang telah di hancurkan).

UNTUK HIASAN AISKRIM:Anda boleh letakkan kacang / badam yang di panggang / coklat chip / coklat rice. ( mengikut kreativiti anda)

www.BukuRe

sepi.com

Dilarang Jual & mengubah isi kandungan ebook ini tanpa izin pihak BukuResepi.Comwww.BukuResepi.com | www.fb.com/bukuresepi |

www.fb.com/loyangdanacuan

RESEPI ALMOND CLUSTER

Resepi Ini Dikongsikan Oleh Eyra Kamaruddin

BAHAN-BAHAN:

100 gm almond strip 150 gm milk coklat 150 gm dark coklat

Bahan untuk hiasan adalah white coklat

CARA PENYEDIAAN :

1. Cairkan coklat secara double boiler.2. Masukkan almond strip & gaul sebati dengan coklat (yang telah dicairkan)3. Dengan menggunakan sudu, masukkan adunan ke dalam paper cup.4. Hiasan, cairkan white coklat dgn kaedah double boiler, masukkan dalam piping

bag & drizzle ke atas almond cluster.5. Biarkan sejuk & masukkan ke dalam bekas kedap udara.

www.BukuRe

sepi.com

Dilarang Jual & mengubah isi kandungan ebook ini tanpa izin pihak BukuResepi.Comwww.BukuResepi.com | www.fb.com/bukuresepi |

www.fb.com/loyangdanacuan

RESEPI APAM GULA HANGUS / KARAMEL

Resepi Ini Dikongsikan Oleh Eyra Kamaruddin

BAHAN-BAHAN :

1 cawan gula pasir * 1 cawan air * (*jadikan gula hangus) 2 biji telur 1/2 cwn minyak masak 2 tbsp butter 2 tbsp susu pekat 1 tsp soda bikarbonat 1 1/2 cawan tepung gandum

CARA PENYEDIAAN :

1. Bahan telur, minyak, butter & susu dikisarkan (BLEND).2. Satukan adunan yang telah di blend bersama gula hangus3. Masukkan tepung gandum serta soda bikarbonat yg telah di ayak. 4. kukus sampai masak.

www.BukuRe

sepi.com

Dilarang Jual & mengubah isi kandungan ebook ini tanpa izin pihak BukuResepi.Comwww.BukuResepi.com | www.fb.com/bukuresepi |

www.fb.com/loyangdanacuan

RESEPI AYAM MASAK ASAMPEDAS DIRAJA JOHOR

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Kisar bahan A sampai halus2. Panaskan periuk, tuang minyak (kuantiti anggaran sesuai untuk menumis bahan A)3. Tumiskan Bahan A dan cili kisar sampai naik bau, masukkan daun kesum4. Masukkan ayam, gaul hingga sebati dan tutup periuk. Kecilkan api dan biarkan selama 10 minit5. Masukkan air dan asam jawa, tutup periuk.6. Bila mendidih, masukkan tomato, bunga kantan dan bendi. Tambah garam secukup rasa7. Anggaran bendi dah lembut sikit, tutup api. Jangan biar lama sangat nanti bendi terlalu lembik dan hancur.

BAHAN-BAHAN (A)

1 inci kunyit hidup 1 inci halia Sedikit belacan - dibakar 2 biji bawang besar 4 ulas bawang putih

BAHAN-BAHAN LAIN:

Ayam 1/2 ekor (boleh juga diganti dengan ikan pari)

Bendi 1 sudu asam jawa tanpa biji Adabi 1 ikat daun kesom 2 biji tomato (dipotong 4) 1 batang bunga kantan - dibelah dua Minyak masak Garam secukup rasa

Resepi Ini Dikongsikan Oleh Reena M Kassim

www.BukuRe

sepi.com

Dilarang Jual & mengubah isi kandungan ebook ini tanpa izin pihak BukuResepi.Comwww.BukuResepi.com | www.fb.com/bukuresepi |

www.fb.com/loyangdanacuan

KLIK SINI UNTUKTEMPAHAN

DAN MAKLUMAT LANJUT

http://www.bukuresepi.com/variasi-cheesecake/