asas keusahawanan

106
ASAS KEUSAHAWANAN 1 .

Upload: mokhtarppg

Post on 30-Nov-2015

150 views

Category:

Documents


18 download

TRANSCRIPT

Page 1: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

1

.

Page 2: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

2

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir pembelajaran pelajar dapat :• Memahami :

a. Definisi Keusahawanan dan Usahawan.b. Memahami Motivasi Usahawan Menceburkan Diri Dalam Organisasi.c. Memahami Teori-teori Keusahawan.d. Memahami Faktor Kejayaan dan Kegagalan Usahawan.

• Memahami :a. Kaedah Mengembangkan Daya Ciptab. Proses Mencipta dan Merealisasikan Ideac. Sumber-sumber Pembaharuan Bagi Usahawand. Jenis-jenis Pembaharuan dan Sokongan Kewangan Bagi Pembaharuane. Prinsip-prinsip Pembaharuan

Page 3: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

3

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

• Memahami Persekitaran, Pasaran dan Kemampuan Kewangan

• Memahami dan menganalisis Rancangan Perniagaan :a. Memahami Definisi, tujuan dan Kegunaan

Rancangan Perniagaan.b. Membina Rancangan Perniagaan.

• Memahami :a. Enterprise Kecil dan Sederhanab. Francais

Page 4: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

4

Keusahawanan merupakan salah satu strategi dalam

membangunkan sesebuah negara. Ia berperanan menyediakan peluang-peluang pekerjaan,

meransang pencetusan inovasi dan sebagai faktor pemantap kestabilan ekonomi dan sosial

sesebuah negara

Page 5: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

5

Definisi Keusahawanan

Keusahawanan ialah proses menghasilkan sesuatu yang baru dari segi nilai dengan memperuntukan masa dan usaha yang

diperlukan, menanggung risiko kewangan, risiko psikologikal dan risiko sosial serta

mendapat ganjaran daripada usaha tersebut dalam bentuk kewangan, kepuasan diri dan

kebebasan.

Hisrich dan Peter (1998) :

Page 6: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

6

DEFINISI KEUSAHAWAN

• Sebagai satu tindakan kreatif manusia membangunkan sesuatu yang bernilai daripada sesuatu yang tidak bernilai.

(Jeffry A. Thomas)

• Proses penciptaan urusniaga baru melalui 4 dimensi utama yang melibatkan individu, organisasi, persekitaran dan proses yang dibantu oleh rangkaian kerjasama dalam kerajaan, pendidikan & institiusi.

(Kuratko & Hodgetts)

Page 7: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

7

Definisi Usahawan

Usahawan sebagai individu yang menjalankan proses mencipta kekayaan dan penambahan nilai melalui idea-idea bernas, menghimpunkan sumber-sumber dan membuat sesuatu yang baru dan berlainan dengan tujuan menambahkan kekayaan individu dan mengembangkannya untuk kemakmuran masyarakat.

Page 8: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

8

Ulasan Keusahawanan

Keusahawanan adalah satu proses pengorganisasian,

pengoperasian dan menanggung risiko sesuatu usaha perniagaan.

Juga dikatakan keusahawanan sebagai satu proses memulakan

perniagaan baru.

Page 9: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

Disediakan oleh AMRAN PA 9

Perbezaan antara usahawan dengan pengurus

Perkara Pengurus UsahawanMotif Utama Promosi, ganjaran, kuasa dan

reputasiKebebasan, wang, keuntungan dan mencari peluang

Orientasi masa

Jangka pendek untuk perjumpaan dan belanjawan

Jangka panjang untuk terus hidup dan berkembang

Aktiviti Menyelia dan mendelegasikan tugas. Tidak terlibat secara langsung

Terlibat secara langsung dan sepenuhnya dalam aktiviti perniagaan.

Status dan risiko

Menitikberatkan simbol status dan berhati-hati dengan risiko

Kurang penting dan seorang pengambil risiko yang sederhana

Kesilapan dan kegagalan

Cuba mengelak dari melakukannya

Berurusan dengan kesilapan dan kegagalan

Keputusan Bersetuju atau mengikut keputusan pihak atasan

Membuat keputusan sendiri

Perhubungan dengan orang lain

Berhubung mengikut hierarki Berhubung secara transaksi dan membuat perjanjian sebagai asas perhubungan

Pulangan Gaji, bonus dan faedah-faedah lain

Keuntungan perniagaan, kepuasan dan kebebasan

Page 10: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

10

Perbezaan antara usahawan dengan peniaga

Perkara Peniaga UsahawanFokus Utama Seseorang yang menjalankan

urus niaga jual beli barang atau perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan semata-mata

Seseorang yang mencari idea baru dan merebut peluang perniagaan dalam menjalankan perniagaan.

Daya Usaha Menjalankan perniagaan sedia ada

Sentiasa menjana idea baru

Aktiviti Seseorang yang menjalankan aktiviti jual beli barangan

Seseorang yang memulakan sesuatu dan sentiasa berusaha untuk mencuba atau mencipta sesuatu yang baru

Kreativiti Tidak berusaha untuk membawa pembaharuan dan memajukan perniagaannya, tidak kreatif dan tidak inovatif

Kreatif dan inovatif dalam usaha menghasilkan sesuatu yang baru

Wawasan Mementingkan keuntungan semata-mata dan tidak mengutamakan sumbangan dan khidmat kepada masyarakat dan negara

Boleh membuat pengubahsuaian atau pembaharuan terhadap sesuatu keluaran, berupaya mengatur strategi untuk menembusi pasaran baru, sanggup menghadapi risiko dan sentiasa berusaha untuk memajukan perniagaan

Page 11: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

11

Sebab-sebab Usahawan Menceburkan Diri Dalam Perniagaan

i. Mahukan kebebasan membuat keputusan dan bertindak dalam kerjaya dan masa depan sendiri.

ii. Dorongan diri yang kuat dan mempunyai keyakinan yang kukuh untuk menentukan masa depan sendiri.

iii. Kesanggupan untuk mengambil risiko kerana risiko dikatakan berkadar terus dengan pulangan daripada perniagaan.

iv. Minat untuk berniaga. Individu yang berminat untuk berniaga akan terus cuba untuk berniaga.

v. Mendapat peluang perniagaan. Kepada individu yang minat berniaga ini adalah peluang keemasan.

Page 12: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

12

Pendekatan Pendekatan EkonomiEkonomi

PendekatanPendekatanPsikologiPsikologi

PendekatanPendekatanSosiologiSosiologi

Pendekatan Pendekatan IslamikIslamik

Page 13: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

13

Teori Keusahawanan Mengikut Pendekatan

Ekonomi Dalam bidang ekonomi keusahawanan menekankan aspek keuntungan dan kekayaan. Kedua-dua aspek ini akan mendorong seseorang untuk melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan. Usahawan akan berusaha untuk mengenal pasti dan mencari peluang perniagaan yang dapat menjana keuntungan untuk organisasinya. Usahawan adalah sebahagian daripada input pengeluaran selain daripada bahan mentah, tanah dan modal.Kos bagi seorang usahawan ialah keuntungan. Keuntungan adalah harga yang dibayar kerana risiko yang diambil oleh seseorang usahawan.

Page 14: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

14

Ahli Ekonomi Yang Memberi Sumbangan Dalam Kajian Keusahawanan

• Joseph A. Schumpeter (1990) – Usahawan ialah merupakan pencetus inovasi dan membawa perubahan kepada pembangunan ekonomi. Usahawan juga adalah seseorang yang berani mengambil risiko.

• Alfred Marshall (1946) – mendifinisikan keusahawanan sebagai satu bidang yang perlu melalui proses evolusi. Evolusi perniagaan melibatkan penuguhan sesebuah perniagaan sehingga kepada pembubaran perniagaan tersebut.

• Cantillon – Usahawan merupakan pelaku ekonomi yang penting.

Page 15: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

15

Teori Keusahawanan Mengikut Pendekatan

PsikologiBidang psikologi mengkaji bidang keusahawanan dari aspek ciri-ciri personaliti seseorang usahawan. Ciri personaliti seseorang seperti keperluan pencapaian, lokus kawalan dan kecenderongan mengambil risiko boleh membezakan seorang usahawan dengan bukan usahawan. Sifat keusahawanan dikaitkan dengan gelagat diri yang lebih cenderong kepada fokus dalaman (di mana kejayaan dicapai adalah hasil kekuatan dan keupayaan diri bukannya kerana faktor nasib). Ini termasuklah sifat-sifat peribadi seperti tekun, usaha, inovatif, kreatif dan semangat yang berterusan.Menurut McClelland(1971), teori keperluan kepada pencapaian atau ‘need for achievement’ adalah berdasarkan kecerdasan semasa kecil dengan menyatakan bahawa usahawan yang didorong untuk mencapai sesuatu kejayaan dipengaruhi unsur-unsur sejak dari zaman kanak-kanak yang menekankan faktor kecemerlangan, keibuan, berdikari dan dominasi dari bapa.

Page 16: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

16

Ciri-ciri Personaliti Usahawan

• Keperluan kepada pencapaian- mempunyai kehendak yang kuat untuk menyelesaikan masalah dengan sendiri- meletakkan matlamat dan mencapainya

• Lokus kawalan- lokus kawalan luaran iaitu percaya bahawa apa yang

berlaku ke atas mereka adalah secara kebetulan, nasib atau disebabkan oleh sesuatu di luar kawalan mereka.- lokus kawalan dalaman iaitu percaya bahawa mereka

yang mengawal sebahagian besar masa depan mereka melalui usaha sendiri.

• Kecenderungan mengambil risiko- usaha penerokaan baru merupakan aktiviti yang berisiko tinggi- modal pembiayaannya dikenali sebagai modal berisiko.

Page 17: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

17

Teori Keusahawanan Mengikut

Pendekatan Sosiologi

Menjelaskan bahawa keadaan atau situasi sosial yang boleh mempengaruhi kemunculan seseorang usahawan. Misalnya faktor sosial seperti budaya, kewujudan model peranan, galakan masyarakat, pengalaman dan latar belakang pendidikan.Everett Hagen menyatakan usahawan lahir daripada kalangan orang bawahan yang tidak berpuas hati dengan keadaan kepincangan masyarakat pada masa itu. Perasaan tidak puas hati ini seterusnya telah mendorong kemunculan usahawan yang berusaha untuk mengatasi masalah tersebut.

Page 18: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

18

Faktor dorongan ialaha.  Pengalihan negatif – contoh status

pendatang, diberhentikan kerja, bosan, marah, bercerai, kematian pasangan, tiada pilihan kerjaya lain

b.   Tempoh peralihan – menunggu keputusan peperiksaan, penjara, pusat latihan kemahiran

c.     Tarikan positif – pengaruh daripada rakan kongsi, mentor, pelabur, pelanggan, keluarga

d.    Tolakan positif – laluan kerjaya yang menawarkan peluang-peluang kegiatan keusahawanan seperti bapa, kerjaya, pendidikan, pengalaman dan kemahiran/latihan.

Page 19: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

19

Teori Keusahawanan Teori Keusahawanan Mengikut Pendekatan IslamikMengikut Pendekatan Islamik

Keusahawanan dan segala aktivitinya merupakan usaha yang dipandang sebagai ibadah di dalam Islam kerana Islam itu adalah cara hidup yang meliputi hidup di dunia dan di akhirat.

Daripada pandangan Islam, kegiatan perniagaan adalah tinggi dan mulia selagi perjalanannya tidak melanggar lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

Page 20: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

20

• Terdapat beberapa asas pertimbangan yang menjadikan aktiviti ekonomi yang dilakukan dikira sebagai ibadah iaitu:

a. Aqidah mestilah betulb. Niat mestilah betulc. Cara melakukan kerja yang sesuai

dengan ajaran Islamd. Natijahnya betul dan membawa

faedah kepada orang ramaie. Tidak meninggalkan ibadat wajib

yang khusus

Page 21: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

21

Model Keusahawanan Islam

ISLAM MENGANJURKANUSAHA PERNIAGAAN

ISLAM MENGANJURKANUSAHA PERNIAGAAN

ALLAH MENYEDIAKANKEMUDAHAN

ALLAH MENYEDIAKANKEMUDAHAN

ISLAM MENGGARISKANPERATURAN

ISLAM MENGGARISKANPERATURAN

ALLAH MENJANJIKANGANJARAN

ALLAH MENJANJIKANGANJARAN

Page 22: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

22

a. Faktor Dalaman• Usahawan • Organisasi (Kemahiran Pengurusan

PODC)

b.Faktor Luaran• Ekonomi – keadaan ekonomi semasa• Persaingan• Bantuan dan sokongan dari agensi-

agensi seperti MARA,MEDEC dan lain-lain.

FAKTOR KEJAYAAN DAN KEGAGALAN USAHAWAN

Page 23: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

23

Sifat-sifat Peribadi Usahawan Berjaya

a. Komitmen dan keazaman

b. Berinisiatif

c. Berkeinginan terhadap tanggungjawab

d. Sentiasa melihat dan merebut peluang

e. Bertolak ansur terhadap risiko, kekaburan dan ketidakpastian

f. Berkeyakinan diri

g. Berfikiran kreatif dan anjal

h. Keinginan kepada maklumbalas segera

i. Tahap tenaga yang tinggi

j. Menitikberatkan mutu kerja yang cemerlang

k. Berorentasikan masa depan

l. Kesanggupan untuk belajar daripada kesilapan

m. Berkeupayaan memimpin

n. Berwawasan

Page 24: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

24

SEBAB KEGAGALAN USAHAWAN(PENGURUSAN)

KEGAGALAN MERANCANGKEGAGALAN MERANCANGDAN MENGURUSDAN MENGURUS

KETAKCEKAPAN MENGURUSKETAKCEKAPAN MENGURUS

TERLALU CEPAT MASUKI TERLALU CEPAT MASUKI BIDANG PERNIAGAANBIDANG PERNIAGAAN

KECUAIANKECUAIAN

SISTEM KAWALAN SISTEM KAWALAN LEMAHLEMAH

KEHABISAN MODAL/KEHABISAN MODAL/WANGWANG

Page 25: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

25

Sebab-sebab Usahawan berjaya

Sebab-sebab Usahawan berjaya

Kegigihan, semangat dan dedikasi

Nasib

Permintaan pasaran

untuk produk yang

dikeluar Kecekapan pengurusan

Page 26: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

26

Page 27: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

27

.

KaedahMengembangkan

Daya Cipta

Page 28: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

28

•Lebih kepada metodologi kajian.•Kaedah ini menggunakan sekumpulan individu yang menyumbangkan maklumat dalam format berstruktur. Setiap kumpulan fokus terdiri daripada individu yang mempunyai pelbagai kemahiran dan pengetahuan.•Seorang fasilitator akan dilantik untuk memandu kumpulan tersebut dalam sesuatu sesi perbincangan terbuka dan mendalam bagi mengenalpasti produk baru.•Kumpulan fokus membenarkan pembentukan korum yang melibatkan penyertaan ahli kumpulan berlainan pada sesuatu masa tertentu dalam usaha menghasilkan pelbagai idea. •Kumpulan ini terdiri dari 8 hingga 14 orang peserta diransangkan dengan komen-komen dari kumpulan lain bagi membangunkan idea produk baru yang dapat memenuhi keperluan pasaran

Page 29: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

29

Satu kaedah berkumpulan bagi mengenalpasti pelbagai idea dan jalan penyelesaiaan baru. Sumbangsaran menggalakkan seseorang untuk menjadi lebih kreatif semasa berhubung dengan orang lain. Oleh itu dalam sesuatu sesi sumbangsaran setiap individu dilarang membuat sebarang kritikan negatif terhadap pandangan daripada ahli lain. Dalam sesi sumbangsaran kuantiti idea yang disumbangkan dititikberatkan dalam usaha menggabungkan idea-idea penting dan menambah- baikkan idea-idea sedia ada.Walaupun kebanyakan idea yang dihasilkan daripada kumpulan ini tidak mempunyai asas untuk pembangunan seterusnya, namun banyak idea baru dapat dihasilkan terutamanya apabila usaha difokuskan kepada produk,pasaran dan penggunaan yang khusus.

Page 30: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

30

Melalui soal selidik secara formal atau tidak formal. Soalan disediakan secara teratur dan

sistematik bagi secara formal. Orang ramai atau pelanggan tertentu

diminta menjawab soalan yang dikemukakan. Usahawan akan membuat analisa ke atas jawapan-jawapan yang diperolehi bagi mendapatkan idea yang diperlukan. Temuramah dilakukan bagi kaedah tidak formal.

Page 31: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

31

Usahawan melakukan pemerhatian terhadap situasi persekitaran yang mempunyai kaitan dengan idea perniagaan. Pemerhatian dilakukan ke atas pelbagai aspek termasuk gelagat pengguna. Contoh :

Page 32: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

32

Proses merealisasikan

idea IDEA/SKRINIDEA/SKRINIDEA/SKRINIDEA/SKRIN

BINA KONSEPBINA KONSEPBINA KONSEPBINA KONSEP

PEMBANGUNANPEMBANGUNANPRODUKPRODUK

PEMBANGUNANPEMBANGUNANPRODUKPRODUK

UJI PASARANUJI PASARANUJI PASARANUJI PASARAN

RANCANGAN RANCANGAN PERNIAGAANPERNIAGAAN

RANCANGAN RANCANGAN PERNIAGAANPERNIAGAAN

BINA FIZIKALBINA FIZIKALBINA FIZIKALBINA FIZIKAL

KOMERSIALKOMERSIALKOMERSIALKOMERSIAL

Page 33: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

33

i. Tahap idea/skrin

Pada peringkat ini idea-idea yang menjanjikan kejayaan dikenal pasti dan idea-idea yang kurang praktikal dibuang. Ini membolehkan organisasi menggunakan sumber dengan maksima.Senarai semak penilaian pasaran sistematik digunakan dimana setiap idea produk baru dinyatakan dalam bentuk nilai utamanya, merit, dan faedah-faedah.Pelanggan diberi satu senarai nilai produk-produk baru yang perlu dipilih sama ada boleh dimajukan atau tidak dan syarikat dapat menguji banyak alternatif idea produk baru.Idea yang boleh dimajukan boleh terus dibangunkan dengan menggunakan sumber organisasi dengan optimum.

Page 34: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

34

ii. Tahap bina konsep

Selepas idea produk baru dikenalpasti di peringkat tahap idea sebagai mempunyai potensi yang baik, idea hendaklah dibangunkan dan disaring menerusi interaksi dengan pelanggan.Di peringkat ini idea yang telah disaring diuji bagi menentukan penerimaan pengguna tanpa melibatkan kos pengilangan produk secara fizikal.Reaksi awal terhadap konsep ini diperolehi daripada bakal pelanggan atau ahli-ahli saluran pengedaran apabila difikirkan sesuai.

Page 35: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

35

Tahap konsep ...

Kaedah bagi mengukur penerimaan pengguna adalah menerusi temuduga dengan responden terpilih di mana mereka didedahkan dengan kenyataan yang menggambarkan ciri-ciri dan sifat fizikal idea produk.Ciri-ciri produk yang disukai dan tidak disukai dapat didedahkan dengan menganalisis maklumbalas daripada responden di mana ciri-ciri yang digemari akan dimasukkan dalam idea produk baru.

Page 36: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

36

iii. Tahap pembangunan produk

Pada peringkat ini reaksi pengguna terhadap produk fizikal ditentukan. Satu kaedah yang digunakan ialah menggunakan panel pelanggan di mana sekumpulan bakal pengguna diberikan sampel produk untuk dicuba.Pengguna yang dipilih akan menyimpan rekod penggunaan produk tersebut dan membuat komen tentang kelebihan dan kekurangan produk.Panel bakal pelanggan juga diberikan sampel produk pesaing serentak dengan sampel produk yang hendak dinilai.

Page 37: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

37

iv. Tahap ujian pasaran

Maklumat pada peringkat pembangunan produk menyediakan asas kepada rancangan pemasaran. Namun ujian pasaran boleh dijalankan bagi meningkatkan lagi keyakinan terhadap kejayaan pada peringkat pengkomersialan.Langkah terakhir dalam proses penilaian di peringkat ujian pemasaran akan memberikan hasil sebenar jualan di mana ia akan menunjukkan tahap penerimaan pengguna.Hasil keputusan ujian yang positif menunjukkan darjah kebarangkalian kejayaan produk yang dilancarkan dan pembentukan syarikat.

Page 38: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

38

v. Rancangan Perniagaan

• Sekiranya usahawan mendapati bahawa produk yang di bangunkan itu mendapat sambutan pasaran maka usahawan perlu membuat rancangan perniagaan.

• Tujuan membuat RP adalah untuk mengetahui kelebihan dan kelemahan produk, syarikat, mendapatkan pembiayaan dan sebagainya.

Page 39: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

39

vi. Bina Fizikal

• Setelah menyediakan RP, usahawan bolehlah membangunkan produk sama ada secara berperingkat atau tahap tertertentu.

• Pembangunan produk boleh dilakukan sama ada dengan membina kilang sendiri atau menumpang syarikat lain terlebih dahulu.

Page 40: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

40

vii. Tahap Komersialan

Merupakan peringkat terakhir dalam proses perancangan dan pembangunan produk yang melibatkan kitaran hayat produk.

Syarikat perlu memastikan bagaimana untuk mengkomersialkan produk baru ini supaya tahap penurunan dalam kitaran hayat produk boleh dielakkan atau dikurangkan.

Page 41: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

41

Sumber-sumberSumber-sumber Pembaharuan Pembaharuan

Bagi UsahawanBagi Usahawan

Sumber-sumberSumber-sumber Pembaharuan Pembaharuan

Bagi UsahawanBagi Usahawan

PelangganPelangganPelangganPelanggan

PatenPatenPatenPaten

Penyelidikan dan PembangunanPenyelidikan dan PembangunanPenyelidikan dan PembangunanPenyelidikan dan Pembangunan

Dasar kerajaanDasar kerajaanDasar kerajaanDasar kerajaan

Syarikat sedia adaSyarikat sedia adaSyarikat sedia adaSyarikat sedia ada

Profesional dan juru rundingProfesional dan juru rundingProfesional dan juru rundingProfesional dan juru runding

Produk sedia adaProduk sedia adaProduk sedia adaProduk sedia ada

Saluran pengedaranSaluran pengedaranSaluran pengedaranSaluran pengedaran

Syarikat pesaingSyarikat pesaingSyarikat pesaingSyarikat pesaing

Page 42: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

42

Pelanggan

• Pihak yang akan membeli keluaran yang dihasilkan oleh usahawan.

• Pelanggan mempunyai cita rasa dan pendapat yang berlainan terhadap sesuatu keluaran

• Usahawan boleh membuat tinjauan dan kaji selidik untuk mendapatkan maklum balas tentang keluaran sedia ada atau jenis keluaran yang diperlukan oleh pelanggan dalam pasaran

Page 43: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

43

Produk Sedia Ada

• Produk sedia ada merupakan keluaran yang sedia ada dalam pasaran dan boleh digunakan sebagai sumber idea untuk menghasilkan sesuatu produk baru.

• Misalnya, produk baru dapat dihasilkan dengan melakukan inovasi dan pengubahsuaian terhadap keluaran sedia ada.

• Contoh : Telefon Bimbit yang mempunyai kamera, MP3, MP4, intenet, MMS dan lain-lain.

Page 44: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

44

Syarikat Sedia Ada• Sebelum menubuhkan sesuatu perniagaan baru atau

anak syarikat, usahawan mungkin ingin menilai kekuatan syarikat sedia ada yang dimilikinya. Kekuatan syarikat dari aspek sumber dalaman sesebuah perniagaan dapat mewujudkan idea perniagaan bagi seseorang usahawan.

• Sesuatu idea baru boleh dikaji dari pandangan pekerja syarikat sendiri bagi menubuhkan perniagaan seterusnya. Pekerja syarikat yang berpengalaman misalnya boleh memberi pandangan yang berguna berasaskan pengalaman dan kemahiran masing-masing.

• Contoh : FELDA terlibat dalam pengurusan ladang tetapi dalam masa yang sama terlibat dalam pertandingan lumba kereta (rally).

Page 45: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

45

Syarikat Pesaing

• Bermaksud syarikat yang mengeluarkan barang yang sama atau hampir sama dengan barang yang dikeluarkan usahawan.

• Usahawan perlu meneliti apa yang dilakukan oleh pesaing. Sekiranya pesaing membuat sesuatu yang lebih baik maka usahawan perlu jadikan perubahan itu sebagai satu idea untuk membuat perubahan terhadap produknya.

• Contoh : Syarikat Penerbangan MAS dan Air Asia. ( Penerbangan tambang murah )

Page 46: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

46

Saluran Pengedaran• Perhubungan antara pelanggan dengan

usahawan bergantung pada saluran pengedaran yang digunakan. Saluran pengedaran terdiri daripada pemborong, ejen, peruncit dan pihak-pihak lain yang rapat dengan pengguna.

• Maklum balas pengguna yang diperoleh orang tengah atau pengedar mengenai setiap keluaran dalam pasaran dapat menjadi sumber idea yang penting. Usahawan akan membandingkan keluarannya dengan keluaran lain dalam pasaran dan seterusnya membuat pengubahsuaian yang perlu.

Page 47: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

47

Paten

• Merupakan hak cipta yang dilindungi undang-undang negara dan antarabangsa. Pemberian hak cipta dapat melindungi keluaran usahawan daripada ditiru atau dicetak rompak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

• Paten mempunyai nilai komersial dan boleh dijual kepada pengusaha lain.

Page 48: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

48

Penyelidikan dan Pembangunan

• Merujuk kepada usaha mencari dan menghasilkan idea baru atau mengatasi sesuatu masalah perniagaan secara saintifik.

• Dijalankan oleh tenaga pakar dalam sesuatu bidang perniagaan.

• Usahawan boleh menggunakan pelbagai sumber untuk membuat kajian dan penemuan baru.

• Misalnya satu keluaran baru yang dapat menyembuhkan penyakit tertentu telah dihasilkan selepas kajian dijalankan dan pengubahsuaian dibuat terhadap keluaran sedia ada.

Page 49: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

49

Profesional dan Jururunding

• Merupakan golongan pakar dalam sesuatu bidang. Mereka akan memberi nasihat dan pendapat serta mencadangkan kaedah-kaedah penyelesaian yang boleh digunakan oleh usahawan dalam situasi tertentu.

• Contohnya, seorang arkitek dapat memberi pandangan dari segi reka bentuk bangunan yang menarik dalam usaha membina sebuah bangunan.

Page 50: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

50

Dasar Kerajaan• Perkembangan ekonomi dalam sesuatu sektor atau

bidang perniagaan dikawal oleh kerajaan melalui undang-undang dan dasar kerajaan yang dikuatkuasakan.

• Peranan kerajaan seterusnya dapat menentukan hala tuju sesuatu sektor atau bidang perniagaan dalam negara.

• Sesuatu tindakan kerajaan dapat menggalakkan pewujudan sesuatu idea perniagaan. Contohnya MSC yang merupakan dasar kerajaan dalam menggalakkan perkembangan teknologi maklumat telah berjaya mewujudkan banyak idea perniagaan berasaskan bidang teknologi maklumat.

• Penekanan kepada industri pertanian dan asas tani (bioteknologi )

Page 51: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

51

Jenis-jenis Pembaharuani. Pasaran baru

Menyediakan pelanggan dengan produk yang belum ada di dalam pasaran mereka tetapi wujud di pasaran lain. Contoh lampin pakai buang diperluas kepada golongan dewasa.

ii. Teknologi baru Peniaga biasanya melibatkan proses baru yang teknikal. Menggunakan teknologi komputer untuk membolehkan pelanggan membuat pesanan dari rumah bagi membeli barangan terpilih. Contoh: penggunaan internet.

iii. Faedah baru Menggantikan cara lama dengan kaedah yang lebih baik atau produk yang ditambah nilai. Contoh: Syampu untuk melurus, menghitam dan lain-lain.

Page 52: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

52

Sokongan Kewangan Bagi Sokongan Kewangan Bagi PembaharuanPembaharuan

• Skim Jaminan Kredit • Pinjaman Dan Kemudahan Kredit MARA • Pinjaman Khas Bank Dunia Dan Tabung

Pembangunan Asia Jepun • Pinjaman Dan Kemudahan Kredit Dari Bank-

bank Perdagangan • Pinjaman daripada Bank-bank Saudagar Dan

Syarikat-syarikat kewangan• Modal Usaha Niaga • Tabung Usahawan Baru (TUB) • Tabung Pemulihan Usahawan (TPU) • Skim Komponen Proton dan Perodua

Page 53: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

53

Kesesuaian dengan masaKesesuaian dengan masa

Persaingan dan tahan lamaPersaingan dan tahan lama

Idea bebas dan tidak dihalangIdea bebas dan tidak dihalang

Mampu dilakukanMampu dilakukan

Margin pelaburan berpatutanMargin pelaburan berpatutan

Page 54: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

54

Page 55: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

55

Penilaian PersekitaranPenilaian Persekitaran

Penyelidikan PemasaranPenyelidikan Pemasaran

Persediaan KewanganPersediaan Kewangan

Page 56: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

56

Penilaian Persekitaran Penilaian persekitaran yang dimaksudkan

disini ialah penilaian yang dilakukan ke atas semua elemen yang wujud di luar sesebuah

perniagaan dan berinteraksi dengan perniagaan tersebut. Bagi tujuan merancang sesebuah perniagaan dengan baik keadaan persekitaran perlu difikirkan dengan teliti

Persekitaran perniagaan dibahagikan kepada dua komponen yang meliputi persekitaran

tugas dan persekitaran umum

Page 57: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

Disediakan oleh AMRAN PA 57

Penyelidikan Pemasaran

Penyelidikan pemasaran merupakan satu proses pengumpulan, pengrekodan,

penganalisaan dan pelaporan data secara sistematik mengenai sesuatu isu syarikat

berkaitan dengan aktiviti pemasaran barangan, perkhidmatan, tempat, insan dan idea. Ia meliputi isu-isu berkenaan pengeluaran produk, penawaran harga,

pengedaran, gelagat pembelian pengguna dan aktiviti promosi yang dilakukan terhadap barangan dan

perkhidmatan

Page 58: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

58

Persediaan KewanganPersediaan Kewangan

bermaksud terjemahan idea dalam bentuk wang

merupakan satu perancangan lengkap sehingga dianggap atau

diandaikan berjaya

proforma Penyata Untung Rugi, Kunci Kira-kira dan Rancangan Aliran

Tunai disediakan

Page 59: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

59

Page 60: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

60

• Dokumen bertulis yang dirangka oleh usahawan untuk merancang aktiviti perniagaan yang akan dijalankan pada masa akan datang.• Memperincikan tujuan sesuatu usaha penerokaan perniagaan dan juga menerangkan operasi dan jenis aktiviti perniagaan yang akan dijalankan.• Juga dikenali sebagai kertas kerja atau cadangan pinjaman.

Definisi Rancangan Perniagaan

Page 61: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

61

Tujuan Rancangan Perniagaan

i. Menyediakan garis panduan dalam usaha memulakan perniagaan 

ii. Mengurangkan kesilapaniii. Memudahkan kawalaniv. Meyakinkan pihak-pihak

berkepentinganv. Menggalakkan penggunaan sumber

dengan cekapvi. Menilai prestasivii.Mengenal pasti risiko-risiko kritikal   

Page 62: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

62

Kegunaan Rancangan Perniagaan

• Untuk mendapatkan rakan kongsi.• Untuk dimajukan dan meyakinkan pihak-pihak

yang berkaitan seperti bank atau institusi kewangan untuk mendapatkan pinjaman/pembiayaan atau pihak-pihak lain untuk mendapatkan lesen atau permit atau untuk mendapatkan tanah atau tapak perniagaan dari kerajaan dsb.

• Sebagai panduan untuk mengawal atau memantau perjalanan perniagaan yang sebenar.

Page 63: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

63

Kegunaan Rancangan Perniagaan sambungan...

• Sebagai panduan kepada perancangan yang lebih teratur dan jelas terhadap hala tuju perniagaan, seterusnya menilai kemampuan atau kefahaman individu yang terlibat dalam menyediakan RP bagi tujuan :

Adakah projek perniagaan yang dicadangkan berdaya maju atau tidak.Berapakah jumlah kos yang terlibat, pendapatan yang bakal diperolehi dan adakah projek tersebut boleh dijalankan, diusaha atau diteruskan atau tidak. Adakah projek yang dicadangkan akan menguntungkan atau tidak. Sekiranya untung, berapakah jumlah keuntungan tersebut dan adakah ia berpatutan atau tidak. Analisa atas Penyata Untung Rugi adalah penting.

Page 64: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

64

Sasaran Rancangan Perniagaan

i. Usahawan dan pihak pengurusan

ii. Bakal pelabur dan pemberi pinjaman

iii. Pembekal

iv. Pelanggan

v. Pekerja

Page 65: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

65

Format Rancangan Perniagaan

Merujuk kepada rekabentuk dan kandungan sesuatu RP.

Biasanya RP mengandungi penerangan tentang aspek-aspek

berikut:

i. Rumusan Eksekutif

ii. Pengenalan

iii. Tujuan

iv. Latar belakang syarikat

v. Latar belakang pemilik atau rakan kongsi

vi. Struktur organisasi

vii. Latar belakang projek

viii. Rancangan pemasaran

ix. Rancangan pengeluaran atau operasi

x. Rancangan kewangan

Page 66: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

66

i. Ringkasan Eksekutif

• Rumusan Eksekutif ialah satu ringkasan umum terhadap rancangan perniagaan yang akan dijalankan.

• Mengandungi maklumat-maklumat berikut:i. Misi syarikatii. Kelebihan dan keunikan barang jualaniii. Perancangan untuk masa depaniv. Keperluanv. Prosedur dan penjadualan pembayaranvi. Jumlah modal yang diperlukan

Ditulis 1 atau 2 muka surat di bahagian hadapan RP

Page 67: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

67

ii. Pengenalan

• Merupakan pembuka tirai dalam sesuatu RP. Biasanya dicatatkan maklumat asas perniagaan untuk pengetahuan pembaca seperti nama syarikat, lokasi perniagaan, jenis perniagaan dan jenis barang atau perkhidmatan yang ditawarkan.

• Ia juga menerangkan latar belakang perniagaan seperti jenis perniagaan dan keadaan perniagaan terutama dari segi perkembangan dan potensi perniagaan pada masa depan.

Page 68: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

68

iii. Tujuan

• Menyatakan tujuan RP disediakan.• Matlamat jangka pendek dan jangka panjang

perniagaan diperjelaskan beserta penerangan tentang cara untuk mencapai matlamat tersebut.

• Contoh tujuan RP boleh ditulis seperti berikut:Tujuan RP ini adalah untuk menerangkan kaedah mengendalikan sesebuah

perniagaan yang boleh digunakan oleh pihak pengurusan dan pekerja dalam organisasi perniagaan tersebut.

Page 69: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

69

iv. Latarbelakang Syarikat Dan Pemilik atau Rakan Kongsi

• Butir yang perlu disertakan berkenaan latar belakang syarikat dan pemilik atau rakan kongsi adalah seperti berikut:a. Jenis pemilikan perniagaan : sama ada pemilikan tunggal, perkongsian atau syarikat.b. Senarai nama rakan kongsi dan butir-butir

peribadi rakan kongsi bagi perniagaan perkongsian.c. Senarai nama ahli lembaga pengarah dan

pemegang saham utama bagi perniagaan syarikat.

Page 70: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

70

v. Struktur Organisasi

• Merujuk kepada kumpulan pengurusan dan hierarki organisasi formal sesebuah perniagaan.

• Dalam bahagian ini fungsi utama jabatan pentadbiran, pemasaran, pengeluaran, kewangan dan sumber manusia akan diterangkan.

• Carta organisasi digunakan bagi tujuan penyelarasan antara bahagian, autoriti, tanggungjawab dan rantaian arahan.

Page 71: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

71

  vi. Latar Belakang Projek

• Jika usahawan melibatkan diri dalam sesuatu projek, usahawan perlu menerangkan jenis, kos dan potensi masa depan projek tersebut.

• Usahawan dikehendaki membuat analisis terhadap projek yang akan dijalankan dari segi nilai kini bersih, kadar faedah dan pulangan yang dijangka diperoleh pada masa depan.

Page 72: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

72

vii. Rancangan Pemasaran• Rancangan Pemasaran lebih tertumpu pada

penerangan tentang strategi pemasaran yang akan digunakan untuk mencapai matlamat pemasaran perniagaan.

• Perkara penting dalam Rancangan Pemasaran ialaha. Pelanggan atau pembeli keluaran

i. Lokasi dan sasaran pasaranii. Anggaran bilangan pelangganiii. Ciri-ciri dan kumpulan pelangganiv. Jenis keputusan yang boleh

mempengaruhi gelagat pembelian.

Page 73: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

73

Rancangan Pemasaran

b. Saluran Agihani. Penggunaan orang tengah untuk mengedarkan

keluaran.ii. Pembentukan strategi pengedaran yang berkesan

untuk menyaiyingi keluaran lain dalam pasaran.c. Rancangan bayaran jualan – kaedah pemberian ganjaran dan imbuhan kepada pengedar dan jurujual.

i. Gaji tetapii. Bonusiii. Komiseniv. Campuran gaji tetap, bonus dan komisen

d. Strategi penetapan hargai. Tindakbalas pesaing dan persaingan dari segi

hargaii. Ramalan kewangan daripada hasil jualan.

Page 74: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

74

Rancangan Pemasaran

e. Konsep Promosii. Strategi promosiii. Sokongan terhadap aktiviti promosi daripada pihak luar seperti pihak kerajaan dan pihak bank

f. Ramalan Jualani. Nisbah syer pasaran firma berbanding dengan pesaing lain dalam industriii. Ramalan mengenai kadar dan jumlah jualan, kuantiti dan jumlah hasil secara harian, bulanan dan tahunan.iii. Ramalan berasaskan analisis pasaran iaitu dari segi saiz pasaran dan aliran pasaran; jenis keluaran

yang ditawarkan ; bilangan pesaing dalam pasaran; kuasa beli pengguna.

Page 75: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

75

Rancangan Pemasaran

g. Persaingan i. Senarai nama pesaing dan lokasi pesaing serta keupayaan pesaing untuk mempengaruhi jualanii. Kebersaingan perniagaan maju berbanding dengan perniagaan baruiii.Faktor-faktor persaingan seperti keluaran, kebolehpercayaan, gaya, perkhidmatan penghantaran dan perkhidmatan selepas jualan.

Page 76: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

76

viii. Rancangan Pengeluaran/Operasi• Melibatkan aktiviti pertukaran input kepada

output.• Proses pengeluaran ditunjukkan dalam bentuk

carta alir proses pembuatan dan perkhidmatan. Maklumat penting mengenai proses pengeluaran seperti berikut:a. kapasiti mesinb. perabotc. lokasid. susun atur lojie. bahan mentahf. tenaga kerja dan kos teknikal

Page 77: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

77

ix. Rancangan Organisasi• Melibatkan perancangan menyeluruh sesebuah

organisasi perniagaan.• Maklumat penting dalam rancangan organisasi ialah:

a. Struktur organisasi yang menunjukkan carta organisasi perniagaan.b. Butir-butir berkenaan kakitangan pengurusan

i. Senarai jawatanii. Bilangan pekerjaiii. Gaji dan imbuhaniv. Status pekerja sepenuh masa, sambilan

dan kontrakv. Sumber untuk mendapatkan pekerjavi. Masalah untuk mendapatkan pekerja

Page 78: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

78

Rancangan Organisasic. Butir-butir berkenaan jawatan

i. Nama jawatanii. Kelayakan akademik dan pengalaman yang diperlukan bagi setiap jawataniii.Senarai tugas dan tanggungjawabbagi setiap jawatan

d. Imbuhan dan insentifi. Gaji pokokii. Kenaikan gaji, elaun dan bonusiii.Kemudahan perubataniv.Cuti sakitv. Faedah persaraan seperti KWSP

e. Belanjawan Kosi. Kos pekerja dan kakitanganii. Bil telefon, air dan elektrikiii. Kos kelengkapan pejabat.

Page 79: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

79

x. Rancangan Kewangan• Melibatkan perancangan untuk mencari sumber

pembiayaan dan penggunaan dana jangka pendek dan jangka panjang yang sedia ada.

• Butiran penting dalam rancangan kewangan ialah:a. Kos Projek

i. Kos hartanahii. Kos mesin dan peralataniii. Kos kelengkapaniv. Modal pusingan

b. Sumber pembiayaani. Modal sendiriii. Pinjaman jangka pendek dan jangka

panjangiii. Sewa beliiv. Sewa pajak

Page 80: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

80

Rancangan Kewangan

c. Pinjamani. Tujuan pinjamanii. Jadual pembayaran balikiii. Bentuk cagaran seperti tanah, penjamin

peribadi, mesin, peralatan, saham, akaun belum terima, nota belum terima dan simpanan tetap.

d. Sewa beli dan sewa pajaki. Kaedah pembayaran

e. Susut nilai aset tetapi. Jenis aset tetapii. Jadual susut nilai dan kaedah pengiraan

susut nilaiiii. Rumus pengiraan susut nilai dan jalan

pengiraan.

Page 81: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

81

xi. Lampiran

a. Dokumen tambahan untuk menyokong sesuatu tujuan

b. Surat sokongan

Page 82: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

82

RINGKASAN FORMAT UTAMA

RANCANGAN PERNIAGAAN Bahagian Awal muka depan muka surat isi kandungan ringkasan eksekutif syarikat pihak pengurusan produk/perkhidmatan dan persaingan sejarah kewangan

Page 83: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

83

Badan Utama Rancangan Perniagaan

latar belakang dan tujuan objektif – jangka panjang dan jangka pendek analisis pasaran pasaran keseluruhan pasaran khusus faktor-faktor kompetitif pengaruh-pengaruh persekitaran makro pembangunan dan pengeluaran proses pengeluaran sumber-sumber yang diperlukan jaminan kualiti

Page 84: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

84

Badan Utama Rancangan Perniagaan sambung...

rancangan pemasaran konsep keseluruhan dan orientasi sumber-sumber pemasaran strategi pemasaran ramalan jualan  rancangan kewangan penyata kewangan sumber kewangan strategi kewangan 

Page 85: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

85

Badan Utama Rancangan Perniagaan sambung...

organisasi dan pengurusan sumber manusia utama strategi pengurusan sumber manusia  pemilikan bentuk perniagaan kedudukan ekuiti

Bahagian Penutup ringkasan dan kesimpulan penjadualan dan peristiwa penting lampiran

Page 86: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

86

Page 87: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

87

Definisi dan Jenis-jenis EKS mengikut sektor perniagaan

Kategori Enterprise Mikro Enterprise Kecil Enterprise Sederhana

1. Perkilangan, Perkhidmatan berkaitan perkilangan dan industri asas tani

Nilai jualan tahunan kurang daripada RM250,000 @ pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang pekerja

Nilai jualan tahunan antara RM250,000 dan kurang daripada RM10 juta @ pekerja sepenuh masa antara 5 dan 50 pekerja

Nilai jualan tahunan antara RM10 juta dan RM25 juta @ pekerja sepenuh masa antara 51 dan 150 orang pekerja

2.Perkhidmatan, Pertanian Asas dan Teknologi Maklumat & komunikasi (ICT)

Nilai jualan tahunan kurang daripada RM200,000 atau pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang

Nilai jualan tahunan RM200,000 dan kurang RM1 juta @ pekerja sepenuh masa antara 5-19 orang pekerja

Nilai jualan tahunan antara RM1 juta dan RM5 juta @ pekerja sepenuh masa antara 20 dan 50 orang pekerja

Page 88: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

88

Kepentingan EKS

Menambahkan peluang pekerjaan kepada masyarakat

Pengembelingan modal dan kemahiran rakyat

Membantu meningkatkan tabungan negara

Membantu memperkukuhkan industri asas negara

Page 89: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

89

Peringkat PerniagaanPeringkat Huluan

• Proses mengembangkan perniagaan daripada perniagaan asas kepada perniagaan yang melibatkan sumber-sumber sebagai input perniagaan asas di katakan sebagai pengembangan secara huluan.

• Sebagai contoh, perniagaan KFC menggunakan ayam sebagai input untuk ayam gorengnya dan memulakan perniagaan Ayamas sebagai pembekal ayam-ayam restorannya. Syarikat Ayamas dikatakan sebagai perniagaan huluan.

Peringkat Hiliran

• Perniagaan yang dikembangkan ke arah membantu perniagaan samada dari segi pembuatan atau perkhidmatan dikatakan sebagai perniagaan hiliran.

• Perniagaan baru ini akan meneruskan lagi proses pembuatan atau memasarkan produk perniagaan asas tadi.

• Sebagai contoh, pembuat enjin kereta menjadikan pengilangan enjin sebagai perniagaan asas, kemudian membuka kilang memasang kereta di mana kilang memasang kereta itu merupakan suatu perniagaan hiliran.

Page 90: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

90

Kemudahan sokongan

Galakan kerajaanKepada

EKS

PROGRAMPEMBANGUNAN

EKS

SKIM BANTUAN

KEWANGAN EKS

Page 91: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

91

Program Pembangunan EKS

1. Perancangan perniagaan dan pembangunan pasaran

2. Perolehan teknologi dan penerapan ICT

3. Inovasi dan R&D

4. Program peningkatan kemahiran

5. Panel penasihat pakar EKS

Page 92: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

92

PROGRAMBANTUAN

KEWANGANUNTUK EKS

GERAN

• Geran perancangan dan pembangunan Perniagaan• Geran peningkatan Produk dan proses• Geran peningkatan Produktiviti dan kualiti dan Persijilan• Geran pembangunan pasaran• Geran peningkatan Keupayaan rekabentuk Pembungkusan dan perlabelan

PINJAMAN MUDAH

• Pinjaman mudah Untuk EKS•Pinjaman mudah Bagi penempatan Semula kilang•Pinjaman mudah Untuk penerapan Aplikasi ICT

Page 93: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

93

Untuk memudahkan perolehan kewangan, pihak kerajaan melalui agensinya telah menawarkan pelbagai geran dan insentif kepada EKS.

Agensi tersebut ialah:• Perbadanan Pembangunan Industri Kecil &

Sederhana(SMIDEC)• Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar

Malaysia(MATRADE)• Perbadanan Produktiviti Negara(NPC)• Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia(MIDA)• Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi• Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Malaysia(MOA)• Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi(MOSTI)• Kementerian Kemajuan Bandar dan Wilayah(KPLB)

Page 94: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

94

Page 95: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

95

Satu kaedah pemasaranproduk di mana sebuah syarikat induk (francaisor) memberi hak kepada syarikat lain @ individu (francaisi) untukmemasarkan produk atau perkhidmatan tersebut berlandaskan suatu kaedah tertentu, di lokasi yang ditetapkan dan dalam jangkamasa yang ditentukan

DEFINISIFRANCAIS

Page 96: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

96

Contoh Francaisor

1. ELEGANT LEGACY (M) SDN BHD

Jenis perniagaan: kedaiperhiasanCap dagangan: LITTLE EGYPTModal permulaan: RM130,000Yuran francais: RM25,000

2. AYAMAS FOOD SDN BHDJenis perniagaan: makananCap dagangan: AYAMAS ROASTERSModal permulaan: RM237,000Yuran Francais: RM10,000

3. EDARAN OTOMOBIL NASIONAL BHD-EON SERVICE FRANCHISEJenis perniagaan: pusat servis keretaCap dagangan: Pusat servis EONModal permulaan: RM544,000

Page 97: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

97

Kepentingan Francais

Menambahkan peluang pekerjaan kepada masyarakat

Pengembelingan modal dan kemahiran rakyat

Membantu meningkatkan tabungan negara

Membantu memperkukuhkan industri asas negara

Page 98: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

98

JENIS-JENIS FRANCAIS MENGIKUT

SEKTOR PERNIAGAAN

PEMEGANG FRANCAIS

BERFORMAT (Local authorised Franchise Holder)

FRANCAIS PENGILANGAN PRODUK (Product manufacturing Licencing)

LESEN BERTANDA DAGANGAN/JENAMA (Trademark/Brand Name Licence)

FRANCAIS WAKIL PENGEDAR (Dealership/Distributor Franchise)

PENGANJUR (Promoter)

Page 99: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

99

Pemegang Francais Berformat

Francaisor menawarkan format perniagaan dalam pakej yang lengkap kepada francaisi.

Merangkumi hak penggunaan harta intelektual, strategi pemasaran, operasi, pengiklanan, perakaunan dan latihan kepada francaisi.

Francaisor akan sentiasa memberi perhatian dan kawalan terhadap francaisi untuk mengekalkan reputasi syarikat.

Menggunakan prinsip 5C iaitu:keseragaman, kelebihan persaingan, keselesaan, kebersihan, kesopanan(Consistency, Competitiveness,Convenience, Cleanliness, Courtesy)

Contoh : Stesen Minyak Petronas, KFC

Page 100: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

100

Francais Pengilangan Produk

Francaisi mendapat lesen daripada francaisor untuk mengilangkan barangan mengikut formula, resepi atau reka bentuk yang disediakan oleh francaisor dan memasarkan barangan menggunakan sistem pemasaran yang disediakan.

Contoh pembotolan Coca Cola.

Page 101: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

101

Lesen Bertanda Dagangan

• Barangan yang dibuat oleh francaisor yang berlesen adalah pelbagai jenis.

• Francaisi di beri lesen untuk menjual barangan francaisor dan di beri ganjaran dalam bentuk komisyen.

• Contoh : Pakaian Bonia, Camel

Page 102: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

102

Francais wakil pengedar

• Francaisi diwajibkan memasarkan barangan keluaran francaisor secara ekslusif mengikut peraturan dan kaedah yang di tentukan.

• Francaisi di beri “monopoli” memasarkan keluaran di dalam kawasan geografi tertentu.

• Contoh : Pusat Servis Proton, Avon, Sendayu Tinggi.

Page 103: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

103

Penganjur

• Francaisi bertindak sebagai penganjur kepada francaisor

• Barangan di beli daripada francaisor dan nama syarikat-syarikat francaisi adalah sama.

• Penglibatan francaisor dalam perniagaan syarikat francaisi adalah mendalam, daripada modal, bahan mentah sehinggalah kepakaran, pengurusan dan pemasaran.

• Contoh : Kedai World of Cartoons

Page 104: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

104

Hubungan Francaisor - Francaisi

• Francaisor ialah tuan punya, pengeluar atau pengedar yang mempunyai hak istimewa terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan.

• Francaisi merupakan individu atau organisasi yang mendapat hak francais ke atas produk atau perkhidmatan yang di tawarkan oleh francaisor.

• Dalam konsep francais, francaisi hendaklah mengikut sistem, konsep, gaya, reka bentuk dan disiplin yang telah diperkenalkan oleh francaisor.

• Francaisi tidak di benarkan sama sekali mengubah atau mengurangkan apa-apa ciri dalam sebarang keadaan.

• Francaisor pada permulaan dan seterusnya perlu membekalkan kepakaran mengelolakan perniagaan kepada francaisi.

Page 105: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

105

FRANCAISOR

Firma @ syarikat induk yangmemulakan perniagaan, mempunyai hak sepenuhnya ke atasperniagaan dan tanda dagangan serta bersedia memberikan haktersebut kepada pihak lain.

Menerima yuran francais dan royaltidaripada francaisi.

Francaisor memberikan:a. Bantuan kewangan,

bimbingan dan khidmatnasihat

b. Kepakaran dan ideac. Latihan pengurusan

dan pengendalian

FRANCAISI

Perniagaan yang diberikan hak sepenuhnya untuk menggunakan nama perniagaan, logo, jenama dan kemahiran yang dimiliki oleh francaisor.

Perlu membayar yuran dan royalti serta bayaran lain seperti yuran sumbangan penyelidikan dan promosi

Francaisi mendapat:a. Bantuan bimbingan dan

khidmat nasihatb. Kepakaran dan ideac. Latihan pengurusan

Dan pengendalian perniagaan

Page 106: Asas Keusahawanan

ASAS KEUSAHAWANAN

106

KEMUDAHAN SOKONGAN Di bawah Program Pembangunan Francais(PPF), terdapat tujuh aktiviti yang di rancang untuk dilaksanakan:

1. Aktiviti Promosi2. Program Khas Berpakej3. Program Latihan

a. Program untuk Francaisikursus asas perniagaan francaiskursus susulan dan bimbingan bagi bakal francaisiprogram latihan bagi francaisi

b. Program untuk Francaisorkursus pembangunan bakal francaisorkursus pemantapan francaisor

4. Pembiayaan-MECD dengan kerjasama CGC memperkenalkan Skim pembiayaan Francais.

5. Pembangunan Produk6. Jaringan