artikel orkid

Upload: noradila-nasirrudin

Post on 04-Apr-2018

309 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Artikel Orkid

    1/17

    ARTIKEL

    (Orkid: Teknik dan Taktik Penjagaannya di Malaysia)

    Kembali Laman Utama Produk Utama Kursus Katalog Eksotik Pesanan Agen ArtikelKoleksi Artikel

    1. Nutrien dan kepentingannya

    2. Tip tanam anggerik

    3. Mengenal perosak tanaman

    4. Pembajaan:kebaikan semburan daun

    5. DIY-Sistem Penyiraman Automatik

    6. 'Neem Oil' dan 'Neem Cake' : Kelebihannya

    7. Penjagaan Tillandsia

    8. Pokok pandai menari

    9. Media Paphiopedilum

    ___________________________________________

    ORKID : TEKNIK DAN TAKTIK PENJAGAANNYA DI MALAYSIA

    http://bgreenfertilizer.googlepages.com/homehttp://bgreenfertilizer.googlepages.com/homeofbgreenhttp://bgreenfertilizer.googlepages.com/produkutamahttp://bgreenfertilizer.googlepages.com/kursushttp://bgreenfertilizer.googlepages.com/katalogtanamaneksotik-orkidhttp://bgreenfertilizer.googlepages.com/pesananhttp://bgreenfertilizer.googlepages.com/agenhttp://bgreenfertilizer.googlepages.com/nutrientanamandankepentingannyahttp://bgreenfertilizer.googlepages.com/nutrientanamandankepentingannyahttp://bgreenfertilizer.googlepages.com/mengenaltandapenyakit&perosaktanamanhttp://bgreenfertilizer.googlepages.com/kebaikanmembajasecarasemburandaunhttp://bgreenfertilizer.googlepages.com/diy-autowateringsystemhttp://bgreenfertilizer.googlepages.com/kebaikanpembajaan'foliarspray'http://bgreenfertilizer.googlepages.com/artikel(tillandsia)http://bgreenfertilizer.googlepages.com/dancingplanthttp://bgreenfertilizer.googlepages.com/mediappaphiopedilumhttp://bgreenfertilizer.googlepages.com/bgreenpanorama2.jpg/bgreenpanorama2-full.jpghttp://bgreenfertilizer.googlepages.com/homehttp://bgreenfertilizer.googlepages.com/homeofbgreenhttp://bgreenfertilizer.googlepages.com/produkutamahttp://bgreenfertilizer.googlepages.com/kursushttp://bgreenfertilizer.googlepages.com/katalogtanamaneksotik-orkidhttp://bgreenfertilizer.googlepages.com/pesananhttp://bgreenfertilizer.googlepages.com/agenhttp://bgreenfertilizer.googlepages.com/nutrientanamandankepentingannyahttp://bgreenfertilizer.googlepages.com/mengenaltandapenyakit&perosaktanamanhttp://bgreenfertilizer.googlepages.com/kebaikanmembajasecarasemburandaunhttp://bgreenfertilizer.googlepages.com/diy-autowateringsystemhttp://bgreenfertilizer.googlepages.com/kebaikanpembajaan'foliarspray'http://bgreenfertilizer.googlepages.com/artikel(tillandsia)http://bgreenfertilizer.googlepages.com/dancingplanthttp://bgreenfertilizer.googlepages.com/mediappaphiopedilum
  • 7/31/2019 Artikel Orkid

    2/17

    ISI KANDUNGAN

    KATA PENGANTARBAB 1 : PENGENALAN KEPADA ORKID

    1.1Jenis-jenis orkid1.2 Pengkelasan mengikut cara pertumbuhan

    1.3 Orkid dan persekitaran hidup semulajadinya1.4 Orkid yang popular di tanam di Malaysia

    BAB 2 : CARA MENANAM ORKID

    2.1 Susahkah menanam orkid?2.2 Media penanaman orkid2.3 Penyediaan persekitaran hidup orkid2.4 Cara pembiakan orkid

    BAB 3 : PENJAGAAN ORKID

    3.1 Penyiraman3.2 Pembajaan3.3 Kawalan perosak

    BAB 1 : Pengenalan kepada orkid

    http://bgreenfertilizer.googlepages.com/Crochusseni2.jpg/Crochusseni2-full;init:.jpghttp://bgreenfertilizer.googlepages.com/Crochusseni2.jpg/Crochusseni2-full;init:.jpg
  • 7/31/2019 Artikel Orkid

    3/17

    Di dalam dunia orkid perkataan seperti ganjilnya!, wow cantiknya!,wanginya!, eee busuk!, ini orkid ke?, mahalnya!, eksotik la! unik! dan sebagainyaadalah amat biasa di dengar di kalangan penggemar orkid. Itulah tarikan seseoranguntuk terus meminati orkid

    Orkid atau anggerik merupakan salah satu tanaman hiasan yang amat popular

    di Malaysia, dengan iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun, Malaysiamerupakan tempat taburan hidup orkid liar yang mencapai ribuan jenis. Orkid amatpopular di tanam di kalangan penggemar flora di Malaysia kerana saiz , struktur danwarna bunga yang pelbagai.

    Orkid juga penyumbang kepada pendapatan negara kita melalui beberapamedium;

    pelancongan pembinaan taman-taman orkid di seluruh Malaysia

    pendidikan penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik luar yang

    datang ke Malaysia.

    industri bunga jualan orkid pasuan dan keratan bunga

    kraftangan berasaskan orkidJenis-jenis Orkid

    Secara ringkas orkid di kelaskan kepada beberapa peringkat seperti cara

    pertumbuhan dan cara hidupnya.

    Spesis merujuk kepada orkid liar. Di dalam penulisan piawai adalah mudah untukmengetahui sama ada sesuatu orkid itu adalah spesis dengan melihat pada:

    a. Huruf italic digunakanb. Hanya huruf pertama sahaja huruf besar, yang lain lain adalah berhuruf

    kecil

    Contoh : Phalaenopsis bellina

    Hibrid merujuk kepada orkid yang telah dikacukan di antara sesama genus atausesama famili. Cara mengenal pasti sesuatu orkid itu hibrid mengikutpenulisan piawai adalah seperti berikut;

    a. Huruf tegak digunakan sepenuhnyab. Setiap huruf pertama bagi setiap perkataan akan dimulai dengan huruf

    besar.

    Contoh : Phalaenopsis Timothy Christopher

    Contoh orkid kacuk sesama genus :

  • 7/31/2019 Artikel Orkid

    4/17

    Bulbophyllum Meen Garuda adalah hasil kacukan orkid daripada genusbulbophyllum. Ia terhasil daripada kacukan Bulbophyllum lasiochilum denganBulbophyllum echinolabium.

    Contoh orkid kacuk sesama famili:

    Aranda Majul Rimau - adalah kacukan orkid daripada famili Vanda. Ia terhasildaripada kacukan Arachnis Maggei Oei dengan Vanda insignis.

    (Nota : Arachnis Maggei Oei =Arachnis hookeriana XArachnis flos-aeris)

    Pengkelasan mengikut cara pertumbuhan

    Monopodial adalah orkid yang mempunyai satu batang yang biasanya dipanggil stemyang hidup menegak. Daun-daun baru tumbuh di setiap hujung stem

    tersebut.

    Simpodial adalah orkid yang tumbuh secara mengeluarkan anak daripada bebawangyang telah matang.

    Orkid dan persekitaran hidup semulajadinyaMaksud cara hidup orkid di sini ialah media yang diperlukan oleh setiap jenis orkid

    untuk hidup.1. Tanah Orkid yang hidup di atas tanah. Untuk penanaman sebagai hiasan biasanyapengemar orkid menggunakan tanah pasuan yang boleh didapati di nurseri nurseribunga berhampiran anda. Daripada pengalaman penulis tanah pasuan di nurseri perluditambah media* yang mampu meningkatkan saliran dan pengudaraan yang baik.Orkid dalam genus Spathoglottis dan Phaius adalah salah satu orkid yangmemerlukan tanah sebagai medianya untuk hidup.(* rujuk bab cara penanaman orkid untuk keterangan lanjut)

    2. Epifit

    Sejenis orkid yang hidup secara menumpang di atas pokok. Orkid epifit bukanparasit iaitu ia tidak mencuri keperluan hidupnya daripada perumahnya. Di dalamkoleksi penulis, orkid jenis ini telah di tanam menggunakan beberapa jenis media*sebagai ganti kepada pokok perumah asalnya. Antara orkid epifit adalah genusBulbophyllum, Dendrobium, Phalaenopsis dan Vanda.

    (* rujuk bab cara penanaman orkid untuk keterangan lanjut)

    3. Memanjat

  • 7/31/2019 Artikel Orkid

    5/17

    Orkid jenis memanjat ini boleh dikenali dengan pangkalnya hidup ditanah dania menjalar memanjat atau melilit media sokongannya. Biasanya dia mempunyai akarudara yang berserabut. Biasanya orkid jenis ini adalah monopodial seperti genusDipodium, Arachnis dan Mokara. Orkid vanila juga termasuk di dalam kumpulan ini.

    4.

    LitofitIa menjadikan batu sebagai medianya untuk hidup. Di dalam hutan biasanya

    kita boleh melihat orkid jenis ini hidup di batu batu tepian air terjun yang ditumbuhidengan lumut. Antaranya ialah beberapa jenis orkid di dalam genus Paphiopedilum,Eria dan juga sekumpulan orkid yang di panggil Jewel Orchid.

    Daripada ciri-ciri pengkelasan di atas, setiap orkid akan berkemungkinan

    mempunyai gabungan ciri-ciri yang telah disebutkan;Contoh 1 : Orkid Phalaenopsis violacea Spesis, Monopodial dan EpifitContoh 2 : Orkid Dendrobium Sonia - Hibrid, Simpodial dan EpifitContoh 3 : Orkid Sphatoglottis aurea - Spesis, Simpodial dan Tanah

    Orkid yang popular di tanam di Malaysia

    Kebanyakkan orkid yang mendapat permintaan ramai ialah orkid hibrid. Inikerana beberapa faktor seperti;

    warna bunga yang lebih menarik

    bunga yang tahan lama

    pokok tahan lasak berbanding dengan orkid liar

    harga yang murah berbanding orkid liar

    saiz bunga yang lebih besar berbanding orkid liar

    sesuai untuk jualan keratan bunga

    Terdapat beberapa jenis genus orkid yang popular di tanam di nurseri nurseridi dalam kuantiti yang besar kerana mendapat permintaan tinggi di pasaran Malaysiakhususnya. Antaranya;

    Dendrobium

    Phalaenopsis

    Arachnis

    Vanda

    Cattleya

    Oncidium

  • 7/31/2019 Artikel Orkid

    6/17

    BAB 2 : Cara Menanam Orkid

    Pada bab ini penulis cuba membincangkan persoalan-persoalan yang sering

    didengari oleh penulis tentang penanaman dan penjagaan orkid di kalanganpeminat flora. Penulis juga cuba berkongsi pengalaman beberapa teknik cara

    membiakkan orkid dan juga media tanaman yang selalu digunakandikalangan peminat orkid.

    2.1 Susahkah menanam orkid?

    Saya minat orkid tapi high maintenance la....Mak cik minat tengokjenaktanam tak reti..

    Orkid ? Susah la, bunga masa belije lepas tu tak mau bunga dah..Orkid mak cik banyak mati, siram, baja semua cukup dah, tu yang frust dah nakjaga

    orkid.

    Itulah beberapa komen spontan yang penulis dengar daripada penggemar floraapabila mereka berkunjung ke pameran pameran orkid yang turut di hadirioleh penulis.

    Secara umum menjawab persoalan persoalan di atas, sebenarnya orkid tidaksusah untuk di tanam, sama seperti pokok bunga lain juga. Apa yang pentingpengetahuan tentang keperluan hidupnya sahaja. Ini adalah sesuatu yangpasti untuk anda ambil berat kerana ia adalah benda hidup seperti manusia.Sudah tentu orkid juga memerlukan persekitaran yang sesuai, makanan danminuman untuk hidup. Maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk

    menyediakannya. Setelah anda melakukannya, anda akan gembira apabilamelihat orkid anda hidup subur dan mengeluarkan bunga yang cantik.

    Bermula dari sini penulis akan cuba berkongsi pengalaman dengan pembaca

    segala aspek penanaman dan penjagaan orkid. Harap dapat menambahkan lagikefahaman pembaca tentang flora unik ciptaan Allah ini. Penerangan diberikandengan bahasa yang mudah dan ringkas, juga seboleh mungkin penulis akan sertakanfoto agar lebih mudah difahami oleh pembaca.

    2.2 Media penanaman orkid

    Penanaman orkid memerlukan kita menentukan media yang sesuai mengikuthabitat asalnya seperti telah di terangkan di dalam sub topik; orkid danpersekitaran hidup semulajadinya. Terdapat beberapa jenis media yang biasadigunakan oleh peminat orkid. Bergantung kepada penanam untuk memilihkesesuaian media mengikut iklim mikro* kawasan penanam anda. Setiapmedia diterangkan secara ringkas untuk memudahkan anda mendapatkangambaran penggunaannya.

    (* akan dibincangkan dalam bab 3)

  • 7/31/2019 Artikel Orkid

    7/17

    1. Pecahan batu bata

    Salah satu media yang popular digunakan dan mudah didapati. Digunakanuntuk menanam orkid epifit dan orkid memanjat. Biasanya dicampur sekalibersama dengan pecahan arang. Biasanya penulis mendapatkan sumberpecahan batu bata ini di kawasan pembinaan perumahan.

    Teknik menggunakan;i. Sebelum menggunakan batu bata hendaklah direndam di dalam racun

    kulat selama semalaman. Selepas itu angkat dan keringkan.ii. Pecahkan batu batu kepada saiz besar, medium dan kecil mengikut

    kesesuaian pasu.iii. Letakkan pecahan besar di bawah pasu, diikuti dengan bersaiz medium

    dan kecil.iv. Tanam orkid di atas permukaan pasu. Jangan timbus pangkal orkid

    anda. Untuk tegakkan orkid yang tinggi, boleh gunakan kayu pancangsebagai sokongan.

    Nota : Pangkal orkid simpodial tidak boleh ditimbus semasa menanamnya

    kerana dipangkalnya terdapat beberapa mata tunas yang akan membentukanak kelak.

    2. Pecahan arang

    Juga media yang popular dan mudah didapati di kedai kedai runcit. Digunakanuntuk orkid epifit dan orkid memanjat. Digunakan bersama dengan pecahanbatu bata.

    Teknik menggunakan:i. Rendamkan arang selama semalaman untuk membuang garam.

    ( kerana arang diperbuat daripada kayu bakau yang tumbuh di tepilaut).

    ii. Siram arang menggunakan aliran air supaya sisa garam dapat dibuang.iii. Ikut teknik seperti menggunakan pecahan batu bata untuk langkah

    seterusnya.

    3. Serbuk kayu

    Biasa digunakan sebagai media yang diletakkan didalam pasu atau batas untuk

    menanam orkid jenis memanjat.

    Teknik menggunakan:( Penulis menggunakan serbuk kayu sebagai campuran bersama dengan medialain seperti pecahan batu bata, arang, tanah pasuan dan perlite)

    i. Rendam serbuk kayu yang ingin digunakan di dalam racun kulat

    semalaman. Angkat dan keringkan.ii. Masukkan habuk kayu ke dalam bekas tanaman.

  • 7/31/2019 Artikel Orkid

    8/17

    iii. Letakkan orkid di atas media. Jika menanam orkid yang hidup ditanah,penulis campur bersama dengan media pasuan dengan tujuan untukmembekalkan bahan organik di dalam tanah apabila ia mereput.

    4. Perlite

    Perlite semakin digemari di dalam penanaman orkid. Begitu juga denganpenulis, ini kerana ia mudah dikendalikan, ringan, tahan lama. Perlite jugaboleh dicampur bersama dalam tanah pasuan untuk memperbaiki sistemsaliran dan pengudaraan tanah. Sesuai untuk orkid epifit dan orkid yang hidupditanah. Penulis menggemari media ini kerana ia boleh mengurangkan risikopenyakit dek kesan daripada penyiraman melampau.

    Teknik menggunakan:i. Siram perlite dengan air supaya ia basah sebelum mengendalikannya.

    Ini adalah untuk tujuan keselamatan kerana perlite yang berkeadaankering, partikelnya mudah berterbangan kerana ia sangat ringan.

    Dibimbangi memudaratkan kita apabila disedut. Tidak rugi kita berhati-hati.

    ii. Isikan ke dalam pasu sehingga penuh.iii. Letakkan orkid di atasnya, boleh juga dibenamkan orkid sehingga

    menutup rizomnya. Ini tidak memudaratkan kerana perlite masihmemberi rongga udara.

    iv. Boleh menggunakan kayu sokongan untuk penanaman orkid yang tinggidan besar saiznya.

    5. Sphagnum mossMedia yang popular dibuat sebagai lapisan untuk menanam orkid epifit padatunggul kayu dan potongan dahan tembusu. Ia mampu meyimpan kelembapandengan lebih lama. Ada juga penanam menggunakan 100% sphagnum mossyang diletakkan di dalam pasu untuk menanam orkid genus phalaenopsis. Iniuntuk mengekalkan kelembapan lebih lama kerana orkid jenis ini tidakmempunyai bebawang untuk menyimpan air.

    Teknik menggunakan;i. Sphagnum moss yang hendak digunakan direndam di dalam larutan

    racun kulat semalaman. Angkat dan biarkan sehingga ia terasa lembap.ii. Isikan ke dalam pasu atau tampalkan kepada tunggul kayu misalnya

    6. Potongan batang paku pakis gajah.Media ini juga amat digemari oleh penanam orkid kerana ia boleh menyimpanair dengan lebih lama dan mengelakkan kesan buruk daripada penyiramanmelampau. Media ini amat sesuai untuk tanama secara gantung.

    Teknik menggunakan;

  • 7/31/2019 Artikel Orkid

    9/17

    i. Potong batang paku gajah mengikut kesesuaian orkid yang hendak ditanam.

    ii. Lekatkan orkid di atasnya dengan menggunakan tali yang tidak

    mencederakan orkid anda. Penulis biasa menggunakan tali rafia keranaia akan reput setelah orkid hidup dengan stabil pada media tanaman.

    7. Tunggul kayu

    Media ini sesuai untuk tanaman orkid secara gantung. Ia lebih cepat keringberbanding dengan potongan paku pakis gajah. Ia mudah diperolehi di dalamhutan,di ladang-ladang sawit atau di tepi sungai.

    Teknik menggunakan sama seperti menggunakan potongan batang paku pakisgajah. Boleh diletakkan sedikit Sphagnum moss untuk melambatkan kadarkehilangan air selepas siraman.

    8.Potongan dahan tembusuPenulis menggunakan media ini untuk menanam orkid daripada familiBulbophyllum dan Phalaenopsis. Daripada pemerhatian penulis orkid lebihcepat hidup stabil apabila menggunakan media ini. Ia mempunyai kulit yangtebal yang mampu menyimpan air lebih lama.

    9. Tanah campuran

    Orkid yang hidup di tanah memerlukan media ini. Penulis biasanyamenggunakan campuran tanah kompos, perlite dan sekam padi pada kadar1:1:1. Ini dapat memberi kadar saliran dan pengudaraan media yang amat baik

    lepada akar orkid.

    10. Tiada media

    Tiada media bermaksud orkid digantung bebas tanpa menggunakan sebarangmedia. Teknik ini sesuai untuk orkid jenis Vanda. Teknik ini memerlukan kadarpenyiraman yang lebih.

    2.3 Penyediaan persekitaran hidup orkidOrkid seperti tanaman yang lain juga yang memerlukan penanam menyediakan

    persekitaran hidup yang sesuai untuknya. Perkataan lain yang paling sesuaisekali ialah kadar pencahayaan. Kadar pencahayaan kepada orkid boleh diberi dengan penyediaan teduhan sebab setiap jenis orkid memerlukan kadarcahaya yang berbeza-beza. Sebagai contoh, orkid famili Arachnis memerlukancahaya matahari 100% manakala orkid famili Phalaenopsis memerlukan

  • 7/31/2019 Artikel Orkid

    10/17

    cahaya matahari hanya 50% untuk hidup dengan subur. Ada 2 teknik teduhanyang biasa digunakan oleh penanam orkid.

    a. Rumah teduhan

    Teknik ini amat popular dikalangan penggemar orkid kerana mudah untukmenyediakan kadar teduhan. Untuk teduhan biasanya mereka menggunakan jaringteduhan berwarna hitam yang biasa dijual. Kadar teduhan jaring tersebut biasanyaadalah 50% dan terdapat beberapa jenis untuk pilihan penanam.

    b. Tanaman bersama pokok teduhan

    Teknik ini boleh dikatakan orkid dijadikan antara elemen penyeri taman.

    Teduhan orkid diperolehi melalui kanopi pokok-pokok teduhan yang ada di tamanpenanam, atau terus menanam orkid pada dahan-dahan pokok di taman. Ia lebihkelihatan semulajadi. Sesuai untuk pembinaan landskap berasaskan orkid ataudiintegrasikan bersama bunga-bungaan lain.

    2.4 Cara pembiakan orkid

    Sebagai penggemar orkid, fasa pembiakan orkid memang tidak dapat dielakkan kerana ia sudah tentu memberikan anda kelebihan untukmeningkatkan bilangan pokok di dalam koleksi anda. Selain itu risiko andauntuk kehilangan total pokok yang mungkin mati di serang penyakit jugaamat rendah kerana mempunyai beberapa pokok daripada jenis yang sama.

    Orkid boleh dibiakkan dengan beberapa cara antaranya:

    pembiakan daripada anak benih daripada flask pot komuniti pot individu

    pembahagian rumpun

    keratan daripada pokok induk

    biji benih

    Daripada 4 cara di atas, teknik akhir tidak dibincangkan di sini. Ini keranaadalah amat rumit untuk dilakukan penyemaian secara tersebut. Penulis sendiri tiada

    pengalaman berkenaan perkara tersebut. Walaupun begitu amat cukup untukpembaca mengetahui 3 cara yang pertama disebutkan untuk menggandakan koleksiorkid pembaca.

    2.4.1 Pembiakan melalui anak benih1. Pengeluaran daripada flask

  • 7/31/2019 Artikel Orkid

    11/17

    Benih yang telah disemai akan membesar menjadi anak benih di dalam flask.Apabila telah cukup besar ia perlu dikeluarkan untuk ditanam di dalam pasu.Anda boleh membeli anak benih di dalam flask ini di nurseri orkid yangmenjualnya dengan harga serendah RM20.00, bergantung kepada sesuatu

    jenis orkid.

    Berikut diterangkan teknik mengeluarkan anak benih daripada flask.Anak orkid didalam botol (flask) boleh didapati dikebanyakkan nursery orkid.

    Harganya dari RM20 hinggalah RM1000 mengikut jenis orkid. Dalam satubotol ada lebih kurang 5 hingga 50 anak orkid.

    Bahan bahan yang diperlukan;

    1. Racun kulat ( keterangan lanjut dalan bab 3)2. Lumut (sphagnum moss) atau sabut kelapa (yang sudah dihancurkan).

    Basahkan lumut air atau sabut kelapa tersebut.3. Kertas suratkhabar

    Caranya;

    1. Keluarkan anak orkid dari botol. Jika mulut botol itu besar, gunakanpenyepit (forceps) yang telah disterilkan. Jika mulut botol itu kecil makabotol hendaklah dipecahkan.

    2. Basuhkan anak orkid menggunakan air. Pastikan tiada agar-agar (jelly)

    melekat diakar pokok.3. Rendamkan anak orkid itu kedalam larutan anti fungus selama 10 hingga

    15 minit.4. Tuskan dan keringkan anak orkid itu di atas kertas suratkhabar selama

    setengah jam (hanya letakkan di atas kertas suratkhabar dan dianginkan)5. Setelah itu balutkan akar anak orkid dengan lumut air atau sabut kelapa

    dan masukkan kedalam pasu mengikut saiznya (pasu yang kecil dipanggilthumbpot)

    6. Untuk anak pokok yang terlalu kecil kumpulkan dan ditanam didalam satupasu (pasu ini dipanggil compot)

    7. Letakkan di tempat yang teduh dan tidak terkena air hujan.8. Siram/semburkan baja penyubur sebanyak 2 atau 3 kali seminggu.9. Apabila sudah membesar, pindahkan ke pasu yang besar sedikit mengikut

    saiz yang bersesuaian dengan anak orkid. Ulangi proses pemindahan ini 2atau 3 kali sehingga orkid matang.

    Jangkamasa untuk anak orkid membesar hingga matang dan bersedia untuk berbunga

    adalah dari 5 bulan hingga 3 tahun bergantung pada jenis orkid. Contohnya,

    orkid jenis phal mengambil masa sekurang kurangnya 8 bulan untukberbunga.

    2. Pot komunitiOrkid yang telah dikeluarkan daripada flask dan telah ditanam secarakelompok di dalam satu pasu dikenali sebagai Communiy Pot atau ringkasnyacompot. Penanam boleh terus membeli orkid yang telah siap di tanam didalam compot di nurseri orkid.Setiap compot biasanya mengandungi antara

  • 7/31/2019 Artikel Orkid

    12/17

    10-20 anak pokok. Risiko orkid untuk hidup jika dibiakkan cara begini adalahlebih tinggi berbanding secara flask. Oleh itu bagi anda yang kurangpengalaman, boleh membeli compot orkid untuk menggandakan koleksi orkidanda.

    3. Pot individu

    Setelah orkid di dalam compot membesar, nurseri akan memindahkannyadalam pasu yang lebih besar secara individu. Maka, anda juga boleh membeliorkid secara begini kerana biasa orkid yang di tanam di dalam pasu individutelah hidup stabil.

    2.4.2 Pembahagian rumpun

    Teknik pembiakan ini amat sesuai untuk orkid simpodial. Apabila rumpun orkidtelah cukup besar ia boleh dipecahkan kepada beberapa rumpun kecil untukdibiakkan.

    2.4.3 Keratan daripada pokok induk

    Teknik pembiakan ini amat sesuai untuk orkid monopodial. Sebahagian pucukorkid yang telah mempunyai akar dipotong daripada pokok induk dan ditanam sebagai satu individu yan baru.

    BAB 3 : CARA PENJAGAAN ORKID

    Pada bab ini penulis membincangkan elemen-elemen penting untukmendapatkan orkid yang hidup subur, sihat dan seterusnya memberikan anda

    kepuasan melihat bunganya. 4 elemen yang dibincangkan nanti adalahdaripada pengalaman penulis dan perkongsian maklumat sesama penanamorkid berdasarkan cuaca iklim tropika di Malaysia. Pengalaman penulis,penjagaan seperti penyiraman dilakukan secara automatik pada hari bekerja.Pada hari cuti hujung minggu, penulis lakukan siraman secara manual,pemeriksaan penyakit, pembajaan dan pembiakan jika perlu.

    ROOT GOOD, GROWTH GOOD, FLOWER GOOD

    Kata-kata di atas adalah satu lagi petua yang amat bagus untuk anda ingat didalam penjagaan orkid. Setiap pokok baru di tanam atau pemindahan pasu ,penulis akan memberi perhatian lebih di dalam usaha untuk memberi

    pertumbuhan akar baru dengan baik dan sihat.

    3.1 Penyiraman

    Jika anda ragu ragu untuk menyiram, JANGAN SIRAM !

    Di atas adalah satu petua yang popular dan dijadikan panduan oleh penanamorkid. Ini kerana dibimbangi anda telah melakukan penyiraman yang

  • 7/31/2019 Artikel Orkid

    13/17

    melampau terhadap koleksi orkid anda. Kesan buruk tabiat ini ialah andamenjemput penyakit kepada kloeksi orkid anda. Ini kerana orkid mampumenyimpan air di dalam bebawangnya seperti yang telah diterangkansebelum ini. Orkid juga mempunyai akar udara yang mampu menyerap wapair di persekitaran hidupnya. Walaupun begitu kadar penyiraman orkidbergantung kepada beberapa faktor seperti:

    a. Cuaca semasaKadar kekerapan penyiraman di musim panas sudah tentunya lebih berbanding di

    musim hujan.b. Media tanaman digunakan

    Jika anda menggunakan media yang dapat menyimpan air lebih lama, maka kadarpenyiraman hendaklah kurang daripada media yang cepat kering.

    c. Iklim mikroBermaksud adalah iklim kawasan penanaman anda. Ini kerana iklim mikro adalah

    berbeza beza di antara anda dengan penanam orkid yang lain.

    Penyiraman hendaklah dilakukan sebaik baiknya pada waktu pagi atau petang.Penyiraman di waktu tengahari akan menyebabkan air yang bertakung dicelah daun akan menyebabkan penyakit reput pucuk dan daun melecur dekproses pemanasan air oleh matahari.

    Teknik penyiraman boleh digunakan secara manual atau memasang satu sistem

    penyiraman automatik yang mudah seperti penulis gunakan.

    3.2 PengudaraanOrkid memerlukan pengudaraan yang baik supaya tidak mudah di serang penyakit

    terutamanya penyakit yang disebabkan bawaan kulat. Pengudaraan yang baikboleh diberi dengan susun atur orkid yang tidak terlalu padat atau membekalpengudaraan buatan seperti memasang kipas. Penulis hanya menggunakanteknik susun atur orkid sahaja bagi menjimatkan kos selengaraan.

    3.3 PembajaanPembajaan adala sesuatu yang mesti diberi kepada tanaman termasuk orkid untuk

    mendapatkan kualiti hidup orkid yang lebih baik. Bagaiman teknik membajaorkid?

    WEAKLY, WEEKLY

    Di atas adalah satu lagi petua yang bagus di jadikan panduan untuk anda membaja

    orkid. Ia membawa maksud anda menggunakan sukatan kepekatan bajayang rendah untuk setiap minggu semburan. Orkid hanya menyerap nutrienyang diperlukan sahaja pada sesuatu ketika. Jangan menggunakan kepekatantinggi dan disembur sebulan sekali. Ini adalah teknik yang salah danmerugikan anda.

  • 7/31/2019 Artikel Orkid

    14/17

    3.3.1 Panduan memilih bajaPenerangan unsur unsur di dalam baja bagi keperluan tanaman adalah kompleks.

    Penulis cuba ringkaskan bahawa pemilihan baja bergantung kepadakehendak anda. Dipasaran terdapat pelbagai jenis baja yang dijual untukpilihan pengguna. Jika inginkan tumbesaran pokok anda perlukan baja yang

    mengandungi kadar nitrogen (N) yang lebih tinggi. Jika untuk pembungaan,anda perlukan baja yang kandungan fosforus(P) dan kalium(K) yang lebihtinggi.

    Biasanya pada label baja akan tertera semua kandungan ketiga-tiga unsur tersebut.

    Contoh: Baja A : N P K +TE : 13 27 27 1%Untuk Baja A tersebut, ia sesuai untuk pembungaan orkid anda kerana mengandungi

    unsur nitrogen 13 % dan unsur fosforus dan kalium sebanyak 27%. +TE di sinibermaksud baja ini mempunyai trace element atau unsur surih sebanyak1%. Unsur surih bermaksud nutrien tambahan yang diperlukan oleh tanamantapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Ia boleh diumpamakan seperti andamakan nasi dengan aneka lauk pauk. Nasi adalah keperluan utama anda,lauk pauk ada keperluan sampingan sahaja.

    Penulis menggunakan baja organik BGREEN seaweed untuk memberi pertumbuhanyang sihat dan BGREEN bloom & fruit untuk membekal nutrien yangdiperlukan untuk orkid berbunga.

    BGREEN seaweed adalah baja organik campuran yang diperkaya dengan seaweedyang mana ia telah digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai bajakerana mengandungi beberapa hormon semulajadi yang amat diperlukanoleh tumbuhan, mengandungi 60 unsur surih(TE) dan mengandungi elemensebagai anti beberapa penyakit bawaan kulat dan serangga penghisapcecair tumbuhan.

    BGREEN bloom & fruit adalah campuran baja bukan organik N P K +TE : 5 35 15 2%

    dengan satu bahan organik bertujuan untuk mempermudahkan danmempercepatkan kadar penyerapan nutrien oleh tumbuhan.

    3.4 Kawalan penyakit dan perosak orkid

    Kawalan perosak merupakan satu perkara amat penting untuk anda ambil perhatian.Ini kerana ia mempengaruhi kualiti hidup orkid dan mungkin yang lebihpenting anda mungkin kehilangan orkid anda selamanya.

    Penyakit orkid boleh dikelaskan kepada bawaan 4 elemen, iaitu virus, bakteria,

    serangga dan kulat. Kemahiran mengenal penyakit memerlukanpengetahuan dan pengalaman kerana kadang kala sesuatu penyakit itumempunyai tanda yang sama untuk bawaan virus atau bakteria atau kulat.Di sini penulis berkongsi pengalaman untuk rawatan penyakit bawaanserangga, kulat dan bakteria sahaja.

    3.4.1 Virus

  • 7/31/2019 Artikel Orkid

    15/17

    Penyakit bawaan virus agak sukar untuk kita kenal pasti secara teliti keranamemerlukan ujian makmal. Bagaimanapun serangan virus hanya melemahkanpokok orkid anda, tidak menyebabkan kehilangan poko k orkid kesayangananda. Untuk mengelakkan jangkitan virus anda perlu menjaga kebersihankawasan penanaman. Untuk rawatan , anda perlu memusnahkan pokok yangdijangkiti. Ya , sudah pasti ia satu keputusan yang sukar untuk anda!

    3.4.2 BakteriaBiasanya tanda penyakit orkid disebabkan bakteria meyamai dengan penyakit

    bawaan kulat. Apa yang penulis perhatikan, penyakit bawaan bakteriaadalah lebih cepat merebak berbanding bawaan kulat. Tanda biasa penyakitbawaan bakteria ialah reput pada mana-mana bahagian pokok dan berbaubusuk. Keadaan tempat penanaman yang terlalu lembap dan pengudaraanyang kurang baik adalah antara faktor jangkitan.

    Antara penyakit bawaan bateria adalah:

    Reput bakteria (Bacterial rot) satu bintik coklat berair pada daun, cepat merebak.

    Biasa menyerang orkid famili Phalaenopsis.

    Reput daun ( Brown Rot) bintik berair pada daun, daun kuning dan gugur.

    3.4.3 Kulat (fungus)

    Tanda seperti disebabkan oleh bakteria tetapi kadar merebak lebih lambat dan tidakmengeluarkan bau busuk. Keadaan tempat penanaman yang terlalu lembapdan pengudaraan yang kurang baik adalah punca utama jangkitan. Antarapenyakit bawaan kulat yang biasa menyerang orkid ialah:

    Antraknose

    Black leaf spot

    Cercospora leaf spot

    Reput hitam ( Black rot)

    Reput pangkal ( Basal rot)

    Reput pucuk ( Crown rot)Oleh sebab itu ada pengeluar yang mengeluarkan racun 2 dalam 1 iaitu untuk

    merawat penyakit kulat dan bakteria serentak. Ada racun yang dijual bolehmerawat beberapa jenis penyakit dan ada yang tertumpu kepada satu jenispenyakit sahaja untuk pilihan pembeli.

    3.4.3.1 Rawatan terhadap bakteria dan kulat

  • 7/31/2019 Artikel Orkid

    16/17

    Potong dan buang bahagian jangkitan. Jika orkid simpodial, penulis membuang

    rumpun kecil yang dijangkiti. Jika orkid monopodial, ia biasa berlaku pada

    daun, penulis hanya memotong daun yang dijangkiti sahaja.

    Sapukan atau semburkan racun kulat yang bersesuaian dengan penyakit kepada

    rumpun atau pokok yang telah sihat untuk langkah berjaga mengelakkan

    jangkitan.

    Perhatikan perkembangan rumpun atau pokok yang telah dirawat, jika masih terdapat

    sebarang jangkitan, ulangi proses di atas.

    3.4.4 SeranggaSerangan serangga terhadap orkid adalah sesuatu yang biasa. Antara serangga yang

    popular menyerang orkid adalah :

    a. Semut e. White fliesb. Aphid f. Mites

    c. Lipas g. Scale insectsd. Kumbang h. Siput

    Aphid, Mealy bug, Mites, Scale insects dan Thrips adalah serangga penghisap cecairtumbuhan. Mereka biasa terdapat di bawah daun orkid dan mudah di lihatdengan mata kasar. Ia akan menyebabkan pertumbuhan pokok terencat.Kehadiran mereka boleh di kesan seperti berikut:

    Aphid- terdapat warna kehitaman pada pokok , biasanya di bawah daun dan celahandaunan dan batang orkid.

    White flies seperti lalat kecil warna putih berdebu berkelompok di belakang daun.Mites - warna kemerahan di belakang daun, belakang daun akan menjadi kuning dan

    hitam jika jangkitan teruk serta cepat merebak. Ia suka keadaan yang kering.Scale insect warna kuning keputihan di atas daun dan batang pokok orkid.

    Thrips warna agak coklat di atas daun orkid.

    Koleksi penulis biasa diserang oleh mites dan white flies sahaja. Ia menyerang

    orkid yang mempunyai daun yang lembut seperti famili Sphatoglottis, Catasetum danCoelogyne.

    Kumbang, lebah dan semut akan merosakkan bunga yang telah kembangdengan memakan kudup bunga dan juga pendebugaan yang tidak kita kehendaki.Koleksi penulis biasa di serang kumbang berwarna kuning yang selalu meninggalkanlarva pada tangkai bunga yang akan memakan keseluruhan bunga. Lebah dan semuttidak menjadi masalah utama kepada koleksi penulis.

  • 7/31/2019 Artikel Orkid

    17/17

    Siput dan lipas akan memberi masalah dengan cara ia memakan akar danpucuk muda pokok orkid anda. Ini akan merencatkan pertumbuhan pokok. Koleksipenulis hanya berhadapan dengan masalah siput sahaja.

    3.5 Panduan membeli racun serangga dan kulat

    Beli racun yang boleh merawat penyakit yang anda kehendaki. Biasanyapengeluar akan memberi informasi ini pada bungkusan racun. Ini keranakadangkala terdapat penjual yang kurang pengetahuan mengenai penyakit orkiddan racun yang sesuai untuk rawatan.

    Sekian, semoga bermanfaat untuk anda.KhairimhdSebarang pertanyaan sila emel ke [email protected]

    ARTIKEL SETERUSNYA

    Mengenal Penyakit dan Perosak Tanaman

    'Hijaukan Bumi Bersama Kami'

    mailto:[email protected]://bgreenfertilizer.googlepages.com/mengenaltandapenyakit&perosaktanamanmailto:[email protected]://bgreenfertilizer.googlepages.com/mengenaltandapenyakit&perosaktanaman